Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membina sebuah rumah untuk isteri aku walaupun hanya rumah kampung je, syukur. Hasrat keluarga mentua aku nak tengok anak-anaknya duduk dekat dekat. Rumah yang aku bina tu takdelah besar mana, cuma besar lagilah dari rumah yang aku sewa sekarang ni. Dengan keluasan 880 sqft, Wak (kontraktor aku ambil untuk buat rumah aku) letakkan harga RM74.5k sahaja untuk pembinaan asas sebuah rumah termasuk dengan table top comel dekat dapur, mungkin ni harga kawan kawan sebab beliau kenal dengan family mentua aku. Harga last bila selesai pembinaan tu dekat 90k gak la tidak termasuk deposit api air dan lain lain kos.
So ini aku sertakan sekali pelan lantai yang aku plan...hasil imiginasi sendiri je, guna power point je nak lukis.
Masa ni lukis tanpa tempat parking kereta di depan, tu lebih kurang 10 x 22. Cukup la nak parking kereta dan moto sebiji. Ini hasil akhir pembinaan rumah sebelum di cat. Ukuran rumah lebih kurang 22x50 sqft termasuk parking di depan.
Tu dia table top comel dekat dapur rumah. So lepas ni boleh basuh pinggan sambil tengok tengok laman belakang tu. Cuma ketinggian table top tu agak rendah tetapi orang rumah aku cakap bolehlah, so bolehlah dari takde kan.