Bagaimana aku bersosial?? aku join satu kelab kereta yang bagi aku cukup hebat. Hebat dari pelbagai aspek. Mungkin minat aku untuk mod mod kereta kesayangan membuatkan aku join satu kelab kereta ini. Ianya dikenali dengan nama Waja performance Club, ahlinya terdiri dari pemilik-pemilik kereta waja termasuk aku. Tidak kisah kereta standard or dah mod kow2, kawan tetap kawan. Bak kata seorang senior dalam club, waja ni antara syarat je, yang paling penting, persabahatan yang terjalin tu. Hampir satu malaysia aku kenal pemilik-pemilik kereta waja. Bertukar pendapat dan pandangan.
Nak jadikan ceita, baru baru ini aku terlibat dalam satu kemalangan, rasanya agak teruk sbb nak repair memakana ribuan ringgit. Hampir buntu sebenarnya ketika itu, almaklumlah bulan syawal hampir tiba.Tapi rakan-rakan dari kelab kereta datang membantu dengan tidak disangka-sangka. Ada yang memberi bantuan dari segi kewangan, alat-alat ganti, semngat dan kepakaran. Terharu juga aku bila diperlakukan begitu. Hari ini sehingga tengah malam mereka meluangkan masa membaiki kereta aku, hebat kan?
Siapa kata tiada faedah bila join kelab-kelab sebegini?? yang orang nmpak hanya luaran, tapi sebenarnya bayak kelebihannya, so fikir-fikirkan lah ye...
gambar : keadaan malam tadi, thanks semua...
No comments:
Post a Comment