Hye semua, sebagai mukadimah cukuplah sekadar aku mengatakan yang hampir semua orang ada dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan baik, betul tak?? Teori ni aku dapat dari pengalaman hidup aku, tak rajin pun nak g kaji mana-mana statistik, keke. Persoalannya hari ini, jika ianya berlainan jantina, bagaimana pulak dengan rintangannya? Tak ke kalau terlalu rapat akan menimbulkan perasaan nanti?? Ataupun mungkin akan ada yang bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya?? mungkin ada juga yang berjaya, tapi mengikut firasat aku majoritinya akan ada yang menaruh perasaan(kalau tak betul sila betulkan ye)

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu macam na nak membincangkan perkara ini. So aku bercerita dari pengalaman aku selama aku hidup dan apa yang aku dengar la. Mungkin lebih senang jika aku meletakkan diri aku berada pada dua-dua situasi.Boleh tak macam tu?? Hari ini persoalan entri aku ni lebih fokus kepada kawan baik yang berlainan jantina dan bukan bermaksud aku xda kawan baik lelaki.
Suatu masa dulu , aku sendiri berkawan baik dengan seorang wanita. Kami memang rapat dan segala yang kami buat memang bersama, segala cerita suka dan duka juga dikongsi. Tapi akhirnya aku menaruh harapan pada dia. Bak kata orang, kalau dah suka, luahkan je. Then rupanya aku hanya menepuk sebelah tangan. Persahabatan kami pun mula macam xselesa dan xserapat dulu. Kenapa ini terjadi???

Lain pula kes yang ini, dimana suatu ketika dulu jugak, aku memang niat untuk berkawan baik dengan dia. Bukan apa, aku senang untuk menceritakan apa saje pada beliau dan perwatakan beliau juga lebih kurang sama macam aku. Setelah sekian lama, aku dapat tahu yang dia menaruh harapan pada aku tapi bukan dia yang gtau, aku dgr dari kawan lain. Namun aku agak perasan dengan kelakuan dia sejak dua menjak kami berkawan. Aku menjadi sangat tidak selesa dengan keadaan ni, then cuba untuk mengelak. Kejadian (wah dasat) itu membuatkan keakraban kami berubah. Kenapa???
Kesimpulannya jangan cari kawan baik yang berlainan jantina, senang xpayah pikir-pikir. Kalau nak juga, sila kuatkan diri dan set dari mula-mula lagi. Kalau sudah terjadi pun, duduk berbincang dan buat sesi luahan, lepas itu aku rasa maybe ok kot walaupun still ada rasa kekok, tp percaya la, lame-lame mesti ok asalkan ada perbincangan. Betul tak, semua masalah pun ada caranya. Sape nak kehilangan kawan baik kan, tambah-tambah pulak kita dah lame ngan dia. Tapi kalau la dua dua pun suka sama suka, tak ada masalah la.