Alhamdullilah, hari ini sudah tiba hari jumaat dan aku masih lagi sihat seperti sediakala. Bersyukur kepadaNYA. Apa kata pagi-pagi ini, kita mulakan hari ini dengan bersyukur kepadaNYA, renung balik apa yang sudah kita lalui dan apa yang kita ada sekarang ni. Mungkin apa yang kita ada tidak semewah orang lain tapi perlu juga ingatkan yang sebenarnya, ramai lagi yang tidak bernasib baik, sekurang-kurangnya kita still sihat dan boleh update blog.
Itulah dia sedikit intro jumaat dari aku, pagi-pagi lagi aku dengar beberapa jalan utama di Kuala Lumpur akan di tutup bermulanya hari ini. Aik pelik juga sebenarnya apa yang aku dengar, dasyat betul penangannya. Naik takut pulak aku di buatnya. Aku rasa korang pun tau kan kenapa jalan di tutup, tak payah rasanya aku nak cakap or ulas dalam blog aku ni. Blog aku ni pun bukan pape or ke arah mana-mana. Aku cuba nak sampaikan sedikit rasa kecewa. Yela memandangkan hari sabtu dan ahad hari cuti dan masa tulah kita nak beridah, tak kira bersama keluarga atau kawan-kawan.Adeh pelik betullah. Biarlah, kita cerita pasal lainlah.
Tak lama lagi bulan puasa akan kembali. Tak sabar pulak aku sebenarnya, bukan apa, aku suka suasana ketika bangun sahur dan ketika waktu berbuka. Meriahnya dia susah nak di gambarkan. Tambah-tambah pulak kalau semua ahli keluarga atau kawan-kawan ada bersama. Meja berbuka tu akan jadi sangat meriah dengan juadah berbuka, yela dah semua pun beli sorang sedikit. Sebut pasal juadah berbuka ni, pernah sekali tu aku berbuka bersama keluarga, kami semua beli juadah yang sama. So malam tu banyaklah benda yang sama. Sejak dari hari tu, kami dah setkan, sape beli kuih, sape beli lauk dan sebagainya. Tak palah sebelum tibanya hari or bulan puasa tu, kita sama-sama top up diri kita yang mana kurang.
1 comment:
btl2..dh jadi mnyusahkn org dh BERSIH nie...xde la bersih sngt pon
Post a Comment