Geng-Geng

Friday, April 29, 2011

Blog aku direview olehnya

Pertama kali rasanya blog aku direview, memang rasa macam nak putus urat hidung ni. Semalam aku di Kulim, tengok blog pun pakai handset je, kecik tak berapa nak nampak, so rini bila tengok kat pc. Memang terbaik. Maaf ye agak macam jakun je. Tapi itulah dia perasaan aku, memang tak leh nak gambarkan melalui kata-kata. Nak baca ke?? meh klik SINI.

Sebenarnya, tujuan sebenar aku buat entri just nak bagi sedikit penghargaan dan terima kasih. Ingat senang ke blog aku yang cabuk ni nak kena review. Yang lain kalau ada yang review, tapi aku tak pasan, maaf ye. Blog yang review aku tu namanya Pembawa Wancana. Apa lagi pergilah terjah beliau, sonok wo blog beliau. Jangan lupa lak undi beliau kat Facebook ye, blogger of the year.




Header blog Pembawa Wacana

Sebenarnya kenapa aku pilih nama ala-ala pulau gitu? meh sini aku ceritakan. Keke Sebenarnya dulu masa mula-mula buat blog, kununnya nama tu membawa maksud blog ni ibarat suatu pulau yang hanya ada aku dan perkara-perkara yang melibatkan aku. Itulah tujuan asal nama itu dicipta. Tapi lepas ni kalau ada rezeki lebih ke pape, aku nak tukar nama blog yang lebih senang diingat dan disebut.

Monday, April 25, 2011

Ubat nyamuk berbau

Pening betul pale pagi ni, ni semua angkara nyamuk yang ganggu aku tido semalam. Sejak akhir-akhir ni memang pelik, kat bilik aku makin banyak nyamuk. Semakin membiak-biak pulak diorang. Eh korang mesti fikir bilik aku tak kemas kan? tolong ye walaupun aku lelaki, bilik aku dikemas rapi oleh sendiri. Tapi seminggu sekali je la. Semalam untuk menyenangkan aku tido, aku terpaksa cari balik ubat nyamuk lame-lame. Kalo penyembur tu, kejap je pastu dia datang balik. Semakin tak makan saman betul nyamuk-nyamuk sekarang or ubat sembur nyamuk tu dah semakin lemah?
ni ke rupa nyamuk??? keke
So semalam aku pasang yang jenis lama tu, yang bakar kat hujung tu. Tak tahu ke?? meh tengok gambar kat bawah ni. Aku cari kat google je pic ni. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah pakai ubat yang guna elektrik tu, still sama jugak, tak berkesan jugak. Tu yang pilihan terakhir aku guna yang koil tu, memang berkesan. Pagi je aku tengok bersepah nyamuk mati kat lantai. ( tak tau la kot2 dia tumpang tido ke)
Akibat nak tido nyenyak tanpa gangguan nyamuk, habis semua berbau asap. Baju kerja aku pagi ni kemain kuat lagi baunya, kantoi sudah. Nasib tak ada yang tegur lagi. Padahal baju ni aku simpan dalam almari, still berbau lagi. Pagi ni aku dok sibuk google untuk cari penyelesaiannya. Kalau boleh nak hapuskan terus populasi nyamuk ni, keke kejam lak. Kalo ada yang buat entri mengenai ni, meh tinggalkan link ye. Ok nak mengoogle jap.

ps : fakta, nyamuk n nyenyak adalah bersangkut paut...

Sunday, April 24, 2011

Cerita hari ahad

Petang ni tepat pukul 3.10pm baru aku dapat update blog. Sibuk dengan repair pc ni. Semalam aku format pc, dah berjaya tapi tak jumpa cari driver pulak. CD entah kemana, ni dok sibuk donlot tapi biasalah, internet laju gila sampai petang pun aku belum habis donlot lagi. Lantaklah aku nak jugak update, bak kata orang biar lambat asalkan selamat.

Tadi ada juga aku berblogwalking, macam-macam cerita. Pasal macam na nak mandi wajib yang betul pun ada. Nak baca ke?? g tengok kat bloglist aku, carik la kat situ. Rasanya semua blog yang aku follow aku dah masukkan dalam tu, macam-macam pilihan ada.

Petang ni keadaan gelap je, hujan pun dah mula turun rintik-rintik. Baju yang aku basuh pagi tadi pun tak sempat kering. Last skali memang bilik aku jadi tempat aku sidai baju. Harap-harap tak berbau, esok lusa dah nak ke Kedah. Ada arahan yang perlu di ikut, keke. Mungkin blog aku ni akan jadi senyap sunyi kejap. Tengoklah kalau rajin or jumpa spot yang ok, aku cuba jugak update.

Friday, April 22, 2011

Cara senang nak blogwalking

Alhamdullilah selesai sudah aku menengok semua blog yang aku follow. Dari awal pagi tadi aku terjah sampailah sekarang. Ada yang active , ada juga yang hilang kemana. Yang aku peliknya ada pulak yang di private kan, kenapa tetiba je private, dulu-dulu masa aku follow ok je, tak kan sekarang dah tak boleh baca. Tak pa la, dah orang tak bagi nak baca, tak payah la baca. Maaf jika xsempat nak terjah dengan teliti sangat, nanti aku terjah balik satu-satu.

Sebenarnya tujuan sebenar aku tengok satu-satu blog yang aku follow ialah aku nak buat satu bloglist. Sengaja buat untuk menyenangkan aku untuk berblogwalking. Selama ni dok harapkan yang dekat dashboard tu, letih nak scroll ke bawah tanpa nampak penghujugnnya. Sekarang ni senang je, jage-jage lah korang semua, aku akan terjah.

Kalau korang nak tengok macam na rupanya, meh klik SINI. Setakat ini, semua orang yang aku follow semua aku dah letakkan. Aku bukan apa, tak molah terlepas satu blog pun kalo dia update. Maaf jika ada yang tak puas hati ke pape. Kalo ada yang terlepas dan aku tak letak dalam ni, meh gitau aku, dengan sepantas kilat aku letak kat dalam tu.

Kepada yang dah follow aku tapi aku belum lagi terjah blog dia, bagitau aku, tinggalkan komen pada entri, tau la apa yang aku akan buat nanti. Aku masih lagi macam dulu, kalau ada yang sudi bagi komen sikit-sikit, sila tinggalkan komen, nak banyak-banyak pun tak pa. Kalo rasa nak kutuk, jangan malu-malu. Aku akan amek semua tu sebagai kata-kata semangat untuk aku terus maju.

Segmen Blog Review Pak Cek Biola

Warna kegemaran : Biru


Jika aku diberi wang tunai sebanyak RM1 Juta, 3 benda utama yang aku akan buat :
- beli rumah banglo n keta sport
- beli segala gadget-gadget hot di pasaran
-yang last, aku nak kawen, nak buat segrand2...boleh ajak pak cek biola...keke

siap dah jawab semua soklan, sekarang aku nak tag Bro-Monday. Sebab apa? sebab dia rajin join ni. Kalo ada yang lain nak join, meh la skali..

Thursday, April 21, 2011

HTC Incredible S

Pagi-pagi ni lepas kena roti canai dengan kari kambing, teringin pulak memiliki Hp baru. Korang pernah dengar tak HTC Incredible S yang baru tu. Bestnya, teringin sangat nak pakai hp tu, ada sesiapa nak beli hp aku yang sekarang ni tak??? aku pakai HTC Wildfire, best woo hp tu, promote jap. Kalo baru-baru nak pakai smart phone dan bajet, wildfire memang antara yang paling sesuai.  internet memang superb la, game byk yang dah aku layan.Tak pa, tak pa mulai sekarang kita simpan duit dan ikat perut, demi kepuasan sendiri. Tapi kalo ada yang teringin nak seponser, sila la email ye.

Nak tengok spesificationnya, sila google sendiri ye. Kalo malas, meh klik SINI. Ciri yang membuatkan aku minat ialah platform yang ada dalam hp dan CpU speed dia, yang lain-lain tu macam biasa je bagi aku Memang xda hal punya nak layan internet or game. Takat angry bird tu, celah gigi je.

Pagi khamis seronok

Hari ini bangun lewat sebab semalam aku pergi main badminton dengan kawan-kawan. Memang setiap minggu kami main, sengaja mengeluarkan peluh. Yela kerja kat ofis ni mana ada masa sangat nak exercise (alasan), kalao tak ajak kawan-kawan join memang tak menjadi la jawabnya. Sorang-sorang memang tak adalah. Pernah gak sekali tu, pergi jogging sorang-sorang, tapi dalam hati dok macam-macam fikir. Bajet macam semua pun pandang kita, bila dah macam tu, mula perasan dan buat aksi-aksi macam star gitu. Perasan yang amat kan.

Eh melalut pulak, pagi ini aku berazam nak habiskan semau kerja-kerja yang tertangguh. Minggu depan aku akan outstation, akan ke kedah menjalankan tanggung jawab yang diperintahkan. Tapi biasalah, kerjanya kejap je, jalan je lebih. Oooops, jangan gitau bos aku ye kawan-kawan.

Ok tak palah, aku nak pergi brekfes jap. Nak pergi pekena roti canai ngan kuah kambing jap. Rekemen dari seorang teman. Dah lama plan, tapi baru hari ni berkesempatan. Ok pergi dulu, kawan-kawan dah tunggu tu.

Wednesday, April 20, 2011

Entri petang-petang

Hari ini aku kat ofis macam biasa je. Tak ada apa yang menarik, kerja pun tak banyak. Aku just buat benda-benda yang berkaitan dan tertangguh je. Ada la juga aku menyibukkan diri dengan orang lain, kacau-kacau orang dalam ofis ni. Aku bukan apa, tak berapa berkenan dengan suasana ofis yang senyap sunyi then semua pun buat hal sendiri. Dalam sehari tu, ada la aku akan berjalan dari depan ofis sampai ke pintu belakang. kalau boleh memang semua pun akan aku tegur bila aku jalan tu. Antara yang selalu aku ungkapkan "muka ketat je, senyum lah sikit". Ayat yang tu aku selalu bagi pada sape-sape yang bila dok depan pc tu, berkerut-kerut dahi. Macam nak masuk dalam pc tu je. Lepas dengar tu, nampaklah sedikit senyuman pada muka diorang. Tak baik kerja tension-tension, banyak buruk dari baiknya. Boleh kata, setiap hari pun akan aku ucapkan perkataan tu. Kecoh sikitlah tapi tak pa, demi kebaikan semua. Bukan takat aku berjalan je, sesiapa yang lalu depan tempat aku, mesti akan aku tegur, demi mengeratkan hubungan sesama ofismate.

Hari ini aku makan sedap. Ikan bakar keramat, fuhh meleleh. Aku suka makan kat sana bukan apa, potion banyak tapi harga dia murah, dan yang paling penting, rasanya boleh tahan juga. Lepas kena ikan bakar, kami kena cendol pulak kat tasik titiwangsa. Memang penuh gila perut hari ini. 2 yang bila petang2 ni dah mula malas nak buat kerja, dok terbayangkan katil je. tambah-tambah pulak sekarang ni, nak hujan, suasana sejuk je. 

Petang ni harap hujan yang bakal turun kejap lagi tak ler lebat sangat. Takut kang jalan jem teruk. Kepada yang kat luar or on the way balik, sila hati-hati. Ok la nak main game CS jap, jom menembak.

Tuesday, April 19, 2011

Aku dapat udara baru

Hari ini aku bermula dengan kejadian yang mula-mula aku sakit hati then dia bertukar kepada puas hati. Nak mengumpat kejap. Hari ini kami pakat satu ofis untuk kenakan sorang ni. Kami pakat ramai-ramai tak nak ambik kunci pejabat. Bukan apa, ada sorang ni, dia jenis tak mahu amek kunci pejabat walaupun dia datang awal. Dia sanggup tunggu depan pintu sampai orang seterusnya sampai, kekadang tu, ada sorang brader tu, baru je sampai dia dah soroh turun balik untuk amek kunci. Padahal si seorang ni memang lalu situ, apa salahnya tengok samaada kunci sudah diambil ke belum. hari ni, kami semua puas hati. Ok cukuplah dengan ngumpat-ngumpat ni.
sumber : carian google
Kembali pada tajuk. Aku dapat udara dan semangat baru, aku dah mula satu kerja yang boleh dikatakan baru .Walaupun tak lari jauh, tapi aku still akan dapat benda baru dan keadaan baru. Kerja-kerja lama yang aku buat sebelum ni, aku dah serahkan kepada unit lain. Bukan sebab aku tak mampu nak buat, tapi ini arahan dari pihak atasan. Meh aku terangkan, aku sekrang duduk di unit yang menjaga projek-projek tengah, iaitu projek dari wilayah persekutuan, Selangor dan Pahang. Aku ditugaskan untuk membantu para-para bos dalam team projek Pahang, antaranya lah. Disebabkan beberapa faktor yang memang tak boleh nak dielakkan, projek Pahang terpaksa diserahkan kepada unit timur. .....itulah ceritanya, paham tak?? kalao tak, sila email aku ...keke

Tepat jam 3.30 petang tadi, aku telah mendapat arahan pertama. Seronoknya. Aku punya la pening pale dari minggu lepas, yelakan kerja yang dah 3 tahun aku buat dah serah pada orang lain, abis tu aku bak buat apa?? Ok aku tipu, padahal aku gembira yang amat. Nak tau apa kerja aku sekarang ni, aku telah dimasukkan dalam team Sabah n Serawak, 2 negeri yang baru diletak dalam seliaan unit aku ni.. Bos aku belum tau lagi siapa, tapi aku dapat bajet, mestilah bos-bos aku dulu yang jaga projek Pahang. Pape pun, aku gembira dengan perubahan ni. Mana tau kalau-kalau ada rezeki, ada gak can nak berjalan ke sana. kan kan. Bos sila pertimbangkan saya untuk ke sana boleh??/ ...

Monday, April 18, 2011

Blog aku nak dibeli dengan Rm1000

Semalam ada la sorang tu jumpa aku dan menyatakan kepada aku hasrat dia. Macam-macam intro dia buat untuk meyakinkan aku. Aku lak dengan kusyuk mendengar, asallah mamat ni tetiba je jumpa aku. Selepas beberapa minit, dengan selamba je dia kata dia nak beli blog aku dengan harga seribu. Aku yang dengar terus terpinga-pinga terkejut. ????

Dalam hati memang sangatlah teruja. Tak sangka blog cabuk ni pun ada orang nak beli kan. Tapi dalam masa yang sama, berat hati untuk jual blog aku ni. Yela susah senang aku ngan blog ni, dari mula-mula sampai la sekarang. Dari takut-takut untuk join segmen orang sampai la sekarang walaupun still malu-malu. Dari tak da kawan kat alam maya, sampailah sekarang dah ada yang kontek-kontek dan sembang-sembang.

Ada aku tanya dia, kenapa nak beli blog aku, blog aku bukan best and femes pun. Trafikk pun bukan ada sangat. Tau apa jawapannya, dia just nak tapak blog aku je. Dia tak mahu nak mula dari bawah. Geleng pale jap aku.

Wah dasyat betul aku punya angan-angan. Cerita yang kat atas tu semua rekaan, tak ada kena mengena pun. Semalam sambil dok lepak-lepak, aku berangan-angan. Best juga angan-angan aku tu. Tersenyum sorang-sorang dibuatnya.Jangan ada yang marah ye. Aku sengaja nak kongsi dengan kawan-kawan angan-angan aku ni. Mana tau kot-kot boleh jadi kenyataan.

ps: jangan marah ye. Angan-angan je ni.

Friday, April 15, 2011

Pelaku seks dikenal pasti...

Adehh lama rasanya tak bukak blog, macam biasalah sibuk. Macam-macam nak kena buat dalam seminggu ni, sampai pening pale di buatnya. Dalam pale otak ni, memang dok teringat nak bukak blog tapi dok tangguh-tangguh, last-last langsung tak bukak. Kalo bukak pun just approve komen je. Ish banyak betul alasannya kan.

Pagi ni dengan mood baru, aku masuk kerja awal. Siap bukak abis satu pejabat. Fist skali terus baca paper. Yela walau sesibukmana pun, isu semasa jangan lak dipedulikan. Macam kata pepatah, jangan jadi macam katak bawah tempurung. Pagi ni aku sambar paper utusan je. Banyak tajuk-tajuk yang aku baca, antaranya pelaku seks dikenal pasti. Opps bukan aku nak ulas isu tu, aku just cakap aku baca je di paper. Banyak lagi sebenarnya yang aku baca antaranya Torres rugikan chelsea Rm370 juta setakat ni. Rasanya mungkin incik torres belum sesuai dengan corak chelsea or blum serasi dgn geng2 chelsea, yela dulu kan musuh.

Aku terfikir, hebatkan orang yang buat berita di surat khabar tu. Tajuk dia dah membuatkan orang nak baca. Aku teringin nak jadi macam diorang tu, banyak yang kena belajar tu. Bayangkan, blog aku ada gaya macam penulisan diorang tu, mesti meletup-letup. Tak pa xda yang mustahil, kena berusaha je, tengok blog yang hebat tu, ingat diorang bermula dah terus meletup ke, semua stat dari bawah. 

Bagi aku tak salah aku berangan-angan. yela setengah orang ckp xpayah nak berangan, buang masa. Sebab semua kejayaan asalnya dari angan-angan, ada ke orang yang tetiba je berjaya tanpa angan-angan, pelik la tu. Pape pun, selamat hari jumaat pada semua..

ps: lari ke tajuk tu?? keke

Tuesday, April 12, 2011

Sape cakap keja kerajaan best???

Sapa yang kata macam tu mesti belum pernah merasai kerja sebagai kakitangan awam. Untuk mengukuhkan apa yang aku kata, ada aku intiview pendek seorang yang dulunya bekerja sebagai kakitangan awam. Hasilnya, selain dari kata gaji kecik, dia kata kerja kerajaan ni boring sebenarnya. Sepanjang aku kerja ni, banyak dah pengalaman yang aku dah dapat. Aku tak taula orang lain macam na, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga aku sorang je yang rasa macam tu. 

Yang pertama, bab nak mintak tolong, memang susah, semua pun akan cakap xtau ataupun banyak gila alasan dibagi. Padahal si dia belum mencuba/mencari lagi dah ckp tak tahu. Adehh mula-mula dulu memang aku rasa bengang, tapi sekarang dah biasa. Yang kedua, kalo bab-bab tugasan, memang seorang pun tak akan sukarela untuk terima. Lagi ditolak lagi ada. Biasanya budak yang nampak rajin or boleh buat kerja akan disuruh untuk buat. Kalo boleh semua kerja pun nak dibagi pada beliau. Aku bagi contoh, seorang pembantu tadbir aka kerani hanya buat satu kerja iaitu merekod surat masuk, bukan tak diberi kerja, tetapi banyak alasan diberi. Bayangkan, laporan punch kad bila disuruh buat cakap tak tahu, then dia pulak yang arahkan seorang Jurutera untuk buat, pelik kan? Itulah dia kejadian yang berlaku kat sini. Selain yang dua tu, ada juga yang pelik, yang tahu mengarah je, bagi cadangan pelik-pelik, tapi perlaksanaannya, orang lain yang buat, dia kunun-kunun ada kerja lain. Itu belum kes tikam kawan dari belakang.

Satu tips yang aku dapat dari otai, katanya "ko jangan tunjuk pandai sangat, nanti ko je yang kena buat". Memang betul apa yang dia katakan. Aku sendiri alaminya, sekarang aku lebih banyak kerja berbanding dengan orang lain (poyo je). Kalo dulu aku di swasta, memang berebut nak buat kerja sebab nakkan prestasi lebih baik. pelik kan?
sumber : carian google

Itulah dia semua yang aku fikir dan rungutkan masa mula-mula aku di perkhidmatan awam. Tapi sekarang aku dah mula faham, apa yang diorang buat tu semua merugikan. Kalo kita terus merungut dan tengok kesalahan orang lain, sampai bila pun xkemana. Apa salahnya kalo kita saling tolong menolong dalam pekerjaan. Biar banyak kerja coz kita boleh belajar. Tak selamanya kita nak duduk kat satu tempat je. 

Memang kalo kita tengok jangka masa pendek, ada yang best dan ada jugak yang xbest kerja di perkhidmatan awam ni. Kalo tengok jangka masa panjang, alhamdullilah .Kerja kat sini memang banyak kelebihannya, kalo nak senaraikan, penuh page pun xcukup. Bak kata orang, kalo kerja perkhidmatan awam ni, nak hidup mewah tu xdalah, tapi setakat nak sara keluarga tu insyaAllah xda masalah. Persekitaran tempat kerja yang menarik bergantung pada diri sendiri, bukan pada orang lain.

Pada aku kerja kat mana pun sama je, ikut diri kita sendiri sebab kita yang menentukan samaada tempat tu best ke tidak. Setuju??

Monday, April 11, 2011

Motivasi Duit 100

Kisah ni aku terbaca dalam email aku. Di kirim oleh seorang teman pada aku. Sangat berguna so aku pun decide untuk share dengan kawan-kawan blog. Harap dapat berkongsi serba sedikit ilmu. Maaflah jika ada yang mengatakan aku meniru atau sebagainya, tp percayalah, bukan itu maksudku. Kalo sebelum ni ada yang dah keluarkan cerita begini, maaf jika kesamaan berlaku. So sama-sama kita hayatinya..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, "Siapa yang nak duit ini?". Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. "Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,"Siapa yang masih mahu duit ini?" Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang."Baiklah," jawabnya, "Apa jadinya bila saya melakukan ini?" Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk."OK, sekarang masih ada yang berminat?".Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak. "Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan. Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Amacam menarik tak?? Pada aku ianya sangat berguna. Dalam dunia blog pun sama, so jangan cepat berputus asa, teruskan berusaha. Gagal sekali xbermakna gagal selamanya dan berjaya hari bukan bermakna akan berjaya selamanya. Wah dasyat betul ayat. So selamat beramal...keke

ps: kredit pada empunya email.

Program realiti hebat

Alamak tajuk xboleh blah, biasalah pagi-pagi update blog, tambah-tambah plak perut tengah kosong dan menyanyi2. Hari ini aku sampai ofis awal sebab semalam aku tido awal. Lepas tengok mentor, terus berangan-rangan n tido. Mentor sekarang dah nak sampai ke pusingan ke tiga. ok lah not bad persembahan diorang, just ada la sorang dua protege ni xhebat mana pun. Yang hebat cuma mentor dia je, xtau la salah siapa. Yela bila dah tengok dan tau mentor diorang tu hebat, offcoz la nak tengok persembahan protege dia sehebat mentor dia, bila protege wat persembahan, kecewa sebab biasa sangat.Ish xmo la komen banyak-banyak. Just harap minggu depan lebih mantap.

Sebut pasal mentor ni, sebenarnya aku ni memang suka tengok program realiti. Tak tau nape. Salah satu sebab offcoz la kalo ada awek, suma cun-cun belaka. keke. Satu lagi program realiti anjuran Astro, Akademi fantasia, dulu memang meletop, tambah-tambah time mawi. Lepas je musim ke-3, terus macam malap je. Aku rasa mungkin pengacara antara salah satu sebabnya kot. Yang terbaru musim ke-9, aku xrasa macma meletop sangat, tapi xtau lakan, baru-baru lagi. Kita tunggu je lagi 2 3 konsert, kot-kot akan meletup. Yang paling aku tertarik, tempat training AF9 tu, open gila, semua boleh tengok, dia sekali ngan Jusco. Hebat2, idea yang cukup bernas. Selain itu, program pencarian Imam muda, memang xkan aku lepaskan. Xpuas hati sebab kejap sangat lah, setengah jam je. Nak lama-lama, buat program sendiri la kan. Satu lagi, maharaja lawak, sekarang dh xleh tengok sebab minggu lepas siaran langsung terakhir di astro prima, lepas ni ditukar ke siaran berbayar, pakej astro mustika. Adehh letih. Terpaksa lupakan je.

Bukan takat yang hiburan je. Soccer kid pun boleh tahankan, cuma aku harap kalo diorang ada frenly ke pape, boleh tunjuk full game. Baru la syiok. Seronok tengok gelagat diorang. Nape la time aku kecik dulu xda program macam-macam ni. Kalo ada mesti aku dah g join dah.  

Pape pun, kehadiran program realiti ni memang membawa banyak kelainan dalam siaran tv. Xdala boring sangat. Ni asyik2 layan drama yang slow2, banyak sangat menangis bagai. Ish, harap akan datang akan ada lebih banyak program realiti yang gempak2.

Sunday, April 10, 2011

Menyibuk je ko kan..

Hari ahad macam ni memang xda idea untuk buat entri. Tak tau nape, aku just berblogwalking je. Macam-macam entri aku baca, kreatif betul korang ni kan, jeles aku. Aku dh macam orang gila lak kat depan pc ni, senyum sorang-sorang. Ingat cita hindustan je ke boleh, blog pun boleh tau. Sementara nak tunggu coccer kid ni, aku jejalan kat padang tadi. Tengah dok jejalan tu, aku terserempak dengan sekumpulan budak-budak tengah sembang-sembang. Aku pun menyibukkan diri untuk dengar. 

Sampai satu masa tu, diorang masuk bab super hero. Cerita semua nak up je, biasalah budak-budak. Siap main cop-cop lagi. Sorang nak power ranger, sorang nk ultraman, batman la dan macam-macam lagi. Tengah dok syiok sembang, aku tertarik ngan apa yang diorang cakap. Diorang kata, bestlah negara lain semua ada super hero yang best-best. 

Ada yang kata superman paling kuat. Yela sebab ada ada power, boleh angkat bas besar. Pastu mata dia ada power, boleh laser sana boleh laser sini.Yang sorang lagi cakap, dia suka batman.Batman ni dah la hensem, kaya lak tu. Tengok gajet dia semua canggih2 n stail2. Lepas tu yang lain pun sibuk dok describe hero masing-masing. dasyat betul penangannya. Yang hero Malaysia ni sorang pun xda sebutkan. Nape?? yang tu aku xtau, aku sendiri pun masa kecik2 dulu lebih sukakan superhero luar.

Pada pendapat aku, hero Malaysia pun xkurang hebaknya. Aku amek contoh satu, Keluang Man. Hebatkan. Dia siap dimasukkan dalam bilik berkunci kat rumah sakit jiwa, tapi dia selamba je boleh kluar. Gajet yang dipakai semua pun recycle. Kan hebat tu. Haha aku pun terpengaruh jugak kan. Inilah kuasa media.

Kesimpulannya, bukan zaman sekarang je orang mudah terpengaruh, tapi dah lama dulu dah. Aku xtau nak bagi apa-apa kesimpulan, korang pandai-pandai la decide samaada cita kau ni ada maksud ke tidak. Mungkin hanya sekadar hiburan.

Ps : sori tetiba idea lari...

Saturday, April 9, 2011

Anjing betul la

Sabtu macam hari ini biasalah, hari cuti untuk kebanyakkan orang. Hari ni aku g jejalan kat area Kota Damansara, ramai betul orang. Sesak habis jalan. Tengah dok bersesak-sesak tu, aku terpandang ngan anjing liar yang bersepah-sepah tu. Naik benci pulak, kalo cantik xpa, ni kurap penuh, ish2. Dalam dok membenci tu, teringat pengalaman aku dengan anjing ni. 

Masa aku kecik dulu kat kampung, kalo petang je memang akan ronda-ronda dengan basikal. Kekadang tu kuar ramai-ramai, kekadang sorang-sorang. Ada satu petang ni, aku nak ondaway kerumah member aku, aku terserempak dengan sekumpulan anjing tengah melepak.Memang cuak gila tapi orang kata kena wat-wat cool. Aku pun teruskan perjalanan macam biasa, amek ko sekali diorang kerjanya aku. Memang berjujur aku kayuh basikal tu, terus xjadi nk ke rumah member tu. Sejak dari itu, memang kalo nampak anjing memang aku lari n kalo boleh memang xkan lalu dekat-dekat ngan diorang tu.

Ketakutan tu sampailah masa aku belajar di IPT. Suatu petang tu, masa tu aku naik bas, turun2 je, aku amek jalan shortcut coz dh lambat, sekali beberappa ekor anjing terus kejar aku. Nk lari memang dh xsempat, so aku berserah je masa tu. Bayangkan aku berdiri tegak then dikelilingngi anjing-anjing garang. Macam nak putus urat perut masa tu. Aku cuba sepak-sepak, kunun nak buat macam mengamuk tp anjing tu langsung xrasa pape, makin kuat menyalak lagi ada la, makin lama makin dekat dgn aku. Entah kenapa tetiba masa tu barang aku jatuh, aku pun tunduk untuk amek, sekali anjing tu suma lari. Masa tu dh rasa berani sikit, aku amek batu n buat-buat nak baling pada diorang, terus lintang pukang lari. Lega rasanya.Sejak dari itu, baru aku tau, anjing ni kalo kita berani, dia akan takut. 

Mulai sekarang, kalo sesiapa yang ada pengalaman macam aku, xpun yang still takut ngan anjing tu, cuba korang xpayah nak takut2 sangat, diiorang menyalak tu sengaja nak takutkan kita je. Cuba korang menyalak balik pada diorang, mesti dia takut punya. ok tipu.Tapi kalo anjing yang kejar kita tu dah sama besar macam kita, lari je la, kang xpasal2 masuk hospital pulak...keke

Thursday, April 7, 2011

Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana



Saje join...nk tambah kenalan, lagipun segmen ni senang je nk join...nk join ke?? meh klik header tu. Bila la agaknya dapat diriview oleh beliau. Pape pun thanks kepada penganjur..

Inspirasi baru

Pagi ni, aku datang kerja macam biasa. Semalam aku tido lambat gara-gara nak tengok bola, pagi ini aku dah rasa mamai yang amat n selalu dok terbayangkan tilam kt rumah. Pagi ni aku terpaksa juga berkeras dan berkeras menyiapkan kerja-kerja tertangguh, yela dah 2 3 hari xkosentret buat kerja, dok sibuk dengan preparation untuk amek exam, blog pun update cincai2 je.

Kenapa aku buat tajuk entry inspirasi baru. Aku xsedar n xingat bila dan dimana aku dengar, tapi perkataan n nasihat ini selalu bermain-main dalam fikiran aku sekarang ni. Setelah difikir-fikirkan, ada betulnya juga, so dari situ, aku amek peluang untuk terus memperbaiki diri demi masa depan yang lebih cerah. Wah ayat xboleh blah.

Sejak aku masuk gomen ni, aku banyak mengharapkan aku dapat naik pangkat dan sebagainya. Bukan apa, sekarang aku bekerja tanpa menggunakan kelayakan yang aku ada. Ikut darah muda memang aku rasa macam membazir dan adalah terfikir untuk berenti dan kerja kt luar yang mungkin lebih menghargai aku. Dulu aku bekerja dengan gaji yang boleh tahan tapi sejak masuk gomen, boleh kata separuh dari dulu kurang, mula-mula memang agak teruk dan banyak merungut. Lama-lama jadi terbiasa pulak, kena ikut rentak sendiri.

Balik pada kata-kata tadi, ianya berbunyi macam ni, kenapa kita tidak dapat sesetengah jawatan atau kedudukan yang diimpikan? katanya mudah, mungkin kita belum layak duduk disitu walaupun sebenarnya kita ada kelayakan. Pening tak?? boleh la kot faham apa yang aku nak sampaikan. Cuba fikir balik, mungkin dengan jawatan aku sekarang ni, aku boleh belajar banyak benda, then bila tiba masanya, mungkin rezeki akan ada, n aku sudah benar2 berkelayakan untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, impian aku akan tercapai.

Tak pa, meh aku simpulkan, dengan apa yang kita ada sekarang ni, cuba buat sehabis baik, ada hikmah disebalik semuanya. Bayangkan jika kita terus berada di atas tanpa sebarang pengalaman, mungkin ada yang berjaya, tapi jika berlaku sebaliknya, macam na?? diri sendiri yang susah. Mungkin juga akan mendatangkan riak dsbgnya. So mulai sekarang, aku akan terus berusaha dan berdoa, aku akan terus maju kedepan. Berada dibawah tidak semestinya xbagus, dengan adanya bawah baru yang diatas boleh berdiri megah. Dan tanpa yang diatas, yang dibawah xkan boleh maju sbgnya.

Dim Benihana, Bro_Monday.....ehem ehem

Adehh lega rasanya semalam berakhir sudah kepeningan. Semalam paper exam terakhir aku, harap akan lulus semuanya, so xpayah nak amek skali lagi. Memang gemurh habis, perut memang xyah cakap, kejap2 memulas. Maklumlah, dah lama xamek exam, kalo masa muda-muda dulu pun amek exam 2 3 kali masuk toilet, inikan pulak sekarang ni.

Semalam secara kebetulan atau dh memang jodoh, salah seorang kenalan dari alam maya bekerja kat tempat aku amek exam. Selalunya sembang-sembang dalam blog je, semalam dapat jumpa live. eh lupa nak gtau sape, Bro_monday, hensem orangnya. Nk ke blog beliau meh klik SINI. Nasib beliau ada, kuranglah sikit rasa nerves tu. Sampai je kat sana, bukan cerita pasal exam tu, semua pun psal blog. Ni lah dia, kalo sesama geng blog jumpa. Siap snap pic lagi nak letak dalam blog. meh tengok pic tu kat bawah ni.
Gambar diambil dari blog Bro_Monday. Kredit pada beliau.

Pic tu siap diedit lagi, rajinkan beliau ini. Tapi yang xbestnya, asal aku nampak gemuk sangat. Ke memang aku dah gemuk??? haha 2la dia soalan dari orang xsedar diri. Nampak sangat beza aku n bro_monday. Semalam xsempat nak beramah mesra sangat ngan beliau. Tengoklah nant, kalo ada masa leh lepak2, dh kenal senang.

Salah satu soklan yang ditanya oleh beliau, yang masih terngiang-ngiang dalam pale ini  "ko dah kawin bro?"...keke sengaja kongsikan, nampakkan beliau ni sangat peramah. Jom terjah blog beliau ramai2...

Monday, April 4, 2011

Yuyu Zulaikha, Astina, Bro_monday,Bunga...Aku delete!!

Bengang dan benci betul la, meluat aku tengok, korang xmeluat ke? Aku rasa korang pun sama kalo terjadi pada korang. Yang ni aku sendiri xtau nak buat apa, nak delete ke or nak biarkan je??? Xpaham ke? xpa meh tengok gambar ni??




Alamak sori sebab buat suspen. Korang mesti ada yang pikir bukan-bukan kan. Dah lama aku nak buat entri ni tapi xbuat-buat. Tak mo la bagi alasan lagi, dah memang aku malas. Benci betul la nape dia jadi spam, dh susah nak dapat. Nape? betul apa aku cakap, ingat senang ke nak dapat komen, setiap komen kita kena hargai.

Sebenarnya, aku nak tanya sikit pada semua, kalo terjadi macam ni, adakah ni betul2 spam or kita boleh declare ni not spam?? ada sape2 leh bantu??

Kepada yuyu Zulaikha, Astina, Bro_Monday, n bunga, korang jangan riso, aku xda niat pun nak delete2 korang. Adanya korang dalam dunia blog ni memeriahkan lagi suasana, itu kat dunia blog, tapi kalo kat dalam list dashboard aku ni, dah buat aku happy, kekadang tergelak, kekadang menangis (eh ada ke?).....keke terlebih bodek pulak.

Friday, April 1, 2011

[semalam] Bengang dengan Otai

Rasanya korang mesti ada baca kisah aku semalamkan, kisah aku bengang ngan si otai ni. Kalo ikutkan memanglah nak je memaki hamun dan sebagainya tapi atas dasar hormat aku sabarkan je. Eh ada yang belum baca, meh baca SINI .Sape yang kenal aku memang tau aku macam na, sabar sabar jugak tapi bila dah ada prove n sebagainya, tau la nasib dia.

Semalam pada hari yang sama, bos aku suh aku tukar balik pada yang asal. AKu bila tau aku dah menang, terus je g kat otai tu, aku cakap kat dia yang aku sebenarnya betul. Mula-mula aku ingat dia nak mintak maaf ke pape, dia siap ckp "sudahlah tu". Aik senang je dia ckp mcm tu kan, padahal ri2 dia yang lebih-lebih bising n cakap aku budak baru xreti nk dengar ckp la pape. Puas hati aku, last skali dia yang emo, aku ingat perkataan terkahir aku ckp pada dia " sy nk tanya Abg, apa salahnya dengar ckp n cadangan orang baru?? xsalah pun kan?" Lepas tu dia terus je diam.

Lepas je aku betulkan benda tu, aku sambung balik kerja aku macam biasa. Lega la sikit hati aku. Cukup je masa aku pun balik la. Sepanjang perjalanan aku balik rumah tu aku dok teringat kan kisah ni, memang puas hati gila. Malam tu sebelum tido, aku dengan rasa rendah diri, aku send satu msg pada dia, aku mintak maaf. Yela xsedap pulak kalo satu pejabat xbertegur sape. Yang aku pelik, dia langsung xmintak maaf balik pada aku. Xpa la, yang penting aku dah jalankan tugas aku dengan baik.

Bila aku fikir balik, mungkin cara aku tegur otai tu xbetul. Yela orang lama dan banyak pengalaman ni ego dia tinggi sikit, so kena guna akal untuk tegur. Ni tak aku semalam main serbu je, tapi xpa aku puas hati. keke.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com