Geng-Geng

Tuesday, January 31, 2012

Janji

Salam dan selamat pagi pada semua,
Entri ringkas dari aku...



" Saya akan melukis muka awak "

" Saya janji akan melukis muka awak  "

" Saya janji akan cuba melukis muka awak "


Antara ketiga-tiga ayat di atas, ayat mana korang rasa lebih membawa maksud berjanji ? konfom-konfom ayat yang kedua itu kan?

Untuk apa aku wat entri begini? bukan apa sesetengah orang, sibuk melaungkan orang berjanji tetapi tidak ditunaikan dan sibuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Cuba kita fikirkan kembali, apa ayat yang digunakan sehinggakan kita boleh menjatuhkan hukuman?? Oklah selamat berfikir
ps: ini pendapat peribadi, maaf jika salah


Monday, January 30, 2012

AJL 26 I Tema Air

Hari ini mesti ramai yang buat entri bertajukkan AJL 26 kan?? Samalah aku tak nak ketinggalan juga. Eh jangan fikir bukan-bukan, aku update mengenai AJL 26 ni sebab aku kagum dengan efek dan kesan khas kat pentas AJL semalam. Hebat betul Stage Enginner dia. Walaupun aku tengok kat rumah aku dapat rasakan kehangatan pentas AJL tu, gempak betul efek-efek yang di tunjukkan tu.
 sumber : live.tv3
Semalam dah la demam dan sakit perut, aku usahakan jugak untuk tengok walaupun kekadang terpejam jugak mata aku. Yelakan efek ubat yang sangat dasyat tu. Seingat aku, persembahan terakhir yang aku betul-betul tengok is persembahan dari Najwa Latif, yang lain suma kejap-kejap terpejam mata. Keputusannya pun aku dengar sambil mata tertutup. Secara keseluruhan, AJL kali ini memang gempak dan keputusan yang telah dibuat juga hebat-hebat belaka.

Dalam banyak-banyak pujian dan keasyikan orang yang menonton tu, biasalah ada juga yang tak suka dan tak berpuas hati dalam sesetengah perkara. Bagi aku senang je, apa yang telah dilakukan semalam telah dilakukan dengan segala usaha dan penat lelah, why not kita cuba hargai. Ketepikan masalah peribadi atau sebagainya. Mungkin anda tak suka cara penyanyi itu menyanyi ataupun persembahannya, tapi tak perlulah mengutuk atau mengata if dia menang atau apa yang telah dia lakukan. Cuba kita fikirkan kenapa dia sebagai penyanyi boleh berada di pentas muzik paling berprestij di negara kita, pasti ada sebabnya. Mungkin bg kita tak sedap tapi bagi orang lain, dia best, begitu juga sebaliknya.

Aku setuju bila ada yang mengatakan kita ni ada hak untuk mengkritik. Perlu ingat, kita dianugerahkan akal untuk berfikir. Fikir dulu sebelum meluahkan kritikal sebab jika salah mungkin akan menyinggung perasaan orang. Untuk memberi kritikal, ada caranya bukan dengan hanya menyembur. Cuba sekali lagi kita letakkan diri kita di tempat orang yang kena kritik, pasti kita akan faham setuasinya.

Thursday, January 26, 2012

Item : Apam Polkadot & Ladybird



Apam corak polkadot dan COrak ladybird

50 biji + - = ( Harga pengenalan ) 

Sebarang pertanyaan atau komen boleh email pada saya di hujanhehe@gmail.com. Buat masa sekarang, urusniaga di kawasan berdekatan  dengan tempat tinggal, Batu Caves dan Sentul (boleh dipertimbangkan)

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wenesday : 1





Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Tuesday, January 24, 2012

5 kelebihan lelaki berkulit gelap

Kali ini aku keluarkan satu entry berbentuk info. Wah dasyat betulkan, tak apa idea ni aku dapat masa aku mandi tadi. So aku terus aplikasikan ke dalam bentuk entry. Mungkin info kali ini lebih pada pengalaman aku sendiri dan aku rasa lebih kurang sama kot dengan orang lain yang seangkatan.So kepada lelaki yang berkulit gelap tu, jangan risau, korang pun ada kelebihan jugak. Aku tahu korang dah tak sabar kan, jom tengok antara kelebihan-kelebihannya....

1. Jimat duit. Sebab apa korang kalau pergi mandi laut or bersukan,  tak perlu nak pakai sunblock yang leceh tu. Muka pun tak payah nak beriya jage. Jage sikit-sikit je dah nampak macho.  

2. Orang akan nampak kita ni ganas dan garang. So kalau ada yang nak membuli or buat benda bukan-bukan, mesti diorang akan fikir 2 3 kali. Silap silap orang tu yang kena balik.

3. Lebih ketenangan. Sebab apa aku kata macam tu, yela mungkin lebih sikit dari yang berkulit cerah. Ketika berjalan di cuaca panas, kan kitorang2 ni lebih tenang.. Sebab tak perlu nak pening pale nak jage kulit bagai.

4. Bila kena jerawat or demam campak or sebagainya, tak perlu nak penat2 cover. Sebab luka-luka tu antara nampak dan tak nampak je. Kena tengok dari dekat baru nampak. 

5. Yang ini paling aku suka dan kekadang naik malu lak. Haha gedik. Ada la orang kata bukan aku kata. Sekali imbas tengok aku dah macam pelakun...ala apa nama dia.... Abg Remy dan Abg Anuar . Tapi bila dah dua kali tengok, baru dapat cam aku .Sape kata orang kulit gelap ni tak hansem n macho?? tengok ada orang samakan aku dengan pelakun walaupun pelakun tu bukanlah berkulit gelap pun. 

6. Yang ini yang ke enam, saje bagi lebih, bukan apa teringat pesan cikgu dulu2, kalau soalan mintak 5 jawapan, bagilah lebih. So inilah dia point ke enam. Kalau kita main nyorok-nyorok atau permainan burung hantu (selalu dimainkan ketika team building), senang coz atas faktor yang sama seperti point diatas, susah untuk di kelihatan. Jenuh jugak nak cari, tambah-tambah kalau main waktu malam dan pakai pakaian gelap. Haha yang ini bunyi macam lawak tapi inilah hakikat.

Itulah dia antara kelebihan bagi orang yang berkulit hitam. Jangan rasa rendah diri atau sebagainya. Tak salah berkulit gelap. Setiap dari kita ada kelebihannya. Percaya, DIA menjadikan sesuatu perkara itu bersebab.

Wednesday, January 18, 2012

Ditegur

Petang ni hujan turun dengan sangat lebat, sambil sambil makan goreng pisang aku mengupdate blog aku yang aku rasa dah semakin sunyi. Salah aku jugak, malas untuk update, kalau berblogwalking pun, macam tu macam tu je, tak ada langsung tinggalkan komen. Maaf ye kawan-kawan. 

Aku kembali bersemngat untuk menengok blog aku ni selepas di tegur. Memanglah bukan semua teguran sedap di dengar tapi ianya membuat aku kembali ber mood untuk meng update. Poyo je ayat tu kan, alasan semata. Biasalah bila dah salah, memang alasan beribu-ribu.

Macam akulah, aku ni jenis suka di tegur. Lagi di tegur lagi la melawan aku untuk menjadi yang terbaik. Memang aku akui kekadang pedih je terima teguran, tapi ianya akan jadi semangat if kita pkir positif untuk semua tu. Aku kalau buat sesuatu aku pasti akan meminta komen terutama dari kawan-kawan aku. ianya membuatkan aku tercabar dan aku akan terus memperbaiki dan memajukan diri. So kepada yang menegur tu, thanks sangat-sangat ye, aku sangat hargainya.

Oklah sampai sini sahaja aku update, sudah kekeringan idea. Tambah-tambah waktu hujan ni, tengah dok pkir ayat apa nak buat pun aku boleh tertido. Dah kritikal dh kemengantukan aku ni, ayat update ni pun aku rasa macam berterabur, tak apalah janji berupdate, ye tak...haha

Thursday, January 12, 2012

Kata pagi

Change your thoughts and you change your world.  
by Norman Vincent Peale

Just nak share dengan kawan-kawan. Walaupun ayat ini bukan dari aku tapi ianya membawa seribu makna pada aku. Ubah cara pemikiran dan insyaAllah kehidupan akan berubah. Kekadang di sebabkan pemikiran yang sempit, seseorang itu tidak akan kemana. Perjalanan hidup dia akan sentiasa dihalang oleh satu dinding besar dimana dia tidak lagi boleh ke depan walaupun bermacam cara di cuba.

Semalam ada aku nasihatkan perkara ini kepada insan penting dalam kehidupan aku dengan harapan ianya boleh mengubah cara kehidupan kami. InsyaAllah dengan ke izinan dari NYA, kehidupan akan berubah if cara pemikiran kita berbeza. Jangan terlalu sempit sehinggakan banyak perkara menjadi salah, tapi perlu di ingat, pemikiran kita juga jangan terlalu open, perlu ingat batas-batas kita sebagai seorang manusia dan yang berpegangan. Yang baik kita serap dan yang buruk kita cuba perbaiki. Yela setiap manusia diciptakan berbeza-beza Persoalannya macam mana kita nak ubah pemikiran kita? itu terpulang pada diri kita. Aku pernah terdengar dulu, berfikir luar dari kotak atau berfikir luar dari kebiasaan. Baru keputusannya akan jadi lain dan lebih bermakna. Mungkin ianya akan membantu kita bagaimana untuk lebih terbuka dan mungkin juga untuk mengubah serba sedikit pemikiran kita.

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih 2012 : Kelantan vs Negeri Sembilan

Piala Sumbangsih 2012 merupakan perlawanan pertama saingan bola sepak negara kita yang melibatkan 2 team hebat musim lepas iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan. Game bermula jam 8.45pm dan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penonton boleh di kira ramai walaupun masih lagi byk tempat kosong.


Alamak dah macam paper lak aku update blog. Kembali balik pada keadaan asal. Masa aku update ni, game separuh masa kedua baru bermula. Secara keseluruhan, game memang terbaik. Saling serang menyerang. Pemain import memang menyerikan lagi liga bola sepak kita. Pemain kita, aku tengok dari game malam ni, ramai yang dah improve dari pelbagai aspek. Mungkin sedikit masa lagi, liga kita akan menjadi sehebat liga liga dari negara jiran atau mungkin dari eropah.


Aku tetap dengan pendirian aku, mutu bola sepak kita telah meningkat. Aku tetap akan terus menyokong bola sepak kita. Biarpun masih ada di luar sana yang memperlekehkan pemain dan bola sepak kita, aku tetap takkan berganjak. Tambah tambah pulak kepada pasukan feveret aku iaitu Selangor.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, January 3, 2012

Tanggungjawab

Alhamdulillah pagi ini merupakan hari pertama aku dalam tahun ini bekerja. Syukur kepadaNYA aku masih mampu berdiri mencari sesuap nasi, dan aku bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang diberikan. Hari ini aku akan ke Pulau Pinang dan selepas itu ke Perlis. Biasalah untuk yang menurut perintah macam aku, bila di arahkan untuk menjalankan tugas, aku kena pergi walaupun hati perit untuk meninggalkan begeri kelahiran aku ini. haha. Mungkin juga blog aku akan kesepian kembali walaupun niat tahun ini untuk tidak mengabaikan penulisan dalam blog ini. Apakan daya, tugas dan tanggungjawab perlu di dahului.

Sebut mengenai tahun baru dan tanggungjawab ini banyak sebenarnya yang boleh dikatakan. Cuma aku rasa banyak kejadian yang berlaku pada atau selepasnya sambutan tahun 2012 tidak masuk di akal, mungkin disebabkan mereka-meraka yang terlibat lupa akan tanggungjawab masing-masing. Yela contohnya macam aku, yang bekerja buatlah kerja masing-masing, yang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, tak perlu nak merempit, beromen atau sebagainya. Pelik aku dengan sesetengah manusia ni, lupa dan lalai dengan tanggungjawab. Bak kata orang, manusia ni tak perfect, biasalah tu lupa sana, lupa sini. Aku akui ianya betul tapi janganlah sampai nak merosakkan masa depan atau sebagainya. Nape aku cakap macam tu, yela ada setengah itu kena tahan lokap la, tangkap khalwat la dan macam-macam lagi, semua tu merosakkan masa depan.

Tak apalah, yang penting aku tahu apa tanggungjawab aku sebenarnya. Dan aku pun yakin semua kawan-kawan aku tahu tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sama-sama kita berusaha untuk memajukan diri, jangan terpengaruh dengan minoriti-minoriti yang mencacatkan dan mentidak tenteramkan keadaan. Disambil sambil kita memajukan diri, tak salahkan untuk kita doakan mereka-mereka yang terlibat untk lembutkan hati dan sama-sama memajukan diri sepertimana kita dan majoriti lakukan.

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012

Alhamdulillah. Itu sahaja yang terbayang dan terkata-kata dalam hati aku. Bila difikirkan segala pengalaman hidup yang di tempuhi sepanjang tahun 2011. boleh menitis air mata. Banyak sangat yang telah dilalui, tak kira sama ada suka atau duka. Semuanya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Tanpa pengalaman ini, aku rasa agak susah juga untuk aku teruskan hidup seperti sekarang.Apa yang pasti sekarang, aku akan pastikan tahun ini akan lebih dihargai dan aku akan cuba memperbaiki diri dari segala aspek. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Tak akan kita hendak duduk di satu takuk sahaja, tak akan nak biarkan orang lain saje yang maju?

sumber: carian google
Sebut mengenai melihat orang lain maju ini, aku teringin berkongsi satu cerita. Mungkin juga ianya berkaitan dengan hidup aku dan mungkin juga tidak. Tetapi aku nak ingatkan, jika ada persamaan dengan kisah seisapa, maafkan aku, tidak berniat pape pun. Alkisahnya bermula begini, tatkala melihat kejayaan orang lain, kita merasa cemburu, bagi aku, ianya perkara biasa, siapa yang tidak mahu berjaya.  Setengah pihak beranggapan ianya lebih bersifat dengki dan tidak berpuas hati dengan kejayaan orang itu. Disebabkan pemikiran begini, aku rasa banyak berlakunya perselisihan faham dan membuatkan silaturahim menjadi rengang.

Mulai saat ini apa kata kita betulkan sesama pemikiran kita, jangan menuduh atau mengata sesiapa. Anda berjaya, syukur kerana itu tetapi bila orang lain menyuarkannya kejayaan anda, bukan selalunya beerti dia dengki atau tidak berpuas hati, mungkin ianya lebih kepada gurauan, kalau tak pun, maybe ianya sekadar pembakar semangat kepada dia.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com