Geng-Geng

Monday, February 28, 2011

Pelik dengan diorang ini

Salam,

Entri kali ini xnak cakp banyak-banyak. Just rasa pelik dan ingin tahu je. Rasanya korang pun perasan sejak akhir-akhir ni aku macam malas yang amat untuk berBW dan buat entri baru. Mungkin masa menghadkan aku, Tak tau la kan. Sejak akhir-akhir aku terpaksa mengfokuskan diri aku kepada exam yang akan menentukan hala tuju masa depan aku, mintak maaf kalau ada blog yang aku tak sempat nk singgah.

Sebenarnya aku  rasa sangat pelik n kagum macam nalah  blogger yang ramai follower berblogwalking?? Mesti diorang ada beribu-ribu blog yang diorang nak baca?? Macam aku sekarang ini, tiap pagi or setiap kali aku online, aku mesti blogwalking dulu. Kekadang samapai nak wat entri pun jadik tak sempat. Kalau aku ke luar n xsempat nak online, mesti ribu2 aku nak kena kejar. Boleh bagi tips sikit??

Setelah difikir-fikir, kunci kepada semua ni, hanyalah satu perkataan. RAJIN. Betul tak?? 

ps: akan kupaksa untuk menjadi rajin, setan hentikan untuk menghasut aku

Thursday, February 24, 2011

Keadaan KL sekarang


Tu dia keadaan sekarang kat Kl. Dalam gambar keadaan nampak macam hujan lebat yang biasakan, tapi keadaan sebenarnya hujan sangatlah lebat dan keadaan jadi sangat gelap. Siap guruh dan kilat bergantian. Boleh dikatakan semua yang kt dalam ofis aku ni masih lagi duduk diam di tempat masing2. Kalu hari biasa, memang suma dah siap-siap nak balik.

Teringat lak aku masa kecik-kecik dulu, masa tu aku dok ngan atuk di kampung. Bila hujan lebat dan kilat-kilat macam ni, ada je orang akan cakap "kilat ni, tutup semua tv dan lampu". Motifnya, ialah takut kalau-kalau tetiba kena sambar or pape. Memang kalau dulu kecik-kecik cukup takut keadaan ni, semua dok dalam gelap je. Tapi sekarang ni, kalo hujan lebat bukan reti nak tutup tv ke apa, diorang siap boleh lawan bola dalam ps2. ish perubahan zaman.

Tadi aku ada la kunun2 nk buat lawak kat ofis ni, bila skali ada kilat yang kuat aku ckplahj " dh-dah suma, tutup komputer suma, kang takut sambar". Nk tau apa reaksi diorang suma? tak ada pape, suma wat dek je. Malu kejap lah aku tadi. Last-last aku layan forum kat syoknyerblogging. Boleh layan sembang2 n lawak2.

Jatuh cinta sebab simple

Jatuh cinta sebab simple.....

Blog yang simple
aku sangat suka singgah sebab dia simple tetapi dalamnya padat. Tak berapa gemar untuk singgah di blog yang merewang-rewang, namun jika entri dia sangat mengguris, aku snggup je tunggu.

Awek yang simple
suka sebab xdalah rimas tengok. Kalo bab-bab make up, suka yang natural n kalo dia suka make up, boleh terima tapi biar simple or nampak simple.

Makanan
tak kisah kalo simple asalkan kenyang. tapi tak suka kalo makanan simple tapi mahal. Adehh

Kerja
yang ni aku suka wat simple tapi biar betul. Kekadang ada jugak bos yang xsuka kerja yang simple2,  katanya buat kerja sambil lewa. bagi aku kerja biar simple asalkan tercapai hasil dan tujuannya.

Gambar
mesti sesimple yang boleh tetapi penuh dengan kreativiti. Sebab tu aku suka efek white room(betul ke)

Gaya
yang ni memang stail aku, haha perasan. Tak kiralah bergaya dengan benda mahal or murah, janji simple. Aku xkisah pakai baju pasar malam pun, asalkan simple tetapi bergaya.

Banyak jugak yang aku suka sebab simple. kalau nak tulih kt sini semua, sampai malam karang pun xabis2.

Gathering di bangku Kosong

Jom join. Menarik dan sangat simple. Kenapa aku kata menarik sebab segmen macam ni boleh merapatkan hubungan sesama blogger, selain membantu memajukan blogger semua. Simple lak sebab segmen dia sangatlah senang nak join, simple. Sesape nak join, klik SINI

Wednesday, February 23, 2011

always cakap boleh! n thinks boleh

Petang-petang ni aku memang mati idea langsung, aku just jalan-jalan je kat blog orang. Rasa kagum dengan orang lain sebab boleh update blog tak kira waktu dan tempat. Memang aku sudah cuba untuk menjadi seperti diorang tapi mungkin aku tak boleh atau bukan rezeki aku lagi. Aku meneruskan kerja-kerja seharian aku macam biasa sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman. Sembang punya sembang, last skali tercerita pasal Handphone. Si beliau ni pakai phone yang memang menjadi idaman aku.Bukan takat tu je, beliau ada banyak benda yang aku suka, Dslr dan macam-macam lagi. Kalau nak diikutkan gaji kami lebih kurang sama, tapi xtau la kot kot beliau ada buat kerja luar. Aku pun pelik dengan beliau ni sehinggakan aku cakap pada dia, "aku mampu beli yang ni je, yang mahal2 macam ko aku xmampu" tapi tengah sedap aku mengeluh, dia potong cakap aku "mampu" .Terkejut gak aku, asal dia ni, dah kena sawan mampu ke? Asal setiap aku mengeluh mcam tu, dia cakap "mampu".Kejadian berlalu dengan begitu saje.
 sumber:carian google
Ketika aku berjalan pulang, aku memikirkan kenapa beliau berkata begitu?? Akhirnya aku faham apa yang dimaksudkan. Sentiasa berfikiran positif dan always kata boleh dan sbgnya. Faham tak? Macam nilah, walau apa pun keadaan kita, jika diberi dugaan or keinginan, pastikan kita always think that we can go thrue that thing and always set your minds 'u can do it'. Wah cakap orang putih pulak. Setiap benda yang kita buat or lalui, mest yang pertama kita setkan minda kita. Kalau boleh biar semuanya baik-baik, then barulah hasilnya akan jadi baik.

Di sebalik cerita aku n kawan aku tu, semua orang mampu untuk dapat apa yang dihajati dan diidami, asalkan kita berusaha. Sebelum kita nak berusaha, kena setkan minda yang kita boleh buat n berusaha. Selepas itu, terpulang cara apa sekalipun kita guna asalkan boleh dapat apa yang dhajati, tetapi jangan sampai melnggar peraturan dan sbgnya. Tak lupa juga, jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepadaNYA.

Entri Terima Kasih

Salam semua kawan-kawan. Hari ini entri penghargaan ini kembali. Terima kasih kepada yang sudi tinggalkan komen. Di bawah ni ada aku letakkan link terus ke blog diorang, jom terjah diorang.

1.http://astinadly.blogspot.com/ - Astina
2.http://princessredbloodsnow.blogspot.com/ - zie
3.http://salsalbilah.blogspot.com/-bunga
4.http://www.bromondayslife.blogspot.com/ - Bro_monday
5.http://coratcorethujungjari.blogspot.com/ - anna.izzty

ps: kepada yang aku terlepas, maaf ye...

Pengalaman Call centre

Petang-petang yang suram macam ni, tetiba aku teringat kisah lama dan masa muda-muda dulu. Dulu aku pernah menjadi salah sorang agen call centre. Kalau nak ikutkan dalam surat lantikan, jawatan aku customer services executive, wow dasyatkan. Banyak pengalaman yang aku dapat dari sini. Yang paling aku suka is keberanian untuk berbahasa inggeris. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku tak akan jawab telefon dalam bahasa inggeris sebab takut. Masa mengajar segalanya sehinggalah aku berada pada tahap yang agak memuaskan.
sumber:carian google

Rasanya semua pun pernah ada pengalaman untuk call servis ni kan, tak kiralah TM, streamyx, maxis, McD atau sebagainya. Apa reaksi korang?? rata-rata yang aku dengar, agen ni xtahu apa2, suka menipu, lembap dan sebangainya. Yang memuji tu adalah, tapi rasanya jarang kita dengar, betulkan aku kalau ada tersilap cakap. Aku faham kedudukan sebagai pengguna. Agen yang bekerja disitu hanya diberi tugas untuk menjawab telefon dan cuba membantu mana patut, namun keputusan bukan ditangan mereka. Apa salahnya jika kita hanya menyuarakan masalah dengan sabar dan sopan?? Perlu ingat setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bila dimarahi dan sebagainya, korang ingat boleh dapat penyelesaian cepat ke? xda maknanya. Tapi yang terjejas, agen yang angkat call tu, gaji dan elaun mungkin akan dipotong.

Aku sendiri pernah handle angry customer, mencarut bagai, kutuk sana sini, kalau ikutkan perasaan nak je putuskan talian, tp bila pikir tanggungjawab, aku bersabar, akhirnya masalah dia selesai dan puncanya datang dari diri dia sendiri. Akhirnya malu xbertempat dan terus blah macam tu je. Terukkan? Tapi aku teruskan macam biasa demi sesuap nasi. Ada suatu ketika aku digelar agen angry customer, sebabnya aku suka jawab call dari customer yang marah2. ada sikit tipu tp mksudnya benar.

Bukan pengalaman buruk je yang aku dapat, banyak je pengalaman manis. Yang paling aku suka, kenal dengan semua kawan-kawan seangkatan. Kami bermula dengan gaji dan pangkat yang sama, even ada kelayakan tahap tertinggi. Yang membezakan kami cuma kesabaran, masa dan kesungguhan. Macam-macam gelagat boleh jumpa. Even kami bekerja dalam jangka waktu yang pelik, tetap boleh pergi bercuti bersama-sama.
Akhir kata dari aku, cuba hargai mereka2 ini, mereka bekerja mengikut protokol yang ditetapkan. Setiap call dan masalah yang diadu, tak ada satu pun yang akan tertinggal, semua diketengahkan. Cuma masa je yang menentukan. Sabar itukan separuh dari iman.Perlu diingat bukan kita je yang ada masalah, ramai lagi sebenarnya.

Tuesday, February 22, 2011

Yang lama biarlah

Disebabkan beberapa minggu ni aku asyik terdengar dan terjumpa dengan orang yang tak dapat nak melupakan benda-benda yang lepas. Dasyat sebenarnya masalah ni, so terpaksa masa aku g bayar insuran+roadtax keta tadi, aku memikirkan hujah-hujah yang akan aku buat. Aleh-aleh apa pun xdapat. Eh iklan jap, sebut pasal insuran tadi, aku dari awal tahun dah bajet mesti insuran ni kena dalam seribu lebih. Memang menyimpan dan mengjimat dari awal tahun, tadi bila uncle tu kira, tak dekat langsung dengan apa yang aku bajet. Dalam hati memag gembira habis, terus buat payment serta merta. Ingtkan bila gaji nant baru nak topup. Syukur2. Alamak termelalut pulak.

Kembali kepada isu yang aku maksudkan kat atas. Aku sebenarnya sangatlah pelik dengan orang-orang yang memang tak leh nak terima kenyataan. Yang seksa diri sendiri. Ok dan baiklah, aku kecilkan sikit skop, ada 2 orang kawan aku ni, sekarang sudah tidak bertegur sapa. Kalau sorang ada, sorang lagi mesti tak mo join. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah disebalik kejadian tu. Apa yang aku nak tekankan disini, kenapa perlu bermasam muka lama-lama. Yang jadi susah bukan korang berdua je, kawan-kawan keliling korang pun susah, kalau nak beriadah or lepak-lepak, kena pilih pulak nak ajak sape? kan pening tu, cubalah fikir2 balik.

Kenapa mesti kita bermasam muka lama-lama? apa kebaikannya. Tak adakan. So demi masa depan yang lebih cerah, apa salahnya kita lupakan buku lama dan mulakan buku baru. Bak kata dari seorang pakar motivasi, (igt2 lupa) untuk mulakan hidup aman, maafkan semua kesalahan orang sebelum masuk tido, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Setakat sikit-sikit tu, xpalah, buang je tepi, bagi peluang kedua kepada sesiapa yang bersalah.

ps: lega sebab dh setel byr insuran & roadtax tahun ni..

Terharu tengok

Entri kali ini kita terus direct ke tajuk. Ianya sebenarnya berkenaan hati jugak. 2 3 minggu lepas, adalah sorang kenalan baca blog ni, dia kata blog aku sekarang ni entri semua nak emo2. Aku tak perasan lak. Betul ke? alamak thanks untuk komen tu, aku akan pelbagaikan lagi, sabar ye. Sebenarnya semua tu datang masa aku tengah drive, dari dok marah-marah, baik aku fikirkan soal hati. wah ayat tak boleh blah.

Kembali kepada tajuk, semalam masa aku tengah lepak2, aku tengok berita. Semua kisah orang lulus STPM. Dasyatlah diorang tu. Seronok je jadi diorang tu. Boleh banggakan ibubapa. Ada seorang pakcik tu, bila di interview sampai menangis ceritakan mengenai anaknya. Macam-macam dugaan dah beliau alami. Aku yang hati keras ni pun terharu. Berair la kejap mata. Perasaan gembira dan bangga sampai menitiskan air mata tu memang sangat berharga, terutama yang menangis kegembiraan tu datang dari ibubapa. Jasa dan pengorbanan ibubapa memang tak da tolok bandingnya, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat balas jasanya. Ini antara salah satu cara kita nak balas jasa diorang, gembirakan diorang. Bila diorang gembira, InsyaAllah gembiralah hidup kita. Biar diorang rasa bangga sebab ada anak macam kita.

Sesungguh kunci kebahgiaan tu datangnya dari rumah. Biarlah seburuk, sekejam dan se apa lagi ibubapa kita, dia tetap ibu dan ayah kita. Sedikit nasihat kepada anak-anak muda sekarang yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh, lupakan segala keseronokan sementara, bercinta tu jauhkan, jangan buang masa, sesungguhnya kejayaan anda tu akan membahgiakan ibubapa anda, tak kira apa jenis kejayaan sekalipun. Kepada yang sudah di alam pekerjaan, hargai masa dan berbaktilah kepada ibubapa, sesungguhnya kejayaan anda semua berasal dari jasa dan ketekunan mereka.

ps: maaf jika terlebih emosi....jika tersalah mohon maaf

Monday, February 21, 2011

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!


Jom join bloglist atuk....nk join klik header tu ye..
AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!

Sunday, February 20, 2011

Jom join lucky Draw Ana.Izaaty


Kalau nak join, klik header tu .Jom tengok pa syarat-syaratnya....

korang kena buat entry dengan tajuk "Jom Join Lucky Draw Ana.Izzty"..dan berserta banner di atas itu ye..
Letak tajuk sudah, then header dah letak kt atas tu.
 
make sure korang adalah follower a n a . i z z t y @ Ana dulu ye sayang..terbuka juga kepada mereka yang nak join lucky draw nie dan sila lah jadi follower Ana ^,^
sudah dimake surekan untuk menjadi follower ana.izzty. Rasanya follower ke 160.

dan dalam entry tersebut, korang kena nyatakan kenapa nak join lucky draw nie dan komen sikit pasal blog Ana yang usang nie ye.
Kenapa nak join lucky draw ni..hmm sebab nak try bertuah ke tidak. Boleh tak jawapan tu. Macam nilah aku sebenarnya join kontes ni bukan sebab nak kejar hadiah or pape, tetapi sengaja memberi sokongan. Kalau dapat hadiah kira bonuslah pada aku. Komen blog? yang ni susah skit. Blog yang simple, itu yang buat aku suka. So senanglah aku nak bw nanti.

dah siap semua, sila tinggalkan link entry korang kat komen entry nie dan tag 3 orang rakan blogger anda.
Tag 3 orang ye...Bro_monday, syaEYRA, sape-sape yang baca blog aku ni

tarikh tutup = akan diberitahu 21 Feb 2011 dan 28 Feb Ana akan cabut undi..
Ok Ana, harap boleh menang...keke

Saya Seorang Blogger Yang Aktif!


Segmen baru dari Ben Ashaari bertajuk Saya Seorang Blogger Yang Aktif! Jom join, Klik sini.

Saturday, February 19, 2011

Ayam sedap dimana

salam morning semua, maaf jika lame xonline. ala kunun ada orang kisah. Pagi ini aku nak buat cerita pasal ayam. Semua pun tahu ayam ni sedap. Tapi sebelum tu nak cerita sikit, rasanya perkataan 'ayam' banyak maksudnya, bukan maksud dalam kamus, tapi yang orang sendiri namakan. Xyah la nak jelaskan detail2, paham-paham sendiri sudah.

Hari ni aku nak ceritakan ayam yang kita makan tu. Ramai pun suka dengan ayamkan. Tambah lak sekarang ini ayam sudah dipelbagaikan masakannya. Tengok la sekarang ni, pertumbuhan kedai-kedai makanan segera seperti mcD, kfc dan sebagainya membuatkan lagi ramai yang menggemari ayam.Tak lupa jugak yang menggemari ayam chowkit, kekeke
sumber:carian google

ALamak intro terpanjang lak, hari ini aku nk kongsikan bahagian ayam yang paling aku suka dan tak suka. Rasanya semua orang pun akan ada part-part yang korang suka kan? Kalau boleh nak makan part yang tu je kan. Kalau aku, aku suka betul dengan kepak ayam. Kalau g kedai makanan segera, memang aku akan mintak bahagian kepak. Bukan apa bahagian tu kalau makan yang goreng punya, dia garing. Pastu lak tak banyak isi, so xla borin g sangat bila makan. Boleh makan begitu sahaja xpayah nak tambah perisa tambahan. Kalau amek yang banyak isi, mula la muak. Tapi yang menyedihkan aku, sekarang part kepak tu memang dah jadi kecik gila, kalau nk makan ayam goreng mula la xpuas. Kalau pergi time lapar, memang xcukup la jawabnya, keke mula la nak pow ayam member. Kalau part yang paling aku xsuka ialah paha ayam. Bukan apa part ni banyak sangat urat. Aku pernah terkena dulu, masa makan BBQ, ayam ni xberapa masak, so nampak sangatlah urat-urat tu. Sejak dari hari tu memang aku dah xmakan dah part tu melainkan dah xda pilihan.


Friday, February 18, 2011

Mimpi kencing tilam

Selamat pagi semua, hari ini aku datang awal ke ofis so aku sempatla publishkan entry pagi. Idea ni aku terfikir semalam lagi, tapi xsempat nak buat. Rasanya dulu masa kecik-kecik mesti korang-korang semua pernahkan terkencing atas tilam, then mak mesti mengamuk gila coz dia yang kena cuci. 
sumber:carian google
Korang perasan tak, disebalik kita terkencing atas tilam mesti ada mimpikan. Bukan mimpi basah ye, keke. Macam aku la, aku selalu mimpi aku ke toilet, 2 yang selamba je buang air kecil. Sekali terjaga rupa-rupanya still atas tilam. Basah je rasanya. Time tu hati mulalah berdegup kencang, takut kena marah. Ada sekali tu, aku cuba keringkan sendiri, aku amek segala kain dan tuala, aku lapkan. Bila bangun-bangun je dah kering. Esok pagi tak adalah risau, tapi lame-lame kantoi jugak coz ada bau. keke

Untuk mengelakkan kejadian berulang, macam-macam iktiar aku amek. Ada sekalitu, sebelum tido aku akan ke toilet dulu, tapi hasilnya sama je. Fikir punya fikir, then aku decide malam xmo minum air sangat, tapi jadi jugak. Tetap kena marah. Bila makin membesar, trajedi kencing malam ni semakin berkurangan, tak tahu aku nape.

Thursday, February 17, 2011

Berskandal teruk dan kejam

Selamat tengahari semua, hari ini aku nak memperkatakan sesuatu bersama dan akan cuba untuk tidak merepek. Perkataan 'skandal' rasanya ramai pun tau kan. Terkenal jugak sebenarnya dikalangan kita kita. Mungkin boleh di definasikan sebagai main kayu tiga ataupun curang. Mungkin juga ramai yang fikir skandal merupakan perkara paling teruk dan kejam, betul tak?? Siapa yang selalunya berskandal, lelaki or perempuan??

Setelah dikaji dan di teliti, aku mendapati sebenarnya lelaki dan perempuan sebenarnya sama je, tak ada yang banyak dan kurang. Untuk lebih memahami tujuan sebenar berskandal, aku letakkan diri aku dalam pemikiran orang-orang yang berskandal. Jap jap explain sikit takut ada yang marah lak, letak dalam pemikiran bermaksud aku berfikir dari sudut diorang dan bukan aku g try berskandal.

Setelah difikir-fikir, kebanyakan tujuan ialah untuk mengisi kekosongan mungkin kerana pasangan jauh, sibuk dan kurang memberi perhatian. Selain itu, mungkin juga kerana wang ringgit, harta atau mungkin kerana nafsu. Ataupun mungkin mereka sedang mencari calon yang terbaik dalam yang terbaik. Yelakan sebelum kita mendirikan rumah tangga, kita ada hak untuk memilih selagi boleh. Wow kemain lagikan cakap. Tapi kalau sudah berkahwin, cuba elakkan untuk berskandal, banyak buruk dari baiknya.
sumber: carian google
Macam nilah, biar apa pun keadaan, tak perlulah rasanya untuk berlaku curang. Cuba kalau kita yang kena, mesti marahkan. Lagipun tak baik mempermainkan perasaan ni, nanti dipermainkan balik.

ps: pendapat peribadi....sesiapa nak tambah

"AREPNAKBEBEL first giveaway"

Sekali lagi telah di tag oleh bro_monday. Nak kena ni bro_monday ni. Nant kalau aku kesana nak cari beliau untuk belanja aku makan. Tapi tak salah nak join, memeriahkan suasana yang sememangnya dah meriah. Jom kita tengok banner GA ni...


Menurut kata incik penganjur, syarat2nya mudah iaitu...klik sini.

Untuk tidak memilih kasihm, aku tag je semua2 member aku yang membaca entri ni.

Pesanan dari calon SPM

Pesanan ni sebenarnya aku dapat dari seorang calon SPM. Agak lawak sebab apa yang dicakapkan langsung tidak masuk akal atau mungkin aku je yang sebenarnya tak tahu. Kejadian terjadi, wah dasyat, bila aku nampak beliau amat rilex dan bersahaja memandangkan tahun ini merupakan tahun peperiksaan penting, Sijil pelajaran Malaysia. Bagi aku ini merupakan peperiksaan yang menentukan hala tuju masa depan kita. Samaada kita akan ke universiti atau sebaliknya. Tapi bukan bermakna aku kata orang yang tidak masuk universiti tidak boleh berjaya. Ada juga yang berkululusan universiti tetapi berakhir di pusat serenti atau lokap.
sumber : carian google
Kembali kepada tajuk kita, bila aku tengok beliau terlalu rilex, aku pun bertanyakan kepada beliau "tak study ke? examkan dah dekat?".Tujuan sebenar aku tanya sebab aku ambil berat dan aku telah laluinya, aku tak mahulah nant beliau-beliau ini menyesal dikemudian hari. 

Nak tahu pa jawapannya, macam ni " tadi dah study dah, 2 jam,  satu hari boleh study cuma 2 jam je, kalo lebih dah xmasuk" bila dengar macam tu, aku jadi konfius. Betul ke apa yang beliau cakap?? Adakah aku yang tertinggal??

Sedih tapi sakit hati

Pagi-pagi lagi aku dah xda mood. Bukan apa ni sebab kejadian semalam yang memang aku tak duga sangat-sangat. Semalam malam, member aku ada ajak join main futsal, aku memang excited untuk join, pagi-pagi lagi dah ready. Kul 8 lebih macma tu aku dah siap-sap mandi. Terus bertolak ke tempat futsal. Selalunya kasut futsal memang dah tersedia dalam kereta, aku memang tak keluarkan.

Bila sampai awal, mula sembang-sembang tunggu member. Then bila sampai masa nak main, baru sedar kasut xda, aku pun dengan cepat-cepat balik rumah. Tengok xda jugak. Aik peliknya. Setelah difikir-fikir, ini mesti kerja pencuri ni, takkan pembunuh lak amek kasut tu.
sumber : google
Setakat ni, dah banyak kot kasut aku rezeki pencuri. Geram gila sebab aku punyalah susah kumpul duit untuk beli. Bengang plus sedih. Asallah ada orang yang suka jadi pencuri ni?? Memanglah syiok dapat kasut free, tapi mesti rasa xbest n xselesa. Kasut kita beli base on keselesaan dan kecantikkan. Tapi tak tau la plak, kot-kot dia jual or hadiahkan kat awek dia. Kalau ikutkan hati memang nak je maki hamun dia, doakan dia patah kaki ke apa...

Rilex-rilex, tak baik buat macam tu. Setiap kejadian ada hikmahnya, mungkin ada salah aku dimana-mana tu. Mana tau bila aku pakai kasut tu, aku berlagak ke apa. Bab doa, memang tak jadi kalau aku doakan keburukan, kena doakan si pencuri tu lembut hati untuk bertaubat, insyaAllah ok. So aku kena belajar terima keadaan ni.

ps : korang2 suma, meh klik nuffnang aku, boleh aku cash out beli kasut futsal baru...keke (lawak pandai)

Wednesday, February 16, 2011

Dim Benihana @ 1st GA Besday My Dear

Alamak kena tag pulak ngan Bro_Monday...ish ish. So untuk tidak menghampakan beliau, aku join jugak GA ni. GA ni anjuran dari blog Titian Kehidupan. Sebelum aku follow n join GA ni, aku dah terjah dulu blog dia. So far ok simple. Aku suka blog simple. Dengan sepantas kilat aku buat satu entry, bukan hadiah yang aku kejar, tapi sekadar memberi sokongan. Sape lagi nak sokong kalau bukan kita sebagai pembaca. Eh tak perasan pulak dah ceritakan kenapa aku join GA ni.

Aku join GA ni bukan mengejar hadiah, tapi memberi sokongan. Selain itu, boleh kenal-kenal. Tapi kalau hadiah dia kereta BMW, Banglo 3 tingkt ke, wajiblah aku join untuk hadiah tu. keke Aku kalau boleh memang nak join je semua GA yang orang anjurkan, tapi biasalah, kitakan manusia biasa...keke

Kalau nak tag ni yang aku tak berapa nak boleh pilih coz tengah selsema, apa kata aku tag je semua yang membaca entri ni, boleh??? Kang kata aku pilih kasih lak tag orang, so aku tag je semua yang membaca ni...haha lawak je.

ps: sori wat entry dalam keadaan selsema teruk

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

Segmen Abg Ben Ashaari. Kalao nak join klik je gambar header tu

Ini kata-kata dari tuan empunya segmen kalau nak join, mudah dan padat.

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. TAJUK :  SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau
Sebenarnya sejujurnya agak segan nak join sebab follower sikit je. Bila difikir balik, apa salahnya join, lgpun Abg ben buat segmen untuk sape lagi kan kan...keke

Terima Kasih Bro Eqbalzack

Entri ni sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih pada Abg Eqbalzack. Korang tak kenal ke? mustahilla. Ada la hari tu dia anjurkan GA yang bertajuk Sedut Abes, semalam dia umumkan keputusannya. Walaupun aku tak menang hadiah utama, tapi syukur sebab Abg Eq sudi tambah hadiah saguhati dan sekaligus aku pun dapat. First time dapat sebenarnya. Pagi ni aku baru dapat online, terus aku send segala maklumat pada dia. Tapikan Abg Eq, kalau sudi tambah hadiah utama pun ok, keke

Ni pic kat atas ni aku amek dari blog Abg Eq, nak tengok meh klik sini.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Alhamdullilah berjaya juga aku meng update blog ni, rasanya sudah lama aku tak update blog ni. Banyak faktor sebenarnya. Tapi macam biasalah internet yang menjadi masalah pada aku.Biarlah janji aku dapat masuk kejap blog aku ni.

Esok sambutan Maulidur Rasul, rasanya semua pun dh taukan. Jom sama-sama kita ke masjid memeriahkan lagi sambutan. Kepada semua aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.

Maaflah aku sangat tidak beridea disebabkan lame tak online. Hari ini pun aku sengaja memaksa diri untuk update memandangkan esok merupakan hari penting. Selain menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang membawa seribu rahmat, kita juga boleh mengambil iktibar dari pengorbanan Rasullulah S.A.W suatu ketika dulu. Alhamdullilah sekali lagi.

ps: maaf jika ada kesalahan.

Friday, February 11, 2011

Hantu zaman kecik dulu

Dulu masa zaman kecik-kecik dan muda-muda dulu, selalu je kita dengar mengenai kisah hantu. Aku dulu duduk kat kampung dengan atuk, memang banyak yang aku dengar. Sampaikan nak ke kedai pun jadi takut, kalau mengaji tu memang berlari la kalau balik.

Dulu masa kecik-kecik aku paling takut bila dengar waktu tu ada hantu tengah mengganas. Hantu ni lebih kurang macam vampire, suka hisap darah dan keluar waktu malam. Aku dengar dia tengah mengganas di suatu tempt yang jauh dari ipoh (masa tu aku tinggal di ipoh). Memang masa tu menjadi satu topic hangat kalau bersembang. Semua pun berharap untuk dia tak datang ke Ipoh. Macam-macam la aku dengar, dia ni menyerupai lelaki dan selalu ikut orang jalan kaki. Memang kalu tengok xperasan pun yang dia sebenarnya adalah hantu. Dia akan serang dengan tiba-tiba.
sumber : carian google
Then satu hari tu, aku dengar dia dah datang untuk mengganas di Ipoh tempat aku tinggal tu. Punyalah kecut perut untuk keluar malam. Setiap kali balik dari tusyen or mengaji, mesti jalan laju-laju sambil beberapa kali tengok belakang. Sepanjang perjalanan tu jantung ni berdegup kencang. Start pada hari itu, memang tak suka keluar waktu malam. Kalau waktu tido, selalu tengok keliling dulu, takut dia datang serang.

Hari-hari berlalu macam tu sehinggakan aku dengar, hantu tu dia dah mula keluar waktu siang. Kalau sorang-sorang memang tak berani, even nak g ke dapur pun jadi takut. Macam-macam difikirkan waktu tu. Teruk betulkan aku ni. Dulu masa duduk kg, bukan macam sekarang ni, dulu rumah jauh-jauh, kalau sebelah malam, memang sunyi dan gelap. 2 memang menjadi antara salah satu sebab aku jadi sikit penakut. Tapi itu cerita dulu-dulu, sekarang dah ok skit. 

Apa yang aku nka tekankan, pemikiran budak-budak sebenarnya senang dipengaruhi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Baik yang kita ceritakan pada dia, baiklah jadinya dan begitu juga sebaliknya.

Thursday, February 10, 2011

perasaan itu pelik

Wah kemain jiwang lagikan tajuk. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab bab cinta or perasaan ni. Namun aku usahakan juga tapi ini dari perspektif dan pandangan peribadi aku. kalau ada yang tersilap atau tertingal, korang tambah lah ye. Sebenarnya banyak keadaan yang melibatkan perasaan pelik ni, antaranya apa yang aku nak kongsikan dalam entri kali ini.
 sumber : carian dalam google

Kenapa aku tak suka orang yang suke aku dan kenapa orang yang aku suka adalah hak orang lain. Pernah dengar tak or alami perkara macam ni. Kalau ikutkan pening pale dibuatnya. Sejujurnya, memang ada la satu dua kes pernah di alami aku lama dulu. Kesa zaman muda-muda dulu, sekarang dah ok. Sampai sekarang pun aku masih tak ada jawapan. Tapi bak kata orang, cinta tu buta, mungkin sebab ini kot terjadi perkara ini. Kalau celik mesti dah tau dah kan.keke

Sebenarnya sebabnya hanya kita je yang tau. Mungkin kita hanya menerima orang yang menyukai kita itu sebagai kawan atas sebab selesa, sekepala dan sebagainya. Selalunya bila macam ni, kita dan orang yang menyukai kita tu bermula sebagai kawan dan seterusnya kawan baik. So kalau jadi couple, susah pulak. Atau mungkin kita tak sedar apa kebaikan dan keistimewaaan orang tu. Ada juga yang aku dengar, kalu memilih orang yang betul-betul menyukai kita, insyaAllah akan bahagia sebab perasaan boleh bercambah dan bertukar.

Kenapa orang yang kita suka selalunya hak orang lain. Hmm yang ni susah, maybe sebab orang tu terlalu istimewa, baik dan sebagainya, mestilah dia menjadi rebutan n offcoz sape yang cepat dan kenal dia dulu dah masuk line. So masa je menentukan segalanya. Tapi biasalah, sesuatu yang hebat-hebat mestilah semua pun nak memilikinya. Tengok macam penyerang pasukan bola sepak negara, Safee Sali, kemain berebut orang nak kan khidmat dia, eh contoh lari dari tajuk plak.. Tapi kalau teror, rampas je lah dia. Keke selagi belum kahwin, tak salah memilih yang terbaik dalam terbaik. Betul tak??

Kesimpulannya, semua perkara sebenarnya telah ditetapkan olehNYA. Kalau ada jodoh tidak kemana, tp perlu ada usaha juga. Kembali padaNYA dan minta petunjuk, InsyaAllah akan dipermudahkan.

ps: maaf jika ada isu kemerepekan, entri dibuat waktu lunch

Entri Terima Kasih

Bil 3/2011.......lagi sekali kita bertemu dalam entri khas blog aku ni. Sebab entri seumpana ini pun dh masuk bilangan ke3, so xpayah lah nak xplen lebih2 lagi, rasanya semua pun dah tau kan. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi singgah. List bawah ni antara blog yang tinggalkan jejak pada entri sebelum ini. Bukan mengejar apa-apa, jangan salah anggap tetapi sekadar memberi penghargaan.

1. http://ekspresiruang.blogspot.com/#axzz1DVhKs7IR - Dawa
2. http://innocentbabyapple.blogspot.com/ - Yana clyne
3. http://astinadly.blogspot.com/ - Astina
4. http://www.bromondayslife.blogspot.com/ - Bro_monday
5. http://izahafizah.blogspot.com/ - izaFiza
6. http://apisv3.blogspot.com/ - apisv2
7. http://nanacute80.blogspot.com/ - kak Syanas
8. http://firestartingautomobil.blogspot.com/
9. http://ceritapadlie.blogspot.com/ - padlie
10.http://bobiestory.blogspot.com/ - bobiedanbad

Apa lagi jom serbu...

ps : asal header tak der????

Wednesday, February 9, 2011

Perihal mintak tolong

Kita sebagai manusia memang tidak lari dengan meminta pertolongan. Kita memang hidup saling memerlukan. Tipu kalau ada orang kata dia hidup tak pernah nak mintak tolong dengan sesiapa pun. Even dalam penulisan blog ni pun, ramai je yang aku mintak pertolongan. Kalau tak memang xjadilah blog yang aku ada sekarang ni. Setiap pertolongan yang diberi pasti ada ganjarannya tak kira di dunia mahupun di akhirat,cuma kita sedar dan tidak je. Namun perlu diingatkan, memohon dan meminta pertolongan ada adab dan caranya. Tapi aku bukanlah arif sangat berkenaan dengan adab dan caranya,  cuma aku ingin berkongsi sedikit pendapat mengenainya. Sebenarnya idea ini tercetus ketika waktu aku bekerja, keadaan sekeliling. Bila aku perhatikan, ramai yang meminta pertolongan tetapi tidak kena dengan caranya. So entri kali ini mungkin lebih dikaitkan dengan keadaan di ruangan pejabat sahaja.
 sumber : carian google
Apabila ingin  meminta pertolongan, kita memanggil org tu ketempat kita. Padahal kita yang ingin meminta tolong. Kalau orang tu tak kisah xpa, ni kang mahunya dia ada banyak kerja. Bagi aku tak kiralah pangkatnya apa, umurnya berapa atau apapapun, kita harus pergi kepada orang yang ingin kita mintak pertolongan , bukan mintak orang tu datg ke tempat kita.

Nada suara ketika minta pertolongan. Sangat penting bagi aku. Yela cuba kalau ko mintk pertolongan tu jerit-jerit, ada ke hati orang tu nak tolong ko. Selalunyalah terjadi pada bos-bos, tapi bukan bos aku, sebab bos aku sangat lah baik. Ok xpa aku namakan diri aku sebgai contoh, bukanlah bos tetapi senior staff, adalah 1 day tu aku jerit je dari tempt aku untuk mintak tolong ngan sorg tu, memanglah dia buat jugak sebab kita ni senior, tp kena igt ikhlas tak dia buat tu. Lepas tu memang susah nk mintk tolong lg dh, sehinggalah aku face 2 face dgn dia dan mengaku salah dan sbgnya.

Pastikan kita betul-betul tak boleh buat barulah kita meminta pertolongan. Cuba dulu dengan pelbagai cara, bila dah memang tak boleh buat, barulah kita meminta pertolongan. Ini tidak benda depan mata, tapi still nak tanya. Sekaligus boleh mengubah persepsi orang terhadap kita.

Meminta pertolongan memang tak salah, tapi jika sudah selalu meminta, ia akan jadi menyusahkan orang. Memanglah orang yang diminta tidak ckp pape, tp cuba anda berada di tempat beliau, bengang jugak dibuatnya. So beringat-ingat lah.

And then, kalau kita dh selalu meminta pertolongan, tak salah kalau kita sekali sekala memberi perhargaan. Cthnya belanja minum teh ke, roti canai ke, sonok gak orang tu, kan kan

Contest Kucing Paling Comel


Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com
 Done!
 Seterusnya letakkan gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun  kedai rostam tukang jahit.
pic : kucing aku yang tengah tido. Dia memang suka tido dengan gaya-gaya yang exotic. Dia nampak macam kurus je kan, padahal dai sangat gemuk. Ni sebab dia rengangkan badan
Done!

Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah
Done!
Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com
 Done! 

Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join.
Yg ni aku xmo pilih2, so aku tagkan semua orang yang baca blog aku ni.
Done! 

Korang kalo nak join, meh klik SINI

Entri Terima Kasih

Entri terima kasih bil 2/2011. Wah dah macam bilangan meeting pulak. Tak apa lah, ni je yang dapat aku buat untuk sahabat-sahabat yang menyokong blog aku ini.  Jom aku terjah ke blog yang komen aku sebelum ni. Aku bukan nak buat review or komen blog diorang, just buat satu penghargaan kepada mereka yang sudi komen entri aku walaupun aku sedar entri aku memang tak best.

 http://astinadly.blogspot.com/- Astana

http://bromondayslife.blogspot.com/ - Bro_monday

 http://lindazain.blogspot.com/ - Linda Zain

http://born2touchurheart.blogspot.com/ - Aleasara


http://akularilajulajutadi.blogspot.com/ - Imran Nyambek

http://nanacute80.blogspot.com/ - Kak Syanas

ps: Thanks ye pada semua yang menyokong. x lupa juga pada yang sudi singgah

Tuesday, February 8, 2011

Pemikiran kecik terhadap sukan

Tiba-tiba petang yang agak mengantuk ni aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Macam-macam yang aku fikirkan mengarut, kelakar dan sebagainya. Terus aku mengadap pc dan bukak blog. Aku memang kalu tiba-tiba terpikir sesuatu, terus mengadap. Boleh aku kongsikan bersama.Antara yang aku selalu fikirkan ialah mengenai sukan. Cuba korang semua fikir-fikirkan, semua sukan memang tak ada yang logik. Semua sebenarnya sama macam yang orang gila main. Asyik-asyik buat benda yang sama.
sumber : google

Kalau kita tengok bola sepak, 22 orang akan merebut bola sebiji bola kecik. Sanggup berpenat lelah untuk dapatkan bola tu. Ada setengah tu sampai injured dan patah kaki sebab sebiji bola. Squash pulak, pukul bola kat dinding. Tak ke tu permainan orang gila, main dengan dinding pulak. Kalau lumba kereta or motor, bawak laju2 pusing satu pusingan. Adehh keja gila namanya. Golf pulak, pukul bola jauh2 then kejar balik, takpun pukul masuk lubang, then amek balik. Banyak lagi sebenarnya sukan yang pelik-pelik kalau kita fikir betul-betul.
Adehh itulah pemikiran waktu kecik-kecik dulu. Selalu aku lontarkan bila bersembang. Tapi aku bukan tak suka bersukan, aku amat meminati sukan. Dulu masa aku sekolah form 4, aku paling aktif. Bola baling, bola tampar, olahraga dan bola sepak. Semua pun aku nak main. Memang semua pun aku wakil sekolah kecuali bola sepak. Maybe kurang hebat kot, kalau tak sekarang aku dah main sama-sama ngan safee saleh, tak pun dengan messi.

Entri Terima Kasih

Salam semua,
Entri ini diwujudkan bertujuan untuk berterima kasih kepada pengomen blog aku yang biasa ni. Sengaja memberi penghargaan, moga-moga kita sama-sama maju. Siapa yang aku ingin beri penghargaan??? Aku akan buat satu link ke blog yang komen entri aku sebelum ini, boleh?? aku akan cuba buat sementara diri tak berapa busy ni, tapi kalau-kalau dh sibuk pun, aku akan cuba teruskan. So entri sebelum ini bertajuk Soal Kenang Budi. Entri ini telah di komen oleh cik Astina, thanks ye sebab sudi komen. Yang sudi baca pun, terima kasih banyak2...
Ini header blog aku

Ini Blog cik Astina - http://astinadly.blogspot.com/.
Jom terjah blog beliau, klik SINI.  Header beliau di bawah ni.

Header blog Astina

 Ps : entri sebegini akan diwujudkan dari masa ke semasa khas untuk yang tinggalkan komen pada entri sebelum ini.

Monday, February 7, 2011

Soal kenang budi

Kenang budi. Entah kenapa aku cukup berminat dengan topik ni sekarang. Selalu termain-main dalam fikiran. Kalau waktu tido, asyik terpikirkannya sebelum tido. Namun setelah difikir-fikirkan, baik aku updatekan dalam blog ni dari aku simpan je dalam pale otak aku ni. Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi pendapat dan idea, moga dapat idea dan ulasan dari yang lain. Kalau ada la.

Sebut mengenai kenang budi, ramai je sebenarnya dikalangan kita yang memang mengenang budi, mungkin ada hanya segelintir yang aku sendiri tak tahu sebabnya masih keras kepala otaknya. Eh tapi aku bukan ckp mengenai iklan Ptptn ye, itu kes lain. Lupakan yang itu, kita fokuskan kepada kehidupan kita yang memang tidak lari dari memakan budi. Betul ke ni?? adehh risau la kalau tersalah cakap. Aku cakap ni berdasarkan kepada pendapat peribadi yang datang dari keihklasan hati untuk berkongsi dan idea yang mencurah datang dari pemikiran naif diriku ini. Wah kemain lagi aku bercakapkan.
sumber : google
Kembali kepada tujuan asal, apa tujuan sebenar bila kita menolong orang?? mestilah sebab untuk tulong orang tu kan. Apa da aku merepek ni. AKu sendiri pun sebenarnya tak tahu macam na terjemahkan idea aku kepada penulisan ni, so harap maklum jika ada unsur kemerepekan sikit ye. Aku percaya majoriti diantara kita jika menghulurkan bantuan pasti dengan niat yang ikhlas, kalau ada yang sebaliknya pun, sikit jelah.

Persoalannya, kenapa perkataan tidak mengenang budi itu masih lagi kedengaran???

Kadang-kadang atau biasanya, perkataan ini dikeluarkan oleh beliau yang sudahpun menghulurkan bantuan. Memang ada kes dimana orang yang ditolongnya, tidak menghiraukan, mempedulikan, dan sebagainya kepada orang yang memberi bantuan kepadanya dulu. Paham tak?? Atau dalam bahasa senang, masa susah dulu, ramai je yang membantu tp bila dah senang, lupa habis semua orang yang membantu waktu susah dulu.

Tapi perlu ke orang yang memberi bantuan mengeluarkan perkataan dia tidak mengenang budi?? kalau nk di ikutkan, memanglah dia tidak mengenang budi, tapi bukan ke dahulu kala memberi bantuan dengan ikhlas?? Tak patut sebenarnya kedengaran perkataan tidak mengenang budi, walaupun sayup2. Bila kita ikhlas memberi pertolongan, kita tidak sepatutnya mengungkit, menghebohkan atau sebagainya. Betul tak?? yang dah lepas biarlah ianya berlalu, kita sepatutnya tidak mengharapkan apa- apa balasan jika menghulurkan bantuan atau menabur budi.

Perlu ke wujud perkataan tidak mengenang budi??

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Kali ini Abg Ben Ashaari buat segmen lagi. Jom kita support. Boleh kenal-kenal ngan blogger-blogger lain. Tapi kali ni lagi dasyat, 1000 blogger nk kumpul dalam 3 hari. Kali ni beliau mintak letak ayat yang kaler merah atas tu, sebabnya, itu aku belum tahu lagi....kena tanya beliau sendiri. Kalau nak join klik sini

cendol punya pasal.

Salam ahad dari dim benihana
Sejak akhir2 ni aku jadi sangat malas untuk update blog dan berblogwalking. Adehh kemalasan yang pada tahap maksimum. Ada la jugak BW tapi last skali ending dengan tertido. keke Bangun-bangun je terus sambung bw, tapi malang sebab tak sempat nak tinggalkan komen. Ada la jugak blog yang sempat aku tinggalkan dan pada sesiapa yang ada komen entri aku tu, thanks ye.

Hari ahad macam ni apa lagi aku berbw sambil sambil tengiok tv. Ada la tengah hari tadi aku satu program makan terkenal kt tv, dia rekemen cendol wahab kt sri rampai. Memang terliur tengok pengacara tu makan, so lepas makan tengahari, aku n family decide untuk serbu wahab cendol tu. Sampai je kat sana, memang beribu-ribu orang. Last-last terus xjadi. Malas nak tggu, tambahlak hari tengah panas terik.

Disebabkan keinginan untuk makan cendol membuak-buak, kami pun carilah kedai cendol kat area situ sampai ke wangsa maju. Satu pun tak jumpa. Pelik.Diak lau kita nak cari benda tu, memang susah tapi kalau tak nak cari, beribu-ribu nampak. Last-last kami pilih ice room kt sri gombak. Makan ais krim je la jawabnya. Ok lah not bad, harga pun ok. Ini antara menu-menunya.
Yamy yamy
Durian Snow Ice
Nut Case
Blueberry Snow Ice
Sedapkan, korang mesti try pergi. Sori ye gambar ni kurang kualiti, guna hpku je.

Saturday, February 5, 2011

sakit yang tak boleh tahan

sumber: google

Salam semua..

Hari ini aku tak larat. Boleh terdemam lak. kalau demam je tak pa. Ni siap dengan selsema lagi.Bukan aku nak raih simpati ke pape, tapi desebabkan aku macam ni lah aku dapat idea untuk update, keke. Syukur-syukur. Perlu diingat yang setiap kejadian ada hikmah di sebalikya. Mungkin DIA sedag menguji aku. Pape pun kena sabar meghadapiya.Berbalik pada tajuk entri, sakit yag memag tak boleh tahan n tak boleh nak buat pape. Aku bagi 5 sakit yag memang kalau aku kena, malas nak buat pape. Maksud aku bukan sakit yag kritikal, tapi sakit yang majoriti pu kena.

Sakit perut
wah ini memang teruk. Kalu kena yang sikit oklah boleh tahan, kalau tak memang tak payah pikir, terus je ke bilik air.

Sakit mata
kalau kena sakit ni, keja nak tido je. Kalau kena time kerja, memang tak akan buat pape. Kalau g jumpa doktor, memag secara automatik dapat MC 3 hari. AKu pernah g mintak MC alasan sakit mata sebab malas nk keja, so dari pagi memang dok gosok mata je.

Selsema
Macam hari ni, aku nak buat pape pun tak syiok. Hidung asyik berair je. Kalau boleh nak je guna vacuum air sedut abis kuar. Lagi teruk bila hidug ni siap gatal lagi. Mulalah tak senang duduk.

'ulser'
Susah nak makan or minum. Pantang betul. 
Sakit gigi
Yang ni memag tak boleh tahan. Tambah-tambah pulak kalau gigi graham or bongsu. Mau tak senang duduk dibuatnya. AKu dulu kena sakit gigi bongsu, kelas satu hari aku tak pergi.

Korang sepedapat tak ngan aku. Or korang ada pengalaman lain. Oklah entri tengah selsema, sori kalau ada sebarang kesalahan. Memang tak da idea langsug, ingat nak tido je ni.

Friday, February 4, 2011

Tak kenang budi atau sebaliknya

sumber : carian google
Entri bunyi macam tengah marah je kan. Tak ada pape pun jadik sebenarnya. Saje ingin berkongsi pendapat yang tak seberapa ni. Memang aku sedar semua orang pun tak sempurna namun pendapat aku ini hanya pandangan mata aku yang aku nampak. Jika pendapat ini mengundang kemarahan ataupun terguris hati sesiapa, sepuluh jari aku susun memohon kemaafaan. Wah dah macam hari raya pulak kan. Namun aku perlu ingatkan jika ada persamaan atau sebaliknya, ia hanyalah secara kebetulan.ok...Aku sendiri pun tak tahu macam na nak stat ni. Tak pa kita ikuti kisah ni, yang melibatkan 3 watak, si ayah, si ibu dan anaknya si bongsu yang berumur 8 tahun.

Suatu petang si ayah membeli sesuatu kepada si bongsu. Si bongsu tersangat gembira, lalu diapun memberitahu kepada si ibu. Biasalah budak-budak memang selalu mengagungkan apa yang orang beli dan hadiahkan ketika itu. Padahal sebelum-sebelum ini, si ibu pernah juga membelikan sesuatu yang serupa dengannya. Si ayah dan si ibu tidak terasa apa-apa, lalu si ibu mengusik si bongsu. " eleh ibu selalu je belikan tak ada pape pun, ini ayah beli sekali kemain dia heboh dan agungkan"..mereka sekeluarga gelak ketawa.

Beberapa isi tersirat dan tersurat dari kisah tu yang boleh kita pikir-pikirkan....
1. keluarga itu merupakan keluarga bahagia.
2. barang yang di beli oleh si ayah lagi branded dari yang ibu beli.
3. si bongsu sengaja cakap macam tu sebab nak mintak dibelikan lagi benda tu.
4. si ayah jarang belikan so terasa sangat special.
5. umpana budak kecik bila kita hanya mengagungkan kebaikan /pemberian yang dibuat jarang-
   jarang/sikit ataupun pertama kali sedangkan ada yang telah terbukti kebaikan/ pemberiannya..fikir-
   fikirkan
6.Mungkin sebelum ini, si ayah tidak pernah membelikan apa-apa, so bila ada perubahan, perlu ada
   galakan untuk dia teruskan.

ps :sori ye kalau-kalau tajuk entri tak berkaitan.

Sedap katil atau dilantai

Pertama kali ini bukan entry berbaur lucah ye.Kenapa aku ingat macam tu, mesti ada yang pikir bukan-bukan lepas baca tajuk entry aku kan. Tapi kalau xda tak pa. Aku ok je. Korang pernah tak pikir macam tu?

Sebenarnya tak ada pape pun. Sengaja je aku nak carita sikit. Sekarang ini aku lebih selesa tido di lantai. Tak tau ngape. Memang lena sampai ke pagi kalau tido bawah. Lain pulak ceritanya kalau tido atas katil, kejap kejap terjaga. lepas itu, mula la pagi esok rasa macam tak ada mood je. Nak kata tilam aku ni murah, tak jugak. Siap aku pakai dua lagi. Mungkin aku dari dulu dah di ajar untuk tido bawah tanpa katil kot. Dulu masa kecik-kecik aku dok dengan atuk aku di Ipoh. ipoh memang best, makanan pun sedap-sedap, jalan pun tak jem.

Dulu walaupun aku tido bawah, tapi mesti ada lapik dengan toto or tilam. Bukan apa, bak kata atuk aku dulu, tak baik aku tido direct atas lantai, senang kena penyakit. Nak dijadikan cerita, se ingat aku lah, dulu aku ada dengar cerita, ada la seorang pakcik ni, dia memang suka tido atas lantai, tak kiralah lantai simen or pape, katanya sejuk sedap je tido, tambah-tambah lak kalau waktu hujan. memang la efek dia tak datang time-time tu. Bila dah tua, dia selalu sakit pinggang n tulang.Pak cik ni pulak bukan seorang yang tak cegas, dia selalu je exercise .Bila g cek, rupa-rupanya sebab dulu muda-muda dia suka tido lantai. Yang ni aku tak tau la betul ke tak, ini cerita yang aku dengar masa kecik-kecik dulu. Tapi nasihat inilah yang aku amalkan. Plus aku dengar lagi kalau tido direct atas lantai simen, boleh kena paru-paru berair.
sumber : carian google
So kesimpulanya, korang semua janganlah suka tido direct atas lantai. Banyak buruk dari baiknya. Sedapnya kejap je, sakit tu kita yang tanggung. Janganlah tido atas lantai, tidolah atas kerusi ke, atas tv ke, atas meja makan ke, kan banyak pilihan tu.

Thursday, February 3, 2011

aktivit cuti yang menarik

Hari ini bangun je dah tengahari, alamak terkantoi pulak. Semalam tido lmbat sangat, dok main game, tapi yang tak puas ati sebab kalah last minit. Siot betulkan. Bangun-bangun je terus makan tengahari, masakan yang sedap, siap bertambah lagi. Sotong masak merah,aduh sedap gila, sebelum update ni pun dah bantai lagi sepinggan dengan kuah banjir. Merah abis mulut menahan pedas, tp xpa sebab memang kegemaran tu.

Tadi lepas makan, aku ke area Bukit Bintang. Adik aku, Yana Clyne mintak tolong hantar dia dan kawan dia ke Time Square. Alah tempat sahabat blogger buat gathering hari tu. Mula-mula ikut perjanjian nak hantar ke monorail chow kit je sebab aku bajet KL memang akan jem teruk. Selepas di bodek dengan teruk oleh Yana Clyne, dan keadaan jalan yang lengang, aku pun decide untuk hantar dia terus ke sana. Memang jalan lengang just keadaan kat area bukit bintang agak sibuk dan ramai orang. Ribu-ribu orang ada kat sana, ingat nak gak join lepak sana sambil cuci-cuci mata, keke ada niat jahat. Dalam perjalanan balik selepas aku drop diorang, aku sengaja lalu kawasan pudu raya dan jalan ipoh, punyalah sibuk jalan tu. Sibuk dengan pelancung-pelancung asing, keke. Meriah betul kawasan tu. Tak ada ke pihak berkuasa nak serbu kawasan tu, kot-kot ada yang datang tanpa izin ke?? terlebih izin ke?? Kekadang tu tension pulak sebab diorang je yang lebih. Yang lagi menyakitkan hati, diorang bila lintas jalan macam jalan tu tempat pelintas jalan kaki lalu. Aku lak yang terpaksa brek secara mengejut. Bengang betul aku, nasib tak terlanggar je diorang tu. LAgi sakit hati aku, ada seorang mamat berkumpulan tu, seangkatan dengan diorang kt sana, dengan selamba je membuang sampah. Kalo kecik tak pa, ni selambak dia buang di tengah-tengah jalan. Ingat nak snap je pic n tanyang kt blog ni, kamera pulak buat hal.adehh. 
sumber : carian google
Balik-balik je, layan blog jap. Ni tengah prepare untuk turun padang main badminton. Sengaja je join budak-budak kt depan rumah ni. Dari semalam dia ajak aku, aku malas nak main open ni, sebab angin banyak. Penat je pukul kuat2 then perginya tak. Bajet hebatkan. Hari aku aku turun la jugak. Main ngan adik-adik aku. Sengaja nak seronok-ronok dan exersice skit. Makan dah banyak tapi tak kan nak dok rumah je kan. Kang lagi bertambah berat aku yang semamngnya berat ni. kek.

Wednesday, February 2, 2011

Memburu biar betul

Tembak biar kena badan, jangan kena ekor...itu petua bila memburu. Bestkan pepatah tu. Ni bukan pepatah yang aku pikir sendiri, tapi aku dengar masa aku tengok ngangkung. Kredit kepada penulis lirik dan sesiapa saje yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan cerita ngangkung.Korang dah tengok ke cita?? Haha lambat pulak akukan. Sebenarnya lama dah tengok tapi tak da idea nak update. So malam ni aku paksa juga untuk update sebab takut pepatah ni berkubur macam tu je. Ke aku yang xtau? tak apalah, maybe aku slow kot, aku nak jugak share kat sini. Tapi perlu dingat ini bukan entri mengenai cerita ngangjubng ye.

Secara kesulurahan nya, besar maksudnya. Kalau ikut logik, memang betul la, kalao tembak ekor susah nak kena. Kan dia asyik gerak2 je, kalau badan dia dok situ je. betul ke?? bolehlah tahankan. Kalau ada impian biarlah kita target untuk benda-benda yang halal dan betul, bukan dengan target benda yang tak pasti ataupun menggunakan helah supaya cepat atau sebagainya.

Itu je yang aku nak kongsikan, pepatah yang bagi aku sangat menarik.Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua. Rasanya tak lewat lagikan. 

Dapat interview sudah

Wah tengok tajuk memang gempakkan. Sebenarnya ni je tajuk yang aku dapat pikir malam-malam bute ni. Eh malam lagi ke? dah pagi sebenarnya. Aku bukan apa, dalam awal tahun ni, aku tengok ramai je kawan-kawan aku yang dapat interview untuk jawatan idaman, tak kiralah gomen ke, private ke? janji diorang dapat interview.Tapi yang peliknya aku ni entah bila nak dapat, pelik?? Eh tak dalah, saje je nak buat lawak, mungkin belum rezeki aku tu, kena teruskan usaha dan sentiasa berdoa kepadaNya.
sumber:carian google

Sebut pasal interview, adalah satu kisah ni, bagi aku lawaklah, korang aku tak taulah kan. Ni kisah interview masa aku kerja dengan call center dulu.Keja ni pun direkemen oleh seorang teman, masa tu baru je habis belajar. Masa tu aku memang sangat lemah dan takut untuk berbahasa inggeris. Cehh macam sekarang dah teror je. Interview masa tu ada 4 sesi, tak ingat aku kejadian ni berlaku pada sesi ke berapa. Kalau bab memperkenalkan diri memang laju je sebab dah karang dari awal-awal lagi. Tapi bab-bab soklan lain yang di tanya, memang hancur aku. Yang lawaknya, ada satu jawapan tu, aku dok ulang-ulang je. Pusing sana pusing sini, jawapannya sama just ayat je lain, then tetiba je berenti. Eh lupalak nak gtau, masa aku interview tu, dia buat skali 10 orang. Masa aku berenti tetiba tu, aku tengok semua pun tengah tengok aku. Lagilah aku jadi neves, aku terus cakap " dah abis dah". Semua pun senyum je dengan aku, malu betul rasanya time tu. Start dari itu, interviewer dah tak tanya aku soklan yang susah-susah dah. Akhirnya aku dapat jugak kerja tu, tapi kena speaking. Macam-macam lah aku buat untuk tak mo guna bahasa inggeris tp akhirnya aku boleh juga berbahasa inggeris walaupun still gagap. Wah kemain banyak lagi aku cerita kan.

Ni ada beberapa tips untuk interview, aku amek dari nota seorang teman. Bagus nota ni, so aku kongsikan dengan semua juga. Secara kseimpulannya kunci utama menghadapi interview:
- bersedia
- berpakaian kemas
- jadi diri sendiri
- bersedia dengan kemahiran yang dikehendaki
- kuasai bahasa
- pantas menjawab soklan
- jangan baca skrip


ps: kepada miss Z, gud luck untuk interview nant ye. Same tuk kawan2 yg lain juga..

Tuesday, February 1, 2011

Minyak naik???

Yang pertama aku nak wish pada semua yang bercuti hari ni, selamat hari wilayah. Ramai kata hari ini hari KL tapi sebenarnya hari ni merupakan hari wilayah persekutuan-KL, Putrajaya, Labuan. Pagi hari waktu cuti ni macam biasa la, tak ada buat apa-apa pun. Ingat nak kluar, tp Kl mesti jem teruk sebab ada LTDL. So malaslah memandangkan minyak dah mahal. Aku tengok LTDL di tv je, tapi jadi sakit hati sebab kamera dia asyik hang je. Bila hang mula la dia tunjuk dari kamera lain, orang nak tengok orang berbasikal dia tunjuk lain lak. Tak apa la, sape soh tanak turun padang tengok live kan. EH merepek lak pagi-pagi ni.

Sebut pasal minyak mahal, semua pun dah tau kan. Rasanya semua pun tak suka sebab gaji tetap tak mo naik. Semalam minyak Ron97 naik lagi seposen. Adehh dasyat betul. Aku bukan apa, kadang-kadang ada jugak isi ROn97, kunun nk cuci enjin. Lepas ni terpaksa meralisasikan cadangan aku untuk naik public transport. Yang menjadi masalah dan kemalasan aku untuk naik public transport ni banyak. Malas tu memang daah tak boleh nak buat apa-apa, tapi keadaan public transport tu yang membuatkan aku lagi malas nak naik public. Dari segi masa memang sangat merugikan, lambat yang amat, lepas tu dengan orang ramainya lagi. Haha manja lak kan.

ps: entry malas....

Ben Ashaari : Suai kenal Blogger Baru : Edisi Februari

Kali kedua aku join segmen abg Ben ni. Rasanya sempat lagikan nak join. Lagipun syarat-syaratnya pun macam tak susah. Kalau nak tengok dengan lebih jelas mengenai segmen ni, jom tengok sini.

Tuu dia header Abg Ben kita.

Pendapat mengenai mengenai laman Web : www.1tube.my
Simple n nice. Suka sangat sebab Malaysia pun dah ada web yang macam ni. Mungkin masih baru or kurang expose. Aku pun baru tahu masa datang gathering Sahabat blogger hari tu. Malam ni baru boleh betul-betul godek web tu. Bak kata orang macam-macam ada.

Pendapat mengenai Dunia Blog Di Malaysia semakin menarik......
Pada pendapat aku, Dunia blog Di Malaysia semakin menarik kerana ianya dipelbagaikan. Bukan sahaja untuk informasi semata-mata tetapi hiburan dan lain-lain .Semakin hari aku tengok, dunia blog kita semakin meriah. Tambah pula sekarang ini semua golongan pun dah pandai berblog. Bagus sebenarnya sebab akan ada banyak idea yang bernas2. Kalau ikutkan masa aku masih belajar dulu, blog ni pun tak tahu apa kebendanya, tapi sekarang ni lain, semua pun tahu. 

Selain itu, kehadiran blogger-bloger otai yang peramah dan tidak lokek ilmu antara yang menjadikan dunia blog kita menarik. Bukan je boleh bertanyakan soalan, nak meluahkan isi hati pun tak pa, janji tahu batas-batasnya. Walaupun hanya kenal di alam maya, tapi keakrapan tu  dah macam lame kenal. Dulu aku pun malu-malu, tapi bila join gathering, mak aihh terkejut gak aku, semua mesra je.

Sekarang pun dah beribu-ribu blog yang ada, so bila BW memang sampai bila-bila pun tak akan habis. So boleh duduk depan pC 24jam. Kan seronok tu dunia blog kita. Kalau dulu mesti cepat boring sebab asyik-asyik jumpa blog orang luar, yang kita punya, punyalah susah nak carik.

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES! "

1. Jadi followers eqbalzack.com
2. Buat 1 entry paling kreatif bertajuk Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES! "
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu
5. Tinggalkan link anda pada entry ini

Wah start-start entry terus letak syaratnya. Bukan apa, sepanjang aku berBW, kalau aku nmpak entri GA or segmen or seangkatan, mesti aku akan scroll terus kebawah mencari syarat-syaratnya, then baru la aku baca oenuh cerita dai. Untuk memudahkan ada blogger lain yang macam aku, aku buat permulaan entri syarat2nya. Korang kalau nak tahu lebih lanjut leh terus ke blog abg eg, klik [ sini ].

Memandangkan tajuk GA dia sedut kasi abes, so aku malam-malam buta ni terus update blog dengan harapan untuk menyedut segala apa yang dia offer. haha Kalau boleh memang nak semua je, tapi xleh la tamak, kang apa pun tak dapat. Aku nak hadiah utama je la. Senang nk vacuum keta, xyah guna yang besar gabak tu.
Tapi korang perasan tak, smartkan header abg eq tu. Hah tengok korang ni, aku puji bukan sebab nak bodek lah, memang dari dulu nak ckp, just tak tau je nak ckp kt mana. Alamak lari tajuk pulak, kembali kepada syarat2nya, no. 1 dah lame buat, no. 2 & 3 tengah buat, no 5 jap lagi aku buat. Okey settle dah.

Korang mesti pelikkan, asal xda no. 4. Sebenarnya aku nak buat kat bawa ni, kang kalo buat kat tengah2, xda sape lak nampak. Kununlah kan. Kalau boleh nak tag semua je, nak listkan semua blog yang aku follow, kang pjg berjelar lak. So kat sini aku tag memeber blog aku yang rajin join ga or segmen, incik Bro_monday. So kepada incik B_m, silalah pandai-pandai ye.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z