Geng-Geng

Thursday, November 25, 2010

Kursus AutoCad 2009....

Tiga hari ni aku g berkursus untuk memantapkan diri. eh ..jap jap, intro xbrapa cun la, lantak la. Yang penting isi dia, keke kunun isi banyak n best. Xda la aku juz nk catit kt sini yg aku g kursus AutoCad 2009. Kursus ni aku dh g 2x, sengaja apply coz xnk la apa yg kita blaja lupa mcm tu je. Banyak benda yg aku lupa aku igt balik, tp xtau la hari2 mendatang mcm na. Walaupun kursus ni basic je, tp seronok jugak. Harap2 dpt g lg or dpt g yg advance nya ke. Bukan apa, nk tambah lg ilmu yg xseberapa ni. So kepada sesape yg ada peluang nk belajar autocad, sila la rebut, xrugi....
Pic kat ats ni keadaan kelas aku time tu, aku dpt dok sebelah tepi je. Ok la xblakang n xdepan sgt pun. Juz masa tu trainer dia sopan sgt, walaupun ada mike, tp still xdgr, kekadang tu tension gak, xdpt dgr apa dia ckp, nasib boleh kejar n berjaya jugak siapkan pelan lantai sebuah makmal komputer...

pic kat atas ni lak, separuh dari kerja aku. Yang ni dh separuh siap, ada byk lg step yg kena wat. Aku pun xsangka yg aku leh wat secantik ni. keke puji diri sendiri lak.

Monday, November 22, 2010

Cerita hari isnin

Seperti biasa la, asal isnin je, memang tahap kemalasan di tahap kritikal. Kalo x di paksa memang akan terus malas n dok termenung je. Hari dan saat ni aku gagahkan jugak pale otak n jari jemari aku ni tuk update blog kesayangan ni, keke kunun la kan. Hari ni rasanya xda nk cite pape, memang banyak nk cite tp xidea n xtau nk mula mcm na. So merepek je la mcm 2 3 entry sebelum ni, kang kalo rs mcm sesuai n terdapat idea, aku selitkan la skit2 cerita aku tu. Selamat membaca.

Semalam aku g tengok Hary potter kt E@Curve Kota Damansara, dengan sape rasanya xperlu la nk cite coz mest dh tau kan, kalo xtau, xpayah la amek tau, kekeke. Nk kata best gila tu memang xda la kan, coz cite dia dari stat sampai ke hujung asyik bersembang n bercakap je. Ada la skit2 magik sana, magik sini. Memang la aku tau yg dia part 1, tp xkan la xda scene yg menangkap. Yg Miss Z lak, kemain gembira lg, best katanya, hmm pelik2. Nasib la herion cite tu comel n cun, keke, So papehal pun wait for part 2, mayb sumting best ke yg kuar.

Sebut psal membaca, ada la 2 3 org kenalan, ckp yg blog aku ni cerita byk sgt, gambar xda pun. Keke sori la, bukan sengaja, time tu mayb tengah semangat nk bercerita. Lgpun aku pernah baca blog yg aku follow, kata beliau, kalo nk entry or blog menarik, jgn tulih or karang panjang2 n selitkan la dengan gambar. Memang ada betul apa yg beliau ckp, thank for d advise. Aku sendiri pun kekadang malas nk baca entry org yg panjang2. Xpa geng2 yg membaca blog aku, aku akan perbaiki time 2 time ye, bg aku sikit masa n terus support aku.

Eh tadi masa cerita psal semalam, aku lupa nk cite, semalam sebelum g tgk hary potter, aku ada la g kenduri kawan2 aku. So kepada Afiq&Nafisah dan Emilia&Amran, selamat pengantin baru, sori xdpt nk lepak lama2 ngan korg. ok tamat cite psal semalam. Hah amek cite berterabur, xpa asalkan ber update. Update is better than nothing. Keke
Korang pernah x rs yg org lain xhormat pd kita?? then kita marah or mengamuk?? Pastu campor ngan ego n riak n mcm2 lg, mula la bergaduh n sebagainya. Bagi aku senang je, kalo nk org hormat kita, then kita mestilah org yg pertama hormat org. Xkisah la kita ni dimana, tinggi or rendah. Terutama pada keluarga, pada ayah mak, pakcik, mak cik, datuk, nenek, abg or kakak. Sebab keluarga la insan pertama yg akan bersama kita susah n senang. Seteruk mana pun seseorg dlm family kita, dia tetap family kita. Kena terima seadanya. Sebenarnya isu hormat ni byk sebenarnya nk ulas, tp xyah la nk lebih2, aku pun bukan pakar sgt, juz nk kongsi skit2 je. Renung2 kan dan selamat beramal.

Thursday, November 18, 2010

Semalam Hari Raya

Sebelum memulakan entry, cewahh ayat xboleh blah, rsnya xlewat lg nk wish Selamat Hari Rayaq Haji kepada semua rakyat Malaysia. Mest seronokkan, satunya dapat makan yg sedap2 n yang keduanya, dapat cuti. Keke
Raya kali ni aku xdpt nk balik ke Ipoh, atas urusan peribadi yang xdpt nk di elakkan. So terpaksala raya kt KL je. lagipun adik2 aku suma raya kt KL, so xda la rasa sorang2 je. Kepada yg merantau n xdpt nk balik, jgn sedih2 coz setiap dugaan or kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya, bersabarla ye...
Xbanyak yg dapat aku ceritakan, coz raya kali ni memang xwat pape pun. Tapi biasa la, masak2 rendang tu biasa la. Macam biasa, pagi2 raya aku dh siap2 untuk g solat sunat aidiladha kt Masjid. Kt masjid memang meriah, mcm2 stail ada. Pas semayang raya, aku ngan adik aku g carik lemang. Punyala susah nk carik time raya haji ni. Ada kedai tu, baru nk stat bakar la, ada yg org beratur beribu2 la, last2 aku pusing2 terjumpa kedai yg orgnya xbrapa nk ramai. Aku apa lg, dengan sepantas kilat, terus u turn then berenti betul2 depan2 kedai. Aku angkut 3 batang lemang, boleh tahan gak sedap dia.
Pas makan suma, aku n family g ke Banting. Nk g melawat adik pompuan sulong aku kt matrik. Dia xda cuti, xtau la mcm na management da wat mcm na, patutnya wat la adjusment ke pape kan. So kami berkelah kt cafe sana lak. Aku igtkan kami je yg datang, rupanya ramai lg family lain yg datang. Tapi kami paling stail la, siap dengan bj melayu bagai, yg lain pakai bj biasa je, keke Hari tu kami lepak sampai petang, ondway balik tu, kami singgah pekena McD, punyala ramai org kt sana. Mayb suma pun xtau nk g mana n kt area stu, mayb tu je kedai makan yg bukak n senang nk carik. Thanks to mummy coz belanja.
Lupa lak sebut psal hari raya korban, patutnya kenala cerita pasal org sembelih lembu ke pa kan, ni tak cerita psal makan lak. Ok masa kt masjid tu, aku dpt tau yg masjid yg kt rumah aku tu, dia nk wt sembelih2 tu pd keesokan hari (khamis). Aku jadik sgt pelik. Boleh ke macam tu? ni je yg bermain dlm fikiran aku. Bila dh settle suma, aku pun refer la pada yg otai2, br las aku dpt tau cerita sebenarnya. Korban or sembelih ni sebenarnya boleh diwat dlm masa 3 hari dari tarikh hari raya haji(kalo salah tolong ye betulkan). oooooo baru la tau, nmpak tak betapa ceteknya ilmu aku, banyak lagi yg perlu aku belajar.
Ok la, ni je wat masa sekarang yg dpt aku ceritakan. Esok aku akan pulang ke Ipoh coz ada kenduri sepupu nk bersunat, diorg ni kecik lg. So kepada Mohd Irfan Danish dan Mohd Faris, selamat la anda berkhatan, jgn takot2, mcm gigit semut je, kekke

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan kunun....

Macam best je tajuk entry kali ni kan, bukan pa, dr pg asyik dok dgr psal pengorbanan je, bukak radio pun tajuk chitchat dia pengorbanan.Yang aku ni plak bengong xtentu psal, lupa lak esok dh raya Haji..ish2 kejap je kan, xpasan pun sebenarnya, masing2 sibuk ngan duniawi. wah ckp mcm pro je kan aku ni, entry kali ni aku juz nk merepek je la.
Alamak td aku berenti makan kejap, sekarang terus xda idea. Yang ada dlm pale ni juz igt nk tdo je, yelakan perut dh kenyang. Ok la untuk tidak membuang masa, aku sharekan benda lain la, aku nk share satu peristiwa ngan korang suma, benda ni terjadi ke atas aku. Memang rs mcm nk putus urat perut ni sebab ia melibatkan kerjaya aku, walaupun xseberapa tp mayb menggangu or memburukkan kredibiliti aku sebagai pekerja. Seriusly aku sendiri pun xsangka benda ni akan jadik pd aku, tp aku take it as a pengajaran. Namun segala nama,jawatan dan tempat terpaksa di tukar demi menjaga nama baik. Mcm na ye aku nk stat...hmmm tgk pic dulu, xda kena mengena ngan cerita ni, kredit pd jurufoto

Ok nk dijadikan cerita, 2 3 bulan yang lalu, ada la seorang Bos bernama Incik Q, memulangkan L...... ke seorang pegawai yang bernama incik W tanpa sebarang rekod hitam putih or sebgainya. Setelah menerima L..... pegawai yang bernama incik W terus meletakkan ke dalam almari tempat simpanan segala jenis stationary, laptop, projector n sebagainya lalu di kunci dan kunci telah di simpan di tempat biasa. Namun incik W mungkin lupa hendak memberitahu kepada org yg bertanggungjawab menjaga kunci n aset2 tersebut atau org yang menjaga tiada di tempt atau sebagainya. Perkara ini berlalu seperti biasa pada hari tu sehinggala pegawai bertanggungjawab iaitu incik D yg menjaga kunci tersebut membuat semakan ke atas barang2 yg ada di dalam almari tersebut pd petg itu. Incik D terkejut dengan kehadiran L... tersebut dan bertanya kepada pegawai2 yg kebetulan berada di tempat dia, iaitu Pn. J, Pn. G ynag juga pegwai atasan dan juga incik T, namun tidak diketahui milik siapa L... itu. Pada keesokan harinya, incik D dapati L...tu sudah tiada, n beliau beranggapan, mungkin L... tu milik persendirian n mungkin hanya menumpang letak seperti kebiasaanya ada org yg menumpang letak barang berharga.
Yang menjadi kes nya, semalam pada 15 November 2010, dlam lingkungan jam 3, incik Q datang ke pejabat D, dan bertanyakan mengenai L... tu. Namun tiada seorg pun yang mengetahui kehadiranya L... tu. Setelah di tanya berkali2, akhirnya semua masalah telah dijatuhkan kepada incik D walaupun incik D secara tidak lgsung ,tahu mengenai perkara ini. Incik D tenang n menghubungi semula incik W, namun hampa, katanya dia juga tidak tahu kemana perginya L... itu. Incik D lalu mula berfikir dan mula bertanyakan kepada semua staff n paling kerap di tanya ialah pegawai2 yg tahu kehadiran L... tersebut seperti yg di ceritakan di atas. Incik D sengaja membuat kecoh kununnya hendak membuat laporan polis n kemungkinan benda ni akan berlarutan, rumah mungkin di geledah dan sebagainya. Incik D menggunakan segala pengalaman sebagai kaunselor (kunun) untuk mencari klu2 dan menduga. Meminta segala nasihat dari orang2 yang berpengalaman dan jikalau la L... tu ilang, bagaimana pula prosedurnya. Segala persiapan telah diwat. Habis segala tempat beliau geledah termasuk tempatnya sendiri, namun hampa. Kunci almari juga dibawa pulang. Di rumah incik D sibuk mengarang ayat bagaimana hendak membuat laporan sekiranya L... itu betul2 ilang. Sebelum tdo, Incik D sibuk berdoa agar dilembutkan ati sesiapa sj yg terambil, sengaja ambil supaya memulangkan semula L.. tersebut. Di pendekkan cerita, esok pg2, incik D sudah cek semua tempat termasuk di dalam almari, namun sekali lg hampa. Akan tetapi, cewaahh ayat, selepas pulang dari minum, incik D dapati L... tersebut ada di bawah meja beliau. Leganya hati beliau xdapat nk dibayangkan. Nampak sgt L.. tersebut telah diambil oleh org2 yg sepejabat dengan incik D, namun xdpt nk kesan siapa orgnya. segala sykologi yg digunakan oleh incik D berjaya. hah mcm tu lebih kurang ceritanya, aku terpaksa ubah skit2 demi menjaga dan menghormati hal2 tertentu. Rasanya faham x??? Tp ini la yg terjadi , juz aku xleh la nk ckp yg aku ni incik apa...keke
Banyak sebenarnya pengajaran yg aku dpt dari cerita kt atas tu, rsnya sesape yg baca pun faham, xyahla nk tulih kt sini, ni pun dh pjg berjela
ps : rasanya cerita xda kena mengena ngan tajuk entry

Monday, November 15, 2010

Hilang seminggu...???

Kalo tengok tajuk macam suspen je kan, ntah pa ntah yang ilang kan, padahal xda pape pun. Tuan empunya blog ni menghilang kejap atas urusan rasmi. Aku g kurus kt cherating, thanks n kredit sgt2 pd urusetia. Paling2 pun hilang gak tension n berat kt pale ni.

pic : ni masa ada aktiviti kumpulan. nama kumpulan di pilih berdasarkan nama ikan yg terdapat di sini. Yang femes2 je. Pari, Talang, Bilis n Arowana. Best tak nama tu. Byk yg kami kena wat berkumpulan mcm melakonkan adegan2 yg diberi, mencari harta karun(kunun), dll. Xda yg kalah or menang. suma sama je.


Pic : ni yg ramai pakai bj sama ni bukan PLKN ye. Ni sebab ada senaman pg. Pas 2 ada akiviti last yg carik2 barang tu pun kena pakai bj ni. Bayangkan la, 4 hari kot nk kena pakai bj ni, nasibla masing2 pandai nk menjaga, so xda la bau sgt, keke tp baju kaler ni smart bila dlm gambar, dia nmpak contra sgt, mcm meriah gila...
Pic yg atas2-atas ni ni suma rangkuman 4 hari aku kt Cherating. Syiok 2 memang la, tp jauhlak ngan insan tersyang, family maksd aku...keke

Monday, November 8, 2010

biarla la dia nk cite suma....

Tajuk mcm best je dgrkan, bukan apa, sebelum2 ni, bila aku berblog jalan, aku tgk ramai yg guna cara ni, ( padahal dh pun guna cara ni sebelum ni), aku tgk bila xda idea or pic byk, org mest tulih biarla pic yg menceritakan segalanya. Sebenarnya bagus jugak idea ni, so xda la kena pkir byk2. So hari ni secara rasminya aku nk guna perkata yg td , 'biar la gambar yg menceritakan segalanya'. So biar je la kan...
Pic : sengaja snap time baru2 smpai tu
pic : nite view from our aprtrment. Kira ok la

pic : ni kt Masjid Selat. Panas tp berangin. Pic ngan adik aku, so jgn pkir bukan2 ye
pic : masing2 muka lapar, simpan perut dr petang juz nk makan kt sini, UMbai

pic : View from jeti umbai

pic : pic kt restoran kincir air tertua n mula2 kt MElaka

pic : pose perasan. Kredit pd Yana Clyne

pic : snap with my Grandmother (Atuk), susah betul nk ajak atuk bergambar n akhirnya dapat jugak. Sayang atuk very much..

Pic : ni pic kami tgh beratur nk naik river cruise. Punya la ramai, ada la dekat 2 jam jugak berdiri. Nk kata seronok tu xla, tp ok la ada gak naik cruise, kekke

pic : view from our aprtrment. Kira ok la

to be continued..............

Friday, November 5, 2010

keletihan yang melampau....

Aduh malam ni memang letih tp susah lak nk pejamkan mata. Kalo dh terlena pun tetiba terjaga balik. Macam na nk wat ni, esok dh la nk pergi Melaka, ada jejalan ngan family. Pas tu mggu depan hari selasa, ke Cherating lak, ada kursus...wow bz kan jadual aku, tp nk wat mcm na, dh tanggungjawab.

Tapi tu la, malam ni dh xleh nk tdo, trus on pc n update blog. Keke blog2 lain xsempat lg nk baca coz berukband ni biasa la, kelembabpan dia tahap dewa, kekadang sakit ati sgt2 ngan dia. Ala biarla, xleh nk wat pape pun, dh xda choice...

Semalam aku travel ke Ipoh, still xramai org kt highway. Jalan pun ok. Rini balik KL pun xda la sesak sgt juz bila dh smpi KL br ribu2 keta aku nmpak, yela mana taknya smpai KL time org balik keja, memang la bz.

OK la aku dh xda idea, ni update blog pun juz nk merepek je, bila tgh2 merepek tetiba rs mengantuk n kunun lelapkan mata kejap kt atas katil, last2 terlena. Ni terpakasa bgn jap tuk wat penutup entry ni, kekeke

Wednesday, November 3, 2010

Semalam kan...

Hah asal tajuk mcm ni??? xmenarik kan, pe la. Ish bg aku la, kalo nk wat entry mest tajuk antara yg paling susah nk pkir. Macam2 cuba, ada kekadang tu sampai lupa nk letak tajuk entry. Ni pun salah satu sebab ngape jadik malas nk update. kan kan, kawan2 blogger yg lain ada ke masalah mcm ni???

Ala lagipun semalam kan aku dh wat entry psal hari ini, tp xabis lg, so smbung la rini tp tajuk je kena tukar, sebab suma yg aku bakal nk cite ni berlaku semalam. Macam intro kt atas ni, masalah ni aku pkirkan semalam, tp xbrapa sesuai nk letak kt entry semalam. hmmm mcm pro je kan, padahal blog ni cap ayam je kot. keke

pic : xda kena mengena sebnarnya ngan entry
Semalam sebenarnya ada 2 mksud ( yeke ni ) dlm bahasa melayu, satu mksdnya hari sebelum hari ini n satu lg mksdnya, satu malam, tp ikut jugak la perkataan yg digunakan, ceewahh jdik cikgu lak kan. aduh sori2 termelalut lak. Banyak benda yang berlaku semalam n aku nk update hari ni tp aku terlupa lak tetiba. Tapi xpa la, biar la gambar yg menceritakan segalanya, kunun...



Pic ^ : pic ni sebenarnya sengaja aku letak, ada la org request kt entry2 sebelum ni. Masa ni aku la antara yg paling xcited tuk bersalam ngan Bos besar aku ni. Sgt seronok dpt pic mcm ni.


Pic ^ : seperti sedia mklum, monyet suka makan pisang, manusia pun suka makan pisang, jadi?? renung-renungkan...keke


Pic ^ : ha ni special skit, ni antara makan feveret aku kalo kuar ngan Z, tp sejak akhir2 ni dh jarang, masing2 sibuk...


Pic ^ : ni pic last, ni la salah seorag kawan yg rapat ngan aku masa belajr dulu,sama2 susah n senang, kepala gila2...dia ni pandai, slalu aku jelex ngan dia, dia asal MIRI, alwys dream to go there, bila agaknya dpt g kan???

Tuesday, November 2, 2010

Hari Ini....

Hari ni aku, aku luangkan masa jugak nk update blog ni. Rasanya dh lama sgt kot terbiar. Ramai kot kawan2 tanya asal xupdate dh **keke kununla femes sgt blog ni. Hmm rini xda nk cita pape juz nk merepek byk2.
Hari ni aku rs gembira sangat n mood aku pun berada tahap teratas...hijau2 lg, keke banyak benda yg dh aku wat, hmm masalah yg aku alami sekian lama pun dh mula ok, x diparas bahaya pun, thank kepada yg menyokong n membantu. Banyak benda yang berlaku dalam tempoh kebelakangan ni tp dh xbrapa nk igt nk tulih kt sini, so biar je la. Sebenarnya sejak akhir2 ni aku cuba mendekatkan diri aku kepadaNya, sebab aku tau DIA la satu2 nya tempt aku meminta segala pertolongan n always tempt aku mengharap. N Alhamdullilah everything ok n beransur ok. So kt sini aku nk kongsi la dgn sape2 yg baca ni, percaya la masalah or dugaan yang melanda kita ni sebenarnya ujian kepada kita. N always remember that all the dugaan n masalah yg kita ada semuanya pasti ada jalan, juz kena terus berdoa n berusaha. Percayala sesungguhnya DIA tidak akan menduga kita dengan dugaan yg kita tidak mampu harunginya, tp dgn syarat kita x akan berputus asa. Wah bersyarah lak, keke juz nk kongsi je walaupun aku ni bukan la apa sgt.

Hari ini...aku dh add adik pompuan aku yg sulong kt FB n Blog dia. Selama ni aku cam malas nk amek tau coz sebelum ni ada skit salah faham. Lame jugak xbertegur sapa. Biasa la masing2 darah muda. Kekadang aku ada jugak terpkir, untung diorg sekarang ni, suma papa + mummy dh sediakan, siap boleh kata mewah lg. Kalo zaman aku skolah dulu, masa tu family aku ada skit krisis, pedih woo kalo nk diigt balik, penuh dengan gangguan emosi, kecik ati, marah n kekurangan. Aku hampir hanyut tp alhamdulliah kawan2 yg menyelamtkan aku dengan nasihat suma2. Xda sape yg faham n tau, aku sorang2 masa tu. Bukan pa, juz xnk susahkan papa, dia dh cukup susah time tu. N alhamdulliah, skg ni dh ok xda lg dh mcm2 dulu , harap sgt adik2 aku belajr betul2 n berjaya ngan hidup masing2. Aku ???? pandai2 la, keke tetiba lak wat cite yg kunun2 sedih. Tp xpa, suma tu pengalaman, kan kan.

Hari ini jugak aku dpt tau yg pemilik blog Yana Clyne, telah membongkar beberapa rahsia yg aku xtau selama ni. haha Xda la. Ni sebenarnya blog milik adik aku yg aku crita kt atas ni. nor (nama aku pggil sejak dia kecik), Along dh tolong promote ni, sila la belanja, keke wah dasat gak bahasa2 yg digunakan beliau, xcaya singgah la tgk pa ada. Pic aku pun ada kt c2, masa bila ntah dia amek, ni nk kena dakwa ni, guna pic aku tanpa kebenaran...keke hmm xsangka sbenarnya, adik2 aku dh besar panjang, dh pandai pun luv luv...yg wat aku lg terkejut, adik aku yg form 4 tu pun dh pandai nk luv luv jugak. xpa la pandai2 la korang, dun break my heart sudah...keke btw Yana Clyne thanks for d info, tp xda ke pic awek Sal tu, N angah tu konfom ke still single mingle, try check tgk..keke

Hari ni aku nk upload pic yg xberkenaan pun dengan tajuk2 kt ats ni, sengaja je, baru la nmpak menarik entry ni, sori ye

pic 1 : hah ni la xtiviti masa lapang aku, papa n adik2 aku. Geram la papa still d best. Xtau camna nk kalahkan dia. Tgk adik aku kt atas tu, kemain semangat nk jentik buah. keke

pic 2 : ni la hasil pusing2 kt area KL. Cantik kan. Rasa xnk balik je dok kt sini. Sekarang ni suma guna efek lampu je.
pic 3 : aik tetiba je kan, ni sebenarnya muka tgh lapa, tgh tggu makanan sampai. Ni la salah satu orgnya yg banyak sgt membantu aku ketika susah, thanks sesangat....
Hah amek panjang kemain lg entry hari ni, udah la tu kan. Kang lg panjang xda lak org nk baca.Lagipun suma2 pun cita psal aku. Eh mestila kan, dh blog aku, pe da. Ok la nant ada masa aku update lg ye

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com