Geng-Geng

Wednesday, May 18, 2011

Fakta mengenai Lipas

Korang mesti ada terbaca dalam blog aku pasal lipas kan? tak pernah baca, tak apa rilex je. Korang klik SINI untuk baca mengenai entri lipas sebelum ni. Yang paling best kat entri sebelum ni, aku ada share satu gambar telur lipas, kot-kot sama ke macam telur lain. nak tau sila ke entri SINI .Korang mesti pelikkan, asal aku suka buat cerita pasal lipas ni. Sebenarnya aku memang geram betul dengan lipas ni, zaman kecik aku dulu, aku selalu diganggu oleh lipas ni. Biasalah duduk kampung memang banyak lipas. Terutama lipas terbang, memang menggeramkan betul.

Hari ini aku nak kongsi sikit lagi fakta mengenai serangga comel ni. Manalah tau kot-kot ada yang tak tahu lagi ke. 

1. Lipas sebenarnya telah wujud sejak zaman dinosour lagi.
2. Lipas boleh hidup tanpa makanan selama sebulan.
3. Lipas boleh hidup tanpa air selama 2 minggu
4. Lipas betina hanya mengawan sekali dan akan mengandung sepanjang hidup
5. Lipas boleh hidup sehingga 1 minggu tanpa kepala
6. Lipas boleh menahan nafas sehingga 40minit
7. Lipas boleh berlari sehingga 3 batu sejam

Jom tengok beberapa jenis lipas ni yang aku rasa senang jumpa kat Malaysia...aaa so comelkan??? 
Pic yang kat atas ni namanya American Cockroacches atau dalam masa melayunya lipas amareka. Wah lipas omputih ni...keke. Lipas ni boleh dikatakan yang terbesar dijumpai dalam rumah. Lipas ni yang selalu kacau aku dulu ni, siap boleh terbang-terbang. Mengikut sumber, lipas ni akan dapat sayap bila dia dah dewasa. Lipas ni akan makan apa saja yang dia nak, so berhati-hati ye. Rumah lipas ni kat tempat panas, gelap dan lembap. Hnmm kira lipas ni suka romantik la ye.
 Gambar yang kedua ni nampak cam menakutkan je kan, namanya brown- banded cockroach atau dalam bahasa melayunya...korang fikir sendiri ye. Dia dapat namanya dari corak kat badan dia tu. Yang ni lipas jantan akan ada sayap yang lagi besar berbanding yang betina Dia ni suka sorok telur dia kat dalam/ bawah perabut. Dia ni suka makan starchy food (berkanji), wah kemain memilihkan dia ni. Nylons stoking pun dia suka makan kadang-kadang. Patutlah berlubang banyak stoking aku...haha sian dia kena tuduh.Yang ni suka tinggal kat mana-mana pun, tak kisah pun dengan cahaya ke pape pun.
Yang ni kaler dia cerah sikit. Namanya German Cockroach atau dalam bahasa melayu lipas german. Jauh dia datangkan. Dia ni boleh jumpa kat mana-mana negara pun dalam dunia ni, sedara dia ramai. Lipas ni biasa jumpa kat US. Se ekor lipas ni boleh hidup dalam 100 ke 200 hari, kejap je kan. Sebab tu la dia banyak dalam dunia ni.Yang ni suka makan benda manis dan berperisa, dan ubat gigi pun dia suka jugak. Mesti gigi dia putih je kan.Dia suka tinggal kat tempat manusia minum dan makan.
Lipas yang terakhir ni, garang je rupanyakan. Kaler pun dah nampak garang. Namanya Oriental cockroach. Asal dari Africa.Yang ni sangat besar dan gelap kalau dibandingkan dengan yang lain. Rajin mengembara melalui longkang dan sistem pembentung. Suka tempat yang kotor dan sejuk, yang ni dikenali sebagai lipas paling kotor dan suka mengeluarkan bau yang busuk. Makan hampir kesemua sampah dan barang-barang organic.
sumber : pestworldforkids.org

6 comments:

sya amran said...

halahaiiiiii...goli laa weihhhh
(x x)

SyahNas80 @ Nana said...

ARGH!!! GELINYER!!! ish..sanggup tak masuk toilet kalau ada lipas.. n sanggup tak masuk dapur sebab ada lipas.. paling tak suke binatang ni..gelinye!!!!

Bunga said...

wahh..cam tu yek..bunga ok jer ngn lipas jangan tikus..ahhaa

syuxer said...

geli ar bro..natang ni wajib kita bunuh..coz kotor..dahla xde kepala rileks je jalan2 adeh..

eh kiranya lipas ni dah lama hidup ye..perghh agak2nya ni mesti "dinasour" paling kecik heheh

forever love said...

sebab lipas asyik jadi bahan mainan kucing je.. hihi

Unknown said...

lipas ni boleh survive la.x makan selama 1 bulan boleh hidup =). memang mantap.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com