Geng-Geng

Showing posts with label Hari ini. Show all posts
Showing posts with label Hari ini. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour 2011..

Hari ini aku bangun sangat lambat. Cover balik kunun-kunun study tido lambat. bangun-bangun je terus on pc dan main game yang lame tinggal. Rasanya memang terbaik, macam satu beban yang berat dilepaskan. dah lama xrasa macam ni. Semalam disebabkan aku tido atas lantai, habis sakit-sakit habis satu badan ni. Ni baru efek jangka pendek, belum jangka panjang, so kawan2 suma, jangan tiru aku. Bahaya.Hari ini macam xda pape aktiviti nak buat, blog pun xidea lagi nak update, so terpaksa merepek je la dalam ni. 

Tadi aku dengar radio, aku dapat satu info yang berguna. Earth Hour. Rasanya semua pun tau apa kebendanya tu. Kalo xsilap aku, sambutan earth Hour akan disambut 26hb Mac ni, so demi menjaga bumi tercinta ni, apa kata kawan-kawan semua pun join. Teringat masa mula-mula sambutan ni diadakan. Kawasan sekitar rumah aku memang gelap habis, Taman sebelah rumah pun gelap. Lepas tu semua orang pun lepak-lepak luar, rasa macam seronok je.

Then bila kali kedua, aku tengok sambutan dah makin kurang, tapi aku serumah memang xpernah miss, sekurang-kurangnya semua lampu kami padamkan, just kipas je xleh tahan, keke. Bak kata penyampai radio pagi tadi, jika kita memadamkan lampu dan penggunaan elektrik selama sejam pun, kita akan bawak banyak perubahan. So apa salahnyakan kalao kita sokong demi masa depan yang lebih terjamin.

Jom sama-sama melindungi bumi kita ni.....


Sunday, March 6, 2011

Soalan lazim kita

Ni satu lagi, orang kita selalu tanya soalan yang dia sendiri dah tau. Hah ni perkataan yang keluar dari seorang kenalan aku. tetiba petang ni teringat so aku kongsikan dengan korang semua. Rasanya korang pun mesti pernah jugak terkena ngan soalan ni. Dulu aku sendiri tak perasaan, tapi bila dah dengar baru aku tau. Mungkin ada yang beranggapan lain dari apa yang bakal aku sampaikan. Memang tak dinafikan kalau berfikir secara rasional dan luar dari kotak kita akan dapat banyak kesimpulan. So untuk tidak menimbulkan apa-apa, kita amek entri aku ni just untuk berkongsi sebahagian cerita lawak dalam hidup aku. Alamak ayat emo pulak, saje untuk memanjangkan entri.
 sumber:carian google

Kembali kepada tajuk, ceritanya bermula....

aku terserempak dengan seorang kenalan tengah makan nasi, then aku menyapa "tengah makan nasi ke?"....adehhh  atau

seorang kenalan nak ke toilet, lalu aku bertanya " g toilet nak buat apa" adehh. atau

seorang kenalan tanya bila ko tido " dengan selamba aku jawab kul 10" padahal kita bukan sedar kita tido kul brapa, sepatutnya jawab "aku masuk tido kul 10" atau

kawan pajabat bersiap-siap kemas pada waktu balik kerja, dengan selamba aku tanya "nak g mana?:"

dan banyak lagi sebenarnya. Buat masa ni ini aje yang aku ingat. Tapi rasanya maksud yang aku cuba sampaikan korang faham.Sebenarnya kalao nak difikirakn pertanyaan sebegitu wujud hanya kerana ingin beramah mesra dan bersopan santun..

ps: 1 lg soalan yang lazim, bila nak kahwin??? adehhh

Wednesday, February 23, 2011

always cakap boleh! n thinks boleh

Petang-petang ni aku memang mati idea langsung, aku just jalan-jalan je kat blog orang. Rasa kagum dengan orang lain sebab boleh update blog tak kira waktu dan tempat. Memang aku sudah cuba untuk menjadi seperti diorang tapi mungkin aku tak boleh atau bukan rezeki aku lagi. Aku meneruskan kerja-kerja seharian aku macam biasa sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman. Sembang punya sembang, last skali tercerita pasal Handphone. Si beliau ni pakai phone yang memang menjadi idaman aku.Bukan takat tu je, beliau ada banyak benda yang aku suka, Dslr dan macam-macam lagi. Kalau nak diikutkan gaji kami lebih kurang sama, tapi xtau la kot kot beliau ada buat kerja luar. Aku pun pelik dengan beliau ni sehinggakan aku cakap pada dia, "aku mampu beli yang ni je, yang mahal2 macam ko aku xmampu" tapi tengah sedap aku mengeluh, dia potong cakap aku "mampu" .Terkejut gak aku, asal dia ni, dah kena sawan mampu ke? Asal setiap aku mengeluh mcam tu, dia cakap "mampu".Kejadian berlalu dengan begitu saje.
 sumber:carian google
Ketika aku berjalan pulang, aku memikirkan kenapa beliau berkata begitu?? Akhirnya aku faham apa yang dimaksudkan. Sentiasa berfikiran positif dan always kata boleh dan sbgnya. Faham tak? Macam nilah, walau apa pun keadaan kita, jika diberi dugaan or keinginan, pastikan kita always think that we can go thrue that thing and always set your minds 'u can do it'. Wah cakap orang putih pulak. Setiap benda yang kita buat or lalui, mest yang pertama kita setkan minda kita. Kalau boleh biar semuanya baik-baik, then barulah hasilnya akan jadi baik.

Di sebalik cerita aku n kawan aku tu, semua orang mampu untuk dapat apa yang dihajati dan diidami, asalkan kita berusaha. Sebelum kita nak berusaha, kena setkan minda yang kita boleh buat n berusaha. Selepas itu, terpulang cara apa sekalipun kita guna asalkan boleh dapat apa yang dhajati, tetapi jangan sampai melnggar peraturan dan sbgnya. Tak lupa juga, jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepadaNYA.

Tuesday, January 25, 2011

Cerita hot hari ini


Hari ini hari selasa. Rasanya semua pun tahu, sengaja je aku nak gitau, mana tau kot-kot ada yang bw sampai lupa hari ini hari selsa. Apa je yang ada pada hari selasa??? jawapannya hari ni ada pasar tani kt ofis aku. Adehh intro yang entah apa-apa. Sebenarnya tak ada idea ni, tp nak jugak update, ok lah kan dari tak ada pape.


Selalunya pagi-pagi waktu kerja macam ni, aku akan bukak blog dan berbw duu, then akan buat satu entri. Tapi hari ni malang pulak. PC aku di ofis ni tak boleh nak restart. Terpaksa hantar ke pusat teknolgi maklumat untuk repair. Harap dia ok la.


Yang memeningkan kepala, ada satu report audit yang perlu dihantar 28hb ni. Adehh pening2, baru je siap semalam. Memburukkan lagi keadaan, semua gambar-gambar yang aku snap masa g audit tu, semua pun dalam pc tu. Berdegup kencang hati aku ni, yela macam na nak buat report skali lg kalau tak ada gambar. Hari n besok  aku akan ke Johor untuk mengaudit projek lagi, eh iklan jap, mest korang ingat aku ni auditer kan, bukanlah, aku ni orang bawahan je, kerja mengikut arahan, kalau dalam hirarki kejuruteraan, aku lah bawah skali. Sambung balik, balik-balik je nant terus kena hantar report, aduh berat betul kerja aku. AKu harap sangat PC aku akan pulih macam biasa. Kawan-kawan semua doakan aku berjaya menempuhi segalanya dengan tabah ye.


PS: ok aku nak bertolak g pontian johor ni, jumpa disana, kalau ada yg terperasan aku tegur2 la ye...



Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Monday, January 24, 2011

Ruginya masa hari ini

Terasa rugi pulak hari ni, satu hari buat benda yang sama lak. Langsung tak sempat nak buat segmen2 anjuran geng2. Sori la bukan xnak join, tapi masa tak mengizinkan diri ku begitu berharga untuk mengupdate blog. Wah ayat iklaan tv.Aku sempat berblogwalking je, baca sekali je,  selalunya aku baca 2 3 kali, then tengok gambar banyak2. Tertipu lak.

Eh kat atas ni aku tak ada cerita pape lagi ngape aku rasa rugi n buang masa. Sengal betul la kan. Sebenarnya pagi-pagi lagi aku dah ada problem dengan blog, iaitu header aku.  Seharian aku dok try n errorr, last-last petang br la ada solution sikit. Baru ingat pagi ni nak bergaya ngan header baru. Lagipun tangan aku pun gatal jugak, slalu sangat kobek-kobek(try n error). Amek ko skali ada problem baru tahu. Alhamdullillah semua dh settle, tp aku still xpuas ati sebab guna cara altenatif. Nasib ada juga blogger yang sama masalah ngan aku, so ada la sikit-sikit klue n info. Kepada blogger yang buat entry mengenai masalah ni, thanks sangat2.

Besarkan masalah aku tu?? tak apa, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Betulkan? bila aku ada masalah cam ni, baru aku dapat belajar benda baru. So boleh tolong kawan-kawan yang ada problem sama, paling-paling pun sikit. Tak adalah pakai header yang kelabu je. Orang nak terjah pun boring.

Kata hati   : tadi aku sempat terjah ke SB group, sekarang ni ramai blogger yang       berbakat, yela mana taknya, baru berblog tak sampai setahun, tp meriah betul blog dia. Jelez betul aku, tp bukan dengki, just kagum sgt2 dengan diorg tu.

Kata Hati 2 :  Geng yang tinggalkan komen mengenai entri aku or nasihatkan aku or just nak bantu, thanks again.


Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Wednesday, November 3, 2010

Semalam kan...

Hah asal tajuk mcm ni??? xmenarik kan, pe la. Ish bg aku la, kalo nk wat entry mest tajuk antara yg paling susah nk pkir. Macam2 cuba, ada kekadang tu sampai lupa nk letak tajuk entry. Ni pun salah satu sebab ngape jadik malas nk update. kan kan, kawan2 blogger yg lain ada ke masalah mcm ni???

Ala lagipun semalam kan aku dh wat entry psal hari ini, tp xabis lg, so smbung la rini tp tajuk je kena tukar, sebab suma yg aku bakal nk cite ni berlaku semalam. Macam intro kt atas ni, masalah ni aku pkirkan semalam, tp xbrapa sesuai nk letak kt entry semalam. hmmm mcm pro je kan, padahal blog ni cap ayam je kot. keke

pic : xda kena mengena sebnarnya ngan entry
Semalam sebenarnya ada 2 mksud ( yeke ni ) dlm bahasa melayu, satu mksdnya hari sebelum hari ini n satu lg mksdnya, satu malam, tp ikut jugak la perkataan yg digunakan, ceewahh jdik cikgu lak kan. aduh sori2 termelalut lak. Banyak benda yang berlaku semalam n aku nk update hari ni tp aku terlupa lak tetiba. Tapi xpa la, biar la gambar yg menceritakan segalanya, kunun...



Pic ^ : pic ni sebenarnya sengaja aku letak, ada la org request kt entry2 sebelum ni. Masa ni aku la antara yg paling xcited tuk bersalam ngan Bos besar aku ni. Sgt seronok dpt pic mcm ni.


Pic ^ : seperti sedia mklum, monyet suka makan pisang, manusia pun suka makan pisang, jadi?? renung-renungkan...keke


Pic ^ : ha ni special skit, ni antara makan feveret aku kalo kuar ngan Z, tp sejak akhir2 ni dh jarang, masing2 sibuk...


Pic ^ : ni pic last, ni la salah seorag kawan yg rapat ngan aku masa belajr dulu,sama2 susah n senang, kepala gila2...dia ni pandai, slalu aku jelex ngan dia, dia asal MIRI, alwys dream to go there, bila agaknya dpt g kan???

Tuesday, November 2, 2010

Hari Ini....

Hari ni aku, aku luangkan masa jugak nk update blog ni. Rasanya dh lama sgt kot terbiar. Ramai kot kawan2 tanya asal xupdate dh **keke kununla femes sgt blog ni. Hmm rini xda nk cita pape juz nk merepek byk2.
Hari ni aku rs gembira sangat n mood aku pun berada tahap teratas...hijau2 lg, keke banyak benda yg dh aku wat, hmm masalah yg aku alami sekian lama pun dh mula ok, x diparas bahaya pun, thank kepada yg menyokong n membantu. Banyak benda yang berlaku dalam tempoh kebelakangan ni tp dh xbrapa nk igt nk tulih kt sini, so biar je la. Sebenarnya sejak akhir2 ni aku cuba mendekatkan diri aku kepadaNya, sebab aku tau DIA la satu2 nya tempt aku meminta segala pertolongan n always tempt aku mengharap. N Alhamdullilah everything ok n beransur ok. So kt sini aku nk kongsi la dgn sape2 yg baca ni, percaya la masalah or dugaan yang melanda kita ni sebenarnya ujian kepada kita. N always remember that all the dugaan n masalah yg kita ada semuanya pasti ada jalan, juz kena terus berdoa n berusaha. Percayala sesungguhnya DIA tidak akan menduga kita dengan dugaan yg kita tidak mampu harunginya, tp dgn syarat kita x akan berputus asa. Wah bersyarah lak, keke juz nk kongsi je walaupun aku ni bukan la apa sgt.

Hari ini...aku dh add adik pompuan aku yg sulong kt FB n Blog dia. Selama ni aku cam malas nk amek tau coz sebelum ni ada skit salah faham. Lame jugak xbertegur sapa. Biasa la masing2 darah muda. Kekadang aku ada jugak terpkir, untung diorg sekarang ni, suma papa + mummy dh sediakan, siap boleh kata mewah lg. Kalo zaman aku skolah dulu, masa tu family aku ada skit krisis, pedih woo kalo nk diigt balik, penuh dengan gangguan emosi, kecik ati, marah n kekurangan. Aku hampir hanyut tp alhamdulliah kawan2 yg menyelamtkan aku dengan nasihat suma2. Xda sape yg faham n tau, aku sorang2 masa tu. Bukan pa, juz xnk susahkan papa, dia dh cukup susah time tu. N alhamdulliah, skg ni dh ok xda lg dh mcm2 dulu , harap sgt adik2 aku belajr betul2 n berjaya ngan hidup masing2. Aku ???? pandai2 la, keke tetiba lak wat cite yg kunun2 sedih. Tp xpa, suma tu pengalaman, kan kan.

Hari ini jugak aku dpt tau yg pemilik blog Yana Clyne, telah membongkar beberapa rahsia yg aku xtau selama ni. haha Xda la. Ni sebenarnya blog milik adik aku yg aku crita kt atas ni. nor (nama aku pggil sejak dia kecik), Along dh tolong promote ni, sila la belanja, keke wah dasat gak bahasa2 yg digunakan beliau, xcaya singgah la tgk pa ada. Pic aku pun ada kt c2, masa bila ntah dia amek, ni nk kena dakwa ni, guna pic aku tanpa kebenaran...keke hmm xsangka sbenarnya, adik2 aku dh besar panjang, dh pandai pun luv luv...yg wat aku lg terkejut, adik aku yg form 4 tu pun dh pandai nk luv luv jugak. xpa la pandai2 la korang, dun break my heart sudah...keke btw Yana Clyne thanks for d info, tp xda ke pic awek Sal tu, N angah tu konfom ke still single mingle, try check tgk..keke

Hari ni aku nk upload pic yg xberkenaan pun dengan tajuk2 kt ats ni, sengaja je, baru la nmpak menarik entry ni, sori ye

pic 1 : hah ni la xtiviti masa lapang aku, papa n adik2 aku. Geram la papa still d best. Xtau camna nk kalahkan dia. Tgk adik aku kt atas tu, kemain semangat nk jentik buah. keke

pic 2 : ni la hasil pusing2 kt area KL. Cantik kan. Rasa xnk balik je dok kt sini. Sekarang ni suma guna efek lampu je.
pic 3 : aik tetiba je kan, ni sebenarnya muka tgh lapa, tgh tggu makanan sampai. Ni la salah satu orgnya yg banyak sgt membantu aku ketika susah, thanks sesangat....
Hah amek panjang kemain lg entry hari ni, udah la tu kan. Kang lg panjang xda lak org nk baca.Lagipun suma2 pun cita psal aku. Eh mestila kan, dh blog aku, pe da. Ok la nant ada masa aku update lg ye

Monday, August 30, 2010

Hari ini dan hari esok


Petang baru aku ada masa nk bukak blog ni, kesian kan. Walaupun blog ni xberapa nk best n cantik, tp bila xupdate selalu dok teringat kt dia. Kesian lak , kawan-kawan dia yang lain suma berupdate, so hari ni bersempena dengan adanya masa yg agak terluang, paksa tuk rajin-rajin kan diri bukak blog ni.

Entry kali ni rasanya lebih kepada nk wish selamat Hari Merdeka yg ke 53 kepada suma rkyat Malaysia. Ish dh lame dh kita merdeka kan. Kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang ni. Xkirala banyak or skit, best ke xbest...sebab org dulu-dulu sebelum merdeka lg teruk dr kita, lg sedih n sakit ati. Skg ni tak, bila xdapat nk beli hp baru or masuk sport rim br ke kereta kesayangan, mula la rasa kecewa sangat n xbersemangat semacam...ada ke kena mengena ngan merdeka, lantak la janji penuh entry ni kan..keke

Aku bukan apa, kita dh merdeka 53 tahun, tp ada gak sesetengan masyarakat kita ni still ngan pemikiran kolot n lame. Xpernah terlintas tuk berubah walaupun sikit. Pe nk jadi. Contohnya, pg td je, still ada org bawak keta mcm har...benci lak aku, masuk simpang sesukati la, lembab mcm jalan kaki..n palig bengang bila moto xreti2 nk jalan kt tepi, dh la dok tgh2, lepas tu slow lak tu, memang menguji minda betulkan.....byk lg conthnya, tp kang kalo lebih2 kang, termengumpat lak, xelok bulan2 posa ni.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

Thursday, July 22, 2010

Hari ini dan semalam mungkin.....

Sejak akhir-akhir ni aku macam malas nk update. Sebabnya banyak la antaranya xda masa sgt, xda aktiviti yg menarik aku wat n yang paling byk, aku xda idea langsung dh nk update..

Dont know why???? always think about about it. semakin lame semakin banyak lak masalah yang menimpa aku, ish2 sedih n susah ati. Banyak dugaan yang aku dpt akhir2 ni tp aku xkisah la mayb salah aku gak. Kawan2 or family jgn la rs pelik sebab aku memang nk nekad tuk selesaikan suma masalh aku dlm tahun ni.

Sekarang ni biasa la bg org yg dok kt kl kot, masalah kewangan yang dasat. Habis suma duit simpanan dh di gunakan tuk selesaikan masalah yang ada. Pastu dlm bulan ni roadtax keta nk mati, tp nasib aku dh ada simpan skit duit juz nk kena top up skit2 lg. dugaan dugaan. orang kata la, setipa masalah or dugaan semuanya ada hikmah disebaliknya, so aku kena sabar je.

Sekarang aku terpaksa carik kerja part time, xkisah la pape pun, asal dpt duit. Sebenarnya dh lame carik tp skg br la mcm dh ter desak sgt, so terpaksa la.....may b raya tahun ni pun aku dh terpaksa lupakan demi tuk masa depan aku, hope dalam tahun ni aku akan selesaikan suma masalah aku, bukan takat masalah kewangan je tp suma masalah yang aku ada skg ni, insyaAllah...
Sebut psal raya tahun ni, mayb aku terpaksa lupakan n xdapat nk balik kg. Harap suma org faham masalah aku. Bukan aku xnk balik beraya, tp keadaan memaksa aku memikirkan jalan ni. N kawan sori jugak coz pas ni xdpt nk join korang lepak2 or main futsal or pape, terikat ngan masa wey.Thanks kepada sesape yg membantu, jasa kalian suma tuhan je dpt balas.

Psal wishlist aku tu, terpaksa di lupakan kejap, pas suma ni selesai, aku akan berusaha ke arah itu balik demi kepuasan sendiri....so kawan2 sila doakan sy semoga berjaya mengharungi segala rintangan ye

Friday, June 11, 2010

Harinya sudah tiba jua akhirnya

http://matcuoi.comSaat n minit yang dinantikan kini tiba jua akhirnya. Rasanya dah lame wat pengiraan bila la agaknya hari ni akan tiba. Dari kat rumah sampai ke ofis aku tulih pengiraannya. Di ofis, Incik bob yang padamkan td tghari lepas lunch, katanya xda pa lagi yg hendak dikira, hari nya telah tiba....kekekeke Intro yg kunun-kunun bagus kan, perasan lak, sama macam entry2 SEBELUM ini.

Sebenarnya bukan apa, ni suma world cup punya crite la. Kan malam ni dh stat first game. Africa vs Mexico kul 10 kot, xperasan lak waktu dia. Mana tak nya, aku pasni akan terus dok depan tv, trus bukak channel spot n sambil2 kejap tgk info, tuk pastikan aku x terlepas game2 yang best. Tp sebut psal world cup ni, bos aku dh tegur dh, kalo datang lambat musim world cup, SIAP katanya....kekekeke kena gak wat surat tuk bos-bos gak la, sebab aku nengok ada surat tuk para isteri jak sekarang ni, 2 yg para2 isteri kt luar sana aku tgk suma cool je, tp xtau la kan, kot2 kt rumah dh sorok suma tv n remote control. kekkeke

Ok psal Africa n Mexico malam, aku rs aku akan go on to mexico la, xda pape sebab personal, juz aku rs diorg main mcm cantik la, suma terator je juz xda stiker yg betul2 holiaw, kekeke Tapi aku rs malam ni, mest suma turunkan segala star yang ada, bestnya xsabar lak nk balik rumah, sj la update awal2 blog ni, takot kang xsempat lak....kunun la dim, jangan berlakon lg. Dh xda idea la pulok....

Friday, May 14, 2010

Hari ini.....

bangun lmbat n sampai ofis ngam2 ***ayat cover takot bos tau
Pagi2 makan nasi lemak 2 bungkus di 'ketamin' sambil kena teh tarik kow
email disemak n tiada apa yg menarik
lunch kuar lmbt skit n ramai pelik apsal lmbat balik
petang dtg kul 3, kira2 ngam2 gak
parking keta pun blok org lain
hujan lebat lepas park keta
ptg kul 430 ubah keta takot org marah
kul 5 balik rumah n tggu depan tv tgk Thomas Cup
~~~~~~~~
kepada pemain2 badminton Malaysia, selamat berjaya coz aku always sokong korang, main cam main ngan Denmark ri2. Kalah xpa asalkan melawan n bukan menyerah. Tp ofcoz aku harap korang suma menang, kasi titik Team dr China tue, baru dia tau Malaysia boleh. k kepada penyokong2 Malaysia jom tgk Thomas Cup, depan Tv jak la tp...kalo masuk akhir, apa kata suma penuhkan stadium tu, baru semangat, amacam???

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com