Setelah lama berkubur blog ni, akhirnya aku terpanggil lagi untuk update blog ni..wahahhaa
Bukan apa just nak share, insyaAllah aparment laguna biru fasa 2 ini akan jadi rumah pertamaku dan isteriku. Dah lama rasanya aku simpan niat dan harapan untuk memiliki sebuah kediaman, tapi tak ada yang sesuai dengan cita rasa dan bajet mampu milik. Kebanyakan kediaman di sekitar lembah klang ni semuanya mampu tengok je. Tup tap tup tap...terdetik hati nak cari rumah area kuang sungai buloh ni, kebetulan ada rumah dalam pembinaan dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad. Dapat tahu pun dari kawan yang tinggal di Apartment Laguna Biru fasa 1.
Selidik punya selidik, bincang punya bincang, terus akhirnya aku dan isteri buat keputusan untuk memilikinya memandangkan ianya sesuai dengan bajet mampu milik kami. Skg dalam proses mendapatkan loan, harap dapatlah loan yang ok..huhuh doakan aku ye..hehe
Pada mulanya, aku serius 'zero' pasal bagaimana nak beli rumah ni semua, hasil dari pembacaan dan nasihat dari kawan aku memberanikan diri untuk mencuba. Maybe entri akan datang aku kongsikan bagaimana step untuk memiliki sebuah kediaman. hehe..bajet pakar..wakaka
Disebabkan xda idea dah, so aku share je beberapa keping gambar sebagai kenangan.

gambar 1 : ilustrasi dari pemaju arkitek

gambar 2 : model di pusat beli spnb selangor

gambar 3 : pemplet