So kat sini nak share sikit pengalaman yang aku alami, bukan pandai mana pun tapi kongsikan sedikit tips yang dapat dari kawan kawan kelab kereta.
Kejadian berlaku pagi, memang tak bajet sebenarnya perkara begini nak jadi sebab sehari sebelum kejadian tu, dah bawak g servis kereta dan check status kereta dekat pusat servis centre proton. Macam aku cakap tadi, benda nak jadi, redha jela.
Tengah drive masa tu, tetiba lampu check enjin menyala, aku dengan tak tahu tetiba je jadi panik, namun masih meneruskan perjalanan sehingga satu simpang yang berdekatan dengan kedai spare part kereta. Aku risau kereta akan mati tepi jalan sebelum sempat sampai suatu tempat yang selesa dan mudah nak cek kereta. Sebabnya bila alternator kong, ianya tidak mengecas bateri, so kereta bergerak menggunakan kuasa bateri yang ada sehingga bateri kong ( kalau xsalah aku la). Aku park kereta, matikan enjin, Cuba hidupkan enjin, dah tak boleh nak start. Cuba cuba jugak, tapi macam start kereta bateri tak ada.
So selepas bercakap dengan kawan kawan melalui telefon, aku pun dapat idea macam na nak check kereta sebelum bawak ke bengkel. Sama ada ianya bateri xda/ xcukup power atau alternator sudah kong.

Gambar : Alternator (sumber : carian google)
Nak check kekuatan alternator, hidupkan engine dan cabut terminal negative bateri. Kalau engine masih hidup, alternator ok namun perlu diganti. Kalau sebaliknya, alternator dah kong. Kalau enjin hidup lepas cabut kepala bateri, mungkin juga disebabkan banyak perkara, mungkin kepala bateri longgar atau uzur dan sebagainya.
Mula mula aku ganti cuba bateri baru kalau kalau boleh hidup namun masih sama. Aku hidupakn kereta dengan bantuan abang kedai hardware, dia jump kereta aku. Hidup dan aku cuba cabut terminal negative, kereta aku mati. So dah dapat punca sebenar mengapa kereta aku menyala check lampu enjin dan bila matikan dah tak boleh hidup.
So dengan bantuan kawan kelab kereta di kawasan tersebut, aku berjaya membawa kereta aku ke bengkel berdekatan untuk ganti alternator. Rasanya masa tu semua dalam Rm250++ kos baik pulih untuk proton waja. Itu pun dapat barang recon, jadilah janji leh hidup dan sambung percutian aku dengan wife dan pulang balik ke KL.
Tanda tanda awal alternator rosak :
1- Lampu check enjin menyala (Simbul bateri)
2. lampu jadi malap tetiba
3- Radio atau peralatan elektrik terpadam tetiba
4- enjin kereta sukar dihidupkan
5- bateri kereta cepat kong
6- mungkin kereta se akan akan tidak cukup power .
No comments:
Post a Comment