Geng-Geng

Monday, November 26, 2012

Keputusan Malaysia vs Singapura Piala AFF

Amboi ..aku sendiri terkedu melihat apa yang di persembahkan malam semalam. Tak macam harimau langsung. Bolos dengan 3 jaringan tanpa balasan di tempat sendiri. Puncanya apa? siapa patut disalahkan? aduh pening dibuatnya, rugi masa dan duit, tak berbaloi-baloi.

Aku cakap begini bukan bermakna aku memperlekehkan pasukan kita, kalah dan menanag itu adat permainan, yang penting melawan. Ini tidak semalam aku tengok lemah gemalai aja, seolah-olah satu pasukan baru yang langsung tiada persefahaman. Yang bersungguh aku tengok beberapa pemain sahaja, yang lain..hmmm.



Petikan dari kata-kata Sharil Ishak (Kapten Singapura)..."kami tahu pasukan mana juara di Malaysia, kami bernasib baik keranan pemain daripada pasukan juara ini hanya 2-3 orang sahaja yang dipilih dalam skuad kebangsaan........."

Tapi aku tetap meletakkan harapan pada pasukan kita kali ini, moga perlawanan seterusnya mereka akan buat impact besar. Bukanlah aku selaku peminat hanya mengharapkan kemenangan tapi aksi melawan yang sehebat nama yang dibawa. Kalah tak mengapa tapi melawan!. Itu yang aku mahu.Orang lain pun aku rasa sama macam aku.

Mungkin ada beberapa perkara yang perlu di pertimbangkan untuk memperbaiki kelehaman kita, ini mengikut pendapat akulah, aku pointkan pada keseluruhan bukan pada individu...

-mantapkan bahagian tengah sebab aku tengok masa game semalam, bahagian tengah seolah-olah hilang dan kurang berfungsi. Cuba untuk menguasi perlawanan. Jangan harapkan penyerang untuk mencari bola dan menjaringkan gol sahaja. Yang lain juga perlu memainkan peranan. Persefahaman perlu di pertingkatkan dan jangan senarikan kesebelasan utama mengikut populariti sebaliknya pada performance seseorang buat masa ni. Dan yang terakhir, fokus!


Dari 22 pemain yang dh terpilih, aku cuba senaraikan ikut pandangan aku kesebelasan utama, maybe ada impactnya...hahah berangan nk jd jurulatih

GK - Farizal Marlias

DF   -  Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Faizal Muhammad, Bunyamin Omar @ Zubir Azmi

MF - Baddrol Bakhtiar, S Kunanlan, Wan Zack Haikal, Safiq Rahim

CF - Safee Sali, Norshahrol Idlan Talaha

Cuma aku terkilan, kenapa pemain macam Piya, Amri Yahya, Hai-O,  tidak diberi peluang..ish2

ps: aku cuma pandai cakap je, hehe....tp aku cakap dari pemerhatian aku dari perlawanan semalam. Kalau soh aku jadi coach, xtau la apa jadinya...hahahahha

Tuesday, November 20, 2012

Sekitar TT WPCM di Setia Alam

TT Waja Performance Club yang keberapa aku tak pasti, aku pun baru. Tapi otai-otai suma memang sporting. Aku yang baru ni pun jadi tak baru sangat. Lokasi TT itu hari ialah di restoran MK apa benda ntah. hahaha


Pic atas : Masa nk balik dah, tengah setting untuk bergambar

 Pic atas : Tengah setting di port yang kedua

 Pic atas : bergambar jap masa dah siap setting position


 Pic atas : nilah kereta burukku yang aku guna tiap-tiap hari g kerja.


Saturday, November 10, 2012

Marah bertempat!!

Adohai..macam-macam isu sekarang ini. Baru-baru ini aku ada saksikan akibat dari marah, macam-macam berlaku.

Gambar atas : tengok tu, bila marah sangat, air terkeluar pun tak pasan.



 Gambar atas 2 : antara kerosakan yang berlaku akibat marah...

Senang cerita marah ini boleh mendatangkan macam-macam akibat if kita sendiri tak pandai nak kontrol. Bila kita marah, mulut kita mulalah ungkapkan pelbagai bahasa-bahasa kasar. Dan dari mulut juga akan wujudkan pelbagai masalah. Dasyatkan? 

Senangkan lagi cerita, so kena pandai-pandai jage kemarahan kita ni, tengok jugak tempatnya .Dan kalau ditakdirkan tak boleh juga nak kawal, cuba refer atau wat pape yang boleh supaya boleh lupakan perkara yang marah tu.

Nak marah boleh, cuma kena ada caranya, tak perlu nak attack orang, tak perlu nak salahkan orang atau sebagainya. Cuba tahan dan beristifar, insyaAllah akan berjalan lancar.

Dan yang kena marah kena juga bersabar dan beralah, kalau tak, lain pulak yang berlaku. langkah terbaik, diamkan saje. Bagi aku, perkataan maaf sudah cukup untuk membuatkan orang yang marah itu sejuk hatinya, insyaAllah. Selepas reda kemarahan, barulah cuba nk explain atau defend diri kita. weee...

Gambar atas 3 : bila marah tak bertempat ni ibarat marah macam lembu ni lah...huhuhu (ini perumpaan aku je, lembu jangan marah ye)

Sumber gambar : Carian google

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com