Geng-Geng

Showing posts with label nolstalgia. Show all posts
Showing posts with label nolstalgia. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Asrama ada hantu

Asrama ada hantu..itulah perkataan or ayat yang aku dengar masa mula-mula nak jejak kaki ke asrama. Cerita ni dah lama berlaku, saje nak kongsi cerita dongeng. Sape yang pernah duduk asrama mesti pernah dengar macam ni, aku rasa cerita hantu la cerita yang paling femes sekali. Malam pertama aku kat asrama, senior aku kemain lagi ceritakan macam-macam, sampaikan semua tempat pun ada. 

Masa aku dok asrama, bukan takat cerita je, aku sendiri ada pengalaman yang menakutkan tu. Paling aku teringat, ada seorang teman aku ni yang bercerita, dia terjaga dari tido then dia terpandang cermin. Dia ternampak bayangan seorang perempuan lalu. Kawan aku ni memang antara yang berani dan lantang. Dia terus bangun dan terus ke tempat kejadian. Sampai je kat tempat tu, sebaik dia toleh je, terus lembaga dengan muka yang menakutkan di depan mata. Katanya wajah perempuan sebelah dan sebelah lagi memang ngeri. Tergamam dia dan terus berlari ke dalam bilik. Keesokan paginya, bila kami siap-siap nak ke sekolah, dia still dalam selimut sambil menggigil. Selepas 2 3 hari lepas tu, baru dia sihat. Sejak hari itu, kalo malam terjaga memang akan paksa jugak tido, kalau ada yang nak tebuang air, memang akan ajak kawan teman.

Sebut pasal buang air ni, ada satu cerita lawaklah, ini pun diceritakan oleh kawan2 aku. Ada satu malam ni, seorang lagi member aku tu terbangun sebab nak buang air kecik,dia pun gerak member aku yang seorang lagi. Jawapan diberikan oleh yg tido ni yang lawak tu. Kawan tu punyalah xtahan, dia selamba je ckp, " ko simpanlah dulu, esok je pergi toilet". Kesiankan kawan aku sorang tu, last skali dai guna cara alternative tuk buang air kecik tu. kekeke

Pengalaman aku pulak, ada aku terjaga tengah2 malam. Memang macam-macam yang bermain dalam fikiran. Aku ada juga paksa tapi xleh tido. Dalam dok paksa tu, tiba-tiba katil aku bergoyang, terkejut aku jadiknya. Aku marah terus kawan aku, tapi aku tengok dia sedap je tido siap berdengkur. Xlama pastu angin pulak bertiup kencang kt katil aku. Lagi la kecut perut aku. Tetiba bantai peluk aku terbang ke tengah dorm. Terus aku paksa jugak nk tdo, last skali aku bangun dh pagi. Lega rasanya, sepanjang setahun tu, memang xbrani nak cerita pasal ni.

Banyak lagi sebenarnya, tapi buat masa ni itu aja yang aku ingat. Maaflah kalo ada yang terlebih mungkin aku menambah untuk menyedapkan cerita. Ok itu saje untuk kali kali.

Monday, March 21, 2011

lega sikit rasanya

Lama betul rasanya xupdate blog, banyak topic yang best2 terlepas baca. Nak kena kejar balik ni. Kawan-kawan semua sabar ye, nanti akan ku tinggal komen ribu-ribu. Macam biasalah bila lame xupdate blog, mesti kena bagi alasan, baru cool,padahal malas.
Pagi tadi aku amek exam, lega rasanya dah lepas satu paper, tinggal lagi satu paper je lagi. Alhamdullilah semua yang aku baca ada keluar. Soalan pun boleh tahanlah , boleh kata lebih kurang sama dengan soalan-soalan lepas.Sebut pasal exam ni, teringat masa belajar dulu, masa kat Ipt. Selalu je aku dengar rungutan xcukup masa nak study coz assignment banyak, silibus banyak la, lecturer ajar lambat la dna macam-macam lagi. Sama macam sekarang ni, padahal aku dh tau aku kena amek exam 3 bulan lepas, tapi still rasa xcukup masa nak study. Betul ke xcukup masa?? or memang assgment banyak dan orang ajar lambat???

Pendapat aku kenapa orang selalu tak cukup masa, itu semua berpunca dari pengurusan masa, kalo pandai menguruskan masa, insyaAllah cukup, tapi kalo pengurusan masa xok, memang selalu akan rasa xcukup masa, betul tak?? Biasalah lumrah manusia bila sesuatu xmenjadi, macam-macam alasan akan diberi.Alamak macam terkena diri sendiri je.

Saturday, February 19, 2011

Ayam sedap dimana

salam morning semua, maaf jika lame xonline. ala kunun ada orang kisah. Pagi ini aku nak buat cerita pasal ayam. Semua pun tahu ayam ni sedap. Tapi sebelum tu nak cerita sikit, rasanya perkataan 'ayam' banyak maksudnya, bukan maksud dalam kamus, tapi yang orang sendiri namakan. Xyah la nak jelaskan detail2, paham-paham sendiri sudah.

Hari ni aku nak ceritakan ayam yang kita makan tu. Ramai pun suka dengan ayamkan. Tambah lak sekarang ini ayam sudah dipelbagaikan masakannya. Tengok la sekarang ni, pertumbuhan kedai-kedai makanan segera seperti mcD, kfc dan sebagainya membuatkan lagi ramai yang menggemari ayam.Tak lupa jugak yang menggemari ayam chowkit, kekeke
sumber:carian google

ALamak intro terpanjang lak, hari ini aku nk kongsikan bahagian ayam yang paling aku suka dan tak suka. Rasanya semua orang pun akan ada part-part yang korang suka kan? Kalau boleh nak makan part yang tu je kan. Kalau aku, aku suka betul dengan kepak ayam. Kalau g kedai makanan segera, memang aku akan mintak bahagian kepak. Bukan apa bahagian tu kalau makan yang goreng punya, dia garing. Pastu lak tak banyak isi, so xla borin g sangat bila makan. Boleh makan begitu sahaja xpayah nak tambah perisa tambahan. Kalau amek yang banyak isi, mula la muak. Tapi yang menyedihkan aku, sekarang part kepak tu memang dah jadi kecik gila, kalau nk makan ayam goreng mula la xpuas. Kalau pergi time lapar, memang xcukup la jawabnya, keke mula la nak pow ayam member. Kalau part yang paling aku xsuka ialah paha ayam. Bukan apa part ni banyak sangat urat. Aku pernah terkena dulu, masa makan BBQ, ayam ni xberapa masak, so nampak sangatlah urat-urat tu. Sejak dari hari tu memang aku dah xmakan dah part tu melainkan dah xda pilihan.


Friday, February 18, 2011

Mimpi kencing tilam

Selamat pagi semua, hari ini aku datang awal ke ofis so aku sempatla publishkan entry pagi. Idea ni aku terfikir semalam lagi, tapi xsempat nak buat. Rasanya dulu masa kecik-kecik mesti korang-korang semua pernahkan terkencing atas tilam, then mak mesti mengamuk gila coz dia yang kena cuci. 
sumber:carian google
Korang perasan tak, disebalik kita terkencing atas tilam mesti ada mimpikan. Bukan mimpi basah ye, keke. Macam aku la, aku selalu mimpi aku ke toilet, 2 yang selamba je buang air kecil. Sekali terjaga rupa-rupanya still atas tilam. Basah je rasanya. Time tu hati mulalah berdegup kencang, takut kena marah. Ada sekali tu, aku cuba keringkan sendiri, aku amek segala kain dan tuala, aku lapkan. Bila bangun-bangun je dah kering. Esok pagi tak adalah risau, tapi lame-lame kantoi jugak coz ada bau. keke

Untuk mengelakkan kejadian berulang, macam-macam iktiar aku amek. Ada sekalitu, sebelum tido aku akan ke toilet dulu, tapi hasilnya sama je. Fikir punya fikir, then aku decide malam xmo minum air sangat, tapi jadi jugak. Tetap kena marah. Bila makin membesar, trajedi kencing malam ni semakin berkurangan, tak tahu aku nape.

Thursday, July 29, 2010

Noltalgia dulu-dulu

Gambar time dulu-dulu, dari aku simpan je, baik aku postkan kt sini, kunun pasan ada orang nk tengok....

Stat ngan gambar ungun api ni, ni masa aku g cherating ngan ofismate lame aku kt vads dulu. Happening sgt2. Dok depan api, cite macam2 n main game pelik2...


Ni kt atas gambar aku g jejalan ngan ofismate lama dulu jugak, dulu kami memang rajin berjalan. Yang aku igt Cherating, pangkor, Pd suma dh pg, byk lagi gambar yg dh ilang, xdapat nk di kesan balik pun.....xpa la, xda rezki

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com