Geng-Geng

Saturday, December 8, 2012

Ada aku kisah?

Ada aku kisah? maksud ayat ini cukup mendalam. Mungkin ada yang mentafsir ianya hanya kepada keburukan iaitu tidak ambil ksiah langsung tetapi sebenarnya ianya merupakan salah satu cara (pemikiran) untuk kita melawan perasaan cemburu atau dengki. Bukanlah bermaksud untuk tidak ambil peduli langsung, cukuplah sekadar ambil tahu dan beri respon sewajarnya mengikut keadaan. Tak perlu untuk bertindak di luar bidang kausa atau sebagainya sehingga boleh memudaratkan keadaan sekeliling.

Pic : Gambar sekadar hiasan tak ada kena mengena dengan cerita. Jangan lupa teruskan sokongan korang suma kepada pasukan negara. Ahad ini menentang Thailand. Tak dapat pergi stadium, tgk kat tv!!




Monday, November 26, 2012

Keputusan Malaysia vs Singapura Piala AFF

Amboi ..aku sendiri terkedu melihat apa yang di persembahkan malam semalam. Tak macam harimau langsung. Bolos dengan 3 jaringan tanpa balasan di tempat sendiri. Puncanya apa? siapa patut disalahkan? aduh pening dibuatnya, rugi masa dan duit, tak berbaloi-baloi.

Aku cakap begini bukan bermakna aku memperlekehkan pasukan kita, kalah dan menanag itu adat permainan, yang penting melawan. Ini tidak semalam aku tengok lemah gemalai aja, seolah-olah satu pasukan baru yang langsung tiada persefahaman. Yang bersungguh aku tengok beberapa pemain sahaja, yang lain..hmmm.



Petikan dari kata-kata Sharil Ishak (Kapten Singapura)..."kami tahu pasukan mana juara di Malaysia, kami bernasib baik keranan pemain daripada pasukan juara ini hanya 2-3 orang sahaja yang dipilih dalam skuad kebangsaan........."

Tapi aku tetap meletakkan harapan pada pasukan kita kali ini, moga perlawanan seterusnya mereka akan buat impact besar. Bukanlah aku selaku peminat hanya mengharapkan kemenangan tapi aksi melawan yang sehebat nama yang dibawa. Kalah tak mengapa tapi melawan!. Itu yang aku mahu.Orang lain pun aku rasa sama macam aku.

Mungkin ada beberapa perkara yang perlu di pertimbangkan untuk memperbaiki kelehaman kita, ini mengikut pendapat akulah, aku pointkan pada keseluruhan bukan pada individu...

-mantapkan bahagian tengah sebab aku tengok masa game semalam, bahagian tengah seolah-olah hilang dan kurang berfungsi. Cuba untuk menguasi perlawanan. Jangan harapkan penyerang untuk mencari bola dan menjaringkan gol sahaja. Yang lain juga perlu memainkan peranan. Persefahaman perlu di pertingkatkan dan jangan senarikan kesebelasan utama mengikut populariti sebaliknya pada performance seseorang buat masa ni. Dan yang terakhir, fokus!


Dari 22 pemain yang dh terpilih, aku cuba senaraikan ikut pandangan aku kesebelasan utama, maybe ada impactnya...hahah berangan nk jd jurulatih

GK - Farizal Marlias

DF   -  Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Faizal Muhammad, Bunyamin Omar @ Zubir Azmi

MF - Baddrol Bakhtiar, S Kunanlan, Wan Zack Haikal, Safiq Rahim

CF - Safee Sali, Norshahrol Idlan Talaha

Cuma aku terkilan, kenapa pemain macam Piya, Amri Yahya, Hai-O,  tidak diberi peluang..ish2

ps: aku cuma pandai cakap je, hehe....tp aku cakap dari pemerhatian aku dari perlawanan semalam. Kalau soh aku jadi coach, xtau la apa jadinya...hahahahha

Tuesday, November 20, 2012

Sekitar TT WPCM di Setia Alam

TT Waja Performance Club yang keberapa aku tak pasti, aku pun baru. Tapi otai-otai suma memang sporting. Aku yang baru ni pun jadi tak baru sangat. Lokasi TT itu hari ialah di restoran MK apa benda ntah. hahaha


Pic atas : Masa nk balik dah, tengah setting untuk bergambar

 Pic atas : Tengah setting di port yang kedua

 Pic atas : bergambar jap masa dah siap setting position


 Pic atas : nilah kereta burukku yang aku guna tiap-tiap hari g kerja.


Saturday, November 10, 2012

Marah bertempat!!

Adohai..macam-macam isu sekarang ini. Baru-baru ini aku ada saksikan akibat dari marah, macam-macam berlaku.

Gambar atas : tengok tu, bila marah sangat, air terkeluar pun tak pasan.



 Gambar atas 2 : antara kerosakan yang berlaku akibat marah...

Senang cerita marah ini boleh mendatangkan macam-macam akibat if kita sendiri tak pandai nak kontrol. Bila kita marah, mulut kita mulalah ungkapkan pelbagai bahasa-bahasa kasar. Dan dari mulut juga akan wujudkan pelbagai masalah. Dasyatkan? 

Senangkan lagi cerita, so kena pandai-pandai jage kemarahan kita ni, tengok jugak tempatnya .Dan kalau ditakdirkan tak boleh juga nak kawal, cuba refer atau wat pape yang boleh supaya boleh lupakan perkara yang marah tu.

Nak marah boleh, cuma kena ada caranya, tak perlu nak attack orang, tak perlu nak salahkan orang atau sebagainya. Cuba tahan dan beristifar, insyaAllah akan berjalan lancar.

Dan yang kena marah kena juga bersabar dan beralah, kalau tak, lain pulak yang berlaku. langkah terbaik, diamkan saje. Bagi aku, perkataan maaf sudah cukup untuk membuatkan orang yang marah itu sejuk hatinya, insyaAllah. Selepas reda kemarahan, barulah cuba nk explain atau defend diri kita. weee...

Gambar atas 3 : bila marah tak bertempat ni ibarat marah macam lembu ni lah...huhuhu (ini perumpaan aku je, lembu jangan marah ye)

Sumber gambar : Carian google

Monday, October 15, 2012

Selangor mln Kelantan - edisi lambat

Perlawanan antara Selangor dan Kelantan berakhir dengan amat menarik. Walaupun Selangor terkandas dan impian untuk memburu misi 33 gagal, aku tetap akan tidak berganjak untuk menyokong Selangor. Aku puji pemain-pemain Kelantan dengan kejayaan ini.

Bagi aku perkara biasa dalam sukan atau pertandingan kalah dan menang. Tapi aku cuma tak berapa setuju dengan sesetengah orang yang sengaja meng provokasi atau menghangatkan satu perkara hingga ke luar padang atau stadium. Mencemuh, mengkeji, mengutuk dan sebangainya.

Satu lagi aku tak suka attitude sesetengah orang didalam stadium, ada yang membakar mercun, membaling sampah dan sebaginya. Semua itu memburukkan imej kita di mata semua orang.

Aduh pedulikan semau itu, jom kita tengok beberapa keping gambar yang aku snap masa di stadium.

  Atas : Gambaran dari parking kereta G. Itu dia berdiri mantap dan gagah stadium kebanggaan Red Giant.

 Atas : Keadaan di luar stadium sebelum sepak mula

 Atas : lagi gambar di luar stadium

 Atas : semua kusyuk dok tengok game

 Atas : eh biasalah nk jugak interprame..hehe

 Atas : Kemain gembira dan ramai orang kat stadium
 

Yang aku puji satu je, semangat yang di tunjuk di dlaam stadium. Sape kata kita tak boleh bersatu? cuma mungkin cara yang membuatkan kita ni susah untuk bersatu.

Wednesday, October 3, 2012

Suku Akhir Piala Malaysia ISelangor lwn Johor FCI

Semalam aku berkesempatan untuk pergi ke Stadium pujaanku, Stadium Shah Alam. Walaupun stadium tidak penuh, tetapi keadaan memang agak meriah dengan kehadiran penyokong-penyokong merah kuning dan sekelompok penyokong Johor FC. Keputusan semalam berkesudahan dengan Selangor 2 dan Johor fc 1. Selangor mara ke pusingan seterusnya dengan agreget 5-2. 

Bagi aku, game pada hujung separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua agak membosankan. Tetapi game bertukar rancak bila Johor fc menyamakan kedudukan dan Selangor bangkit dengan jaringan dari kecik (Fitri). Memang gamat stadium waktu ketika itu. Tahniah sekali lagi pada pasukan gergasi merah kuning. Tak sabar rasanaya nak gegarkan stadium pada pusingan seterusnya.





Monday, September 24, 2012

Hobi je....#4

" aku bukan fotographer tapi aku suka amek gambar "

Lokasi : Pelabuhan Klang Utara, Klang
Masa : Tengahari & lewat petang

   
 


 

Thursday, August 16, 2012

Salam lebaran dari Danial!!


Salam Aidilfitri pada semua kawan-kawan terutamanya pada semua blogger-blogger.
Maaf lama menghilang, bukan sengaja tetapi terpaksa <-----alasan lagi


Rayalah dengan hati-hati, ingat orang tersayang!

Friday, July 6, 2012

Teruk betul kan?

Hari ini cuaca di kawasan aku bekerja sangat baik, semua aktiviti boleh dijalankan dengan jayanya. Seronok tengok semua orang berpusu-pusu membuat urusan sendiri. Cuma biasalah akibat layan anime sampai tengah malam, aku ending tengahari ini dengan rasa yang amat mengantuk, mujur di masjid tadi aku tak mengantuk, tapi biasalah, kepala otak ini entah kemana, macam-macam difikirkannya.

Ada seperkara yang aku terfikir pada ketika ini, satu kejadian yang menimpa aku. Pada mulanya aku amat kecewa tetapi apa kan daya, mentality kita memang sebegitu (sesetengah). Aku sekadar ingin berkongsi.

Kejadian berlaku beberapa hari yang lepas, masa tu aku baru balik dari ofis, tapi aku tidak mengenakan pakaian sebiasa aku. Hari itu aku pakai baju yang amat lusuh dan buruk, bukannya apa, aku selesa pakai begitu. Kejadian aku berlaku di kedai makan bila orang tidak melayan aku kerana pakaian aku. Jenuh dipanggil tetapi langsung tidak pedulikan aku. Bukannya aku panggil dengan siulan atau jeritan, aku paggil dengan panggilan "bos". Ada yang mendengar tapi dibalas dengan jelingan, pada masa tu, tuhan je la yang tahu betapa kecewanya aku pada masa tu.

Tapi yang mengecewakan lagi aku, bila seorang yang berpakai kemas berkemeja semat, tak perlu panggil terus datang melayan yang kebetulannya duduk bersebelahan aku. Lepas itu baru mengambil order dari aku, tiu pun tanpa senyuman diwajahnya, berbeza dengan orang sebelah Makanan yang diberi pun cantik sahaja susunannya di atas pinggan, tapi aku? aduhai kenapalah ada juga yang berperangai begini. Kenapa mesti membezakan orang dari segi begitu? Hinakah berpakaian begitu?

Sifat beginilah yang harus kita buang dari dalam diri kita.

Tuesday, July 3, 2012

Peluang Pekerjaan Samarata

Masa on teh way untuk datang ke pejabat, aku ada terdengar satu tajuk hebat diperkatakan dalam radio, Ikim.fm. Mula-mula aku sekadar dengar sahaja, tapi timbul niat pulak untuk aku juga meluahkan pendapat macam pendengar-pendengar lain. Tapi dengan cara berbezalah, aku luahkan di blog aku bukan dengan menelefon station radio. keke Kan lebih jimat dan menguntungkan.

Okeh intro merepek di pagi hari. Tajuk dia mudah, iaitu Cadangan membolehkan lepasan Universiti samada pemegang diploma mahupun ijazah, di beri peluang yang sama untuk menyandang jawatan peringkat spm atau lebih rendah.

Ada pemanggil mengatakan ianya tidak adil, patut dimansuhkan, bagus sebab ianya dapat mengurangkan penganguran dikalangan pemegang ijazah dan sebagainya . Antara sebabnya jika pemegang ijazah dan pemeganag sijil spm memohon satu jawatan kelayakannya ialah spm, sudah tentu pihak yang mencari memilih pemegang Ijazah or diploma.

Macam-macam kalau hendak di ikutkan pendapat orang. Bagi aku senang saje, setiap perkara yang dilakukkan ada baik dan buruknya. Sebab itu kita di anugerahkan akal untuk berfikir dan menilai setiap perkara. So nilailah dengan adil dan saksama.

Baik :
1- Kurangkan masalah pengangguran di kalangan lepasan universiti
2- memberi persaingan sengit kepada semua peringkat
3- Sebab boleh memberikan pendedahan yang berguna kepada pemegang ijazah/diploma.


Buruk :
1- Ada pemanggil yang berpendapat pihak penemuduga akan memilih calon dikalangan yang berkelayakan ijazah/diploma coz lebih berpengalaman kununya. Keburukannya pada pemegang sijil SPM. Ada yang berpendapat begitu. Pemegang SPM juga banyak yang menganggur.

2- Jika jawatan SPM disandang oleh Pemegang Ijazah/Diploma, pekerja itu tidak akan kekal, coz mereka yang berijazah/diploma akan mencari pekerjaan yang setaraf dgn kelayakannya. Kerugian berlaku apda penyedia pekerjaan.

3- Mungkin akan wujud satu double standard. macam yang diperkatakan oleh seorang pemanggil. Mereka walaupun berjawatan kerani tapi mempunyai kelayakan ijazah, ada sesetengah sukar menerima arahan/ ajaran dari orang lain, kununnya mereka berkelayakan tinggi.

Oklah itu saja yang aku boleh senaraikan. Sama je sebenarnya, terpulanglah pada individu. Bagi aku siapa yang rajin berusaha, dia akan di beri peluang.

Monday, July 2, 2012

Hobi je....#3

" aku bukan fotographer tapi aku suka amek gambar "
 


Atas: Pic ni aku amek masa aku dok melepak tepi pantai. Masa ni waktu matahari terbenam, sangat cantik. Syg xda kelengkapan canggih.

Atas: Yang ini masjid terapung area Terengganu. Aku lupa lak namanya. Sorry but cantik, masa ni waktu tengahari.

Kembali beraksi!!

Alhamdulillah akhirnya ada juga masa untuk aku update blog picisan ini. Bukan sengaja tapi kerja yang aku lakukkan sekarang yang menghalang aku untuk update blog. Tengok alasan lagi yang aku bagi, biasalah tu kalau blog tak update, mulalah macam-macam alasan yang diberi. Biar apa pun alasanya, aku tetap aku.

Sekarang aku di tugaskan jauh dari kebiasaan aku. Walaupun agak jauh aku tetap gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang. Kerja yang aku buat sekarang memang amat aku ingin sejak aku belajar lagi. Aku sekarang berada di landasan yang betul, di bidang yang aku pilih dahulunya. Iaitu kejuruteraan. Walaupun jawatan yang aku pegang bukan lagi jawatan yang aku idamkan, tapi aku bersyukur sebab aku tetap mendapat pendedahan yang sama. Kenapa aku berkata begitu??

Semua sedia maklum, masa belajar di IPT, kita banyak diberi pendedahan didalam kelas, hanya tulisan dan gambar sebagainya, kalau ada pendedahan luar pun, itu pun tidak berada di situasi sebenar. Aku sekarnag berbeza, aku sendiri dapat melihat sendiri yang mana dulunya aku hanya dapat bayangkan dan dengar dari pengalaman orang lain. Memang kepuasan yang aku dapat tidak dapat aku gambarkan bagaimana. 

Hari ini aku berdiri bangga sehingga menitiskan air mata. Bukan hanya kerana kepuasan yang aku dapat kerana tugasku, tapi kerana beberapa impian yang aku impikan telah berjaya aku tunaikan. Walaupun tidak semewah orang lain, tapi aku tetap bersyukur dengan usaha sendiri. Alhamdulillah sekali lagi kepada yang Maha Esa dan yang sentiasa memberi sokongan.

InsyaAllah, untuk masa akan datang, aku akan teruskan menulis diari kehidupan aku disini, bukan untuk berbangga tetapi untuk berkongsi. Mana tahu, anak cucu aku juga mampu membacanya suatu hari nanti. Hahah angan-angan di petang hari.Oklah samapi disini sahaja tulisan aku, insyaAllah akan aku sambung lagi.

Sunday, April 29, 2012

Kisah A,B,C dan D

Ini entri sebelum tido, sekadar ingin mengosongkan minda yang asyik berfikirkan cerita ini. Dari dok bermain-main dalam kepala otak ni, aku terjemahkannya ke dalam blog aku ni. Sekurang-kurangnya masa masa akan datang, aku boleh baca balik dan boleh senyum sorang sorang lagi.

A = Sangat yakinkan dengan dirinya dan selalu memandang orang yang berjaya itu idola namun selalu di tindas di sebabkan berada di bawah. Selalu menjadi mangsa di sebabkan ke lurusan dia. Sangat aktif dan jenis yang bukan suka duduk diam, selalu bercakap tak henti-henti .Selama ini, kawan kawan memang penting buatnya, namun bukanlah seorang yang suka berkongsi cerita. Biasalah, kekadang jujur ni membawa padah. Disebabkan karektor dia yang suka bercakap dan bersembang, dia di tudoh pulak suka membawa cerita ke sana sini.

B = Kawan yang menjadi pendengar setia cerita cerita gembira dan sedih kawan kawan. Selalu memberi nasihat dan menjadi pemerhati. Tapi rupa rupanya dalang kepada semua kejadian. Cerita yang kunun-kunun di dengar rupanya di sebarkan pula kepada kawan-kawan sekeliling. Hasilnya, walaupun benda kecik, jadi besarlah sebab semua orang pun tahu. Namun semua itu berjaya disimpan ketat-ketat dan hasilnya dia kelihatan suci, ramai yang sukakan dia. Di tambah pulak skill skill yang tak seberapa tu, dia di puja dan di cari cari, kununnya orang penting.

C = Ini kawan jenis baik di depan, tapi di belakang habis di kondemnya. Kekadang, menjadi macam pencetus kepada pergaduhan di antara kawan-kawan. Jenis pendiam dan bukanlah penyibuk. Bukan juga jenis suka amek tahu kisah orang tapi biasalah, perkataan yang keluar dari mulut dia, cukup berbisa, kekadang tanpa memikirkan perasaan orang. Disebabkan dia ni jenis ckp lepas, makin ramailah yang menganggap dia ni ok di buat kawan. Yela kununnya jenis jujur, tak suka cakap xsuka.

D = Sangat baik dan jenis yang suka menolong. Tak ada satu pun tugas atau pertolongan yang tidak di selesaikan. Ramai yang sukakan dia disebabkan perkara ini. Namun disebabkan salah memilih kawan, akhirnya ramai yang makan hati dengan dia, mungkin terlalu mengikut atau mendengar kata kata kawan yang di pilihnya. 


hmmmm entahlah, orang sekarang ini pelbagai karenahnya, harap semua akan lebih berhati hati memebri kepercayaan pada orang..sekadar renungan dan pemikiran sebelum tido.



....to be continued





Friday, April 27, 2012

hobi je...#2

" aku bukan fotographer tapi aku suka amek gambar "

 

 Ini masa aku singgah di masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Sajalah aku snap secara spontan.

 Gambar yang kat atas ini aku snap masa aku bekerja, masa tu tengah lawat tapak projek di Parit.

 
Gambar ini pun aku snap masa aku bekerja, di tapak projek yang sama juga tapi pada waktu malam.
 

 Yang ini kalau tak silap aku, ini gambar masa aku berenti di R&R Tapah, masa ini tenghari, panas sangat tak dapat nk fokus elok elok ( bajet yang lain fokus elok je)


Gambar atas ini aku snap masa berenti kat masjid Ubudiah tu, sekali tengok kat balakang masjid ada bangunan ini. Selama ini aku punyalah cari rupa-rupanya di Kuala Kangsar rupanya.

Monday, April 23, 2012

Bila perempuan "moody"

Assalamualaikum pada semua, hari ini aku terpanggil untuk buat satu entry yang mana aku rasa keadaan ini sangat biasa terjadi iaitu perempuan/ gadis marah marah tak tentu pasal. Efek dia akan terjadi pada keadaan sekeliling, kekadang sampai bermasam muka dan sebagainya.Bukanlah aku kata lelaki tak ada yang marah-marah tak tentu pasal, cuma aku cerita base on pengalaman aku. Maaf kalau ada yang terasa.
Gambar sekadar hiasan (sumber : carian google)

.........Aku sendiri pernah mengalaminya dan rasa sangatlah sakit hati. Alasanya yang biasa diberikan, lelaki kena faham yang sebulan sekali pompuan akan jadi macam ni. Itu aku faham, dan kekadang tu, perkara-perkara macam ni boleh dikawal, sebab semuanya datang dari kepala otak kita. Aku selalu tegaskan, if we always think positive, then result dia insyaAllah akan jadi positive jua dan begitu juga sebaliknya.

Kenapa aku sakit hati sedangkan benda itu lumrah?? bukanlah setiap masa pun aku sakit hati. Aku boleh terima if perempuan tu datang bulan and not in the good mood. But in some situation, kenalah be professional. Contohnya di tempat kerja, if ada pertanyaan dari orang lain, tak perlu rasanya menjawab dengan nada dan keadaan yang kurang baik  sedangkan orang yang bertanya itu betul2 maksudkan apa yang di tanya. Ada sesetengah itu, diam tanpa memandang, itukan kurang sopan sekaligus medatangkan kemarahan pada orang yang menanya.

Kekadang aku tak faham, kenapa sesetengah boleh je mengawal keadaaan dan be professional dan sesetengah tidak. Sedangkan kita ni dijadikan sama je, yang membezakan kita ialah amalan dan usaha kita . Macam aku kata kat atas, semua tindakan yang kita lakukan datang dari kepala otak kita. Dari sana semua arahan keluar dan tidak mustahil untuk kita mengawalnya samaada baik atau buruk.

Penyelesaiannya mungkin untuk elakkan dari sakit hati, kekadang kita perlu beralah. Jangan dilayan sangat orang yang dalam keadaan begini. Buat je hal masing masing dan bersikap positive, kalau tidak, kita ni sama je. Bukan aku cakap pada lelaki je, pada perempuan juga, kalau orang tengah marah or moody, tak perlu rasanya kita nak pergi memanaskan lagi dia, tak perlu nak curahkan minyak pada api yang membara.Pada yang selalu marah2 or moody ni, cubalah berfikir sejenak dan jadi professional, janganlah bawak masalah sendiri ini merata-rata.

Thursday, April 19, 2012

Hobi jer...!!

"Aku bukan fotographer, tapi aku suka amek gambar "

Masjid kat area Klang
 Bangunan dekat Sri Kembangan kot..keke
 hmmmm Nikon vs Canon...which one better?? for me, same!!!

Wednesday, April 18, 2012

Sangat Prihatin!!!

Aku cerita direct je la, malas nk berbunga bunga. Kejadian ini terjadi masa aku drive balik dari pejabat ke rumah. Hari ini awal sikit aku balik dengan harapan untuk elak jam yang sangat sangat menyakitkan hati. Tengah sedap drive sambil dengar lagu Selena Gomez tiba tiba samapai ke kat area Sentul, jalan bertukar jadi sesak yang amat. Pelik gak aku selalunya kat situ jarnag jem awal awal macam tu. Cari punya cari baru aku tau apa sebabnya.

 
Ni hah asap keluar berkepul kepul. Dalam kepala otak aku satu je, ni mesti kebakaran berlaku ni. Bila macam ni, jalan jadi sesak yang amat. Yang peliknya, bukan jalan sebelah sana, tapi jalan yang sebelah sini yang sesak teruk. Biasalah rakyat negara ini, sangat perihatin dengan perkara perkara macam ni. So xdalah aku nak marah coz jalan jadi sesak.
  
So bila dh dekat ngan kawasan kebakaran tu, aku tengok tengoklah kot kot perlukan bantuan (kununlah). Lorr rupa rupa ada pembakaran terbuka berlaku. <<< ini aku agak je sebab walaupun api besar orang yang dekat dekat situ tengok je tak buat pape. Yang pelik, nape still lakukan pembakaran yang macam tu tak kira sengaja atau tak sengaja. Banyak efek dia nanti. Tengok asap pun dah tau. 
 
Oklah tak paa, kalau boleh next time janganlah ada yang macam 2, sama samalah kita jaga bumi yang kita duduk ni. 

Tuesday, April 17, 2012

Tanpa disedari

Setelah lama aku menjadi ahli, baru hari ini aku cuba untuk redeem hadiah dari point-point yang aku kumpul. Selama ini, tanpa di sedari ,point-point terkumpul dengan jayanya habis macam itu je. So hari ini walaupun dengan darah yang gemuruh dan sebagainya, aku memberanikan diri juga untuk buat transaksi. Aduh ayat bangang sebab paksa jugak untuk update blog walaupun tak ada idea, keke.

Eh lupa pulak aku nak bagitau apa yang aku sertai dan apa yang aku maksudkan.Sebenarnya apa yang aku maksudkan kat atas ini ialah aku telah menjadi ahli Bonuslink sejak tahun 2003 lagi tetapi aku tak pernah menebus apa-apa hadiah darinya, point-point yang terkumpul itu terhapus dengan sendirinya dan tanpa disedari. Betapa ruginya aku, memanglah aku gunakanya bila aku belanja untuk isi minyak kenderaan tapi dah berapa tahun plak tukan aku kumpul. Biarlah perkara yang lepas tu jangan di kenang. Ianya terjadi pasti ada sebabnya. Cewaaah...keke.

Korang nak tahu apa yang aku redeem?? biarlah ianya menjadi rahsia. hahaha. Barangan yang lelaki selalu guna. Bukannya mahal mana hadiah tu tapi sekurang-kurangnya aku tak perlulah keluar duit, untung jugalah tu kan. Sambil-sambil kita berbelanja, kita dapat hadiah juga kan. Sebenarnya ada lagi model lain yang aku idamkan dalam ini, tapi point yang ada hanya cukup tuk hadiah ni, so bersyukurlah dari tak ada pape. Jom tengok apa yang aku redeem.

Gambar1 : Panasonic Men's Shaver ES-3831


Hah tu dia canggihkan?? Aku memang pakai yang elektronik pun, senang nak bawak. Tak perlu setiap bulan nak beli shaver kan kan?? hanya perlu ganti bateri n blade dia je, itupun sebulan belum tentu lagi skali.

Gambar 2 : print screen web Bonuslink

Pape pn Tq lah Bonuslink!! Sayang anda ketat 2x...pinjam ayat teman kejap. Tapi xtau macam mana nak sayang orang ketat 2x. Kalau ikut aku yg otak kuning ni, dh lain plak maksudnya. Ish2, udahlah, korang join la, dapat gak hadiah. Nk join aku pun boleh, tolong aku kutip point..hehe

Monday, April 16, 2012

KTM oklah!!

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk menaiki keretapi tanah melayu (KTM) ke suatu destinasi. Bukan apa selain dapat jimat, aku tak perlu nak bersesak sesak menempuh jam di waktu tengahari yang panas ni. Lagipun semalam ada aku terbaca dari blog seorang sahabat, rasanya semua pun kenal. Beliau ni boleh dikatakan femes dan sangatlah ensem (walaupun tak pernah jumpa bersemuka, tapi aku dapat rasakan yang beliau betul-betul ensem. Beliau dikenali di alam maya sebagai Pak Cik Biola, nah ni blog dia, jom kasi terjah2 sikit ....http://kringg.blogspot.com.... petikan dari blog beliau  

Pada yang tak pernah naek komuter, ada beberapa tren komuter menampal beberapa lawak jenaka pada dinding komuter sebagai bacaan ringan untuk penumpang. kira nak kasi less stress la. Syabas atas effort ini buat KOMUTER!!

Disebabkan ayat-ayat beliau ini aku jadi lagi excited untuk cuba menaiki Ktm, tapi maybe belum ada rezki untuk bertemu dengan ayat-ayat yang Pak Cik biola maksdkan itu. Tak apa akan di cuba lagi untuk masa-masa akan datang. 
sumber gambar : carian google

Berbalik pada cerita KTM ok! memang sebenarnya ktm ni ok cuma....hahaha ada cumanya, biasalah manusia ni, mana pernah tak komplen. So aku tak terkecuali la ye. Satu je buat masa ini komplen dari aku, iaitu dari segi ketepatan waktu tiba dan bertolak. Aku faham apa pun yang dirancang pasti ada dugaan. Itu aku tak kisah cuma skrin yang menunjukan keretapi tiba tu haruslah di update secepat mungkin.  Contohnya macam tadi, aku nak menaiki keretapi Rawang, di skrin menunjukkan akan tiba jam 11 .40pm  macam tulah (xbrapa igt waktunya, sekadar cth), tapi jam disitu sudah menunjukkan dekat2 jam 12tghari. Dah lah tu, yang tiba pula, keretapi batu caves. Aish ini dah macam wrong information.

Nasib keadaan di dalam agak selesa, so wrong information yang tadi tu terus lupa. Walaupun sepanjang perjalanan aku berdiri, aku tak rasa letih atau tidak selesa, keadaaan dalam tren memang menenangkan. Di setiap stesen juga telah diletakan kipas bagi membantu pengaliran udara di dalam stesen, thumbs up!!.

ps : Just xbrapa nk syiok coz bila ada gerabak perempuan, kt gerabak biasa tu dh xda awek2, xdapat nk main2 mata n senyum2 mcm muda2 dulu. ;p

Sunday, April 15, 2012

Sahabat....

Selamat malam semua....disebabkan tak boleh nak tido malam ni aku update satu lagi entry walaupun tak berapa nak idea. Cari punya cari, inilah hasilnya. Korang pernah dengar lagu Sahabat nyanyian penyanyi comel loteh Najwa Latif. Masa kali pertama aku dengar terus jatuh hati, berulang kali jugaklah aku dengar. 

So lagu ini, aku tujukan kepada semua insan yang bergelar sahabat termasuk insan tersayang dan seluruh ahli keluarga. Jom kita enjoy lirik lagu dia kat bawah ni. Sangat bermakna ok dia punya maksud.

sumber: carian google

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

sumber : liriklagumuzika

Mansuhkan PTPTN!!

Huh powerlah cadangan ini. Cadangan macam inilah yang aku tunggu sejak kecik lagi. Memang aku kagum sangat dengan cadangan yang dimaksudkan. Yela alasan dia cukup menyanyat hati.Tak ada lah membebankan. Kena dengan pepatah lama, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Aduh macam-macam keadaan sekarang ini. Macam-macam karenah ada. Korang yang membaca ini jangan pulak tersalah erti, ayat kat atas tu sebenarnya sengaja di wujudkan. Pada pendapat aku, permansuhan PTPTN ini bayak buruk dari baiknya.Ini pendapat peribadi aku. Mungkin tidak terasa bagi sesiapa yang berada dan berkeputusan baik. Kenapa aku cakap begitu??

Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, memang kurang masalahnya untuk mendapatkan tajaan, tak kiralah dari pihak kerajaan atau sebaliknya. Bagaimana pula dengan yang mendapat keputusan kurang cemerlang?? Kalau dapat masuk ke IPTA mungkin kurang membebankan tp bagaimana yang tidak dapat masuk?? di luar sana yuran pengajian sahaja dah berpuluh-puluh ribu. Bagaimana nak bayar semua tu tanpa pinjaman dari PTPTN?? Dari pengalaman aku belajar dulu, ramai di antara yang aku kenal memang ambil PTPTN walaupun mereka di IPTA, sebabnya meringan beban keluarga.

Aku tak nampak kenapa mesti di mansuhkan?? sudah dinamakan pinjaman, haruslah bayar. Mungkin idea ini tercetus apabila ada sesetengah peminjam yang sukar membuat bayaran balik. Bagi aku tindakan tegas harus di ambil, dan jika ada alasan yang kukuh tidak dapat membayarnya, mungkin boleh di konsider dan tangguhkan bayran balik atau sebagainya.

Ini cuma pendapat peribadi aku, pinjaman seumpama ini sebenarnya banyak membantu para pelajar sekarang ini. Just mungkin penambahbaikan perlu di lakukan ke atas kesuluruhan pinjaman seperti proses bayaran balik dan sebagainya, tindakan tetap perlu di ambil pada yang susah membuat bayran balik.

Bergaduh sebab Entri?

Aduh naik pening aku di buatnya. Petang-petang macam ni ada pulak yang buat hal. Nasiblah beliau merupakan kawan aku, kalau di ikutkan hati bersepai dah gigi beliau. Jom tengok apa ceritanya di gamabr yang aku attach skali ini. Tak payah aku nak ceritakan segalanya kt blog aku ni, korang baca je kt gamabr tu.Orang lain baca pun aku rasa menyakitkan hati. Sesape yang duduk di tempat aku, mesti akan rasa nak menyepaikan gigi beliau ini. Nama dan gambar beliau terpaksa aku blur demi menjaga nama baik beliau.


Alamak jangan marah aku ye, sengaja aku buat entri ini khas tuk kawan aku ni. Rajin dia komen n baca blog aku. Beliau ni antara yang selalu ke blog aku, terima kasih ye kawan.

ps : ini entri saje2 mengusik, jangan marah ye..

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com