Geng-Geng

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Debat mengenai blog

Salam pada semua, seronok berblogwalking lupa nak update blog. Sangat berasa kagum dengan kesemua blogger. Hebat-hebat idea diorang ni, dah macam-macam idea dan cara diorang berblog. Satu lagi hebat betul penangan dari blog BA, 2 3 hari lepas aku join segmen dari blog dia, hebat betul penangan dia, yang lepas-lepas pun sama. Banyak blog yang dapat ku terjah just xsempat nak terjah semua je.

Mengenai tajuk aku rini, tak da la serius sangat, masa aku lunch tadi ada la sembang-sembang pasal blog. Sengaja mencari pendapat berbeza. Sengaja je berdebat mengenai blog mana yang diorang suka baca dan cara penulisan sebagaimana yang diorang suka. Hebat-hebat sungguh luahan mereka. Sengaja aku petik macam-macam persoalan untuk tengok apa reaksi diorang. Yang paling aku suka bila diorang ada mengatakan sesuatu pada blog aku, maksud aku komen la, bukan untuk bergaduh tetapi untuk aku memperbaiki dan mempertingkatkan cara aku menulis. Memang la agak panas dan rasa kecik hati kot kalo kena tegur, dah lumrah manusia, tapi perlu ingat bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri.

Banyak yang aku dapat tadi, antaranya yang dapat aku kongsi, walaupun blog xfemes, xsemestinya xda pembaca, ada je cuma kita sebagai penulis yang tak tahu. Kepada korang-korang yang rasa xfemes dan xramai pun orang  singgah, jangan putus asa, kembali balik pada tujuan asal korang berblog, insyaAllah akan berjaya suatu hari nanti. Selain itu, setiap orang xkira la femes ke tidak, setiap apa yang kita buat, ada orang akan sukakannya dan jangan lupa akan ada juga orang yang tak suka. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. 

Sebagai pembaca, mesti kita ada entri or blog yang kita suka baca. Macam aku aku lebih sukakan entri yang simple tapi maksud dia tu ada, xkiralah macam na pun cerita dia. Tak perlu nak berbunga bagai or pape. Teguran or pendapat dari orang perlu sentiasa diambil kira walaupun benda kecik. Bagi aku senang je, setiap orang ni citarasanya lain-lain, xperlu nak berdebat or nak bergaduh sesama sendiri mana lagi best, itu terpulang kepada diri sendiri. Kita sesama manusia kena saling membantu, xkira dari segi apa pun.

Thursday, February 10, 2011

perasaan itu pelik

Wah kemain jiwang lagikan tajuk. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab bab cinta or perasaan ni. Namun aku usahakan juga tapi ini dari perspektif dan pandangan peribadi aku. kalau ada yang tersilap atau tertingal, korang tambah lah ye. Sebenarnya banyak keadaan yang melibatkan perasaan pelik ni, antaranya apa yang aku nak kongsikan dalam entri kali ini.
 sumber : carian dalam google

Kenapa aku tak suka orang yang suke aku dan kenapa orang yang aku suka adalah hak orang lain. Pernah dengar tak or alami perkara macam ni. Kalau ikutkan pening pale dibuatnya. Sejujurnya, memang ada la satu dua kes pernah di alami aku lama dulu. Kesa zaman muda-muda dulu, sekarang dah ok. Sampai sekarang pun aku masih tak ada jawapan. Tapi bak kata orang, cinta tu buta, mungkin sebab ini kot terjadi perkara ini. Kalau celik mesti dah tau dah kan.keke

Sebenarnya sebabnya hanya kita je yang tau. Mungkin kita hanya menerima orang yang menyukai kita itu sebagai kawan atas sebab selesa, sekepala dan sebagainya. Selalunya bila macam ni, kita dan orang yang menyukai kita tu bermula sebagai kawan dan seterusnya kawan baik. So kalau jadi couple, susah pulak. Atau mungkin kita tak sedar apa kebaikan dan keistimewaaan orang tu. Ada juga yang aku dengar, kalu memilih orang yang betul-betul menyukai kita, insyaAllah akan bahagia sebab perasaan boleh bercambah dan bertukar.

Kenapa orang yang kita suka selalunya hak orang lain. Hmm yang ni susah, maybe sebab orang tu terlalu istimewa, baik dan sebagainya, mestilah dia menjadi rebutan n offcoz sape yang cepat dan kenal dia dulu dah masuk line. So masa je menentukan segalanya. Tapi biasalah, sesuatu yang hebat-hebat mestilah semua pun nak memilikinya. Tengok macam penyerang pasukan bola sepak negara, Safee Sali, kemain berebut orang nak kan khidmat dia, eh contoh lari dari tajuk plak.. Tapi kalau teror, rampas je lah dia. Keke selagi belum kahwin, tak salah memilih yang terbaik dalam terbaik. Betul tak??

Kesimpulannya, semua perkara sebenarnya telah ditetapkan olehNYA. Kalau ada jodoh tidak kemana, tp perlu ada usaha juga. Kembali padaNYA dan minta petunjuk, InsyaAllah akan dipermudahkan.

ps: maaf jika ada isu kemerepekan, entri dibuat waktu lunch

Tuesday, January 4, 2011

Blogger-blogger semua

Salam semua blogger, Tahun ni seperti juga tahun-tahun sebelumnya cuma aku harap tahun ini aku dapat menambaikkan blog aku ni. Maksudnya apa? Maksudnya aku akan mempertingkatkan lagi usaha untuk belajar berbagai-bagai skill dalam penulisan blog. Bukan apa kalau la korang semua yang baca blog aku ni tengok, blog aku ni macam tak ada pape pun. Memang la konsep blog yang aku buat ni lebih kepada blog personel, namun mayb tahun ni aku akan tambahkan beberapa konsep lagi, yela mana syiok kalo orang nak baca kisah aku je, kalau menarik xpa, ni biasa-biasa je. Sape yang ada blog mesti nak orang singgah dan baca blog diakan??? tp mayb ada skit-skitla yang just buat blog untuk kepuasan sendiri. Perlaksanaannya aku sendiri xtau bila akan aku buat, keke. Aku still dalam proses nk belajar. Aku harap kawan-kawan blogger semua boleh bantu aku, tak kiralah sikit or banyak. Aku kena banyak berblog walking or kena banyak membaca baru dapat ilmu tu, ini apa yang aku pernah baca la dulu-dulu.

Secara jujurnya, aku sendiri kekadang tu malu dan segan nak join bloglist or contest or nak komen blog-blog yang femes lagi beribu-ribu follower. Yela blog aku ni apa pun xda kalo nk diikutkan. Memang ada jugak la yang aku follow, aku baca blog dia tapi segan nak komen. So sejak dari 1 Januari 2011 hari tu, aku dh mula mengorak langkah, xkan sampai bila aku nk duduk selesa, tak maju kalau macam tu. Perasaan malu itu still ada, just pelan-pelan aku lawan. Aku kena banyak membaca lagi. Kepada blog-blog otai mintak tunjuk ajar ye kalau ada silap mana-mana. Kalau nk komen or pape, komen je, pedas ke tawar ke semua aku telan.

Sejak aku start buat blog, 1st entri aku, banyak sebenarnya yang aku buat dan baca. Kiranya dari tak tahu pape, sampai la sekarang, pun masih tak tahu pape sebenarnya, aku masih lagi belajar. Kawan aku yang mula-mula banyak mengajar aku pasal blog ialah cik3zza . Dia sebenarnya orang yang mula-mula aku tanya pasal blog. Thanks banyak-banyak. Selain tu, kepada blogger yang wat entri tutorial, nice, banyak jugak yang aku belajar.

Mengenai entri, aku akan cuba update sekerap mungkin. Yela kalau xupdate macam na orang nak baca. Macam hujung minggu, Sabtu dan Ahad, agak susah aku nk update sebab sekarang aku hanya menggunakan berukband. Korang semua pun sedia maklumkan macamna keadaannya bila online hujung minggu. Alasan je kan semua tu, namun aku akan berusaha untuk lebih rajin. Sangat jeles sebenarnya dengan blogger-blogger lain yang sangat rajin untuk update, macamna la nak jadi macam korang-korang suma?? ada cadangan tak??

Wednesday, April 14, 2010

sehari berlalu......

Penat,letih n seangkatan denganya......itu la perkataan yang terbayang dalam fikiran waktu pagi2 ni, tp nk wat mcm na hidup nk kena dteruskan jugak. selepas 2 miggu aku kembali mcm biasa, hari2 yang sama aku tempuhi sebelum ni.....boring ada, geram ada, sonok kadang2 kohkohkohk


Hate this , this was half of it, another half already throw it far far away****bahasa cap ayam.

entry sebelum ni aku dh janji nk boh gambar induksi baling tp blum sempat collect suma lgi, mayb lagi satu entry kot...kalo xbz sgt la

semalam sampai2 je rumah aku aku campak suma beg-beg yang beribu2 tu dalam blik terus g tgk my Car...sian dia xda sape jage dia. berabuk mcm keta tinggal je, keta kat used car lagi berkilat dari keta aku tu. tetiba xleh stat lak, bateri kong abis, aku betul2 sedih tgk dia. malam tu aku dok pkir pasal keta, kenagan kat baling n kat insan tersayang. mcm biasa la malam tu, aku trus call dia, sejuk ati bila dgr suara dia...hehehe mengada2 lak.
'u la kawan baik i'
'u la tempat i ngadu '
'u la bf i'
'u la teman shopping i'
'u la segalanya bagi i'
ni la antara yang kluar darimulut dia,tersenyum lebar aku dgr dia ckp mcm tu walaupun pelik apsal dia ni jiwang2 lak tetiba...hehe terpromote lak, sori ye, TQ my dear

Hari ni pagi2 lagi aku dh g kedai bateri keta, terus beli yg baru je. aku igt nk anta car wash dulu kasi kilat2 skit, tp xsempat, kena g ofis dulu.

skg kat ofis, sonyap sunyi je, biasala ayat standart bila masuk je ofis ramai tegur 'eeee baru balik, lame xjmp, mcm na induksi' hehehe jgn marah ye, tq2 pd suma tp dlm masa yg sama arahan suh wat keja terdengar pelan2. memang la xdirect tp aku terasa mcm tu****mayb perasaan aku je kot.

hmmmm

Friday, March 26, 2010

Sesuatu yg berlaku dan pernah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi

Xda apa nk cita pagi2 ni, actually post ni dh diwat semalam tp disebabkan keletihan yang teramat sangat mengharungi detik-detik 'bahagia' hidup di KL, post ni tertakjadi di post **merepeknya ayat. tension,marah,penat,lapo,riso dan kesian semua ada semalam, ni la antara sebab musabab kenapa aku semakin membesar***ada kena mengena ke???? lantak la at least ada alasan bila org tanya nape aku semakin membesar. hahaha

*****gambar KL suatu ketika dulu waktu tghari bukan semalam
(sekadar hiasan je kot)



secara jujurnya aku memang menyukai hujan, bagi aku hujan ni mcm 'antidot kepada racun' yela mana xnya, kalo hujan turun, bukan udara je jd bersih, panas pun kurang. pokok n tumbuhan hijau pun dapat idup aman damai sekaligus manusia semua pun dapat udara yg best, tp biasa la ada juga sebaliknya............hmmm sebut pasal semalam memang pening pale di buatnya bukan sebab hujan tp keadaan sekeliling aku tu. tension,marah,penat,lapo,riso dan kesian, 6 perkataan yg dpat gambarkan keadaan sekeliling aku tu.

1. Tension &
bukan sebab hujan lebat (dh byk kali mention, hehe) tp sebab gelagat org bawak keta. masa aku balik keja tu, hujan dh reda skit, so ramai la yg berpusu2 n berebut2 nk balik, sekali la ngan aku. biasa la bila hujan n keta banyak, so sifat pemanduan aku tu terautomatik jd sopan and baik hati gile. tp suma tu jd mcm sia2 lak bila ada lak org bawak keta mcm jalan dia punya sorng(mcm dia sorang byr roadtax). tension diwatnya***2 lorong tp bawak mcm satu lorong, signal xreti nk guna, dh potong kemain lak dia brek depan kita, so kita lak yg kena brek tggu dia, parking sesuka ati sampai jalan jd kecik n sesak tambah pulak ada yg xreti2 nk bagi laluan, pkir sendri je lepas padahal jalan depan yg di nak g tu sesak, tu blum lagi sebab2 teknikal yg xdpt nk dielakkan tu, merahkuninghijau roask, banjir, pokok tumbang fuhh...tension ooooo, alamak terngumpat lak

2. marah &

so bila dh ada yg bawak keta mcm **tuuttt n sebab2 teknikal 2, so jalan akan jadi sesak gila, mula la perasaan aku yg sopan n baik td dihasut. mula nak marah2. bila dh marah, paham2 je la, aksi cilok2 n hon2 pun bermula.....hehe kalo x, xsmp tempat yg nk dituju. mcm2 jalan aku try masuk. nasib baik xda pape berlaku, bila pikir balik wat pa la aku wat mcm tu, kan sabar tu separuh dari iman.

3. penat &
bila dh lama sgt bawak keta, mestila penat gila rasanya. nasib keta auto so xla sepenat bwk keta manual.

4. riso &
riso bukan apa, minyak keta dh naik merah time tu tp sangkut kat jem lak. aku bukan apa aku ni jenis yg cepat cuak. so aku xnak la jd salah satu punca jem...hehehe kesian kat org lain

5. lapo &

hahahah bab ni yang xboleh tahan ni, semalam aku time balik tu, rasa lapo gila, xtau ngape mayb masa lunch makan xbaca bismillah, hehehe so sebelum balik tu aku siggh makan nasi goreng ikan masin n carrot juice ngan insan tersayang dulu, baru lega rasanya. kurang la skit rs marah. hehehehe

6. kesian
bukan apa time aku balik tu, aku nampak byk keta yg sangkut kat banjir, rosak n xcden. dlam ati memang nk tolong tp xterdaya dengan jalan jemnya, juz dpt doakan diorang cepat2 dpt jalan penyelesaian je.

wah panjang la plak, heheh xpa terpaksa stop, daaaa

Wednesday, March 24, 2010

SenGaje.......


Sengaje....everything about me, my world and segale yg aku nk tulih dalam ni. hmmm mana nk start, me?....xbanyak yg special tentang aku, loves sport, internet,games, and pets mayb, leghand of government....not so good in english but try to make it better, so dont laugh at mee if my writting doesnt gud enough, kekekeke

myDreams...to have my own house,full version of gamer pc, dslr camera, HTC phone, to modified my Waja and to get married ...but till now nothing happen, hehehe
Finally i start doing myBlog mayb to make my life more intresting++ hopefully,i already plan++ some time ago to do it but dont have idea,keberanian and kerajinan,.........till now.

Pic of 2 elephants....like very much this pic, even myPc also used this pic. its actually like me and my brother always together, xkira what happen. And sometimes we had a fight and fun. hehehe what a bad imagination.

lastly summary 10 @ dim :

1. love games and internet as i always mentioned
2. eat...eat...eat sampai bdn sihat mcm skg....kekeke
3. independent & crazy
4. sport
5. suka nasi lemak 70sen(dulu 60sen) kg. baru
6. jalan2 wif my fren...around M'sia, blum berkesempatan to luar negara
7. love very much mywaja
8. crazy about movie....anything
9. KL & Ipoh
10. dim is a short phase of my full name

sumber: carian google

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com