Geng-Geng

Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Kursus AutoCad 2009....

Tiga hari ni aku g berkursus untuk memantapkan diri. eh ..jap jap, intro xbrapa cun la, lantak la. Yang penting isi dia, keke kunun isi banyak n best. Xda la aku juz nk catit kt sini yg aku g kursus AutoCad 2009. Kursus ni aku dh g 2x, sengaja apply coz xnk la apa yg kita blaja lupa mcm tu je. Banyak benda yg aku lupa aku igt balik, tp xtau la hari2 mendatang mcm na. Walaupun kursus ni basic je, tp seronok jugak. Harap2 dpt g lg or dpt g yg advance nya ke. Bukan apa, nk tambah lg ilmu yg xseberapa ni. So kepada sesape yg ada peluang nk belajar autocad, sila la rebut, xrugi....
Pic kat ats ni keadaan kelas aku time tu, aku dpt dok sebelah tepi je. Ok la xblakang n xdepan sgt pun. Juz masa tu trainer dia sopan sgt, walaupun ada mike, tp still xdgr, kekadang tu tension gak, xdpt dgr apa dia ckp, nasib boleh kejar n berjaya jugak siapkan pelan lantai sebuah makmal komputer...

pic kat atas ni lak, separuh dari kerja aku. Yang ni dh separuh siap, ada byk lg step yg kena wat. Aku pun xsangka yg aku leh wat secantik ni. keke puji diri sendiri lak.

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan kunun....

Macam best je tajuk entry kali ni kan, bukan pa, dr pg asyik dok dgr psal pengorbanan je, bukak radio pun tajuk chitchat dia pengorbanan.Yang aku ni plak bengong xtentu psal, lupa lak esok dh raya Haji..ish2 kejap je kan, xpasan pun sebenarnya, masing2 sibuk ngan duniawi. wah ckp mcm pro je kan aku ni, entry kali ni aku juz nk merepek je la.
Alamak td aku berenti makan kejap, sekarang terus xda idea. Yang ada dlm pale ni juz igt nk tdo je, yelakan perut dh kenyang. Ok la untuk tidak membuang masa, aku sharekan benda lain la, aku nk share satu peristiwa ngan korang suma, benda ni terjadi ke atas aku. Memang rs mcm nk putus urat perut ni sebab ia melibatkan kerjaya aku, walaupun xseberapa tp mayb menggangu or memburukkan kredibiliti aku sebagai pekerja. Seriusly aku sendiri pun xsangka benda ni akan jadik pd aku, tp aku take it as a pengajaran. Namun segala nama,jawatan dan tempat terpaksa di tukar demi menjaga nama baik. Mcm na ye aku nk stat...hmmm tgk pic dulu, xda kena mengena ngan cerita ni, kredit pd jurufoto

Ok nk dijadikan cerita, 2 3 bulan yang lalu, ada la seorang Bos bernama Incik Q, memulangkan L...... ke seorang pegawai yang bernama incik W tanpa sebarang rekod hitam putih or sebgainya. Setelah menerima L..... pegawai yang bernama incik W terus meletakkan ke dalam almari tempat simpanan segala jenis stationary, laptop, projector n sebagainya lalu di kunci dan kunci telah di simpan di tempat biasa. Namun incik W mungkin lupa hendak memberitahu kepada org yg bertanggungjawab menjaga kunci n aset2 tersebut atau org yang menjaga tiada di tempt atau sebagainya. Perkara ini berlalu seperti biasa pada hari tu sehinggala pegawai bertanggungjawab iaitu incik D yg menjaga kunci tersebut membuat semakan ke atas barang2 yg ada di dalam almari tersebut pd petg itu. Incik D terkejut dengan kehadiran L... tersebut dan bertanya kepada pegawai2 yg kebetulan berada di tempat dia, iaitu Pn. J, Pn. G ynag juga pegwai atasan dan juga incik T, namun tidak diketahui milik siapa L... itu. Pada keesokan harinya, incik D dapati L...tu sudah tiada, n beliau beranggapan, mungkin L... tu milik persendirian n mungkin hanya menumpang letak seperti kebiasaanya ada org yg menumpang letak barang berharga.
Yang menjadi kes nya, semalam pada 15 November 2010, dlam lingkungan jam 3, incik Q datang ke pejabat D, dan bertanyakan mengenai L... tu. Namun tiada seorg pun yang mengetahui kehadiranya L... tu. Setelah di tanya berkali2, akhirnya semua masalah telah dijatuhkan kepada incik D walaupun incik D secara tidak lgsung ,tahu mengenai perkara ini. Incik D tenang n menghubungi semula incik W, namun hampa, katanya dia juga tidak tahu kemana perginya L... itu. Incik D lalu mula berfikir dan mula bertanyakan kepada semua staff n paling kerap di tanya ialah pegawai2 yg tahu kehadiran L... tersebut seperti yg di ceritakan di atas. Incik D sengaja membuat kecoh kununnya hendak membuat laporan polis n kemungkinan benda ni akan berlarutan, rumah mungkin di geledah dan sebagainya. Incik D menggunakan segala pengalaman sebagai kaunselor (kunun) untuk mencari klu2 dan menduga. Meminta segala nasihat dari orang2 yang berpengalaman dan jikalau la L... tu ilang, bagaimana pula prosedurnya. Segala persiapan telah diwat. Habis segala tempat beliau geledah termasuk tempatnya sendiri, namun hampa. Kunci almari juga dibawa pulang. Di rumah incik D sibuk mengarang ayat bagaimana hendak membuat laporan sekiranya L... itu betul2 ilang. Sebelum tdo, Incik D sibuk berdoa agar dilembutkan ati sesiapa sj yg terambil, sengaja ambil supaya memulangkan semula L.. tersebut. Di pendekkan cerita, esok pg2, incik D sudah cek semua tempat termasuk di dalam almari, namun sekali lg hampa. Akan tetapi, cewaahh ayat, selepas pulang dari minum, incik D dapati L... tersebut ada di bawah meja beliau. Leganya hati beliau xdapat nk dibayangkan. Nampak sgt L.. tersebut telah diambil oleh org2 yg sepejabat dengan incik D, namun xdpt nk kesan siapa orgnya. segala sykologi yg digunakan oleh incik D berjaya. hah mcm tu lebih kurang ceritanya, aku terpaksa ubah skit2 demi menjaga dan menghormati hal2 tertentu. Rasanya faham x??? Tp ini la yg terjadi , juz aku xleh la nk ckp yg aku ni incik apa...keke
Banyak sebenarnya pengajaran yg aku dpt dari cerita kt atas tu, rsnya sesape yg baca pun faham, xyahla nk tulih kt sini, ni pun dh pjg berjela
ps : rasanya cerita xda kena mengena ngan tajuk entry

Monday, November 15, 2010

Hilang seminggu...???

Kalo tengok tajuk macam suspen je kan, ntah pa ntah yang ilang kan, padahal xda pape pun. Tuan empunya blog ni menghilang kejap atas urusan rasmi. Aku g kurus kt cherating, thanks n kredit sgt2 pd urusetia. Paling2 pun hilang gak tension n berat kt pale ni.

pic : ni masa ada aktiviti kumpulan. nama kumpulan di pilih berdasarkan nama ikan yg terdapat di sini. Yang femes2 je. Pari, Talang, Bilis n Arowana. Best tak nama tu. Byk yg kami kena wat berkumpulan mcm melakonkan adegan2 yg diberi, mencari harta karun(kunun), dll. Xda yg kalah or menang. suma sama je.


Pic : ni yg ramai pakai bj sama ni bukan PLKN ye. Ni sebab ada senaman pg. Pas 2 ada akiviti last yg carik2 barang tu pun kena pakai bj ni. Bayangkan la, 4 hari kot nk kena pakai bj ni, nasibla masing2 pandai nk menjaga, so xda la bau sgt, keke tp baju kaler ni smart bila dlm gambar, dia nmpak contra sgt, mcm meriah gila...
Pic yg atas2-atas ni ni suma rangkuman 4 hari aku kt Cherating. Syiok 2 memang la, tp jauhlak ngan insan tersyang, family maksd aku...keke

Thursday, July 15, 2010

Cameron Highlands akan ku takluk....

Tajuk mesti nk up je kejanya kan, kemain pasan lg, padahal xda sambutan langsung pun. Aku xkisah sgt pun. Rini aku akan bertolak ke Cameron Highland. Tp xsampai atas pun, kt Tanah Rata je. Pegi 2 hari je pun .Nk g tgk org wat keja. Hope nant seronok n banyak pic akan diambil. so boleh penuhkan blog dengan gambar2 je.....

Tahniah kepada diri sendiri. Hari ni dh genap entry aku yang kali ke-lima puloh. Sangat berpuas ati dengan diri sendiri walaupun xsefemes otai2 lain.


Friday, June 25, 2010

Aku kembali penuh dengan iktibar..

Sekembalinya aku di KL dengan penuh iktibar. Banyak yang aku dapat di Kursus Penerapan Nilai-Nilai Islam. Banyak menyedarkan aku jua. Ramai kenalan baru yang best-best. Xsangka aku. Xlupa jugak kepada saudaa-saudara baru yang aku kenal disana, antaranya Abg Taufik, Abg Fikri, Teo, Kak Aisyah, Kak Nur.....ramai lg sebenarnya, xleh nk sebut semua kt sini, mereka suma best2 n sangat2 sporting.....
Ni gambar group n kawan2 aku kt sana, ni je masa yg ada tuk kami bergambar. Masa yang lain suma dok sibuk belajar.cewahhh

Tuesday, June 22, 2010

Akan ke PD 3 hari......

Semalam aku dapat surat yang mengatakan aku akan pergi beronok-ronok di PD @ Port Dickson. Walupun tempat ni macam biasa je, tp aku g sana xyah pakai duit, free tu yang wat lg special aku g sana...sebenarnya aku g sana menghadiri kursus penerapan nilai-nilai murni. wah bunyi macam gempak je kan. aku pun xtau nape aku yang terpilih ikut kursus ni. Mengikut kata mY father selepas aku gtau aku akan ke PD berkursus " ish2 slalunya kursus ni tuk org2 yg xcukup lg nilai murni, aik xcukup lg ke nilai murni selama ni" sambil di iringi dengan gelakkan nipis memerlikan sambil mata kejap2 mencuri jeling pada perlawanan live Potugal n Korea Selatan kat astro. Dalam ati aku kata, sempat lg mY father perli aku. Tp last2 dia ada gak beri nasihat yang berbunyi macam ni, "xpa ada peluang pergi je, lgpun muda lagi".....so aku pun terdiam n terus masuk ke dalam bilik, dengan semangat mula mempacking barang2.

sumber pic : google
ni la kot mayb hotel yang bakal aku dok kt sana, Hotel Seri Malaysia. Cantik kan permandangan malam kt situ. dengar kata sangat berhampiran dengan laut. "Incik Hotel, sy dh tolong promotekan dlm blog saya ni nama incik hotel, xda pape ke??" kata2 jahat dim yang jauh di sudut hati, cewaahhh

Aku akan bertolak dari Ofis aku kul 11, tp kena gak datang awal ke ofis, ada meeting yang perlu didatangi oleh aku pagi2 ni, cewaahh ayat macam besar je pangkat ko kan dim, kekeke...bukan apa, namapun org bawahan, so meeting2 xpenting mcm ni la aku yg kena pergi. "ish boring2 cite psal keja lak si dim ni, mcm org lain xda kerja n g meeting2 ni" ni la antara komen2 dari org2 terdekat tp xnk lak tulih dlm blog ni, cakap mulut je, tp xpa, at least ada gak org bacakan, hahha pasan lak dia ni.

nk selitkan sikit la, special kepada Ms Z, yang bakal mengambik ujian JPJ kali yang ke...tut (terpaksa dirahsiakan tuk menjaga privasi, keke), hopefully u will lulus dengan jayanya, xpayah nk score dengan cemerlang, just lulus cukup2 makan pun xpa, asal dapat lesen, so incik dim kt sini tau yang ms. z boleh wat n akan sentiasa berusaha. so never give up k...
nak lagi,klik sini......jangan lupa komen ye, terima kasih

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com