Geng-Geng

Friday, July 29, 2011

Berwajah baru

Sibuk betul dengan aktiviti harian sehinggakan petang baru dapat update blog. Alasan semata-mata. Dari mula berblog sehingga hari ini, masih lagi suka memberi alasan sebegitu. Nak buat macam na, kekeringan idea plus malas. Itu merupakan penyakit paling kronik sebab sehingga sekarang memang tak ada pape ubat boleh ubat kecuali diri sendiri. Apa kerja pun kalau malas memang tak akan menjadi termasuk berblog ni. kan??

Semalam aku dah amek langkah-langkah awal untuk kembalikan mood aku untuk berblog. Korang mesti perasan kan?? Tengok header dan kaler background aku dah bertukar. Walaupun bukanlah se cantik mana tapi aku berusaha juga demi menaikkan semangat aku kembali untuk berblog. 

So nak tanya pendapat korang sikit, macam na dengan perubahan aku ni?? Aku buat simple simple je, tak reti nk buat canggih-canggih. Ini pun dah kemain payah nak buat.

Thursday, July 28, 2011

Khamis sudah..

Pejam celik pejam celik, dah hari khamis. Rasanya kejap je dah sampai hari khamis, rasa malas yang hari isnin temph hari pun tak hilang lagi. Dasyat masa sekarang ni, sekejap sahaja walaupun kekadang tu atas kertas kita tengok sangat lama. Aku tertarik dengan kata-kata dari bos aku, katanya kita semakin dekat dengan kematian dan semakin jauh dengan kehidupan di dunia. Hebat kata-katanya membuat kami yang dengar terdiam dan berfikir.
Hari ini aku datang kerja dengan mood yang boleh tahan. Hopefully tak akan ada pape yang boleh mengganggu emosi aku pagi-pagi buta ni. Maaf jika entri aku sebelum-sebelum ini sangat beremosi, bukan apa buat masa sekarang ni, bloglah tempat paling best aku berkongsi cerita. Mungkin buat masa ni, aku lebih mempercayai blog dari yang yang bernyawa. Keke biarlah aku simpan je cerita tu.

Malam ni merupakan penentuan kepada pasukan bola sepa kita, harap mereka-mereka itu akan berusaha bermati matian dan membawa khabar berita paling gembira pada seluruh rakyat Malaysia. Tiket stadium sudah penuh sepenuhnya. Ramai yang datang lewat tidak dapat membeli tiket perlawanan itu. Tak mengapa, banyak lagi saluran yang boleh kita tonton perlawanan itu.

Hari ini apa aku nak makan untuk breakfast ye?? Macam aku kata dalam entri aku sebelum-sebelum ni, makan merupakan terapi paling berkesan untuk aku. Sebesar mana masalah or tekanan boleh aku lupakan dengan makan. Time makan aku merupakan masa yang aku tak akan berfikir pape pun, sekaligus boleh mengurangan stress. Ok aku nak turun pergi makan ni, jom kawan-kawan.


Wednesday, July 27, 2011

Tinggalkan sekejap

sumber:carian google
Hari ini aku akan meninggalkan Kuala Lumpur buat seketika demi menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada aku. Memang berat hati aku nak meninggalkan tempat kelahiran aku ni tapi aku terpaksa. Lagi-lagi pusingan kedua perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia dan Singapore akan berlangsung esok malam. Rugi betul kalau tak dapat nak tengok aksi pemain-pemain negara kita. Segala persiapan telah aku buat untuk berangkat tapi last minit ada lak masalah yang bagi aku sepatutnya telah di selesaikan. Aku sekarang terpaksa pulak berhenti untuk update blog memandangkan terpaksa selesaikan masalah ini. Oklah aku gerak dulu ye, doakan aku dapat selesaikan masalah ini dan aku selamat pergi dan balik dengan selamat.

Tuesday, July 26, 2011

"Dia" membuat aku terasa

Alhamdullillah aku masih mampu untuk mengupdate blog walaupun keadaan aku sekarang berada dalam keadaan yang amat sibuk. Memang sejak akhir-akhir ini aku semakin kurang untuk mengadap blog, kalau berblogwalking pun, cuma 2 3 blog sahaja. Itupun blog dengan entri yang menarik minat aku. Jangan risau sebab aku akan berusaha untuk merajinkan diri aku ini kembali. Doakan aku ye kawan-kawan semua, tanpa korang siapalah aku.
 
sumber: carian google
Bercerita mengenai tajuk, sekarang ini aku kembali terasa dengan perasaan yang sudah lama aku tak rasa. Amboi kemain pelik lagikan ayat, harap sape yang baca faham apa yang aku cuba maksudkan. Boleh dikatakan dulu masa muda-muda je aku dapat rasa perasaan yang macam ni. Siang malam aku terfikir. Bak kata orang,mandi tak basah, tido tak lena. tapi makan aku selalunya kenyang. Rugilah kalau makan tak kenyang. Baik tak payah makan. Setiap detik dan saat aku memikirkannya. Memang berdebar jantung dibuatnya. Setiap renungan aku tenung memang membawa seribu makna dan pertanyaan.Aku menjadi tidak keruan, semakin runsing menguruskan jadual. Maaf jika aku menduakan sesiapa. Tidak ada niat sebenarnya tapi di sebabkan aku tidak dapat mengawal hati dan perasaan, ianya terjadi jua. maafkan aku sekali lagi.
 
sumber: carian google
Eh korang mesti ada terfikir bukan bukan ni?? adehh korang ni aku cuma nak meluahkan perasaan aku saje. Sebenarnya meh aku ceritakan perkara sebenarnya. Aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengan semngat aku sendiri. Semangat aku untuk terus menyokong pasukan bola sepak kita untuk kempen kelayakan Piala Dunia ni. Walaupun kita tewas dengan jumlah bolos yang agak tinggi, semangat aku akan terus menyokong pasukan itu. Biasalah sebagai manusia ada juga aku marah, tapi itu untuk kebaikan. Haha poyo je. Memang sejak akhir-akhir ni pasukan kita menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. Tak apa yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia, jangan putus untuk menyokong pasukan kita. Jom kita serbu stadium nasional kita, kasi pecah dengan ngauuman harimau.

ps: maaf entri agak mengarut, special aku buat untuk Pasukan Harimau Malaya...Ngaaauuummm!!!

Monday, July 25, 2011

Isnin lagi

Selamat pagi pada semua, lama rasanya tidak bergiat aktif dalam ni. Bukan nak bagi alasan tapi itu hakikat. Kesibukan yang amat dasyat menyelubungi jadual aku, keke ayat macam apa je. Sebelum memulakan entri, aku nak bagi sikit semangat pada pasukan bolas sepak kita yang akan bermain dalam pusingan ke-2 2nd leg menentang Singapore di Bukit Jalil Khamis ni. Aku rasa korang boleh dan kalau boleh kasi tunjuk sikit taring kita yang di simpan tempoh hari. Jangan putus semangat sebab Malaysia is always Boleh!!!

Kembali pada tajuk, setiap hari isnin mesti rasa malas gila untuk buat pape, yang bestnya teruskan tidur tanpa buat apa-apa. Di pejabat aku ni, aku tengok keadaan amat lengang. Mungkin lambat atau masih lagi ada yang bercuti. Almaklumlah puasa dah dekat, macam-macam persiapan sudah di buat. Macam keluarga aku, tahun ini kami sudah pun buat persiapan awal. Tak mahu nanti jadi kelam kabut.

Tadi waktu bersarapan pagi, aku tengok semua datang dengan muka ketat termasuk aku. Mungkin sebab paksa untuk datang awal bekerja. Macam aku, pagi ini langsung tak dengar bunyi alarm, memang ke laut terus. Bangun pun dengan kelam kabut bagai. Hasilnya aku datang kerja dengan keadaan pening pale dan mata agak berat pagi pagi ini. Tapi aku cuba melawan sebab selalunya hari isnin ni memang kerja akan datang dengan sendirinya. Itu belum kerja-kerja yang tak boleh nak di settlekan minggu lepas. Oklah itu sahaja entri untuk pagi ini, ngantuklah. Nak sambung buat kerja untuk elak mengantuk.

Saturday, July 23, 2011

Kalah pulak!

Dasyat betul game hari ini, penuh emosi. Kalau aku saje yang marah tak apa, mungkin aku ada wayar putus tp kebanyakannya pun marah. Adik aku yang punya semangat siap pakai jersi ni, terus belah g baca buku bila team kita kena empat gol. Dah lah tunggu dari petang tadi nak tunggu sepak mula.

Secara jujur, 1st half memang langsung maim macam haram. Aku tak faham kenapa ada player yang macam tak besungguh bila main. Geram betul.

Tapi 2nd half, memang superb. Aku puji dengan semangat team kita bila cuba kejar balik score tu. Aku memang menjerit dengan penuh semangat kat sini.

Jom kawan kawan kita penuhkan stadium khamis ni. Kasi pecah semangat. Biar lawan gerun sikit.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 20, 2011

Berguraukah anda!!

"Bila bergurau dengan orang memang tak salah, tapi jangan pulak bila kita di guraukan, tarik muka seribu"

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?? maaflah tajuk mungkin lari jauh di sebabkan kepala otak ni tengah berkursus tapi curi curi untuk update blog. Aku bukan apa, bila idea or cerita terngiang ngiang dalam kepala otak ni, kalau tak di lakarkan dalam blog, benda tu akan hilang. Rugi je, so sekarang ni sambil berkursus aku cuba juga untuk update. harap cikgu jangan marah aku ye, kejap je ni.

Aku tak mahulah tuduh sesiapa, aku amek contoh diri aku sudah. Sesiapa yang mengenali aku dengan sebetul-betul mesti tahu aku ni jenis macam na. Tak apa, meh aku cuba jelaskan sedikit. Aku ni jenis yang suka bergurau, tak kisah macam na pun. Then bila ramai-ramai, aku kekadang suka juga membahan, tapi tidaklah sampai menjatuhkan maruah, atau sebagainya. Aku bergurau ada juga limitnya, biasalah aku pun manusia biasa, kekadang mungkin ada yang berkecil hati atau sebagainya. Itu perkara kedua, yang aku nak highlightkan dalam entri kali ini ialah bila kita bergurau dengan orang, diri kita pun kena juga boleh di guraukan.

Ok tak payah aku cakap banyak-banyak, rasanya semua pun faham. Selamat berfikir ye....
ps: dulu rasanya aku pernah cakap mengenai perkara ni, tapi entri ini atas permintaan seorang teman. Kalau dia baca, jawapan untuk persoalan dia, sangat tak best kalau ada yang macam tu...

Hari terakhir

Salam pagi dari aku...

Terima kasih pada semua yang masih setia mengikuti dan membaca blog aku ni walaupun sejak akhir-akhir ni aku kurang memberi perhatian kepada blog aku ni. Bukan sengaja tetapi dek kerana tanggungjawab dan komitmen aku kepada kerja yang telah di amanahkan kepada aku.

Kembali pada tajuk, entri sebelum ni aku ada nyatakan yang aku ada menghadiri satu kursus iaiut kursus photoshop. Alhamdulilah hari ini merupakan hari terakhir untuk aku di sini. Setelah dua hari berada di sini aku sedar yang ilmu sebenar tiada penghujungnya. Esok aku akan kembali kepada asal, menuruti segala perintah dan arahan yang dikeluarkan oleh bos. Kepada bos, harap bersabar ye, esok saya akan kembali masuk ofis, saya tahu yang bos banyak je arahan yang hendak di keluarkan. keke Jangan marah bos, saya main-main je, saya sebenarnya suka je menerima arahan. <-----ayat bodek.

Pagi ni hari aku di mulakan dengan bangun lambat. Pandai sangat bila loceng berbunyi, aku stopkan dan kunun nak baring kejap. Aleh aleh terjaga jam 7.30 pagi. Memang kelam kabut di buatnya pagi ini. nasib incik polis menjalankan tugas dengan jayanya mengawal lalulintas yang sememangnya akan jem teramat di waktu pagi ini. Tahniah buat mereka, walaupun aku still selalu marahkan polis bila jalan jem, ada kes dan sebagainya.

Sebut mengenai polis ni, semalam ada aku menyaksikan pergaduhan kecil di kawasan rumah aku ketika aku pulang dari kereta. Waktu tu waktu malam. Aku pun dapat lihat sekali imbas sahaja. Pak cik kedai di kawasan rumah aku tu menangkap seorang pemuda di hadapan kedai beliau tetapi pemuda itu melawan. Kesian pak cik tu, dah lah sudah lanjut usianya, tapi pemuda itu melawan bagaikan tiada langsung belas kasihan. Apa yang dapat aku gambarkan dari permerhatian aku, mungkin pemuda itu ada membuat kesalahan sama ada di dalam kedai atau di luar kedai beliau. Kalau tidak, tak akan pak cik kedai itu hendak menangkap pemuda itu sebegitu sekali. Motif cerita di atas, hormatlah orang yang lebih tua dari kita walaupun orang tu bersalah atau sebaliknya. Yang lebih berumur pula, jangan pula terlebih ego. Kita perlu saling hormat menghormati baru aman hidup ini.

Tuesday, July 19, 2011

Kursus Photoshop

Bermula semalam sebenarnya aku dah mengikuti kursus anjuran pejabat aku ni. Boleh tahan juga kursus ini. Walaupun sebelum ini aku pernah menggunakan photoshop tapi banyak lagi sebenarnya basic yang aku belum tahu lagi. Sebelum ini banyak tools yang aku gunakan hanya untuk satu benda sahaja rupanya banyak yang boleh aku buat lagi sebenarnya. Bak kata cikgu dalam kelas ni "cara yang awak gunakan tu memang cepat dan mudah, tapi apa yang kita belajar sekarang, hanya untuk dapatkan skill". Tersentak sekejap, terasa baru je dalam penggunaan photoshop ini. Langsung tak ada skill.

Hari ini mungkin akan masuk bab yang lebih tricky atau kompleks. Semalam kelas ini cuma merangkumi bab-bab asas mengeditan gambar dan sebagainya. Tak sabar juga sebenarnya untuk meneruskan kursus hari ini dan hari hari berikutnya. Kira beruntung juga sebab pejabat aku ni ada menganjurkan kursus sebegini, bukan apa aku boleh menambah ilmu dalam bab-bab photoshop ni. Yela selama ni aku cuma menggunakan yang basic je tapi mana tahu selepas aku habis kelas ni, aku boleh buat lebih dari sebelum ini. InsyaAllah. Silap-silap boleh aku turunkan sedikit ilmu pada rakan-rakan, tak pun boleh jadi sumber extra pendapatan. Tak salah aku berangan mana tahu jadi kenyataan. Yang penting kita kena teruskan berusaha, tak guna juga rasanya kalau berangan tapi tak ada usaha yang di lakukkan.

Sebelum mengakhirkan entri ini, aku nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang menasihat dan terus terus memberikan semangat pada aku di entri entri lepas. Tanpa kalian semua siapalah aku yang kerdil ni. alamak ayat dah macam artis pulak dah.Maaf ye..

Monday, July 18, 2011

Kembalikan mood berblogging aku

Selamat malam pada semua yang masih sudi membaca blog aku ni. Sejak kebelakangan ini mood untuk terus berblogging hilang entah kemana. Bukak tu ada tapi bila time mengupdate, terus jadi malas. Kalau update pun, pendek dan agak ke laut. Ada seorang teman aku bertanya mengenai blog aku, kenapa update sebegitu. Maaflah kurang moodlah, dan thank sebab masih sudi singgah di blog aku.Teguran tu membuatkan aku kembali bersemangat untuk teruskan usaha aku selama ni.

Aku cuba amalkan kembali apa yang aku telah amalkan selama ni. Bila mood sudah ke laut dan entah ke mana, aku akan rajin rajin untuk berblogwalking. Dari situ semua masalah berkenaan blog ni akan terselesai sendiri. Mood pun akan kembali datang dengan sendirinya. So kepada yang ada masalah macam aku, jom kita sama sama berblogwalking, mana tahu dapat idea yang bernas.

Saturday, July 16, 2011

Published with Blogger-droid v1.7.2

Keputusan Malaysia vs Liverpool

Final score Malaysia 3 - Liverpool 6

Better game dari yang sebelum ini. Aku puji kesungguhan pemain kita. Terbukti pemain kita juga ada kebolehan cuma kena asah saje. Teruskan usaha dan mengaum.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011

Peristiwa hari jumaat - maafkan aku

Hari jumaat aku bermula dengan sangat baik. Walaupun aku bangun lewat untuk ke tempat kerja tapi semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah sebab aku berjaya mengharungi segala rintangan walaupun bukanlah sesempurna mana. Sejak akhir-akhir ni banyak benda yang menggangu emosi aku, rasanya agak lama juga aku tidak beremosi begitu. Sampaikan ke FB pun aku ber emosi. Di kesempatan ini, nak ucapkan sekali lagi maaf kepada semua yang mengenali aku dan juga yang membaca blog aku. Mungkin ada waktu dan ketika sebelum ini aku terkasar bahasa atau mungkin tidak mengendahkan sesiapa, maafkanlah aku. Mungkin penulisan aku di blog mungkin membuatkan ada yang terasa atau sebagainya tapi percayalah apa yang aku buat hanya sekadar berkongsi, bukan untuk menjatuhkan sesiapa. 

Kembali pada tajuk walaupun akan lari sikit. Biasalah tu bagi aku. Malas untuk update. Aku highlightkan je benda yang penting dan yang nak aku ceritakan dalam entri aku hari ini. Selamat membaca....

1. Tadi masa kat masjid, aku terjumpa dengan seorang kawan blogger. Rasanya memang tak asing lagi. Beliau ni seorang yang ramah, seronok berkawan dengan beliau. Aku mula-mula memang agak pelik sebabnya tempat di kerja di Bangi. Selepas bersembang 2 3 kerat, barulah tau. Cakap banyak pun tak gunam,  Jom terjah Blog beliau di SINI.

2.  Aku nak ucap selamat hari lahir pada member aku sorang ni. Aku kenal ngan dia di pejabat. Baik orangnya dan dia juga orang Ipoh. Dekat pulak tu dengan kampung aku. Nama dia Mirza Syafiq, Selamat Hari Lahir....Moga murah rezki dan dipanjangkan umur...<---harap2 dia baca... apa kena mengena ngan cerita hari jumaat aku?? meh aku ceritakan sebab tadi dia belanja kitorang semua makan ais krim..best woo...keke

Thursday, July 14, 2011

Tak faham dengan sifat orang ni..

Salam dan selamat petang pada semua...

Rasanya dah banyak kali aku cerita dan berkongsi mengenai perkara ini, maaflah jika ada yang terasa ke pape. Bukan tujuan menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk melepaskan segala macam yang terbuku dalam fikiran. Sesiapa yang betul betul mengenali diri aku, aku rasa mereka memang tak ada masalah dengan aku. Biasalah aku pun manusia biasa, walaupun nampak dari luaran aku ni jenis yang happy go lucky, namun jauh di sudut hati aku masih ada kekurangannya. Mungkin disebabkan dugaan yang pernah aku alamai sejak kecil membuatkan diri aku kuat dan mereke mereka yang berada di sekeliling aku akan merasa yang aku ni sangatlah happy memanjang .Sekali lagi aku cuba tegaskan entri kali ini bukan untuk menuduh sesiapa atau sebagainya, bukan jugak kerana hati terguris atau sebagainya tetapi sekadar berkongsi. Macam yang aku pernah cakap dulu, aku berblog untuk mengisi masa dan kekosongan yang masih ada dalam hati aku ni. Tak ada tempat untuk aku luahkan maka disinilah semuanya akan berkubur. Bukan tak ada kawan, ramai sebenarnya cuma mungkin aku lebih selesa berblog.

Kembali pada tajuk asal, perangai manusia memang pelbagai. Biasalah tu barulah berseri hidup dalam dunia ciptaanNYA. Bayangkan kalau semuapun berperangai sama dan tak ada pape masalah, seronok ke macam tu. Mesti bosan je. Kita tengok balik semuanya, kita patut bersyukur kerana apa, kerana semua yang berlaku. Sebab semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak kira baik atau buruk. Yang penting kita redha je dan selalu berdoa kepadaNYA untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. 
sumber : carian google....gambar sekadar hiasan. Sebenarnya nak cerita jap lagi aku nak main ping pong, keke

Petik dari kursus yang aku hadiri semalam, sebelum pape kita kena betulkan fikiran kita. Kalau boleh cuba betulkan ke arah yang positif, kita ulang-ulang supaya minda kita ingat. Kita sahaja yang boleh ubah diri kita, orang lain memang tak boleh. Yang orang lain boleh tolong, ialah tolong bahan kita...keke silap tolong bagi semangat je, berubah tu atas pilihan dan usaha sendiri.

ps: maaf tajuk agak lari sikit...

Keputusan Malaysia Vs Arsenal

Alhamdulillah semalam sudah selesai perlawanan persahabatan diantara pasukan bola sepak negara kita dengan salah satu kelab gergasi England. Walaupun kesudahannya agak kurang memuaskan tetapi aku percaya pengalaman yang team kita dapat bukan calang-calang. 

Rewind kebelakang...
Semalam pada pendapat aku, team kita bermain dengan sambil lewa. Aku tak pasti apa punca dan sebabnya. Walaupun aku tidak berada di stadium pada ketika itu, tapi apa yang aku nampak ialah kilauan baju ataupun warna merah. Dasyat betul penangan tema epl ni, bila agaknya pasukan kita akan berada di tempat yang mereka ada sekarang ini. Bayangkan jika stadium di penuhi dengan warna kuning, aku rasa semangat akan jadi lagi berkobar-kobar. Secara overall, aku sebagai peminat tegar pasukan bola sepak kita, sangat tidak berpuas hati dengan permainan yang di tunjukkan. Gol-gol yang di hasilkan memang  menggambarkan siapa mereka. Tak sangka sebenarnya gol begitu yang di hasilkan. Mungkin kerana itu perlawanan persahabatan, kita tak mahu sangat menunjukkan taring. 

Kembali pada keadaan sekarang...
Walaupun tidak berpuas hati dengan game semalam, semangat aku untuk terus menyokong team kita masih lagi berkobar-kobar. Biar apa pun cemuhan dan kata-kata, aku sangat berharap kita akan terus ke depan. Manalah tau, team kita akan bermain di pentas akhir piala dunia. Masa tu aku sanggup simpan duit setahun untuk ke stadium. Good luck untuk team kita untuk game persahabatan yang seterusnya dan untuk game kelayakan piala dunia, jom sama-sama memeriahkan stadium nasional sekali lagi (2nd leg).

Keputusan semalam ...MALAYSIA 0 - ARSENAL 4

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday : Indah


Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Tuesday, July 12, 2011

Hilangkan diri

Hari ini aku akan menghilangkan diri sehari suntuk. Bukan sebab aku malas untuk berblogging tapi aku terpaksa menghadiri satu kursus di pejabat aku ni. Almaklumlah penjawat awam kena penuhkan kuota 7 hari bekursus setahun. Aku baru je bulan ini setat berkursus. Memang kelam kabutlah jawabnya. Tak lama lagi dah bulan puasa, mungkin akan jadi malas untuk berkursus. Sape suruh malas pergi awal-awal tahun dulu.

Minggu depan pun aku akan pergi berkursus, tapi kursus yang minggu depan tu aku sangat berminat. Aku mintak kursus Photoshope for web. Nampak tak, dengar pun macam best je kan. Dah lama aku nak apply kursus ni, baru sekarang aku dapat pergi. Walaupun bukan ada kena mengena dengan kerja aku kat sini tapi di sebabkan minat, aku mintak je. Bak kata orang, tak rugi belajar benda baru. Lagipun boleh aku aplikasikan dekat blog aku ni. Kalau ikutkan blog aku ni, apa pun tak ada. Boring je, aku tengok pun boring. Sebab tu sekarang ni aku cuba untuk belajar dan terus belajar supaya aku boleh terus maju. Oklah aku nak masuk bilik kursus dulu ye, jumpa lagi...

Monday, July 11, 2011

Broga Hill hiking..

Hari ahad yang lalu, aku dan geng geng dari jkr pergi mendaki bukit Broga. Memang mencabar bagi kami. Walaupun laluan boleh di katakan agak mudah tapi untuk kami yang jarang dan tak pernah mendaki mana-mana bukit, terasa sangat penat dan meletihkan sehinggakan ada di antara kami terpaksa menyerah kalah. Biasalah dah tua-tua ni jarang bersenam, asyik bekerja je, nama je kerja bahagagian kejuruteraan, tapi banyak je menghabiskan masa di pejabat.

Kami berkumpul di tempat yang dijanjikan jam 4.30 pagi. Aku ingatkan akan ada yang lewat tapi semua orang pun bersemangat waja. Boleh dikatakan semua orang pun sampai tepat pada waktunya. Lebih kurang jam 5 pagi kami bertolak ke Semenyih, singgah di Petronas untuk solat Subuh then baru teruskan perjalanan. Sampai je di kaki bukit, meriah betul aku tengok. Dah ramai yang sudah mula mendaki, suasana ketika itu masih gelap gelita, lampu suluh menjadi peneman. Pada awal mendaki, laluan mendaki agak landai tapi cukup untuk menguji kami yang jarang bersenam ni. Kaki aku menjadi sangat tegang, tapi aku gagahkan juga, begitu juga geng geng yang lain. Tak apa, cerita selanjutnya biar gambar je ceritakan.



Ps: gambar di tangkap sendiri dan menggunakan kamera sendiri sebab tu telah di tag.

Saturday, July 9, 2011

Bersih!!!...keputusan

Dasyat betul penangannya sehinggakan sakit belakang aku kembali menghatui aku. Sebelum itu, mengenai bersih ni, aku bukan bermaksud pape, tengok entri aku sebelum ni. Ramai yang anggap aku berkisahkan politik atau sebagai, tapi aku tak kisah, lagipun aku bukan suka sangat politik2 ni. Maksud aku dengan bersih ni, aku memang akan bersihkan bilik aku setiap hujung minggu.

Hari ni kawasan rumah aku pun senyap je. Sempatlah aku mengemas bilik apa semua. Tinggal tunggu mesin siap basuh baju aku je. Lepas tu aku boleh berehat sepuas hati coz esok aku nak p panjat bukit broga. Bukan suka suka tapi kerana tugas. Haha kununlah, tak apa tunggulah update yang seterusnya.

Ps: lepas kemas bilik sendiri, baru boleh tegur bilik orang lain. Renung-renungkan..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 8, 2011

Bersih!!!! Dari pandang aku

Korang tau apa itu yang Bersih!!!!

Bersih dalam bahasa inggeris di sebut "clean"
Ok tak apa, aku terangkan sedikit apa maksud sebenar bersih ni.

Bersih kalau di ikutkan melalui pandangan aku, ialah sesuatu barang or apa apa sahaja yang tidak ada sebarang kekotoran. Contohnya jika baju putih maka haruslah ianya berwarna putih dan tidak ada sebarang kekotoran seperti daki, contengan atau sebagainya di situ. Sekarang korang dah faham kan. Jom ikuti kisah aku pulak.

Memangdangkan esok cuti, aku nak pastikan bilik,kereta dan semua baju aku dalam keadaan bersih. Macamna?? biasalah kereta aku hantar je kat car wash. Diorang basuh bersih sangat dan tau je kat mana harus di basuh(padahal aku yang malas nak basuh). Bilik dan baju aku terpaksa buat sendirilah. Sejak akhir-akhir ni, kan aku pulang lewat sebab stay back untuk main ping pong dengan kawan-kawan pejabat, makin banyak pakaian yang aku gunakan. Dekat sebakul jugak baju yang kena aku basuh esok. Bilik aku sapu dan kalau rajin nak vacuum sikit kot. Mop-mop sikit kasi wangi. baru semangat nak meluangkan masa di bilik. Tido pun sedap.

ps : ini bukan entri berunsur politik, sekadar bergurau.

Salam Jumaat

Alhamdullilah, hari ini sudah tiba hari jumaat dan aku masih lagi sihat seperti sediakala. Bersyukur kepadaNYA. Apa kata pagi-pagi ini, kita mulakan hari ini dengan bersyukur kepadaNYA, renung balik apa yang sudah kita lalui dan apa yang kita ada sekarang ni. Mungkin apa yang kita ada tidak semewah orang lain tapi perlu juga ingatkan yang sebenarnya, ramai lagi yang tidak bernasib baik, sekurang-kurangnya kita still sihat dan boleh update blog.

Itulah dia sedikit intro jumaat dari aku, pagi-pagi lagi aku dengar beberapa jalan utama di Kuala Lumpur akan di tutup bermulanya hari ini. Aik pelik juga sebenarnya apa yang aku dengar, dasyat betul penangannya. Naik takut pulak aku di buatnya. Aku rasa korang pun tau kan kenapa jalan di tutup, tak payah rasanya aku nak cakap or ulas dalam blog aku ni. Blog aku ni pun bukan pape or ke arah mana-mana. Aku cuba nak sampaikan sedikit rasa kecewa. Yela memandangkan hari sabtu dan ahad hari cuti dan masa tulah kita nak beridah, tak kira bersama keluarga atau kawan-kawan.Adeh pelik betullah. Biarlah, kita cerita pasal lainlah.

Tak lama lagi bulan puasa akan kembali. Tak sabar pulak aku sebenarnya, bukan apa, aku suka suasana ketika bangun sahur dan ketika waktu berbuka. Meriahnya dia susah nak di gambarkan. Tambah-tambah pulak kalau semua ahli keluarga atau kawan-kawan ada bersama. Meja berbuka tu akan jadi sangat meriah dengan juadah berbuka, yela dah semua pun beli sorang sedikit. Sebut pasal juadah berbuka ni, pernah sekali tu aku berbuka bersama keluarga, kami semua beli juadah yang sama. So malam tu banyaklah benda yang sama. Sejak dari hari tu, kami dah setkan, sape beli kuih, sape beli lauk dan sebagainya. Tak palah sebelum tibanya hari or bulan puasa tu, kita sama-sama top up diri kita yang mana kurang.

Thursday, July 7, 2011

Entri pagi-pagi

Tak ada pape aku nak cakap pagi-pagi ni, mungkin sebab perut aku berada tahap kelaparan yang maksimum, keke. Ok nak pergi makan jap, sebelum itu, satu je aku nak cakap...............


AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU SEMUA...!!!

Wednesday, July 6, 2011

Hati mana tidak terguris

Petang-petang macam ni aku kembali dengan mood yang agak tak normal. Aku sendiri tak tahu kenapa, mungkin ada cerita disebaliknya yang mungkin aku sendiri tak perasan. Tak tahulah kalau ada di antara kawan-kawan aku yang perasan, tolonglah bagitahu aku. Pape pun memang mood aku sekarang sangat tidak ok disebabkan satu perkara yang aku anggap sangat kecik. Tapi tak apa, sebab aku ni jenis cepat melupakan benda-benda yang tak penting tu. Macam aku cakap dalam entri lepas, biarlah apa orang nak buat kat aku, janji aku jangan buat sudah.

Kembali pada hati yang terguris, bagi akulah, sekeras mana pun hati tu, se gagah mana pun hati seseorang itu, pasti ada juga lembutnya dimana-mana. Kekadang tu, orang suka just dari luaran je, contohnya seorang lelaki berbadan sasa, korang jangan ingat hati dia tak boleh terguris. Hati yang telah dicipta Yang Maha Esa ni, sungguh rumit untuk difahami manusia, kalau tak, mana ada cabaran dan keseronokan dalam hidup.

Dari cerita di atas, boleh tak kalau boleh, kita amek berat pasal hati kita dan orang sekeliling. Jangan ingat orang tu selalu je gembira dan buat orang gembira, hati dia pun selalu gembira. Kita mana tau isi hati orang, kekadang tu, bila kita cakap sepatah pun, orang yang selama ni nampak sangat brutal, dia akan rasa sangat kecewa dan sebagainya.

ps; aku dapat idea ni dari cerita juvana. cerita melayu sekarang dah banyak yang memaparkan nasihat berguna.

Wordless Wednesday : Apakah



Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Hati tak tenteram

Sebenarnya dari semalam hati aku ni rasa tak tenteram je. Entahlah sebab apa, nak pergi breakfast pun rasa macam malas je. Rasa macam tak ada mood je. Tengok kerja yang telah sekian ada berlambak ni lagilah malas aku buat. Mungkin sebab aku dah bosan dengan keadaan aku sekarang ni. Tapi tak baik pulak aku nak cakap macam tu, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.

Pagi ini nasib ada benda yang membuatkan kekosongan jiwa dan ketidak ketenteraman jiwa aku ni kembali tenang. Rasanya semua pun dah tahu apa kebendanya. Macam yang pernah aku cakap masa mula-mula aku berblog dulu. Tak apa, mehh aku rewind balik tujuan asal aku berblog. Sebenarnya, aku berblog ni untuk mengisi kekosongan yang aku rasa masih ada sikit dalam hidup aku. Entahlah macam yang aku rasa sekarang ni, setakat ini belum ada sesiapa atau perkara yang boleh mengelakkan aku dari rasa macam tu. Sehinggalah aku ada blog, sekurang-kurangnya aku macam ada tempat untuk aku meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati atau ingin berkongsi cerita.

Setengah orang lebih suka beriadah bersama teman atau sebaliknya. Aku pun suka dan mungkin lebih seronok bila ada seorang atau lebih kawan baik. Segala apa pun boleh dikongsikan bersama. Tapi sejak akhir-akhir ni aku jadi sangat tertekan dan tak sedap hati. Bukan apa apa pun sebenarnya cuma aku terkilan sikit je, ingat kawan baik boleh berkongsi apa sahaja, tapi dia jadi sebaliknya. Mungkin itu cuma andaian dan teremosi aku sahaja. Maaflah jika ada yang terasa. Cuma aku ni jenis tak suka bila dia/ kawan baik or biasa, tikam kita dari belakang. Tak kiralah dengan cara halus or kasar, tikam tetap tikam. Aku ni jenis biarlah orang buat kat kita, asal kita jangan pulak buat pada orang. Teruskan je hidup macam biasa, cuma aku dah ingatkan diri aku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Tuesday, July 5, 2011

Segmen :BLOGundi

Aku baru bukak Fb pagi ni tengok ada panggilan untuk meng join segmen. Lepas di amati, agak menarik juga. Segmen ini mengkehendaki kita mengkempenkan diri kita. Memandangkan aku sudah lewat, aku nak mintak jasa baik korang semua, tolong undi aku.

Caranya ,klik SINI , cari nama Dim Benihana untuk mengundi. Ajak kawan-kawan korang sekali. Memang ak tak dapat nak balas tapi jasa korang akan ku kenang. Cewaahh ayat mengalahkan YB, keke.

thanks pada penganjur juga kerana memilih blog aku yang tak seberapa ni.

Ps : tarikh tutup undian pada 5/7/11 jam 8 malam.

Aku tak akan berblogging lagi

Selamat pagi kepada semua pembaca. Harap hari ini akan lebih baik dari semalam. Perkara lepas jangan di kenang, mulakan hari baru anda dengan penuh semangat. Apa kata kita mulakan hari ini dengan mememaafkan semua orang sama ada dia pernah bersalah pada kita atau sebaliknya. Beri peluang pada mereka untuk berubah dan sentiasa berdoa untuk kebaikan dan jangan sesekali doakan seseorang itu untuk keburukan. Wah pagi-pagi lagi sudah begini.

Aku tak akan berblogging lagi. Itulah sebenarnya akan berlaku. Bukan sebab apa, tapi mengada-ngada. Tak adalah gila ke aku nak berhenti berblogging. Berblogging ni dah macam jadi satu rutin untuk aku setiap hari, satu hari tak bukak blog rasa lain macam je. Menggigil satu badan, silap silap boleh kena tahan wad. haha Merepek di pagi hari.

Hari ini aku akan menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh cawangan aku. Kursus laman web, harap aku akan dapat kaut segala macam ilmu dari cikgu-cikgu itu nanti. Boleh jugak aku applykan dalam kehidupan seharian. Mungkin agak payah untuk aku update blog tapi biasalah, mana boleh tahan. Aku akan cuba jugak update walaupun pendek ke, merepek ke.

ps: tadi pagi, celik mata je dah minum air jagung sejuk..sedap wo, pernah try??

Monday, July 4, 2011

Google nama aku

Tadi waktu lunch hour, aku punyalah boring dan bosan. Sehinggakan aku tak tahu nak buat apa. Aku tengok semua benda pun aku rasa boring sehinggakan aku dapat satu idea gila. Aku google kat images nama aku. Nak tahu gambar apa yang keluar, jom tengok kat bawah ni.

Gambar kucing tengah korek gigi. Keke Comel tak? mungkin google rasa aku comel macam gambar kucing dalam tu kot. Tapi betul juga kata google ye. Sebenarnya sebelum ni aku pun tak perasan sehinggakan google gitau.
Yang ni lagi aku pelik, tak sangka rupanya badan aku ada iras-iras mamat ni. Eh bukan aku kata, tapi incik google la. Tak percaya?? korang tanya pada sesiapa yang pernah jumpa aku, mesti diorang meng iyakan. Kalau tak pun, mungkin tak perasan, lepas ni mesti ramai yang perati body aku. Ish malulah nak join gathering lagi pas ni.

Ps : entri di atas adalah perasan semata dan ianya hanya untuk tujuan berjenaka

Tak suka jadi pilihan kedua

Adalah tak lama dulu, aku ada tengok satu realiti program luar negara ni. Ianya berkisarkan sang lelaki mencari jodoh or teman. Kiranya sang lelaki meminta bantuan dengan cara menggunakan orang tengah (agen). Memang ramai yang datang untuk di interview oleh agen dan beberapa orang gadis telah di senarai pendekkan. Then tiba masa untuk memperkenalkan gadis tersebut kepada sang lelaki ni. Di akhir rancangan, lelaki tersebut terpaksa memilih 2 orang gadis dan lelaki tersebut berpeluang duduk berdua dan saling mengenali. Selepas selesai masa berkenalan, lelaki harus memilih seorang untuk keluar dating. Tapi gadis yang di pilih  tidak memilih lelaki itu malah memilih lelaki lain. Then lelaki tersebut terpaksa memilih gadis yang seorang lagi. Korang tahu apa jawapannya?? Mestilah perempuan tu tak mahu sebab menjadi pilihan no. 2.
sumber:carian google
Sebelum aku teruskan, korang faham tak cerita aku kat atas tu?? kalau tak faham pun korang buat-buat faham sudah sebab aku malas nak tulis baliklah. Sebenarnya aku nak cerita pasal menjadi pilihan kedua. Aku rasa semua pun memang tak suka menjadi pilihan kedua. Kekadang tu, bukan sengaja kita nak meletakkan seseorang tu pilihan kedua, tapi dah terpaksa. Cuma aku harap korang tak lah buat nampak sangat. Sebab bila menjadi pilihan kedua dan kita tahu mengenainya, tak best rasanya.

Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa. Korang rasa macam na??

Blogwalking tak perlu?

Salam pagi dari aku, sebelum memulakan bicara, kita imbas balik kejadian yang yang berlaku semalam dimana pasukan bola sepak kita telah berjaya Mara ke pusingan seterusnya dalam Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia. Tahniah buat pemain-pemain negara kita walaupun semalam kita terkalah, tak tahu sebab apa, samaada memang pemain kita hilang fokus atau mutu pengadilan yang kurang efesyen. Tapi tak apa, yang penting kita menang.

Blogwalking tak perlu?? itu apa yang aku rasa masa mula-mula aku berblog. Mungkin disebabkan kurang pengalaman atau sebagainya. Masa tu bagi aku, aku cuma akan terjah blog yang aku kenal je, yang tak kenal, ianya akan datang sendiri. Setelah aku amati, aku kembali semula kepada tujuan asal aku berblog. Mungkin lebih senang aku katakan, blog sebenarnya untuk orang baca. Tp tak akan kita nak harapkan orang baca blog kita je? ingat blog kita ni best sangat ke ? Mestilah kita kena juga terjah ke blog orang. Sebenarnya banyak kelebihan kalau kita rajin berblogwalking.

Jom aku kongsikan antara kelebihannya bw ni :
1. akan dapat mempelejari selok belok ilmu penulisan
2. akan dapat berkenalan dengan blogger lain
3. banyak tutorial untuk memantapkan blog
4. isu semasa senang untuk di ikuti, tak percaya?try bw, kekadang tu lebih cepat dari media sediaada
5. muingkin juga, akan dapat income tepi...keke

Banyak lagi sebenarnya, kalau nak aku senaraikan mungkin tak cukup. Apa kata korang try blogwalking sebanyak-banyak yang boleh. InsyaAllah akan berlaku kelainan pada blog korang.

Sunday, July 3, 2011

Tak sabar

Petang petang ni rasa lesu je. Baru bangunlah katakan. Haha tak sabar lak sebenarnya nak tggu game kelayakan piala dunia pusingan pertama leg yg ke 2 diantara pasukan negara kita, Malaysia dengan china taipei. Pada yang belum tau, pada leg yg pertama tempoh hari, Malaysia sudah mengdahului 2 gol berbalas 1. Jaringan telah dijaringkan oleh kapten negara kita, Syafiq Rahim dan Aidil Adha . Game tempoh hari agak best cuma perlu perbaiki cara permainan pada separuh masa kedua. Fokus kena lebih.

Harap permainan akan jadi sangat best hari ini. Mungkin boleh tambah 2 3 biji gol lagi. Buktikan pada semua, team bola sepak kita boleh.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Penangan transformer

Pagi pagi lagi kawasan di panggung wayang brem mall ni menjadi meriah. Dasyat betul penangan transformer, sehinggakan hampir kesemua jam ada siaran or tayangan filem ni. Aku ke sini bukan mahu menonton transformer pun tapi terpaksa ber esak esak skali. Pop corn pun pihak pengurusan terpaksa buat tambahan. Banyak gelagat manusia dapat aku tengok. Seronok dah macam kat taman jema. Oops ok, panggung aku dah boleh masuk, aku masuk dulu..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Cara lepaskan tekanan

Selamat pagi semua, pagi pagi ni aku bangun je dari tido terus bukak update blog. Teruk gilakan perangai. Bukan apa, dah berhari hari aku tak update blog gara gara ketandusan idea. Pagi ni tetiba ada, teruslah mengupdate.

Berkenaan dengan tajuk entri, sebenarnya aku bukan nak bagi tips melepaskan tekanan tapi saje nk kongsikan dengan korang macam mana selama ni aku nak lepaskan tekanan. Biasalah sebagai manusia, kita tak lari dengan masalah tambah tambah pula yang hidup di bandar bandar besar. Dan ianya membuatkan kita tertekan. Setiap orang ada cara masing masing untuk lepaskan tekanan. Cara aku senang je, rasanya semua orang pun boleh buat. Aku kalau runsing dan ada masalah aku akan makan. Senangkan cara aku, tak kiralah makan apa pun, kita masak ke? Beli ke? Asal makan.

Bagi aku dengan makan, aku tak perlu berfikir apa pun. Aku hanya akan beri tumpuan sepenuhnya pada makanan aku sekaligus akan melepaskan segala tekanan yang terbuku dalam kepala. Selalunya, bila perut dah kenyang, senang nak tdo, tapi perlu gak ingat, jangan terus tido, kang tak pasal pasal perut jadi ke depan macam aku. Tapi tulah, keburukannya, kalau tak pandai nak balance or jage, berat badan akan naik dengan cepatnya. Pernah dengar tak orang cakap, badan naik sebab hati senang? Tak ada maknanya bagi aku, aku terbalik dari situ. Makan merupakan sahabat aku yang paling baik. Haha.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Friday, July 1, 2011

Soalan biasa mengenai berblog

Salam petang dari aku, balik-balik dari masjid terus mengadap blog. Peluh berjalan kaki pun belum kering lagi. Disebabkan semangat berblog, aku teruskan jua. haha Ayat tak boleh blahkan. Hari ni kira ok juga cuaca, tidak terlalu panas dan tak pulak hujan.

Soalan biasa mengenai berblog, aku dulu masa mula-mula berblog pun akan terfikir benda yang sama tapi bila tengok balik tujuan asal aku berblog, aku teruskan dan teruskan. Apa yang orang cakap, semua aku amik cuma aku bezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. Jom tengok 5 soalan-soalan yang orang akan tertanya-tanya sebelum memulakan blog :

1- Macam mana nak buat blog ?
2- Nak tulis n cerita apa dalam blog ?
3- Buat blog ni free ke tidak ?
4- Macamna nak orang baca blog kita ?
5- Macamna nak hias blog ?

Ni pulak tanggapan salah bila berblog :

1- Aku kena update sehari sekali je
2- Aku tak retilah bab2 IT
3- Malulah, yang lain semua dah terror
4- Tak ada sape nak baca blog aku nanti
5- Aku tak mau orang baca...

Itulah serba sedikit tapi ini cuma dari pendapat aku, kalau ada salah or silap, mohon di perbetulkan ye. Aku cuma insan biasa, dan entri aku juga biasa. Bagi aku, semua orang pun bermula dari 0, cuma yang membezakan setiap yang berblog ialah usaha yang mereka sendiri buat. Mana ada orang sejak azali terus pandai nak buat header, banner or main coding2 kat blog ni. Macam aku, aku belajar dari pembacaan aku, lagi banyak menjelajah, lagi banyak ilmu kita boleh dapat.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com