Geng-Geng

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Jangan memperkecilkan orang

Pagi-pagi ni hujan lebat betul, sehinggakan jalan semua sesak di pagi hari. Kebiasaannya aku akan keluar rumah sebelum jam 7 pagi, pada ketika itu, keadaan di jalan raya masih lagi ok walaupun kereta banyak, tetapi hari ni kesesakan yang berlaku membuatkan hati aku kepanasan. Bukan kerana hujan atau kesesakan, tapi kerana sikap sesetengah pemandu yang agak kurang ajar. Rasanya tak perlu aku nak ulas sebijik-bijik sebab ianya akan membuatkan aku panas balik. Lantaklah diorang.
sumber: carian google
Sebut pasal memperkecilkan orang, aku sendiri sebenarnya mengalaminya. Ianya membuatkan aku berfikir sejenak. Walaupun aku rasa perkara ni ramai yang sudah tahu tapi aku nak kongsikan juga memandangkan ianya sangat memberi efek mendalam pada aku. Bak kata orang, berkongsi pengalaman yang terbaik ialah bila ianya telah kita alami dan rasainya. Selain itu, pengalaman boleh juga diperolehi dari pembacaan, penglihatan dan sebagainya, namun bagi aku yang terbaik ialag bila kita sendiri yang melaluinya.

Kembali pada tajuk, aku memang hebat (agak riak disitu) dalam sukan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan sukan aku mahir dan tahu bagaimana mainnya. Banyak sukan yang telah aku join dan ramai kawan-kawan yang aku kenali dari sukan ini. Pada suatu ketika itu, aku keluar bermain dengan sekumpulan teman dan ada seorang teman ni, semangat untuk join memang tinggi, setiap kali ajak memang akan turun, namun kemahiran dia agak kurang. Dia boleh bermain cuma memerlukan banyak latihan. Aku dan teman selalu memperkecilkan beliau, bila dia berada di gelanggang, selalu buat-buat tak boleh main dan sebagainya. 

Tak lama selepas itu, aku ada join satu sukan lain, dimana teman aku tu pun ada join jugak. Sukan ini bukanlah baru bagi aku cuma aku jarang turun mengikutinya .Mula-mula memang aku tak rasa pape sehinggakan pada suatu ketika, aku terpaksa bermain dalam pasukan yang berbeza dengan temanku tadi. Terkejut aku, nak katakan beliau hebat tu tidaklah cuma bila bersaing dengan aku, aku jadi macam orang tak tahu main. Memang aku digelakkan, naik malu aku. Habis satu game aku di gelakkan, semangat untuk bermain memang langsung tak bermaya. 

Kesimpulan dari cerita di atas, jangan memperkecilkan orang sebab kita akan diperkecilkan balik, bahkan akan jadi lagi teruk. Balasan itu mungkin juga akan dibayar "cash". Perlu di ingat, sehebat atau sebesar mana pun kita, tak perlu rasanya untuk memperkecilkan orang atau menuding jari dan mengatakan apa-apa ke orang. Itu sahaja perkongsian dari aku.

Sunday, June 5, 2011

Maaf itu penyelesaiannya

Pagi ahad ni aku memang semangat gila bangun awal. Settkekan semua kerja-kerja rumah. Sidai baju bagai, masak air dan buat brekfast untuk adik-adik aku, semua tu aku settlekan pagi tadi. Biasalah bila parent tak ada ni, aku la kena amek tanggungjawab ini buat semua tu, kata anak sulung kan. Lagipun bila aku dah settlekan semua kerja-kerja, boleh aku berjalan-jalan kat alam maya pulak. Pagi ni hujan turun dengan jayanya, harap-harap cuaca yang sangat panas sejak akhir-akhir ni menjadi sejuk sikit. Semalam saje aku tak ingat dah berapa kali aku mandi.

Wah intro panjang gila, ingatkan tadi nak je aku tukarkan tajuk tu. keke. Berkenaan dengan tajuk, maaf tu susah ke? aku rasa tak susahlah. Senang je kot, "saya minta maaf", itu sudah cukup, tak pun gunakan bahasa inggeris "im sorry". Tak payah nak ulas or sebut-sebut perkara yang sudah lepas, hanya ungkapkan 3 perkataan tu sahaja. Sebesar mana pun masalah or kesalahan yang kita telah lakukkan, ianya akan terhapus jika kita dengan ikhlas mengungkapkan 3 perkataan itu. Ada juga antara kita yang memohon maaf hanya di mulut tapi keihklasan hati itu tak ada. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan. Itu terpulang pada individu itu sendiru tapi percayalah walaupun kita berlakon memohon maaf, hasilnya akan lebih baik dari tidak berkata pape.
sumber: cari kat google image
Aku sendiri ada pengalaman bertekak mulut disebabkan bagi aku perkara kecik. Ada suatu ketika dulu, aku ada buat entri yang aku bergaduh dan tak berpuas hati dengan seorang otai ni. Tapi akhirnya perkara ni setel dengan jayanya setelah aku memohon maaf. Mungkin atas dasar hormat dan frenship.Contoh lain, kalau korang bergaduh dengan awek/bf korang, paling senang korang mintak maaf dulu, lepas tu terpulanglah, insyaAllah masing-masing akan lembut hati. Mungkin kadangkala kita berasa kita ni dipihak yang benar, dan mungkin juga kita sebenarnya betul, tapi tak salah untuk kita memohon maaf dulu. Ataupun kita ni punca untuk perbalahan itu atau mungkin apa yang kita buat tidak disukai dan seterusnya menjadi isu hangat, apa salahnya untuk kita memohon maaf. Dari kita sibuk dok defend diri kita dan menuduh sana sini, baik kita memohon maaf, selesai semua perkara. Kadang-kadang memang perlu mendefend diri, tapi apa salahnya pada awalnya memohon maaf, sekurang-kurangnya ianya akan meredakan keadaan.

ps: entri aku tak ada kena mengena dengan sesiapa, tapi kalau terasa, selamat berfikir. Aku sekadar berkongsi pendapat. maaf ye kalau ada tersalah kata.

Thursday, March 17, 2011

Debat mengenai blog : follow memolow

Salam petang pada semua, alhamdullilah hari ini aku dapat lagi menikmati satu lagi hidangan enak. Sedap betul nasi kukus ayam rempah yang aku beli kat pasar tadi. Korang nak rasa? meh la datang kat area ofis aku ni, setiap selasa dan kamis ada pasar tani, boleh shopping sini.
sumber:carian google

Masa aku berblogwalking dengan tekun dari pagi td, aku ada la terbaca mengenai isu follow memollow. Seronok baca dengan pendapat-pendapat mereka, nak baca, sila lah google ye, keke. Ada yang memang amalkan konsep bila orang follow dia akan terus follow orang tu balik. Dan ada jugak yang tak amalkan, xpalah itu terpulang pada setiap individu, blog masing-masing, cara pun masing-masinglah. Cuma aku harap xdalah yang saling merendah-rendahkan sesiapa. Entri hari ini aku pun tak nak kalah, nak jugak bagi pendapat.
Aku tertarik dengan entri Abg Ben Ashaari, mengenai isu istilah yang digunakan, nak baca sila melawat blog beliau. Tak perlu aku nak ulas panjang2 mengenai isu tu, pandai-pandailah berfikir. Apa yang beliau nasihat sepatutnya diamalkan oleh setiap blogger, so xdalah kes kecik hati or sakit hati ke pape. lagipun nampak sopan sikit, orang baca pun rasa macam seronok. Macam aku, memang aku amalkan untuk follow balik setiap orang yang dah follow blog aku. Kenapa? sila teruskan pembacaan.

Pendapat aku mengenai isu follow memollow, tak salah sebab bila kita follow orang tu balik, xkira dia femes or tidak, baru ke lama, kita akan memberi semangat kepada beliau. Aku dulu-dulu kalo  entri or blog tu xmenarik memang aku xfollow, tapi sekarang aku dah tukar sikit prinsip tu. Kalo blog tu xmenarik, xmengapa, sebab bila kita follow, kita akan bagi dia semangat untuk terus berblog. Aku setuju sangat bila orang kata banyak membaca dan berblogwalking akan tingkatkan kemenarikan blog kita, tapi apa salah bagi sikit semangat. Barulah kita akan sama-sama maju ke depan dan meriahkan dunia blog ni.


ps: hanya pendapat, kalo salah mohon betulkan ye..

Tuesday, March 8, 2011

Fakta ketika borak

Adehh dh petang baru dapagt update blog aku ni, kesian kat peminat-peminat blog aku ni.** ayat berbaur  lucah poyo. Sorilah, aku sibuk sikit minggu ni dengan persiapan aku untuk amek exam, pastulak kerja yang xpernah nak faham aku ni sibuk. Yang diorang suma tau, aku ni free gila sebab boleh update blog selalu. Biar aku jelaskan pada sesiapa yang xfaham. Entri yang aku update kebanyakkannya (bukan semua) aku dah karang malam2, so bila pagi aku terus uploadkan je. Faham!!! Then kalo free sikit, aku edit-edit2 la skit bagi meletup. So kepada yang berkenaan, aku ni nampak jugak buat kerja dari kau orang sebab diorang boleh datang kerja dan bersembang dari pagi sampai ke balik. Dh la kerja yang kau orang buat tu senang dan ciput, sampaikan budak baru pun boleh buat. Hah amek ko. Ni kalo aku xsebut siapa, rasanya budak-budak ofis aku pun tau sape. Fuhh lega sikit lepas dh luahkan. Terluah perasaan lak.
Berbalik kepada tajuk, tadi masa lunch, aku duduk semeja dengan "otai". Yela sebab mereka-mereka lebih makan asam garam dari aku. Macam-macam fakta yang aku dapat. Mula-mula cerita pasal kahwin dan terus ke isu semasa. Memang banyak yang aku tak tau. Dari segi kos, sememangnya makin mahal. Prosedur nak kahwin lagi lah, dah la kena kluar belanja banyak, banyak lak prosedur yang kena follow. Sian kat aku ni, makin pening di buatnya. Makin di dengar pengalaman diorang, makin cuak lak aku nak menempuhi hari itu. Kalo ikutkan hati memang nk buat sesimple yang boleh, tapi biasalah keluarga mesti nak yang terbaik walaupun bukan mewah. Eh aku cerita ni macam dh nak kahwin je kan. Bukan apa, bagi aku, sebelum buat keputusan nak kahwin, better kukuhkan 2 benda, ilmu dan juga sumber kewangan(fakta). Baru lah tak pening pale nant.

Sebut pasal pening pale, tadi adalah sorang otai ni, dia kata kita kalo tengok muka orang tu tua dari umurnya, maka orang tu banyak masalah dan banyak berfikir.(fakta) Betul ke? Xpasti, beliau kata ini apa yang dikatakan oleh atuk beliau suatu ketika dulu. terpulang nak percaya atau tidak. Macam aku, memang banyak masalah yang aku fikir dan kalau boleh nak cuba settlekan sendiri tanpa menyusahkan orang, mungkin sebab tu aku nampak macam dh tua skit tapi masih smart..

Thursday, March 3, 2011

Asal ko kurus??

Tadi waktu lunch aku terserempak dengan ex ofismate aku. Memanglah happenning coz lama xjumpa. Tengah asyik dok sembang-sembang, tetiba dia bersuara dengan lantang. Dengan selamba je dia tujukan soalan pada aku, berbunyi macam ni " wey asal ko dah kurus sekarnag ni" .Terkedu kejap aku sambil dalam kepala otak aku macam2 aku fikir. Aku pun menjawab " aik bukan lagi gemuk ke sekarang ni". Masing-masing senyum je. Mungkin sebab dah lama xjumpa, diorang nampak aku makin kecik. Padahal aku ni dh macam-macam cara buat untuk tidak lagi membesarkan badan.

Sebut pasal kuruskan, rasanya korang semua pun dah tau kan, sekarang ni produk untuk kuruskan badan berlambak n tumbuh bagai cendawan. Ada la sorang member aku komen, aku dh try dh satu produk tu, cerita je lebih tapi xberkesan pun. Aku dah cadangkan pada dia, try la produk lain sebab mungkin produk tu xsesuai ngan ko, mana tau produk lain menjadi. Mungkin sebab kos dia agak mahal, kawan aku ni masih mencari-cari cara untuk kurus. Setengah orang cakap, ko disilpinkan diri untuk bersenam dan kurangkan makan. Memanglah boleh tapi ingat senang ke?? Xramai sebenarnya yang berjaya. Macam aku ni, pantang jumpa makanan sedap, memang terus terkam je. Tak kira waktu malam ke siang janji dia sedap, terus aku makan. Feveret aku pulak, nasi lemak lauk, fuhh memang sedap hingga menjilat jari. Aku ni jenis kalau lapar, buat apa pun serba xkena. Kekadang bila setan dah menghasut, mulalah nak marah-marah. Kuang aja betul setan ni. dari ko menghasut baik ko g masak pape, kan kan. lawak je.

Motif dari cerita aku ni senang je, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Kalau nak kurus, kenalah berusaha dan tetapkan pendirian. Jangan buat separuh jalan sebab apa benda pun kalau buat separuh jalan xkan menjadi. Sama macam kita buat blog, kalau nak berjaya kenalah buat betul-betul. Ingat lagi kata-kata Abg Ben Ashaari masa aku jumpa dia di gathering SB, buat blog kalau nak berjaya kena rajin. Samalah dengan nak kurus, dan semua benda yang kita nak, kena rajin baru boleh capai impian dan berjaya.

ps: pinjam jap kata2 dari Abg ben..

Wednesday, February 23, 2011

always cakap boleh! n thinks boleh

Petang-petang ni aku memang mati idea langsung, aku just jalan-jalan je kat blog orang. Rasa kagum dengan orang lain sebab boleh update blog tak kira waktu dan tempat. Memang aku sudah cuba untuk menjadi seperti diorang tapi mungkin aku tak boleh atau bukan rezeki aku lagi. Aku meneruskan kerja-kerja seharian aku macam biasa sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman. Sembang punya sembang, last skali tercerita pasal Handphone. Si beliau ni pakai phone yang memang menjadi idaman aku.Bukan takat tu je, beliau ada banyak benda yang aku suka, Dslr dan macam-macam lagi. Kalau nak diikutkan gaji kami lebih kurang sama, tapi xtau la kot kot beliau ada buat kerja luar. Aku pun pelik dengan beliau ni sehinggakan aku cakap pada dia, "aku mampu beli yang ni je, yang mahal2 macam ko aku xmampu" tapi tengah sedap aku mengeluh, dia potong cakap aku "mampu" .Terkejut gak aku, asal dia ni, dah kena sawan mampu ke? Asal setiap aku mengeluh mcam tu, dia cakap "mampu".Kejadian berlalu dengan begitu saje.
 sumber:carian google
Ketika aku berjalan pulang, aku memikirkan kenapa beliau berkata begitu?? Akhirnya aku faham apa yang dimaksudkan. Sentiasa berfikiran positif dan always kata boleh dan sbgnya. Faham tak? Macam nilah, walau apa pun keadaan kita, jika diberi dugaan or keinginan, pastikan kita always think that we can go thrue that thing and always set your minds 'u can do it'. Wah cakap orang putih pulak. Setiap benda yang kita buat or lalui, mest yang pertama kita setkan minda kita. Kalau boleh biar semuanya baik-baik, then barulah hasilnya akan jadi baik.

Di sebalik cerita aku n kawan aku tu, semua orang mampu untuk dapat apa yang dihajati dan diidami, asalkan kita berusaha. Sebelum kita nak berusaha, kena setkan minda yang kita boleh buat n berusaha. Selepas itu, terpulang cara apa sekalipun kita guna asalkan boleh dapat apa yang dhajati, tetapi jangan sampai melnggar peraturan dan sbgnya. Tak lupa juga, jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepadaNYA.

Pengalaman Call centre

Petang-petang yang suram macam ni, tetiba aku teringat kisah lama dan masa muda-muda dulu. Dulu aku pernah menjadi salah sorang agen call centre. Kalau nak ikutkan dalam surat lantikan, jawatan aku customer services executive, wow dasyatkan. Banyak pengalaman yang aku dapat dari sini. Yang paling aku suka is keberanian untuk berbahasa inggeris. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku tak akan jawab telefon dalam bahasa inggeris sebab takut. Masa mengajar segalanya sehinggalah aku berada pada tahap yang agak memuaskan.
sumber:carian google

Rasanya semua pun pernah ada pengalaman untuk call servis ni kan, tak kiralah TM, streamyx, maxis, McD atau sebagainya. Apa reaksi korang?? rata-rata yang aku dengar, agen ni xtahu apa2, suka menipu, lembap dan sebangainya. Yang memuji tu adalah, tapi rasanya jarang kita dengar, betulkan aku kalau ada tersilap cakap. Aku faham kedudukan sebagai pengguna. Agen yang bekerja disitu hanya diberi tugas untuk menjawab telefon dan cuba membantu mana patut, namun keputusan bukan ditangan mereka. Apa salahnya jika kita hanya menyuarakan masalah dengan sabar dan sopan?? Perlu ingat setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bila dimarahi dan sebagainya, korang ingat boleh dapat penyelesaian cepat ke? xda maknanya. Tapi yang terjejas, agen yang angkat call tu, gaji dan elaun mungkin akan dipotong.

Aku sendiri pernah handle angry customer, mencarut bagai, kutuk sana sini, kalau ikutkan perasaan nak je putuskan talian, tp bila pikir tanggungjawab, aku bersabar, akhirnya masalah dia selesai dan puncanya datang dari diri dia sendiri. Akhirnya malu xbertempat dan terus blah macam tu je. Terukkan? Tapi aku teruskan macam biasa demi sesuap nasi. Ada suatu ketika aku digelar agen angry customer, sebabnya aku suka jawab call dari customer yang marah2. ada sikit tipu tp mksudnya benar.

Bukan pengalaman buruk je yang aku dapat, banyak je pengalaman manis. Yang paling aku suka, kenal dengan semua kawan-kawan seangkatan. Kami bermula dengan gaji dan pangkat yang sama, even ada kelayakan tahap tertinggi. Yang membezakan kami cuma kesabaran, masa dan kesungguhan. Macam-macam gelagat boleh jumpa. Even kami bekerja dalam jangka waktu yang pelik, tetap boleh pergi bercuti bersama-sama.
Akhir kata dari aku, cuba hargai mereka2 ini, mereka bekerja mengikut protokol yang ditetapkan. Setiap call dan masalah yang diadu, tak ada satu pun yang akan tertinggal, semua diketengahkan. Cuma masa je yang menentukan. Sabar itukan separuh dari iman.Perlu diingat bukan kita je yang ada masalah, ramai lagi sebenarnya.

Tuesday, February 22, 2011

Yang lama biarlah

Disebabkan beberapa minggu ni aku asyik terdengar dan terjumpa dengan orang yang tak dapat nak melupakan benda-benda yang lepas. Dasyat sebenarnya masalah ni, so terpaksa masa aku g bayar insuran+roadtax keta tadi, aku memikirkan hujah-hujah yang akan aku buat. Aleh-aleh apa pun xdapat. Eh iklan jap, sebut pasal insuran tadi, aku dari awal tahun dah bajet mesti insuran ni kena dalam seribu lebih. Memang menyimpan dan mengjimat dari awal tahun, tadi bila uncle tu kira, tak dekat langsung dengan apa yang aku bajet. Dalam hati memag gembira habis, terus buat payment serta merta. Ingtkan bila gaji nant baru nak topup. Syukur2. Alamak termelalut pulak.

Kembali kepada isu yang aku maksudkan kat atas. Aku sebenarnya sangatlah pelik dengan orang-orang yang memang tak leh nak terima kenyataan. Yang seksa diri sendiri. Ok dan baiklah, aku kecilkan sikit skop, ada 2 orang kawan aku ni, sekarang sudah tidak bertegur sapa. Kalau sorang ada, sorang lagi mesti tak mo join. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah disebalik kejadian tu. Apa yang aku nak tekankan disini, kenapa perlu bermasam muka lama-lama. Yang jadi susah bukan korang berdua je, kawan-kawan keliling korang pun susah, kalau nak beriadah or lepak-lepak, kena pilih pulak nak ajak sape? kan pening tu, cubalah fikir2 balik.

Kenapa mesti kita bermasam muka lama-lama? apa kebaikannya. Tak adakan. So demi masa depan yang lebih cerah, apa salahnya kita lupakan buku lama dan mulakan buku baru. Bak kata dari seorang pakar motivasi, (igt2 lupa) untuk mulakan hidup aman, maafkan semua kesalahan orang sebelum masuk tido, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Setakat sikit-sikit tu, xpalah, buang je tepi, bagi peluang kedua kepada sesiapa yang bersalah.

ps: lega sebab dh setel byr insuran & roadtax tahun ni..

Terharu tengok

Entri kali ini kita terus direct ke tajuk. Ianya sebenarnya berkenaan hati jugak. 2 3 minggu lepas, adalah sorang kenalan baca blog ni, dia kata blog aku sekarang ni entri semua nak emo2. Aku tak perasan lak. Betul ke? alamak thanks untuk komen tu, aku akan pelbagaikan lagi, sabar ye. Sebenarnya semua tu datang masa aku tengah drive, dari dok marah-marah, baik aku fikirkan soal hati. wah ayat tak boleh blah.

Kembali kepada tajuk, semalam masa aku tengah lepak2, aku tengok berita. Semua kisah orang lulus STPM. Dasyatlah diorang tu. Seronok je jadi diorang tu. Boleh banggakan ibubapa. Ada seorang pakcik tu, bila di interview sampai menangis ceritakan mengenai anaknya. Macam-macam dugaan dah beliau alami. Aku yang hati keras ni pun terharu. Berair la kejap mata. Perasaan gembira dan bangga sampai menitiskan air mata tu memang sangat berharga, terutama yang menangis kegembiraan tu datang dari ibubapa. Jasa dan pengorbanan ibubapa memang tak da tolok bandingnya, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat balas jasanya. Ini antara salah satu cara kita nak balas jasa diorang, gembirakan diorang. Bila diorang gembira, InsyaAllah gembiralah hidup kita. Biar diorang rasa bangga sebab ada anak macam kita.

Sesungguh kunci kebahgiaan tu datangnya dari rumah. Biarlah seburuk, sekejam dan se apa lagi ibubapa kita, dia tetap ibu dan ayah kita. Sedikit nasihat kepada anak-anak muda sekarang yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh, lupakan segala keseronokan sementara, bercinta tu jauhkan, jangan buang masa, sesungguhnya kejayaan anda tu akan membahgiakan ibubapa anda, tak kira apa jenis kejayaan sekalipun. Kepada yang sudah di alam pekerjaan, hargai masa dan berbaktilah kepada ibubapa, sesungguhnya kejayaan anda semua berasal dari jasa dan ketekunan mereka.

ps: maaf jika terlebih emosi....jika tersalah mohon maaf

Thursday, February 17, 2011

Berskandal teruk dan kejam

Selamat tengahari semua, hari ini aku nak memperkatakan sesuatu bersama dan akan cuba untuk tidak merepek. Perkataan 'skandal' rasanya ramai pun tau kan. Terkenal jugak sebenarnya dikalangan kita kita. Mungkin boleh di definasikan sebagai main kayu tiga ataupun curang. Mungkin juga ramai yang fikir skandal merupakan perkara paling teruk dan kejam, betul tak?? Siapa yang selalunya berskandal, lelaki or perempuan??

Setelah dikaji dan di teliti, aku mendapati sebenarnya lelaki dan perempuan sebenarnya sama je, tak ada yang banyak dan kurang. Untuk lebih memahami tujuan sebenar berskandal, aku letakkan diri aku dalam pemikiran orang-orang yang berskandal. Jap jap explain sikit takut ada yang marah lak, letak dalam pemikiran bermaksud aku berfikir dari sudut diorang dan bukan aku g try berskandal.

Setelah difikir-fikir, kebanyakan tujuan ialah untuk mengisi kekosongan mungkin kerana pasangan jauh, sibuk dan kurang memberi perhatian. Selain itu, mungkin juga kerana wang ringgit, harta atau mungkin kerana nafsu. Ataupun mungkin mereka sedang mencari calon yang terbaik dalam yang terbaik. Yelakan sebelum kita mendirikan rumah tangga, kita ada hak untuk memilih selagi boleh. Wow kemain lagikan cakap. Tapi kalau sudah berkahwin, cuba elakkan untuk berskandal, banyak buruk dari baiknya.
sumber: carian google
Macam nilah, biar apa pun keadaan, tak perlulah rasanya untuk berlaku curang. Cuba kalau kita yang kena, mesti marahkan. Lagipun tak baik mempermainkan perasaan ni, nanti dipermainkan balik.

ps: pendapat peribadi....sesiapa nak tambah

Pesanan dari calon SPM

Pesanan ni sebenarnya aku dapat dari seorang calon SPM. Agak lawak sebab apa yang dicakapkan langsung tidak masuk akal atau mungkin aku je yang sebenarnya tak tahu. Kejadian terjadi, wah dasyat, bila aku nampak beliau amat rilex dan bersahaja memandangkan tahun ini merupakan tahun peperiksaan penting, Sijil pelajaran Malaysia. Bagi aku ini merupakan peperiksaan yang menentukan hala tuju masa depan kita. Samaada kita akan ke universiti atau sebaliknya. Tapi bukan bermakna aku kata orang yang tidak masuk universiti tidak boleh berjaya. Ada juga yang berkululusan universiti tetapi berakhir di pusat serenti atau lokap.
sumber : carian google
Kembali kepada tajuk kita, bila aku tengok beliau terlalu rilex, aku pun bertanyakan kepada beliau "tak study ke? examkan dah dekat?".Tujuan sebenar aku tanya sebab aku ambil berat dan aku telah laluinya, aku tak mahulah nant beliau-beliau ini menyesal dikemudian hari. 

Nak tahu pa jawapannya, macam ni " tadi dah study dah, 2 jam,  satu hari boleh study cuma 2 jam je, kalo lebih dah xmasuk" bila dengar macam tu, aku jadi konfius. Betul ke apa yang beliau cakap?? Adakah aku yang tertinggal??

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Alhamdullilah berjaya juga aku meng update blog ni, rasanya sudah lama aku tak update blog ni. Banyak faktor sebenarnya. Tapi macam biasalah internet yang menjadi masalah pada aku.Biarlah janji aku dapat masuk kejap blog aku ni.

Esok sambutan Maulidur Rasul, rasanya semua pun dh taukan. Jom sama-sama kita ke masjid memeriahkan lagi sambutan. Kepada semua aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.

Maaflah aku sangat tidak beridea disebabkan lame tak online. Hari ini pun aku sengaja memaksa diri untuk update memandangkan esok merupakan hari penting. Selain menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang membawa seribu rahmat, kita juga boleh mengambil iktibar dari pengorbanan Rasullulah S.A.W suatu ketika dulu. Alhamdullilah sekali lagi.

ps: maaf jika ada kesalahan.

Friday, February 11, 2011

Hantu zaman kecik dulu

Dulu masa zaman kecik-kecik dan muda-muda dulu, selalu je kita dengar mengenai kisah hantu. Aku dulu duduk kat kampung dengan atuk, memang banyak yang aku dengar. Sampaikan nak ke kedai pun jadi takut, kalau mengaji tu memang berlari la kalau balik.

Dulu masa kecik-kecik aku paling takut bila dengar waktu tu ada hantu tengah mengganas. Hantu ni lebih kurang macam vampire, suka hisap darah dan keluar waktu malam. Aku dengar dia tengah mengganas di suatu tempt yang jauh dari ipoh (masa tu aku tinggal di ipoh). Memang masa tu menjadi satu topic hangat kalau bersembang. Semua pun berharap untuk dia tak datang ke Ipoh. Macam-macam la aku dengar, dia ni menyerupai lelaki dan selalu ikut orang jalan kaki. Memang kalu tengok xperasan pun yang dia sebenarnya adalah hantu. Dia akan serang dengan tiba-tiba.
sumber : carian google
Then satu hari tu, aku dengar dia dah datang untuk mengganas di Ipoh tempat aku tinggal tu. Punyalah kecut perut untuk keluar malam. Setiap kali balik dari tusyen or mengaji, mesti jalan laju-laju sambil beberapa kali tengok belakang. Sepanjang perjalanan tu jantung ni berdegup kencang. Start pada hari itu, memang tak suka keluar waktu malam. Kalau waktu tido, selalu tengok keliling dulu, takut dia datang serang.

Hari-hari berlalu macam tu sehinggakan aku dengar, hantu tu dia dah mula keluar waktu siang. Kalau sorang-sorang memang tak berani, even nak g ke dapur pun jadi takut. Macam-macam difikirkan waktu tu. Teruk betulkan aku ni. Dulu masa duduk kg, bukan macam sekarang ni, dulu rumah jauh-jauh, kalau sebelah malam, memang sunyi dan gelap. 2 memang menjadi antara salah satu sebab aku jadi sikit penakut. Tapi itu cerita dulu-dulu, sekarang dah ok skit. 

Apa yang aku nka tekankan, pemikiran budak-budak sebenarnya senang dipengaruhi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Baik yang kita ceritakan pada dia, baiklah jadinya dan begitu juga sebaliknya.

Thursday, February 10, 2011

perasaan itu pelik

Wah kemain jiwang lagikan tajuk. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab bab cinta or perasaan ni. Namun aku usahakan juga tapi ini dari perspektif dan pandangan peribadi aku. kalau ada yang tersilap atau tertingal, korang tambah lah ye. Sebenarnya banyak keadaan yang melibatkan perasaan pelik ni, antaranya apa yang aku nak kongsikan dalam entri kali ini.
 sumber : carian dalam google

Kenapa aku tak suka orang yang suke aku dan kenapa orang yang aku suka adalah hak orang lain. Pernah dengar tak or alami perkara macam ni. Kalau ikutkan pening pale dibuatnya. Sejujurnya, memang ada la satu dua kes pernah di alami aku lama dulu. Kesa zaman muda-muda dulu, sekarang dah ok. Sampai sekarang pun aku masih tak ada jawapan. Tapi bak kata orang, cinta tu buta, mungkin sebab ini kot terjadi perkara ini. Kalau celik mesti dah tau dah kan.keke

Sebenarnya sebabnya hanya kita je yang tau. Mungkin kita hanya menerima orang yang menyukai kita itu sebagai kawan atas sebab selesa, sekepala dan sebagainya. Selalunya bila macam ni, kita dan orang yang menyukai kita tu bermula sebagai kawan dan seterusnya kawan baik. So kalau jadi couple, susah pulak. Atau mungkin kita tak sedar apa kebaikan dan keistimewaaan orang tu. Ada juga yang aku dengar, kalu memilih orang yang betul-betul menyukai kita, insyaAllah akan bahagia sebab perasaan boleh bercambah dan bertukar.

Kenapa orang yang kita suka selalunya hak orang lain. Hmm yang ni susah, maybe sebab orang tu terlalu istimewa, baik dan sebagainya, mestilah dia menjadi rebutan n offcoz sape yang cepat dan kenal dia dulu dah masuk line. So masa je menentukan segalanya. Tapi biasalah, sesuatu yang hebat-hebat mestilah semua pun nak memilikinya. Tengok macam penyerang pasukan bola sepak negara, Safee Sali, kemain berebut orang nak kan khidmat dia, eh contoh lari dari tajuk plak.. Tapi kalau teror, rampas je lah dia. Keke selagi belum kahwin, tak salah memilih yang terbaik dalam terbaik. Betul tak??

Kesimpulannya, semua perkara sebenarnya telah ditetapkan olehNYA. Kalau ada jodoh tidak kemana, tp perlu ada usaha juga. Kembali padaNYA dan minta petunjuk, InsyaAllah akan dipermudahkan.

ps: maaf jika ada isu kemerepekan, entri dibuat waktu lunch

Wednesday, February 9, 2011

Perihal mintak tolong

Kita sebagai manusia memang tidak lari dengan meminta pertolongan. Kita memang hidup saling memerlukan. Tipu kalau ada orang kata dia hidup tak pernah nak mintak tolong dengan sesiapa pun. Even dalam penulisan blog ni pun, ramai je yang aku mintak pertolongan. Kalau tak memang xjadilah blog yang aku ada sekarang ni. Setiap pertolongan yang diberi pasti ada ganjarannya tak kira di dunia mahupun di akhirat,cuma kita sedar dan tidak je. Namun perlu diingatkan, memohon dan meminta pertolongan ada adab dan caranya. Tapi aku bukanlah arif sangat berkenaan dengan adab dan caranya,  cuma aku ingin berkongsi sedikit pendapat mengenainya. Sebenarnya idea ini tercetus ketika waktu aku bekerja, keadaan sekeliling. Bila aku perhatikan, ramai yang meminta pertolongan tetapi tidak kena dengan caranya. So entri kali ini mungkin lebih dikaitkan dengan keadaan di ruangan pejabat sahaja.
 sumber : carian google
Apabila ingin  meminta pertolongan, kita memanggil org tu ketempat kita. Padahal kita yang ingin meminta tolong. Kalau orang tu tak kisah xpa, ni kang mahunya dia ada banyak kerja. Bagi aku tak kiralah pangkatnya apa, umurnya berapa atau apapapun, kita harus pergi kepada orang yang ingin kita mintak pertolongan , bukan mintak orang tu datg ke tempat kita.

Nada suara ketika minta pertolongan. Sangat penting bagi aku. Yela cuba kalau ko mintk pertolongan tu jerit-jerit, ada ke hati orang tu nak tolong ko. Selalunyalah terjadi pada bos-bos, tapi bukan bos aku, sebab bos aku sangat lah baik. Ok xpa aku namakan diri aku sebgai contoh, bukanlah bos tetapi senior staff, adalah 1 day tu aku jerit je dari tempt aku untuk mintak tolong ngan sorg tu, memanglah dia buat jugak sebab kita ni senior, tp kena igt ikhlas tak dia buat tu. Lepas tu memang susah nk mintk tolong lg dh, sehinggalah aku face 2 face dgn dia dan mengaku salah dan sbgnya.

Pastikan kita betul-betul tak boleh buat barulah kita meminta pertolongan. Cuba dulu dengan pelbagai cara, bila dah memang tak boleh buat, barulah kita meminta pertolongan. Ini tidak benda depan mata, tapi still nak tanya. Sekaligus boleh mengubah persepsi orang terhadap kita.

Meminta pertolongan memang tak salah, tapi jika sudah selalu meminta, ia akan jadi menyusahkan orang. Memanglah orang yang diminta tidak ckp pape, tp cuba anda berada di tempat beliau, bengang jugak dibuatnya. So beringat-ingat lah.

And then, kalau kita dh selalu meminta pertolongan, tak salah kalau kita sekali sekala memberi perhargaan. Cthnya belanja minum teh ke, roti canai ke, sonok gak orang tu, kan kan

Monday, February 7, 2011

Soal kenang budi

Kenang budi. Entah kenapa aku cukup berminat dengan topik ni sekarang. Selalu termain-main dalam fikiran. Kalau waktu tido, asyik terpikirkannya sebelum tido. Namun setelah difikir-fikirkan, baik aku updatekan dalam blog ni dari aku simpan je dalam pale otak aku ni. Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi pendapat dan idea, moga dapat idea dan ulasan dari yang lain. Kalau ada la.

Sebut mengenai kenang budi, ramai je sebenarnya dikalangan kita yang memang mengenang budi, mungkin ada hanya segelintir yang aku sendiri tak tahu sebabnya masih keras kepala otaknya. Eh tapi aku bukan ckp mengenai iklan Ptptn ye, itu kes lain. Lupakan yang itu, kita fokuskan kepada kehidupan kita yang memang tidak lari dari memakan budi. Betul ke ni?? adehh risau la kalau tersalah cakap. Aku cakap ni berdasarkan kepada pendapat peribadi yang datang dari keihklasan hati untuk berkongsi dan idea yang mencurah datang dari pemikiran naif diriku ini. Wah kemain lagi aku bercakapkan.
sumber : google
Kembali kepada tujuan asal, apa tujuan sebenar bila kita menolong orang?? mestilah sebab untuk tulong orang tu kan. Apa da aku merepek ni. AKu sendiri pun sebenarnya tak tahu macam na terjemahkan idea aku kepada penulisan ni, so harap maklum jika ada unsur kemerepekan sikit ye. Aku percaya majoriti diantara kita jika menghulurkan bantuan pasti dengan niat yang ikhlas, kalau ada yang sebaliknya pun, sikit jelah.

Persoalannya, kenapa perkataan tidak mengenang budi itu masih lagi kedengaran???

Kadang-kadang atau biasanya, perkataan ini dikeluarkan oleh beliau yang sudahpun menghulurkan bantuan. Memang ada kes dimana orang yang ditolongnya, tidak menghiraukan, mempedulikan, dan sebagainya kepada orang yang memberi bantuan kepadanya dulu. Paham tak?? Atau dalam bahasa senang, masa susah dulu, ramai je yang membantu tp bila dah senang, lupa habis semua orang yang membantu waktu susah dulu.

Tapi perlu ke orang yang memberi bantuan mengeluarkan perkataan dia tidak mengenang budi?? kalau nk di ikutkan, memanglah dia tidak mengenang budi, tapi bukan ke dahulu kala memberi bantuan dengan ikhlas?? Tak patut sebenarnya kedengaran perkataan tidak mengenang budi, walaupun sayup2. Bila kita ikhlas memberi pertolongan, kita tidak sepatutnya mengungkit, menghebohkan atau sebagainya. Betul tak?? yang dah lepas biarlah ianya berlalu, kita sepatutnya tidak mengharapkan apa- apa balasan jika menghulurkan bantuan atau menabur budi.

Perlu ke wujud perkataan tidak mengenang budi??

Saturday, February 5, 2011

sakit yang tak boleh tahan

sumber: google

Salam semua..

Hari ini aku tak larat. Boleh terdemam lak. kalau demam je tak pa. Ni siap dengan selsema lagi.Bukan aku nak raih simpati ke pape, tapi desebabkan aku macam ni lah aku dapat idea untuk update, keke. Syukur-syukur. Perlu diingat yang setiap kejadian ada hikmah di sebalikya. Mungkin DIA sedag menguji aku. Pape pun kena sabar meghadapiya.Berbalik pada tajuk entri, sakit yag memag tak boleh tahan n tak boleh nak buat pape. Aku bagi 5 sakit yag memang kalau aku kena, malas nak buat pape. Maksud aku bukan sakit yag kritikal, tapi sakit yang majoriti pu kena.

Sakit perut
wah ini memang teruk. Kalu kena yang sikit oklah boleh tahan, kalau tak memang tak payah pikir, terus je ke bilik air.

Sakit mata
kalau kena sakit ni, keja nak tido je. Kalau kena time kerja, memang tak akan buat pape. Kalau g jumpa doktor, memag secara automatik dapat MC 3 hari. AKu pernah g mintak MC alasan sakit mata sebab malas nk keja, so dari pagi memang dok gosok mata je.

Selsema
Macam hari ni, aku nak buat pape pun tak syiok. Hidung asyik berair je. Kalau boleh nak je guna vacuum air sedut abis kuar. Lagi teruk bila hidug ni siap gatal lagi. Mulalah tak senang duduk.

'ulser'
Susah nak makan or minum. Pantang betul. 
Sakit gigi
Yang ni memag tak boleh tahan. Tambah-tambah pulak kalau gigi graham or bongsu. Mau tak senang duduk dibuatnya. AKu dulu kena sakit gigi bongsu, kelas satu hari aku tak pergi.

Korang sepedapat tak ngan aku. Or korang ada pengalaman lain. Oklah entri tengah selsema, sori kalau ada sebarang kesalahan. Memang tak da idea langsug, ingat nak tido je ni.

Friday, February 4, 2011

Tak kenang budi atau sebaliknya

sumber : carian google
Entri bunyi macam tengah marah je kan. Tak ada pape pun jadik sebenarnya. Saje ingin berkongsi pendapat yang tak seberapa ni. Memang aku sedar semua orang pun tak sempurna namun pendapat aku ini hanya pandangan mata aku yang aku nampak. Jika pendapat ini mengundang kemarahan ataupun terguris hati sesiapa, sepuluh jari aku susun memohon kemaafaan. Wah dah macam hari raya pulak kan. Namun aku perlu ingatkan jika ada persamaan atau sebaliknya, ia hanyalah secara kebetulan.ok...Aku sendiri pun tak tahu macam na nak stat ni. Tak pa kita ikuti kisah ni, yang melibatkan 3 watak, si ayah, si ibu dan anaknya si bongsu yang berumur 8 tahun.

Suatu petang si ayah membeli sesuatu kepada si bongsu. Si bongsu tersangat gembira, lalu diapun memberitahu kepada si ibu. Biasalah budak-budak memang selalu mengagungkan apa yang orang beli dan hadiahkan ketika itu. Padahal sebelum-sebelum ini, si ibu pernah juga membelikan sesuatu yang serupa dengannya. Si ayah dan si ibu tidak terasa apa-apa, lalu si ibu mengusik si bongsu. " eleh ibu selalu je belikan tak ada pape pun, ini ayah beli sekali kemain dia heboh dan agungkan"..mereka sekeluarga gelak ketawa.

Beberapa isi tersirat dan tersurat dari kisah tu yang boleh kita pikir-pikirkan....
1. keluarga itu merupakan keluarga bahagia.
2. barang yang di beli oleh si ayah lagi branded dari yang ibu beli.
3. si bongsu sengaja cakap macam tu sebab nak mintak dibelikan lagi benda tu.
4. si ayah jarang belikan so terasa sangat special.
5. umpana budak kecik bila kita hanya mengagungkan kebaikan /pemberian yang dibuat jarang-
   jarang/sikit ataupun pertama kali sedangkan ada yang telah terbukti kebaikan/ pemberiannya..fikir-
   fikirkan
6.Mungkin sebelum ini, si ayah tidak pernah membelikan apa-apa, so bila ada perubahan, perlu ada
   galakan untuk dia teruskan.

ps :sori ye kalau-kalau tajuk entri tak berkaitan.

Sedap katil atau dilantai

Pertama kali ini bukan entry berbaur lucah ye.Kenapa aku ingat macam tu, mesti ada yang pikir bukan-bukan lepas baca tajuk entry aku kan. Tapi kalau xda tak pa. Aku ok je. Korang pernah tak pikir macam tu?

Sebenarnya tak ada pape pun. Sengaja je aku nak carita sikit. Sekarang ini aku lebih selesa tido di lantai. Tak tau ngape. Memang lena sampai ke pagi kalau tido bawah. Lain pulak ceritanya kalau tido atas katil, kejap kejap terjaga. lepas itu, mula la pagi esok rasa macam tak ada mood je. Nak kata tilam aku ni murah, tak jugak. Siap aku pakai dua lagi. Mungkin aku dari dulu dah di ajar untuk tido bawah tanpa katil kot. Dulu masa kecik-kecik aku dok dengan atuk aku di Ipoh. ipoh memang best, makanan pun sedap-sedap, jalan pun tak jem.

Dulu walaupun aku tido bawah, tapi mesti ada lapik dengan toto or tilam. Bukan apa, bak kata atuk aku dulu, tak baik aku tido direct atas lantai, senang kena penyakit. Nak dijadikan cerita, se ingat aku lah, dulu aku ada dengar cerita, ada la seorang pakcik ni, dia memang suka tido atas lantai, tak kiralah lantai simen or pape, katanya sejuk sedap je tido, tambah-tambah lak kalau waktu hujan. memang la efek dia tak datang time-time tu. Bila dah tua, dia selalu sakit pinggang n tulang.Pak cik ni pulak bukan seorang yang tak cegas, dia selalu je exercise .Bila g cek, rupa-rupanya sebab dulu muda-muda dia suka tido lantai. Yang ni aku tak tau la betul ke tak, ini cerita yang aku dengar masa kecik-kecik dulu. Tapi nasihat inilah yang aku amalkan. Plus aku dengar lagi kalau tido direct atas lantai simen, boleh kena paru-paru berair.
sumber : carian google
So kesimpulanya, korang semua janganlah suka tido direct atas lantai. Banyak buruk dari baiknya. Sedapnya kejap je, sakit tu kita yang tanggung. Janganlah tido atas lantai, tidolah atas kerusi ke, atas tv ke, atas meja makan ke, kan banyak pilihan tu.

Wednesday, February 2, 2011

Memburu biar betul

Tembak biar kena badan, jangan kena ekor...itu petua bila memburu. Bestkan pepatah tu. Ni bukan pepatah yang aku pikir sendiri, tapi aku dengar masa aku tengok ngangkung. Kredit kepada penulis lirik dan sesiapa saje yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan cerita ngangkung.Korang dah tengok ke cita?? Haha lambat pulak akukan. Sebenarnya lama dah tengok tapi tak da idea nak update. So malam ni aku paksa juga untuk update sebab takut pepatah ni berkubur macam tu je. Ke aku yang xtau? tak apalah, maybe aku slow kot, aku nak jugak share kat sini. Tapi perlu dingat ini bukan entri mengenai cerita ngangjubng ye.

Secara kesulurahan nya, besar maksudnya. Kalau ikut logik, memang betul la, kalao tembak ekor susah nak kena. Kan dia asyik gerak2 je, kalau badan dia dok situ je. betul ke?? bolehlah tahankan. Kalau ada impian biarlah kita target untuk benda-benda yang halal dan betul, bukan dengan target benda yang tak pasti ataupun menggunakan helah supaya cepat atau sebagainya.

Itu je yang aku nak kongsikan, pepatah yang bagi aku sangat menarik.Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua. Rasanya tak lewat lagikan. 

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com