Geng-Geng

Wednesday, November 18, 2015

'Control' Stress

Wahh cerita pasal stress lak, macam lah stress sangatkan. Sebenarnya tak da benda nak cita tapi terasa nak update gak blog lama ni. Pkir punya pkir dari tengahari tadi, terpilih tajuk stress ni.

Macam mana leh pilih tajuk ni, nak dijadikan cerita, masa makan malam, adalah ternampak seseorang dengan muka stress. Tak pasti sebab apa, mungkin sebab penat bekerja atau sebagainya. So dari situ, terpikir nak kongsi or nak mengarut psal stres ni.

Kalau nak di ikutkan rasanya semua orang stress, cuma ikut seseorang tu macam mana nak kawal. Bukan apa stress ni kalau tak kawal boleh memudaratkan diri sendiri gak, maybe untuk orang sekeliling gak.

gambar : carian google

Bagi aku la, walau macam mana pun stress kita ni, jangan langsung tunjukkannya di khalayak ramai, tak kira lah tunjukkan dalam bentuk apa pun, muka ketat ke, marah marah ke dan sebagainya, tambah tambah kalau ketika itu kita bersama dengan ramai orang, atau pada sesuatu majlis. Ianya akan 'spoil' mood orang lain gak. Then jadi xmeriah or sebaliknya. Just buat cool je sebab nanti ok sendiri je....ttp kalau ada masalah pape, kena usaha, jgn tunggu.

So aku nak kongsikan 10 cara aku nak kontrol stress......tak tahulah orang lain mcm na, tapi ni cara aku la
1) makan
2) makan
3) makan
4) makan
5) makan
6) main game
7) keluar jalan jalan
8) main dengan kucing
9) tido
10) melayari internet..haha

Tuesday, November 17, 2015

Alternator Rosak

Kejadian ni berlaku pada masa aku g bercuti dengan wife, mula mula memang nak bajet habis tapi kejadian nak berlaku kan, redha je la. Kereta lama kan, tapi aku tetap berbangga dengan keretaku ini bukan sebab apa, banyak dah aku gunakan jasanya..ngorat wife dulu pun pakai kereta ni...hehe.

So kat sini nak share sikit pengalaman yang aku alami, bukan pandai mana pun tapi kongsikan sedikit tips yang dapat dari kawan kawan kelab kereta.

Kejadian berlaku pagi, memang tak bajet sebenarnya perkara begini nak jadi sebab sehari sebelum kejadian tu, dah bawak g servis kereta dan check status kereta dekat pusat servis centre proton. Macam aku cakap tadi, benda nak jadi, redha jela.

Tengah drive masa tu, tetiba lampu check enjin menyala, aku dengan tak tahu tetiba je jadi panik, namun masih meneruskan perjalanan sehingga satu simpang yang berdekatan dengan kedai spare part kereta. Aku risau kereta akan mati tepi jalan sebelum sempat sampai suatu tempat yang selesa dan mudah nak cek kereta. Sebabnya bila alternator kong, ianya tidak mengecas bateri, so kereta bergerak menggunakan kuasa bateri yang ada sehingga bateri kong ( kalau xsalah aku la). Aku park kereta, matikan enjin, Cuba hidupkan enjin, dah tak boleh nak start. Cuba cuba jugak, tapi macam start kereta bateri tak ada.

So selepas bercakap dengan kawan kawan melalui telefon, aku pun dapat idea macam na nak check kereta sebelum bawak ke bengkel. Sama ada ianya bateri xda/ xcukup power atau alternator sudah kong.
Gambar : Alternator (sumber : carian google)

Nak check kekuatan alternator, hidupkan engine dan cabut terminal negative bateri. Kalau engine masih  hidup, alternator ok namun perlu diganti. Kalau sebaliknya, alternator dah kong. Kalau enjin hidup lepas cabut kepala bateri, mungkin juga disebabkan banyak perkara, mungkin kepala bateri longgar atau uzur dan sebagainya.

Mula mula aku ganti cuba bateri baru kalau kalau boleh hidup namun masih sama. Aku hidupakn kereta dengan bantuan abang kedai hardware, dia jump kereta aku. Hidup dan aku cuba cabut terminal negative, kereta aku mati. So dah dapat punca sebenar mengapa kereta aku menyala check lampu enjin dan bila matikan dah tak boleh hidup.

So dengan bantuan kawan kelab kereta di kawasan tersebut, aku berjaya membawa kereta aku ke bengkel berdekatan untuk ganti alternator. Rasanya masa tu semua dalam Rm250++ kos baik pulih untuk proton waja. Itu pun dapat barang recon, jadilah janji leh hidup dan sambung percutian aku dengan wife dan pulang balik ke KL.

Tanda tanda awal alternator rosak :
1- Lampu check enjin menyala (Simbul bateri)
2. lampu jadi malap tetiba
3- Radio atau peralatan elektrik terpadam tetiba
4- enjin kereta sukar dihidupkan
5- bateri kereta cepat kong
6- mungkin kereta se akan akan tidak cukup power .

Thursday, August 13, 2015

Apartment Laguna Biru fasa 2

Setelah lama berkubur blog ni, akhirnya aku terpanggil lagi untuk update blog ni..wahahhaa

Bukan apa just nak share, insyaAllah aparment laguna biru fasa 2 ini akan jadi rumah pertamaku dan isteriku. Dah lama rasanya aku simpan niat dan harapan untuk memiliki sebuah kediaman, tapi tak ada yang sesuai dengan cita rasa dan bajet mampu milik. Kebanyakan kediaman di sekitar lembah klang ni semuanya mampu tengok je. Tup tap tup tap...terdetik hati nak cari rumah area kuang sungai buloh ni, kebetulan ada rumah dalam pembinaan dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad. Dapat tahu pun dari kawan yang tinggal di Apartment Laguna Biru fasa 1. 

Selidik punya selidik, bincang punya bincang, terus akhirnya aku dan isteri buat keputusan untuk memilikinya memandangkan ianya sesuai dengan bajet mampu milik kami. Skg dalam proses mendapatkan loan, harap dapatlah loan yang ok..huhuh doakan aku ye..hehe

Pada mulanya, aku serius 'zero' pasal bagaimana nak beli rumah ni semua, hasil dari pembacaan dan nasihat dari kawan aku memberanikan diri untuk mencuba. Maybe entri akan datang aku kongsikan bagaimana step untuk memiliki sebuah kediaman. hehe..bajet pakar..wakaka

Disebabkan xda idea dah, so aku share je beberapa keping gambar sebagai kenangan.

 gambar 1 : ilustrasi dari pemaju arkitek

 gambar 2 : model di pusat beli spnb selangor

gambar 3 : pemplet 

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z