Geng-Geng

Showing posts with label Brem Mall. Show all posts
Showing posts with label Brem Mall. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Keja part time ku...

Hari ini aku bercuti dari part time jobs. Bukan apa aku dapat off day dari kerja part time yang aku buat tapi kerja yang sepenuh masa still kena buat lagi. Di kesempatan ini aku hendak cerita la sikit pasal tempat yang aku buat part time ni, ingat tak dulu aku ada buat entri pasal aku hendak cari kerja part time, kalau tidak ingat tidak mengapa, klik je sini >>>>>> meh baca ini

Hari ini sebenarnya sengaja aku minta cuti atas alasan hendak tengok live perlawanan timbal balik antara Malaysia n Indonesia. keke jangan bagitahu supervisor aku ye, kang xpasal-pasal lepas ini susah hendak minta cuti. Ok ok berbalik pada kerja separuh masa aku tu. Aku kerja part time sebagai promoter di salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di Malaysia. Rasanya kalau aku sebut mesti semua pun kenal tp xpayah la kot. Bukan penting pun kan. Yang malangnya aku ditempatkan dibawah satu brand yang aku sendiri tidak kenal, Precious kot. Korang semua kenal ke??? Ini brand handbang dan kasut wanita. Aku tidak tahu pulak sama ada brand ini terkenal, mahal or pape, yang aku tahu, dia akan bayar aku bulan-bulan sudah. Dan aku lak kerja dengan ikhlas dan cuba jual barang dia sepenuh hati, kekke.

Setiap hari aku akan kerja 4 jam dan akan bercuti satu hari. Aku bekerja bermula pada pukul 6 dan akan berakhir pada pukul 10. Suasana dekat sana agak tenang kalau hendak dibezakan dengan pusat membeli belah lain. Pekerja-pekerja senior dekat sana kata, dekat sana kalau hari sabtu dan ahad akan ramai orang. So aku kenalah bersiap sedia mental dan fizikal. Tapi aku sudah bagitahu siap-saip yang aku tidak mahu buat full.  Maksudnya bila parmanent promoter tempat kerja aku cuti, aku kena ganti dia dari pagi sampai malam. fuhh memang letih tapi masyhuk la. Eh lupa pulak hendak cerita pasal parmanent promoter tempat kerja aku, namanya Auntie Fong. Orangnya baik tapi agak susah juga hendak berkomunikasi sebab dia tidak fasih berbahasa melayu. Dan terpaksalah aku pandai-pandai dan faham-faham sendiri.
 Gambar diatas menunjukkan kawasan tempat brand aku ditempatkan. Tidak pun besar mana. Kalau hendak diikutkan hati memang sepatutnya tidak akan ada hal. Tapi disebabkan tidak ada kerja dan pelanggan, maka aku datang kerja hanya berdiri. Dan kawasan dalam gamabr diatas merupakan tempat yang akan aku ulang alik selama 4 jam. Boleh korang sumua bayangkan betapa letihnya kaki aku masa buat part time. Tapi aku tidak kisah, yang penting aku dibayar, and kalau tidak dibayar sekalupun, aku tetap akan besyukur, cukupla dengan senyuman dan ucapan terima kasih, kekek kunun la..

Sejak aku buat part time ni, aku tengok parent aku macam sedih dan kesian dengan aku. Papa and mummy jangan risau, along buat kerja part time ni bukan sebab tidak cukup makan or belanja ke apa, cukup je. Along just dapatkan apa yang along nak dalam masa terdekat ini. Kalau boleh along nak dapatkan serentak je semua. Sabar ye bagi along masa kejap nanti bila sudah dapat apa yang along nak, along akan kembali macam biasa..keke

Wah kemain lagi aku kan, kunun la buat cerita sedih, papepun aku happy dengan apa yang aku buat sekarang ni, aku tidak menyusahkan sesiapa dan aku pun tidak minta simpati dari sesiapa. So kepada kawan-kawan yang ajak aku lepak ke pape, jangan kata aku sombong plak

Friday, December 17, 2010

Brem Mall Kepong

Brem Mall dari depan
Brem Kepong..sape pernah dengar nama tempat ni?? Ni sebenarnya salah satu shopping complex kt area Kepong. Kalo lalu jalan kuching mest nampak dia tersergam indah. Pastu kedudukan dia lak sebelah dengan Hotel Crown Plaza kepong. Nak kata besar tu memang tak la, tapi dia ada wayang dan bowling. Rasanya tu je kot penarik orang ke situ. Nama-nama besar yang ada kat situ macam Giants, Metrojaya Outlet, Reject Shop tu ada la, tp biasala, tempat dia kecik je. Orang yang datang situ pun orang-orang yang duduk area situ-situ je. Haha tetiba je aku tolong promote tempat ni kan, mest sape yang baca entry aku kali ni rasa pelik, apahal aku tetiba cerita pasal tempat ni. Padahal banyak lagi kot tempat yang menarik kt KL ni yang boleh aku cerita.
Ni lak pic masa dulu2 dlm lukisan, cantikkan.
Ni dari dalam, masa ni aku kat tingkat 2.

Ok la sekarang aku bagitahu sebab sebenar kenapa tetiba je aku cerita pasal shopping complex ni. Ingat tak dulu aku ada wat entry nak cari kerja part time dan macam-macam lagi? kalo xingat xpa, aku sendiri pun ingat-ingat lupa je .Ok ceritanya bermula semalam, semalam aku dengan seorang sahabat buat planning untuk mengisi masa lapang yang xberapa nak lapang ni. Macam-macam la kami plan, Last-last , aku dengan dia sebulat suara hendak mencari part time jobs. Cadangnya nak cari dekat panggung wayang coz sambil kerja boleh gak berseronok-seronok tengok wayang. Bak kata pepatah melayu dulu-dulu, sambil menyelam minum air. Tapi cari punya cari, suma sudah penuh. Ingatkan nak balik macam tu dan kecewa je. Disebabkan semangat berkobar-kobar, then ada la satu outlet ni. Tanya-tanya dia nk pakai orang. Katanya " kalo part time, masuk kerja kul 6 balik kul 10". Wah aku dan member aku dengan gembira terus macam-macam tanya. Last skali diorg mintak kami isi borang. So hari ni aku dengan semangat isi borang tu dan jap lagi nak pergi hantar. Harap-harap dapat la kan, boleh belanja anak bini makan isi masa lapang kami.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com