Setelah berkelana hampir 6 tahun di luar, bulan ini aku kembali bertugas di pejabat. Mulanya memang agak risau sebabnya terpaksa mengulangi kerja-kerja yang biasa di buat tidak lama dulu plus kena handle perangai manusia yang pelbagai karenahnya. Ehh kenapa aku risau nak buat kerja-kerja lama???? Bukan sebab aku memilih kerja tetapi kerja lama yang aku buat dulu kebanyakan bukan dalam bidang yang aku minat, aku buat pun sebab aku taknak duduk saje..haha bajet bagus. Di pendekkan cerita, setelah kembali bekerja, aku buat je apa patut dan positifkan pemikiran. Mungkin keadaan sudah berubah. Aku buat kerja tanpa prasangka, dari A sampai Z aku buat selagi mampu. Biasalah banyak perubahan berlaku dekat pejabat, aku jadi seorang yang banyak tanya. Tup tap tup tap, akhirnya sejarah dulu dulu kembali berulang. Membuatkan aku rasa marah yang amat. Ni yang membuatkan aku sangat sangat taknak balik kerja kat sini.
Bukan kerja saya.......ayat ni kedengaran balik! abis tu kerja yang aku buat dengan niat membantu pun bukan kerja aku tapi aku buatkan je sebab bukannya susah mana.Tapi akhirnya ayat tu yang aku dapat bila nak mintak tolong siapkan kerja yang sepatutnya hamba Allah tu punya...haish la, sabar je la... apa la agaknya yang di fikirkan..
Aku sabar lagi dengan ayat yang dikeluarkan tu sebab aku tau, dia tu memang begitu. Doakanlah dia sentiasa gembira So pedulikanlah, aku cuba buat je la mana patut. Sampai satu part tu, di sebabkan aku tak biasa dengan kedudukan fail dan alatannya, aku bertanya kepada dia tu....last last aku pulak yang dimarahnya....aku jadi pelik la pulak, kenapa aku lak di marahnya..ini pertama kali kot aku buat, n pulak, tu kerja dia kot, apa salahnya aku tanya dia..haish la ....
So aku siapkan je kerja tu tanpa refers langsung pada dia, terpaksalah aku cari inisiatif lain untuk buat. Alhamdulillah aku berjaya gak siapkan. Tak apa, ini hari hari dia, tunggu masa and hari aku lak...hahahahha kejam lak bunyinya....pedulikan la hal tu
Si kembalinya aku bertugas kat pejabat, tak sempat lagi nak bersua muka dengan rakan rakan seperjuangan yang lama. Ada yang ditukarkan ada juga yang masig di tempat lama....aku perlu siapkan kerja-kerja dari tapak sehingga ianya diserahkan sepenuhnya.
Ini bukan entry mengumpat or pape, just luahan hati je untuk dijadikan iktibar bersama..kekeke