Geng-Geng

Friday, November 21, 2014

RON97..saya sudah cuba..

Alhamdulillah semalam buat pertama kalinya aku isi kereta aku dengan minyak ron97. Ehh bukan nak berlagak or pape, tapi nak kongsikan pengalaman. Aku bukanlah orang senang or bergaji besar, so bila dah pakai ni sekali sekala, exited lebih. So dari aku dok bising bising kat luar, baik aku coretkan kat blog buruk ni..keke


sumber : carian google

Ok sambung balik cerita pasal aku try minyak RON97. Memang semalam lepas aku isi, kereta aku agak ringan berbanding sebelum ini. Ringan bukan sebab kurang berat dalam kg tu, tapi bila memandu terasa pick up kereta macam senang nak pergi. Terasa macam bawak kereta baru lak...keke. Selain itu, mungkin agak jimat sebab aku berulang alik dari port klang ke sg buloh. Tapi maybe gak sebab perasaan aku gak. Lain kelebihan, minyak ini bersih kot..orang katalah.

Ini pendapat aku je dari peneraian aku semalam, lepas ni aku xpasti la kan...so selamat mencuba..

Tuesday, November 18, 2014

Percutian ke Melaka #Part 2

#Sambungan dari entry lambat

Hari ini just nak detailkan je lagi pasal bercuti2 kat Melaka tempoh hari. Untuk kenangan diri sendiri or maybe jadikan sedikit panduan untuk orang lain gak ke....

So hotel yang kami amek iaitu hotel tower, hotel bajet je. Keselesaan sgt ok, staff pun sangatlah mesra dan boleh bergurau senda. Kenapa aku pilih hotel ni sebab, lokasinya terletak di Plaza Mahkota, berhampiran dengan lokasi Menara Taming Sari, Muzium Samudera dan banyak lagi. Selain itu, ada gak la beberapa parking tuk pelanggan, tapi nasiblah kalau datang masa ramai orang, confirm ada je parking tu. Kedai makan pun banyak, 7eleven pun ada.

Gambar Atas : Keadaan depan ofis

Gambar Atas : Lobi hotel..comel je kan...keke


Gambar Atas : keadaan dalam bilik...gambar ni lebih kurang gambar bilik kami

Gambar Atas : ni Menara Taming Sari..tempt pertama yang kami pergi...

Gambar Atas : muzium samudera

Gambar Atas : Melaka river cruise

sumber gambar : carian google

Maaf sebab gambar -gambar dalam ni semuanya dari carian google. Bukan apa tempoh hari, tak bawak kamera..hampa kejap sebab xda kenangan kat sana...

Monday, November 17, 2014

Percutian ke Melaka #Part 1

Ini entry lambat....

Sengaja aku update, maybe untuk kongsikan pengalaman ataupun menjadi panduan tuk sesiapa yang nak bercuti bajet ke Melaka. Plan ini aku buat berdasarkan hasil servey yang aku buat dekat internet dan juga pada hari kejadian. Aku pergi berdua je dengan teman sehati sejiwa aku, orang rumah.

Sebab apa aku kata leh jadi panduan? sebab aku buat carian google, payah nak jumpa plan yang aku leh follow sebijik...hahaha mana taknya, aku kalau boleh nk meminimumkan bajet dan juga kalau boleh semua tempat aku nak pergi..kekeke. Biasalah ni kali pertama nak berjalan dengan teman sehati sejiwa aku...

Kami pergi dengan kenderaan sendiri je, drive dari kl. Tapi sebelum tu, kereta buruk aku tu dah aku siapakan terlebih dahulu, servis dan tukar apa patut, untuk elakkan sebarang perkara yang berlaku. Kami decide tuk pergi pada hari yang kurang orang, sebab malas nak berebut bagai. So kami pergi hari ahad dan balik pada hari selasa. So jom tengok iternari percutian kami....termasuk segala kos yang ada, maybe leh bajet lagi...huhuhu

Sumber gambar : Carian google

Hari ke 1

Bertolak Jam 10 pagi
- Minyak - RM50,
-Tol(Sg. Besi-Ayer Keroh) -  RM17

Check In Hotel Tower - RM180/ 3day & 2night
Makan Tengahari - RM19

Petang
Menara Taming Sari - RM20/ 2org
Muzium Samudera + Muzium Samudera 2 + Muzium TLDM - RM6/2org
  (sepatutnya sorang RM6/org, alhamdulillah rezeki)
-Air minum + jajan - RM5.50
Medan Portugis

Malam
River Cruise Melaka - RM 20
Makan Malam - RM 18
Kudap-kudap malam - RM9.80

Total Day 1 - RM 345.30


Hari ke 2

Sarapan - RM 12

Zoo Melaka - tiket RM34
-Air minum - RM 11
-Kipas - RM8
-Cenderamata Zoo (Frigde Magnet) - RM9

Mydin Air Keroh
- Makan Tengahari RM 15

Taman Mini Malaysia & Taman Asean Malaysia(tgh renovate)  - RM34
-Cenderamata untuk kawan kawan - RM20
-Air Minum - RM6

Makan Malam - RM25 (Asam Pedas Jr)
- Cenderamata Tshirt - RM10
- Kuih, Belacan, Cencalok - RM30

Total Hari 2 - RM - RM214

Hari Ke 3

Sarapan - RM 8.50
Pantai Klebang - free je...hehhee
Famous Coconut Shake Klebang - RM 6.90
Muzium Kapal Selam ( tengok tengok dari luar je)
Makam Hang Tuah

Tol balik RM 13.60

Total Hari ke-3 = RM 29

Total kos percutian kami = RM 588.30

Sebenarnya banyak lagi yang boleh jimat, hotel pun ada yang lagi murah tapi sebab ini yang kami pilih..so bolehlah dari tak ada.Rasanya ini saje tempat yang kami pergi, cuma makanan kami xdalah nak cuba ikan bakar or pape, just asam pedas je..mission kali ni nak pergi semua tempat, tapi x sempat...next time insyaAllah...Pic pun xsempat nak snap bebanyak...

Harap dapat bagi sedikit panduan if ada yang nak pergi..

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com