Sapa yang kata macam tu mesti belum pernah merasai kerja sebagai kakitangan awam. Untuk mengukuhkan apa yang aku kata, ada aku intiview pendek seorang yang dulunya bekerja sebagai kakitangan awam. Hasilnya, selain dari kata gaji kecik, dia kata kerja kerajaan ni boring sebenarnya. Sepanjang aku kerja ni, banyak dah pengalaman yang aku dah dapat. Aku tak taula orang lain macam na, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga aku sorang je yang rasa macam tu.
Yang pertama, bab nak mintak tolong, memang susah, semua pun akan cakap xtau ataupun banyak gila alasan dibagi. Padahal si dia belum mencuba/mencari lagi dah ckp tak tahu. Adehh mula-mula dulu memang aku rasa bengang, tapi sekarang dah biasa. Yang kedua, kalo bab-bab tugasan, memang seorang pun tak akan sukarela untuk terima. Lagi ditolak lagi ada. Biasanya budak yang nampak rajin or boleh buat kerja akan disuruh untuk buat. Kalo boleh semua kerja pun nak dibagi pada beliau. Aku bagi contoh, seorang pembantu tadbir aka kerani hanya buat satu kerja iaitu merekod surat masuk, bukan tak diberi kerja, tetapi banyak alasan diberi. Bayangkan, laporan punch kad bila disuruh buat cakap tak tahu, then dia pulak yang arahkan seorang Jurutera untuk buat, pelik kan? Itulah dia kejadian yang berlaku kat sini. Selain yang dua tu, ada juga yang pelik, yang tahu mengarah je, bagi cadangan pelik-pelik, tapi perlaksanaannya, orang lain yang buat, dia kunun-kunun ada kerja lain. Itu belum kes tikam kawan dari belakang.
Satu tips yang aku dapat dari otai, katanya "ko jangan tunjuk pandai sangat, nanti ko je yang kena buat". Memang betul apa yang dia katakan. Aku sendiri alaminya, sekarang aku lebih banyak kerja berbanding dengan orang lain (poyo je). Kalo dulu aku di swasta, memang berebut nak buat kerja sebab nakkan prestasi lebih baik. pelik kan?
sumber : carian google
Itulah dia semua yang aku fikir dan rungutkan masa mula-mula aku di perkhidmatan awam. Tapi sekarang aku dah mula faham, apa yang diorang buat tu semua merugikan. Kalo kita terus merungut dan tengok kesalahan orang lain, sampai bila pun xkemana. Apa salahnya kalo kita saling tolong menolong dalam pekerjaan. Biar banyak kerja coz kita boleh belajar. Tak selamanya kita nak duduk kat satu tempat je.
Memang kalo kita tengok jangka masa pendek, ada yang best dan ada jugak yang xbest kerja di perkhidmatan awam ni. Kalo tengok jangka masa panjang, alhamdullilah .Kerja kat sini memang banyak kelebihannya, kalo nak senaraikan, penuh page pun xcukup. Bak kata orang, kalo kerja perkhidmatan awam ni, nak hidup mewah tu xdalah, tapi setakat nak sara keluarga tu insyaAllah xda masalah. Persekitaran tempat kerja yang menarik bergantung pada diri sendiri, bukan pada orang lain.
Pada aku kerja kat mana pun sama je, ikut diri kita sendiri sebab kita yang menentukan samaada tempat tu best ke tidak. Setuju??