Geng-Geng

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Tugas baru dalam IT

Akhirnya habis juga mesyuarat diantara ajk ajk laman web cawangan aku di pejabat aku ini. Boleh dikatakan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancarnya walaupun aku bermula dengan sangat berdebar. Ialah biasalah aku sebelum ni belum pernah mengendalikan laman web yang besar-besar macam laman web cawangan aku ni. Alhamdulillah mesyuarat berjaya diharungi. Keputusannya, aku akan menyibukkan diri dengan jayanya bulan ini dengan laman web cawangan aku walaupun secara dasarnya aku memang tak tahu pape pasal laman web ni, takat blogspot tu bolehlah, itupun baru sikit keke.
sumber : carian google
Aku nak cakap pun malu sebenarnya sebab aku sendiri tak tahu apa yang bakal aku tempuhi selepas ni. Aku telah dilantik dengan jayanya untuk mengetuai ajk mengemaskini dan memajukan laman web cawangan aku. Macam aku cakap tadi aku memang tak tahu satu habuk pun pasal laman web ni, tapi yang membuatkan aku menerimanya dengan hati yang berat ialah minat. Manalah tau ilmu yang bakal aku dapat nanti boleh di gunakan untuk memajukan dan mencantikkan blog picisan kesayangan aku ni ataupun boleh digunakan dengan pelbagai cara.

Kepercayaan yang di berikan oleh mereka itu aku anggap sebagai batu loncatan untuk aku terus maju walaupun bidang IT bukan bidang keutamaan aku. Minat yang mendalam dalam bidang IT membuatkan aku sanggup menerima cabaran ini. Macam yang bos aku kata, pandai atau tidak dalam bidang IT bukan ukuran, tapi kesanggupan menerima cabaran dan belajar sesuatu yang baru, itu menjadi ukuran. Aku ambil kata-kata itu sebagai semangat untuk belajar.

Ps : ada sesiapa tahu apa itu joomla??? CMS ke?? mohon tunjuk ajar..

Wednesday, February 2, 2011

Dapat interview sudah

Wah tengok tajuk memang gempakkan. Sebenarnya ni je tajuk yang aku dapat pikir malam-malam bute ni. Eh malam lagi ke? dah pagi sebenarnya. Aku bukan apa, dalam awal tahun ni, aku tengok ramai je kawan-kawan aku yang dapat interview untuk jawatan idaman, tak kiralah gomen ke, private ke? janji diorang dapat interview.Tapi yang peliknya aku ni entah bila nak dapat, pelik?? Eh tak dalah, saje je nak buat lawak, mungkin belum rezeki aku tu, kena teruskan usaha dan sentiasa berdoa kepadaNya.
sumber:carian google

Sebut pasal interview, adalah satu kisah ni, bagi aku lawaklah, korang aku tak taulah kan. Ni kisah interview masa aku kerja dengan call center dulu.Keja ni pun direkemen oleh seorang teman, masa tu baru je habis belajar. Masa tu aku memang sangat lemah dan takut untuk berbahasa inggeris. Cehh macam sekarang dah teror je. Interview masa tu ada 4 sesi, tak ingat aku kejadian ni berlaku pada sesi ke berapa. Kalau bab memperkenalkan diri memang laju je sebab dah karang dari awal-awal lagi. Tapi bab-bab soklan lain yang di tanya, memang hancur aku. Yang lawaknya, ada satu jawapan tu, aku dok ulang-ulang je. Pusing sana pusing sini, jawapannya sama just ayat je lain, then tetiba je berenti. Eh lupalak nak gtau, masa aku interview tu, dia buat skali 10 orang. Masa aku berenti tetiba tu, aku tengok semua pun tengah tengok aku. Lagilah aku jadi neves, aku terus cakap " dah abis dah". Semua pun senyum je dengan aku, malu betul rasanya time tu. Start dari itu, interviewer dah tak tanya aku soklan yang susah-susah dah. Akhirnya aku dapat jugak kerja tu, tapi kena speaking. Macam-macam lah aku buat untuk tak mo guna bahasa inggeris tp akhirnya aku boleh juga berbahasa inggeris walaupun still gagap. Wah kemain banyak lagi aku cerita kan.

Ni ada beberapa tips untuk interview, aku amek dari nota seorang teman. Bagus nota ni, so aku kongsikan dengan semua juga. Secara kseimpulannya kunci utama menghadapi interview:
- bersedia
- berpakaian kemas
- jadi diri sendiri
- bersedia dengan kemahiran yang dikehendaki
- kuasai bahasa
- pantas menjawab soklan
- jangan baca skrip


ps: kepada miss Z, gud luck untuk interview nant ye. Same tuk kawan2 yg lain juga..

Tuesday, January 25, 2011

Cerita hot hari ini


Hari ini hari selasa. Rasanya semua pun tahu, sengaja je aku nak gitau, mana tau kot-kot ada yang bw sampai lupa hari ini hari selsa. Apa je yang ada pada hari selasa??? jawapannya hari ni ada pasar tani kt ofis aku. Adehh intro yang entah apa-apa. Sebenarnya tak ada idea ni, tp nak jugak update, ok lah kan dari tak ada pape.


Selalunya pagi-pagi waktu kerja macam ni, aku akan bukak blog dan berbw duu, then akan buat satu entri. Tapi hari ni malang pulak. PC aku di ofis ni tak boleh nak restart. Terpaksa hantar ke pusat teknolgi maklumat untuk repair. Harap dia ok la.


Yang memeningkan kepala, ada satu report audit yang perlu dihantar 28hb ni. Adehh pening2, baru je siap semalam. Memburukkan lagi keadaan, semua gambar-gambar yang aku snap masa g audit tu, semua pun dalam pc tu. Berdegup kencang hati aku ni, yela macam na nak buat report skali lg kalau tak ada gambar. Hari n besok  aku akan ke Johor untuk mengaudit projek lagi, eh iklan jap, mest korang ingat aku ni auditer kan, bukanlah, aku ni orang bawahan je, kerja mengikut arahan, kalau dalam hirarki kejuruteraan, aku lah bawah skali. Sambung balik, balik-balik je nant terus kena hantar report, aduh berat betul kerja aku. AKu harap sangat PC aku akan pulih macam biasa. Kawan-kawan semua doakan aku berjaya menempuhi segalanya dengan tabah ye.


PS: ok aku nak bertolak g pontian johor ni, jumpa disana, kalau ada yg terperasan aku tegur2 la ye...



Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Saturday, January 15, 2011

Kerja Shift or waktu pejabat?

Hari sabtu macam biasalah orang-orang kat kl ni still ada yang kerja. Jalan raya masih penuh dengan kereta.Aku macam biasa akan menghabiskan cuti aku dengan benda-benda berfaedah. kununlah kan. Yela pada sape yang cuti, masa nilah nak basuh baju, nak cuci kereta, nak kemas bilik dan macam-macam lagi. Betul tak?? macam aku, aku suka basuh baju hujung minggu, bukan apa bila jemur nanti senang aku nak angkat, kalau waktu kerja, tiba-tiba hujan, kan susah, penat je kita membasuh.Kepada sesiapa yang bekerja, sesunggunya tenaga dan usaha anda amatlah kami hargai, tanpa anda, siapalah kami. keke (ayat artis pulok)
Sekali lagi aku buat intro yang tidak ada kena mengena dengan tajuk entri. Mengenai tajuk etri, korang rasa seronok ke kerja pada sabtu dan ahad or hari cuti. Mungkin lebih tepat kalau aku kata kerja secara shift, cuti pun pada hari biasa. Mungkin ada orang lebih suka kerja mengikut waktu pejabat dimana pada waktu cuti boleh luangkan masa bersama insan tersayang, betul tak?? Macam aku, aku pernah bekerja dalam dua dua setuasi. Maksudnya aku pernah bekerja dalam waktu shift dan juga waktu pejabat.
sumber : incik google
Pada pendapat aku la, aku lebih suka bekerja mengikut shift dan cuti pada hari biasa(isnin - jumaat). Bukan apa banyak urusan yang boleh dibuat pada waktu pejabat. Macam urusan bank, pembayaran bill dan sebagainya. Memanglah sekarang semuanya pun online tapi kekadang kena jugak pergi ke kaunter atau pejabat diorang. Selain itu, kalau pergi bercuti pada waktu pejabat, kita akan dapat harga yang lebih murah. Lepas itu, kalau pergi ke tempat-tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai, kita tak perlulah berebut-rebut or berasak-asak. Cthnya, kalau nak naik spce shot ( dulunya soleroshot kot) kat Genting Highland, kita kena beratur panjang yang amat, then kalau pergi waktu kerja, rasanya tak ada la susah mana nak naik, siap boleh 2 3 round naik. Kalau bab kerja, jalan raya  pun tak sesak mana, parking senang dan internet kat ofis pun laju, keke boleh update blog laju2. keke

Sedikit kesimpulan, sebenarnya ada kebaikan dan keburukan untuk setiap perkara. Macam kerja shift, ada sesetengah tempat percutian hanya buka pada hujung minggu dan sebagainya. Malah bagi yang bekeluarga, dan ada anak-anak yang bersekolah, mungkin lebih suka kerja pada waktu pejabat, yelakan hujung minggu boleh beramasberamah mesra dengan keluarga.

Friday, January 7, 2011

Buat sesuatu kerja

Selamat kepada semua blogger, sebelum memulakan entri, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong blog aku ni dan kebelakangan ini waktu amat menceburui, cewahh ayat boleh tahan.Ok sekarang kita direct terus kepada tajuk entri. Sepanjang kehidupan aku sebagai seorang manusia, macam-macam karenah aku sudah jumpa. Tidak kiralah ketika aku masih belajar ataupun sekarang sudah berkerja.Pernah tak korang terdengar seseorang bercakap atau merungut macam ni "susah la benda ni, aku xboleh buat" ataupun "aku xsuka la buat benda ni" ataupun "aku xpernah buat benda ni, mesti susahkan" dan macam-macam lagi sebenarnya. Banyak sudah aku dengar dan jumpa orang yang berkata begini. Kalau nak diikutkan hati, aku ni pun jenis yang sangat gugup dan takut untuk mencuba benda baru, perkataan seperti diatas sering bermain dalam fikiran dan mulut aku. Namun semua ni hanyala fikiran semata.

Cuba bayangkan jika kita tidak mencuba sesuatu itu, macam na kita hendak tahu yang benda tu susah. Memanglah tidak dinafikan ada je cakap-cakap luar yang mengatakan benda ni susah dan sebagainya kepada kita. Tapi itu semua pun sengaja je nak bagi kita takut.. Aku bagi contoh disini yang mana aku sendiri pun pernah alaminya, ketika kita berkhatan, beribu-ribu orang akan memberitahu yang ianya sangat sakit dan macam-macam lagi. Ada budak yang bila dengar macam tu, meraung-raung nangis dan mengamuk xmahu dikhatankan. Bila tiba je masa tu, kalau sakit pun, kejap je, betul tak??

Jikalah sesuatu tugasan itu susah, mesti ada caranya untuk menjadikan ianya mudah. Fikir secara logik, kenapa orang lain boleh buat sedangkan kita tak boleh? Peliklah kan? Setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaiannya, itu lumrah. Contohnya, bercakap dalam bahasa inggeris. Sesetengah orang akan mengatakan ianya susah(macam aku). Sebenarnya tak la sesusah mana pun. Yang penting kita kena berani mencuba dan rajin belajar. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Ingat sape-sape yang pandai cakap orang putih tu, sejak azali ke dia pandai, tak da mananya, dia pun belajar and try-try jugak. Kalau aku dulu, aku amek cabaran dan bekerja sebagao customer service executives, dimana aku dikehendaki speaking dalam masa-masa tertentu. Mula-mula memang aku akan cuba lari untuk bercakap, kalau bercakap pun akan berterabur dan selalu digelakkan orang, aku xberputus asa, terus mencuba dan akhirnya ada jugak kemajuan walaupun tak banyak.

Kalaulah sesuatu yang kita kena buat kita tak tahu, kita boleh menanya, tak ada masalah. Tapi janganlah terlalu kerap sebab akan mengganggu pulak. Kalau boleh kita cuba buat dulu, kalau ada salah nanti, akan ada orang yang betulkan. Maybelah orang itu akan marah or pape, bagi aku tak ada masalah sebab dengan kena marah, kita akan ingat sampai bila-bila. Orang yang berjaya itu, kegagalan dan kesilapan diorg lagi banyak, sebab itu diorang boleh berjaya. Kalau boleh letakkan 'bench mark' untuk jadi berjaya.

Kesimpulannya sebelum memulakan kerja or pape pun, niat tu yang penting. Fikiran kita kena setkan tak susah, senang, seronok dan sebagainya. Baru la ia menjadi seperti yang kita fikirkan. Kekadang tu memanglah dah set semangat dan seronok tapi bila tengah jalan rasa tak boleh buat, jangan pulak cepat mengalah, teruskan lagi usaha sebab ada caranya setiap perkara.

Wednesday, December 29, 2010

Keja part time ku...

Hari ini aku bercuti dari part time jobs. Bukan apa aku dapat off day dari kerja part time yang aku buat tapi kerja yang sepenuh masa still kena buat lagi. Di kesempatan ini aku hendak cerita la sikit pasal tempat yang aku buat part time ni, ingat tak dulu aku ada buat entri pasal aku hendak cari kerja part time, kalau tidak ingat tidak mengapa, klik je sini >>>>>> meh baca ini

Hari ini sebenarnya sengaja aku minta cuti atas alasan hendak tengok live perlawanan timbal balik antara Malaysia n Indonesia. keke jangan bagitahu supervisor aku ye, kang xpasal-pasal lepas ini susah hendak minta cuti. Ok ok berbalik pada kerja separuh masa aku tu. Aku kerja part time sebagai promoter di salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di Malaysia. Rasanya kalau aku sebut mesti semua pun kenal tp xpayah la kot. Bukan penting pun kan. Yang malangnya aku ditempatkan dibawah satu brand yang aku sendiri tidak kenal, Precious kot. Korang semua kenal ke??? Ini brand handbang dan kasut wanita. Aku tidak tahu pulak sama ada brand ini terkenal, mahal or pape, yang aku tahu, dia akan bayar aku bulan-bulan sudah. Dan aku lak kerja dengan ikhlas dan cuba jual barang dia sepenuh hati, kekke.

Setiap hari aku akan kerja 4 jam dan akan bercuti satu hari. Aku bekerja bermula pada pukul 6 dan akan berakhir pada pukul 10. Suasana dekat sana agak tenang kalau hendak dibezakan dengan pusat membeli belah lain. Pekerja-pekerja senior dekat sana kata, dekat sana kalau hari sabtu dan ahad akan ramai orang. So aku kenalah bersiap sedia mental dan fizikal. Tapi aku sudah bagitahu siap-saip yang aku tidak mahu buat full.  Maksudnya bila parmanent promoter tempat kerja aku cuti, aku kena ganti dia dari pagi sampai malam. fuhh memang letih tapi masyhuk la. Eh lupa pulak hendak cerita pasal parmanent promoter tempat kerja aku, namanya Auntie Fong. Orangnya baik tapi agak susah juga hendak berkomunikasi sebab dia tidak fasih berbahasa melayu. Dan terpaksalah aku pandai-pandai dan faham-faham sendiri.
 Gambar diatas menunjukkan kawasan tempat brand aku ditempatkan. Tidak pun besar mana. Kalau hendak diikutkan hati memang sepatutnya tidak akan ada hal. Tapi disebabkan tidak ada kerja dan pelanggan, maka aku datang kerja hanya berdiri. Dan kawasan dalam gamabr diatas merupakan tempat yang akan aku ulang alik selama 4 jam. Boleh korang sumua bayangkan betapa letihnya kaki aku masa buat part time. Tapi aku tidak kisah, yang penting aku dibayar, and kalau tidak dibayar sekalupun, aku tetap akan besyukur, cukupla dengan senyuman dan ucapan terima kasih, kekek kunun la..

Sejak aku buat part time ni, aku tengok parent aku macam sedih dan kesian dengan aku. Papa and mummy jangan risau, along buat kerja part time ni bukan sebab tidak cukup makan or belanja ke apa, cukup je. Along just dapatkan apa yang along nak dalam masa terdekat ini. Kalau boleh along nak dapatkan serentak je semua. Sabar ye bagi along masa kejap nanti bila sudah dapat apa yang along nak, along akan kembali macam biasa..keke

Wah kemain lagi aku kan, kunun la buat cerita sedih, papepun aku happy dengan apa yang aku buat sekarang ni, aku tidak menyusahkan sesiapa dan aku pun tidak minta simpati dari sesiapa. So kepada kawan-kawan yang ajak aku lepak ke pape, jangan kata aku sombong plak

Friday, December 17, 2010

Brem Mall Kepong

Brem Mall dari depan
Brem Kepong..sape pernah dengar nama tempat ni?? Ni sebenarnya salah satu shopping complex kt area Kepong. Kalo lalu jalan kuching mest nampak dia tersergam indah. Pastu kedudukan dia lak sebelah dengan Hotel Crown Plaza kepong. Nak kata besar tu memang tak la, tapi dia ada wayang dan bowling. Rasanya tu je kot penarik orang ke situ. Nama-nama besar yang ada kat situ macam Giants, Metrojaya Outlet, Reject Shop tu ada la, tp biasala, tempat dia kecik je. Orang yang datang situ pun orang-orang yang duduk area situ-situ je. Haha tetiba je aku tolong promote tempat ni kan, mest sape yang baca entry aku kali ni rasa pelik, apahal aku tetiba cerita pasal tempat ni. Padahal banyak lagi kot tempat yang menarik kt KL ni yang boleh aku cerita.
Ni lak pic masa dulu2 dlm lukisan, cantikkan.
Ni dari dalam, masa ni aku kat tingkat 2.

Ok la sekarang aku bagitahu sebab sebenar kenapa tetiba je aku cerita pasal shopping complex ni. Ingat tak dulu aku ada wat entry nak cari kerja part time dan macam-macam lagi? kalo xingat xpa, aku sendiri pun ingat-ingat lupa je .Ok ceritanya bermula semalam, semalam aku dengan seorang sahabat buat planning untuk mengisi masa lapang yang xberapa nak lapang ni. Macam-macam la kami plan, Last-last , aku dengan dia sebulat suara hendak mencari part time jobs. Cadangnya nak cari dekat panggung wayang coz sambil kerja boleh gak berseronok-seronok tengok wayang. Bak kata pepatah melayu dulu-dulu, sambil menyelam minum air. Tapi cari punya cari, suma sudah penuh. Ingatkan nak balik macam tu dan kecewa je. Disebabkan semangat berkobar-kobar, then ada la satu outlet ni. Tanya-tanya dia nk pakai orang. Katanya " kalo part time, masuk kerja kul 6 balik kul 10". Wah aku dan member aku dengan gembira terus macam-macam tanya. Last skali diorg mintak kami isi borang. So hari ni aku dengan semangat isi borang tu dan jap lagi nak pergi hantar. Harap-harap dapat la kan, boleh belanja anak bini makan isi masa lapang kami.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com