Geng-Geng

Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Bengang dengan Otai

Adehh terpaksa buat satu entri untuk menghilangkan kemarahan yang membuak-buak ni. Tapi bukan tujuan untuk merendahkan atau mengaibkan sesiapa, tetapi untuk berkongsi pendapat. Kejadian berlaku petang-petang ni pulak lagi la senang terbakar, semua dah kering.

Ceritannya bermula begini....adalah satu otai ni menegur aku buat satu tugasan yang diberikan oleh bos kami. Aku macam biasa buat mengikut arahan dan susunan yang diberikan kepada aku. Tapi bila otai ni tengok, dia kata aku buat salah, dengan bangga dia cakap dia dh buat benda tu berpuluh-puluh tahun lamanya. Siap cakap pada semua yang ada kat situ, kunun hebat. Tak apa dengan dasar hormat, bukan sebab aku ni jenis buat je apa orang kat n suruh, aku ubah balik kerja aku mengikut apa yang dia kata, mungkin ada kesilapan pada kerja yang bos mintak aku buat. Bila siap semua, aku bagilah pada bos aku, dia ckp nape ubah benda tu, naik malu aku. Untuk mempertahankan diri, aku cakaplah pada bos aku, ni aku ubah atas teguran si otai tadi, katanya sejak azali memang macam tu pun buatnya. Kemudian bos aku pun bagi penerangan kenapa dia mintak aku buat macam tu, aku faham dengan jelasnya. Nasib bos aku ni jenis memahami, katanya kalo dah buat xpala, nant sy tengok balik. Aku dengan bangganya g la ckp pada si otai ni dengan niat untuk membetulkannya. Tapi dia dok sibuk xmo ngaku salah dan kata ni la dia budak sekarang ni, xnk dengar ckp orang lama. Eh haloo sape yang buat silap ni, dia siap ckp aku yang buat salah dan tipu, padahal apa yang dia ckp tadi betul. Bengang betul aku, kenapalah dia xmo terima apa aku ckp padahal apa yang aku ckp betul. Tapi dari apa yang dia ckp, nmpak sgt kunun2 dia dh otai, dia always betul, adehh tulung la ye.

Kejadian kedua yang mula2 aku malas nk kecoh2, tapi jadi macam ni, aku ceritakan jela alang-alang. Si otai yang sorang ni salahkan aku sebab ilangkan fail projek yang aku pinjam 2 3 hari lepas. Padahal aku pinjam untuk tengok maklumat dalam tu n aku gunakan fail di tempat dia, habis je guna aku letakkan di tempat dia. 2 3 hari dia dok ulang soh aku cari. Last skali dia teringat sendiri yang dia sebenarnya yang simpan fail tu. Kan dah malu sendiri. fuhh lega sikit la. 

Maaflah jika entri aku kali ni macam nak malukan orang or pape. Aku just nak kurangkan geram aku je. Boleh??? sekarang ni aku macam dah ok sikit, lega-lega, kesimpulannya, xsemestinya pendapat otai-otai or orang lama-lama2 sentiasa betul, dan bukan jugak sentiasa salah, tapi apa salahnya sekali sekala menerima cadangan dari orang baru, kalo xbetul or salah, boleh dibawak berbincang. Yang baru pulak, jangan pulak membawa sebarang pembaharuan or idea pelik2 sebelum berbincang dengan orang lama. Pengalaman dari orang lama tu sangat penting, sapa la kita kalo bukan sebab adanya orang lama.

Thursday, December 2, 2010

2 yg aku bengang....!!

haha tajuk mcm bagus je kan..kalo korg perasan dari awal, aku asyik nk tulih perasan bengang n marah aku je. Aku mula2 pun xperasan, tapi bila baca n tengok2 balik, baru perasan. Nak buat macam mana, perasaan marah dan bengang je yg aku rasa macam seronok and banyak idea nak tulih. Xpa2, next time aku akan cuba meng improvekan lagi kreativity and ke ideaan dalam penulisan blog ni. Eh jauh lak menyimpang, kembali balik kepada tajuk. Benda yg membengangkan aku ni terjadi semalam. Kalo ikutkan xda la besar mana pun, tapi dah cukup buat hati aku panas.

Perkara pertama
Yang ni, aku perasan time petang semalam bila aku balik kerja. Ia nya terjadi ke atas satu-satu nya harta yang aku ada iaitu kereta kesayangan aku. Cewaah ayat skema. Sebut psal skema ni, time aku form 5, aku slalu guna ayat ni, "skema kan asas kejayaan". haha perasan masa tu kunun2 skema. Yela masa kt asrama dulu, aku asyik study je, haha skali lg perasan. eh lari lg tajuk, psal kereta aku tu, kena langgar kt bumper belakang. Mayb kena masa aku parking kt atas, kt blok ofis lama aku. Tension betul. kalo di ikutkan xda la teruk sgt, tp kalo dh kena skit, memang buruk la jadinya. Yang jadi lg panas, xtau lak sape yang langgar. Abis cacat keta aku dari blakang. Tapi xpa, benda nk jadi, dah xda rezki. So kepada sesape yang langgar or terlanggar or sengaja langgar, mintak la sangat hati beliau itu terbuka , moga-moga berubah dan tidak akan mengulanginya lagi.

Perkara kedua
Yang ni lak satu, semalam aku tengok live kt tv perlawan Malaysia Indonesia dalam Piala Aff. Malaysia kita kalah dengan teruk lagi, 5 berbalas 1. Aduh besar betul beza jaringan. Aku sendiri xpaham kenapa skuad bola sepak kita ni teruk sgt. Aku tengok dari Sukan Asia lg. Xmelawan langsung. Kalo tengokkan kt sukan asia tu, sakit ati rasanya. Macam xbermaya je, langsung xda fight. Gol lak berpunca dari kesilapan sendiri, kata dh main bola lama, dh di train, tapi still sama. Aku bukan nk kondem pape, aku tau yg diorg suma dh berusaha. Ramai yg kt luar sana dok kata macam- macam kt skuad bola sepak kita, tp aku still sokong, kalo boleh nk g stadium n xnak terlepas live telecast pun. Tapi apa dapat, sakit ati lg ada. Aku xkisah kalo kalah, tp biarla fight, ni tak, dh la ketinggalan, xkontrol ball lak, mcm na nak carik gol. Masa sukan sea ri2, memang semngat tgk, mcm tu baru la seronok tengok. Semalam bila dh gol ke-4 dh masuk hasil kesilapan mudah defend, terus aku tutup tv n wat benda lain. fuhh lega lak rasa pas dh luahkan kt sini, keke kunun la. Pape pun, semangat aku still ada, aku akan teruskan sokongan aku kepada pasukan bola sepak kita, sape lg nk sokong kalo bukan kita, anggap la pendapat peribadi aku kt atas ni sebagai satu kritikal membina, next macth dengan Thailand, buktikan sesuatu kepada penyokong. Kalo boleh biarla menang, tp kalo kalah, biarlah melawan. Satu lg, skuad bola kita ni, aku rasa kurang kt pemain tgh, kalo mantapkan kt pemain tengah, try untuk kontrol bola, mayb ada peluang kot. K chaiyoo Malaysia Boleh!!!


ps : tahniah kepada west ham dapat kalahkan Manchester United 4-0. and kepada Barcelona, syiok tgk game tu, real madrid memang xleh wat pape.

Wednesday, May 26, 2010

Bengangnya tengok dia mcm tu


Salam n selamat sejahtera semua......entry kali ni juz nk luahkan kemarahan yg berlaku ke atas aku sejam yang lalu. Malam ni aku macam biasa la, jejalan kt area Kota Damansara, memang mlm ni mood baik gila, g makan steak n pas 2 pusing-pusingla kat area tu. Pas penat aku pun menuju la pulang. Tetiba....!!!!

Kejadian sebenarnya berlaku kt tingkat 14 rumah flet area Kl la (*** nama dan alamat flet terpaksa tidak disebut demi menjaga keharmornian) kira-kira jam 11 malam kot. Masa tu aku tengah tunggu lif nk turun la, n then kejadian yang menyakitkan ati pun berlaku. Nk sound kang dia kata apa lak kan, lgpun aku bukannya dok c2 pun. Di pendekkan cerita, mula-mula aku tengok rumah family tu mcm meriah je, pintu dibiarkan terbuka n nampak mereka sekeluarga beridah n lepak2 sambil tengok tv kt ruang tamu. Bukan aku mengintai tp secara kebetulan aku lalu kt depan rumah dia n memang stail rumah tu dr pintu memang direct leh nampak se isi rumah. Sampai je kt lif, biasa la tgkt 14, kena la tunggu lama tuk naik lif. Aku nampak la salah seorg penghuni rumah tu bukak pintu pagar dia, aku igtkan nk ajak aku minum2 ke, kekeke terperasan lak, melalut la. k sambung balik, aku nmpak la dia tengah menyapu sampah. Dalam fikiran aku kata la, rajin diorang ni, malam2 pun kemas rumah lg.Tetiba dengan selambanya, sampah yg dekat dalam penyodok tu, dia buang mcm tu je kt bawah, . Terkejut gak aku. aku tengok kt bawah rumah dia tu, biasa la rumah flet, ada org sidai baju la apa kan. Pas 2 lak, Kat ground floor tu bukan xda orang, siap ada kedai lg kt bawah tu, dh la buang mcm tu je, mesti la habok dia berterbangan. isk isk teruk betul perangai dia. aku time tu memang bengang n aku pandang je dia. Yang peliknya, dia dengan selamba je, terus masuk rumah, kunci pintu n wat xtau je.....apa la perasaan org yg sidai baju kt tingkat bawah tu, n mcm na lak org yg tengah lepak2 minum kt bawah tu.

Xlama pas tu, Lif aku pun sampai, aku pun dengan perasaan marah n xleh wat pape, turun je la. Aku pun balik je la sebab dh xleh nk wat pape.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com