Geng-Geng

Monday, January 31, 2011

Kes Jeles lagi, pening lah..

Kes jeles lagi, asyik-asyik kes ni je. Kita sebagai manusia memang tak lari dari sifat cemburu. Wah intro yang bersemnagat. Eh tapi bukan aku nak kata pada sesiapa yang tak dapat join gathering SB semalam. Yang tu memang diorang patut jeles sebab happening sangat time tu. Kredit lagi skali pada penganjur. Aku yang tak dapat dok lame kat situ pun rasa rugi, inikan pulak yang tak dapat datang langsung.

Semalam adalah aku bersembang dengan Miss Z, wah dah macam miss nina pulak. Tetiba dia ada gitau yang seorang kawan dia rasa kecewa dan malas nak tegur dia sebab dia takut aku cemburu. Hello tolong ye!!. hah amek ko. Ceritanya macam ni, adalah satu hari tu, aku n miss z jejalan kat shopping kompleks, terserempak dengan seorang teman lama. Lama jugak tak jumpa dia, tapi di alam maya memang saling membalas komen dan masej. Aku macam biasa je la, tegur je macam biasa. Kalau di alam maya, bila tengok banyak je orang komen, aku pun menyibuk je la skali, setiap kali pun aku macam tu. Hari tu berakhir macam tu je. Sehinggalah masa Gathering SB semalam, eh apa kena mengena ni, hmm tak apa la, aku terdengar beliau kata aku ni jelez sebab dia slalu beron9 di alam maya dengan miss z. Korang rasa panas tak bila dengar orang tuduh macam tu?? pandai-pandai je buat andaian tak betul??  satu lagi kejadian pelik yang berlaku. ataupun mungkin dia yang tak bagi aku join dia mengomen dan bermsg di alam maya? konfius jugak ni

Kepada sesiapa yang pikir aku macam tu, mintak-mintak la tarik balik. Aku sebenarnya bukan macam tu, tak kisah pun sebenarnya, tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Kalau takat komen or msg di alam maya, apa la sangat, tak ada luak pape pun.....

ps: mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, bukan untuk menuduh atau merendah-rendahkan sesiapa, tapi untuk menegakkan benang yang basah. Ok

Isnin orang ketiga

Asal sebut isnin je, mesti semua pun tak suka. Bukan apa, hari ni hari pertama kita akan memulakan segala aktiviti dan tanggungjawab kita. Sudah 2 hari bercuti, lepas tu isnin lak kena start balik, memang dah semulajadi malas kot. Sama jugak masa time kita belajar dulu, kalau kelas cancel or postpone mesti suka je, tipulah kalau tak suka, then bila ada kelas lepas tu, mest tak ada mood je nak sambung kelas betul tak??? tambah-tambah lak masa kelas cancel tadi kita berwifi, bukak fb, blog or sebagainya. Eh tapi bukan nak salahkan fb, blog dan sebagainya ye.

Hari ini aku masih lagi mood cuti dan masih lagi terngiang-ngiang pasal gathering Sb semalam. Tapi bukan aku nak cerita pasal Gath tu dah. Dah banyak sangat dah aku rasa. Btw kredit kepada penganjur sekali lagi. Alamak tersasar jauh pulak. Kembali kepada tajuk entri, isnin orang ketiga. Isnin tu bukanlah nama orang ketiga tu, tapi menunjukkan hari ini, haha jangan marah ye. Pernah tak korang terasa ada orang ketiga?? or anda sendiri pernah jadi prang ketiga?? ataupun anda kenal dengan orang ketiga?? Alamak korang mesti rasa aku ni suka bagi soalan dalam entri then tetiba  jawab sendiri, macam syiok sendiri gitu . Sebenarnya aku pun baru je perasaan benda ni, maaflah sebab idea lari la, tu yang buat macam ni lak.

pic : carian dalam google
Pagi tadi masa ondaway nak g kerja, aku ada la dengar sesuatu, sampai ke honeymoon pun mest bawak orang lain. Logik tak?? bagi aku biasa lah tu, untuk memeriahkan suasana namun kena jugak ikut keadaan. Masa honeymoon mestilah nak romantik-romantik, tak tau la pulak kalau ada yang g nak ganas-ganas or pape. Kalau masa bercinta, memang si perempuan kalau bawa seorang kawan or sedara untuk teman memang tak salah. Selain untuk mengeratkan silaturahim, dapat jugak menghindarkan seuatu yang buruk dari berlaku. Tapi janganlah bawak sekampung, koyak poket laki tu.Namun bagi sesetengah orang, memang tak suka benda ni, ganggu katanya. Kalau boleh, dalam dunia ni biar mereka je yang ada. Pelikkan, ragam manusia ni, bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati sape yang tahu. Betul ke ni? hentam je la kan. Last kata aku, nak buat apa pun, jangan sampai lupa diri sudah, dan yang paling penting, jangan ganngu orang itu pun sudah dikira baik.

Sunday, January 30, 2011

Terselesai sudah...gath SB

Alhamdulillah selesai sudah semua aktiviti hari ni, dari pagi kluar rumah sampai ke malam baru balik. Semua pun tanya mana perginya aku pagi-pagi buta tu. Hari ini sebenarnya tambah satu lagi pengalaman yang xdapat aku bayangkan.

Gathering Sahabat Blogger, td kul 930 pagi lagi aku dah terpacak kat Time Squre. Bukan  apa sebab belum kenal lagi so baik datang awal, boleh beramah mesra. Hari ini aku tak boleh nak join sangat sebab aku kan pemalu, kunun lah . Mula-mula aku ingat sikit je orang yang datang, tapi amek ko kemain meriah lagi. Banyak jugak yang bertegur sape, tp xtau blog dia yang mana satu. Kepada penganjur, tahniah untuk anda. Sempat jugak beramah mesra dengan Abg Ben kita dan bro borak kosong. Seronok kenal mereka walaupun mereka dah otai-otai, tp xsombong. Sangat selesa dengan diorang. Sempat jugak menuntut beberapa idea dan teknik berblog dari mereka berdua. Yang lain tu, xsempat sangat nak bertegur sape, just senyum dan salam-salam je. Eh korang jangan ingat aku ni sombong lak, aku ni pemalu sebenarnya, tp bila dh kenal, orang kata aku gedik. keke
pic kredit tu bloger N.I.R [dot] com

Tak sempat nak snap picture. Ingat tadi nak jugak bergambar dengan diorang tapi perasaan malu tu mengatasi segalanya. tapi xpa senarai kehadiran berjaya diisi, tu nampak tak aku no. 40. Sila lah ke blog aku ye, pape pun tinggalkan link ye nant.  

Saturday, January 29, 2011

Esok SB gathering kan??

Salam kepada semua, pagi sabtu yang indah ni aku mula dengan bersarapan nasi goreng kicap dengan ikan kurau goreng. Sedap tak?? Mestilah sedap sebab aku yang masak. Semalam aku tido awal, tak sempat ank update blog, nk tengok small soldier. Rasanya lame jugak aku tak berblog walking, pagi ni abis aku jalan-jalan kt blog-blog, tp rsnya masih banyak lagi yang kena aku terjah. Kagum betul aku dengan mereka-mereka ni. Semua blog yang aku follow semua menjadi inspirasi aku untuk berblog.

Pagi ni aku bersiap-siap nak g kenduri salah sorang ofis mate aku. Hari ni hari bersejarah buat dia. Harap semua pun ok ok. Kepada beliau, selamat pengantin baru, jap lagi kami sampai ramai-ramai. Harap-harap ada makanan kegemaran aku, ayam masak merah.keke demand pulak.


Eh lari banyak lak dari tajuk. SB gathering esokkan?? benda ni lame dh aku dok riki2. Memang ingat nak join tapi biasalah, aku ni kan pemalu yang amat. Pikir punye pikir, aku pun decide untuk pergi tengok-tengok. Bukan apa, admin n otai kt dalam SB tu sporting-sporting, tu yang aku ingat nak g join la, tp aku rasa tak leh lama2. Aku nak pergi sana just nak kenal-kenal dan sembang je2. Tapi tak tau la kan, ikutlah keadaan esok macam na. Hari ni pun dah selsema, kalao sihat sikit esok, ada la aku kt sana. Banyak yang admin dh susun aktiviti diorg hari tu, boleh kenal-kenal, bertukar-tukar pendapat. Kalau ada yg nak join meh klik Sahabat blogger ni. Dah join group ni, boleh la turut serta gathering esok...

Pada pendapat aku, seronok join SB ni, bukan takat dapat kenal member baru, tapi kalau ada masalah pun boleh tanya sana. Kalau bab-bab tutorial, tulih je kt wall dia, memang kejap je ada yg balas. Wall dia sentiasa ada orang, memang tak kan sunyi. Tak rugi korang letak link korang kt sana. Tak percaya?? g try tengok. 

ps : sahabat blogger, kalau nmpak aku kt sana, tegur-tegur lah sebab mata aku ni xberapa nk nampak, biasa la, dh tue...

Friday, January 28, 2011

Asal island of dim?

Adehh....rasanya ramai pun xtau kan nape aku namakan diri aku dim. Tak pa biar aku terangkan dengan lebih jelas walaupun masa mula-mula dulu aku dah gtau. Tapi dah alang-alang orang tanya nape dim, baik aku cerita je suma2 pasal dim ni. Bukan nak jual diri, tapi sekadar ingin lagi mesra dengan kawan-kawan dalam blog ni.
Sebenarnya dim ni name singkatan aku. Ringkasan dari nama penuh aku, macam dalam ic. Memang kawan-kawan panggil aku dim pun. Sengaje aku nak guna, aku tengok ramai je yang ada nama samaran, so aku pun teringin la. Dulu masa muda-muda dulu, aku kalau main counterstrike, aku guna nama faLCon. Dengar nama pun dah takutkan. Nak kata teror, tu xda la, tapi selalu la jugak main. Aku paling benci orang main cheat, tapi best kalo dapat memiso orang yang main cheat ni. Sekarang ni je kurang sikit.Eh termengarut pulak.

Tapi kenapa blog ko nama island of dim?? dah tak da nama dalam bahasa melayu ke?? jawapan nya, dulu masa mula-mula nak buat blog, memang tak ada idea langsung. Mission utama nak buat blog dulu, untuk kepuasan sendiri, kata orang suka-suka je. Island of dim, maksud kepulauan dim. Betul ke?? lebih terperinci, mksud yang aku cuba sampaikan ialah dalam blog ini akan ada cerita mengenai dim sahaja. Tapi semakin lama semakin suka dengan dunia blog ni, so aku menambah baikkan cerita dalam blog aku ni, dan mula menyibukkan diri dengan cerita-cerita lain. Memang ada idea untuk tukar nama blog, tp bila pikir2, xpayah lakan, janji ada sudah. tajuk xpenting, yang penting adalah isi kandungan nya.

Kepada yang sudah follow blog ni, harap boleh tinggalkan jejak, sebab aku nak terjah blog korang pulak. Pape pun, salam perkenalan dari aku.

Tuesday, January 25, 2011

Cerita hot hari ini


Hari ini hari selasa. Rasanya semua pun tahu, sengaja je aku nak gitau, mana tau kot-kot ada yang bw sampai lupa hari ini hari selsa. Apa je yang ada pada hari selasa??? jawapannya hari ni ada pasar tani kt ofis aku. Adehh intro yang entah apa-apa. Sebenarnya tak ada idea ni, tp nak jugak update, ok lah kan dari tak ada pape.


Selalunya pagi-pagi waktu kerja macam ni, aku akan bukak blog dan berbw duu, then akan buat satu entri. Tapi hari ni malang pulak. PC aku di ofis ni tak boleh nak restart. Terpaksa hantar ke pusat teknolgi maklumat untuk repair. Harap dia ok la.


Yang memeningkan kepala, ada satu report audit yang perlu dihantar 28hb ni. Adehh pening2, baru je siap semalam. Memburukkan lagi keadaan, semua gambar-gambar yang aku snap masa g audit tu, semua pun dalam pc tu. Berdegup kencang hati aku ni, yela macam na nak buat report skali lg kalau tak ada gambar. Hari n besok  aku akan ke Johor untuk mengaudit projek lagi, eh iklan jap, mest korang ingat aku ni auditer kan, bukanlah, aku ni orang bawahan je, kerja mengikut arahan, kalau dalam hirarki kejuruteraan, aku lah bawah skali. Sambung balik, balik-balik je nant terus kena hantar report, aduh berat betul kerja aku. AKu harap sangat PC aku akan pulih macam biasa. Kawan-kawan semua doakan aku berjaya menempuhi segalanya dengan tabah ye.


PS: ok aku nak bertolak g pontian johor ni, jumpa disana, kalau ada yg terperasan aku tegur2 la ye...



Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Monday, January 24, 2011

Ruginya masa hari ini

Terasa rugi pulak hari ni, satu hari buat benda yang sama lak. Langsung tak sempat nak buat segmen2 anjuran geng2. Sori la bukan xnak join, tapi masa tak mengizinkan diri ku begitu berharga untuk mengupdate blog. Wah ayat iklaan tv.Aku sempat berblogwalking je, baca sekali je,  selalunya aku baca 2 3 kali, then tengok gambar banyak2. Tertipu lak.

Eh kat atas ni aku tak ada cerita pape lagi ngape aku rasa rugi n buang masa. Sengal betul la kan. Sebenarnya pagi-pagi lagi aku dah ada problem dengan blog, iaitu header aku.  Seharian aku dok try n errorr, last-last petang br la ada solution sikit. Baru ingat pagi ni nak bergaya ngan header baru. Lagipun tangan aku pun gatal jugak, slalu sangat kobek-kobek(try n error). Amek ko skali ada problem baru tahu. Alhamdullillah semua dh settle, tp aku still xpuas ati sebab guna cara altenatif. Nasib ada juga blogger yang sama masalah ngan aku, so ada la sikit-sikit klue n info. Kepada blogger yang buat entry mengenai masalah ni, thanks sangat2.

Besarkan masalah aku tu?? tak apa, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Betulkan? bila aku ada masalah cam ni, baru aku dapat belajar benda baru. So boleh tolong kawan-kawan yang ada problem sama, paling-paling pun sikit. Tak adalah pakai header yang kelabu je. Orang nak terjah pun boring.

Kata hati   : tadi aku sempat terjah ke SB group, sekarang ni ramai blogger yang       berbakat, yela mana taknya, baru berblog tak sampai setahun, tp meriah betul blog dia. Jelez betul aku, tp bukan dengki, just kagum sgt2 dengan diorg tu.

Kata Hati 2 :  Geng yang tinggalkan komen mengenai entri aku or nasihatkan aku or just nak bantu, thanks again.


Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Kenapa header jadi blurrr???

***UPDATE  
 Hasil pembacaan dan google, ada jugak yang ada masalah sama macam aku. Rasanya semua pun tak tau ngape jadi macam ni, harap pihak berkenaan boleh try tengok-tengok, kot-kot ada jalan penyelesaiannya.
Solution yang aku amek, upload pic header korg kt imageshack, dll, then amek direct url untuk header tu. InsyaAllah jadi, macm aku buat skg.
 
 Adehh pagi-pagi dah pening pale. Bukan sebab kerja yang sejak azali lagi aku malas nak buat. Ni sebab header aku ni, tiba-tiba je blurrR. Pagi tadi adalah aku tukar header, then bila siap upload, gambar dia blur. So aku asume, maybe header baru tu silap edit kot. Aku pun tukar lah balik ke header asal. Eh blur jugak. Aku asume skali lagi, maybe sebab line internet kat ofis ni yang slow, so aku try guna cara lain, still sama lagi...adehhh 


Dah abis cara dah aku tengok kod html dan macam-macam lagi. Reset ke template lama pun dah, tp still same. Kat sini aku nak mintak jasa baik dari kawan-kawan blogger, tahu tak sebab apa?? ada cara tak nak elokkan?? untuk pengetahuan korang, gambar lain suma pun ok. Macam na ye??

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Sunday, January 23, 2011

Blog pun kena bayar cukai...

Selamat hari ahad semua-semua,
 
Dasyat betul topic rini, tadi masa aku bw aku terjumpa tajuk ni. Hmm kalau ikutkan pendapatan yang melebihi tahad tertentu memang dikenakan cukai pun. Betul ke?? sori tak tau sebab gaji aku sebulan pun cukup2 makan je. Just sebelum ini orang tak tau yang blog or facebook or apa saje boleh mendatangkn pendapatan lumayan. Tapi betul ke?? boleh untung ribu2 kalau rajin berblog or sebagainya??? Ish kena rajin lagi ni.Cakap banyak pulak aku, aku pun bukan tahu banyak sangat. Tapi kalau dah ada pendapatan beribu-ribu, apa salahnya kalau bayar cukai, tak pun p bayar zakar zakat. Bolehlah kita membantu meringankan beban orang memerlukannya selain dapat bekal ke akhirat nanti.
 
Kita ketepikan isu cukai tu dulu walaupun tajuk aku memang berkenaannya. YEla petang2 ni, lepas makan kari tulang rusuk, mulalah mengantuk. Tv pun xda cerita yang menarik. Nasib ada live badminton terbuka Malaysia. Tak sabar nak tengok Dato' Lee Chong Wei jap lagi. Sekarang game beregu campuran. DUa-dua pun dari china. Semangat aku tengok, diorg ni walaupun dari team yang sama, tp main bermati-matian. Psstt aku suka tengok awek yg baju merah tu. Eh iklan lak. Aku harap kita akan menang satu lagi kejuaraan petang ni.



Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Main tengah malam

Tepat jam 11 baru aku boleh online. Sibuk betullah hari ni. Padahal apa pun tak buat. Tapi kenapa tajuk entri main tengah malam?? aku tau mesti ada yang pikir bukan-bukan lalu menerjah ke entri kau ni kan, perasan pulak. Ish korang ni jangan le pikir bukan-bukan. Maksud aku dengan tajuk tu, tengah malam baru aku dapat main internet, sekali tengok beribu-ribu pulak blog yang berupdate, adehh banyak pulak ketinggalan. Tak pa malam ni aku akan katamkan semua-semua tapi kalo xsempat, sorila geng, jangan risau, aku akan cuba juga ye.

Berbalik pada cerita aku, hari ni pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk kemas bilik dan basuh baju. Mana taknya bilik dah macam reban ayam je, pastu akuarium dh macam bela ikan keli je. Aku pun apa lagi bertindak dengan pantas untuk membersihkan segala apa yang ada. Lepas je selesai semua, aku pun bersiap pulak. Yela dah janji ngan cik z untuk kuar beli barang sikit sambil nak survey2 tv. Tengahari tu, jalan pulak jem teruk. Aku dah tak boleh nak sabar, kalau jalan town jem xpa, ni kt kepong je kot.Pikir punya pikir, terpaksa jugak redah . Sambung balik, cik z dah msg2, maybe dah xsabar nak shopping.

Sampai je kat salah satu shopping kompleks terkenal area selayang, terkenal ke??? terkenal la sebab selalunya ramai orang. Aku jarang ke situ, tapi di sebabkan situ je senang pergi tanpa melalui pelbagai rintangan. Sesampai je kat sana, nasib aku baik, aku dapat parking dekat dengan pintu masuk dia. Kira nasib baiklah tu, yela slalu kena bayar singgit, ni xpayah, dekat pulak tu. So aku pun berjalan-jalan la kat situ. Dalam kepala macam-macam nak beli, yela sonok sgt sebab orang xramai. Siap boleh main kejar-kejar lagi kt dalam tu. Sehinggalah.....to be continue....

Korang mesti bengang sebab cite tak abiskan, ok ok aku habiskan, ada la seorang staff yang kerja kt situ berkata-kata. Eh ngumpat pulak, tak pa coz aku nak berkongsi pendapat. Dengan lantang je dia berkata " diorang ni (customer), kalau tengok kita yang pakai bj ni(uniform shopping mall tu) mesti tanya macam-macam, ingat kita ni tahu semua benda ke? " hello...aku ni pun customer n secara kebetulan aku pun baru je bertanyakan sesuatu pada temannya. Menyirap tak darah muda korang kalau dengar macam ni??? dah namanya kerja kt sana, mesti biasa ngan keadaan dan susun atur tempat tu, tak kan xleh tanya?? lagipun bukan tanya soklan matematik or alamat rumah Ana Rafali sesiapa?? customer just nak tanya pasal barang yang ada kt situ je.

Dari pengalaman aku kerja di JUSCO dulu, diorg slalu igtkan yang product knowledge tu penting. Yela masa nilah yang penting bila customer tanya. Sekurang-kurangnya ada jawpan diberi walaupun bukan kita yang menjaga product tu. kan kan.

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Friday, January 21, 2011

Awak busuk!!

Awak busuk!! inilah perkataan yang mengundang kontroversi dalam dunia artis kita tak lama dulu. Wah rasanya semua pun dah tau kan pasal ni. Ini cerita lama, kesian kepada sesiapa saje yang terasa. Tak sangka satu perkataan je boleh mengundang bermacam-macam. Tengok tu hebatkan. Eh, entri hari ini bukan bertujuan untuk membincang dan memperkatakan mengenai kontroversi tersebut, tapi....lupa dah. Bantai je lah kan.
sumber : google
 Perkataan busuk tu sendiri membawa maksud, perkara / benda yang kurang enak/sedap dihidu. Wahh dasyat tak aku, jadik cikgu BM lak malam-malam ni. Mungkin bagi sesetengah orang perkataan ni perkataan yang sangat tak elok dan sopan. Yelakan mungkin ctnya aku dah mandi dan taruh minyak wangi yang mahal-mahal, pastu orang kata aku busuk, mestilah aku marah. Aku meletakkan diri aku sebagai contoh sekali lagi bagi mengelakkan sebarang salah faham atau sebagainya dan jika ada persamaan, ianya hanyalah secara kebetulan. Ok sambung balik, minyak wangi pulak beli kat sogo dengan harga ratus-ratus, baju lak kemain mahal lagi beli kat pertama. jatuhlah standard kalau orang kata aku busuk. Tapi lainlah pulak kalau aku lepas main bola, orang kata aku busuk, aku nak marah, kang tak pasal-pasal kena pelempang jugak kat tempat kejadian.Tapi aku percaya, orang-orang kat Malaysia ni sangatlah sopan. Kalau sampah atau benda-benda lain, maybe dengan selamba je orang kata busuk, tapi kalau orang tu busuk, memang tak ada sape nak sound kuat-kuat. kita pun pikir jugak perasaan orang. Kalau ada pun, dia bergurau je bukanlah sebab dia busuk, maybe sebab dia wangi sangat or sengaje je mengusik.

Selain aku rasa untuk bergurau, n offkos jugak untuk nyatakan suatu benda tu busuk ( i believe bukan untuk orang), aku rasa perkataan busuk ni ramai yang guna untuk bermanja. Amacam terkejut or buat-buat terkejut. Ramai je kapel yang aku dengar panggil pasangan dia busuk. Bukanlah terang-terang tapi masa nak panggil manja-manja gitu. Aku nak terangkan secara detail pun tak lah reti sangat, tapi paham-paham sudahlah ye . Tak pa, aku bagi cth, macam msg sebelum tdo " busuk, gud nite ye, jumpa lagi esok" . Ini antara contohlah, ini pasangan yang belum kahwinlah, yang dh kawin tu, aku  tak perasan lagi, keke. Even aku sendiri pun pernah guna n sampai sekarang pun masih lagi guna ayat tu. Bukanlah selalu tapi ada masa-masanya. Alamak terkantoi lak, tak pa, asalkan apa yang aku kongsikan dapat memberi inspirasi or rujukan mana tau , kan kan.

 Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Jom Gegar Blog....

 Hari ini aku terperasaan satu entri terbaru dari Abg ben bertajuk panggilan akhir. Aku pun dengan sepantas kilat terus mengjoin segmen ni. Ri2 ingat nak join tapi sebab ingat dh lambat, so decide tuk join lain kali je. 

Korang semua kalau nak join segmen Abg Ben, Klik je SINI,  selamat mengjoin ye






Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Thursday, January 20, 2011

Bila rapat perlukah ada status???

Selamat pagi semua.


Hari ini sekali lagi aku akan buat entri berdasarkan persoalan yang terngiang-ngiang dalam fikiran aku pagi-pagi buta ni. Dulu aku pernah buat entri kawan baik yang berlainan jantina, tak pernah baca ke? tak pa klik SINI. Entry pagi lebih kuranglah jugak dengan entri td.


Persoalannya berbunyi macam ni, apabila seseorang rapat dengan kawan dia tidak kira lelaki or perempuan, mesti ke ada status?? Contohnya, dari kawan tukar ke kawan baik, or maybe abg angkat, ataupun mungkin menjadi kekasih 'terang' (skandal). Yang ni aku belum lagi ada pengalaman yang dasyat. Apa salahnya kalau kekalkan dengan perkataan kawan?? ataupun mungkin untuk memberi tahu orang sekeliling yang dia ni kawan baik aku??


Apa yang dapat aku huraikan mengikut pendapat peribadi dan naluri keibuan, aku rasa tak salah jika semua kawan yang rapat kita tukarkan statusnya.Bukan apa bila ada perkataan 'baik', menampakkan lagi diri empunya status special. Tapi jika berlainan jantina perlu di ingat, jika tersalah langkah mungkin akan bertukar kepada yang lebih teruk. Aku rasa patutnya biarlah ianya menjadi hanya kawan. Banyak keburukan dari kebaikannya, tambah2 lagi, kalau orang yang kita berkawan baik tu sudah berpunya.


ps : esok aku akan ke Air Terjun Pangsun, Hulu Langat, ada ke yg pergi sana jugak??
 
Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Wednesday, January 19, 2011

Komen dari anonymous

Aku bukan apa, just nak kongsi sikit mengenai komen dari anonymous ni. Aku sangat hargainya. Banyak dia tegur aku. Apa yang dia cakap semuanya bagi aku membina. Kepada incik anonymous, aku akan try usaha lebih lagi.....thanks sebab sudi follow blog aku ni. Komen la lagi banyak-banyak, keke.

Tapikan kalau boleh tinggalkan lah nama or pape. Yela kalau dh kenal pun, sekurang-kurangnya aku tau korang baca blog aku n kalau xkenal pun, mana tau kita boleh jadi kawan. kan kan. Sekarng kan dunia canggih, pape pun boleh jadik


Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Follow u then follow me back

Rasanya ayat ni memang amat familliar dengan semua blog-blog. Tapi apa kebestan nya???

Ada sesetengah blogger, hanya akan follow blog yang di rasakan best, betul tak?? Rasanya aku sendiri pun ada fikirkan macam tu dan sampai sekarang pun aku akan buat benda yang sama. Bukan apa sebab seronok membaca blog-blog yang sangat kreatif dan banyak idea. Tambah-tambah lagi yang ada buat tutorial. Tapi kalau orang dah follow kita, tak kita nak buat tak tau je kan??

Sejak akhir-akhir ni, aku ada terpikirkan benda ni. Kalau kita main follow je, ada ke hati untuk baca entri dia?? or just follow sebab nakkan follower jadi ramai.

Tak apa, ini pendapat aku, contohnya kalau ada orang follow kita, kita mesti akan terjah ke blog dia kan. Kalau tak ada tahu la aku kan.Kalau aku tak salah untuk follow balik sebab ini akan menaikkan semangat untuk dia berblog. Contohnya macam aku yang baru ni, aku sangat teruja kalau ada orang follow aku, tambah-tambah lagi kalau ada blog yang femes ni follow kita. Tapi perlu di ingat, kena jugak baca entri dia sebab membacakan asas kejayaan. Macam aku, setiap pagi aku akan baca semua blog yang di update, just kadang-kadang tak sempat nk tinggalkan komen je. Sori ye. Selain menaikkan semangat, kalau kita tinggalkan komen membina, insyaAllah empunya blog akan cuba berubah. Yela orang buat blog selain untuk kepuasan sendiri, nak jugak orang bacakan, so kenalah take positif dengan komen orang. Kalau semua pun nk orang follow n tak ada sesiapa yang nak follow, macam na nak maju. Ini hanya pendapat aku, korang rasa macam mana??

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Indahnya Ayoub

Salam semua kawan-kawan, maaflah jika aku menyepi seketika. Biasalah lumrah hidup orang bekerja. tanggungjawab kena di dahului. Seharian aku sibuk dan tak dapat nak mengadap pc untuk update blog. Dari pagi asyik bermain-main dalam fikiran untuk mengupdate blog, so bila sampai rumah malam ini, apa lagi teruslah tanpa berlengah mengadap pc.

Korang semua mesti pelikkan dengan tajuk entri ni. Tak ada pape sebenarnya. Korang ada tak layan cita ayoub kat tv3 pukul 10.30pm?? best tak?? Seronok tak?? kagum tak?? rasa nak jadi macam diri dia tak???
Bukan apa, aku sangatlah suka dengan cerita ini. Boleh dikatakan setiap episod pun tak terlepas. Tapi biasalah ada jugak satu dua episod yang terlepas sebab ada urusan. Secara overall, cerita ni agak perlahan tapi banyak masej yang diselitkan.Pelakon-pelakon dia sangatlah berlakun dengan jayanya. Akak-akak yang di ofis pun selalu juga menceritakan mengenai kisah cerita ni termasuk aku. Korang jangan ingat aku ni jenis yang suka sembang2 time keja, aku join sebab efek cerita ini la. Ayoub dalam cerita sangatlah baik dan beriman. Memang menjadi idaman setiap lelaki wanita. Yeke??? tapi itulah realiti, semua pun nak yang perfect2.

Yang paling penting, korang perasan or tahu tak yang cerita ni sebenarnya ada persamaan dengan kisah nabi Ayub a.s. Aku pun baru je tahu hasil dari perbincangan kedai kopi bersama otai-otai. Untuk mengukuhkan lagi pengethauan aku , sampai  je rumah , aku terus google mengenainya. Rupanya banyak je blog-blog yang menceritakan kisah-kisah nabi ni. Antaranya blog ni kisah-nabi-nabi.blogspot.com .and kalau korang nak baca entry dia mengenai Nabi Ayub a.s, klik SINI

 Harap apa yang aku kongsikan akan memberi manfaat kepada semua.Kalau salah atau ada pendapat lain, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen. Setakat ini aku belum lagi pernah makan orang, keke

ps : aku akan ke sungai pansun, Hulu Langat...tak sabar nk hilangkan tension(kunun)

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Monday, January 17, 2011

Kena dendalah pulak

Salam semua kawan-kawan, Hari ini aku akan kembali merepek dalam blog aku ini. Dari malam semalam aku mencari idea untuk blog ni, siap tanya-tanya member lagi apa yang menarik tapi last-last apa pun tak ada. Masuk tido je. Minggu ini, aku terpaksa menjaga adik-adik laki aku, coz parent aku pergi langkawi, bawa adik aku, YanaClyne pergi jalan-jalan. Yela dia kan dok kat asrama dalam 'hutan', dah lame tak bawak jalan-jalan. keke jangan marah ye.
Sumber : carian google
Adehh kena dendalah pulak, sebenarnya tak ada pape pun. Idea ni aku dapat bila aku dengar radio pagi td. Diorang bukak topic denda, so ramai la pendengar-pendengar yang call dan hantar masej menceritakan denda-denda yang diorg pernah kena ketika dulu-dulu. Secara tak langsung, aku terjadi minat pulak nak cerita mengenai perkara ni memandangkan perkara ni ada terngiang-ngiang dalam fikiran aku selepas aku buat segmen anjuran Abg Ben : Masih ingatkah kau. Klik sini kalau nak baca.

Sebut mengenai denda td, sebenarnya aku terkenang balik masa sekolah dulu, macam-macam denda yang aku telah merasa. Rotan tu tak payah ceritalakan, memang banyak, kat tangan la, kat betis la dan macam-macam la. Tapi bukan bermaksud aku ni nakal ye, just aku ni suka mencuba benda yang tak pernah aku cuba je. 

Yang paling aku teringat, ada lah masa tu aku masih di sekolah rendah, Sek. Keb. Dato' Ahmad Said. Tamb. 2, (hasil carian dalam google, aku jumpa blog ni, syabas kepada pemilik blog), masa itu aku terlupa nak buat kerja sekolah.  Cikgu itu mintak semua murid pun hantar kerja tu, then aku pun hantarlah. Aku pun buat hantam je la, janji bertulis. Keesokkan harinya, aku diminta untuk pergi ke kelas darjah 5(masa itu aku darjah 6), iaitu kelas adik laki aku. Memang di sekolah itu ,cikgu ni merupakan cikgu yang hebat, so subjek matematik memang byk kelas yang dia ajar. Malu betul aku sebab kena pergi ke kelas adik aku sebab tak siap kerja sekolah. Hasilnya, subjek dia menjadi subjek kegemaran aku dan menjadi subjek yang selalu aku score. Banyak lagi sebenarnya tapi tak kan nak cerita semua, mau je panjang berjela entri kali ini.

Masa aku form 5 di Sekolah Menengah Teknik Slim River, ada satu cikgu ni namanya Cikgu Robinson kot, xberapa ingat sudah, dia dalam kelas memang garang. Kalau nampak orang menguap dalam kelas, dan dan tu kena denda, ikutlah dia nak bagi apa, pumping ke, ketuk ketampi ke. Kalau tak bagi perhatian pun kena denda, macam-macam la, kalau tak siap kerja lagi la teruk kena. Pernah sekali aku mintak tukar kelas matematik *** lupa lak nak cita, kat sana, kelas matematik dan add maths akan di asingkan mengikut gred. Masa tu aku dalam kelas kedua. Tapi dia tak bagi aku tukar, dia sampai carik aku dalam kelas then ajak aku masuk kelas dia. Malu besar aku time tu...hasilnya, spm aku dapat 1A dalam subjek matematik (alamak maaflah kalau entri ni berbunyi macam berlagak). Lepas aku fikir balik, bagus cara dia ajar, sebab boleh kata majoriti dalam kelas dia semua pun dapat 1A. 

Cikgu yang paling aku rasa bersalah ialah cikgu Kimia aku masa kt Teknik dulu. Dia ni sangatlah garang, so ramailah yang tak berapa suka dia. Kerja rumah dia semua pun aku tak pernah buat, semua pun tiru je. Ada skali tu, aku ponteng kelas dia (kelas dia buat di makmal), aku lepak kt kelas, last2 kantoi sebab dia datang carik kt kelas. Dah la ramai, dalam 6 ke 7 orang masa tu. Jawabnya hari tu kena denda berdiri la selama 2 jam. Sejak hari tu, memang kami tidak dilayannya. Jenuh kami memintak maaf, sampai ke tahap tahan kereta dia. Last-last dia maafkan jugak, tp yang buat aku sedih coz sampai menangis dia marahkan kami. Hasilnya....agak mengecewakan jugak la. Itulah dia, susah kalau dh sakitkan hati cikgu ni, tak berkat. Sejak dari hari itu, aku mula rajin masuk kelas dia dan belajar. 

Pengajaran : Cikgu garang ada sebabnya, sebab nak mendidik kita, denda tu hanyalah medium untuk menyedarkan kita. Percayalah tidak ada seorang cikgu pun yang hendak anak muridnya tak berjaya. Kepada yang masih belajar, hormati cikgu anda sebab dialah salah satu asas untuk kita berjaya.

ps : terima kasih kepad semua cikgu2 yang mendidikku sehingga sekarang...kredit pada sekolah semua sekolah aku
Sek. Keb. Manjoi (Darjah 1-2) , Ipoh, Perak
Sek. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (Darjah 2-6)
Sek. Men. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (form1)
Sek. Men. Keb. Batu 5, Jalan Ipoh, KL (form1-form3)
Sek. Men. Teknik Slim River, Perak

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah Sini

Saturday, January 15, 2011

BW paling bernilai...

BW tu blog walking atau dalam bahasa melayu blog berjalan. Adehh merepek pulak aku malam-malam ni. Rasanya semua yang ada blog tak kiralah baru atau lama, semuanya pun tahu apa itu blog walking (BW). Aku bukan apa, hari itu adalah seorang teman tanya aku apa itu BW. Itulah aku dah jelaskn pun pada dia, and alhamdulillah dia dh pun faham. 

Korang rasa bw tu penting tak?? 

Kata aku, bw sangatlah penting, bukan saje untuk menambah ilmu dan kenalan tapi untuk memperkenalkan blog kita jugak. Dan ada jugak kekerapan kita untuk berbw akan menaikkan trafik blog kita, betul ke?? ntah aku tak tahu la bab ni, tapi maybe salah satu caranya kot. Kalau salah mintak tolong betulkan ye.Tapi setengah orang ada jugak yang malas, kalau baca pun yang best dan sekali je. Ada banyak faktor yang membuatkan Bw iaitu membaca jadi seronok. Banyak dah rasanya blog-blog yang tulis entri macam ni, aku sendiri pun pernah baca dulu-dulu. Antara faktornya ialah entri blog yang memang menarik dari segi penulisannya, tak pun tajuk entri sangat mendebarkan, tak pun owner blog hensem/cantik dan blog yang kita nak baca tu laju load dia, ataupun dalam bahasa mudah, blog tu ringan.
sumber : google
Gaya penulisan dan tajuk entri tu, itu kena dengan kekreatifan masing-masing. Cara nak majukan perkara ni, maybe dengan banyak membaca, pendapat aku la kan. Blog ringan? ini penting sebab kat Malaysia ni, line internet sangatlah laju boleh boleh tahan je. Kalau bab-bab nk loading page tu, mungkin bermasalah sikit. So kalau blog kita ni bersepah dengan widget2, gambar2 beranimasi dan sbgnya, mungkin akan melambatkan proses meloading page, dan ini akan mengambil masa skit dan akan menghilangkan semangat pengunjung blog untuk membaca entri kita. Macam nak ringankan blog, itu kenalah rajin bw ke blog-blog yang ada tutorial. keke disini aku hanya ingin berkongsi pengalaman. ok la korang pikirlah elok, tak kan korang tulih entri ribu2 panjangnya tapi tak nak orang baca.

ps : kepada kawan-kawan yang dh follow saya dan komen, nantkan kemunculan aku kt blog korang pulak..

Pentas pilih kasih

Kalau diikutkan dengan tajuk entri, itulah tajuk rancangan kt televisyen malam-malam ni. Aku ni bukannya berseni sangat. Bila tengok diorang berlakon memang real dan bersahaja, tapi juri kata tak bagus. Kalau nak diikutkan pebezaan dengan lakonan aku, kayu lagi aku.Pening-pening, apalah yang juri tengok. Susah dengan orang yang berseni ni, keke

Salam semua blogger, entri aku kali ini bukanlah hendak menceritakan psal cerita realiti tu,tak ada kena mengena pun,  tapi sekadar ingin bermonolog. kekeke bahasa seni pulak. Pilih kasih, rasanya semua pun biasa dengan keadaan ini. Kenapa mesti ada pilih kasih?? bukan ke tidak adil begitu??

Boleh dikatakan disetiap keadaan ada pilih kasih ni, tak kira ketika belajar, kerja, ataupun di rumah. Kalau masa belajar, selalunya orang-orang yang pandai mesti di beri perhatian lebih oleh pihak sekolah, macam mana pulak dengan pelajar-pelajar biasa? or kelas bawahan??Bukan ke orang2 begini harus diberi perhatian lebih supaya tidak menjadi lagi teruk?? Ketika kerja pulak, yang kuat bodek mesti di beri layanan lebih sedangkan yang buat kerja secara ikhlas tidak pulak diberi pengiktirafan? Kalau di rumah, kenapa mesti ada perbezaan di antara anak-anak? ada anak yang mintak apa saje pun dapat, dan begitu juga sebaliknya. Adehh pelik la pulak kan, kenapa mesti ada pilih kasih?? rasanya semua persoalan ini diri sendiri je yang boleh jawab.

ps : thank kepada Abg Ben Ashaari sebab letak url blog ini dekat blog dia,

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Hari ini pertama kali aku nak join segmen Abg Ben ni. Memandangkan aku pun bukan buat apa- apa pun kan so tak salah kalau aku menyibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah macam ini. Segmen ini dari pagi lagi sebenarnya aku cuba nak buat, cari idea punya pasal sampai ke petang pun tak siap-siap. Ok kita jangan membuang masa lagi terus kepada keperluan-keperluan segmen ni. Seingat aku dulu semasa mula-mula mengcreate akaun blog ni, banyak yang bermain dalam fikiran aku. Yela kita ini bukannya pandai sangat dalam dunia IT ni. Disebabkan perkara ini aku menjadi takut untuk berblog. Selalu menangguhkannya, dalam fikiran aku masa itu "tak pa lambat sikit buat, kita baca dulu blog-blog orang, tengok dulu macam mana diorang buat" .Last -last sampai kesudah pun aku tak buat. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman yang juga ada buat blog, cik3zza. Dia ini menjadi tempat rujukan aku yang pertama. Akhirnya setelah sekian lama aku bertanya dan membaca blog-blog orang lain terhasillah blog aku sendiri.Entri pertama aku yang aku buat bertajuk sengaje. Itupun takut-takut nak publish. Masa hari pertama entri aku, aku sangatlah teruja, setiap masa pun aku cek, kot-kot akan ada komen dan ada orang follow blog aku. Tapi hampa je, apa pun tak ada. Sehinggalah ada sorang akak ni yang follow aku. Aku memang gembira habis waktu. Terasa dah femes pulak, lawakkan padahal baru sorang follower. Selepas aku rasa macam femes, aku pun pergi la jumpa dengan cik3zza. Beria aku bagitau dia yang aku dah ada blog.

Bermula hari itu, aku pun dah semakin rajin untuk berblogwalking. Banyak jugak blog yang aku follow sebab aku rasa dia sangat kreatif dan bergaya. Tapi satu je masalah aku masa tu, aku takut untuk tinggalkan komen(sampai sekarang pun still segan-segan lagi). Aku baca je dan berharap orang akan follow blog aku. Bila aku jumpa blog yang buat entri psal tutorial, semua pun aku try. Sengaje nak mencantikkan blog. Kalau boleh masa tu semua widget pun aku nak letak. Habis coding-coding pun aku try n error tuk ubah.Setiap masa pun aku mencari templete baru untuk tukar. Masa tu,(berapa banyak masa tu da), aku ingatkan hanya boleh update satu entri/ day je. keke kolotkan.

Perkara pahit yang tak dapat aku lupakan, bila ada orang yang aku kenal tegur cara aku berblog. Katanya " apa la blog ko ni, cerita pasal diri sendiri je, boring gila nak membaca" katanya lagi "cuba buat cerita macam blog-blog lain, macam resepi ke? tempat jalan-jalan ke?, ini tak cerita pasal dia main bola pulak, sapa nak baca" .Hati sape yang tak remuk ketika itu aku masih lagi tengah berkobar-kobar untuk buat blog. Lame jugak aku memikirkan perkara ni. Aku kuatkan semangat, aku banyakkan lagi membaca. Last-last baru aku tau, blog ini banyak jenisnya, ada yang personel, ada info dan macam-macam lagi. Bermula dari hari itu, aku kuatkan pendirian dan teruskan berblogging. Pendek kata, dengan berblogwalking, bukan saje boleh tambah kenalan, kita juga boleh tambahkan ilmu. Komen pertama yang aku terima ialah dari teman aku ini, cik3zza. Sampaikan cara-cara nak daftar nuffnang pun dia sanggup wat entry untuk aku. keke

Nasihat, hmm walaupun aku pun masih lagi baru dan banyak lagi yang perlu aku belajar, aku nak cakap sikit pada sesiapa yang nak buat blog, kena banyak try n error, explore selagi boleh, membaca sebanyak boleh. Senang cerita kena ada keberanian dan jangan sesekali katakan tidak kepada rokok perkara yang belum kita cuba. Kalau nampak bloger-blogger femes, tegur dan komen je entri dia, dia pun manusia, paling-paling kalau dia tak suka, dia wat xtau je ngan komen kita. dan aku rasa sape2 yang dah femes tu sebab dia tak sombong la.

Blog terkini yang aku follow ialah blog tice su @ cikgu sue. Ini URL penuh blog dia, http://suzanalelawatty.blogspot.com/ .Nape aku follow blog dia. Blog dia mengingatkan aku kepada zaman ketika aku belajar dulu. Selain itu, ia juga memberi tunjuk ajar yang berguna. Tak percaya, terjah blog dia dulu..

Facebook pages island of dim...

Salam semua blogger..

Memandangkan hari sabtu hari ini aku tak buat apa-apa, so aku pun mengobek segala apa yang ada kat facebook. Secara tak sengaja aku createlah pages untuk blog aku. Masih lagi konfius dengan apa yang berlaku. Harap ada otai yang boleh tunjuk sikit-sikit mengenai benda alah ni. Wat masa sekarang ni, aku letak je akt sidebar blog aku, harap kawan-kawan semua bolehlah tekan likes ke pape ye

ps : mintak tolong pada sesiapa yang tahu serba sedikit mengenai pages ni, boleh bagi sikit-sikit tips..

Kerja Shift or waktu pejabat?

Hari sabtu macam biasalah orang-orang kat kl ni still ada yang kerja. Jalan raya masih penuh dengan kereta.Aku macam biasa akan menghabiskan cuti aku dengan benda-benda berfaedah. kununlah kan. Yela pada sape yang cuti, masa nilah nak basuh baju, nak cuci kereta, nak kemas bilik dan macam-macam lagi. Betul tak?? macam aku, aku suka basuh baju hujung minggu, bukan apa bila jemur nanti senang aku nak angkat, kalau waktu kerja, tiba-tiba hujan, kan susah, penat je kita membasuh.Kepada sesiapa yang bekerja, sesunggunya tenaga dan usaha anda amatlah kami hargai, tanpa anda, siapalah kami. keke (ayat artis pulok)
Sekali lagi aku buat intro yang tidak ada kena mengena dengan tajuk entri. Mengenai tajuk etri, korang rasa seronok ke kerja pada sabtu dan ahad or hari cuti. Mungkin lebih tepat kalau aku kata kerja secara shift, cuti pun pada hari biasa. Mungkin ada orang lebih suka kerja mengikut waktu pejabat dimana pada waktu cuti boleh luangkan masa bersama insan tersayang, betul tak?? Macam aku, aku pernah bekerja dalam dua dua setuasi. Maksudnya aku pernah bekerja dalam waktu shift dan juga waktu pejabat.
sumber : incik google
Pada pendapat aku la, aku lebih suka bekerja mengikut shift dan cuti pada hari biasa(isnin - jumaat). Bukan apa banyak urusan yang boleh dibuat pada waktu pejabat. Macam urusan bank, pembayaran bill dan sebagainya. Memanglah sekarang semuanya pun online tapi kekadang kena jugak pergi ke kaunter atau pejabat diorang. Selain itu, kalau pergi bercuti pada waktu pejabat, kita akan dapat harga yang lebih murah. Lepas itu, kalau pergi ke tempat-tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai, kita tak perlulah berebut-rebut or berasak-asak. Cthnya, kalau nak naik spce shot ( dulunya soleroshot kot) kat Genting Highland, kita kena beratur panjang yang amat, then kalau pergi waktu kerja, rasanya tak ada la susah mana nak naik, siap boleh 2 3 round naik. Kalau bab kerja, jalan raya  pun tak sesak mana, parking senang dan internet kat ofis pun laju, keke boleh update blog laju2. keke

Sedikit kesimpulan, sebenarnya ada kebaikan dan keburukan untuk setiap perkara. Macam kerja shift, ada sesetengah tempat percutian hanya buka pada hujung minggu dan sebagainya. Malah bagi yang bekeluarga, dan ada anak-anak yang bersekolah, mungkin lebih suka kerja pada waktu pejabat, yelakan hujung minggu boleh beramasberamah mesra dengan keluarga.

Friday, January 14, 2011

Hujan lebat

Hari jumaat yang indah ini, hujan turun dengan lebatnya. Macam na aku nak ke masjid? Syaitan mula membisik-bisik di telinga. "tak payah la pergi, balik rumah tido je"  aduh rajin betul syaitan ni, waktu lunch pun dia kerja...

ps : redah je, niat tu penting. lagipun hujan ni air bukan batu..

Sambung belajar..??

Pagi jumaat ni aku dah mood cuti, biasa la dah seminggu bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Alamak kununlah rajin sangat. Hari ini pagi-pagi lagi sudah hujan, walaupun tak lebat tapi kalau redah basah jugak lah. Hari ini aku sampai agak terlambat sikit dari 2 3 hari sebelum, mana taknya, cuaca sejuk je membuatkan aku malas betul nak bangun.

Ish selalulah intro merepek-repek.Sebut pasal sambung belajar, aku memang teringin sangat nak sambung. Sekarang main problem aku biasalah kos pengajian tu. Kalau boleh aku nak pakai duit sendiri je, tak mahu lagi nak susahkan siapa-siapa. keke buat ayat sedih pulak. Bak kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalannya (betul ke ayat ni). Pagi tadi ada la aku singgah kat UTM Jalan Semarak. Secara kebetulan ada seorang teman yang nak turun sana untuk amek keputusan exam, so kami pun pergi sama-sama.

Bila dah sampai sana, aku tengok banyak perubahan telah berlaku, yela dulu-dulu lain. Aku pun ada la skit-skit intiview member aku yang amek space kt sana. Boleh tahan jugak kos dia.  Sampai je dekat admin, macam-macam risalah aku amek, segala yang ditampal aku baca. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak sedikit info. Antara syarat-syaratnya untuk sambung Sarjana Muda -Kejuruteraan Awam lepasan Diploma:
        • min PNGK 2.70
        • Kalau PNGK kurang dari syarat minimum, kena ada pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon selama 2 tahun.       Itu je syaratnya, nampak macam senangkan. 
        • Muet kena amek
Ini secara rambang je la, kalo nak lebih detail sila la refer pihak UTM.Selain itu, ada la beberapa kelebihan program SPACEUTM ni antaranya :
        • Kelas hujung minggu secara bersemuka dengan pensyarah UTM
        • ada 18buah pusat pembelajaran diseluruh negara termasuk Sabah dan Serawak.
        • Para pensyarah yang berpengalaman dan profesional
        • Pengiktirafan dari Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Juru Ukur bahan Malaysia, Pertubuhan Perancangan Malaysia, dan Lembaga Juru ukur Tanah Semenanjung Malaysia.
        • Kemudahan maklumat yang terbesar iaitu PNZ dari segi koleksi dan keluasan fizikal.
                                                                                        sumber : risalah SPACEUTM

Kesimpulannya marilah kita belajar, sesungguhnya belajar itu tidak merugikan. kekeke

 ps : Kepada incik SPA, tolonglah panggil saya untuk intiview , bila gaji dah banayk bolehlah saya sambung belajar, saya akan buat yang terbaik.

Thursday, January 13, 2011

Cemburu, lelaki or perempuan?

Salam semua, hari ini macam biasa aku bangun awal. Sempatlah aku mengupdate blog aku ni. Macam-macam berlaku sekarang ni. Contohnya Semalam ada kemalangan dekat bulatan Bank Negara tu yang secara kebetulan dekat dengan ofis aku. Kesesakan berlaku teruk sehingga petang. Entri kali ini bukanlah hendak menceritakan tentang kemalangan tersebut, kalau hendak tahu detail, boleh baca surat khabar hari ni, keke.

Kewujudan entri kali disebabkan beberapa hari lepas aku asyik dok terpikir je perkara ni, keke. Merepek. Ok tak apa, kita terus direct kepada tajuk entri kita kali ini. Cemburu lebih kepada lelaki or perempuan? Kalau ikut dari pengalaman aku, lelaki dan perempuan ni masing-masing ada cemburunya, senang cerita ikut orang, ada yang cemburu gila, buta dan sebagainya. Cemburu ini pulak berkait rapat dengan kongkong, betul kan?? kalau dah cemburu, mesti dia pun mengongkong. Rasanya kalau hendak diikutkan, cemburu dengan perempuan tu macam biasa je kita dengar, macam na pulak kalau dengan lelaki??

Secara kebetulan aku adalah seorang teman , seingat aku tidak lama dulu, dia ini seorang perempuan dan mempunyai teman lelaki yang sangatlah cemburu. Sehinggakan untuk buat projek assignment pun bf dia tak bagi. Pelikkan?? Yang susah kami yang sekumpulan dengan dia. Kalau nampak dia bersembang dengan lelaki, habislah beliau, kena belasah marah kow-kow, sampai menangis. Sehinggakan teman aku ni takut hendak berbuat apa-apa, semua pun kena mintak kebenaran. Pelik tak??

Yang aku nak persoalkan, kenapa ye walaupun belum berkahwin, tapi cemburu tu mengalahkan orang yang sudah kahwin. Perlu ke sampai macam tu sekali?? Aku sebagai lelaki tulen pun ada cemburunya, tapi kena pandai kawal, tak adalah sampai tunjuk pada semua.

Kesimpulannya, aku sendiri pun tak ada kesimpulan. Rasa sangat pelik dengan orang yang cemburu buta dan lain-lain seangkatannya. Kalau belum kahwin or ada pape ikatan rasanya tak perlu la cemburu buta dan kongkong mengongkong. Dan orang yang kena kongkong or dicemburui, janganlah takut sangat dan cuba ada pendirian sendiri.

ps: maaflah kalau entri ini menyinggung perasaan sesiapa

Wednesday, January 12, 2011

Pemain terbaik dunia

"Lionel Messi dianugerahkan pemain bola sepak terbaik dunia buat tahun kedua berturut-turut dan Jose Maurinho dinobatkan Jurulatih terbaik Dunia. "
                                                          Petikan dipetik dari surat khabar Utusan Malaysia
Wah dasyat jugakkan si messi ni. Dulu main bola sama-sama je ngan aku.  Tahun ni Messi ni dapat trofi baru  Ballon d'Or FIFA, yang mana sebelum ni anugerah ini dibuat berasingan .Saingannya Iniesta dan Xavi dari pasukan kelab yang sama berjaya dikalahkan.  Calon tahun ni memang semuanya pun hebat-hebat belaka. Tak banyak songeh bila main, tak macam sesetengah player yang dicalonkan sebelum-sebelum ini.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang dalam anugerah Juara Lagu ke25 Fifa

Pemain terbaik(lelaki)       - Lionel Messi(Argentina, Barcelona)
Jurulatih terbaik              - Jose Mourinho(Real Madrid)
Pemain terbaik(wanita)      - Marta(Brazil)
Jurulatih terbaik (wanita) - Silvia Neid(Jerman)
Fair Play                          - Haiti(Pasukan wanita B17)
Anugerah Presiden Fifa     - Desmond Tutu (Afrika Selatan)
Anugerah Puskas(Jaringan terbaik) - Hamit Altintop(Bayern Munich)
Kesebelasan Terbaik Fifa -
                  Penjaga gol : Iker Casillas(Real Madrid)
                  Pertahanan : Lucio(Inter Milan), Maicon, Puyol, Gerard Pique(Barcelona)
                  Tengah       : Xavi Hernandez, Andres Iniesta(Barcelona),                    
                                     Wesley Sneijder(Inter Milan
                   Penyerang  : Lionel Messi(Barcelona), Christiano Ronaldo(Real Madrid),
                                     David Villa(Barcelona)

ps : jangan terkejut pulak kalau tahun-tahun akan datang pemain Malaysia pulak yang tersenrai dalam senarai pemenang.

Menyampah bila tengok

Salam semua kawan-kawan, maaflah blog lame sudah tidak berupdate. Semua ini gara-gara kerja-kerja yang perlu di settle awal tahun. Haha kunun la sibuk padahal dok buat benda lain. Hari ini aku datang awal ke tempat kerja, so aku bolehlah update kejap blog buruk ni. Sebut pasal datang awal, semua kawan-kawan sepejabat semua pun tanya "peliknya, nape datang awal??" bagi aku tak pelik pun, sebab masa mula-mula kerja pun aku datang awa, keke. Bila dah lama kerja ,aku datang ngam2 je la, yela tak membazir masa. Kan masa itu emas. Bila ditanya soalan yang macam tu, senyuman je la pun yang dapat aku bagi, bukan apa, kang kalau aku nak explen, panjang pulak.
Kemain panjang lagi aku merepek pagi-pagi ni, padahal tak ada kena mengena pun dengan tajuk. Kawan-kawan yang menegur aku pagi tadi jangan lak terasa. Kembali kepada tajuk utama, apa yang aku menyampah?? mesti korang rasa apalah dim ni, pagi-pagi lagi sudah menyampah. Sebenarnya kejadian aku menyampah ni terjadi semalam, ingat semalam nak update, tapi tersibuk menguruskan benda lain, so bawak la ke hari ini. Semalam dalam jam 8 lebih macam tu, aku tengok(sepatutnya tengok dan dengar) berita kat tv. Dasyat jugak isu tu, pesawat tersasar dari landasan ketika mendarat. Kesian kepada sesiapa yang terlibat. Eh bukan pesawat tu tergelincir tu yang buat aku menyampah, tapi....ada la satu beliau ni, beliau terlibat secara tak langsung dengan kemalangan tu, maybe pesawat yang sepatutnya beliau naik dilewatkan or pape. Ada la seorang wartawan dari tv berbahasa melayu menemuramah beliau. Yang menyampahkan aku, bila wartawan tu intiview guna bahasa melayu dan dengan nada yang amat sopan tapi beliau jawab dalam bahasa omputih.  Kenapa??? ke sebab beliau ni naik kapal terbang?? Adeh kalau anda tu fasih tak apa, ini nak cakap pun tersangkut-sangkut. Padahal beliau nak cakap bukan panjang pun ayatnya. Apa salahnya kalau guna bahasa melayu, boleh cakap lama-lama dan konfom-konfom boleh kuar tv lama. kan kan. Agak sombong apabila orang lain berbahasa melayu tapi kita  pulak speaking dengan dia, padahal kita pun orang melayu.
 Aku bukanlah hendak merendah-rendahkan beliau just ini pendapat peribadi aku, boleh dan tak salah berbahasa inggeris asalkan kena tempat dan keadaannya. Jangan pulak dikatakan sombong bila speaking tak kena tempatnya. Memang tak diragui cara yang paling berkesan untuk belajar bahasa inggeris ialah dengan cara kita pun speaking jugak, tapi kenalah kena pada tempat dan masanya. Betul tak??

ps : maaflah kalau entri aku ni membuat sesetengah pihak marah, aku sekadar ingin berkongsi pendapat dan ianya seratus peratus datang dari aku

Monday, January 10, 2011

GA: Ole-Ole dari semporna...by MissFyda


Rini memandangkan aku agak tertekan dengan kerja dan tak berapa ada idea, aku pun join la mana-mana blogger yang ada buat segmen best2 or buat GA. Ga pertama yang aku nak join ialah GA dari MissFyda. Walaupun aku tidak di tag oleh mana-mana geng blogger, ;(..aku berkeras jugak nak join, bukan apa, sebab hobi aku kumpul keychain, kenala dengan giveaway yang dia buat ni. keke Kalau korang semua pun minat, mehh la join. Caranya senang je, Klik SINI.


GA MissFyda ni tak da pun soalan-soalan yang susah-susah, semua pun senang. Dekat atas aku ni secara tak langsung aku dah jawab hampir kesemua soalan MissFyda ni, tinggal satu je lagi iaitu kena tag seberapa ramai yang boleh. So dengan ini aku decide untuk tag syaEyraYanaClyne dan last sekali special untuk semua yang membaca dan sudi mengikut perkembangan blog ini.

Saya blogger Kuala Lumpur

Alamak bunyi macam berlagak je kan? Ish jangan pikir bukan-bukan, ni sebenarnya satu lagi entri yang di buat oleh BPM. Sangat meriah so aku decide nak join. Ini first time aku nk join segmen yang dianjurkan oleh BPM. Harap boleh memeriahkan lagi suassana.

Syarat-syaratnya pun xsusah mana, semua pun boleh join. Tak kan la aku yang tak tahu apa pun boleh join, kan kan. Apa lagi jom la join klik sini je. Ok masa menjawab soklannya.

1.  Nama               -   lebih dikenali dikalangan kawan-kawan semua sebagai DIM
2. Status              -   masih belum berkahwin..
3. Cara hubungi     -  yang ni paling senang, tgglkan komen kat entri2 terkini. Insyaallah komen
                               anda akan dibalas. Facebook dan YM pun boleh xda hal.
4. Daerah              -  Jalan Ipoh /Sentul / Bt. Caves
5. Tempat tinggal   - Taman Bt Muda.....
6. Tempat menarik - Bt. Caves, korang semua boleh datang melawat, tengok keindahan hiasan dan
                              sebagainya or korang boleh pergi ke Ulu Yam, boleh mandi manda. 
                         Ulu Yam banyak level, so kena rajin singgah.

                             

 Ok itu saje soklan yang perlu dijawab, dan aku pun dengan jayanya telah berjaya membuat satu entri mengenainya. Di harap kawan-kawn semua dapat menerimanya dan jika ada sebarang komen sila la jangan malu-malu. Tak kisah komen tu manis or pahit, semua-semua pun aku telan.

Promote : Jom Sertai Forum Komuniti Buat Bloggers

Syoknyer Blogging

Hari ini aku nak tolong promotekan forum ni. Bukan apa masa aku jalan-jalan blog tadi, aku terserempak dengan forum ni. So dengan sepantas kilat  pun aku join. Bukan apa selain menambah kenalan, aku boleh jugak menambah ilmu. Best tau forum ni, dari yang otai-otai sampai la yang baru-baru macam aku ni pun ada. Jom kawan-kawan semua kita join demi menambah ilmu dan bertukar-tukar pendapat.

Kalau nak join sila klik SINI

Review AJL 25

Wah lame betul tak online, kesibukan yang melampau sejak 2 3 ari ni. Sampai blog pun xberupdate, ada la buat entri tapi disebabkan aku nmerasakan entri tu tak melepasi standard, so xdi publishkan. Eh merepek pulak pagi-pagi ni, semalam malam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke 25. Secara keseluruhannya ok la. Pada mulanya aku memang excited gila nak tengok Ajl ni sebab aku tengok debaran ajl. Macam-macam yang diorang semua perkatakan. Tapi bila tiba malam tu, apa yang aku dapat katakan semua persembahannya yang ok dan stagenya sangat moden dan cantik. Just pada pendapat aku acara bermula dengan agak perlahan. Wah pandai pulak komenkan. Penutupnya, yang aku suka hanya pada persembahan Dato' Siti, keke. Papepun tahniah kepada penganjur. 
 

Ini keputusan penuh, just in case ada diantara pembaca yang tak tengok semalam.
Persembahan terbaik - Faizal Tahir dengan lagu hanyut
Vokal Terbaik - Hafiz Af
Tempat Ke-3 - Hafiz Af dengan lagu Noktah Cinta
Tempat Ke-2 - Black dan MUH dengan lagu Dramaking
Juara - Ana Rafali dengan lagu Tolong ingatkan aku

Sumber : google

Friday, January 7, 2011

Buat sesuatu kerja

Selamat kepada semua blogger, sebelum memulakan entri, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong blog aku ni dan kebelakangan ini waktu amat menceburui, cewahh ayat boleh tahan.Ok sekarang kita direct terus kepada tajuk entri. Sepanjang kehidupan aku sebagai seorang manusia, macam-macam karenah aku sudah jumpa. Tidak kiralah ketika aku masih belajar ataupun sekarang sudah berkerja.Pernah tak korang terdengar seseorang bercakap atau merungut macam ni "susah la benda ni, aku xboleh buat" ataupun "aku xsuka la buat benda ni" ataupun "aku xpernah buat benda ni, mesti susahkan" dan macam-macam lagi sebenarnya. Banyak sudah aku dengar dan jumpa orang yang berkata begini. Kalau nak diikutkan hati, aku ni pun jenis yang sangat gugup dan takut untuk mencuba benda baru, perkataan seperti diatas sering bermain dalam fikiran dan mulut aku. Namun semua ni hanyala fikiran semata.

Cuba bayangkan jika kita tidak mencuba sesuatu itu, macam na kita hendak tahu yang benda tu susah. Memanglah tidak dinafikan ada je cakap-cakap luar yang mengatakan benda ni susah dan sebagainya kepada kita. Tapi itu semua pun sengaja je nak bagi kita takut.. Aku bagi contoh disini yang mana aku sendiri pun pernah alaminya, ketika kita berkhatan, beribu-ribu orang akan memberitahu yang ianya sangat sakit dan macam-macam lagi. Ada budak yang bila dengar macam tu, meraung-raung nangis dan mengamuk xmahu dikhatankan. Bila tiba je masa tu, kalau sakit pun, kejap je, betul tak??

Jikalah sesuatu tugasan itu susah, mesti ada caranya untuk menjadikan ianya mudah. Fikir secara logik, kenapa orang lain boleh buat sedangkan kita tak boleh? Peliklah kan? Setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaiannya, itu lumrah. Contohnya, bercakap dalam bahasa inggeris. Sesetengah orang akan mengatakan ianya susah(macam aku). Sebenarnya tak la sesusah mana pun. Yang penting kita kena berani mencuba dan rajin belajar. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Ingat sape-sape yang pandai cakap orang putih tu, sejak azali ke dia pandai, tak da mananya, dia pun belajar and try-try jugak. Kalau aku dulu, aku amek cabaran dan bekerja sebagao customer service executives, dimana aku dikehendaki speaking dalam masa-masa tertentu. Mula-mula memang aku akan cuba lari untuk bercakap, kalau bercakap pun akan berterabur dan selalu digelakkan orang, aku xberputus asa, terus mencuba dan akhirnya ada jugak kemajuan walaupun tak banyak.

Kalaulah sesuatu yang kita kena buat kita tak tahu, kita boleh menanya, tak ada masalah. Tapi janganlah terlalu kerap sebab akan mengganggu pulak. Kalau boleh kita cuba buat dulu, kalau ada salah nanti, akan ada orang yang betulkan. Maybelah orang itu akan marah or pape, bagi aku tak ada masalah sebab dengan kena marah, kita akan ingat sampai bila-bila. Orang yang berjaya itu, kegagalan dan kesilapan diorg lagi banyak, sebab itu diorang boleh berjaya. Kalau boleh letakkan 'bench mark' untuk jadi berjaya.

Kesimpulannya sebelum memulakan kerja or pape pun, niat tu yang penting. Fikiran kita kena setkan tak susah, senang, seronok dan sebagainya. Baru la ia menjadi seperti yang kita fikirkan. Kekadang tu memanglah dah set semangat dan seronok tapi bila tengah jalan rasa tak boleh buat, jangan pulak cepat mengalah, teruskan lagi usaha sebab ada caranya setiap perkara.

Wednesday, January 5, 2011

Kawan baik yang berlainan jantina

Hye semua, sebagai mukadimah cukuplah sekadar aku mengatakan yang hampir semua orang ada dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan baik, betul tak?? Teori ni aku dapat dari pengalaman hidup aku, tak rajin pun nak g kaji mana-mana statistik, keke. Persoalannya hari ini, jika ianya berlainan jantina, bagaimana pulak dengan rintangannya? Tak ke kalau terlalu rapat akan menimbulkan perasaan nanti?? Ataupun mungkin akan ada yang bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya?? mungkin ada juga yang berjaya, tapi mengikut firasat aku majoritinya akan ada yang menaruh perasaan(kalau tak betul sila betulkan ye)
 Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu macam na nak membincangkan  perkara ini. So aku bercerita dari pengalaman aku selama aku hidup dan apa yang aku dengar la. Mungkin lebih senang jika aku meletakkan diri aku berada pada dua-dua situasi.Boleh tak macam tu?? Hari ini persoalan entri aku ni lebih fokus kepada kawan baik yang berlainan jantina dan bukan bermaksud aku xda kawan baik lelaki.

Suatu masa dulu , aku sendiri berkawan baik dengan seorang wanita. Kami memang rapat dan segala yang kami buat memang bersama, segala cerita suka dan duka juga dikongsi. Tapi akhirnya aku menaruh harapan pada dia. Bak kata orang, kalau dah suka, luahkan je. Then rupanya aku hanya menepuk sebelah tangan. Persahabatan kami pun mula macam xselesa dan xserapat dulu. Kenapa ini terjadi???

Lain pula kes yang ini, dimana suatu ketika dulu jugak, aku memang niat untuk berkawan baik dengan dia. Bukan apa, aku senang untuk menceritakan apa saje pada beliau dan perwatakan beliau juga lebih kurang sama macam aku. Setelah sekian lama, aku dapat tahu yang dia menaruh harapan pada aku tapi bukan dia yang gtau, aku dgr dari kawan lain. Namun aku agak perasan dengan kelakuan dia sejak dua menjak kami berkawan. Aku menjadi sangat tidak selesa dengan keadaan ni, then cuba untuk mengelak. Kejadian (wah dasat) itu membuatkan keakraban kami berubah. Kenapa???

Kesimpulannya jangan cari kawan baik yang berlainan  jantina, senang xpayah pikir-pikir. Kalau nak juga, sila kuatkan diri dan set dari mula-mula lagi. Kalau sudah terjadi pun, duduk berbincang dan buat sesi luahan, lepas itu aku rasa maybe ok kot walaupun still ada rasa kekok, tp percaya la, lame-lame mesti ok asalkan ada perbincangan. Betul tak, semua masalah pun ada caranya. Sape nak kehilangan kawan baik kan, tambah-tambah pulak kita dah lame ngan dia. Tapi kalau la dua dua pun suka sama suka, tak ada masalah la.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com