Geng-Geng

Thursday, April 11, 2019

Mesin Rumput di Laman Rumah - Ogawa

Ogawa BG330DT Brush Cutter 

Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam abam bangla yang dok mesin rumput tepi jalan. Harga yang mampu milik walaupun sebenarnya ada yang lagi murah. Kalau nak ikutkan brand, berlambak sebenarnya...yang aku berkenaan macam brand taneka/tanika, season, okazawa, ogawa sbb harga dia mampu beli..kalau yang mahal memang aku minat mitsubishi, Stihl, Honda 4T or Tanaka...tu tunggu bila dah pakar nanti, leh kot nak upgrade.

Kat Mana Beli??

Ini persoalan yang sering bermain-main dalam fikiran aku sebelum aku beli. Habis di google tapi semua yang ada jauh-jauh. Akhirnya aku buat keputusan untuk bertanya pada kedai kedai hardware berdekatan pejabat dan kawasan rumah. Memang range harga dia bawah RM500 untuk jenis mesin ini, tp ofkos kalau yang baik dan berjenama, harga dia pun tinggilah sikit, cuma ikut kita nak beli yang mana. Macam aku, mesin ini pun dah cukuplah untuk tebas2 kawasan rumah kan. Kebetulan masa nak beli tu, harijadi lazada so sempat la aku servey servey cuma keberanian nak beli tu belum ada. Banyak juga pendapat dan review review yang aku baca dari setiap item, dapat jugalah idea idea kan dari zero tu, ada la 1 dapat kan..hehehe

So aku beli pagi pagi sabtu sebab ada satu kedai hardware ini bukak awal pagi dekat area rumah aku. So rezeki dia sebab aku singgah mula2 nak tanya je, last sekali terus beli. Memang aku dah nekad nak cari brand ogawa ni, dan kebetulan kedai tu hanya jual brand tu je. Beza sikit je dari kedai yang aku mula2 aim nak beli tu di Shah Alam. Balik je rumah terus godek sana sini, tengok utube la. Biasalah bilamana benda murah ni, penjagaan perlu lebih teliti barulah jangka hayat dapat bertahan lama.

Prestasi Mesin ???

Bab ini memang terbaik. Tak sampai separuh hari, habis selesai keliling rumah aku mesin. Berhenti pun sebab tangan dah krem..hahaha noob kan biasa la tu. Kira satu pengalaman baru juga buat aku walaupun habis satu badan sakit sakit. Dari nak pasang mesin, campuran minyak, tukar mata semua aku buat sendiri. Sikit sebanyak dapat juga aku belajar selok belok mesin ni. Dapatlah jimat kalau panggil orang potong, RM100 gak melayang. 


Gambar acah acah nak memesin. Mula mula pilih tempat yang senang dulu. Slow slow belajar. Jangan lupa pakai safety...Kasut safety, cermin mata, sarung tangan...baju n seluar yang sesuai...

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com