Hari ini cuaca di kawasan aku bekerja sangat baik, semua aktiviti boleh dijalankan dengan jayanya. Seronok tengok semua orang berpusu-pusu membuat urusan sendiri. Cuma biasalah akibat layan anime sampai tengah malam, aku ending tengahari ini dengan rasa yang amat mengantuk, mujur di masjid tadi aku tak mengantuk, tapi biasalah, kepala otak ini entah kemana, macam-macam difikirkannya.
Ada seperkara yang aku terfikir pada ketika ini, satu kejadian yang menimpa aku. Pada mulanya aku amat kecewa tetapi apa kan daya, mentality kita memang sebegitu (sesetengah). Aku sekadar ingin berkongsi.
Kejadian berlaku beberapa hari yang lepas, masa tu aku baru balik dari ofis, tapi aku tidak mengenakan pakaian sebiasa aku. Hari itu aku pakai baju yang amat lusuh dan buruk, bukannya apa, aku selesa pakai begitu. Kejadian aku berlaku di kedai makan bila orang tidak melayan aku kerana pakaian aku. Jenuh dipanggil tetapi langsung tidak pedulikan aku. Bukannya aku panggil dengan siulan atau jeritan, aku paggil dengan panggilan "bos". Ada yang mendengar tapi dibalas dengan jelingan, pada masa tu, tuhan je la yang tahu betapa kecewanya aku pada masa tu.

Tapi yang mengecewakan lagi aku, bila seorang yang berpakai kemas berkemeja semat, tak perlu panggil terus datang melayan yang kebetulannya duduk bersebelahan aku. Lepas itu baru mengambil order dari aku, tiu pun tanpa senyuman diwajahnya, berbeza dengan orang sebelah Makanan yang diberi pun cantik sahaja susunannya di atas pinggan, tapi aku? aduhai kenapalah ada juga yang berperangai begini. Kenapa mesti membezakan orang dari segi begitu? Hinakah berpakaian begitu?
Sifat beginilah yang harus kita buang dari dalam diri kita.
Sifat beginilah yang harus kita buang dari dalam diri kita.