Geng-Geng

Thursday, June 30, 2011

aku n SB di stadium semalam

 Ni masa mula-mula sampai, sengaja masuk awal. Tapi team penyokong ultras dan bersiap sedia. mamt yang sebelah aku ni dari sampai asyik makan kuaci je, senyap je. Ingatkan dia senyap je, rupanya bila dah goll boleh tahan gak.
 Ni sebelum gl pertama, semua pun suspen. Kusyuk je semua orang tengok.
Malas nak cerita panjang2, game semalam tu berakhir dengan Malaysia mendahului 2 gol berbalas 1. Kiranya dah satu kaki masuk untuk pusingan seterusnya. Tahniah pada pemain dan semua penyokong2 team kita. Semalam xsempat nak snap banyak banyak, kamera tak bawak n hp lak habis bateri.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, June 29, 2011

Banyak pulak bunyinya

Aduh pagi-pagi lagi aku telah terpaksa untuk buat entri berunsurkan emosi macam ni. Bukan apa, kang kalau aku bising bising diorang kata aku memekak dan kuat berleter pulak kat ofis ni. So baik aku update je satu entri kat blog ni, paling kurang pun lega sikit naluri keibuan aku ni..keke merepek sudah.
sumber; carian google : nasib aku tidak berkelakuan begini ketika marah, keke
Kejadian berlaku pagi ni, dan ia membuatkan aku berfikir sejenak dan lantas perasaan dan emosi aku terbangun. Syaitan pulak sibuk berbisik di telinga untuk menghasut aku menjadi kurang ajar dan sebagainya. Dan ianya berlarutan dan terus berlarutan, kesabaran aku sampai di tahap kemuncak dan...amek ko, keluar sudah kata-kata pedas direct ke muka engko!! padan muka ko. (maaf ye kembali menulis mengikut emosi)

Ok dah lega sikit ni, betul cakap orang masalah atau apa saje yang terbuku di dalam hati ni, lebih baik luahkan samada kepada manusia, kertas atau sebagainya, baru lega dan tenang sikit hati ni. Kembali balik pada tajuk. Aku pelik dengan manusia ni, macam-macam ragam. Bab menyakitkan hati orang memang pandai, cubalah hargai apa yang orang dah buat. Mesti korang tak berapa fahamkan, tak apa meh aku kongsikan kejadian yang berlaku keatas aku pagi tadi.

Satu ajk kelab ni adalah buat satu aktiviti walaupun bukan secara besar-besaran dan meriah, cuma sekadar untuk beriadah dan memenuhi masa lapang.  Si ajk ni dengan rela hati meluangkan masa untuk menguruskannya sehingga ia di realisasikan. Bukan sahaja memberi kebaikan pada si ajk, tetapi kepada keseluruhan orang yang berada di sini. Dia siap dengan rela hati menggembar gemburkan pada semua. Ingat senang ke nak sampaikan masej pada semua orang kat sini. Then dengan tetiba, seorang ni, dengan selamba je bertanyakan kepada aku siapa mamat ni. Aku pun walaupun dok sibuk menaip, terus dengan susah dan payah, terangkan sebijik2 kat dia. Korang tau apa dia cakap??? sebenarnya banyak dia cakap cuma aku nak highlightkan perkataan ni, sebab menyakitkan hati betul.

"Danial, tolong cakap kat budak(si ajk tu) ni, jangan harap(dengan nada yang memang pekat) akak nak join"

Aku perkataan lain yang dia cakap tu aku tak kisah sangat, tapi dengan yang ni, aku rasa berbulu sangat. Tolong la ye, dia cuma gembar gemburkan pada semua berkenaan dengan aktiviti tu, bukan memaksa untuk join, kalau nak join memang di alu alukan. Ini untuk kepentingan bersama, bukan untuk ko sorang. Ko ingat dia hadap sangat ke nak gitau aktivit tu kat ko, kalau ko tak ada pun, aktiviti tu tetap akan berjalan macam biasa, ramai je suporter ,ko dapat berita tu pun sebab ko tu salah sorang ahli kat sini. Bila tak ada orang yang suka rela buat, ko cakap macam-macam, then bila dah buat, macam ni pulak ko cakap. Untuk masa terdekat ni, aku rasa ok apa usaha yang dia (ajk) cuba lakukan.

Sampai sini dulu la ye, jangan lupa support team bola sepak kita malam ni. Pada yang terasa termakan cili, sila terasa dan renung-renungkan, maaf jika aku terlebih dalam meluahkan pendapat.

Alhamdullilah selesai juga

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku tunggu keputusannya, akhirnya ianya mendatangkan hasilnya. Wah ayat dah macam berniaga lak. Aku sangat bersyukur dan gembira pagi ni. Walaupun hari ini dimulakan dengan bangun lambat dan terpaksa berkelam kabut untuk ke tempat kerja, tapi akhirnya di neautralkan dengan kejadian ni. Keterujaan yang aku rasa tak dapat di gambarkan melalui kata-kata.

Eh lupa nak bagi tahu, sebenarnya aku telah berjaya lulus dalam satu lagi peperiksaan yang di wajibkan untuk penjawat awam bagi mengesahkan jawatan tetap. Segala kerisauan dan penat lelah aku selamat ini berbaloi walaupun sebenarnya peperiksaan ini hanya untuk mengesahlan jawatan di sini. Sejak dari dulu, aku memang amat mengkagumi peperiksaan, bukan apa sebab melalui peperiksaan kita dapat ukur segala usaha dan tawakal yang kita sudah lakukan. Ece ece, tapi kekadang tu, tekanan juga.

ps: kepada kawan-kawan semua, jangan lupa, malam ni perlawanan kelayakan olimpik di antara Malaysia dan Taiwan, Jom sama-sama memeriahkan stadium Nasional Bukit Jalil. Sahabat Blogger pun ada buat gathering kat sana. Yang tak dapat join, jangan lupa saksikan siaran langsung di channel 801(kot).

Tuesday, June 28, 2011

Aktiviti selepas kerja

Sekarang ni sejak kelab sukan cawangan aku kembali aktif, banyak aktiviti kecil kecilan yang kami se cawangan boleh join. Antaranya seperti dalam gambar di bawah, boleh dikatakan setiap petang aku akan singgah untuk bermain, kadang-kadang sehingga malam baru pulang. Sambil sambil bersukan dan menyihatkan badan, boleh juga beramah mesra sesama kawan sepejabat. Dapat kenal lagi banyak geng. Jom tengok gaya-gaya candid kami, kredit pada Bro.





 
Tu dia, smash maut dari aku, haha. Hebatlah hang bro boleh snap gambar ni.

Teruk benar gaya aku tu, kunun kunun nak buat pukulan kilas tapi aku tak ingat sama ada jadi atau tidak. Tak apalah, setakat ini dulu perkongsian aku, aku nak pergi main ping pong dulu. Ok bye.

Pendapat dikala pagi

Selamat pagi pada semua yang sudi singgah, entri pagi ni lebih ke arah meluahkan pendapat. Sebelum tu, korang jangan lupa esok perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia di antara pasukan negara kita dengan Taiwan. Jom kita serbu stadium bukit jalil sebelum sepak mula jam 8.45pm. Kita kena memberi semangat manalah tahu satu hari nanti kita akan layak ke Piala Dunia, mungkin ke final bertemu dengan Brazil or Argentina ke? Apa lagi jom kita serbu stadium beramai-ramai, kalau tak dapat tak mengapa, tengok kat tv pun kira sokongan juga.
gambar: kredit pada amir(hijau) dari blog kopiolaici.blogspot.com

Aku tertarik dengan pertanyaan teman blogger aku dari blog kopiolaci.blogspot.com. Beliau bertanyakan sama ada letak background lagu ni memberatkan blog atau tidak? Jawapan aku senang je, ianya memang memberatkan blog dan sekaligus menyukarkan pembaca untuk singgah ke blog kita terutama sekali yang line internet dia tersangatlah slow. Kadang-kadang ianya menggangu ketenangan untuk membaca blog. 

Ok meh tengok pendapat aku walaupun blog aku ni bukan pape pun, bagi akulah, blog yang lambat loading ni, akan meranapkan nafsu untuk membaca. Kenapa ia berat? itu korang kena tengok balik apa yang korang letak kat blog tu,cuma kekadang memang tidak dinafikan ianya mencantikkan blog. Macam blog kecil aku ni, aku still mencari formula terbaik untuk meringankan blog. Banyak blog-blog otai yang ada sediakan tutorial meringankan blog ni, just kena rajin cari je.Suatu ketika dulu, aku sendiri meletakkan pelbagai barang dan accessories untuk mencantikkan blog tapi ianya mengakibatkan blog aku berat untuk loading. Then selepas dikaji, aku buang mana yang tidak berkaitan. Mungkin ada cara untuk meringankan blog jika nak letak pelbagai accessories, cuma aku tak berapa pandai. Yang paling penting, kena pandai cari je. 

Oklah sampai di sini dulu aku meluahkan pendapat, insyaAllah akan aku cuba lagi luahkan di entri entri akan datang.

Monday, June 27, 2011

Tugas baru dalam IT

Akhirnya habis juga mesyuarat diantara ajk ajk laman web cawangan aku di pejabat aku ini. Boleh dikatakan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancarnya walaupun aku bermula dengan sangat berdebar. Ialah biasalah aku sebelum ni belum pernah mengendalikan laman web yang besar-besar macam laman web cawangan aku ni. Alhamdulillah mesyuarat berjaya diharungi. Keputusannya, aku akan menyibukkan diri dengan jayanya bulan ini dengan laman web cawangan aku walaupun secara dasarnya aku memang tak tahu pape pasal laman web ni, takat blogspot tu bolehlah, itupun baru sikit keke.
sumber : carian google
Aku nak cakap pun malu sebenarnya sebab aku sendiri tak tahu apa yang bakal aku tempuhi selepas ni. Aku telah dilantik dengan jayanya untuk mengetuai ajk mengemaskini dan memajukan laman web cawangan aku. Macam aku cakap tadi aku memang tak tahu satu habuk pun pasal laman web ni, tapi yang membuatkan aku menerimanya dengan hati yang berat ialah minat. Manalah tau ilmu yang bakal aku dapat nanti boleh di gunakan untuk memajukan dan mencantikkan blog picisan kesayangan aku ni ataupun boleh digunakan dengan pelbagai cara.

Kepercayaan yang di berikan oleh mereka itu aku anggap sebagai batu loncatan untuk aku terus maju walaupun bidang IT bukan bidang keutamaan aku. Minat yang mendalam dalam bidang IT membuatkan aku sanggup menerima cabaran ini. Macam yang bos aku kata, pandai atau tidak dalam bidang IT bukan ukuran, tapi kesanggupan menerima cabaran dan belajar sesuatu yang baru, itu menjadi ukuran. Aku ambil kata-kata itu sebagai semangat untuk belajar.

Ps : ada sesiapa tahu apa itu joomla??? CMS ke?? mohon tunjuk ajar..

Jangan memperkecilkan orang

Pagi-pagi ni hujan lebat betul, sehinggakan jalan semua sesak di pagi hari. Kebiasaannya aku akan keluar rumah sebelum jam 7 pagi, pada ketika itu, keadaan di jalan raya masih lagi ok walaupun kereta banyak, tetapi hari ni kesesakan yang berlaku membuatkan hati aku kepanasan. Bukan kerana hujan atau kesesakan, tapi kerana sikap sesetengah pemandu yang agak kurang ajar. Rasanya tak perlu aku nak ulas sebijik-bijik sebab ianya akan membuatkan aku panas balik. Lantaklah diorang.
sumber: carian google
Sebut pasal memperkecilkan orang, aku sendiri sebenarnya mengalaminya. Ianya membuatkan aku berfikir sejenak. Walaupun aku rasa perkara ni ramai yang sudah tahu tapi aku nak kongsikan juga memandangkan ianya sangat memberi efek mendalam pada aku. Bak kata orang, berkongsi pengalaman yang terbaik ialah bila ianya telah kita alami dan rasainya. Selain itu, pengalaman boleh juga diperolehi dari pembacaan, penglihatan dan sebagainya, namun bagi aku yang terbaik ialag bila kita sendiri yang melaluinya.

Kembali pada tajuk, aku memang hebat (agak riak disitu) dalam sukan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan sukan aku mahir dan tahu bagaimana mainnya. Banyak sukan yang telah aku join dan ramai kawan-kawan yang aku kenali dari sukan ini. Pada suatu ketika itu, aku keluar bermain dengan sekumpulan teman dan ada seorang teman ni, semangat untuk join memang tinggi, setiap kali ajak memang akan turun, namun kemahiran dia agak kurang. Dia boleh bermain cuma memerlukan banyak latihan. Aku dan teman selalu memperkecilkan beliau, bila dia berada di gelanggang, selalu buat-buat tak boleh main dan sebagainya. 

Tak lama selepas itu, aku ada join satu sukan lain, dimana teman aku tu pun ada join jugak. Sukan ini bukanlah baru bagi aku cuma aku jarang turun mengikutinya .Mula-mula memang aku tak rasa pape sehinggakan pada suatu ketika, aku terpaksa bermain dalam pasukan yang berbeza dengan temanku tadi. Terkejut aku, nak katakan beliau hebat tu tidaklah cuma bila bersaing dengan aku, aku jadi macam orang tak tahu main. Memang aku digelakkan, naik malu aku. Habis satu game aku di gelakkan, semangat untuk bermain memang langsung tak bermaya. 

Kesimpulan dari cerita di atas, jangan memperkecilkan orang sebab kita akan diperkecilkan balik, bahkan akan jadi lagi teruk. Balasan itu mungkin juga akan dibayar "cash". Perlu di ingat, sehebat atau sebesar mana pun kita, tak perlu rasanya untuk memperkecilkan orang atau menuding jari dan mengatakan apa-apa ke orang. Itu sahaja perkongsian dari aku.

Sunday, June 26, 2011

Lepak 3 blogger

Berakhir sudah lepak lepak bersama blogger. Sebenarnya ini bukanlah di buat besar besaran, lebih pada beramah mesra antara blogger. Dalam hati memang rasa nak ajak ramai ramai, tapi idea wujud di waktu akhir, tak sempat nak plan dengan lebih lanjut. Idea tercetus dari amer, dari blog kopiolaici.blogspot.com dan yang sudi join, ady dari blog adybudika.com.

Seperti di janjikan, pukul 12 tengahari semua dah sampai kat dcurve, aku je terlambat sikit, maaf ye kawan kawan. Plan asal nak main bowling, saje nak asah bakat sambil2 boleh sembang2. Setelah semua sampai, plan asal di adjust sikit. Kami decide tuk layan muvie je. Punyalah ramai orang kat sana hari ahad ni. Last last kami tengok cite dylan dog je. Boleh tahan gak cite tu, layan gak la, ada action n unsur2 lawak skit. Lepas je settle, kami g makan kat madam lim, dekat tesco kota damansara. Biasalah lepas tu, ceting ceting suma dan sesi suai kenal, jalan2 window shopping.

Ps: tq pd ady n amer sb belanja.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Saturday, June 25, 2011

Main bowling jom

Salam semua...

Entri ringkas dari aku. Esok hari ahad 26hb jun 2011 aku ada plan ngan member blog untuk lepak lepak kat the curve. Aku, ady budika (adybudika.com), n amir (kopiolaici.blogspot.com) je pun. Kalau ada yang nak join or ada kat sana, boleh kita kenal2. Bukan pape, saje lepak mengeratkan hubungan or nk main bowl skali pun ok.

Published with Blogger-droid v1.7.1

Friday, June 24, 2011

SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London


Mengikut syarat dan peraturan untuk join segmen ady ni, aku dah settlekan hampir kesemuanya. Yang tinggal pun cuma satu iaitu macam na aku boleh terjumpa blog adybudika.com ni. Aku jumpa link blog ni kat papan iklan di london dulu, masa aku pergi jalan-jalan dulu. Aku sebenarnya terkejut sebab kat london aku boleh jumpa link blog ni, hebat betul penangan blog ni. Then bila aku balik malaysia, aku try buka, memang terbaik sebab ianya blog dari Malaysia. Bangga kejap aku.

Ok sudah pagi-pagi jumaat ni aku mengkelentong pulak. Tak adalah cerita kat atas tu kelentong sebenarnya, aku jumpa blog ni sebenarnya dari group Sahabat Blogger. Dari situ, terus aku berkawan dan terus kenal-kenal dengan tuan empunya blog.

ps: ady pastikan aku menang...hahaha

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Malaysia vs Lebanon

Alhamdulillah..berjaya juga pasukan bola sepak olimpik kita mara ke pusingan seterusnya. Malaysia boleh.

Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia menang 2 gol berbalas 1. Suasana di stadium amat meriah walaupun stadium tak penuh. Syabas kepada semua penyokong-penyokong terutamanya yang datang membanjiri stadium nasional. Gol2 telah dihasilkan pada separuh masa pertama. Malaysia main memang cantik, tapi sayang, awal separuh masa kedua, seorang pemain pasukan kita di layangkan kad merah. Ini menggangu hampir keseluruhan rentak permainan sehinggakan pasukan lawan memperolehi gol saguhati. Team kita memang main bertahan, bermati matian bermain walaupun terceera. Tahniah dan syabas pada pemain skuad olimpik kita.

Malaysia mencatat sejarah apabila layak ke peringkat seterusnya setelah sekian lama.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tips Curang untuk lelaki

Sebelum memulakan entri aku nak bagi kredit dulu pada blogger ni, Kak nana. Sebab apa?, sebab idea ni datang dari entri beliau juga, klik SINI untuk ke entri beliau. Bukan aku tiru ye, jangan buat pape andaian dulu sebelum baca. Kiranya macam di adaptasi secara longgar macam cerita Nora Elena tu.

Sebelum memulakan entri, aku harap korang jangan salah faham. Bukan aku menggalakkan korang curang tapi bila dah tercurang, kenalah pandai simpan demi menjaga keharmonian. Memang yang perempuan akan marah dengan aku ni. Lagipun benda ni bukan di cari, dia datang sendiri. Dah rezeki namanya.<-------tergelak sorang-sorang.

Jom tengok tips ni...Ciri-ciri lelaki curang dan penyelesainya

1. Mesti balik2 je berserabut pala otak (rimas ada kat rumah sendiri..kalau boleh nak bersama dengan kekasih gelap) - kalau boleh cuba balik dengan senyuman dan keceriaan.

2. Ada je tak kene ( pala kat kekasih gelap) - kena ambil kelas lakonan supaya boleh berlakon macam tak ada pape berlaku.

3. Balik2 nak mengamuk je ( penat coz baru perabiskan duit buat kekasih hati) - pergi ke gim untuk exercise or amek makanan tambahan supaya lebih bertenaga.

4. Suke mendiamkan diri (fikir nak bawak kekasih gelap ke mana) - kenalah banyak bercakap or lepak je dalam bilik air, kata sakit perut

5. Wife/pasangan cakap sikit dah kata dia tu memekak (dah tak suka dengar suara wife/pasangan,sebab suara kekasih gelap lagi best) - pergi cari penyumbat telinga yang senang sorok, so korang biarlah wife/pasangan korang bercakap, balas dengan dengan senyuman or anggukan je

6. Mengamuk je hempas barang - lepas ni jangan hempas barang, korang carilah benda lain, hempas diri sendiri kat atas katil, lepas tu pergi tidur je.

7. suka balik lambat ( ye ar asyik jumpa kekasih gelap!! g ngeteh ar apa ar) - jangan selalu sangat, sekali sekala tak apa, tak pun kata kena buat OT hari sabtu, then pergilah dating..

8.24 jam hp kt tangan..masuk bilik air pun bawak jugak (takut kantoi dengan wife ar tu!! benci) - tinggal je hp dalam kereta or pejabat, tak pun beli no satu lagi, jangan bagi tahu sesiapa...haha

9.pastu perfume pun sembur satu badan (siap tukar jenama lain coz kekasih gelap suka bau tu) - yang ni belikan juga untuk wife/pasangan kalau nak tukar. letak dalam kereta je, nak g dating baru pakai, jangan pakai siap-siap dari rumah.

10. pakaian sangat smart.. (siap pakai tie!! apa kejadahnye..selalu g keje pakai t-shirt tapi kali ni siap berkemeja.. ) - cakaplah dah naik pangkat, tak pun cakap bos baru jenis yang ikut peraturan. Letak je baju spare kat dalam kereta or pejabat

11. kete cuci hari2.. ( ye ar kekasih gelap nak naik kan? kalau dulu nak cuci kete seminggu sekali pun payah..ni siap letak pewangi lagi) - cakap nak bagi sedap mata memandang, nak beli kereta baru tak mampu, jelez dengan kawan-kawan..

12. dah pandai pakai spek mata hitam berjenama lagi ( ye ar pengaruh tv.. konon2 macho!! pirah) - sebab nak jaga mata, lagipun beli barang berjenama, kualiti dia baik sikit, tahan lama. Cuba jelaskan pada diorang supaya diorang tak buat pape spekulasi

13. barang2 pun berjenama.. tak main ar kat reject shop ke FOS ke ( siot je kan? macam good2 je) - cakap je barang tu semua petaling street mari. Teringin nak pakai

14. asyik tersengih je kalau jumpa pompuan (perasan diri tu sangat macho!! pdahal haprak!!) - sengih = senyum, kan senyum itu sedekah

15. kalau keluar ngan wife dan anak2 selalu jalan dulu ( takut terserempak dengan kekasih gelap nanti kantoi!) - itu sebab nak pastikan jalan tu selamat, kalau jadi pape,

16. wife or anak2 mintak duit..selalu kata takde..(padahal perabiskan duit kat kekasih gelap dengan barang2 berjenama) - cakaplah sekarang minyak makin mahal, jalan jem banyak pakai minyak, kena jimat2, tengok balik keperluan ke kehendak.

17. selalu cakap wife tu tak pandai bergaya (ni ciri2 lelaki nak kene sepak kot..dulu bukan main lagi,,bile dah dapat kekasih gelap yang sangat HOT!! mula ar ckp wife tu macam2) - sebenarnya sengaja, tak boleh nak puji2 sangat, takut kang kembang pulak..keke

18. kadang2 tersalah panggil..selalu panggil sayang,darling tapi terpanggil 'baby,darling,dear' (watdefak ar!! pastu bile wife buat muka pelik..terus cover line.. 'ala sekali sekala nak bermanja apa salahnye..(padahal suami tu nak termuntah panggil wife camtu sebab dia asyik pikir kekasih gelap dia je) - kalau dah tersalah panggil, teruskan paggillan selama beberapa minggu. Then baru tukar balik apda yang asal

19. bile anak2 ckp ' mummy.. tadi aiman nampak papa ngan aunty cun!! seksi!! siap nampak papa pegang2 tangan lagi' apa reaksi sang suami ketika itu ? ' eh ..aiman ni salah orang kot.. papa ada meeting ar mana ada papa g mana2 tadi (pastu siap buat2 baik ngan wife untuk cover line lagi) - Yang korang pun satu, nak curang tu, cuba pergi dating jauh-jauh sikit. Jangan kattempat kebiasaan.

20. Kawan wife kol bagi tau dia nampak suami anda berada dalam hotel dan sedang berpelukan dengan wanita siap ambik pic sebagai bukti.. ( haha kalau dah mcm ni apalagi serang je ar suami anda tu haha..dah sah2 dia berlaku curang hahaha) - yang ni pun sama, sila gunakan tips no. 19

ps: jangan amek serius dengan entri aku ni, entri melawak je ni, Yang perempuan jangan marah aku lak..

Tiket perlawanan Kelayakan olimpik : Malaysia vs Lubnan

Mengikut sumber SINI dan Abang Garang, aku dapat info mengenai harga tiket perlawanan kelayakan Olimpik 2nd Leg diantara Malaysia dan Lubnan.

Sebelum tu, perlawanan 1st leg tempoh hari berkesudahan seri tanpa jaringan. Ada juga aku buat entri mengenainya, Klik Sini untuk membaca. Hari ini sepak mula perlawanan timbal balik ini pada tepat jam 8.45pm di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tiket akan mula dijual pada 23Jun2011 iaitu hari ini bermula jam 3.00 petang. Apa lagi jom serbu ramai-ramai ke stadium, kang kalau tiket habis, jangan menyesal ye.

Harga tiket perlawanan tersebut di jual dengan harga :
1. RM30 (Grand Stand)
2. RM20 (Terbuka)
3. RM5 (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)

Jom sokong pasukan kita, tak kira dimana korang menontonnya. Ajak sekali kawan-kawan semua, siapa lagi yang hendak menyokong pasukan kita kalau bukan kita.

Wednesday, June 22, 2011

Berkawan baik ada caranya..tips?

Sebelum aku memulakan entri, aku dulu pernah buat satu entri kawan baik yang berlainan jantina dekat SINI. Entah mungkin sebab aku rasa kawan baik yang berlainan jantina ni boleh mengundang seribu percakapan dan andaian orang sebab itu aku suka mengulas benda ni. Ramai antara kita yang ada kawan baik, kawan sekepala tak kira sama jantina or lain jantina. Bagi aku kawan baik sejantina or lain jantina masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukannya. Yang paling penting kita kena pandai jaga diri kita dan hubungan sesama kawan. Hari ini aku nak kongsikan beberapa tips jika nak ada kawan baik yang berlainan jantina sebab kalau sama jantina tu, senang sangat, keke. jom kita tengok kat bawah ni.
1. Yang pertama, setkan rules, tak boleh nak jatuh hati or jatuh cinta sebagainya sesama sendiri.
2. Tanamkan dalam kepala, nak berkawan lama atau sekejap...kalau suka si dia, tak payahlah nak berkawan baik bagai, takut kalau si dia tak dapat nak terima kita, kan relationship terganggu.
3. Paling penting. Jangan ceritakan masalah perhubungan / cinta kepada dia sebab takut nanti terdetik hati, banyak kes yang cinta bermula bila ada perasaan simpati/kesian.
4. Pastikan kita dah ada pasangan masing-masing  dan pastikan pasangan korang tau mengenainya.Kalau tak ada pasangan, tak mengapa, cuba amalkan tips yang di atas. Kalau pasangan kita tak tahu mengenai kawan baik ni, susah jugak, takkan nak cover2, kemonlah gantlemanlah sikit.
5. Cuba elakkan gosip liar yang boleh memburukkan hubungan anda dengan kawan baik anda, kalau boleh masing-masing cuba jelaskan pada yang berfikiran lain macam tu.
6. Kalau boleh, cerita anda dan kawan baik, biarlah hanya korang je yang tahu.
7. Kalau bergurau/bersms/lepak, jangan lebih-lebih, tak perlu nak romantik2, kekadang kena gak "masuk air".

Ini hanya pendapat aku berdasarkan pengalaman aku. Kalau ada yang salah or nak tambah, letak je kat komen. Nanti akan ku usaha tambah atau aku buat entri khas untuk korang. Cuba korang renung-renungkan. Aku memang tak nafikan, berkawan baik dengan berlainan jantina banyak dugaannya, dan dugaan paling besar aku rasa bila jatuh hati/cinta. Tengok dalam filem kita, banyak je cinta bermula dengan berkawan baik. Aku tak kata salah, kalau dua-dua boleh terima oklah, kalau sebaliknya, kan susah, elok-elok kawan baik, terus kang nak bergurau pun susah.

Monday, June 20, 2011

Tidak dihargai vs khianat kawan

Tajuk memang agak menakutkan, bagi aku sendiri pun aku rasa nak jauhkan semua benda ni. Entri ni aku buat base on pengalaman aku dan juga pengalaman orang yang menceritakannya kepada aku. Tapi tak adalah sampai mendedehkan dan memburukkan orang, cuma secara luaran je. Sesiapa yang pernah cerita dan luahkan perasaan pada aku, jangan risau, aku ni bukan orang macam tu.

Kembali pada tajuk, antara dua ni, tidak dihargai dan mengkhianati kepercayaan kawan, mana lagi teruk rasanya??
gambar : bloglist aku (tak ada kena mengena dengan entri)
Tak mengapa mari aku huraikan lagi macamna rasa kedua-dua perasaan ni. Tidak dihargai. Cuba korang bayangkan, jika korang ada mengusahakan sesuatu dengan jayanya dan bersungguh sungguh, tapi korang tidak di beri kredit untuk benda tu. Orang akan kata apalah minta kredit pulak padahal kerja ikhlas. Memang aku akui bila kita memulakan sesuatu kerja, niat di hati memang ikhlas melampaui tahap super saiya ke empat, namun apa salahnya jika diberikan kredit atau sekurang-kurangnya ucapan terima kasih. Aku rasa perasaan akan jadi lagi bengang bila semua yang terlibat diberikan kredit tapi kita je yang tak dapat. Tak kira besar atau kecil sumbangan kita, tetap perlu dihargai. 

Khianat kawan. Yang ni aku rasa memang perit. Yela seorang kawan tu, dah memang percaya dengan kita, segala hal pun di kongsi bersama tapi kita pulak buat "slek". Mungkin secara sengaja atau tidak. Kalau sengaja tu memang tidak dapat di elak tapi kalau tidak sengaja, perasaan tu memang jadi sangat tidak keruan. Sesiapa pun tak mahu kehilangan seorang kawan lebih-lebih lagi kawan tu sangat rapat dan sekepala dengan kita. Bagi aku, kawan ni segalanya, tanpa kawan sunyi hidup kita, bagaikan kain putih tidak bercorak. 

Akhirkata, kedua-dua memang mengundang keperitan dalam hati kita. Cuma bagi aku, khianat kawan memang antara yang terkejam. Aku kalau boleh cuba elakkan perkara ni, namun kita ni manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Aku sangat berharap jika aku ada menyalahi sesiapa, harap ada peluang kedua untuk aku perbaiki diri. Tegur aku jika aku tertinggal dimana-mana. 
Yang paling penting, sebelum pape, cuba tengok diri sendiri balik, cuba elakkan untuk melakukkan keduanya. Biar orang buat kita tapi kita jangan sesekali, insyaAllah akan ada kebaikan disebalik semua.

Sunday, June 19, 2011

Sunyi je

Hari ini macam biasa aku duduk rumah je, habiskan semua kerja kerja rumah. Cewah cerita macam best je. Biasalah hidup bujang mestilah semua pun kena buat sendiri. Selain tu biasalah makan dan tido je. Aku rasa mesti ada juga yang macam aku, makan dan tido je waktu cuti ni.

Dari pagi aku menunggu untuk kemuncak malam ni. Macam aku cakap semalam, aku memang peminat bola sepak kita, acara kemuncak untuk aku malam ni biasalah menonton perlawanan kelayakan olimpik negara kita secara langsung.

Tapi game ni agak mengecewakan, sunyi je.Bukan maksud aku suasana di stadium tapi keadaan dalam padang. Dah lah main bertahan, hantaran bola pun berterabur. Aku rasa abang abang kat padang belakang rumah aku ni lagi cantik mainnya. Hah amek ko. Nasib team senior main boleh tahan semalam. Aku selaku peminat ni memang terasa kecewa dengan permainan skuad olimpik ni.

Mungkin banyak yang perlu diperkata oleh jurulatih skuad olimpik ni. Pemain tengah perlu di kemaskini. Aku sangat harap separuh masa kedua akan jadi lebih menarik. Jom kawan2 teruskan menyokong skuad olimpik kita, doakan kejayaan mereka...
Published with Blogger-droid v1.7.1

Friday, June 17, 2011

Tak puas hati cakap

Wah tajuk entri macam bengang je, tapi korang janganlah fikir bukan-bukan pulak. Tak ada pun nak ngumpat or mengata sesiapa, mungkin sebagai peringatan ataupun mungkin sekadar berkongsi. Pape pun terima kasih kepada yang sudi membaca. Sebelum aku memulakan entri aku, aku baru je lepas ber 'dinner' dengan meriahnya. Korang nak tengok gambar, meh KLIK SINI. Dinner biasa2 je, aku share dalam blog aku ni pun untuk kepuasan sendiri, harap korang sudilah singgah dan baca ye.

"Ke laut pulak ko ni", itulah perkataan yang selalu aku ungkapkan bila kitorang ada perbincangan then tetiba topic agak tersasar sikit. Tapi biasalah aku ucapkan bukan serius pun sekadar hiburan. Kalau ada yang terasa ke pape, terpaksalah aku memohon maaf ke pape. Kekadang aku jadi sangat pelik dengan manusia ni, bila dia bergurau lebih-lebih, kita langsung tak amek hati tapi bila kita yang bergurau, kemain lagi dia amek hati. Siap ugut mengugut lagi. Mulalah ungkit mengungkit dan sibuk dengan status dia sebagai otai, kununlah. Bagi aku kalau nak bergurau, memang perlu kena caranya, tapi kena gak tengok diri kita dulu, kita kena boleh terima gurauan dari orang dulu baru kita bergurau dengan orang. Faham tak? ok kot rasanya.
gambar : gambar menyerupai Seth Tan ini sekadar hiasan
Wah aku pulak ke laut. Kembali pada tajuk, aku paling tak suka kalau orang cakap belakang-belakang ni. Kalau rasa aku salah or pape pun, meh cakap kat depan aku, jangan cakap kat belakang aku. Aku ni jenis kalau orang cakap kat belakang ni, aku tak amek port sangat. Peduli apa kan, tapi kalau aku salah, cakap lak kat belakang aku, macam nalah aku nak perbaiki diri aku yang lemah ni. Aku rasa bukan aku je yang rasa macam tu, ramai pun tak suka kalau cerita kat belakang-belakang ni. Satu lagi kalau nak berterus terang ke, menyelesaikan masalah ke taupun tak puas hati ke, janganlah hantar sms or pesan pada orang or hantar surat, datang je direct depan-depan. Lagi senang nak capai kata putus. Tak percaya, korang cuba try.

Sekitar Malam Mesra Caw. Jalan

Salam pada semua, ingat tak sebelum ni aku ada cerita mengenai satu majlis makan malam pejabat aku, so hari ini aku letak la 2 3 keping gambar sebagai kenangan. Dengan bajet yang agak terhad, kami berjaya juga menghasilkan satu makan malam yang agak meriah walaupun ada juga kekurangan sana sini. Bak kata orang, boleh tahan jugak walaupun pertama kali menganjurkannya.

 Gambar diatas merupakan gambar-gambar ajk sebelum majlis dimulakan. Lelaki berkamera merupakan kameraman tetap malam tu. Yang lain tu ajk sambutan dan pelbagai.

Gambar diatas ni pula merupakan suasana di dalam dewan yang bertemakan hitam dan merah. Ini ketika Pengarah Cawangan memberikan ucapan, semua pun dengar dengan kusyuk.
Yang kat atas ni pulak, suasana ketika hadirin sekalian menjamu selera. Memang meriah kalau diikutkan. Sususan oleh caterer makanan pun menampakkan suasana yang esekutif.
Yang atas ni persembahan dari staff cawangan jalan. Memang berbakat habis, tak sangka sebenarnya aku. Pada mulanya, aku sendiri yang pergi untuk menanyakan sorang-sorang untuk menari, mula-mula semua pun malu. Tapi tahniah pada mereka sebab akhirnya persembahan mereka memang gempak. Ada banyak lagi persembahan tapi aku tak sempat nak amek sebab kesibukan pada malam tu.

Wednesday, June 15, 2011

Terkejut dengan gegaran

Selamat pagi pada semua, salam rabu yang mulia. Aku sendiri tak tahu, macam na nak memulakan entri hari ini. Nak kata tak ada idea, tak jugak sebab rasa macam banyak perkara yang aku ingin kongsikan, cuma aku tak tahu nak mulakan dari mana. Mungkin entri ini lebih pada rangkuman seminggu, haha. Senang sikit macam tu dari apa pun tak ada. 
sumber gambar : carian google
Sebelum pape, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen ucapan tahniah pada entri sebelum ini, nak baca klik SINI. Aku sangat menghargainya, ucapan walaupun hanya tulisan, ianya tetap membuatkan hati aku ceria sangat-sangat. Nak je aku senaraikan semua yang tinggalkan komen disini sebagai tanda penghargaan. 

Kembali pada tajuk entri, aku sebenarnya masih terkejut dengan berita yang aku dengar semalam. Aku rasa korang pun mesti ada dengar juga mengenai gegaran yang melanda negara kita ni. Semalam mula-mula aku ada terbaca mengenainya dari blog kawan-kawan, tapi aku tak sure lagi sehinggakan aku dengar berita semalam. Dasyat sungguhkan, negara kita pun sudah terasa walaupun ianya terjadi di negara jiran kita. Bermulanya saat ini, kita kena berjaga-jaga, manalah tau pape terjadi. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Bukan sahaja negara perlu bersedia, kita juga perlu bersedia. Tak kira dari segi luaran atau pape, dari dalam diri kita pun mesti bersedia. Kita kena selalu berdoa dan berharap kita dijauhkan dari segala bencana dan boleh hidup dalam keadaan yang aman dan damai. 

Sedikit petikan dari akhbar metro.....
"  KUALA LUMPUR: Gegaran akibat gempa bumi yang melanda Sumatera Barat, Indonesia turut dirasai di Lembah Klang kira-kira jam 8 pagi semalam manakala gegaran kedua menyusul sekitar jam 11 pagi. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya banyak menerima panggilan kecemasan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara mengenai gegaran terbabit.“Panggilan pertama diterima Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam daripada Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jalan Pantai Baru jam 8.23 pagi. "

Sumber : myMetro

Monday, June 13, 2011

Selesai sudah..

Sebenarnya dalam dua tiga hari ini aku sangatlah gembira. Ada aku buat entri mengenai perkara ni dua tiga hari lepas. Aku cakap ada dua perkara yang menggembirakan dan juga yang memeningkan kepala aku ni. Kita mulakan yang pening dulu, bak kata orang, biar susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Biasalah bila di alam pekerjaan ni, banyak sangat karenah orang yang perlu dilayan. Yang sorang macam tu, yang sorang lagi macam tu, memang pening. Kalau semua budak-budak memang aku rasa boleh tahan lagi tapi bila semua dah dewasa, susah nak handle. Tapi bagi aku, aku buat kerja mengikut arahan dan peraturan. Bak kata bos aku, bila kita buat benda yang baik dan mengikut peraturan, memaang akan ada yang tidak suka dengan apa yang kita buat. Itu lumrah hidup, yang penting kita kena selalu berpegang kepada ajaranNya. Memang peraturan dunia, manusia yang buat, boleh berubah tapi apa salahnya kita mendisiplinkan diri mengikutnya. Disiplin merupakan salah satu asas kejayaan.

Yang menggembirakan aku, akhirnya keputusan peperiksaan yang aku nantikan telah keluar. Keputusannya aku berjaya lulus. Itu sudah cukup membuatkan hati aku gembira yang amat. Lagipun memang syarat wajibnya, aku kena lulus dalam peperiksaan ni. Lupa lak untuk aku bercerita mengenai peperiksaan ni. Sebenarnya exam ini untuk aku sahkan jawatan aku dalam perkhidmatan awam ni. Alhamdullialah akhirnya aku berjaya, mungkin selepas ni hidup aku akan berubah, siapa yang tahu kan, yang tahu cuma DIA yang satu je. Kita cuma perlu berusaha  dan terus berusaha ke arah yang lebih baik.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan berjuta juta lemon terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi meminjamkan nota-nota lama, tanpa kalian sapalah aku. Tak lupa juga pada keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan semangat dan sokongan kepada aku, bos-bos di tempat kerja aku dan semua yang mendoakan kesejahteraan aku di dunia dan juga di akhirat. Wah dah macam dapat anugerah besar pulak, keke. Tak apa, aku bersyukur..ada sesiapa nak belanja makan tak???

Sunday, June 12, 2011

Layan Icity lagi..

Semalam aku ke Shah Alam lagi. Memang meriah tempat tu, tambah lagi sekarang ni musim cuti sekolah. Bukan takat nk parking je susah, tempat nak bergambar pun bersesak sesak. Kat sana aku dapat nampak betapa harmoninya rakyat kat negara kita ni. Alamak dah mula merepek. Tapi tulah, seronok tengok ramai orang kat sana, dah macam ada pesta . Walaupun tak kenal boleh jugak kekadang bergurau dan saling bertukar senyuman.

Keadaan kat sana aku tengok makin meriah. Yela dulu masa aku pergi mana ada pape lagi, yang ada pokok2 tu lah. Tapi sekarang, dengan rumah saljinya, main laser2 tu dan macam macam lagi. Nasib parking dia kira sekali masuk. Aku kena rm10, mungkin sebab hujung minggu dan cuti sekolah. Aku dapat rasa lagi setahun dua, tempat tu akan jadi sangat meriah. Sekarangni merata dia upgrade.

Ps: ayat berterabur, maaf ye..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 10, 2011

Korang rasa macam na??

Salam, rasanya lama sudah tak menjenguk sini, kalau ada pun just approved komen je. Nak buat entri memang kepala ni rasa berat je. Sejak dua menjak ni, aku terlibat dengan satu preparation untuk majlis makan malam cawangan kami. Memang meletihkan. Aku sendiri tak tahu sekarang sudah berapa peratus persiapannya. Masalah utama kami macam biasalah bajet tu, kalau bajet besar, lainlah mungkin senang cerita. Beli je bunga banyak-banyak macam Seth Tan buat tu...haha. Tapi aku memang nak bagi kredit pada orang-orang terlibat secara langsung or tak langsung sebab kerja-kerja dilakukkan secara sukarela, tak ada gaji or ganjaran pape.

Kembali pada tajuk entri, aku ada la buat 2 design untuk poster malam tu. Yang ni pun kredit pada member aku, FH , sebab dia pun ada buat 2 design contoh, ingatkan nak je guna 100% yang dia buat, tapi terpaksa diubah atas sebab2 yang tidak dapat di elak. Dari design dia, aku cuba create yang baru tapi akhirnya lebih kurang sama je hasilnya (nmpak sangat aku tak kreatif), namun setelah diberikan kebenaran, aku proceedkan je. Thanks FH. Aku dapat jugak belajar teknik-teknik dan rahsia-rahsia photoshop dari design dia, hahaha. Banyak jugak yang aku tak faham. Nanti kena belajar banyak dengan dia. Harap dia nak ajarla kan...keke. Kalau rajin korang try terjah blog dia, hensem orangnya (bodek)..

Jom tengok poster yang aku buat (atas bantuan)...ok tak...
Di atas, poster untuk malam tu nanti...

 
Diatas, yang ni design untuk greeting card..

Amacam ok tak?? Aku budak baru belajar, design pun macam budak sekolah je buat. Kena belajar banyak lagi. kredit jugak pada google.

ps: Dim Benihana a.k.a AKU <----------teringin nak belajar template design...

Wednesday, June 8, 2011

Timba mencari perigi

Lame rasanya tak dapat nak update blog dengan tenang. Sibuk dengan kerja dan urusan peribadi. Pagi tadi saje aku dah tempuhi 2 perkara yang menggangu emosi aku. Meh aku kongsikan sikit, satunya membuatkn emosi aku terganggu yang amat dan yang satu lagi, memang membuatkan aku senyum sampai ke telinga. Itulah je yang dapat aku kongsi, mungkin next entri aku ceritakan detail.

Korang pernah dengar tak timba mencari perigi? Tak pun perigi mencari timba? Senyap je, mesti biasalah tu kan. Itu biasa kita dengar masa nak ngorat ngorat ni. Selalunya orang dulu dulu slalu guna pepatah ni. Tapi maksud kedua duanya berbeza. Kalau timba mencari perigi, maksudnya lelaki yang mengambil langkah pertama dulu, dan begitu jugak yang sebaliknya.

Zaman sekarang ni ada lagi tak yang ambil peduli. Mungkin still ada tapi bagi aku kekadang apa salah perempuan yang ambil langkah pertama dulu. Tak ada ruginya.a Bukan apa, ada jugak lelaki yang memang amat pemalu terutamanya bab2 ngorat ni. Ada jugak yang hebat di mata semua orang tapi bab dengan perempuan, memang down la.

Kalau ada lelaki yang macam ni, payah gak sebenarnya kalau perempuan tak amek langkah pertama. Sampai bila pun tak akan jadi pape. Pada pendapat aku, lelaki perlu buang sifat2 yang mcm 2, tapi jangan lak lebih2. Yang perempuan, kalo tengok ada laki yang macam ni, tak salah kot nak amek langkah pertama dulu.

Oklah kawan, itu je wat masa ni. Tetiba idea hilang. Harap apa yang aku kongsikan korang faham.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, June 7, 2011

Pelik dengan Lcct?

Sekali lagi aku berada di Lcct, rasanya bulan ni dah 3 kali aku kat sini. Apa yang aku dapat simpulkan, kat sini tak adalah best mana pun. Tak paham kenapa ramai orang suka pergi kat sini, kekadang tu sampai sanggup tinggalkan kereta kat sini lama2 <------sengal tahap gaban, orang datang sini tuk buat apa lagi, kan sini taman tema air, pe da...haha

Bila sampai je kat sini, lega betul rasanya. Penat yang amat, mana taknya balik kerja terus ke sini. Apasal la tak buat lcct dekat sentul ke? Kan senang, dekat je, buat kat sebelah pasar sentul ke..haha

Entri macam marah je kan? Xda pape, kecewa sebab tak dapat tengok nora elena...oklah tetamu dah sampai, gerak dulu ye..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 6, 2011

Aku jadi ibu..

Aku jadi ibu, itulah sebenarnya ungkapan yang keluar dari adik aku. Jangan fikir bukan bukan, sebenar kami adik beradik kena duduk sendirian kat rumah. Bukan sebab kami ditinggalkan tapi kami yang tak mahu ikut. So memang salah kami pun, padan muka kami. Mak ayah aku balik kampung sebab ada kenduri kot.

Memandangkan aku sulong, sebelum itu, mungkin ada yang tak tahu, aku ceritakan sikit ye. Aku anak sulong dari 6 adik beradik. Adik aku sorang dah kerja, yang lain semua masih belajar. Masih banyak lagi tanggungjawb aku. Buat masa ni, aku belum mampu nak tolong adik adik aku 100%, tapi insyaAllah masa tu akan sampai. Doakan aku ye kawan2, kalo boleh aku tak mau la adik adik aku lalui apa yang aku dah lalui... Ok terdrama lak, so sekarang ni aku tolong la jage budak budak ni dulu sementara mak ayah balik kampung.

Benda yang paling susah pun, bab makan. Tak akan dari pagi sampai ke malam nak layan kedai je. Yang kaya touke kedai, aku kopak..haha so smlm petang aku jadi cef jap. Pening memikirkan apa yang nak aku masak. Bila tanya adik aku, macam2 lak menu yang dibagi, lagi pening aku. Setelah memikir panjang, aku pun decide nak wat 2 menu berdasarkan apa yang ada dalam peti. Memang payah betul. Setelah bertungkus lumus, berjaya jugak aku kenyangkan perut kami semua, haha. Tengok gambar tuk tau menu...haha. sayur sohoon+apa ntah masak lemak ngan ayam goreng tempura.

Ps: nak resepi, pm aku...haha <-----bajet blogger masakan, kunun menu special.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, June 5, 2011

Hujan lagi

Petang ni KL hujan lagi, memang hujan rahmat. Harap-harap lepas ni or malam ni dah tak panas macam seminggu lepas. Boleh tido dengan lenanya. Aku kalau boleh janganlah hujan lebat sangat, kang aku takut nak on9. hahaha. Ingat tak entri aku sebelum ni, ala yang aku kata online time hujan ni bahaya, takut kena sambar petir je. Klik SINI untuk ke entri itu.

Habis dah cita Adnan Sempit kat tv. Terpaksa aku tunggu cerita seterusnya, serius boring ni, xda aktiviti langsung sejak akhir-akhir ni. Bukannya tak ada orang ajak lepak, tapi kemalasan memang melebihi segalanya. Susah betulkan. Ok lah aku nak pergi main hujan jap.Keke

Sebut pasal hujan ni, teringat masa kecik-kecik dulu suka betul main hujan. Kalau main bola suka betul time hujan. Sebabnya kalau main time hujan dia kurang penat sikit. Mungkin sebab sambil bersukan tu boleh curi-curi minum air .Cuma keburukan dia baju habis basah dan kotor.
Selain itu, kalo hujan rambut akan jadi basah. Time tu macam-macam gaya boleh buat. Kalau yang rambut agak panjang tu, boleh la buat iklan rambut kejap. Selak sana, selak sini. Nampak macho macam tu, tambah pulak ada gadis depan mata. Lagi la kuat dia menyelak rambut tu. 

Kalau zaman bercinta monyet dulu, time hujan ni paling best sebab masa dok berteduh tu. Ish korang ni pikir lain lak. Maksud aku bestlah boleh lama lama lepak dengan awek tu. Kalau boleh memang nak lama-lama hujan, sampai malam pun tak apa. 

Macam-macam sebenarnya kejadian yang lawak dan serius berlaku masa kecik-kecik dulu time hujan. Kalau nak cerita semua memang payahlah, ada yang ingat-ingat lupa. Aku percaya korang pun mesti banyakkan kenangan masa kecik time hujan ni. Tak apa selamat mengimbau kembali kenangan lama. Macam aku cakap sebelum ni, tak salah nak menimbau kenangan dan kejayaan lama, tapi perlu diingat kalau selalu kenang benda lama, kita tak akan maju. Kena selalu pandang ke depan, yang berlalu, biarlah berlalu.

Aku & Bro Framestone

Haha korang jangan fikir bukan-bukan lak. Ni kisah lama sebenarnya. Tempoh hari masa aku join gathering Sahabat Blogger dekat time square. Punyalah susah nak tangkap sekeping dua gambar dengan beliau. Almaklumlah blogger hebat lagi terkenal. Korang jangan fikir bukan-bukan, sengaja aku nak kongsikan gambar aku dengan Bro Framestone ni. 

Maaf ye sebab kualiti gambar agak kurang sikit. Pic ni kredit pada seorang blogger ni, Aina Aimi dari blog miszbubble.blogspot.com, sebab sudi jadi kameraman.

ps: nampak sikit berisi lak aku dalam tu. Tapi masa tu semua pun berpeluh sebab terlalu happening.

Maaf itu penyelesaiannya

Pagi ahad ni aku memang semangat gila bangun awal. Settkekan semua kerja-kerja rumah. Sidai baju bagai, masak air dan buat brekfast untuk adik-adik aku, semua tu aku settlekan pagi tadi. Biasalah bila parent tak ada ni, aku la kena amek tanggungjawab ini buat semua tu, kata anak sulung kan. Lagipun bila aku dah settlekan semua kerja-kerja, boleh aku berjalan-jalan kat alam maya pulak. Pagi ni hujan turun dengan jayanya, harap-harap cuaca yang sangat panas sejak akhir-akhir ni menjadi sejuk sikit. Semalam saje aku tak ingat dah berapa kali aku mandi.

Wah intro panjang gila, ingatkan tadi nak je aku tukarkan tajuk tu. keke. Berkenaan dengan tajuk, maaf tu susah ke? aku rasa tak susahlah. Senang je kot, "saya minta maaf", itu sudah cukup, tak pun gunakan bahasa inggeris "im sorry". Tak payah nak ulas or sebut-sebut perkara yang sudah lepas, hanya ungkapkan 3 perkataan tu sahaja. Sebesar mana pun masalah or kesalahan yang kita telah lakukkan, ianya akan terhapus jika kita dengan ikhlas mengungkapkan 3 perkataan itu. Ada juga antara kita yang memohon maaf hanya di mulut tapi keihklasan hati itu tak ada. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan. Itu terpulang pada individu itu sendiru tapi percayalah walaupun kita berlakon memohon maaf, hasilnya akan lebih baik dari tidak berkata pape.
sumber: cari kat google image
Aku sendiri ada pengalaman bertekak mulut disebabkan bagi aku perkara kecik. Ada suatu ketika dulu, aku ada buat entri yang aku bergaduh dan tak berpuas hati dengan seorang otai ni. Tapi akhirnya perkara ni setel dengan jayanya setelah aku memohon maaf. Mungkin atas dasar hormat dan frenship.Contoh lain, kalau korang bergaduh dengan awek/bf korang, paling senang korang mintak maaf dulu, lepas tu terpulanglah, insyaAllah masing-masing akan lembut hati. Mungkin kadangkala kita berasa kita ni dipihak yang benar, dan mungkin juga kita sebenarnya betul, tapi tak salah untuk kita memohon maaf dulu. Ataupun kita ni punca untuk perbalahan itu atau mungkin apa yang kita buat tidak disukai dan seterusnya menjadi isu hangat, apa salahnya untuk kita memohon maaf. Dari kita sibuk dok defend diri kita dan menuduh sana sini, baik kita memohon maaf, selesai semua perkara. Kadang-kadang memang perlu mendefend diri, tapi apa salahnya pada awalnya memohon maaf, sekurang-kurangnya ianya akan meredakan keadaan.

ps: entri aku tak ada kena mengena dengan sesiapa, tapi kalau terasa, selamat berfikir. Aku sekadar berkongsi pendapat. maaf ye kalau ada tersalah kata.

Saturday, June 4, 2011

Otai dan newbie perlu bersatu

Selamat pagi kawan-kawan. ISh pagi lagi ke ni??? kira pagila kan. Sambil brekfes pagi ni aku dah terjah 2 3 blog. Hebat2 belaka. Hari ni tajuk aku memang kunun-kunun macam gembak tapi sebenar tak ada pape pun. Sebelum tu, aku tertanya-tanya apa cerita Malaysia vs Hong kong semalam? kena cari blog yang update mengenai ini.
sumber : kredit pada akucakaplepas.blogspot.com
Kembali pada tajuk, semalam ada aku join mesyuarat agung suatu kelab sukan dan kebajikan ni. Tak perlu rasanya nak sebutkan nama kelab tu, kalau yang taau tu, taulah, yang tak tau pulak, ambil ianya sebagai pengajaran. Kelab ni dulunya memang aktif tapi ianya berkubur lama. Nak kata meriah, tak juga sebab ramai yang tak dapat nak hadir atau sengaja tak hadir. Itu apa masalah pun aku tak pasti, yang pasti memang yang ada masa tu cuma muka-muka yang biasa ada je. Namun program petang tu berjalan dengan lancarnya. Tapi aku tak tau mungkin ada yang tak puas hati atau sebagainya. 

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah perasaan kecewa aku terhadap sesetengah pihak ni. Macam dalam status FB aku, " Yang otai cakap bagilah peluang pada yang muda, yang muda pulak cakap bagi pada yang berpengalaman (otai), then sapa yang nak buat? " Nampak tak kalau semua pun berfikiran macam ni, sape je yang akan teruskan perjuangan kelab atau sebagainya. Ada juga yang berseleroh , bila dah otai, cakap "bagilah peluang pada yang muda" , tapi masa muda-muda dulu pun bukannya buat pape" adehh macam-macamlah.

Aku rasa tak perlu nak berfikiran kolot macam tu. Yang penting masing-masing kena take action. Kena main peranan masing-masing. Bagi aku yang otai perlu memainkan peranan yang sangat penting, perlu tunjukkan kepada yang muda satu model yang baik. Perlu kikis satu pemikiran yang aku rasa sangat boleh dibuang iaitu "biarlah dulu masa muda-muda dah buat semua ni, bagilah peluang pada yang muda pulak". Then bila yang muda-muda ni pandai-pandai, marah dan banyak pulak komplennya. Kalau boleh amek bahagian sekali, tunjukkan pada semua pengalaman itu adalah segalanya. Pada yang muda, hormat menghormati paling penting. Tapi perlu diingat, nak orang hormat kita, kita perlu hormat orang dulu. Macam cakap aku sebelum ni, gunakan segala pengalaman yang ada pada otai-otai ni, cuma kalau boleh di upgradekan lagi mengikut keadaan dan masa sekarang ni. Yela bila zaman dah berubah, keadaan juga berubah, cara juga berubah, dah macam kurang sesuai untuk gunakan cara lama.

Ok sampai disini sahaja aku berceloteh. Aku cuma ingin sampaikan apa yang terbuku, jika ada salah tolong betulkan ye, nanti aku akan betulkan. Sama-samalah kita menjalankan tanggungjwab, tak perlu nak membezakan apa apa.

Thursday, June 2, 2011

Aku best tak??


Petang ni aku dengan rela hati join segmen dari examsed ni. Segmen dia mudah lagi bergaya. Sebab apa aku kata macam tu, sebab hanya perlu ceritakan diri kita ni best, walaupun aku rasa ramai dah yang tau aku ni memang best <-------perasanlah kau!!. Nampak tak apa aku nampak? masa nilah korang nak up diri korang tu, lepas ni kalau ko cerita up up psal diri ko, kunfum-kunfum orang akan kata ko poyo. Silap-silap orang naik menyampah ngan korang. Grab peluang ni untuk meng up kan diri masing-masing.

Kembali pada tajuk. Aku rasa aku best sebab aku ni jenis yang senang berkawan. Kalau susah pun, mula-mula je sebab aku ni pemalu (eh boleh jadikan sebab yang kedua ni, hahaha). Lepas dah kenal mesti orang terkejut punyalah. Aku ni jenis suka berkawan, tak kiralah sesiapa pun, tua ke muda ke, sama je. Aku jugak jenis yang suka bergurau dan jenis yang susah nak kecik hati. Buatlah pape, tak ada hal lah. Semua pun di tanggung beres. Kalau termarah pun kejap je. Bak kata orang, semua pun boleh. Yang terakhir ni mungkin korang rasa macam entri bodek, aku best sebab aku ada kawan-kawan yang macam exsamsed ni. Dulu masa mula-mula jumpa dia, muka dia kemain ketat lagi, naik seram bulu tengkuk nak tegur, then bila dah kenal, boleh tahan jugak lah.

Oklah tak boleh nak cerita lebih-lebih, kang boleh menimbulkan perasaan riak...hahaha. 

Cara-cara nak cover malu

Entri khas ni aku saje nak kongsikan.Kalau korang perhatikan keadaan sekeliling, memang banyak keadaan yang memang kita tak jangka akan terjadi, so akan ada banyak cara untuk cover balik. Antara cara-cara yang mungkin akan berkesan untuk cover dari memalukan diri, meh baca kat bawah ni aku kongsikan. Terpulang pada korang sama ada nak ikut atau tidak. Jangan biarkan imej tercalar dari kesilapan sendiri, keke.
sumber:carian google

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu barulah bangun bila dah tak ada orang nampak.

2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal korang semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak.

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang korang.

6. Kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang tolong korang..kalau tak ada..baring terus sampai malam dan tak ada orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah korang) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah sorang sorang je yang dapat malu...ye tak?...

Ok selamat beramal ye...

Entri pagi khamis

Salm pagi semua, rasanya lama dah aku mendiamkan diri, bukan apa, keadaan di pejabat ni makin lama makin sibuk pulak. Nak kata sebab bos baru, tak jugak, mungkin orang dah mula nampak apa yang selama ni aku buat. Tapi tak jugak, apa je yang aku buat, haha. Aku tetap bersyukur dengan ketentuannya. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Dan satu lagi ini yang kawan blogger aku cakap pada aku supaya sentiasa berpegang pada kata-kata ni, semakin banyak dugaan yang kita hadapi semakin dekatlah kita dengan kejayaan tu. Memang terbaik kata-kata dia, InsyaAllah kalau ada keizinan dari DIA, apa yang kita buat akan dihargai dan mendapat kebaikan, yang penting, perlu ikhlas dengan apa yang kita buat.
sumber:carian google

Sebut pasal kerja ni, pagi tadi jalan raya agak lengang. Seronok je pergi kerja walaupun aku keluar rumah agak lewat dari kebiasaan. Biasalah uruskan adik-adik, mak ayah balik kampung ada urusan penting, terpaksalah aku sebagai abang memangku tugas uruskan adik-adik yang semakin membesar ini. Kembali pada jalan raya, mungkin ada juga yang belum perasan kenapa jalan raya agak lengang. Sekarang cuti sekolah sudah bermula, semua orang yang ada anak tak perlu keluar awal atau sebagainya. Tak ada pape pun yang perlu dikejarnya melainkan waktu punch kad kat ofis, keke. Dekat ofis pun lengang sebab ramai je yang amek cuti. Biasalah semua tu, masa ni lah pun nak balik kampung ke, nak berjalan ke, baru meriah sebab semua pun cuti.

Buat masa ni, ini sahaja dari aku. Nanti insyaAllah kalau ada keizinan, aku tambah lagi entri aku akan datang. Ok aku nak keluar beli makanan, kang kalau lapar, macam na nak bekerja. Asyik dok terfikir makanan je. Oklah kawan-kawan semua, pada yang berkerja tu, selamat bekerja dengan sepenuh hati dan keikhlasan. Yang tengah bercuti, rehatlah dengan sepuas hati tapi jangan lupa hulurkan sedikit bantuan pada mak ayah.

Wednesday, June 1, 2011

10 Spesis baru terhangat

Cerita ni aku dapat dari seorang teman, ni BLOG dia. Memang menarik la cerita dia pasal lipas tu. Ada jugakkan lipas yang boleh lompat-lompatkan. Tak lama meriahlah keluarga lipas sebab dah ada banyak sepesis. Melalui sumber yang teman aku cakap tu, aku godek2 then jumpa top 10 new spesis ni. Aku rasa baik aku kongsikan dengan semua Tapi aku bagi 5 je la kot, selebihnya korang pergi sendiri kat sumbernya. Jom kita tengok2 dulu. Comel-comel mereka ni.
Name:  Caerostris darwini
Common Name:  Darwin's bark spider
Sarang berbentuk bulat terbesar diketahui dalam sains. Sarang ni biasa dijumpai sepanjang aliran air, sungai dan tasek dengan kepanjangan sehingga 25m dan saiz keseluruhan sehingga mencecah 2.82.8m2. Purata kekuatan "silk spun" labah-labah ni mencecah 250MJ/m3 sehingga 520MJ/m3. Ini menjadikan ianya bahan biologikal terkuat pernah di kaji, ianya melebihi 10 kali lebih kuat dari kevlar bersaiz sama dan 2kali lebih kuat dari spider silk yang pernah dijumpai. 
Name:  Mycena luxaeterna
Common Name:  Eternal light mushroom
Yang ni bukan plastik ye. Dijumpai antara yang terakhir di hutan Atlantik dejat Sao Paulo, Brazil. Cendawan ni mengeluarkan cahaya hijau kekuningan 24jam sehari dari "gel-covered stem". Mesti cantikkan ni benda ni bila malam.

 Name:  Tyrannobdella rex
Common Name:  None
Yang ni aku tak pasti apa kebendanya. Sekali ke dua kali ke, tengok memang geli gila tapi jauh dari sudut hati aku kata ianya sangatlah comel. Lintah T-rex ni dijumpai  di dalam "nasal mucous membrane" (sori xreti nk translate, korang boleh search google ye) sorang budak perempuan di Peru. Wah gilalah kan.

Name: Saltoblattella montistabularis
Common Name:  Leaproach
Hah inilah lipas lompat-lompat tu. Comelkan dia. Dia ada kaki yang membolehkan dia melompat-lompat.
Macam cengkerik lak kan.  Lipas ni pun ada mata yang istemewa sesuai dengan keadaan dia yang boleh melompat-lompat.

Name:  Halieutichthys intermedius
Common Name:  The Louisiana Pancake Batfish
Yang aku ingat ikan buntal kena langgar ngan lori rupanya lain. Nama dia pun spesel jugak, ala ala pancake gitu.Ianya dilabel sebagai hideous animal(good way). Bentuk dai flat macam pancake, sebab tu kot nama tu dipilih. Berduri macam ikan duri dan ada mata yang sangat besar.

sumber: ASU.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z