Geng-Geng

Friday, December 30, 2011

Hati aku

" hati aku berubah " kata dia

" hati aku sudah penat "kata aku

Mana-mana je lah. Biarlah masa yang menjadi penentu. Aku akan teruskan berdoa dan memohon merayu kepadaNYA.

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday ; Bodek


Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Thursday, December 1, 2011

Jasa tak dihargai

Aduhai pagi-pagi lagi aku dah buat tajuk entri yang sedih macam ni. Memang potong stim betul kan. Bukan apa lepas ni, blog ini akan kembali menjadi tempat untuk aku kongsikan segala macam perasaan aku. Mungkin lebih kerap dari sebelum ini memandangkan keadaan aku sekarang agak berada dalam keadaan yang tidak stabil. Mungkin lepas ini akan jadi makan ati sangat-sangat. Yeke, ikutlah mungkin ini hanya sebahagian dari perasaan yang melanda aku sekarang ini. Inikan bermusim, emosi la katakan, kadang ia gembira, kadang ia sedih dan kekadang langsung tak ada rasa pape.
sumber : carian google
Pagi ini aku kesiankan seseorang, dimata aku dia merupakan insan yang cukup baik, membantu di kala susah, dan membawa seribu erti dalam kehidupan aku sebagai insan di muka bumi ini. Tak kira sama ada di pejabat atau kehidupan seharian aku. Nasihat yang dia berikan membuat aku kembali bersemangat mencorak masa depan aku yang aku anggap kian pudar. Yela dulu aku rasa aku selesa berada ditempat aku sekarang, tapi dengan kehadiran beliau, aku kembali merenung jauh untuk majukan diri. Aku kembali sedar, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika kita rajin berusaha. Jasa dan nasihat yang beliau taburkan pada aku tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku janji aku akan terus berusaha untuk memajukan diri dan yang paling penting, buktikan pada asemua orang, aku juga mampu. Jasa beliau juga bukan hanya pada aku, tapi pada semua yang berada di sekeliling beliau. Banyak perubahan yang dibawakan, banyak perkara yang sebelum ini di abaikan kembali ter urus dengan jayanya.

Itulah bak kata orang, orang yang baik tidak akan kekal di satu tempat. Setelah di fikirkan, kekadang ada betul juga apa yang dikatakan orang itu. Pemergiannya aku pasti bukan kerana kecewa dengan keadaan sekeliling tetapi jasanya di perlukan di tempat lain. Aku pasti, kemana sahaja beliau pergi, pasti ada perubahan, bukan ke arah yang tak elok tapi ke arah yang baik.

Yang aku kecewakan pagi-pagi ini, perubahan yang di bawakan beliau tidak dapat bertahan lama setelah beliau berpindah. Adakah perubahan yang dibawakan tidak betul? atau mungkin salah? masakan begitu, sedangkan ramai yang selesa dengan perubahan itu dan hanya seorang dua yang kembali ke keadaan lama? pemikiran manusia memang susah diagak, ada yang begitu, ada yang begini, macam-macam.

Yang mengecewakan aku lagi, perubahan yang dibawakan beliau selama ini, diubah selepas tak sampai sehari permergian beliau. Jika perubahan baru yang lebih praktikal tidak mengapa, tapi kembali kepada keadaan asal. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau jika beliau mengetahui keadaan ini. Mungkin ini yang disebut sebagai jasa tidak dihargai. Perubahan yang dibawakan seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Aku sendiri dapat merasakan betapa kecewa dan sakitnya melihat keadaan ini. Apa nak buat, manusia memang dijadikan berbeza-beza. Apa yang boleh kita buat cuma doakan setiap dari kita dibukakan hati demi kesejahteraan hidup sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday



Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Wordless Wednesday




Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Monday, November 28, 2011

Pernah tak?

Lepas makan buah rambutan dari kampung petang petang ni, dapat idea untuk update blog, apa lagi terus mengadap pc dengan tekunnya. Di sebabkan idea pun tak brapa banyak, aku terpaksa juga merepek banyak macam dalam entri entri lepas. Kenapa aku pilih tajuk pernah tak? Aku pun xtau, tapi maybe sebab banyak sangat persoalan yang bermain dalam fikiran.

Pernah tak korang terfikir, macam na seterika boleh hilangkan kedut pada baju? Lama dah aku terfikir persoalan ni. Aku cuba jugak cari kot kot ada dokumentari tapi tak ada. Mungkin aku kurang usaha untuk mengetahui jawapannya. Biasalah, bila malas semua pun tak jadi.

Pernah korang rasa pelik sebab tanpa ada pape kejadian atau kesalahan, kita dipesalahkan dan tidak disukai. Yang ini, aku sendri tak tahu macam mana nak huraikan. Pada aku jika kita yakin tak bersalah, kita tak perlu nak takut atau rasa pape pun. Tapi biasalah manusia, diciptakan lain lain. Mungkin bagi kita tak apa, tapi bagi setengah orang tidak. Cuma kalo boleh, kalau tak suka or pape, boleh bawak berbincang. Insyaallah sebab tak ada satu masalah pun tanpa penyelesaian.

Pernah tak korang terfikir kenapa cinta kita di tolak. Amboi. Yang ini biasa berlaku pada aku yang tak ensem ni . Ramai yang kata, perempuan sekarang ini memilih, itu terpulanglah. Aku nak cakap, kita ditolak pasti ada sebabnya, tak kira sama ada kita atau pasangan. Just tengok balik diri sendiri, perbaiki mana patut, kalau kena gak tolak, redha je. Teruskan usaha.

Pernah tak terfikir kenapa benda sedap tu kita kata sedap dan begitu jugak sebaliknya. Tak pun benda wangi dikata wangi dan benda busuk dikata busuk. Hahaha macam-macam sebenarnya perkara-perkara pelik yang aku fikirkan. Kalau nak di kongsi di sini, sampai bila pun aku rasa entri ni tak dapat di publish. Cuma aku nak cakapkan la, setiap perkara yang berlaku kekadang tak boleh nak di persoalkan, memang telah di takdirkan sebegitu rupa. Yang dapat tentukan cumalah DIA yang satu, kita cuma perlu berusaha dan teruskan berdoa.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 22, 2011

Kepentingan kawan

Kejadian ini berlaku semalam, waktu aku pulang dari pejabat. Dalam keadaan jalan raya yang amat sesak dan aku yang berkejar kejar nak sampai cepat kat rumah, yela tak nak terlepas perlawanan akhir bola sepak sukan sea antara skuad kita n indonesia, aku tersaksi satu kemalangan. Kesian pada mereka yang terlibat. Teringat masa aku sendiri mengalami kemalangan. Panik dan macam macam lagi perasaan yang timbul. Macam macam gelagat dapat aku lihat, ada yang cuba membantu, ada yang ingin mengambil kesempatan dan macam macam lagi. Nasib pada ketika itu, insan yang bergelar kawan ada. Banyak yang dia bantu, jika tak, aku sendiri tak tahu apa yang jadi pada aku.

Sorotan dari cerita dan pengalaman aku tadi, wah ayat, dalam dunia ni, kawan adalah aset yang paling penting, itu pendapat aku. Tanpa kawan, hidup kita ibarat kain putih. So sementara masih berkesempatan, kita cuba hargai setiap apa yang kawan buat. Macam na caranya, itu terpulang pada setiap individu. Perlu slalu ingat, cukup ke dengan hanya sekadar masih berkawan dgn dia? Atau belanja makan? Atau sebagainya? Fikirkanlah.

Aku sendiri terlepas pandang perkara ini. Banyak kawan kawan yang aku tak hargai dan abaikan bila aku jumpa kawan baru atau kekasih hati. Terukkan aku.Alangkah baik jika masa itu aku sedar segalanya. Bak kata orang, kawan ketika senang memg ramai, tp kawan ketika susah payah nak cari. Kalau boleh hargai setiap kawan yang kita ada, tak kira baik atau buruk.

Dikesempatan yang ada, aku nak minta maaf pada semua kawan kawan yang kenal aku, kawan2 masa sekolah, kawan2 di univesiti, kawan2 jusco, kawan2 vads n tm, kawan2 jkr, kawan2 blog dan lain2. Maaf jika selama kita berkawan, aku ada abaikan korang atau mugkin ada ambil kesempatan dan sebagainya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 15, 2011

Aku yg salah!!!

Hari ini aku di pejabat pun masih lagi hujan yang amat lebat, harap-harap tak adalah sampai waktu balik nanti. Bukan aku tidak mensyukuri nikmat yang diberikan tapi sekadar berharap atau mungkin memohon untuk di permudahkan segala urusan. Yela semua sedia maklum yang bila hujan banyak keadaan yang terpaksa di ubah, sedangkan ianya merupakan perkara baik. Tapi tak salahkan sebab semua orang pun berhak dan berharap yang terbaik untuk dirinya sendiri.
Hari ini aku sendiri tak tahu apa entry yang aku nak buat. Tak apa lah kalau tiada idea pun, aku merepek je la dalam ni. Bukannya aku tak biasa merepek pun. Bak kata orang, bukan aku ye, Blog aku aku punya sukalah nak buat apa pun kan...hahaha lawaklah perkataan ini. Jangan tanya aku kenapa ianya lawak sebabnya definasi setiap orang lain-lain dan berbeza-beza. Kalau semua orang  pun sama, aku rasa hidup kita memang bosan, semua pun macam di atur.
sumber: carian google
Disebabkan definasi orang lain-lain dan berbeza-beza lah kita berada dalam keadaan sekarang ini. Cuba korang tengok keliling korang, sama ke semuanya? kita amek contoh mudah, persahabatan. Kalau di lihat dengan teliti, aku amek contoh diri aku sendiri, aku rapat dengan beberapa orang yang aku rasa sekepala tapi bukan bermaksud aku ni tak berkawan dengan orang lain, orang lain still bertegur dan berlawak sama cuma bezanya aku lebih banyak habiskan masa bersama teman yang aku rasa sekepala dengan aku. Aku rasa semua orang pun sama macam aku. Sebab apa, sebab setiap orang dari kita mendefinasikan perangai dan kelakuan orang berbeza-beza.Disebabkan perkara yang macam ni, wujudnya perasaan seperti suka, menyanjung tinggi, idola, tuduh menuduh, syak wasangka, berprasangka buruk dan lain-lain dalam diri seseorang. Yang ini aku rasa tak perlu nak jelaskan dengan detail sebab sesetengah perkara memang terjadi sebegitu dan ada sebab mengapa ianya terjadi. Tapi definasi orang ini boleh berubah mengikut keadaan, mungkin ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Aku yang salah!!! tajuk entry aku kali ini tapi apa kaitannya dengan isi entry kali ini?? ok tak apa, meh aku kaitkan, (padahal baru pasan tajuk lari dari isi, then cuba utk cover balik, haha) sebenarnya aku banyak kali juga salah mendefinasikan orang. Ish2 teruk betulkan, ini gara-gara mengikut kehendak nafsu, aik yeke?? bantailah janji panjang sikit entry ini. hahaha. Tapi ianya berubah mengikut keadaan sepertimana aku sebutkan kat atas tadi. Apa yang aku buat?? aku cuba lawan ego aku sendiri untuk mengaku apa salah aku dan cuba memberi peluang walaupun payah pada mulanya. Akhirnya semua kembali normal, alhamdulillah. Kekadang walaupun bukan salah kita, tak salah untuk kita memohon kemaafan dulu. Ini sifat yang paling terpuji pada pendapat aku. Bukan senang nak buat.

Oklah sampai sini dulu untuk hari ini, lain kali aku update lagi if rajin.hahaha. Jangan amek hati ye dengan apa yang aku tulih, sekadar meluahkan pendapat. Bukan untuk entri kali ini saje tapi untuk entry yang sebelum-sebelum ini juga, sepanjang aku berblog. Teruskan menyokong aku ye...

Monday, November 14, 2011

Berani kerana benar

sumber: carian google
Hujan lebat betul hari ini, ingatkan hujan macam biasa je. Padankan muka aku, siapa suruh balik lewat dari pejabat. Tapi memamg dasyat betul penangan hujan malam ni sehinggakan aku terpaksa berhenti seketika di stesen petrol. Idea untuk update entry ini sebenarnya wujud masa aku tengah drive dengan kusyuknya masa memandu tadi. Tapi biasalah bila sampai kat rumah, pekena lak nasi ngan kari tulang, then baru nak update blog, memang lupa la sikit2 isi entry ni...keke. Ok kembali, Bukan apa, masa hujan tengah lebat yang amat dan kereta banyak yang memperlahankan halaju memasing, ada lak sorang mamat tu bawak laju yang amat. Aku tak riasaukan dia, cuma kesiankan pemandu-pemandu berhemah yang lain. Kes ni yang buat aku memikirkan berani kerana benar. Aik mesti pelikkan korang asal aku cakap macam tu, kalau dari satu sudut, memang kalau di ikutkan cara dia agak betul sebab kalau semua pun perlahan, jalan akan sesak. Tapi bila difikirkan secara meluas, tak perlulah sampai macam tu sekali.

MOral of the story, pandai-pandailah korang fikir. Haha ok macam ni, memang tak salah kalau nak menegakkan benang yang basah atau macam tajuk entri aku ni, berani kerana benar. Memang dalam kehidupan kita ni, kita kena berani menegakkan kebenaran jika tak, kita akan tertindas. Tambah-tambah pulak, sekarang ni siapa yang slow skit bertindak akan senang-senang ditindas. Macam-macam kes yang terjadi. Yang jadi isunya, bila ada yang kununnya berani kerana benar ni. Kenapa jadi macam ni?? Kenapa jadi macam ni?? aku rasa...eh sebelum tu, aku tak mau apa yang aku luahkan ini menjadi isu, sebab ianya datang dari pendapat aku sendiri. Kalau ada yang terkena, mungkin kerana kebetulan atau sebagainya. Kembali balik, ada juga setengah orang ni, dia berani tak ketauhan hala, dia anggap diri dia benar sedangkan sebenarnya salah. Yang ini aku rasa lagi pening. Tak pasal2 lak jadi berani padahal apa yang dibuatnya salah.

Yang ini aku sendiri tak tahu macam na nak atasinya. Bila di tegur mungkin akan memburukkan keadaan. Mungkin orang yang ingin menegurnya perlukan cara yang paling sesuai atau mungkin orang yang paling dia dihormati menegur dan sebagainya. Kalau susah sangat, tak perlu buat pape. Macam aku cakap dalam entry aku yang lepas-lepas, wat tak tahu sudah, nanti lama-lama ianya akan terurai sendiri. Tapi sambil-sambil wat tahu tu, sentiasa berdoa kepadaNYA, sebab DIA seorang saje yang boleh mengubah dan memutuskan segalanya.

Satu lagi yang aku tak berapa gemar, ada juga yang selalu berkata, berani kerana benar. Tapi bila ada masalah, bukan nak settlekan dengan orang tu atau sebagainya tapi dok sibuk dengan cara lain. Itu ke berani kerana benar yang dimaksudkan ?? kemonlah .Ada ke cara nk settlekan masalah kalau bukan dengan berbincang dengan orang yang kita bermasalah?? aku rasa tak ada caralah, cara paling terbaik ialah berbincang secara berdepan dan penuh kesopanan bersama-sama, tak perlu nak libatkan orang lain atau perkara lain. Dulu dalam dunia blog ni, aku pernah gak dengar bila ada salah faham ke, semua dok sibuk cerita keburukan orang dalam blog. Kununnya berani keran benarlah tu cerita pasal orang. Tak baiklah benda tu, memanglah ianya diari. Tapi perlu ingat, blog ni untuk tuntonan umum, untuk bacaan semua pelayar-pelayar internet seluruh dunia. Biarlah dia wat macam mana pun, tak perlu kita pulak nak bercerita mengenai keburukan dia. Cuba fikirkan baik-baik, tak pasal-pasal dua-dua berdosa, bayangkan kalau dia tak buat atau sebagainya, besar dosanya. Alhamdulillah sekarang aku tengok keadaan semakin berbeza, tidak ada lagi cacian caian, maki makian, kutuk kutukan dalam dunia blog,  setahu aku la kan, tak tahu la kalau-kalau ada lagi. Semua orang dalam dunia blogging ni, semakin ceria dan ramah tamah. Suasana macm ni lah aku suka masa mula-mula aku join buat blog. Harapan moga semua akan terus sukses dan tiada lagi yang sebegitu dalam dunia blog ni.

SPM!!!!

Alhamdullillah aku hari ini masih sihat dan terus menabur bakti pada organisasi aku. Walaupun aku begini, aku tetap bersyukur. Aku tertarik dengan kata-kata dari seorang teman, 'bukan nikmat yang diberiNYA kurang, tapi kata kesyukuran itu yang kurang'...amacam canggihkan ayat tu?? jom sama-sama kita memikirkannya. 
sumber:carian google

Hari ini  merupakan hari paling penting pada semua pelajar sekolah tingkatan 5 termasuk adik aku. Iaitu hari pertama SPM, seingat kau hari ni paper bahasa melayu kertas 1 dan 2. Mungkin tidaklah sesusah mana tapi paper ini cukup penting. Aku tau macam mana perasaaan dan debaran yang di alami mereka. Rasanya semua orang pun pernah alaminya. Kalau diikutkan inilah peperiksaan penting yang akan menentukan dimana arah tuju kita seterusnya. Ianya ibarat simpang 3, dimana kita perlu memilih hanya satu jalan dimana ianya akan menentukan kemana kita pergi selepas itu. Aku setuju sangat, bila orang kata SPM bukanlah penentu sama ada kita berjaya atau tidak di masa akan datang. Bagi aku, ini merupakan hala tuju atau asas pertama untuk ke arah kejayaan, namun jika tidak berjaya, ada jalan lain cuma perlu berusaha dan berdoa. 

Kepada semua calon-calon SPM hari ini, aku, DIM BENIHANA, mengucapkan selamat berjaya kepada korang semua. Berusaha sampai ke titisan peluh yang terakhir, selagi masa belum tamat, jangan putus asa, kira dan jawablah sehingga berulang ulang kali. Semak kerta sebelum di hantar. Sebelum menjawab, minta dan berdoa kepadaNYA, hanya dia yang mapu memberi kejayaan pada kita selepas usaha dilakukkan.

Saturday, November 12, 2011

Aktiviti hujung minggu

Aktiviti hujung minggu, alang-alang sambil menyelam, kita minum air



Friday, November 11, 2011

Orang buat kita, jangan kita buat

Pagi-pagi ini hujan dah merenjani bandar Kuala Lumpur. Nasib jalan tidak bertukar sesak teruk walaupun kereta banyak. Wow bahasa yang amat dasyat di pagi-pagi hari. Aku dah jadi macam kebiasaan pulak, bangun lewat. Dulu aku tak begini tapi sejak akhir-akhir ini dah menjadi kerap pula. Mungkin sebab jam loceng aku buat hal, kadang-kadang bunyi, kadang tak bunyi. Haha tu semua mintak nak beli baru, aku bukan apa, sayang nak buang, jam tu banyak berjasa dengan aku.
sumber:carian google

Pagi ini dalam perjalanan aku datang ke pejabat, kereta memang banyak. Dalam banyak-banyak kereta ini, ada lah seorang ni, bawak kereta macam b&%$6, aku sendiri tak tahu nak nyatakan dengan kata-kata. Salahnya kalau ikutkan memang kecik, tapi ianya boleh membahayakan dan melambatkan kereta-kereta lain. Aku lak masa tu tengah dok rush nak ke pejabat, kenalah dengan mamat tu. Mana tak bengang aku pagi-pagi ini. Masa dok marah-marah tu aku teringat satu perkara yang memang aku pegang sejak dari kecik, just bila dah besar panjang ni aku kurang mempraktikkan. Ego dah makin besar katakan. "Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang lak, kalau tak, kita sama je macam diorang tu" itulah ayat yang selalu aku bawak walau kemana pun aku pergi. So sambung balik psal pemandu hampeh tu, aku pun biar je la, janji dia bahagia. Yang aku lawaknya, bawak cam haram pun, bukan jauh pun pergi, last-last dok depan aku gak. 

Sambil-sambil menyelam tu, aku nak gak minum air. Aku tujukan perkara ini pada semua kawan-kawan aku, just untuk berkongsi dan nasihat. Tak kisahlah dalam apa jua keadaan dan situasinya. Kalau perkara yang dibuat orang itu elok dan baik, tak salah untuk kita buat juga, just kalau boleh, kita buat lagi baik. Kadang-kadang dalam hidup ini, ada saje manusia yang aku rasa tak boleh tengok orang senang, mesti ada saje perkara yang dia buatkan. Mungkin sebab dengki atau sengaja mencari gaduh atau sebagainya. Pada aku ini normal cuma kita yang terkena atau sebagainya perlu bijak menanganinya. Mudah je sebenarnya. Tak payah nak amek port sangat, wat tak tahu sudah. Tak perlu nak g berdepan or bergaduh2 bagai, wat sakit hati je. Percayalah cakap aku, last-last, orang yang buat tu dapat balik akibatnya. Tak boleh cara kasar kita guna cara halus. Gunakan "riverse sikologi". Gunakan akal untuk menangani perkara remeh macam ni. Tu antara kelebihan manusia dari mahkluk lain. Gunakan kelebihan yang diberikan olehNYA sebaik mungkin. Selebihnya, serahkan pada NYA, biar DIA yang tentukan. Oklah dah membebel banyak, nanti sambung lain, nak pergi bekfes jap. Jom..

Friday, November 4, 2011

Hati Berubah

Pagi-pagi ini aku tertarik dengan satu tajuk ini iaitu hati berubah. Mungkin lebih dikaitkan dengan pasangan yang bercinta. Yang dah berkahwin, aku tak pasti sama ada masih ada atau tidak yang berubah hati. Bukan apa, selalunya bila kita berkahwin, maksudnya kita sudah membuat sepenuhnya pemilihan dan itulah yang paling akhir dan tepat. Haha cakap macam ada pengalaman padahal aku sendiri masih mencari-cari. Aik yeke?? haha gelak lagi.

Kembali pada tajuk asal, hati berubah pasti ada sebabnya. Bak kata orang, hati ini ibarat kaca, ianya rapuh dan senang pecah. Selalunya aku nampak bila pasangan berubah hati, mulalah adegan untuk tudoh menuduh. Yang betul disalahkan dan yang salah makin disalahkan. Lepas tu mulalah unkit mengungkit sehinggakan akibatnya makin jadi teruk. Adehh. Pernah dengar atau tidak, yang orang bila sudah break off, langsung tidak boleh jadi kawan? kenapa ianya berlaku mungkin kerana apa yang aku cakapkan kat atas tadi. Kalau boleh janganlah sampai begitu sekali, kan lebih baik berkawan, mungkin itu yang terbaik.

Penyelesaiannya mudah, tak perlu tudoh menuduh atau ungkit mengungkit, yang perlu hanya satu. Ok, jika pasangan kita yang berubah hati, cuba tengok balik diri kita sendiri. Mungkin ada di mana-mana salah, sape tau. Kalau tidak ada salah, mungkin ada kekurangannya. Betul tak?? kalau tak, tak akan lah ada hati yang berubah.

Satu perkara lagi yang aku tak gemar. Bila orang dah berubah hati, tolonglah faham. Tak perlu nak bermusuhan bagai dan tak perlu nak paksa-paksa bila orang dah tak nak. Memang aku tak nafikan, berusaha itu tangga kejayaan. Kekadang memang hati akan kembali bertaut tetapi perlu ingat kekadang orang yang berubah hati ini sudah parah dan tak mungkin kembali. Bagi aku lah, dari dok paksa-paksa dia terima kita balik, baik kita tengok balik diri kita, kat mana silapnya, cuba betulkan. InsyaAllah akan berjaya satu hari nanti, kalau ada jodoh tak kemana.

Tuesday, November 1, 2011

Hari yang dinanti oleh sekalian kawan-kawan aku di pejabat ini telah tiba. Memang minggu ni suasana di pejabat aku makin meriah dan mood untuk bekerja makin kurang di sebabkan perkara ini. Macam macam karenah yang aku dapat lihat, ada yang pergi shopping, ada yang bercerita sana sini dan ada  juga yang berceritakan kemeriahan di sana nanti.
sumber:carian google

Amboi punyalah semangat sehinggakan lupa nak bagitau. Hari ini Cawangan aku akan ke Bukit Gambang Resort Water Park, Pahang. Untuk apa?? kami semua akan berteam building. Sejak sekian lama aku kerja, ini kali pertama rasanya cawangan aku menganjurkan team building seumpana ini. Yela selama ini duduk dalam kelas je, amatlah bosan tapi kali ini, kami akan bersukan exstrem. Paintball, high obstacle, night tracking, water rafting..pehh itu antara aktiviti-aktivit yang bakal kami buat. Yang paling tak best pun, tang ice breaker. Haha

Aku rasa aku yang paling semangat hari ini, mana taknya aku orang yang terawal sampai. haha. Bukan apa ada tugas yang perlu aku jalankan terlebih dahulu sebelum bergembira. Tugas kena selesaikan dulu dan sambil-sambil tu boleh gak aku update blog ni. Oklah walaupun sekadar catatan harian biasa tentang aku, sekurang-kurangnya aku update blog, dari tak update dan dibiarkan kesepian. Haha

Oklah kawan-kawan, nanti aku akan update lagi mengenai ini. Mungkin ada aku letakkan 2 3 keping gambar. Sekadar berkongsi.

Monday, October 31, 2011

Soal Lelaki

Wah dasyat pulak aku ni kan, boleh pulak buat entri macam ni, padahal merepek je banyak. Bukan apa tadi masa aku mendaki tangga yang tinggi sebelum sampai ke pejabat aku terfikir perkara ini. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk rujukan sendiri khasnya dan amnya pada pembaca-pembaca yang singgah sini. Apa yang bakal aku luahkan berdasarkan pengalaman aku sendiri bukan untuk memalukan atau mengaibkan diri tetapi berkongsi pendapat.


sumber:carian google
Isu ini aku dapat masa aku bersembang dengan teman aku. Katanya susah untuk mencari lelaki baik. Tapi betul ke susah ?? Memanglah sukar mencari kalau mencari seacuan macam watak dalam drama tv seperti Aidil (nur kasih), Seth Tan (Nora Elena) atau mungkin juga Adam (Adamaya). Memanglah ada cuma jarang di tunjukkan secara terang-terangan, paling dekat pun aku (islandofdim.blogspot.com). Gelak jap, hahaha. 

Kembali pada laluan, lelaki baik sebenarnya banyak tafsirannya. Ianya mengikut kepada tafsiran sendiri dan keserasian pasangan bersama, sebabnya memang lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling melengkapi. Aku ni bukanlah pandai mana bab-bab jodoh ni, tapi dari pembacaan dan pengalaman aku sekali lagi cuba berkongsi apa yang aku faham dalam blog ni.

Tujuan sebenar entri ini bukanlah secara keseleruhan soal lelaki tetapi sekadar menyentuh sedikit sifat ego lelaki. Yang ini aku rasa semua pun serba tahu betapa besarnya ego seorang lelaki. Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Mungkin ada lelaki yang berjaya mendahului egonya, ini cukup baik sebenarnya. Jika ada di sekeliling anda yang begitu, cepat-cepatlah tangkap, simpan baik-baik. Haha

Ada diantara teman aku selalu mengatakan susah mencari lelaki yang boleh faham atau mengikut kehendak contohnya teman bershopping, teman window shopping dan sebagainya. Meh sini aku dedahkan. Sebelum mengikat apa-apa perhubungan (jadi teman lelaki or masa mengorat), kalau di tanya terang-terang, memang lelaki biasanya akan menjawab "tak ada maknanya nak ikut p shopping, jalan sendiri, lagi2 kalau kt jalan TAR, panas". Ini terjadi disebabkan egonya terlalu tinggi tetapi selepas menjadi kekasih hati, bukan takat teman bershopping, macam-macam pun sanggup buat walaupun kekadang agak bising atau sebagainya. Biasalah tu, kekadang ego je lebih padahal boleh je buat. Sama juga macam kes bergaduh atau pape, mesti always nak menang, semuanya disebabkan ego.

Tetapi ada juga yang berlaku sebaliknya, ini kes lain. Sebelum dapat, macam-macam cerita atau perkara sanggup di lakukan. Aku rasa ini pun macam biasa berlaku, sebabnya aku sendiri tak tahu. Mungkin si lelaki mahukan kekasihnya berdikari atau sebagainya. Siapa yang tahu, macam aku cakap awal-awal tadi, ini sebenarnya mengikut kepada tafsiran sendiri. haha bukan back up lelaki ye. Okalh sampai sini je, maaf kalau ada salah kt mana2, tang gambar tu, itu aja yang sempat cari.

Awal pulak

Hari ini sekali lagi aku datang awal ke pejabat, entah apa yang aku semangatkan. Suasana di pejabat ini macam biasalah bila hari isnin, senyap sunyi. Lagipun hari ini budak sekolah start bersekolah balik, tentu tentu kepada sesiapa yang ada anak bersekolah pasti amat sibuk. Jalan raya, se awal tadi, tak ada sesak pun. Kereta sudah mula banyak cuma belum lagi sampai ke tahap kebiasaan, polis pun sempat berchit chat lagi di tepi jalan.
sumber:carian google

Banyak yang berlaku 2 tiga minggu lepas, antaranya kemenangan team Bola sepak Negeri sembilan. Memang antara game yang best walaupun tahap bola sepak kita still jauh. Aku tetap puas hati dengan permainan. Dalam bola sepak apa pun boleh terjadi disebabkan bola itu bulat. Kalau luar negara, arsenal membelasah chelsea 5-3 pun antara game yang menghiburkan. Banyaklah benda yang berlaku yang membuatkan aku senyap dan tidak meng update blog. Tengok tu alasan lagi kenapa aku tidak update.

Kembali kepada cerita hari ini, aku dapat rasa hari ini tidak akan ada pape cerita menraik yang bakal berlaku ke atas aku. Mungkin mendapat arahan yang beribu dari pihak atasan. Itu biasa sangat memandangkan aku pun kuli hamprak je. haha. Sebut pasal kerja ini, hari ini aku nak memebebel lagi. Bukan apa, aku rasa lebih baik aku tuliskan dalam ni dari aku menjaja merata-rata. Nampak sopan sikit, kat blog ini sape je yang baca kalau bukan diri sendiri. Btw thanks pada yang sudi membaca.

Cerita ini berlaku baru-baru ini, aku mendapat arahan untuk membuat satu kerja dimana kerja itu sebenarnya telah pun ditugaskan dan di pertanggungjawabkan kepada orang lain. Aku memang tak ksiah kalau nk diikutkan, aku ni bukan jenis yang suka dok diam. Yelah dah namanya kerja, buat jela mengikut arahan. Tapi yang betul-betul menyakitkan hari aku ialah dah lah mintak tolong, nak cepat lak tu. Bukannya aku tak buat langsung, biasalah bila bukan kerja kita selama ni, kena lah amek masa sikit untuk buat. Then satu lagi, langsung tak ada sesiapa yang tolong memandangkan kerja itu  memerlukan tenaga yang banyak. Orang yang sepatutnya buat kerja itu mula buat-buat sibuk, yang sorang itu sibuk dengan tidur kat atas meja dan yang sorang lagi tu, bawak anak-anak beriadah kat dalam pejabat. Adoyai, kemonlah, orang lain pun kerja juga. Tak kisahlah umur or jantina kita apa sekali pun, gaji dan tanggungjawab kita sama. Tak perlulah rasanya nak gunakan alasan jantina dan umur sebagai alasan untuk tak buat kerja.

Alamak kita lupakan kisah tu, aku harap hari ini akan lebih sempurna dan gembira buat aku. Doakan ye, sekarang, jom turun bekfes.

Friday, October 21, 2011

Pagi-pagi lagi

Alhamdulillah hari ini aku sampai awal ke pejabat walaupun semalam pulang lewat. Mungkin kejap lagi ada makan-makan tu yang aku cepat sikit sampai, bak kata orang bersemangat lebih. Tambah-tambah pulak ada gadis-gadis cantik dalam mesyuarat itu nanti. Alamak tergatal pula, kang ada yang marah dan merajuk, hati orang kena jaga, hati sendiri pandai-pandailah. haha.
sumber: carian google
Hari ini aku tak tahu pun nak update apa, cuma terasa nak update. Aku redah je la apa yang tahu, apa yang terlintas dalam kepala otak ni, itulah yang aku tulis. Yang pertamanya, dua tiga hari lepas ada lah kawan-kawan aku menceritakan soal hati masing-masing. Apa ingat orang lelaki ni tak boleh ke nak luahkan isi hati, nampak je keras tau, hati lelaki ni lagi sensitif, betul ke?? biarlah ini cuma pendapat aku. 

Yang menariknya, semalam adalah dalam banyak-banyak istilah yang keluar, ada aku mengatakan yang hati itu macam kaca. Rapuh dan mudah pecah, once dah pecah, memang agak payah nak ok balik. Tapi ada yang membangkang kata-kata aku, katanya tak sesuai. Ok tak apa mungkin aku boleh kaitkan yang tak semua hati ini macam kaca. Ada jugak yang boleh samakan dengan hati batu. Tipulah kalau kata tak ada perasaan, mesti ada sikit walaupun secara luarannya, seseorag itu nampak brutal dan ganas. Kalau di ikutkan, memang dah di ciptakan hati itu ber emosi, betul ke?? maaf ye kalau tersalah. Macam batu juga, walaupun keras sekerasnya, air yang lembut itu dapat bentuk dan lekukkan nya. Sama juga macam hati ini, walaupun kekadang ianya macam atau seolah-olah tiada perasaan, tapi akhirnya pasti ada juga jauh di sudut hati aku emosinya.

Wah dah berfalsafah pulak aku dalam blog ini. Bukan apa ini dari pembacaan aku, cuma aku kongsikan kat dalam blog ni mengikut kefahaman aku. Itu sahaja, mungkin ada salah kat mana-mana. Oklah pagi ini aku cuma update sikit mungkin jika ada kelapangan aku sambung lagi merepek dalam blog ini, kepada kawan-kawan yang masih lagi menyokong blog aku, ucapan seribu terima kasih dari aku.

Thursday, October 20, 2011

Lewat pulang

Hari ini macam kebiasaan, aku sebelum balik rumah aku bersukan dulu. Tapi hasilnya tak juga nampak, sama je dari mula bersukan sampai sekarang. Teknik bersukan pun bukannya bertambah baik tapi makin teruk lagi ada. Mungkin ada teknik-teknik yang aku cuba kuasai aku salah belajar ke macam na. Yela macam na nak pandai kalau dok amalkan benda salah, sampai bila pun akan duduk di takuk lama.
Itu bukan sebab atau tujuan aku update blog malam-malam ni. Biasalah aku bila meng update, ingin kongsikan apa yang terbuku dalam hati dan segalanya. Haha tergelak sorang aku dibuatnya, tambah-tambah pulak ada ofismate yang pasang lagu hindustan yang lama-lama dulu. Yela aku tak macam orang lain, kalau ada pape, boleh ceritakan pada teman baik atau sebagainya. Tapi bukanlah aku ni tak ada langsung teman yang baik, cuma aku lebih selesa macam ni. Setengah perkara bak kata orang tak boleh nak kongsikan tapi bagi aku semua perkara pun tak boleh nak di kongsikan. Haha gelak lagi. Melainkan dengan orang yang ada ikatan keluarga. Itu satu hal la, bukan apa zaman sekarang ini, payah sikit nak percaya insan yang bernama manusia, even family pun ada yang makan. Bunyi macam kecewa je kan. Bukanlah pape, cuma sekarang ini kita ada dengar macam-macam kes tipu lah, bohonglah..macam-macamlah. Lebih baik berjaga-jaga dari terkena.

Aisehman bila malam-malam sunyi ni, mulalah nak update yang emo-emo. Ok kita tukar pulak, cerita pasal blog lak. Sejak akhir-akhir ni aku semakin kurang untuk jengok kat sini. Kalau bukak pun just nak cek cek je. Paling menyedihkan bila aku perasan yang ada seorang pembaca (follower) dah tak ikut blog aku, un-follow. Aku tak tahulah selama ni dia ada baca or tidak blog aku tapi bila dia buat macam tu, sedikit sebanyak menurunkan semangat aku untuk berblog. Ada juga kawan blog yang kata semua tu tak penting, sebab banyak lagi sebenarnya yang masih menyokong aku. Terima kasih semua, ceh sedih lagi ayat ni.

Kembali lagi ke landasan asal. Sejak akhir-akhir ni aku terpaksa mengusahakan satu laman web cawangan aku. Sayangnya aku tak dapat nak share linknya kat sini, bukan apa, ianya cuma untuk kegunaan dalaman sahaja, intranet. Aku kena mulakan dari awal. Maksud aku dari aku langsung tak tahu macam na nak login, sekarang kira bolehlah untuk update. Aku terpaksa ketepikan blog aku buat sementara memandang laman web cawangan aku antara salah satu tanggungjawab yang terpaksa aku laksaanakan. Banyak lagi perkara sebenarnya yang membuatkan aku terpaksa mengetepikan kawan baik aku ni. Maafkan aku ye kawan. Sedih lagi ayat aku. Oklah aku berenti kejaplah, bagi ok sikit mood emo ni. Hahaha 

Tuesday, October 11, 2011

Aku mengaum lagi!!!

Salam satu Malaysia pada semua yang membaca.

Semalam hari yang terbaik buat aku. Kenapa aku kata macam tu?? Semalam aku cancel satu program yang penting semata-mata untuk tengok gergasi merah kuning bertempur. Berbaloi-baloi kata satu iklan dalam televesion tu. Gol-gol jaringan dari merah kuning memang antara yang terbaik dalam sukan bola sepak kita walaupun 2 gol pendahuluan datang dari  "dead end situation ". Pinjam kata-kata dari pengulas tv semalam. Ooopsss kantoi sudah, walaupun aku tengok di tv tapi aku still menyokong. Memang niat untuk memenuhkan stadium Shah Alam semalam tu ada tapi di sebabkan beberapa sebab musabab yang tak dapat di elakkan, terpaksa tengok kat rumah saje. Itupun sampai-sampai je terus stanby depan tv. 
sumber:carian google
Dari mula sehingga akhir perlawanan, aku seriusly enjoy sesangat. Macam ni barulah team Merah kuning yang aku sokong sejak dari bangku sekolah lagi. Masa paling top, masa zaman striker merah kuning tu ialah saudara Azman Adnan. Memang idola masa kecik dulu, kalau boleh nak jadi striker macam dia. Bayangkan kalau sekarang ni kita ada striker yang macam Azman Adnan, plus Safee Salie, memang terbaiklah team negara kita. Alamak pandai-pandai pulak aku, padahal aku main bola pun bukan hebat mana tapi komen je lebih. Tak salah rasanya kot, sebab komen itu baik untuk segalanya. Yelah untuk maju ke depan.

Sebut mengenai komen atau mengkritik, aku rasa kita di dunia ni memang tak lari dari dikomen or dikritik. Mungkin yang membezakannya ialah cara komen or kritikan itu diberi. Sesetengah orang boleh menerima kritikan walaupun ianya diberikan dalam apa jua keadaan. Setengah orang pulak langsung tidak boleh menerima kritikan, asyik nak melenting saje , itu yang membuatkan keadaan menjadi agak payah. Memang aku akui, menerima kritikan memang sesuatu yang payah dan menyakitkan hati. Bukan sebab tak betul or pape, tapi bila kita dah usahakan sesuatu dengan bersungguh, hasilnya langsung tidak mendapat penghargaan malah sebaliknya yang dapat.

Panjang pulak yang aku tulis, rasanya samapai sini dululah. Internet pulak macam biasa, laju mengalahkan cahaya. hahaha. Ooopss jangan marah, sekadar bergurau manja. Sebelum aku habiskan entri kali, saje aku nak kongsikan sedikit info mengenai penjaring 2 gol pendahuluan selangor semalam.

Nama penuh : Mohd Safiq bin Rahim
Tarikh Lahir : 5 Julai 1987
Tempat lahir : Negeri Sembilan, Malaysia
Tinggi : 1.67 m (5ft 6 in)
Position : Attacking Midfielder

sumber :wikipedia

Tuesday, October 4, 2011

Cherating fight

Pejam celik pejam celik aku dah 2 hari berbengkel kat cherating. Boleh tahanlah keadaannya kat sini. Tempat yang aku dok duduk ni memang terbaik. Tak sangka lak aku dapat bilik sorang. Dah banyak kursus dan bengkel yang aku join, tapi pertama kali dok sorang. Memang urusetia terbaik. Tahniah pada urusetia kalau diorang baca blog picisan aku ni.

Kat sini walaupun aku sorang ++ je kumpulan sokongan, tapi diorang suma layan aku macam biasa. Biasalah, dalam banyak banyak, ada juga yang pandang aku sebelah mata. Aku tak peduli sebab aku percaya dengan diri sendiri. Aku datang sini untuk belajar, bukan nak berlagak tak tentu arah. Lagipun apa yang dia boleh buat, aku yakin aku pun boleh jika diberi peluang.

Ish kat mana mana pun kita pergi, perangai manusia memang kita tak leh lari. Cara kita menanganinya yang buatkn kita seronok. Yang paling penting, kena yakin dengan diri sendiri je.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Semalam hari gembiraku

Alhamdulillah selesai juga program yang aku anjurkan bersama-sama teman. Tahap kelegaan memang aku sendiri tak dapat nak gambarkan. Cukup mengujakan. Sehingga ke hari ini masih lagi rasa keterujaan yang amat sangat sehinggakan semua tempat pun aku menceritakan mengenainya. Sebenarnya semalam aku dan kawan-kawan anjurkan satu ekspedisi mendaki bukit. Mungkin setengah orang akan kata aku ni kecoh sangat, tapi bagi aku ianya cukup membanggakan sebab 1st time aku anjurkan program macam ni. Dengan jumlah sambutan yang cukup membanggakan.

Bukan itu sahaja yang membuatkan aku gembira tapi banyak lagi sebenarnya. Kawan-kawan yang berada di sekeling aku juga banyak membantu. Kehadiran kalian cukup menggembirakan aku tidak kira apa pun yang kalian lakukan terutama pada si dia. Haha ayat mengundang tanda tanya. Lantaklah kan, janji aku tau apa aku buat. Tak lupa juga pada insan tersayang yang sentiasa menyokong dan menggembirakan aku. Alamak ayat dah macam artis menang anugerah pulak. Tak apalah bukan selalu.Sekali sekala berangan kan kan.

Aku sengaja update walaupun sebenarnya aku langsung tak idea. Langsung tak tahu apa nak tulis kat dalam ni. Yang aku fikirkan, hanya cerita gembira aku semalam. Seriuosly memang tak terfikirkan pape pun. hahha angau sudah. Tapi tulah, kata orang jika kita berusaha dengan sungguh-sungguh dan hasilnya tidak kira pape pun, kita akan rasa sangat berpuas hati. Bukan sebab hasilnya tapi sebab usaha yang telah kita taburkan bersama-sama ia. Bagi aku hasilnya tidak berapa penting, tapi usaha kita tu yang penting. 

Friday, September 30, 2011

Tak ketauhan hala

Rini merupakan hari penting untuk aku. Bukan apa, hari ni hari terakhir persiapan untuk program yang aku anjurkan. Memang kalau di ikutkan penatnya melebihi segalanya. Tapi aku tak kisah semua tu sebab bila fikirkan kepuasannya, semua penat dan segalanya hilang macam tu je. Susah aku nak gambarkan dalam tulisan mahupun kata kata tapi yang pastinya memang tak ada tolok bandingnya.

Dalam kegembiraan dan kenikmatan tak terkata ni, ada juga yang pasti merosakkannya. Aku pun pelik kenapa masih ada yang sebegitu. Aku bukan mengharap pape cuma hormatlah sikit dengan usaha yang telah di buat. Kalau ada salah dan silap di mana mana dalam satu program tu biasalah, tak perlu nak bising bising. Yang itu satu hal, ada pulak yang suka mengkritik bila sesuatu keputusan telah dibuat dan ianya telah dilakukan. Lagi pening di buatnya. Macam macamlah, kalau nak ikutkan hati dan emosi, boleh gila di buatnya. Biarlah, bukan senang nak puaskan hati semva orang. Yang penting, aku puas hati dengan apa yang aku buat.

Hari ini, aku jadi tak ketahuan hala di sebabkan perkara ini. Selagi belum selesai, selagi tu bermacam macam perkara bermain dalam pale ni. Aku sangat sangat berterima kasih pada yang menyokong aku, tak kira dalam bentuk apa pun. Jasa kalian semva, hanya tuhan yang mampu balas. Oklah nak masuk tido dulu, esok nak bangun awal. Nanti entri seterusnya aku masukkan sikit sikit mengenai aktiviti ni..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 28, 2011

Gergasi mengaum

Sehari sebelum hari perlawanan, aku dah beriya untuk tengok game tu. Tak kiralah pergi stadium or kat tv je. Lupa lak nak cerita, sebenarnya malam ni adalah perlawanan penentuan bagi pasukan red giant atau pasukan bola sepak selangor. Dari kecik aku memang peminat setia red giant ni.
Sambung balik mengenai game malam tadi, memang menaikkan semangat betul. Red giant telah di bolosi pada separuh masa pertama lagi. Biasalah bila nak menang, then tetiba kalah, memang emosi tak boleh nak kawal. Pemain pihak lawan pulak tak mahu mengalah, lagi tertekan jawabnya. Aku puji pemain pemain red giant coz main bermati matian sampai tertonggeng tonggeng.

Setelah lama berusaha dan melawan emosi, akhirnya dapat mata penyamaan. Lega kejaplah dan aku tengok pemain red giant makin bersemangat. Tak lama lepas tu, kapten selangor malam tadi, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol kemenangan. Memang terbaiklah. Maaflah pihak lawan, mungkin tak ada rezeki lagi. Cuba lagi tahun depan.

Aku cukup suka tengok game yang ma macam ni. Mula mula ketinggalan dan bangkit semula. Kalau kat stadium, rasa dia lain macam sikit. Kalau pada sape yang belum pernah pergi stadium untuk tengnk bola, cubalah, tak rugi pun sebenarnya. Oklah aku terpaksa berhenti dulu, ada keja perlu di selesaikan. Doakan aku ye untuk esok, untuk apa sahaja yang aku lakukan esok..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah sekarang keadaan aku makin ok. Wah cerita macam aku ni sakit teruk bagai. Sebenarnya tak ada pape yang berlaku pun . Aku ni je malas nak update blog, kalau bukak pun nak tengok dashboard je n lepas tu terjah 2 3 blog. itupun malas nak mengomen. Tak macam dulu, rajin. Bukan apa sekarang inspirasi kuranglah, bila inspirasi kurang, idea nak datang tu memang terbaiklah tak ada. Aku tau bagi setengah orang akan cakap, ini semua alasan padahal pemalas. Memanglah tapi kalau rajin pun, tapi xda semangat, tak guna juga sebab nanti bila masa nak menulis dalam blog ni, mulalah ayat akan jadi sangat berterabur dan susah nak faham. Contohnya entri ini, korang baca pun naik meluatkan?? haha

Aduh aku terlupa tujuan asal aku menulis entri ini. Sebenarnya aku buat entri ini khas untuk semua yang menyokong dan mengingati aku tak kira dari pelbagai aspek pun terutama pada yang sudi ajak aku ke ofis terbuka. Minggu ini dapat jimat banyak di sebabkan mereka-mereka ini, keke. Jom kita cerita sikit sikit mengenai perkara ni. Aku sebenarnya segan juga bila di fikirkan, sebab aku sendiri tak buat. Bagi yang tak mengenali aku secara dekat, memang akan nampak aku ni macam tak malu sebab aku akan berada di mana-mana. Aku ni jenis kalau orang jemput, insyaAllah akan aku cuba juga untuk datang tak kira apa jadi pun. Biarlah aku datang dengan hanya minum air segelas, sekurang-kurangnya aku tak mengecewakan tuan yang mengajak. Dah la terasa macam poyo pulak cerita macam ni, kang naik menyampah lak orang yang membaca blog aku ni.

Entri ini pendek je sebab update waktu kerja, tak leh nak lama-lama sebab nanti ada lak yang mengata bagai. Baisalah mulut manusia mana boleh tutup. Sebelum aku akhiri entri ini aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang masih mengingati dan menyokong aku tak kira apa pun yang berlaku. Sokongan koranglah yang membuarkan aku akan teruskan apa yang aku buat. Terima kasih ye.

Friday, September 23, 2011

Cinta dan Benci...

Saje aku nk share lirik lagu yang best. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat layan lagu ini. Try la layan kawan-kawan. Kata orang setiap orang ada lagu yang mengaitkan diri sendiri. Aku, aku sendiri tak pasti, ikutlah tapi aku memang suka dengar lagu dari kumpulan Geisha ni.

bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu
 
woo ooo ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa

Thursday, September 22, 2011

Monday, September 19, 2011

Panas badan

Malam ni aku macam biasa, menghabiskan masa lapang aku dengan bersukan. Hari ini badminton, ni antara sukan yang aku gemari selain main bola dan sebagainya. Rasanya sesiapa yang tinggal berdekatan sri damansara mesti biasa main kt tempat aku main ni ataupun pernah dengar nama tempat S7 badminton kepong. Boleh tahan gak tempat ni, suasana pun ceria dan meriah, dari segi kemudahan dan peralatan, boleh tahanlah dengan harga yang di kenakan.

Entri malam ni bukanlah untuk menceritakan kisah aku pergi bersukan tapi kisah warm up or panas badan sebelum bersukan. Ramai yang aku tengok datang datang terus bersukan termasuk aku sendiri. Mungkin ada yang belum sedar akan akibatnya di mana ianya boleh menyeksa badan. Contohnya, aku sendiri dari bangku sekolah lagi cukup malas untuk warm up. Akibatnya setelah sekian lama, otot bahagian pinggang mengalami ketegangan yang dasyat. Lama aku berhenti dari bersukan, badan pun naik dengan mendadak.Sehingga sekarang, aku kalau terlalu penat or lama, pasti akan terasa balik. Itulah dia, dulu terlalu degil dan malas, badan sendiri yang merana.

Sambung balik pasal panas badan. Satu lagi sifat manusia ni, bila tengok orang wat warm up, macam macam mengata. Poyolah, semangat sangatlah, bajet star la dan mcam2 lagi. 2 yang aku rasa, ramai yang malas nak buat warm up, takut orang mengata. Se jujurnya, aku sendiri pun ada memikirkn untuk mengata macam tu, keke. Hari ini aku nak betulkan balik minda aku ni, bukan untuk dan tentang perkara ini saje, tapi apa saje yang aku lakukan, buat saje apa yang perlu, jangan fikir apa orang nak kata, sebab yang akan laluinya diri kita. Lagipun buat la apa pun, orang tetap mengata..kan kan..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 15, 2011

Panas!!!

Alhamdulillah semalam dan hari ini di pejabat aku ada buat jamuan aldilfitri. Semalam memang terbaik dan terbaik. Walaupun penat bergotong royong, tapi akhirnya berbaloi sebab hasilnya cukup manis buat warga-warga cawangan aku. Makanan yang sememangnya cukup meriah dan banyak membuatkan kami kekekanyang sehingga malam. Hari ini pula jamuan peringkat Kementerian, punyalah ramai orang. Makanan macam biasa cukup meriah. Mungkin di sebabkan terlalu ramai orang dan semua pun turun sekaligus membuat suasana jadi meriah dan sesak. Bila orang dah ramai, keadaan mula jadi panas ditambah pula dengan cuaca sekarang. Habis baju semua basah kuyup di sebabkan peluh yang berjurai-jurai. Macam aku, aku jenis yang tak berapa suka pergi ke tempat yang ramai orang dan keadaannya sangat sangat panas. Bukan apa ianya membuatkan aku berpeluh yang amat, jadi sangat tidak selesa.Mesti korang ingat aku ni jenis yang manja, tak leh panas sikit. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang tak suka berpeluh cuma kalau nak berpeluh, baju kena sesuai. Yela kalau dah pakai baju kerja, mana selesa nak berpeluh bagai. Nak jumpa orang lagi, macam-macam lagi la.

Sebut mengenai panas ni, jom kita beremosi sedikit. Bukan apa, blog ni kan kawan baik aku. Tak ada siapa dah aku nak berkongsi cerita kalau bukan dengan blog picisan aku ni. Persoalannya, kenapa ada juga manusia yang memang tak boleh nak tengok orang senang?? Tak boleh nak tengok orang itu gembira buat sesuatu? dan kenapa masih ada orang yang suka mengkritik ??? sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa, hanya sekadar berkata-kata.
Macam ni lah, boleh tak aku buat entri khas untuk beliau?? supaya aku rasa puas hari dan sakit hati aku ni hilang....Tak boleh sebab dah macam menjatuhkan air muka beliau. Tak mengapalah, cuma aku harap beliau akan berubah. Aku ni bukanlah baik sangat sebenarnya, ada banyak juga salah di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya apa yang aku buat, aku selalu beringat satu perkara iaitu ada juga hati yang perlu dijaga tidak kira apa pun yang aku lakukkan.

Tuesday, September 13, 2011

Rintihan pagi

Hari ini aku sampai pejabat seperti hari hari kebiasaan, ngam ngam saje. Tidak ada lagi semangat untuk ke pejabat seperti dulu. Aku sendiri pun tidak tahu apa sebabnya. Kemalasan yang terlalu berat dalam diri aku menghantui. Apa yang aku cuba buat sekarang ini hanya umpama paksaan untuk menunaikan segala tanggungjawab yang telah di pertanggungjawabkan. Bukan seperti dulu dengan kerelaan hati. Semua yang di arahkan sekarang bagaikan beban buat aku.

Aku berniat selepas raya aku akan kembali mencari sinar untuk teruskan perkhidmatan aku tetapi bila tiba masanya, tidak ada apa pun yang berlaku. Sama sahaja tanpa sebarang perubahan. Kadang-kadang aku tertanya pada diri sendiri, betul atau tidak tindakan yang aku ambil selama ini? Mungkin juga akan ada perkara-perkara baik atau sebaliknya akan terjadi? Apa keputusannya, itu terpulang pada usaha yang aku ambil sebelum ini. 

Mungkin apa yang terjadi kebelakangan ini membuatkan aku berfikir. Segala apa yang aku usaha selama ini kelihatan sia-sia di pandangan aku, pandangan orang lain aku tidak pasti. Mungkin aku terlampau mengejar kesempurnaan yang aku sendiri tidak tahu "bench marknya" atau dengan kata lain aku mengejar sesuatu yang tidak pasti. Jika betullah, alangkah membuang masanya aku dikala masa itu sangat penting dalam segala hal.

Aku mohon segala petunjuk yang ada. Terima kasih pada yang masih memberikan keceriaan pada aku dan masih memberi semangat apda aku.

Sunday, September 11, 2011

Mimpi yang menakutkan

Salam pagi hujung minggu pada yang mengenali.

Hari ini aku bangun agak awal kalau nak dibandingkan dengan hari hari cuti yang lain. Ini semua di sebabkan semalam aku habiskan waktu cuti aku dengan tido, memang terbaik. Tapi itulah kalau terlebih sangat tido pun boleh sakit pale dibuatkan.

Sebut pasal tido, pagi tadi tido aku di serikan dengan permainan yang cukup menggelikan. Aku mimpi yang cukup geli. Ceritanya bermula bila aku bangun awal pagi. Biasalah bila bangun pagi, aku terus ke bilik air untuk mandi. Bila aku bukak je shower air tu, bayangkan beribu lipas turun sekali dengan air. Hidup pulak lipas lipas tu. Punyalah geli masa tu. Melompat lompat aku dalam bilik air. Tak lama lepas tu aku terjaga. Nasib ianya hanya mimpi. Pagi ni nak mandi pun fobia, terpaksa tengok tengok dulu air pancut tu. Sampai macam tu sekali efek mimpi ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

Dipersalahkan

Bila petang baru sempat untuk jenguk jenguk kat blog ni. Biasalah bila cuti, macam macam aktiviti perlu aku lakukan, nasib petang ini hujan, tertangguh kejaplah aktiviti luar aku.

Di persalahkan atas kesalahan yang kita lakukan memang perkara biasa dalam hidup ini. Dan orang yang menerima dan mengakui kesalahan yang dilakukan memang seorang yang bertanggungjawab. Aku kagum dengan orang begini. Yela bukan senang nak admit kesalahan sendiri, masing masing ego tinggi.

Itu satu hal, yang lagi teruk bila kita disalahkan atas apa yang kita tak lakukan. Macam aku dulu, aku tetap akan tegakkan, biarlah sampai bertekak asalkan aku puas hati. Bukan apa, bila terjadi macam tu, tanggapan orang pada kita akan berubah. Tapi sejak dua menjak, aku dah berfikir, tak perlu lagi aku nak bersusah payah nak melawan bagai, biarlah apa yang orang cakap. Bila kita betul, insyaAllah, kebenaran akan terpancar juga.

Teringat kisah lalu, masa aku sekolah. Kejadian berlaku kat kantin sekolah dimana masa tu tong ais jatuh dan secara kebetulan aku lalu kat situ. Memang abang kantin tu marahkan aku. Memang masa tu perasaan apa yang aku rasa, tuhan je tau. Marah dan kecewa yang tersangat2. Itu rasanya bila orang yang kita tak kenal buat, bayangkan jika orang yang kita kenal, or rapat buat, mesti rasanya double.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 9, 2011

Aku jatuh hati pada dua...

Yang ini membuatkan aku sendiri tidak tidur malam, mandi tak basah dan makan tak kenyang. Bila makan tak kenyang, mulalah rasa nak makan je sekaligus buat aku makin membesar dengan jayanya. 

Aku sebenarnya bukanlah jenis cepat sangat nak jatuh hati tapi sejak akhir-akhir ni perkara macam ni aku tak dapat nak kawal. Bak kata orang kalau jodoh memang tak kemana. Mungkin disebabkan ini kot aku sendiri tidak dapat mengawalnya. Pernah dulu aku cakapkan, yang apa yang kita ada dan miliki patut kita hargainya. Memang kita akan rasa yang orang lain punya lagi best dan menarik. Cuba tengok secara keseluruhan, pasti akan ada jawapannya di situ.

Maaf jika aku curang, aku tidak pernah begini seumur hidup aku (kalau ada mungkin aku tak perasan, keke). Kepada yang sedia ada, maafkan aku, bukan sengaja aku berbuat begitu, bagi aku masa  dan peluang untuk berubah. InsyaAllah jika ada keizinan aku akan kembali seperti biasa.

Lupa pula aku nak cerita, sebenarnya aku jatuh hati pada 2 gadget ini. Memang menyanyat hati function beliau ini, tahniah pada pengeluar sebab berjaya menghasilkan gadget yang cukup gempak dari pandangan aku.

 atas : HTC Evo 3D
atas : HTC Sensation

Sumber : Gsmarena.com

Cukai Prepaid 6%...amboi

Salam petang, panas betul isu ini. Yela kat dalam Malaysia ni berapa ramai pulak yang menggunakan prepaid. Aku dengar dalam berita semalam, mula-mula macam tak kisah sangat sebab baru balik dari main futsal. Penat-penat terus dengar berita, memang tahap kosentret pada berita tu memang kurang. 
sumber : carian google
Pagi tadi bila dengar balik dalam radio, banyak jugak yang caj dikenakan. Tambah-tambah pulak kalau top up dengan jumlah yang banyak. Seronok dengar komen-komen dari orang ramai, macam-macam ragam ada. Bagi sesetengah orang, memanglah jumlah 6% itu agak sikit tapi lain pulak sebaliknya. Dengan duit cukai yang sedikit tu, banyak benda boleh buat. Contohnya simpan untuk buat duit raya tahun depan, beli gula-gula ke....alamak merepek dah aku petang-petang ni.

Kembali pada tajuk asal, pada pendapat aku, apa yang berlaku sekarang ini bukanlah 100% buruk. Kalau di teliti dengan secara menyeluruh, ada juga kebaikannya. Rasanya tak perlu aku nak hurai sebiji bijik apa yang baik dan buruk. Semua boleh berfikir dengan sendiri dan ini hanyalah secebis pendapat dari aku. Sekurang-kurangnya dalam banyak-banyak perkara perlu ada perubahan barulah kita akan terus maju. Tak perlu nak menghentam sana sini. Bak kata orang, perkara yang lepas tak perlu dikenang-kenang, kita perlu pandang ke depan untuk terus berada di depan. Macam mana kita nak terus ke depan kalau kita asyik pandang ke belakang.

ps : jangan ada yang mengamuk dengan kedai top up lak ye, sekarng pi beli banyak2 memandangkan ianya akan berkuat kuasa 15September ini.

Wednesday, September 7, 2011

Lama berhabuk

Kali ini memang rasanya lama juga aku tinggalkan blog aku bersendirian. Kesiankan dia. Kali ini bukan masa atau idea yang ketandusan tapi aku sendiri yang salah. Aku tidak pandai membahagikan masa dengan jayanya. Terukkan, rasanya kawan-kawan blog aku sendiri pun aku biarkan begitu sahaja. Maafkan aku ye kawan-kawan. Aku akan cuba cari balik diri aku yang dulu, kembalikan balik mood berblog. 

Pagi ini aku macam biasa, datang je pejabat, terus bukak email dan blog. Tapi macam biasa, apa pun tak ada. Mungkin dah terbiasa asal bangun je mesti tengok blog. Macam na ye nak kembalikan mood berblog musim-musim raya ni?? Susah kan blog nak lawan rendang dan lemang. keke

Nak tanya korang, pernah tak korang termakan dengan kata-kata korang sendiri?? Macam ni, dulu masa aku mula berblog, wah kunun dah otai la ni, aku ada berikan sepatah dua kata, isunya tak perlu aku nak jelaskan. Ini just secara rambang, apa yang aku kata dulu, terjadi pulak ke atas diri aku. Memang terasalah bila benda tu jadi antaranya rasa marah, sunyi dan kehilangan. Dasyat betullah, aku sendiri sebenarnya tak sedar kenapa ianya berlaku ke atas aku sedangkan perkara seperti itu seringkali aku ingatkan pada diri sendiri. Itulah dia manusia, seringkali melakukan kesilapan. Bak kata dalam cerita Semerah cinta stilletto semalam, "kesempurnaan dalam hidup itu memang tak ada, tapi yang ada cuma kebahagiaan." Menarikkan ayat tu. Sebelum ini, aku seringkali mencari kesempurnaan dalam hidup, bukanlah mencari 100% tetapi nilai yang paling hampir dengannya. Bukan untuk berlagak atau sebaliknya tetapi sekadar kepuasan peribadi Tapi lama kelamaan aku berfikir, cukuplah bila kita rasa bahagia. Maksud aku, tidak perlu mencari kesempurnaan dalam hidup cuma carilah kebahagiaan dengan apa jua caranya. Kebahagiaan bioleh di kecapi dengan pelbagai cara, bukanlah dengan  hanya wang ringgit, kasih sayang or sebagainya.  

Wah dasyat pula isinya, tak mengapalah aku cuma kongsikan apa yang aku rasa dan alami. Maaf jika sejak akhir-akhir ini entry aku agak bosan. Oklah kawan-kawan, nanti kita jumpa di entry yang seterusnya.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

Di kesempatan hari yang mulia ini, aku ucapkan salam aidilfitri pada semua yang membaca blog aku ni. Maafkan aku jika selama aku berblog aku ada tersalah kata, terkasar bahasa dan sebagainya.

Sunday, August 28, 2011

Bercinta

Sunyi je kuala lumpur ni, tapi bila keluar nak pergi shopping, jalan punyalah jem. Orang punyalah ramai sehinggakan nak pilih saiz baju pun susah. Semalam aku plan berbuka kat luar. Aku fikir tak perlulah nak tempah meja bagai, main redah je. Skali penuh , nasiblah ada tinggal 2 3 meja. Hasilnya, kami berbuka lambat skit dari orang lain tapi aku tetap bersyukur. Meja belakang kami tu, ada satu pasangan tu, tak bercakap dari sebelum buka sampai ke lepas buka. Lawak betul tengok diorang. Tapi itulah adat dalam bercinta. Kalau tak memang tak seronok. Alamak termengumpat lak. Pada pasangan tu, maaflah, saje wat contoh.

Rasanya, semua pun pernah bercinta. Tak kisahlah macam na keadaannya. Tapi itu membuatkan kita matang dan sebagainya. Teringat dari pertanyaan dari seorang teman yang cukup istimewa, cewahh. Soalan dia berbunyi begini, haha macam dasyat lak bunyinya. Rilex rilex tak da apa pun yang istimewa. Cuma hari ini aku nak berkongsi, mungkin juga jelaskn apa patut sebab tempoh hari aku cuma memberikan jawapan 'ya'...

'Bercinta lama lama ni bosan ke? '

Tengok soalan tu, nampak macam ringkaskan tapi sebenarnya ianya membawa maksud yang cukup mendalam pada yang bercinta. Tak perlu rasanya aku nak jelaskan satu satu.

Memang jawapan aku ya kalau bercinta lama lama. Tapi itu terpulang pada individu tu sendiri untuk tidak membosankan percintaan tu. Perlu ingat jangan sampai melakukan perkara perkara yang dilarang. Banyak caranya lagi selain melakukan perkara terlarang.

Salah satu cara mengelakkan dari bosan, janganlah bercinta lama lama. Terus je kawin, sebab bila sudah berkahwin, banyak lagi kebaikan akan muncul. Walaupun aku belum kawin, tapi dari pembacaan dan pengalaman aku dapat bercerita dan berkongsi, jika ada salah dan silap, tolong betulkan aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

Bercinta selepas kawin

Sedar tak sedar bulan ramadhan dah semakin hampir sampai ke penghujungnya. Minggu ni mood raya dah berkobar kobar, terutamanya kat pejabat aku. Hiasan memang terbaik, meriah. Makin dekat hati aku berasa sangat sayu. Mungkin kerana minggu ni suasana balik kampung meriah semacam. Kawan kawan aku ramai yang sudah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Aku, tahun ni raya pertama di kuala lumpur, mesti tak meriah nanti.

Intro aku kali ni agak panjang di sebabkan mood raya. Kembali pada tajuk, teringin pula rasanya nak bercinta selepas kawin, ala ala macam nora elina n seth tan. Berangan lak aku, idea ni aku dapat masa aku bersembang dengan kawan kawan aku tadi. Kalau ikutkan hati memang rasanya teringin nak merasa. Tapi ada lagi ke yang macam tu zaman skg ni?

Zaman sekarang ni, agak susah nk jumpa orang bercinta selepas kawin. Selalunya mesti bercinta dulu baru kawin, ada juga yang tak kawin kawin. Keke .

Sebut mengenai ini, ada juga kebaikan dan keburukannya. Contohnya, keburukannya, jika pasangan tu tidak serasi ke? Tak ngam ke? Kan susah macam tu. Sebab tu aku rasa sekarang ni, perkara perkara begini jarang kita dengar. Tapi jika sebaliknya, bayangkan betapa indahnya. Boleh pecah jantung n hati ni sebab terlalu bahagia.haha aku melawak je. Oklah aku masuk tdo dl, selamat menunaikan ibadah puasa. Rebut setiap peluang yang ada sebelum hari raya ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 19, 2011

Tersedar sudah!

Kejadian ini berlaku dalam minggu ni dan ianya membuatkan aku sangat-sangat marah pada mulanya. Setelah difikir panjang, untuk apa aku marah, kejadian telah pun berlaku dan akibatnya juga telah aku tanggung. Aisehman pagi-pagi lagi dah buat entri yang berbaur sedih, rileks rilek, raya dah dekat ni.

Kejadian apa yang aku maksudkan ini. Meh aku kongsikan dengan kalian, dan tuan empunya badan, jangan pula ko terasa, aku buat ni bukan untuk menjatuhkan ko, cuma aku nak nyatakan betapa kecewanya aku bila orang yang bernama "kawan" sanggup berbuat demikian. Aku rasa bila ko berada di tempat aku, aku pasti ko sudah melenting bagai tapi aku ada marah-marah ke ko?? tak ada kan, so rileks je ok.

Ada la 2 3 hari lepas, ada seorang ini membuat pengakuan yang sangat sangat membuat aku terkejut. Yela selama ni selalu je aku lepak bersama, bercerita bersama dan apa pun bersama. Korang tau dia cakap apa....

"Dim, selama ni aku yang buat cerita pasal ko, dan aku tak sangka pulak efek dia sampai macam tu sekali, nanti aku akan cuba betulkan balik apa yang boleh"

Tengok dasyatkan ayat tu. Bukan aku tak mahu ko betulkan tapi rasanya tak payahlah. Benda dah jadi tak boleh nak buat apa-apa. Ko buat tak tahu sudah, aku pun dah ok dah ni. Orang yang bengang dengan aku pasal cerita ko tu pun aku rasa dah tak berapa nak marah. Macam nilah, aku sebenarnya bukan senang nak marah orang, aku anggap apa yang ko buat tu hanya gurauan. Boleh macam tu? Jangan risau nanti raya ko mintak la maaf, insyaAllah aku akan maafkan. Tapi dengan syarat, kena belanja aku makan yang sedap-sedap, amacam?? keke

Entri ini aku update pagi-pagi sebab aku sampai ke ofis awal. Untuk mengelakkan aku dari tidak berbuat apa-apa, aku update dulu. Aik jangan tudoh aku macam-macam, aku masuk kerja jam 8, so sekarang baru 7 lebih. Masih boleh buat satu lagi entri selepas ini. Kepada yang semua yang membaca, Selamat berpuasa pada hari ke 19 bulan Ramadhan ni. Ingat jangan membazir di bulan mulia ni, yang penting sabar. Ianya asas dalam segala hal. ingat tu ye.

ps: maaf, anggap entri ini hanya gurauan dan rekaan. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Thursday, August 18, 2011

Semalam tak best!!

Semalam petang hujan turun dengan sangat lebat. Jalan di Kuala Lumpur ni memang jadi sesak yang amat. Palan aku dengan geng-geng terpaksa di ubah gara-gara jalan raya yang sebegitu. Tapi aku tak salahkan sesiapa, sebab kita cuma merancang, yang tentukan bukan kita, hanya DIA yang satu. Yang aku peliknya, sesetengah orang tak faham dengan benda ni, kalau boleh semuanya nak sempurna, kemonlah kita ni manusia cuma boleh merancang dan berusaha.

Tetiba teringat kisah lalu, adalah satu plan ni. Masa tu ada seorang ni plan aktiviti riadah untuk kawan-kawan, yang secara kebetulannya,kali kedua dia merancang dan buat. Memang semua orang pun teruja dengan keadaan ni, yela yang pertama kali hari itu, kejayaannya melebihi dari jangkaan. Tetapi dengan secara tidak sengaja, rancangan tersebut terpaksa di tukar sedikit atas sebab-sebab yang tidak dapat di elak. Yang kesiannya, si tukang rancang ini dipersalahkan, macam-macam semburan ditaburkan. Yang lagi menyakitkan hati, next event pun jadi double plan sebab yang kawan sorang tu tak percayakannya. Adehh macam-macamlah. Aku rasa tak perlu kot sampai macam tu sekali, padahal semua boleh di bawa berbincang.

Amboi tersasar pulak dari tajuk, tak apa itu hanya selingan. Kembali mengikut paksi, semalam geng-geng induksi aku buat plan untuk berbuka ramai-ramai. Plan tersebut jadi dengan jayanya walaupun ada beberapa orang terpaksa batalkan kehadiran di sebabkan ketidak izinan keadaan. Tak mengapalah, jemputan itu bukan atas sebab paksaan. Semalam banyak benda yang kami plan tidak menjadi membuatkan aku rasa sikit tak best tapi berbalik pada apa yang aku cakap kat baris atas, kena terima seadanya. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Jangan merungut tak tentu pasal, kepada geng yang hadir semalam, kita gembirakan semalam. So kepada yang tak dapat hadir semalam, ni hah aku tunjuk menu berbuka semalam, saje nak kasi korang jelez.
 Ayam Bakar
 Bawal Bakar
 Ayam penyet
 Kangkung goreng Penyet
 Ini menu aku bawal goreng penyet. Sangat garing wey, sedap hingga ke tulang terakhir
.

Wednesday, August 17, 2011

Lakonan semata

Hari ini aku datang ke pejabat macam terpaksa, malas memang dah tahap gaban. Kalau ikutkan hati memang nak je aku habiskan cuti yang masih ada ni. Bila difikirkan, rugi pula kalau habiskan cuti, manalah tahu nanti ada hal or nak pergi bercuti, boleh amek cuti lama-lama. Raya ni pun aku dah apply cuti, tapi aku amek 2 hari je, memandangkan public holiday kita dapat 3 hari then jatuh pula kat tengah-tengah, memang bernasib baik.
sumber:carian google
Walaupun hari ini aku datang dengan kemalasan yang agak dasyat berbanding hari hari lain, aku tetap buat-buat sibuk. Tak pernah rasanya sekusyuk ini buat kerja, hampir kesemua kerja aku berjaya habiskan tapi masa tetap tak berjalan dengan lajunya. Setiap sejam aku tengok jam besar kat dinding pejabat ni dengan harapan masa akan berlalu dengan pantasnya.

Belum pun tiba waktu lunch, semua orang pun dah tak ada kat tempat. Ada yang pergi tidur dan ada juga yang pergi membeli belah. Sekali tengok jalan ke KL, memang sesak terbaik. Almaklumlah cuti umumkan untuk sesetengah negeri. Bila lunch je, aku dah tahu nak buat apa, semua game pun aku dah try tapi aku tetap juga berlakun buat-buat sibuk. Bila sibuk, aku dah tak payah nak fikir benda remeh temeh lagi dah, tak adalah aku pening dan emo tak tentu pasal di bulan mulia ini.

Sebut pasal berlakun, aku rasa manusia dengan lakunan memang tak dapat nak lari. Semua orang pandai berlakun, sape yang kata dia tak pandai berlakun memang agak mustahil. Sebab apa aku kata begitu, cuba tengok kehidupan seharian kita, penuh dengan lakunan. Mungkin ada yang tak perasan tapi bila kita tengok balik apa kita buat sehari hari, kita akan perasan. Paling-paling pun sekali mesti pernah kita berlakun. Tak perlu aku nak sebutkan or bagi contoh sebab yang lebih mengetahui ialah diri kita. Memang aku akui, kadang-kadang lakonan dalam kehidupan memang sangat penting sebab mungkin kerana demi menjaga hubungan, or mungkin demi menjaga hati atau sebagainya. Contohnya bila kita tengok pelakun-pelakun berlakon, memang kita dapat rasakan yang apa yang dilakunkan benar. Begitu juga bila kita di alam nyata, cuma kita sahaja yang tak perasan.

Akhir kata dari aku, berlakun dalam kehidupan itu kadang-kadang penting demi menjaga dan mengawal keadaan. Tapi perlu ingat, jika lakunan itu kita lebih-lebihkan dan orang mengetahuinya, ianya akan jadi satu racun yang aku rasa sangat dasyat.

Tuesday, August 16, 2011

Gambar Kampungku

Disebabkan aku kekeringan idea dan tahap kesibukan aku yang teramat dasyat, wujudlah idea untuk update mengenai gambar je. Yang special mengenai gambar ni ialah gambar keindahan kat laman belakang kampung aku di Ipoh tu. Sape orang Ipoh mesti agak biasa dengan gambar ni. Jom tanpa membuangkan masa jom tengok, tapi jangan lak korang jelez. Aku tak ada niat pun sebenarnya nak buat korang jelez. Dan satu lagi, kalau ada yang tidak berpuas hati tu, bagitahu aku, kot-kot aku boleh berubah. Aku pun manusia biasa, tak lari dari kesilapan, tak payah rasanya nak cakap belakang-belakang. Eh apa ni, tetiba ter emo lak dalam entri, tak berkanaan betul. Padahal aku nak cerita pasal keindahan rumah atok aku di kampung. Dah jom tengok pic pic sekalian....
 
Rumah atok aku ni belakang Masji As-Saadah, Kampung dato Ahmad Said, Tambahan II, Manjoi.
 Dulu kawasan tu tempat Arwah Tok Wan cucuk tanak sayur2, tapi sekarang dah jadi hutan semak.
 
Ni dari laman belakang, siap boleh nampak bukit lagi.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com