Geng-Geng

Friday, December 31, 2010

Blogger survey by maha mahu

Hari ini entri aku buat khas untuk jawab survey yang dibuat oleh incik blogger mahamahu. Kalau korang pun nak try survey ni, sila la jengok blog beliau di SINI... tapi kepada beliau sori ye lambat pulak buat servay ni..

Ini dia jawapannya..

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    c) Sony Ericsson

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
   i) Toshiba
3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
      b) Sony

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
      d) Celcom

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
     f) Adidas
  
6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    d) KFC

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    b) Jaya Jusco

8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    a) HotFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
     c) TV3
10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     a) Dunhill

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
     j) Majalah PC

Itulah serba sedikit jawapan yang dapat aku bagi, so kepada blogger mahamahu, selamat berjaya...

Thursday, December 30, 2010

Semalam tengok bola

Semalam aku pergi tengok bola dengan kawan-kawan sepejabat. Itupun last minit ajak. Kelang kabut jugak la mula-mula tu, tapi disebabkan semangat nak tengok bola, kami redah segala dugaan dengan tabah. Hujan lebat dan jalan yang sangat jem membuat kesabaran aku di tahap maksimum, nasib berbaloi aku redah semua tu becoz kita dapat bawak balik piala Aff Suzuki tu ke Malaysia.

Mula-mula plan memang ribu-ribu tempat and finally pilih untuk ke Bistro Bola kat Sunway Gizi Kota Damansara tu or dekat restoran Idaman bersama-sama dengan krew Hotfm. Tapi disebabkan hujan lebat dan jalan jem teruk di KL ni, aku dengan kawan-kawan aku terpaksa tukar plan. Bukan apa takotla kan, kang xpasal-pasal kena tengok bola guna radio je kang. kan naya namanya tu. Pilihan terakhir yang di pertimbangkan, kami decide nak tengok bola kat area Sentul je. Dekat restoran mamak je, namanya restoran seri mahkota kot.... dekat sana agak happening jugak la. Dah macam stadium aku tengok, punyalah ramai manusia. Mula-mula aku sampai memang xda orang langsung, then aku n geng-geng memang xkisah la, last2 penuh gila, sampai jalan dekat area-area situ semua penuh dan kalo lame skit, konfom-konfom jem. N nasib masa kami sampai kat restoran tu, hujan dah benti, pastu kami dapat meja kat betul-betul depan skrin...puas gila tengok bola ( kunun padahal xda la dekat sangat).


 Secara keseluruhan permainan agak seimbang just kadang-kadang terlebih sikit pada pasukan lawan. Yang ini pendapat aku sendiri, tak tahu la aku perasan macam ni sebab aku penyokong Malaysia or pape. Tapi semalam aku tengok referee macam ada berat sebelah sikit la. Geram jugak tengok sebenarnya, tapi xpa, pape pun Malaysia dah menang. tahniahhh!!!! So semua rakyat Malaysia, enjoy cuti yang diberikan esok, xsia-sia usaha kita selama ni sebagai penyokong pasukan Malaysia. 

Wednesday, December 29, 2010

Timbal balik

Salam semua blogger, malam ini merupakan malam penentuan di antara pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia dalam Piala AFF Suzuki. Kalau hendak diikutkan, kelebihan sekarang pada pasukan kita, namun pape pun boleh jadi sebab bola itu bulat, kalau dia empat segi memang konfom Malaysia menang.

Aku selaku penyokong pasukan Malaysia memang berharap sangat Malaysia akan menang. Dan aku harap tidak ada sebarang masalah yang berlaku. Sibuk sejak dua tiga hari ni dalam surat khabar mengatakan yang penyokong pasukan satu lagi itu mengganas dan pape lagi la. Aku harap itu semua hanyalah cerita semata-mata. Ingat bola sepak hanyalah sukan, sekadar perkara remeh temeh xperlulah hendak diperbesarkan, lumrah dalam sukan, pengadil atau peraturan tidak semestinya selalu meyebelahi kita tapi kalo kita berusaha, mungkin kejayaan akan menjadi milik kita.

Disebabkan game berlangsung di Indonesia, dan agak jauh kalo hendak pergi, so sebagai ganti, jom kita tgk bola ramai-ramai kt depan tv je. Kita doakan mereka semua berjaya dan selamat pergi dan balik.

Keja part time ku...

Hari ini aku bercuti dari part time jobs. Bukan apa aku dapat off day dari kerja part time yang aku buat tapi kerja yang sepenuh masa still kena buat lagi. Di kesempatan ini aku hendak cerita la sikit pasal tempat yang aku buat part time ni, ingat tak dulu aku ada buat entri pasal aku hendak cari kerja part time, kalau tidak ingat tidak mengapa, klik je sini >>>>>> meh baca ini

Hari ini sebenarnya sengaja aku minta cuti atas alasan hendak tengok live perlawanan timbal balik antara Malaysia n Indonesia. keke jangan bagitahu supervisor aku ye, kang xpasal-pasal lepas ini susah hendak minta cuti. Ok ok berbalik pada kerja separuh masa aku tu. Aku kerja part time sebagai promoter di salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di Malaysia. Rasanya kalau aku sebut mesti semua pun kenal tp xpayah la kot. Bukan penting pun kan. Yang malangnya aku ditempatkan dibawah satu brand yang aku sendiri tidak kenal, Precious kot. Korang semua kenal ke??? Ini brand handbang dan kasut wanita. Aku tidak tahu pulak sama ada brand ini terkenal, mahal or pape, yang aku tahu, dia akan bayar aku bulan-bulan sudah. Dan aku lak kerja dengan ikhlas dan cuba jual barang dia sepenuh hati, kekke.

Setiap hari aku akan kerja 4 jam dan akan bercuti satu hari. Aku bekerja bermula pada pukul 6 dan akan berakhir pada pukul 10. Suasana dekat sana agak tenang kalau hendak dibezakan dengan pusat membeli belah lain. Pekerja-pekerja senior dekat sana kata, dekat sana kalau hari sabtu dan ahad akan ramai orang. So aku kenalah bersiap sedia mental dan fizikal. Tapi aku sudah bagitahu siap-saip yang aku tidak mahu buat full.  Maksudnya bila parmanent promoter tempat kerja aku cuti, aku kena ganti dia dari pagi sampai malam. fuhh memang letih tapi masyhuk la. Eh lupa pulak hendak cerita pasal parmanent promoter tempat kerja aku, namanya Auntie Fong. Orangnya baik tapi agak susah juga hendak berkomunikasi sebab dia tidak fasih berbahasa melayu. Dan terpaksalah aku pandai-pandai dan faham-faham sendiri.
 Gambar diatas menunjukkan kawasan tempat brand aku ditempatkan. Tidak pun besar mana. Kalau hendak diikutkan hati memang sepatutnya tidak akan ada hal. Tapi disebabkan tidak ada kerja dan pelanggan, maka aku datang kerja hanya berdiri. Dan kawasan dalam gamabr diatas merupakan tempat yang akan aku ulang alik selama 4 jam. Boleh korang sumua bayangkan betapa letihnya kaki aku masa buat part time. Tapi aku tidak kisah, yang penting aku dibayar, and kalau tidak dibayar sekalupun, aku tetap akan besyukur, cukupla dengan senyuman dan ucapan terima kasih, kekek kunun la..

Sejak aku buat part time ni, aku tengok parent aku macam sedih dan kesian dengan aku. Papa and mummy jangan risau, along buat kerja part time ni bukan sebab tidak cukup makan or belanja ke apa, cukup je. Along just dapatkan apa yang along nak dalam masa terdekat ini. Kalau boleh along nak dapatkan serentak je semua. Sabar ye bagi along masa kejap nanti bila sudah dapat apa yang along nak, along akan kembali macam biasa..keke

Wah kemain lagi aku kan, kunun la buat cerita sedih, papepun aku happy dengan apa yang aku buat sekarang ni, aku tidak menyusahkan sesiapa dan aku pun tidak minta simpati dari sesiapa. So kepada kawan-kawan yang ajak aku lepak ke pape, jangan kata aku sombong plak

Tuesday, December 28, 2010

Di Sebalik Piala AFF Suzuki

Sejak akhir-akhir ini pencapaian yang di tunjukkan oleh pemain bola sepak negara kita agak memberansangkan. Hampir semua media memperkatakan tentang pasukan kita. Tahniah diucapkan kepada pasukan kita. Kalau hendak diikutkan perlawanan dengan Indonesia tempoh hari sangat menarik dan setiap pasukan berbalas-balas serangan. Namun kejadian tiba-tiba bertukar menjadi agak kontroversi disebabkan pancaran laser. Keadaan berlarutan sehingga kini dan hampir semua media melaporkan kontroversi ini. Ada diantaranya saling membenci dan mengutuk. Persoalannya adakah hanya pancaran cahaya laser yang sekejap dan lemah itu mampu mengganggu kosentrasi pemain???  Ataupun hanya lakonan semata-mata untuk menggangu emosi dan rentak permainan?? Ataupun mungkin kerana gawang anda sudah di bolosi?? Semua persoalan itu sekarang termain-main difikiran aku. Mana perginya semngat kesukanan. Ataupun mereka-mereka yang berkontroversikan isu ini tidak pernah bersukan dan tidak tahu langsung semangat kesukanan???
 Secara jujurnya, dari dalam sudut hati aku bercakap, dan bukan memilih kasih sebab aku penyokong pasukan Malaysia, pada mulanya aku sendiri marah dan tertekan dengan kekalahan Malaysia pada peringkat kumpulan. Kalau diikutkan hati, memang hendak sahaja aku memaki hamun apabila keputusan pengadil tidak memihak kepada pasukan kita, tapi bila difikirkan secara matang, untuk apa aku berbuat demikian. Ini hanyala sukan, sukan sebenarnya dimainkan untuk mengeratkan hubungan bukan untuk bergaduh dan sebagainya. Pada mulanya aku sendiri malas untuk ambil tahu mengenai isu remeh ini, namun apabila dibaca komen -komen dan tuduhan dari penyokong pihak lawan , hati aku mula berasa kecewa. Tapi tidaklah sampai ingin mengutuk atau sebagainya. Cuma aku hendak jelaskan disini, jikalaulah ada diantara seorang daripada penyokong yang menyalah gunakan laser tu, tapi kenapa seluruh  rakyat Malaysia yang dipersalahkan?? cuba anda ataupun lebih tepat lagi, orang yang mengutuk Malaysia itu fikirkan?? Tidak ingatkah semua dan segala bakti yang telah dilimpahkan kepada anda. Bukan mengungkit tapi sekadar mengingatkan sahaja. Aku dan orang lain tidak mengharapkan apa-apa balasan, cukuplah sekadar bersyukur kepadaNya. Sukan tetap sukan, jangan cemari sukan dengan macam-macam aktiviti tidak bermoral dan buang masa. Dan jangan sebabkan benda remeh, kita sesama manusia berbalah dan saling membenci. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya. Bola itukan bulat, apa-apa boleh terjadi, kena ada usaha baru menjadi.

Petikan dari perbualan Dj radio Hot.fm pagi td, AC Milan dulu dh lead 3-0 pun boleh dikalahkan( walaupun aku penyokong AC Milan) tapi itukan AC Milan, kita MALAYSIA, tidak mudah mengalah walau apa terjadi. Bila harimau mengaum, pastikan korang semua tidak datang dekat, maksudnya harimau itu lapar...haha

Monday, December 27, 2010

Saba di Setiawangsa

Me and my family, except papa xdapat join coz ada kursus, g dinner kt restoran saba kt setiawangsa. Boleh tahan la kedai ni, orangnya ramai memang xpayah nak cakap, kami pulak pergi hari minggu, so lagi la. Sampai nak carik tempat duduk pun terpaksa pasang strategi, kekeke. Aku first time g kt sini, tu yang diorg ajak aku, so aku join je la.

 first pic- ni la menu dia and nama penuh restoran dia. Alamak tokey dh tolong promote ni, kena la bagi komisen. Kepada sape-sape yang xpernah pergi, sila la cuba, harga and makanan dua-dua berbaloi.
 Pic yang dekat atas ni lak menu yang mummy order, hanith chiken rice kot namanya...kalo nk sebut memang fail, sampai waiter kat situ pun gelak, sampai terjelir-jelir lidah.
 Yang atas ni lak kasbah chicken rice, ni di order oleh adik laki aku. Dia ni agak memilih bab bab makan, so hari tu, dia abis licin, so memang boleh tahan kot rasanya.
 hah ni la menu yang aku pilih, kasbah lamb rice..fuhh memang betul-betul terasa la lamb dia tu. Memang xdapat dinafikan aku memang kuat makan tapi malam tu, aku sendiri pun xabis, adehh..so skg teringat-ingat, rugi xabiskan, keke
 atas : tengok tu, sampai penuh meja kami, tu belum sampai air, kambing n ayam lagi. Masing-masing tengah pasang mata tuk curi meja lagi, keke. So adik aku yang pakai baju pink tu, dia order mandi chicken rice n menu yang ada depan adik aku yang pakai bj melaka tu, hanith lamb rice, berbalut bagaikan.....
hah last pic, nampak tak kami berjaya abiskan semua makanan yang di order, tinggl tulang je. So secara kesimpulannya, memang ok la g sana, harga pun ok, makanan pun sedap.

ps : thanks to mummy sebab belanja

Friday, December 24, 2010

Sibuk...sibuk

Hari ini sibuk gila, so xsempat nak update blog, mayb malam karang la aku update or esok aku ganti dengan 2 entry.hahaha

Thursday, December 23, 2010

pasar malam sama je kan..

Semalam malam aku kelaparan yang dasyat. Yela dari tengahari tak makan. So semalm lepas balik dari kerja, macam biasa la, aku baring-baring jap sambil tengok cerita kt tv3 tu. Dalam hati memang xsabar nak tunggu malam. Bukan apa nak pergi pasar malam. Pejam celik pejam, dah sampai kul 730, aku pun roger adik aku suruh dia teman, hah jangan pikir bukan-bukan kata aku manja ke apa, aku just lagi seronok kalo berdua, kan berdua lebih baik, ada kawan nak sembang-sembang. Tunggu adik aku siap, last-last kul 830 baru boleh kuar, cis mandi ke apa dia buat dalam bilik air tu.

Sesampainya aku kat pasar malam area Taman samudera tu, aku tengok kemain ramai lagi orang, yelakan orang gomen kan dah gaji, keke kunun suma yang datang pasar malam tu orang gomen, lantakla kan. So aku pun dengan cergas bersama-sama adik aku menerjah setiap kedai yang ada. Kami jalan sampai ke hujung, tapi xda pun satu juadah makanan yang terlekat dan teringin nak makan. adeh dalam hati aku, nape la suma makanan sama je???
thanks incik google
Yang aku pelik sekarang ni, pasar malam sumanya sama makanan yang di jual. Yela kalo dulu masa aku kecik-kecik, kalo g pasar malam, mest banyak je makanan yang jarang-jarnag jumpa, tp sakarang banyak yang sama je, nak kata pasar malam tu kecik, xda la, sebab naik berpeluh aku jalan sampai hujung...xpa la next time aku terjah pasar malam lain lak, ada cadangan ???? selain pasar malam jalan TAR dan jalan kuching mana lagi best???

Wednesday, December 22, 2010

Latihan kebakaran

Hari ini ofis aku buat latihan kebakaran, tidak ada pape pun yang special, so xpayah la nak cerita panjang-panjang.

 Kebakaran yang kunun-kunun berlaku kat tingkat 5 bangunan IPJKR. Benci sebab aku terpaksa turun tangga dari tingkat 9, berpeluh-peluh abis...
 Praktikal menyelamatkan mangsa yang terperangkap menggunakan tren 'tangga'. keke semua kusyuk gila tengok.

 Demonstasi menggunakan alat pemadam api, abis kami suma kena habuk-habuk tu. Memang pedih hati ni. kalo dh tersedut tu, memang akan tersedak punya, baju n seluar, memang xpayah nak cakap.

Tuesday, December 21, 2010

Kena lagi 250

Tengahari tadi aku ada la bawak waja kesayangan aku tu g jejalan. Mula-mula aku xbagitau dia yang aku nak bawak dia g jumpa doktor. Dia kemain gembira lagi ikut aku g jejalan. Then tetiba aku singgah ke klinik tempat biasa tu. Banyak jugak orang yang bawak keta kesayangan pergi jumpa doktor, yang aku jumpa hari tu pun ada skali. Aku tengok waja aku tu senyap je, muka pun muram semacam je. Aku tau dia risau, yela sape suka jumpa doktor, lagi-lagi kalau xsakit.

Sampai je kat sana aku terus parking tepi, aku soh dia tunggu kejap. Aku pergi beli vitamin-vitamin baru untuk dia. Siap suma la darah-darah dia aku tukar baru. Mula-mula memang dia macam xgembira, tapi bila dh tukar darah n masuk sikit-sikit vitamin baru, muka dia nampak macam nak gembira tapi tahan, yela kan tadi dia merajuk ngan aku. So xleh nak gembira-gembira lagi. lepas bawak dia g treatment, aku belanja dia air n makan kt Shell, bagi dia minum air paling mahal kt situ, siap belanja dia minum sampai penuh tank dia lagi. So pas suma-suma ni, baru la aku tengok dia macam gembira and lega lagi. Tapi aku lak xgembira, awal-awal lagi dh kena ketuk sampai Rm250, pening jugak ni. Lame lagi nak mengharungi hari-hari mendatang. Tapi xpa, aku xkisah pun, asalkan semua yang berada di sekeliling aku akan bahgia and happy-happy je.

Pencuri memang sial!!!

Pencuri memang sial kan. Aku rasa ramai je yang bengang dengan pencuri ni kan. Aku kalo dapat la pencuri memang aku bubuh habis. Lantak la apa orang nak kata. Alamak terkasar lak. Aku bukan apa, memang anti gila dengan pencuri ni. Senang- senang je curi barang orang. Dia tak tau yang orang beli barang tu bukan senang, kekadang tu ada yang ikat perut berbulan-bulan sebab nak beli benda yang dicuri tu. Sape la yang tak terpikir suma tu kan. Best ke jadi pencuri ni? Maybe sesetengah orang pikir jadik pencuri ni best, yela mana tak nya, xpayah kerja teruk untuk carik duit, pas tu senang-senang je dapat barang yang diorang nak kan. Tapi aku tau, ramai yang mencuri tu mest jual barang yang diorg curi tu kan..??
Eh lupa lak, sebut pasal pencuri ni, ada la seminggu minggu lepas, rumah aku dimasuki pencuri ( keke ayat buku karangan sekolah rendah). Benci betul. Habis kasut family aku sealmari dia angkut. Kasut adik aku yang dah sampai masa nk buang pun dia angkut, terdesak betul pencuri tu. Bukan takat kasut je dia amek, basikal adik aku pun dia angkut, yang herannya, basikal tu letak kt balakang rumah tapi still dia boleh amek. nak ke blakang rumah tu bukan dekat, cewahh bukan aku nak riak ckp rumah aku besar or pape, tp agak jaug ke belakang la, memang hebat betul la pencuri tu, xperasan lgsung masa bila dia amek. Sian adik aku, masuk ni dah 2 kali hilang basikal dia tu. Susah dah dia nk beridah petang-petang.Kalo la duit aku beribu-ribu, memang aku belikan terus basikal pada dia. Kalo bab kasut lak, kasut aku sebelum ni pernah gak ilang, siap suma lak tu, abis suma koleksi kasut aku (aduh kunun la banyak kasut) , bukan apa satu hari tu, aku jemur la kasut aku, pastu maybe ( xingat sangat) aku simpan kt pintu depan je, tau tau je esok tu suma dh hilang, panas jugak la hati aku masa tu.
Ada ke pencuri yang pergi mencuri pakai lampu suloh??? ada je kan, tapi masa tu maybe nak g mencuri kat rumah yang xda orang. Aku bukan apa, dah dua tiga kali pencuri berani masuk rumah aku, aku and family aku risau kalo-kalo dia berani nak masuk dalam rumah pulak, adeehh pening pale aku, nak wat laporan polis dah terlewat, kang macam-macam benda abang polis tanya, banyak pulak yang xtau dan lambat wat report, marah lak abang polis. So sebagai langkah berjaga-jaga, aku and adik-adik laki aku, dh prepare sebatang kayu, so kalo ada dengar pape, memang kami akan berlari keluar, kalo dapat tangkap, tau la nasib dia

So ini amaran kepada pencuri itu(yela kot-kot dia pun ada baca blog aku ni), sila la masuk dan mencuri di rumah aku lagi kalo nak tangan patah dan pale pecah, boleh tak macam tu???

Monday, December 20, 2010

Me n Metropolitan

Ala bukan apa sengaja nak kongsikan pengalaman aku.Rasanya ramai yang dah tahu kan kat mana tempat ni. Taman Metropolitan Kepong or lebih dikenali Taman layang-layang. Kat padang ni memang kalo hari minggu, ramai yang datang untuk main layang-layang. Tempatnya senang je nak pergi. Kalo korang suma ikut MRR2 nak hala ke Kepong, mest nampak taman tu sebelah kiri tersergam indah. Kalo dari Sg Buloh or Kepong nak ke KL, nampak taman tu sebelah kanan Mrr2. Kalo pergi hari minggu, kekadang org parking sampai ke luar. Bayangkan la sebesar-besar mrr2 tu, jadik satu lorong je. Kalo kebetulan hari tu memang ramai orang lalu mrr2, jem dia xingat, sampai ke Bt. Caves tu. Kat sini ada la aku upload 2 3 keping gambar, sila la tengok-tengok ye..

Ehh terpromosi lak tempat tu, pelik la kan aku, sejak akhir-akhir ni asyik nak promote tempat je kan dalam blog ( kunun la, padahal baru dua entry je) Xpa kita kembali kepada tajuk entry. Ada la hujung minggu lepas, aku g jejalan kat Taman metropolitan tu. Aku bukan apa, nama je dok dekat situ, tapi xpernah pergi lagi. Kalo nak jogging pun g tempat jauh-jauh. So hari tu aku pun cuba la g situ, aku datang awal dalam kul 4.30 petang jugak la. Orang still xramai tp penuh jugak la parking. Mula-mula ingat nk pusing la seround dua, tp memandangkan pakaian xbrapa sesuai so xjadik. Lepak-lepak kat atas kerusi je.



 atas : suma ada, sape-sape nk bawak anak-anak jangan risau diorg akan boring ke pape, macam-macam ada, kena rajin carik je...kekeke dulu aku kecik-kecik memang suka gila benda ni, kalo main satu hari pun xboring.
 Selain orang nak jogging or bawak anak jalan-jalan, ada jugak yang datang memancing ikan. Selain itu ada jugak yang datang memancing orang, keke. Aku xtau la boleh ke tidak, sebab dulu-dulu orang cakap kt sini xboleh memancaing.
 walaupun petang tu macam xda angin sangat, tapi ada jugak adik-adik dan bapak-bapak diorg sangat berusaha untuk naiikan layang-layang. Berlari dari hujung sampai ke hujung, nasib ada pagar kalo x ntah keman larinya. Secara jujurnya aku sendiri xpernah main benda ni, maybe 1 day nant nak ajak sape-sape teman aku main benda alah ni.
 Tengok abang and kakak tu, kemain dia amek kesempetan nak dating-dating, yela kan anak-anak dilepaskan main kt padang tu. Bila lagi ye tak??
Kat sini korang xpayah nk risau pasal layang-layang ni, memang berlambak orang jual. Pilih je, macam-macam corak ada. Kalo bab-bab makanan ringan, ada jugak la yang berniaga.

Saturday, December 18, 2010

Malaysia Boleh....!!!!

Yes...Yes Malaysia ke final Piala AFF Suzuki. Memang fantastic la game Malaysia malam ni walaupun seri je. Kredit sangat-sangat pada goalkeeper, superb sangat.

Friday, December 17, 2010

Brem Mall Kepong

Brem Mall dari depan
Brem Kepong..sape pernah dengar nama tempat ni?? Ni sebenarnya salah satu shopping complex kt area Kepong. Kalo lalu jalan kuching mest nampak dia tersergam indah. Pastu kedudukan dia lak sebelah dengan Hotel Crown Plaza kepong. Nak kata besar tu memang tak la, tapi dia ada wayang dan bowling. Rasanya tu je kot penarik orang ke situ. Nama-nama besar yang ada kat situ macam Giants, Metrojaya Outlet, Reject Shop tu ada la, tp biasala, tempat dia kecik je. Orang yang datang situ pun orang-orang yang duduk area situ-situ je. Haha tetiba je aku tolong promote tempat ni kan, mest sape yang baca entry aku kali ni rasa pelik, apahal aku tetiba cerita pasal tempat ni. Padahal banyak lagi kot tempat yang menarik kt KL ni yang boleh aku cerita.
Ni lak pic masa dulu2 dlm lukisan, cantikkan.
Ni dari dalam, masa ni aku kat tingkat 2.

Ok la sekarang aku bagitahu sebab sebenar kenapa tetiba je aku cerita pasal shopping complex ni. Ingat tak dulu aku ada wat entry nak cari kerja part time dan macam-macam lagi? kalo xingat xpa, aku sendiri pun ingat-ingat lupa je .Ok ceritanya bermula semalam, semalam aku dengan seorang sahabat buat planning untuk mengisi masa lapang yang xberapa nak lapang ni. Macam-macam la kami plan, Last-last , aku dengan dia sebulat suara hendak mencari part time jobs. Cadangnya nak cari dekat panggung wayang coz sambil kerja boleh gak berseronok-seronok tengok wayang. Bak kata pepatah melayu dulu-dulu, sambil menyelam minum air. Tapi cari punya cari, suma sudah penuh. Ingatkan nak balik macam tu dan kecewa je. Disebabkan semangat berkobar-kobar, then ada la satu outlet ni. Tanya-tanya dia nk pakai orang. Katanya " kalo part time, masuk kerja kul 6 balik kul 10". Wah aku dan member aku dengan gembira terus macam-macam tanya. Last skali diorg mintak kami isi borang. So hari ni aku dengan semangat isi borang tu dan jap lagi nak pergi hantar. Harap-harap dapat la kan, boleh belanja anak bini makan isi masa lapang kami.

Wednesday, December 15, 2010

Sembang-sembang Bola..

Aku sangat teruja menunggu hari ini. Sejak seminggu yg lalu, aku memang berharap sangat yang hari ini tiba. Bukan apa, xsabar nk tengok malaysia main malam ni. Kalo boleh memang nk pergi stadium tp...?? Ish biarla xpayah nk cite lebih-lebih, kalo sape nak pergi, pergi je la.
Aku walaupun amat meminati kelab or pasukan AC Milan dari Italy tp hati ni tetap menyokong pasukan bola kita. Walaupun kekadang sangat la sakit ati bila tengok diorg ni main. Tapi sejak dua menjak ni, aku tengok pasukan kita dh banyak meningkat, just still ada perangai kat diorg tu yang bajet star gila. Ada la 2 3 pemain kita yang aku tengok perangai atas padang macam star sangat. Skill tidak la hebat mana tapi bila main dah macam christiano ronaldo, mengada-ngada je lebih....sori ye peminat Real Madrid, aku bukan nk kutuk2 player team korang tapi sejak dulu lagi aku memang menyampah dengan perangai ronaldo ni, sikit-sikit nak berlakon. Skill dia memang la aku tabik, tapi tu la, kalo dia buang perangai mengada-ngada dia, mest syiok. Tengok macam Messi, baru la semangat tengok, kena teruk-teruk pun still usaha nak bawak bola tu. Satu lagi star yang aku tengok betul-betul main bola, Thierry Henry, tapi masa dia main kat Arsenal dulu la, memang syiok tengok dia bawak bola, susah betul nak jatuh. Just sekarang ni dia slow skit la, maybe faktor usia kot.

Eh dah melalut lak cerita pasal bola eropah. Kita balik pada pasukan bola sepak kita. Lagipun memang entry ini aku buat khas untuk Pasukan Bola Sepak kita. Pada kejohanan Piala Suzuki ni aku tengok so far pemain kita ni ada turun naik. Tapi paling aku bengang time tengok diorang lawan Indonesia hari tu. Macam xbermaya je, orang kata kalah xmelawan. Kalo la player kita main macam dalam sukan sea hari tu, InsyaAllah boleh dapat sumting. Pape pun harap malam ni pasukan kita main sehabis baik, pulun kow2. Kalo boleh bila main dekat Vietnam nant kita bawa bekalan gol yang banyak. Ni promosi ni untuk Pasukan kita, jom ramai-ramai kita p stadium, kalo tiket abis xpa, kita kumpul dekat luar stadium, kalo dengar orang sorak, kita sorak la skali, hahaha....ala senang tengok kt tv, kalo xda kt tv1 mest ada kt astro. Xpun jom lepak mamak ramai, boleh jumpa kawan-kawan skali.
Sebut pasal nak menang, mesti kena ada taktikal yang betul kan. So kepada Incik Rajagopal, sila la pkirkan yang terbaik. So sedikit komen dari aku, kalo boleh jangan la asyik main bertahan je, silap-silap kita yang kena balik. Kalo boleh try mantapkan bahagian tengah, kalo kita dapat kontrol game and midfield kita always create peluang untuk striker, mesti akan ada jugak gol yang mendatang. Wahh kemain lagikan aku, ni la dia berkat main game fifa manager.Aku bukan apa, apa yang aku tengok game-game yang lepas, kita banyak main bertahan n midfield lebih banyak hilang bola, so senang la pihak lawan nk serang balik. Pemain macam Amirul Hadi, Gunalan, Amri Yahya tu sepatutnya dimaksimumkan kebolehan diorg. Kepada Syafiq Rahim, kena rajin skit create peluang-peluang mengancam.
ps : sape ada tiket lebih, boleh la bagi kat aku, dari membazir buang je, keke...kpd kawan-kawan blogger, jom kita sokong pasukan bola sepak kita.....wat entry khas untuk diorrang

Monday, December 13, 2010

Semalam hari ahad

Semalam memang hari ahad, xda sape pun boleh ubah. keke intro yang macam entah pape ntah kan. Semalam hari yang penuh kebzan. Satu hari aku wat aktiviti. Memang penat gila tp berbaloi2. Kunun la mcm banyak je kan. Sebenarnya entry aku kali ni aku wat khas tuk brother ofis aku ni. Semalam anak sulong dia kawin. Kenduri wat kt Dewan Gemalasari, Ibu pejabat RISDA. Memang clas la tempat tu. Teringin lak nk wat kenduri kt c2, kekke Masa tu aku g ngan member aku n member kepada member aku, alamak dh stat mepek la, xda idea nya pasal la ni. Semalam aku g kejap je n xsempat nk snap pic yg ribu2. Juz 2 3 keping je. So kepada abg rezam, tahniah coz sorg anak dh lepas, yg abg ni bila lg????
Pic kt atas ni la aku amek masa kt kenduri abg rezam tu. Meriah je kan. pastu tempat dia lapang n cantik lak tu, brapa la agaknya sewa tempat ni kan. Sorila coz pic xbrapa nk clear, amek pun guna hp cap ayam je. keke
So seperti biasa la, selepas waja aku ni bawak aku g jejalan. Aku bawak dia g spa. Siap cuci enjin2 dia skali. Tgkla tu, kemain lg org-org itu membersihkan kereta aku, macam tau2 je aku nk snap pic.

Wednesday, December 8, 2010

Tapak kasut pun sampai Rm700

Sape-sape yang baca tajuk entry ni mest xpercayakan. Ada ke tapak kasut sampai 700 ratus. Rasanya kt KLCC or mana-mana pun xda jual tapak kasut yang semahal ni, tp xtau la kot2 ada kt sana. Aku bukannya rajin g window shopping kt sana. Lantak la, rini aku nk cite psal tapak kasut kereta kesayangan aku. Baru-baru ni aku g tukar tayar depan kereta aku. Xda la tayar saja RM700. Harga tu termasuk la adjust suma2 kt tayar depan n repair tingkap driver skali. Banyak kedai yang aku tanya, tp kedai ni je yang macam memikat ati aku. Harga tayar lebih kurang sama je, juz customer service dia bagus. Siap dapat air mineral lg..keke
Pic kt atas ni dia tengah angkat kereta aku tuk bukak tayar. Tapikan dia nk tukar tayar depan, asal aku g snap tayar berlakang, sengal jugak aku ni kekadang kan.

Yang kt atas ni lak, gambar bila diorg tengah wat alligment tok tayar aku tu. Dia pasangkan mcm telinga tu, xtau la apa namanya. Aku xtau yg elektroniknya bagus or manual. Kawan-kawan aku kata, kalo alligment n balancing wat manual lagi bagus n tepat. Ikut la mcm na pun, janji kereta aku ok n sihat

Gambar kt atas ni lak tunjuk mesin yg diorg guna untuk tukar tapak kasut kereta aku tu. Canggihkan, haha jadik jakun lak. Bila tengok dia wat mcm senang je, kalo aku ada alat ni mest aku pun boleh wat macam ni.
Gambar yang kat atas ni lak, aku g tukar main switch untuk tingkap. Nasib motor xrosak, kalo x lagi la kena ketuk aku.

Thursday, December 2, 2010

2 yg aku bengang....!!

haha tajuk mcm bagus je kan..kalo korg perasan dari awal, aku asyik nk tulih perasan bengang n marah aku je. Aku mula2 pun xperasan, tapi bila baca n tengok2 balik, baru perasan. Nak buat macam mana, perasaan marah dan bengang je yg aku rasa macam seronok and banyak idea nak tulih. Xpa2, next time aku akan cuba meng improvekan lagi kreativity and ke ideaan dalam penulisan blog ni. Eh jauh lak menyimpang, kembali balik kepada tajuk. Benda yg membengangkan aku ni terjadi semalam. Kalo ikutkan xda la besar mana pun, tapi dah cukup buat hati aku panas.

Perkara pertama
Yang ni, aku perasan time petang semalam bila aku balik kerja. Ia nya terjadi ke atas satu-satu nya harta yang aku ada iaitu kereta kesayangan aku. Cewaah ayat skema. Sebut psal skema ni, time aku form 5, aku slalu guna ayat ni, "skema kan asas kejayaan". haha perasan masa tu kunun2 skema. Yela masa kt asrama dulu, aku asyik study je, haha skali lg perasan. eh lari lg tajuk, psal kereta aku tu, kena langgar kt bumper belakang. Mayb kena masa aku parking kt atas, kt blok ofis lama aku. Tension betul. kalo di ikutkan xda la teruk sgt, tp kalo dh kena skit, memang buruk la jadinya. Yang jadi lg panas, xtau lak sape yang langgar. Abis cacat keta aku dari blakang. Tapi xpa, benda nk jadi, dah xda rezki. So kepada sesape yang langgar or terlanggar or sengaja langgar, mintak la sangat hati beliau itu terbuka , moga-moga berubah dan tidak akan mengulanginya lagi.

Perkara kedua
Yang ni lak satu, semalam aku tengok live kt tv perlawan Malaysia Indonesia dalam Piala Aff. Malaysia kita kalah dengan teruk lagi, 5 berbalas 1. Aduh besar betul beza jaringan. Aku sendiri xpaham kenapa skuad bola sepak kita ni teruk sgt. Aku tengok dari Sukan Asia lg. Xmelawan langsung. Kalo tengokkan kt sukan asia tu, sakit ati rasanya. Macam xbermaya je, langsung xda fight. Gol lak berpunca dari kesilapan sendiri, kata dh main bola lama, dh di train, tapi still sama. Aku bukan nk kondem pape, aku tau yg diorg suma dh berusaha. Ramai yg kt luar sana dok kata macam- macam kt skuad bola sepak kita, tp aku still sokong, kalo boleh nk g stadium n xnak terlepas live telecast pun. Tapi apa dapat, sakit ati lg ada. Aku xkisah kalo kalah, tp biarla fight, ni tak, dh la ketinggalan, xkontrol ball lak, mcm na nak carik gol. Masa sukan sea ri2, memang semngat tgk, mcm tu baru la seronok tengok. Semalam bila dh gol ke-4 dh masuk hasil kesilapan mudah defend, terus aku tutup tv n wat benda lain. fuhh lega lak rasa pas dh luahkan kt sini, keke kunun la. Pape pun, semangat aku still ada, aku akan teruskan sokongan aku kepada pasukan bola sepak kita, sape lg nk sokong kalo bukan kita, anggap la pendapat peribadi aku kt atas ni sebagai satu kritikal membina, next macth dengan Thailand, buktikan sesuatu kepada penyokong. Kalo boleh biarla menang, tp kalo kalah, biarlah melawan. Satu lg, skuad bola kita ni, aku rasa kurang kt pemain tgh, kalo mantapkan kt pemain tengah, try untuk kontrol bola, mayb ada peluang kot. K chaiyoo Malaysia Boleh!!!


ps : tahniah kepada west ham dapat kalahkan Manchester United 4-0. and kepada Barcelona, syiok tgk game tu, real madrid memang xleh wat pape.

Wednesday, December 1, 2010

Disember hari pertama

Tepat jam 12 tgh malam semalam dh masuk bulan disember. So di kesempatan ini, saku nk ucapkan selamat hari bulan Disember. Ada ke org wish mcm ni???? ntah la, lantak la. Xpun aku ubah skit, selamat menyambut bulan Disember, hah kan mcm sedap skit bunyinya. keke apa la aku merepek ni. Sebenarnya xda apa pun yg menarik. Sedar xsedar, dh smpai ujung tahun kan. Aku pun dh makin tua, takat ni, aku dh hampir 4 tahun kerja. Tp 2 la apa pun xda, nk kata simpanan, hampeh ada la....keke
Xpa2 hari masih muda, sama2 la kita berusaha, moga2 bulan ni n seterusnya byk manfaat. Kepada kawan2 yg lahir bulan ni, aku wishkan hepi besday awal2, takot xlupa or terlepas.

Thursday, November 25, 2010

Kursus AutoCad 2009....

Tiga hari ni aku g berkursus untuk memantapkan diri. eh ..jap jap, intro xbrapa cun la, lantak la. Yang penting isi dia, keke kunun isi banyak n best. Xda la aku juz nk catit kt sini yg aku g kursus AutoCad 2009. Kursus ni aku dh g 2x, sengaja apply coz xnk la apa yg kita blaja lupa mcm tu je. Banyak benda yg aku lupa aku igt balik, tp xtau la hari2 mendatang mcm na. Walaupun kursus ni basic je, tp seronok jugak. Harap2 dpt g lg or dpt g yg advance nya ke. Bukan apa, nk tambah lg ilmu yg xseberapa ni. So kepada sesape yg ada peluang nk belajar autocad, sila la rebut, xrugi....
Pic kat ats ni keadaan kelas aku time tu, aku dpt dok sebelah tepi je. Ok la xblakang n xdepan sgt pun. Juz masa tu trainer dia sopan sgt, walaupun ada mike, tp still xdgr, kekadang tu tension gak, xdpt dgr apa dia ckp, nasib boleh kejar n berjaya jugak siapkan pelan lantai sebuah makmal komputer...

pic kat atas ni lak, separuh dari kerja aku. Yang ni dh separuh siap, ada byk lg step yg kena wat. Aku pun xsangka yg aku leh wat secantik ni. keke puji diri sendiri lak.

Monday, November 22, 2010

Cerita hari isnin

Seperti biasa la, asal isnin je, memang tahap kemalasan di tahap kritikal. Kalo x di paksa memang akan terus malas n dok termenung je. Hari dan saat ni aku gagahkan jugak pale otak n jari jemari aku ni tuk update blog kesayangan ni, keke kunun la kan. Hari ni rasanya xda nk cite pape, memang banyak nk cite tp xidea n xtau nk mula mcm na. So merepek je la mcm 2 3 entry sebelum ni, kang kalo rs mcm sesuai n terdapat idea, aku selitkan la skit2 cerita aku tu. Selamat membaca.

Semalam aku g tengok Hary potter kt E@Curve Kota Damansara, dengan sape rasanya xperlu la nk cite coz mest dh tau kan, kalo xtau, xpayah la amek tau, kekeke. Nk kata best gila tu memang xda la kan, coz cite dia dari stat sampai ke hujung asyik bersembang n bercakap je. Ada la skit2 magik sana, magik sini. Memang la aku tau yg dia part 1, tp xkan la xda scene yg menangkap. Yg Miss Z lak, kemain gembira lg, best katanya, hmm pelik2. Nasib la herion cite tu comel n cun, keke, So papehal pun wait for part 2, mayb sumting best ke yg kuar.

Sebut psal membaca, ada la 2 3 org kenalan, ckp yg blog aku ni cerita byk sgt, gambar xda pun. Keke sori la, bukan sengaja, time tu mayb tengah semangat nk bercerita. Lgpun aku pernah baca blog yg aku follow, kata beliau, kalo nk entry or blog menarik, jgn tulih or karang panjang2 n selitkan la dengan gambar. Memang ada betul apa yg beliau ckp, thank for d advise. Aku sendiri pun kekadang malas nk baca entry org yg panjang2. Xpa geng2 yg membaca blog aku, aku akan perbaiki time 2 time ye, bg aku sikit masa n terus support aku.

Eh tadi masa cerita psal semalam, aku lupa nk cite, semalam sebelum g tgk hary potter, aku ada la g kenduri kawan2 aku. So kepada Afiq&Nafisah dan Emilia&Amran, selamat pengantin baru, sori xdpt nk lepak lama2 ngan korg. ok tamat cite psal semalam. Hah amek cite berterabur, xpa asalkan ber update. Update is better than nothing. Keke
Korang pernah x rs yg org lain xhormat pd kita?? then kita marah or mengamuk?? Pastu campor ngan ego n riak n mcm2 lg, mula la bergaduh n sebagainya. Bagi aku senang je, kalo nk org hormat kita, then kita mestilah org yg pertama hormat org. Xkisah la kita ni dimana, tinggi or rendah. Terutama pada keluarga, pada ayah mak, pakcik, mak cik, datuk, nenek, abg or kakak. Sebab keluarga la insan pertama yg akan bersama kita susah n senang. Seteruk mana pun seseorg dlm family kita, dia tetap family kita. Kena terima seadanya. Sebenarnya isu hormat ni byk sebenarnya nk ulas, tp xyah la nk lebih2, aku pun bukan pakar sgt, juz nk kongsi skit2 je. Renung2 kan dan selamat beramal.

Thursday, November 18, 2010

Semalam Hari Raya

Sebelum memulakan entry, cewahh ayat xboleh blah, rsnya xlewat lg nk wish Selamat Hari Rayaq Haji kepada semua rakyat Malaysia. Mest seronokkan, satunya dapat makan yg sedap2 n yang keduanya, dapat cuti. Keke
Raya kali ni aku xdpt nk balik ke Ipoh, atas urusan peribadi yang xdpt nk di elakkan. So terpaksala raya kt KL je. lagipun adik2 aku suma raya kt KL, so xda la rasa sorang2 je. Kepada yg merantau n xdpt nk balik, jgn sedih2 coz setiap dugaan or kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya, bersabarla ye...
Xbanyak yg dapat aku ceritakan, coz raya kali ni memang xwat pape pun. Tapi biasa la, masak2 rendang tu biasa la. Macam biasa, pagi2 raya aku dh siap2 untuk g solat sunat aidiladha kt Masjid. Kt masjid memang meriah, mcm2 stail ada. Pas semayang raya, aku ngan adik aku g carik lemang. Punyala susah nk carik time raya haji ni. Ada kedai tu, baru nk stat bakar la, ada yg org beratur beribu2 la, last2 aku pusing2 terjumpa kedai yg orgnya xbrapa nk ramai. Aku apa lg, dengan sepantas kilat, terus u turn then berenti betul2 depan2 kedai. Aku angkut 3 batang lemang, boleh tahan gak sedap dia.
Pas makan suma, aku n family g ke Banting. Nk g melawat adik pompuan sulong aku kt matrik. Dia xda cuti, xtau la mcm na management da wat mcm na, patutnya wat la adjusment ke pape kan. So kami berkelah kt cafe sana lak. Aku igtkan kami je yg datang, rupanya ramai lg family lain yg datang. Tapi kami paling stail la, siap dengan bj melayu bagai, yg lain pakai bj biasa je, keke Hari tu kami lepak sampai petang, ondway balik tu, kami singgah pekena McD, punyala ramai org kt sana. Mayb suma pun xtau nk g mana n kt area stu, mayb tu je kedai makan yg bukak n senang nk carik. Thanks to mummy coz belanja.
Lupa lak sebut psal hari raya korban, patutnya kenala cerita pasal org sembelih lembu ke pa kan, ni tak cerita psal makan lak. Ok masa kt masjid tu, aku dpt tau yg masjid yg kt rumah aku tu, dia nk wt sembelih2 tu pd keesokan hari (khamis). Aku jadik sgt pelik. Boleh ke macam tu? ni je yg bermain dlm fikiran aku. Bila dh settle suma, aku pun refer la pada yg otai2, br las aku dpt tau cerita sebenarnya. Korban or sembelih ni sebenarnya boleh diwat dlm masa 3 hari dari tarikh hari raya haji(kalo salah tolong ye betulkan). oooooo baru la tau, nmpak tak betapa ceteknya ilmu aku, banyak lagi yg perlu aku belajar.
Ok la, ni je wat masa sekarang yg dpt aku ceritakan. Esok aku akan pulang ke Ipoh coz ada kenduri sepupu nk bersunat, diorg ni kecik lg. So kepada Mohd Irfan Danish dan Mohd Faris, selamat la anda berkhatan, jgn takot2, mcm gigit semut je, kekke

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan kunun....

Macam best je tajuk entry kali ni kan, bukan pa, dr pg asyik dok dgr psal pengorbanan je, bukak radio pun tajuk chitchat dia pengorbanan.Yang aku ni plak bengong xtentu psal, lupa lak esok dh raya Haji..ish2 kejap je kan, xpasan pun sebenarnya, masing2 sibuk ngan duniawi. wah ckp mcm pro je kan aku ni, entry kali ni aku juz nk merepek je la.
Alamak td aku berenti makan kejap, sekarang terus xda idea. Yang ada dlm pale ni juz igt nk tdo je, yelakan perut dh kenyang. Ok la untuk tidak membuang masa, aku sharekan benda lain la, aku nk share satu peristiwa ngan korang suma, benda ni terjadi ke atas aku. Memang rs mcm nk putus urat perut ni sebab ia melibatkan kerjaya aku, walaupun xseberapa tp mayb menggangu or memburukkan kredibiliti aku sebagai pekerja. Seriusly aku sendiri pun xsangka benda ni akan jadik pd aku, tp aku take it as a pengajaran. Namun segala nama,jawatan dan tempat terpaksa di tukar demi menjaga nama baik. Mcm na ye aku nk stat...hmmm tgk pic dulu, xda kena mengena ngan cerita ni, kredit pd jurufoto

Ok nk dijadikan cerita, 2 3 bulan yang lalu, ada la seorang Bos bernama Incik Q, memulangkan L...... ke seorang pegawai yang bernama incik W tanpa sebarang rekod hitam putih or sebgainya. Setelah menerima L..... pegawai yang bernama incik W terus meletakkan ke dalam almari tempat simpanan segala jenis stationary, laptop, projector n sebagainya lalu di kunci dan kunci telah di simpan di tempat biasa. Namun incik W mungkin lupa hendak memberitahu kepada org yg bertanggungjawab menjaga kunci n aset2 tersebut atau org yang menjaga tiada di tempt atau sebagainya. Perkara ini berlalu seperti biasa pada hari tu sehinggala pegawai bertanggungjawab iaitu incik D yg menjaga kunci tersebut membuat semakan ke atas barang2 yg ada di dalam almari tersebut pd petg itu. Incik D terkejut dengan kehadiran L... tersebut dan bertanya kepada pegawai2 yg kebetulan berada di tempat dia, iaitu Pn. J, Pn. G ynag juga pegwai atasan dan juga incik T, namun tidak diketahui milik siapa L... itu. Pada keesokan harinya, incik D dapati L...tu sudah tiada, n beliau beranggapan, mungkin L... tu milik persendirian n mungkin hanya menumpang letak seperti kebiasaanya ada org yg menumpang letak barang berharga.
Yang menjadi kes nya, semalam pada 15 November 2010, dlam lingkungan jam 3, incik Q datang ke pejabat D, dan bertanyakan mengenai L... tu. Namun tiada seorg pun yang mengetahui kehadiranya L... tu. Setelah di tanya berkali2, akhirnya semua masalah telah dijatuhkan kepada incik D walaupun incik D secara tidak lgsung ,tahu mengenai perkara ini. Incik D tenang n menghubungi semula incik W, namun hampa, katanya dia juga tidak tahu kemana perginya L... itu. Incik D lalu mula berfikir dan mula bertanyakan kepada semua staff n paling kerap di tanya ialah pegawai2 yg tahu kehadiran L... tersebut seperti yg di ceritakan di atas. Incik D sengaja membuat kecoh kununnya hendak membuat laporan polis n kemungkinan benda ni akan berlarutan, rumah mungkin di geledah dan sebagainya. Incik D menggunakan segala pengalaman sebagai kaunselor (kunun) untuk mencari klu2 dan menduga. Meminta segala nasihat dari orang2 yang berpengalaman dan jikalau la L... tu ilang, bagaimana pula prosedurnya. Segala persiapan telah diwat. Habis segala tempat beliau geledah termasuk tempatnya sendiri, namun hampa. Kunci almari juga dibawa pulang. Di rumah incik D sibuk mengarang ayat bagaimana hendak membuat laporan sekiranya L... itu betul2 ilang. Sebelum tdo, Incik D sibuk berdoa agar dilembutkan ati sesiapa sj yg terambil, sengaja ambil supaya memulangkan semula L.. tersebut. Di pendekkan cerita, esok pg2, incik D sudah cek semua tempat termasuk di dalam almari, namun sekali lg hampa. Akan tetapi, cewaahh ayat, selepas pulang dari minum, incik D dapati L... tersebut ada di bawah meja beliau. Leganya hati beliau xdapat nk dibayangkan. Nampak sgt L.. tersebut telah diambil oleh org2 yg sepejabat dengan incik D, namun xdpt nk kesan siapa orgnya. segala sykologi yg digunakan oleh incik D berjaya. hah mcm tu lebih kurang ceritanya, aku terpaksa ubah skit2 demi menjaga dan menghormati hal2 tertentu. Rasanya faham x??? Tp ini la yg terjadi , juz aku xleh la nk ckp yg aku ni incik apa...keke
Banyak sebenarnya pengajaran yg aku dpt dari cerita kt atas tu, rsnya sesape yg baca pun faham, xyahla nk tulih kt sini, ni pun dh pjg berjela
ps : rasanya cerita xda kena mengena ngan tajuk entry

Monday, November 15, 2010

Hilang seminggu...???

Kalo tengok tajuk macam suspen je kan, ntah pa ntah yang ilang kan, padahal xda pape pun. Tuan empunya blog ni menghilang kejap atas urusan rasmi. Aku g kurus kt cherating, thanks n kredit sgt2 pd urusetia. Paling2 pun hilang gak tension n berat kt pale ni.

pic : ni masa ada aktiviti kumpulan. nama kumpulan di pilih berdasarkan nama ikan yg terdapat di sini. Yang femes2 je. Pari, Talang, Bilis n Arowana. Best tak nama tu. Byk yg kami kena wat berkumpulan mcm melakonkan adegan2 yg diberi, mencari harta karun(kunun), dll. Xda yg kalah or menang. suma sama je.


Pic : ni yg ramai pakai bj sama ni bukan PLKN ye. Ni sebab ada senaman pg. Pas 2 ada akiviti last yg carik2 barang tu pun kena pakai bj ni. Bayangkan la, 4 hari kot nk kena pakai bj ni, nasibla masing2 pandai nk menjaga, so xda la bau sgt, keke tp baju kaler ni smart bila dlm gambar, dia nmpak contra sgt, mcm meriah gila...
Pic yg atas2-atas ni ni suma rangkuman 4 hari aku kt Cherating. Syiok 2 memang la, tp jauhlak ngan insan tersyang, family maksd aku...keke

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com