Hari sabtu macam biasalah orang-orang kat kl ni still ada yang kerja. Jalan raya masih penuh dengan kereta.Aku macam biasa akan menghabiskan cuti aku dengan benda-benda berfaedah. kununlah kan. Yela pada sape yang cuti, masa nilah nak basuh baju, nak cuci kereta, nak kemas bilik dan macam-macam lagi. Betul tak?? macam aku, aku suka basuh baju hujung minggu, bukan apa bila jemur nanti senang aku nak angkat, kalau waktu kerja, tiba-tiba hujan, kan susah, penat je kita membasuh.Kepada sesiapa yang bekerja, sesunggunya tenaga dan usaha anda amatlah kami hargai, tanpa anda, siapalah kami. keke (ayat artis pulok)
Sekali lagi aku buat intro yang tidak ada kena mengena dengan tajuk entri. Mengenai tajuk etri, korang rasa seronok ke kerja pada sabtu dan ahad or hari cuti. Mungkin lebih tepat kalau aku kata kerja secara shift, cuti pun pada hari biasa. Mungkin ada orang lebih suka kerja mengikut waktu pejabat dimana pada waktu cuti boleh luangkan masa bersama insan tersayang, betul tak?? Macam aku, aku pernah bekerja dalam dua dua setuasi. Maksudnya aku pernah bekerja dalam waktu shift dan juga waktu pejabat.
![]() |
sumber : incik google |
Pada pendapat aku la, aku lebih suka bekerja mengikut shift dan cuti pada hari biasa(isnin - jumaat). Bukan apa banyak urusan yang boleh dibuat pada waktu pejabat. Macam urusan bank, pembayaran bill dan sebagainya. Memanglah sekarang semuanya pun online tapi kekadang kena jugak pergi ke kaunter atau pejabat diorang. Selain itu, kalau pergi bercuti pada waktu pejabat, kita akan dapat harga yang lebih murah. Lepas itu, kalau pergi ke tempat-tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai, kita tak perlulah berebut-rebut or berasak-asak. Cthnya, kalau nak naik spce shot ( dulunya soleroshot kot) kat Genting Highland, kita kena beratur panjang yang amat, then kalau pergi waktu kerja, rasanya tak ada la susah mana nak naik, siap boleh 2 3 round naik. Kalau bab kerja, jalan raya pun tak sesak mana, parking senang dan internet kat ofis pun laju, keke boleh update blog laju2. keke
Sedikit kesimpulan, sebenarnya ada kebaikan dan keburukan untuk setiap perkara. Macam kerja shift, ada sesetengah tempat percutian hanya buka pada hujung minggu dan sebagainya. Malah bagi yang bekeluarga, dan ada anak-anak yang bersekolah, mungkin lebih suka kerja pada waktu pejabat, yelakan hujung minggu boleh beramasberamah mesra dengan keluarga.
2 comments:
ai sokom stetmen yu kat entry ni...
bagi ai, 2 2 mana2 pun ada kebaikan dan kelemahan...
ai penah keje shif masa keje kat Carrefour Sri Petaling (Bukit Jalil) tahun 2003-2005 dulu...skam dah rasa best keje opis hour ('',)
tahukah anda kesan pada kehidupan anda di masa akan datang kesan kerja shift?
jeng jeng jeng ..
mengikut kajian:
kerja shift meningkatkan risiko obesiti, penyakit kardiovaskular, perubahan emosi, masalah perut, kemalangan, masalah keluarga termasuk perceraian, juga cancer payudara, imsonia, dll.
teruk tau keje shift.
jika aku pm - aku kenekan undang2 bayaran tinggi utk pekerja shift sbb kos perubatan akan datang
Post a Comment