Geng-Geng

Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Tiket perlawanan Kelayakan olimpik : Malaysia vs Lubnan

Mengikut sumber SINI dan Abang Garang, aku dapat info mengenai harga tiket perlawanan kelayakan Olimpik 2nd Leg diantara Malaysia dan Lubnan.

Sebelum tu, perlawanan 1st leg tempoh hari berkesudahan seri tanpa jaringan. Ada juga aku buat entri mengenainya, Klik Sini untuk membaca. Hari ini sepak mula perlawanan timbal balik ini pada tepat jam 8.45pm di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tiket akan mula dijual pada 23Jun2011 iaitu hari ini bermula jam 3.00 petang. Apa lagi jom serbu ramai-ramai ke stadium, kang kalau tiket habis, jangan menyesal ye.

Harga tiket perlawanan tersebut di jual dengan harga :
1. RM30 (Grand Stand)
2. RM20 (Terbuka)
3. RM5 (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)

Jom sokong pasukan kita, tak kira dimana korang menontonnya. Ajak sekali kawan-kawan semua, siapa lagi yang hendak menyokong pasukan kita kalau bukan kita.

Wednesday, March 9, 2011

Lawan malam ini

Malaysia vs Pakistan
***update

Tahniah kepada skuad bola sepak negara kita. Walaupun seri ditempat lawan tapi kita berjaya mara ke pusingan seterusnya. Moga akan terus maju ke depan. Sangat kecewa semalam sebab tiada siaran langsung yang dijanjikan. Lama aku tunggu last minit cancel atas sebab yang xdapat di elakkan, benci gila. Sekurang-kurangnya bagitau la awal2 n sebab musababnya. 

Malam ni waktu Malaysia akan berlangsung satu lagi perlawanan yang melibat pasukan bola sepak kita. Perlawan kelayakan Olimpik. Hari ini perlawanan timbal balik di Pakistan.Jom sama-sama duduk depan tv, xpun kita penuhkan kedai mamak seluruh negara untuk menyokong pasukan kita. Tv lain aku xpasti ada ke tidak siaran langsung game tu, tapi kat Astro arena ada, aku dh konfomkan pagi-pagi lagi, tengok info je pun. Harap pasukan kita akan terus maju ke depan, kalo kalah, pastikan melawan. Biar tertutup terus pengkritik2 semua.
sumber:carian google
ramalan????
aku rasa malaysia akan score lagi dua bijik, so total agreget nanti akan jadi 4-0. Amacam??

Monday, March 7, 2011

Bola punya cerita

Sebut pasal bola mesti semua ingat aku nak cerita pasal Liverpool vs Man U, tapi xpa cita la skit kan. Game semalam memang best, xrugi aku mengadap tv lelama. Suarez dari Liverpool memang hebak, dialah punca segalanya. Tak rugi belanja besar untuk beli beliau dan sorang lagi striker baru Liverpool, Andy Caroll, belum lagi nk tunjuk taring, kalo tak mau kena 5-0 Man U semalam. Forza Milan!!

Semalam masa tengok bola, ada aku terfikirkan beberapa perkara yang memeningkan kepala aku. Ingat semalam nak terus update dalm blog, tapi sebab ngantuk lak. Wah kunun dasyat tapi sebenarnya tak ada pape pun, ini sekadar omong kosong mengenai bola.

Korang perasan tak setiap kali keluar atau di tukarkan, player dalam padang mesti nak kena tap tangan player baru?? kenapa ye? ada peraturan ke yang macam tu? al maklumlah aku ni memang main bola sejak kecik tapi setakat benda-benda kecik ni aku xperasan lak.

Semalamkan game antara team terkemuka, ada la sorang player ni, star kot, dia kena tackle, kemain mengamuk lagi. Lepas kena tu, boleh je berlari terus ke pengadil tapi lepas xdapat perhatian dari pengadil terus terduduk menangis dan xleh nak jalan. Adehh kemonlah, biasalah tu kalau main bola, sikit-sikit kena tackle, buang masa je nak mengamuk xtentu pasal. Lagi satu yang buat aku menyampah, time tukang angkat katil tu nak angkat si star ni, kena marah lak. Sian dia, dia cuma menjalankan tugas. Dh tau injured, bagi la orang tolong. Pe da kata star, tengok Safee Sali, sporting je...keke

Ni bukan pasal game semalam, kalo team yang kita sokong or yang kita main kalah, mesti akan salahkan sesuatu, antaranya pengadil xadil lah, player lawan main kasar lah, xsihat lah dan macam-macam lagi.Pelikkan padahal itu semua nasib dan skill. kekadang sampai seminggu di jajanya cerita tu. pelik pelik.

Korang perasan tak, mana-mana player yang menjaga stail dia atas padang, mesti main xbrapa nak bagus. Maksudnya, amek cth team yang aku suka, striker terkemuka dia, apa ntah namanya, dia memang hebak tapi sejak dia jadik femes, dia mula jage rambut dan banyak lak stail dia, performance dia sebagai penyerang bernaluri pembunuh tu merudum.

Sebenarnya macam-macam lagi,tapi tu je yang aku teringat pagi ni. Renung-renungkan..

Thursday, December 30, 2010

Semalam tengok bola

Semalam aku pergi tengok bola dengan kawan-kawan sepejabat. Itupun last minit ajak. Kelang kabut jugak la mula-mula tu, tapi disebabkan semangat nak tengok bola, kami redah segala dugaan dengan tabah. Hujan lebat dan jalan yang sangat jem membuat kesabaran aku di tahap maksimum, nasib berbaloi aku redah semua tu becoz kita dapat bawak balik piala Aff Suzuki tu ke Malaysia.

Mula-mula plan memang ribu-ribu tempat and finally pilih untuk ke Bistro Bola kat Sunway Gizi Kota Damansara tu or dekat restoran Idaman bersama-sama dengan krew Hotfm. Tapi disebabkan hujan lebat dan jalan jem teruk di KL ni, aku dengan kawan-kawan aku terpaksa tukar plan. Bukan apa takotla kan, kang xpasal-pasal kena tengok bola guna radio je kang. kan naya namanya tu. Pilihan terakhir yang di pertimbangkan, kami decide nak tengok bola kat area Sentul je. Dekat restoran mamak je, namanya restoran seri mahkota kot.... dekat sana agak happening jugak la. Dah macam stadium aku tengok, punyalah ramai manusia. Mula-mula aku sampai memang xda orang langsung, then aku n geng-geng memang xkisah la, last2 penuh gila, sampai jalan dekat area-area situ semua penuh dan kalo lame skit, konfom-konfom jem. N nasib masa kami sampai kat restoran tu, hujan dah benti, pastu kami dapat meja kat betul-betul depan skrin...puas gila tengok bola ( kunun padahal xda la dekat sangat).


 Secara keseluruhan permainan agak seimbang just kadang-kadang terlebih sikit pada pasukan lawan. Yang ini pendapat aku sendiri, tak tahu la aku perasan macam ni sebab aku penyokong Malaysia or pape. Tapi semalam aku tengok referee macam ada berat sebelah sikit la. Geram jugak tengok sebenarnya, tapi xpa, pape pun Malaysia dah menang. tahniahhh!!!! So semua rakyat Malaysia, enjoy cuti yang diberikan esok, xsia-sia usaha kita selama ni sebagai penyokong pasukan Malaysia. 

Tuesday, December 28, 2010

Di Sebalik Piala AFF Suzuki

Sejak akhir-akhir ini pencapaian yang di tunjukkan oleh pemain bola sepak negara kita agak memberansangkan. Hampir semua media memperkatakan tentang pasukan kita. Tahniah diucapkan kepada pasukan kita. Kalau hendak diikutkan perlawanan dengan Indonesia tempoh hari sangat menarik dan setiap pasukan berbalas-balas serangan. Namun kejadian tiba-tiba bertukar menjadi agak kontroversi disebabkan pancaran laser. Keadaan berlarutan sehingga kini dan hampir semua media melaporkan kontroversi ini. Ada diantaranya saling membenci dan mengutuk. Persoalannya adakah hanya pancaran cahaya laser yang sekejap dan lemah itu mampu mengganggu kosentrasi pemain???  Ataupun hanya lakonan semata-mata untuk menggangu emosi dan rentak permainan?? Ataupun mungkin kerana gawang anda sudah di bolosi?? Semua persoalan itu sekarang termain-main difikiran aku. Mana perginya semngat kesukanan. Ataupun mereka-mereka yang berkontroversikan isu ini tidak pernah bersukan dan tidak tahu langsung semangat kesukanan???
 Secara jujurnya, dari dalam sudut hati aku bercakap, dan bukan memilih kasih sebab aku penyokong pasukan Malaysia, pada mulanya aku sendiri marah dan tertekan dengan kekalahan Malaysia pada peringkat kumpulan. Kalau diikutkan hati, memang hendak sahaja aku memaki hamun apabila keputusan pengadil tidak memihak kepada pasukan kita, tapi bila difikirkan secara matang, untuk apa aku berbuat demikian. Ini hanyala sukan, sukan sebenarnya dimainkan untuk mengeratkan hubungan bukan untuk bergaduh dan sebagainya. Pada mulanya aku sendiri malas untuk ambil tahu mengenai isu remeh ini, namun apabila dibaca komen -komen dan tuduhan dari penyokong pihak lawan , hati aku mula berasa kecewa. Tapi tidaklah sampai ingin mengutuk atau sebagainya. Cuma aku hendak jelaskan disini, jikalaulah ada diantara seorang daripada penyokong yang menyalah gunakan laser tu, tapi kenapa seluruh  rakyat Malaysia yang dipersalahkan?? cuba anda ataupun lebih tepat lagi, orang yang mengutuk Malaysia itu fikirkan?? Tidak ingatkah semua dan segala bakti yang telah dilimpahkan kepada anda. Bukan mengungkit tapi sekadar mengingatkan sahaja. Aku dan orang lain tidak mengharapkan apa-apa balasan, cukuplah sekadar bersyukur kepadaNya. Sukan tetap sukan, jangan cemari sukan dengan macam-macam aktiviti tidak bermoral dan buang masa. Dan jangan sebabkan benda remeh, kita sesama manusia berbalah dan saling membenci. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya. Bola itukan bulat, apa-apa boleh terjadi, kena ada usaha baru menjadi.

Petikan dari perbualan Dj radio Hot.fm pagi td, AC Milan dulu dh lead 3-0 pun boleh dikalahkan( walaupun aku penyokong AC Milan) tapi itukan AC Milan, kita MALAYSIA, tidak mudah mengalah walau apa terjadi. Bila harimau mengaum, pastikan korang semua tidak datang dekat, maksudnya harimau itu lapar...haha

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com