Geng-Geng

Thursday, March 31, 2011

Bengang dengan Otai

Adehh terpaksa buat satu entri untuk menghilangkan kemarahan yang membuak-buak ni. Tapi bukan tujuan untuk merendahkan atau mengaibkan sesiapa, tetapi untuk berkongsi pendapat. Kejadian berlaku petang-petang ni pulak lagi la senang terbakar, semua dah kering.

Ceritannya bermula begini....adalah satu otai ni menegur aku buat satu tugasan yang diberikan oleh bos kami. Aku macam biasa buat mengikut arahan dan susunan yang diberikan kepada aku. Tapi bila otai ni tengok, dia kata aku buat salah, dengan bangga dia cakap dia dh buat benda tu berpuluh-puluh tahun lamanya. Siap cakap pada semua yang ada kat situ, kunun hebat. Tak apa dengan dasar hormat, bukan sebab aku ni jenis buat je apa orang kat n suruh, aku ubah balik kerja aku mengikut apa yang dia kata, mungkin ada kesilapan pada kerja yang bos mintak aku buat. Bila siap semua, aku bagilah pada bos aku, dia ckp nape ubah benda tu, naik malu aku. Untuk mempertahankan diri, aku cakaplah pada bos aku, ni aku ubah atas teguran si otai tadi, katanya sejak azali memang macam tu pun buatnya. Kemudian bos aku pun bagi penerangan kenapa dia mintak aku buat macam tu, aku faham dengan jelasnya. Nasib bos aku ni jenis memahami, katanya kalo dah buat xpala, nant sy tengok balik. Aku dengan bangganya g la ckp pada si otai ni dengan niat untuk membetulkannya. Tapi dia dok sibuk xmo ngaku salah dan kata ni la dia budak sekarang ni, xnk dengar ckp orang lama. Eh haloo sape yang buat silap ni, dia siap ckp aku yang buat salah dan tipu, padahal apa yang dia ckp tadi betul. Bengang betul aku, kenapalah dia xmo terima apa aku ckp padahal apa yang aku ckp betul. Tapi dari apa yang dia ckp, nmpak sgt kunun2 dia dh otai, dia always betul, adehh tulung la ye.

Kejadian kedua yang mula2 aku malas nk kecoh2, tapi jadi macam ni, aku ceritakan jela alang-alang. Si otai yang sorang ni salahkan aku sebab ilangkan fail projek yang aku pinjam 2 3 hari lepas. Padahal aku pinjam untuk tengok maklumat dalam tu n aku gunakan fail di tempat dia, habis je guna aku letakkan di tempat dia. 2 3 hari dia dok ulang soh aku cari. Last skali dia teringat sendiri yang dia sebenarnya yang simpan fail tu. Kan dah malu sendiri. fuhh lega sikit la. 

Maaflah jika entri aku kali ni macam nak malukan orang or pape. Aku just nak kurangkan geram aku je. Boleh??? sekarang ni aku macam dah ok sikit, lega-lega, kesimpulannya, xsemestinya pendapat otai-otai or orang lama-lama2 sentiasa betul, dan bukan jugak sentiasa salah, tapi apa salahnya sekali sekala menerima cadangan dari orang baru, kalo xbetul or salah, boleh dibawak berbincang. Yang baru pulak, jangan pulak membawa sebarang pembaharuan or idea pelik2 sebelum berbincang dengan orang lama. Pengalaman dari orang lama tu sangat penting, sapa la kita kalo bukan sebab adanya orang lama.

Asrama ada hantu

Asrama ada hantu..itulah perkataan or ayat yang aku dengar masa mula-mula nak jejak kaki ke asrama. Cerita ni dah lama berlaku, saje nak kongsi cerita dongeng. Sape yang pernah duduk asrama mesti pernah dengar macam ni, aku rasa cerita hantu la cerita yang paling femes sekali. Malam pertama aku kat asrama, senior aku kemain lagi ceritakan macam-macam, sampaikan semua tempat pun ada. 

Masa aku dok asrama, bukan takat cerita je, aku sendiri ada pengalaman yang menakutkan tu. Paling aku teringat, ada seorang teman aku ni yang bercerita, dia terjaga dari tido then dia terpandang cermin. Dia ternampak bayangan seorang perempuan lalu. Kawan aku ni memang antara yang berani dan lantang. Dia terus bangun dan terus ke tempat kejadian. Sampai je kat tempat tu, sebaik dia toleh je, terus lembaga dengan muka yang menakutkan di depan mata. Katanya wajah perempuan sebelah dan sebelah lagi memang ngeri. Tergamam dia dan terus berlari ke dalam bilik. Keesokan paginya, bila kami siap-siap nak ke sekolah, dia still dalam selimut sambil menggigil. Selepas 2 3 hari lepas tu, baru dia sihat. Sejak hari itu, kalo malam terjaga memang akan paksa jugak tido, kalau ada yang nak tebuang air, memang akan ajak kawan teman.

Sebut pasal buang air ni, ada satu cerita lawaklah, ini pun diceritakan oleh kawan2 aku. Ada satu malam ni, seorang lagi member aku tu terbangun sebab nak buang air kecik,dia pun gerak member aku yang seorang lagi. Jawapan diberikan oleh yg tido ni yang lawak tu. Kawan tu punyalah xtahan, dia selamba je ckp, " ko simpanlah dulu, esok je pergi toilet". Kesiankan kawan aku sorang tu, last skali dai guna cara alternative tuk buang air kecik tu. kekeke

Pengalaman aku pulak, ada aku terjaga tengah2 malam. Memang macam-macam yang bermain dalam fikiran. Aku ada juga paksa tapi xleh tido. Dalam dok paksa tu, tiba-tiba katil aku bergoyang, terkejut aku jadiknya. Aku marah terus kawan aku, tapi aku tengok dia sedap je tido siap berdengkur. Xlama pastu angin pulak bertiup kencang kt katil aku. Lagi la kecut perut aku. Tetiba bantai peluk aku terbang ke tengah dorm. Terus aku paksa jugak nk tdo, last skali aku bangun dh pagi. Lega rasanya, sepanjang setahun tu, memang xbrani nak cerita pasal ni.

Banyak lagi sebenarnya, tapi buat masa ni itu aja yang aku ingat. Maaflah kalo ada yang terlebih mungkin aku menambah untuk menyedapkan cerita. Ok itu saje untuk kali kali.

Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !


Nk Join klik SINI.

Kali ini aku join sebab bunyi macam seronok je, kata-kata beliau dalam blognya...

"ni segmen mudah .. Satu segmen khas buat blogger blogger baru ... Dan tugas blogger blogger lama untuk menilai blog mereka .. Tugas aku , yergh... kasi gegar !!"

dan 


"Sesudah itu , blogger blogger yang ada masuk sini , tugasnya gi jengok  blog mereka dan komen serta jadilah rakan kongsi di ruangan FOLLOWER mereka jika sudi ... ikhlas yer.. "

 itulah kata2 terakhir yang dipetik dari blog beliau.... menarikkan, terjatuh terus hati aku untuk join segmen ni.

Tuesday, March 29, 2011

Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman

Pehh baru first time join GA dari DarkBatman. Sejak seminggu dua ni, aku sibuk yang amat, xsempat pun nak BW bagai. So hari ni aku kembali mengganas dengan jayanya. Tapi waktu malam, aku kena kembali ke sarang untuk study, dapat satu surat lagi kata ada exam minggu depan, leceh betul. Lepas je exam minggu depan, aku akan mengganas secara keseluruhan. Eh merepek lak, ok kita kosentret ngan GA ni...
 
hadiahnya tu ha kat atas tu, ORI wooo...rugi sape xmo join, ada rezeki dapat lah....

Tag 3 orang member blogger....tang ni aku lemah ni...sape ye..
Cik3zza....
FH...
sesape je yang baca n nak join...

Nk join, klik SINI

Lesen memandu Auto

Korang mesti dah dengarkan pasal ni, aku sengaja buat satu entry untuk kongsikan pendapat. Kepada yang belum tau. meh sini aku gtau. Tak lama lagi kerajaan akan aplikasikan 2 jenis ujian memandu. Satunya yang macam kita buat sekrang ni dan yang terbaru untuk yang ingin memandu kereta auto. Perbezaannya, sesiapa yang amek lesen manual, dia boleh drive kedua-dua jenis kereta, tapi yang amek lesen auto hanya boleh drive kereta auto je, n dalam lesen auto akan tertulis or tercatat hanya bolh drive kereta auto. Hebatkan, lagilah senang tapi pada pendapat aku, ianya akan merugikan kepada sesiapa yang amek lesen kereta auto ni.

Kenapa aku kata macam tu, meh aku ulas lagi, wah kemain lagikan. Memandangkan orang yang amek lesen auto hanya akan boleh drive kereta auto, konfom2 xkan tau bawak kereta manual. Kalau ada yang reti pun sikit je. Aku kalo kawan-kawan or sedara2 aku yang baru lepas or lulus lesen memandu, semua aku cadangkan untuk drive kereta manual dulu, sebab ia akan menyekapkan diri. Ini cuma pendapat aku, jangan lak ada yang marah2 n komplen2. Selain itu, kot2 ada emergency ke, still boleh drive 2 2 jenis kenderaan.

Sunday, March 27, 2011

Kedai Makan Mamak...

Ini entri ringkas dari aku, bukan sebab xcukp masa tapi sebab line internet pada kelajuan membanggakan. Korang semua suka makan kedai mamak?? Aku percaya ramai je yang suka dan ada jugak yang xsuka. Yang xsuka tu, masing-masing dengan alasan tersendiri, ada yang sekadar boleh minum je, makan xboleh.Tapi ada juga orang aku tengok terlalu sensitif dengan kedai makan, bukan dengan kedai mamak je, maksud aku, xboleh salah sikit, mulalah dia kutuk or xpergi kedai tu. Ala kekadang tu, kita masak sendiri pun ada juga kekurangannya. Tapi itu isu lain. Hari ni aku nak cerita mengenai kedai mamak. Bagi aku banyak kelebihan dari kekurangan. Kekurangan tu korang pikir lah sendiri.
Kenapa aku suka ke kedai mamak, meh aku kongsikan. Satunya, korang cakap je korang nak makan apa. Diorang mesti boleh sediakan. Pernah sekali tu, aku singgah satu kedai mamak masa nk balik kampung, aku teringin nak makan mee kari. Aku pun order la, sekali datang dia guna kari ayam buat kuah mee kari. Kemain pekat lagi kuah dia. Nasib rasanya boleh tahan, xtaulah macma na dia edit kuah tu.Yang kedua, kebanyakkan kedai mamak ni open 24jam, dan senang nak cari coz banyak. so xlah susah nak cari kedai makan.Memang xmengecewakan pun. Kalo kedai lain, kekadang ada je tutup pada hari2 tertentu. Yang ketiga, servis dia memang terbaik. Kalau nak amek order tu, cepat je, xlama tunggu makanan sampai. Tapi ada juga yang lambat, mayb sebab orang ramai or orang baru ke.Pernah skali aku g makan kat nasi lemak jalan 222, baru je duduk, kemain keliling dartang untuk order. Sampai marah aku dibuatnya...macam2. Kalo dari segi masakan,ada juga yang boleh tahan rasanya. Kagum dengan kedai mamak sebab boleh buat mee goreng hanya guna telur n rasanya boleh tahan jugak..Selain tu, kalo nak lepak lama2 pun xda hal, janji order minum, gelas kecik pun xpa. Kalo kedai makan lain, mula gunakan macam-macam teknik. Banyak kali lap meja dan tanya nak makan pa, lepas tu, sengaja pusing2 kt meja kita tu, then mula pandang2. Aku teringat masa muda2 dulu, satu kedai ni, customer xbyk, msa tu tgh layan world cup, owner kedai ckp bayar dulu lepas tu tengok la, sekali lepas setel bayar, dia tutup tv...adeh kecewa kejap aku masa tu..

Tulah kelebihan kedai makan mamak ni, tapi bukanlah aku kata kedai makan lain xbagus.Biasalah lumrah manusia, sebaik-baik pun tetap akan melakukan kesilapan. Satu je tips yang aku kerap gunakan bila makan luar, jangan selalu tengok or perhatikan bila tukang masak or pelayan tu buat kerja, takut kang ternampak benda2 xsepatutnya. Yang paling penting, makanan kita xda pape...keke  

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour 2011..

Hari ini aku bangun sangat lambat. Cover balik kunun-kunun study tido lambat. bangun-bangun je terus on pc dan main game yang lame tinggal. Rasanya memang terbaik, macam satu beban yang berat dilepaskan. dah lama xrasa macam ni. Semalam disebabkan aku tido atas lantai, habis sakit-sakit habis satu badan ni. Ni baru efek jangka pendek, belum jangka panjang, so kawan2 suma, jangan tiru aku. Bahaya.Hari ini macam xda pape aktiviti nak buat, blog pun xidea lagi nak update, so terpaksa merepek je la dalam ni. 

Tadi aku dengar radio, aku dapat satu info yang berguna. Earth Hour. Rasanya semua pun tau apa kebendanya tu. Kalo xsilap aku, sambutan earth Hour akan disambut 26hb Mac ni, so demi menjaga bumi tercinta ni, apa kata kawan-kawan semua pun join. Teringat masa mula-mula sambutan ni diadakan. Kawasan sekitar rumah aku memang gelap habis, Taman sebelah rumah pun gelap. Lepas tu semua orang pun lepak-lepak luar, rasa macam seronok je.

Then bila kali kedua, aku tengok sambutan dah makin kurang, tapi aku serumah memang xpernah miss, sekurang-kurangnya semua lampu kami padamkan, just kipas je xleh tahan, keke. Bak kata penyampai radio pagi tadi, jika kita memadamkan lampu dan penggunaan elektrik selama sejam pun, kita akan bawak banyak perubahan. So apa salahnyakan kalao kita sokong demi masa depan yang lebih terjamin.

Jom sama-sama melindungi bumi kita ni.....


Monday, March 21, 2011

lega sikit rasanya

Lama betul rasanya xupdate blog, banyak topic yang best2 terlepas baca. Nak kena kejar balik ni. Kawan-kawan semua sabar ye, nanti akan ku tinggal komen ribu-ribu. Macam biasalah bila lame xupdate blog, mesti kena bagi alasan, baru cool,padahal malas.
Pagi tadi aku amek exam, lega rasanya dah lepas satu paper, tinggal lagi satu paper je lagi. Alhamdullilah semua yang aku baca ada keluar. Soalan pun boleh tahanlah , boleh kata lebih kurang sama dengan soalan-soalan lepas.Sebut pasal exam ni, teringat masa belajar dulu, masa kat Ipt. Selalu je aku dengar rungutan xcukup masa nak study coz assignment banyak, silibus banyak la, lecturer ajar lambat la dna macam-macam lagi. Sama macam sekarang ni, padahal aku dh tau aku kena amek exam 3 bulan lepas, tapi still rasa xcukup masa nak study. Betul ke xcukup masa?? or memang assgment banyak dan orang ajar lambat???

Pendapat aku kenapa orang selalu tak cukup masa, itu semua berpunca dari pengurusan masa, kalo pandai menguruskan masa, insyaAllah cukup, tapi kalo pengurusan masa xok, memang selalu akan rasa xcukup masa, betul tak?? Biasalah lumrah manusia bila sesuatu xmenjadi, macam-macam alasan akan diberi.Alamak macam terkena diri sendiri je.

Thursday, March 17, 2011

Debat mengenai blog : follow memolow

Salam petang pada semua, alhamdullilah hari ini aku dapat lagi menikmati satu lagi hidangan enak. Sedap betul nasi kukus ayam rempah yang aku beli kat pasar tadi. Korang nak rasa? meh la datang kat area ofis aku ni, setiap selasa dan kamis ada pasar tani, boleh shopping sini.
sumber:carian google

Masa aku berblogwalking dengan tekun dari pagi td, aku ada la terbaca mengenai isu follow memollow. Seronok baca dengan pendapat-pendapat mereka, nak baca, sila lah google ye, keke. Ada yang memang amalkan konsep bila orang follow dia akan terus follow orang tu balik. Dan ada jugak yang tak amalkan, xpalah itu terpulang pada setiap individu, blog masing-masing, cara pun masing-masinglah. Cuma aku harap xdalah yang saling merendah-rendahkan sesiapa. Entri hari ini aku pun tak nak kalah, nak jugak bagi pendapat.
Aku tertarik dengan entri Abg Ben Ashaari, mengenai isu istilah yang digunakan, nak baca sila melawat blog beliau. Tak perlu aku nak ulas panjang2 mengenai isu tu, pandai-pandailah berfikir. Apa yang beliau nasihat sepatutnya diamalkan oleh setiap blogger, so xdalah kes kecik hati or sakit hati ke pape. lagipun nampak sopan sikit, orang baca pun rasa macam seronok. Macam aku, memang aku amalkan untuk follow balik setiap orang yang dah follow blog aku. Kenapa? sila teruskan pembacaan.

Pendapat aku mengenai isu follow memollow, tak salah sebab bila kita follow orang tu balik, xkira dia femes or tidak, baru ke lama, kita akan memberi semangat kepada beliau. Aku dulu-dulu kalo  entri or blog tu xmenarik memang aku xfollow, tapi sekarang aku dah tukar sikit prinsip tu. Kalo blog tu xmenarik, xmengapa, sebab bila kita follow, kita akan bagi dia semangat untuk terus berblog. Aku setuju sangat bila orang kata banyak membaca dan berblogwalking akan tingkatkan kemenarikan blog kita, tapi apa salah bagi sikit semangat. Barulah kita akan sama-sama maju ke depan dan meriahkan dunia blog ni.


ps: hanya pendapat, kalo salah mohon betulkan ye..

Wednesday, March 16, 2011

Debat mengenai blog

Salam pada semua, seronok berblogwalking lupa nak update blog. Sangat berasa kagum dengan kesemua blogger. Hebat-hebat idea diorang ni, dah macam-macam idea dan cara diorang berblog. Satu lagi hebat betul penangan dari blog BA, 2 3 hari lepas aku join segmen dari blog dia, hebat betul penangan dia, yang lepas-lepas pun sama. Banyak blog yang dapat ku terjah just xsempat nak terjah semua je.

Mengenai tajuk aku rini, tak da la serius sangat, masa aku lunch tadi ada la sembang-sembang pasal blog. Sengaja mencari pendapat berbeza. Sengaja je berdebat mengenai blog mana yang diorang suka baca dan cara penulisan sebagaimana yang diorang suka. Hebat-hebat sungguh luahan mereka. Sengaja aku petik macam-macam persoalan untuk tengok apa reaksi diorang. Yang paling aku suka bila diorang ada mengatakan sesuatu pada blog aku, maksud aku komen la, bukan untuk bergaduh tetapi untuk aku memperbaiki dan mempertingkatkan cara aku menulis. Memang la agak panas dan rasa kecik hati kot kalo kena tegur, dah lumrah manusia, tapi perlu ingat bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri.

Banyak yang aku dapat tadi, antaranya yang dapat aku kongsi, walaupun blog xfemes, xsemestinya xda pembaca, ada je cuma kita sebagai penulis yang tak tahu. Kepada korang-korang yang rasa xfemes dan xramai pun orang  singgah, jangan putus asa, kembali balik pada tujuan asal korang berblog, insyaAllah akan berjaya suatu hari nanti. Selain itu, setiap orang xkira la femes ke tidak, setiap apa yang kita buat, ada orang akan sukakannya dan jangan lupa akan ada juga orang yang tak suka. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. 

Sebagai pembaca, mesti kita ada entri or blog yang kita suka baca. Macam aku aku lebih sukakan entri yang simple tapi maksud dia tu ada, xkiralah macam na pun cerita dia. Tak perlu nak berbunga bagai or pape. Teguran or pendapat dari orang perlu sentiasa diambil kira walaupun benda kecik. Bagi aku senang je, setiap orang ni citarasanya lain-lain, xperlu nak berdebat or nak bergaduh sesama sendiri mana lagi best, itu terpulang kepada diri sendiri. Kita sesama manusia kena saling membantu, xkira dari segi apa pun.

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN



Latar Belakang
Kawan-kawan panggil DIM. Lahir di KL, sekolah di Perak dan KL. Penyokong pasukan bola sepak Selangor dan AC Milan. Sangat minat main game, bersukan dan makan.

Profesion

berblog mengikut mood, gomen staff  

Blog Feveret
www.islandofdim.blogspot.com.....kenapa? sebab ni blog aku, keke

Blog yang xnak masuk

Blog yang lambat nak loading dan semak dengan berbagai benda....

Impian terhadap blog

Blog yang diingati kerana kualiti. Femes?? boleh la kot sikit2. Blog nampak simple tapi padat dengan macam2

nak join: klik header

-End-

ps: kan best kalo owner segmen join skali segmen ni, boleh jugak kenal2 pada yang belum kenal.. (sekadar pendapat)

Public transport

Hari ni aku naik public transport ke ofis. Dah lama xnaik abis basah baju aku ni dengan peluh coz kena jalan jauh ke ofis. Sebelum tu, kenapa aku naik bas?? nak support seruan kerajaan ke? aku sendiri tak sangka yang sebenarnya aku ni seorang yang tabah dan menyahut seruan kerajaan. Okey aku tipu ye tadi. Aku naik bus coz kereta aku ada problem skit dengan fuel pam (pelampung). Tanda-tandanya, meter minyak selalu naik turun, n always duduk kat E padahal baru je isi minyak. Sengaja nak kongsi kot-kot ada jugak yang bermasalah macam aku, sekurang-kurnagnya ada panduan. Tadi masa aku drive keta ke bengkel, aku tengok banyak bas yang bersaing sesama sendiri, ok la tu untuk tingkatkan ekonomi. Tapi yang xbestnya, mereka saling potong memotong dan ciluk menciluk, membahayakan pemandu kenderaan yang lain. Tadi hampir2 seorang penunggang motosikal berlanggar disebabkan bas tiba2 belok ke kiri untuk berhenti. Kesian motor tu.

Sebut pasal public transport ni, dari pengalaman aku, bukan yang pagi tadi je ye, dulu masa belajar pun tiap-tiap hari aku naik bus, banyak lagi yang perlu diperbaiki. dari segi ketepatan masa dan keselesaan pengguna. Memang aku faham jalan jem, susah nak tepati masa, tapi itukan dah tanggungjawab, xperlu nak dipersoalkan lagi. Kalau ada yang betul2 sangkut kat jem xpa, ni lambat coz masa kat stesen dia duduk bersembang bagai, nak tggu penuh baru nak jalan. Dulu ada la seorang penumpang tu tegur pemandu bas tu, kemain melenting lagi si pemandu bas tu. Kata pemandu tu dengan kasar, dia pun manusia, perlu rehat bagai, kalo rasa lambat g naik keta sendiri. Selamba je dia ckp macam tu, kemonlah kan dh tanggugjawab untuk memandu, so jalankanlah tanggungjawab, bukannya xdiberi langsung masa rehat. Kalo rasa xleh nak bertanggungjawab, silalah buat kerja lain or bukak company sendiri.
 sumber:carian google
Selain bas banyak lagi public transport yang boleh digunakan, namun aku cuma tekankan bas awam (bukan bas ekspress). Yelakan bus tu public transport yang paling popular. Mungkin kerana menggunakan teksi, KTM dan LRt agak mahal dan laluan yang terhad berbanding dengan bas awam. Secara kesimpulan, ramai yang xdapat nak memenuhi seruan kerajaan  untuk gunakan public transport, antara sebabnya aku rasa mungkin sebab  masa, keselesaan dan atitud pemandu. Bukan salah kerajaan or pihak-pihak lain ke apa. Memang ada orang kata, kalo xnak lambat keluarlah awal, betul la tu, tapi still memakan masa.

Tapi ada juga kebaikan gunakan public ni, satu boleh jimatkan duit. Macam aku, tambang dari rumah ke KL cuma Rm2, then kena jalan kaki 'sikit', kan dah boleh exercise tu. Selain tu, boleh kenal-kenal ngan awek2, mana tau jumpa jodoh, kan kan. Kalo lelaki boleh cuci mata sikit, yela dah selalu mengadap pc je, sekali sekala kena gak cuci mata. eh tolong jangan pikir lain ye.

Saturday, March 12, 2011

Doa ibu segalanya

Selamat pagi semua, letih betul semalam, balik-balik kerja terus masuk tido.Kul 4 lebih baru terjaga. Tadi lagi nak update blog ni tapi apakan daya, godaan tido lagi menarik. Di pendekkan cerita, masa aku di ofis tadi, ada la aku sembang ngan akak sebelah meja aku. Dia ceritakan pasal anak dia yang belajar di Mesir tu. Seronok je dengar dia ceritakan, menampakkan kebanggaan dalam muka dia. Mak mana yang tak bangga jika anaknya berjaya.

Dalam banyak-banyak pujian tu, aku tertarik dengan satu ni, katanya si anak ni kalo hendak buat pape mesti mintak izin maknya. Tak kira apa pun, kalo di asrama, dia nk amek exam or kuiz, mesti dia telefen ke emaknya. Katanya doakan dia lulus dengan cemerlang. Kagum betul aku dengan anknya, nanti bila aku dh ada anak, aku akan didik anak aku ke arah itu, insyaAllah.

Doa dari seorang ibu itu sangatlah berharga. Tapi tidak lupa juga doa dari keluarga lain. rasanya pun dah ramai yang tahu. Kepada anak-anak diluar sana, kalau inginkan kejayaan, jangan lupa mohon keberkatan dengan ibubapa. Dan kepada ibu-ibu, sentiasalah doakan anak anda yang baik-baik.

Ps: Jangan lupa berdoa kepadaNYA

Friday, March 11, 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

 nak join, klik banner
kenapa berblog??
Mula-mula memang untuk mengisi kekosongan dan kelapangan. Lama lama jadi minat coz boleh belajar banyak benda, boleh kenal ramai orang, duit tu boleh la tapi tu bukan tujuan utama aku, x amek port sgt pun, janji ada orang yang sudi singgah blog aku ni, sorang ke setengah orang ke, janji ada. Tu pun aku dah berpuas hati dah, xpayah nak pening-pening pale. Tapi aku tersangat kagum dengan blogger yang sangat rajin dan femes, ada juga keinginan jadi macam diorang.

Pendapat kenapa blogger lelaki lebih kreatif.
Mungkin sudah semulajadi kot kreatif...keke lawak lawak. Kenapa lebih mudah dapat perhatian??/ kalo yang hensem2 tu mudah la, macam abg ben kita tu, keke yang aku ni lak apa pun xda....ok ok serius mungkin sebab lelaki ni kurang sikit malunya, so senang nak tarik perhatian kot. Bagi aku sebenarnya sama je la, memang dah dijadikan tertarik antara satu sama lain. Kreatif pun sama, nak jadi kreatif kena banyak belajar, lama lama insyaAllah akan jadi kreatif jugak.

Blog wanita yang aku suka baca
Tentu2 lah blog BenAshaari.com.....eh dia laki ye, silap2..kalo ikutkan jawapan standard, aku suka baca blog awek yang berupdate dan yang ada tinggalkan komen. Jawapan xstandard, hmmm belum fikir lagi nantilah aku buat satu entri ke macam na fikirkan, xjanji...keke

Lagi 2 minggu

Semalam aku balik-balik je terus layan PES. Ni sape yang biasa main mesti paham je apa itu PES. Tak pa- tak pa aku bagitau la kan, ni sebenarnya game bola dalam PS2, dah lama aku main game ni, dari kecik sampai la ke tua bangka macam ni. Lantaklah apa orang nk kata pun, janji aku happy. Sebelum tido aku layan gak game badminton, last-last tetido, ingat nak tggu game Datuk Lee Chong way, tapi nasib xda, so terpaksalah redha. Kesan dari aku tetido semalam, aku datang awal ke ofis, so boleh lah aku gobek-gobek kejap blog ni, blogwalking kejap tapi belum sempat tinggalkan komen lagi. 

Sebenarnya aku minggu ni agak sibuk sikit, biasalah orang dah kerja, plus lagi 2 minggu aku akan amek exam yang akan menentukan hala tuju karier aku. Wah kemain bergaya lagikan ayat aku. Saje je gunakan alasan macam tu untuk tidak mengupdate blog. Boleh ke macam tu? Aku tengok ramai je sekarang ni  (padahal aku je selalu guna) kalo xdapat nk update blog, mesti kata bz buat itulah, buat ini lah dan macam-macam lagi. 
sumber: carian google : aik apa kena mengena pic ni ngan entri aku

Sebut pasal bz, sebenarnya kesibukan yang datang pada kita tu sebenarnya punca dari kita sendiri. Tak percaya?? Cuba tengok balik diri sendiri dan tengok balik macam na anda bahagikan masa. Sebenarnya semuanya tentang kepandaian kita membahagikan masa. Pandai bahagi masa, banyaklah benda yang dapat kita buat. Susun perkara-perkara yang penting dan kurangkan buat perkara yang sia-sia.

Wednesday, March 9, 2011

Lawan malam ini

Malaysia vs Pakistan
***update

Tahniah kepada skuad bola sepak negara kita. Walaupun seri ditempat lawan tapi kita berjaya mara ke pusingan seterusnya. Moga akan terus maju ke depan. Sangat kecewa semalam sebab tiada siaran langsung yang dijanjikan. Lama aku tunggu last minit cancel atas sebab yang xdapat di elakkan, benci gila. Sekurang-kurangnya bagitau la awal2 n sebab musababnya. 

Malam ni waktu Malaysia akan berlangsung satu lagi perlawanan yang melibat pasukan bola sepak kita. Perlawan kelayakan Olimpik. Hari ini perlawanan timbal balik di Pakistan.Jom sama-sama duduk depan tv, xpun kita penuhkan kedai mamak seluruh negara untuk menyokong pasukan kita. Tv lain aku xpasti ada ke tidak siaran langsung game tu, tapi kat Astro arena ada, aku dh konfomkan pagi-pagi lagi, tengok info je pun. Harap pasukan kita akan terus maju ke depan, kalo kalah, pastikan melawan. Biar tertutup terus pengkritik2 semua.
sumber:carian google
ramalan????
aku rasa malaysia akan score lagi dua bijik, so total agreget nanti akan jadi 4-0. Amacam??

Tengok drama Jambu

"Pe da layan drama melayu, jambu betul"

"Tak macholah tengok drama"

Dua perkataan yang memang aku pelik. Salah ke kalo layan drama melayu. Apa kekurangan drama melayu?? Kalo nk di bandingkan dengan drama-drama negara lain, aku rasa xda la jauh sangat bezanya. Memang still banyak kekurangan, tapi sekarang aku tengok dah banyak berubah. Dari sekadar drama yang ceritanya hanya sembang-sembang, sekarang dah pandai nak bermain dengan perasaan dan emosi penonton. Tak percaya?? pergilah layan mana-mana drama melayu. Biar aku cadangkan, apa kata try tengok drama gemilang, bukan saje ada cerita yang berunsur percintaan tapi banyak jugak pengajarannya.
sumber: carian google
Sejujurnya aku sendiri dulu xlayan drama-drama melayu. Bukan apa jalan ceritanya semua dah boleh agak, ceritanya pulak xda apa yang menarik, terlalu slow sampai boring tengok dan ending dia pulak, menghampakan. Kalau aku layan pun sebab heroin dia cun melecun xpun hero dai aku minat. Semua tu dulu, sekarang ni aku makin suka untuk tengok drama-drama melayu. Biarpun unsur2 jiwang banyak sangat, tapi kalo difikirkan secara keseluruhan, memang berbaloi tengok.

So kepada sesiapa yang masih memikirkan drama kita ketinggalan or sebagainya, try tengok dulu, hayati maksud yang cuba disampaikan, mesti pas tu korang pun akan minat jugak.

Tuesday, March 8, 2011

Fakta ketika borak

Adehh dh petang baru dapagt update blog aku ni, kesian kat peminat-peminat blog aku ni.** ayat berbaur  lucah poyo. Sorilah, aku sibuk sikit minggu ni dengan persiapan aku untuk amek exam, pastulak kerja yang xpernah nak faham aku ni sibuk. Yang diorang suma tau, aku ni free gila sebab boleh update blog selalu. Biar aku jelaskan pada sesiapa yang xfaham. Entri yang aku update kebanyakkannya (bukan semua) aku dah karang malam2, so bila pagi aku terus uploadkan je. Faham!!! Then kalo free sikit, aku edit-edit2 la skit bagi meletup. So kepada yang berkenaan, aku ni nampak jugak buat kerja dari kau orang sebab diorang boleh datang kerja dan bersembang dari pagi sampai ke balik. Dh la kerja yang kau orang buat tu senang dan ciput, sampaikan budak baru pun boleh buat. Hah amek ko. Ni kalo aku xsebut siapa, rasanya budak-budak ofis aku pun tau sape. Fuhh lega sikit lepas dh luahkan. Terluah perasaan lak.
Berbalik kepada tajuk, tadi masa lunch, aku duduk semeja dengan "otai". Yela sebab mereka-mereka lebih makan asam garam dari aku. Macam-macam fakta yang aku dapat. Mula-mula cerita pasal kahwin dan terus ke isu semasa. Memang banyak yang aku tak tau. Dari segi kos, sememangnya makin mahal. Prosedur nak kahwin lagi lah, dah la kena kluar belanja banyak, banyak lak prosedur yang kena follow. Sian kat aku ni, makin pening di buatnya. Makin di dengar pengalaman diorang, makin cuak lak aku nak menempuhi hari itu. Kalo ikutkan hati memang nk buat sesimple yang boleh, tapi biasalah keluarga mesti nak yang terbaik walaupun bukan mewah. Eh aku cerita ni macam dh nak kahwin je kan. Bukan apa, bagi aku, sebelum buat keputusan nak kahwin, better kukuhkan 2 benda, ilmu dan juga sumber kewangan(fakta). Baru lah tak pening pale nant.

Sebut pasal pening pale, tadi adalah sorang otai ni, dia kata kita kalo tengok muka orang tu tua dari umurnya, maka orang tu banyak masalah dan banyak berfikir.(fakta) Betul ke? Xpasti, beliau kata ini apa yang dikatakan oleh atuk beliau suatu ketika dulu. terpulang nak percaya atau tidak. Macam aku, memang banyak masalah yang aku fikir dan kalau boleh nak cuba settlekan sendiri tanpa menyusahkan orang, mungkin sebab tu aku nampak macam dh tua skit tapi masih smart..

Monday, March 7, 2011

Bola punya cerita

Sebut pasal bola mesti semua ingat aku nak cerita pasal Liverpool vs Man U, tapi xpa cita la skit kan. Game semalam memang best, xrugi aku mengadap tv lelama. Suarez dari Liverpool memang hebak, dialah punca segalanya. Tak rugi belanja besar untuk beli beliau dan sorang lagi striker baru Liverpool, Andy Caroll, belum lagi nk tunjuk taring, kalo tak mau kena 5-0 Man U semalam. Forza Milan!!

Semalam masa tengok bola, ada aku terfikirkan beberapa perkara yang memeningkan kepala aku. Ingat semalam nak terus update dalm blog, tapi sebab ngantuk lak. Wah kunun dasyat tapi sebenarnya tak ada pape pun, ini sekadar omong kosong mengenai bola.

Korang perasan tak setiap kali keluar atau di tukarkan, player dalam padang mesti nak kena tap tangan player baru?? kenapa ye? ada peraturan ke yang macam tu? al maklumlah aku ni memang main bola sejak kecik tapi setakat benda-benda kecik ni aku xperasan lak.

Semalamkan game antara team terkemuka, ada la sorang player ni, star kot, dia kena tackle, kemain mengamuk lagi. Lepas kena tu, boleh je berlari terus ke pengadil tapi lepas xdapat perhatian dari pengadil terus terduduk menangis dan xleh nak jalan. Adehh kemonlah, biasalah tu kalau main bola, sikit-sikit kena tackle, buang masa je nak mengamuk xtentu pasal. Lagi satu yang buat aku menyampah, time tukang angkat katil tu nak angkat si star ni, kena marah lak. Sian dia, dia cuma menjalankan tugas. Dh tau injured, bagi la orang tolong. Pe da kata star, tengok Safee Sali, sporting je...keke

Ni bukan pasal game semalam, kalo team yang kita sokong or yang kita main kalah, mesti akan salahkan sesuatu, antaranya pengadil xadil lah, player lawan main kasar lah, xsihat lah dan macam-macam lagi.Pelikkan padahal itu semua nasib dan skill. kekadang sampai seminggu di jajanya cerita tu. pelik pelik.

Korang perasan tak, mana-mana player yang menjaga stail dia atas padang, mesti main xbrapa nak bagus. Maksudnya, amek cth team yang aku suka, striker terkemuka dia, apa ntah namanya, dia memang hebak tapi sejak dia jadik femes, dia mula jage rambut dan banyak lak stail dia, performance dia sebagai penyerang bernaluri pembunuh tu merudum.

Sebenarnya macam-macam lagi,tapi tu je yang aku teringat pagi ni. Renung-renungkan..

Sunday, March 6, 2011

Soalan lazim kita

Ni satu lagi, orang kita selalu tanya soalan yang dia sendiri dah tau. Hah ni perkataan yang keluar dari seorang kenalan aku. tetiba petang ni teringat so aku kongsikan dengan korang semua. Rasanya korang pun mesti pernah jugak terkena ngan soalan ni. Dulu aku sendiri tak perasaan, tapi bila dah dengar baru aku tau. Mungkin ada yang beranggapan lain dari apa yang bakal aku sampaikan. Memang tak dinafikan kalau berfikir secara rasional dan luar dari kotak kita akan dapat banyak kesimpulan. So untuk tidak menimbulkan apa-apa, kita amek entri aku ni just untuk berkongsi sebahagian cerita lawak dalam hidup aku. Alamak ayat emo pulak, saje untuk memanjangkan entri.
 sumber:carian google

Kembali kepada tajuk, ceritanya bermula....

aku terserempak dengan seorang kenalan tengah makan nasi, then aku menyapa "tengah makan nasi ke?"....adehhh  atau

seorang kenalan nak ke toilet, lalu aku bertanya " g toilet nak buat apa" adehh. atau

seorang kenalan tanya bila ko tido " dengan selamba aku jawab kul 10" padahal kita bukan sedar kita tido kul brapa, sepatutnya jawab "aku masuk tido kul 10" atau

kawan pajabat bersiap-siap kemas pada waktu balik kerja, dengan selamba aku tanya "nak g mana?:"

dan banyak lagi sebenarnya. Buat masa ni ini aje yang aku ingat. Tapi rasanya maksud yang aku cuba sampaikan korang faham.Sebenarnya kalao nak difikirakn pertanyaan sebegitu wujud hanya kerana ingin beramah mesra dan bersopan santun..

ps: 1 lg soalan yang lazim, bila nak kahwin??? adehhh

Thursday, March 3, 2011

Asal ko kurus??

Tadi waktu lunch aku terserempak dengan ex ofismate aku. Memanglah happenning coz lama xjumpa. Tengah asyik dok sembang-sembang, tetiba dia bersuara dengan lantang. Dengan selamba je dia tujukan soalan pada aku, berbunyi macam ni " wey asal ko dah kurus sekarnag ni" .Terkedu kejap aku sambil dalam kepala otak aku macam2 aku fikir. Aku pun menjawab " aik bukan lagi gemuk ke sekarang ni". Masing-masing senyum je. Mungkin sebab dah lama xjumpa, diorang nampak aku makin kecik. Padahal aku ni dh macam-macam cara buat untuk tidak lagi membesarkan badan.

Sebut pasal kuruskan, rasanya korang semua pun dah tau kan, sekarang ni produk untuk kuruskan badan berlambak n tumbuh bagai cendawan. Ada la sorang member aku komen, aku dh try dh satu produk tu, cerita je lebih tapi xberkesan pun. Aku dah cadangkan pada dia, try la produk lain sebab mungkin produk tu xsesuai ngan ko, mana tau produk lain menjadi. Mungkin sebab kos dia agak mahal, kawan aku ni masih mencari-cari cara untuk kurus. Setengah orang cakap, ko disilpinkan diri untuk bersenam dan kurangkan makan. Memanglah boleh tapi ingat senang ke?? Xramai sebenarnya yang berjaya. Macam aku ni, pantang jumpa makanan sedap, memang terus terkam je. Tak kira waktu malam ke siang janji dia sedap, terus aku makan. Feveret aku pulak, nasi lemak lauk, fuhh memang sedap hingga menjilat jari. Aku ni jenis kalau lapar, buat apa pun serba xkena. Kekadang bila setan dah menghasut, mulalah nak marah-marah. Kuang aja betul setan ni. dari ko menghasut baik ko g masak pape, kan kan. lawak je.

Motif dari cerita aku ni senang je, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Kalau nak kurus, kenalah berusaha dan tetapkan pendirian. Jangan buat separuh jalan sebab apa benda pun kalau buat separuh jalan xkan menjadi. Sama macam kita buat blog, kalau nak berjaya kenalah buat betul-betul. Ingat lagi kata-kata Abg Ben Ashaari masa aku jumpa dia di gathering SB, buat blog kalau nak berjaya kena rajin. Samalah dengan nak kurus, dan semua benda yang kita nak, kena rajin baru boleh capai impian dan berjaya.

ps: pinjam jap kata2 dari Abg ben..

Segmen:Disebalik tabir blog

Setelah diteliti, bagus jugak segmen ini. Memang ada aku terfikir untuk buat entri sebegini,tapi sebab terlalu lama sangat fikir tu yang tak jadi-jadi. Nasiblah Abg Ben kita ni tersangat hensem, telah anjurkan satu segmen yang boleh tahan hebat. Bak kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sambil-sambil kenalkan diri, dapat jugak kenalan baru. Ok xpayah nak merpek banyak sangat, kita terus ke segmen ini.

Macam biasa letak header BEN ASHAARI BLOG dan tajuk DI SEBALIK TABIR BLOG.Syarat yang kedua agak payah sebab sekarang aku di ofis, baru tukar pc so xda satu gambar aku. Tapi xpa rasanya boleh tengok kat header aku. Itu tanpa segan silu aku kata gambar tu gambar sebenar. Tak caya?? Kena juga percaya sebab aku xkan letak gambar orang lain kat header blog aku. kan kan


Sedikit latar belakang aku. Kebanyakan kawan-kawan aku panggil aku dim. Aku suka nama tu. Tapi sebab apa?? sebab nama tu merupakan nama singkatan dari nama penuh aku. D.I.M . Masih baru melangkah ke alam pekerjaan, sedang berusaha mengumpul harta. haha. Jumlah follower sekarang lebih kurang 179, thanks kepada yang menyokong.

Soalan yang Abg Ben tanya....???

1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ? Kalau xda blog, rasanya mesti duduk berejam di laman sosial. Tapi dulu aku still suka baca blog orang, just masa xda blog dulu, susah nak carik blog2 macam sekarang ni. Jenuh meng google.

2.Ceritakan kepentingan blog kepada anda 
Kepentingan blog?? penting sangat sebab ia merupakan medium untuk aku meluah dan berkongsi segalanya. Selain itu, untuk bersosial. Maksud aku dengan kawan-kawan blogger, aku dapat saling kenal-kenal  dan gurau-gurau.


3.Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
Yang ni nak cakap pun susah. Aku biasanya hari-hari aku akan terjah blog yang update. Kalau ada yang tingglkan komen, lagi laju aku terjah.

Tuesday, March 1, 2011

Lipas itu geli

Lipas serangga yang paling aku geli, kalau jumpa mesti aku rasa nak pijak-pijak. Paling takut, lipas terbang coz dia bila terbang akan kearah kita. Time tu mulalah berlari tak ingat tempat. Aku ni nampak je ganas, tapi sebenar jauh dalam sudut hati, ada jugak yang aku geli. Biasalah tu kan.

Tu dia gambar pasport lipas yang aku dapat hasil carian aku dalam google. Dulu masa aku sekolah rendah, aku pernah tengok lipas bawah 'mickoskop', betul ke? Korang teka apa yang aku nmpak, penuh dengan kegeliaan. Cerita dulu lg, masa dok kt kg dulu, masa tido, aku pernah terselingkupkan tapak tangan aku pada seekor lipas, bayangkan dia gerak2 bawah tapak tangan tu? geli gila sampai xnak angkat tangan tu.

Ni lagi satu fakta yang aku dapat bila aku buat carian dalam google. Aku ingatkan sebiji telur lipas tu, ada seekor je lipas dalam tu, rupanya ada banayk. Dasyatkan, hebat betul ciptaanNya. Sengaja aku nak share gamabr ni, yela kot-kot ada jugak yang xtau macam aku ni.

sumber: carian google

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com