
Aku walaupun amat meminati kelab or pasukan AC Milan dari Italy tp hati ni tetap menyokong pasukan bola kita. Walaupun kekadang sangat la sakit ati bila tengok diorg ni main. Tapi sejak dua menjak ni, aku tengok pasukan kita dh banyak meningkat, just still ada perangai kat diorg tu yang bajet star gila. Ada la 2 3 pemain kita yang aku tengok perangai atas padang macam star sangat. Skill tidak la hebat mana tapi bila main dah macam christiano ronaldo, mengada-ngada je lebih....sori ye peminat Real Madrid, aku bukan nk kutuk2 player team korang tapi sejak dulu lagi aku memang menyampah dengan perangai ronaldo ni, sikit-sikit nak berlakon. Skill dia memang la aku tabik, tapi tu la, kalo dia buang perangai mengada-ngada dia, mest syiok. Tengok macam Messi, baru la semangat tengok, kena teruk-teruk pun still usaha nak bawak bola tu. Satu lagi star yang aku tengok betul-betul main bola, Thierry Henry, tapi masa dia main kat Arsenal dulu la, memang syiok tengok dia bawak bola, susah betul nak jatuh. Just sekarang ni dia slow skit la, maybe faktor usia kot.
Eh dah melalut lak cerita pasal bola eropah. Kita balik pada pasukan bola sepak kita. Lagipun memang entry ini aku buat khas untuk Pasukan Bola Sepak kita. Pada kejohanan Piala Suzuki ni aku tengok so far pemain kita ni ada turun naik. Tapi paling aku bengang time tengok diorang lawan Indonesia hari tu. Macam xbermaya je, orang kata kalah xmelawan. Kalo la player kita main macam dalam sukan sea hari tu, InsyaAllah boleh dapat sumting. Pape pun harap malam ni pasukan kita main sehabis baik, pulun kow2. Kalo boleh bila main dekat Vietnam nant kita bawa bekalan gol yang banyak. Ni promosi ni untuk Pasukan kita, jom ramai-ramai kita p stadium, kalo tiket abis xpa, kita kumpul dekat luar stadium, kalo dengar orang sorak, kita sorak la skali, hahaha....ala senang tengok kt tv, kalo xda kt tv1 mest ada kt astro. Xpun jom lepak mamak ramai, boleh jumpa kawan-kawan skali.
Sebut pasal nak menang, mesti kena ada taktikal yang betul kan. So kepada Incik Rajagopal, sila la pkirkan yang terbaik. So sedikit komen dari aku, kalo boleh jangan la asyik main bertahan je, silap-silap kita yang kena balik. Kalo boleh try mantapkan bahagian tengah, kalo kita dapat kontrol game and midfield kita always create peluang untuk striker, mesti akan ada jugak gol yang mendatang. Wahh kemain lagikan aku, ni la dia berkat main game fifa manager.Aku bukan apa, apa yang aku tengok game-game yang lepas, kita banyak main bertahan n midfield lebih banyak hilang bola, so senang la pihak lawan nk serang balik. Pemain macam Amirul Hadi, Gunalan, Amri Yahya tu sepatutnya dimaksimumkan kebolehan diorg. Kepada Syafiq Rahim, kena rajin skit create peluang-peluang mengancam.
ps : sape ada tiket lebih, boleh la bagi kat aku, dari membazir buang je, keke...kpd kawan-kawan blogger, jom kita sokong pasukan bola sepak kita.....wat entry khas untuk diorrang
No comments:
Post a Comment