Geng-Geng
Monday, December 16, 2013
Monday, December 9, 2013
Pertama kali ke negara orang..
Vietnam ok je sebab ramai orang kita kat sana, makanan halal pun senang nk cari...xda pape nk cita, enjoy pic je..kekeke
Tuesday, August 13, 2013
Penat beraya
Hari ini aku akan pulang ke kuala lumpur semula, tempat mencari rezeki. Walaupun mood raya still tak habis habis lagi. Sebenarnya niat untuk balik ke kl dh lama, tapi info trafik mengatakan jalan pulang ke kl jem teruk, aku tangguhkan seketika niat tu. Hahaha.
Banyak betul dugaan tapi alhamdullillah aku berjaya harunginya. Mungkin aku lupa diri dengan rezki yang dia berikan. Aku terima dengan hati terbuka.
Kembali kepada mood raya, walaupun raya kali ini aku sambut dengan sederhana tapi cukup buat aku untuk lupakan seketika hal hal lain. Jauh juga jangkauan beraya aku kali ni, sampai ke pulau pinang...sampai juga jentera kesayangan aku ke pulau mutiara tu. Utara dah samapi, insyaallah akan ke selatan n pantai timur juga.
Entry kali ni ringan ringan je, xda mksd pape pun, just nk bercerita. Huhu Selamat hari raya kepada semua yang membaca, maaf zahir dan batin...
Saturday, August 10, 2013
Yela tu..
Hari ni dh raya ketiga, aku masih di kampung. Menghabiskan masa yang ada sambil merehatkan badan. Semalam aku ke pulau pinang, lama sudah aku tak kesana, banyak benda dh berubah. Orang punyalah ramai, kedai kedai makan byk yg tutup, so memang bzlah.
Berkenaan dgn tajuk aku tu, sebenarnya ianya berkenaan dengan hati n perasaan. Pehh gila la, jiwang lak aku di pgi raya ni. Ini ikut pengalaman aku dan penghayatan aku. So if ada salah ke aku mintak maaflah ye.
Sekarang ini, banyak yang aku tgk if lelaki, kebayakannya dh berpunya, or ada ikatan, nk mengorat perempuan lain, mesti akan menceritakan pd perempuan tu satu cerita yg kununnya perempuan tu sorg je tau. Kebayakannya mcm tu, tp aku xbrani nk kata ianya semuanya salah or auta, yg aku berani kata, yela tuuu...huhu. Mungkin ada betulnya juga apa yg diceritakan, sbb lelaki ni termasuk aku kot, if ada msalah lbh suka pendam n selesaikan sendiri, sbb ego seorg lelaki ni tinggi. If nk share pun, maybe dgn sesetengah orang je.
So aku selalu pesan pd kawan kawan aku, jgn percy pd semua org, terutama if org tu xda pape ikatan dgn kita, if nk gak, choose wisely, sbb semuanya akan memberi efek pd masa depan kita. Kan kan...
Maybe perempuan pun sama kot, gunakan alasn yg sama tuk rapat dgn lelaki lain, sedangakn diri dh berpunya...huhu entahlah, pape pun, hati hati ye..benda yg melibatkan hati n perasaan ni, kena hati2, sbb kalu dh luka, jenuh gak kan kan...
Monday, August 5, 2013
Antara kelebihan bersosial...
Bagaimana aku bersosial?? aku join satu kelab kereta yang bagi aku cukup hebat. Hebat dari pelbagai aspek. Mungkin minat aku untuk mod mod kereta kesayangan membuatkan aku join satu kelab kereta ini. Ianya dikenali dengan nama Waja performance Club, ahlinya terdiri dari pemilik-pemilik kereta waja termasuk aku. Tidak kisah kereta standard or dah mod kow2, kawan tetap kawan. Bak kata seorang senior dalam club, waja ni antara syarat je, yang paling penting, persabahatan yang terjalin tu. Hampir satu malaysia aku kenal pemilik-pemilik kereta waja. Bertukar pendapat dan pandangan.
Nak jadikan ceita, baru baru ini aku terlibat dalam satu kemalangan, rasanya agak teruk sbb nak repair memakana ribuan ringgit. Hampir buntu sebenarnya ketika itu, almaklumlah bulan syawal hampir tiba.Tapi rakan-rakan dari kelab kereta datang membantu dengan tidak disangka-sangka. Ada yang memberi bantuan dari segi kewangan, alat-alat ganti, semngat dan kepakaran. Terharu juga aku bila diperlakukan begitu. Hari ini sehingga tengah malam mereka meluangkan masa membaiki kereta aku, hebat kan?
Siapa kata tiada faedah bila join kelab-kelab sebegini?? yang orang nmpak hanya luaran, tapi sebenarnya bayak kelebihannya, so fikir-fikirkan lah ye...
Thursday, April 4, 2013
Setelah 10 bulan...
Gambar : di snap sendiri sekadar hiasan
Tuesday, March 12, 2013
Rambut sama hitam?

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pernah dengar tak pepatah ni? mestilah pernah. Ini antara pepatah femes dalam bahasa kita. Maksudnya mudah, setiap orang ada pendapatnya masing-masing, tak kiranya ianya baik ataupuin buruk. Betul ke??
Tuesday, February 26, 2013
Sesusahmana pun aku...
Aku hari ini kembali bersusah hati di sebabkan maslah dunia yang tak pernah selesai. Bukan aku tak mahu selesaikan, tapi ianya di luar kemampuan aku.Naik runsing aku memikirkannya. Buntu bagaimana untuk aku selesaikan. Mungin ada satu saje caranya, tapi itu akan melibatkan pengorbanan dan komitmen yang lama dari aku. Aduhaii..
Saturday, February 23, 2013
Bola sepak kita dah maju?
Sejak akhir akhir ni aku selalu saje tengok perlawanan bola sepak kita tak kiralah live depan tv ataupun di stadium. Apa yang aku rasa, kita dah maju, permainan makin cantik. Cuma janganlah di bezakan dengan permainan team2 eropah, huhu.
Setuju atau tidak aku cakap ? Hehehe