Salam semua kawan-kawan, Hari ini aku akan kembali merepek dalam blog aku ini. Dari malam semalam aku mencari idea untuk blog ni, siap tanya-tanya member lagi apa yang menarik tapi last-last apa pun tak ada. Masuk tido je. Minggu ini, aku terpaksa menjaga adik-adik laki aku, coz parent aku pergi langkawi, bawa adik aku, YanaClyne pergi jalan-jalan. Yela dia kan dok kat asrama dalam 'hutan', dah lame tak bawak jalan-jalan. keke jangan marah ye.
Sumber : carian google |
Adehh kena dendalah pulak, sebenarnya tak ada pape pun. Idea ni aku dapat bila aku dengar radio pagi td. Diorang bukak topic denda, so ramai la pendengar-pendengar yang call dan hantar masej menceritakan denda-denda yang diorg pernah kena ketika dulu-dulu. Secara tak langsung, aku terjadi minat pulak nak cerita mengenai perkara ni memandangkan perkara ni ada terngiang-ngiang dalam fikiran aku selepas aku buat segmen anjuran Abg Ben : Masih ingatkah kau. Klik sini kalau nak baca.
Sebut mengenai denda td, sebenarnya aku terkenang balik masa sekolah dulu, macam-macam denda yang aku telah merasa. Rotan tu tak payah ceritalakan, memang banyak, kat tangan la, kat betis la dan macam-macam la. Tapi bukan bermaksud aku ni nakal ye, just aku ni suka mencuba benda yang tak pernah aku cuba je.
Yang paling aku teringat, ada lah masa tu aku masih di sekolah rendah, Sek. Keb. Dato' Ahmad Said. Tamb. 2, (hasil carian dalam google, aku jumpa blog ni, syabas kepada pemilik blog), masa itu aku terlupa nak buat kerja sekolah. Cikgu itu mintak semua murid pun hantar kerja tu, then aku pun hantarlah. Aku pun buat hantam je la, janji bertulis. Keesokkan harinya, aku diminta untuk pergi ke kelas darjah 5(masa itu aku darjah 6), iaitu kelas adik laki aku. Memang di sekolah itu ,cikgu ni merupakan cikgu yang hebat, so subjek matematik memang byk kelas yang dia ajar. Malu betul aku sebab kena pergi ke kelas adik aku sebab tak siap kerja sekolah. Hasilnya, subjek dia menjadi subjek kegemaran aku dan menjadi subjek yang selalu aku score. Banyak lagi sebenarnya tapi tak kan nak cerita semua, mau je panjang berjela entri kali ini.
Masa aku form 5 di Sekolah Menengah Teknik Slim River, ada satu cikgu ni namanya Cikgu Robinson kot, xberapa ingat sudah, dia dalam kelas memang garang. Kalau nampak orang menguap dalam kelas, dan dan tu kena denda, ikutlah dia nak bagi apa, pumping ke, ketuk ketampi ke. Kalau tak bagi perhatian pun kena denda, macam-macam la, kalau tak siap kerja lagi la teruk kena. Pernah sekali aku mintak tukar kelas matematik *** lupa lak nak cita, kat sana, kelas matematik dan add maths akan di asingkan mengikut gred. Masa tu aku dalam kelas kedua. Tapi dia tak bagi aku tukar, dia sampai carik aku dalam kelas then ajak aku masuk kelas dia. Malu besar aku time tu...hasilnya, spm aku dapat 1A dalam subjek matematik (alamak maaflah kalau entri ni berbunyi macam berlagak). Lepas aku fikir balik, bagus cara dia ajar, sebab boleh kata majoriti dalam kelas dia semua pun dapat 1A.
Cikgu yang paling aku rasa bersalah ialah cikgu Kimia aku masa kt Teknik dulu. Dia ni sangatlah garang, so ramailah yang tak berapa suka dia. Kerja rumah dia semua pun aku tak pernah buat, semua pun tiru je. Ada skali tu, aku ponteng kelas dia (kelas dia buat di makmal), aku lepak kt kelas, last2 kantoi sebab dia datang carik kt kelas. Dah la ramai, dalam 6 ke 7 orang masa tu. Jawabnya hari tu kena denda berdiri la selama 2 jam. Sejak hari tu, memang kami tidak dilayannya. Jenuh kami memintak maaf, sampai ke tahap tahan kereta dia. Last-last dia maafkan jugak, tp yang buat aku sedih coz sampai menangis dia marahkan kami. Hasilnya....agak mengecewakan jugak la. Itulah dia, susah kalau dh sakitkan hati cikgu ni, tak berkat. Sejak dari hari itu, aku mula rajin masuk kelas dia dan belajar.
Pengajaran : Cikgu garang ada sebabnya, sebab nak mendidik kita, denda tu hanyalah medium untuk menyedarkan kita. Percayalah tidak ada seorang cikgu pun yang hendak anak muridnya tak berjaya. Kepada yang masih belajar, hormati cikgu anda sebab dialah salah satu asas untuk kita berjaya.
ps : terima kasih kepad semua cikgu2 yang mendidikku sehingga sekarang...kredit pada sekolah semua sekolah aku
Sek. Keb. Manjoi (Darjah 1-2) , Ipoh, Perak
Sek. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (Darjah 2-6)
Sek. Men. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (form1)
Sek. Men. Keb. Batu 5, Jalan Ipoh, KL (form1-form3)
Sek. Men. Teknik Slim River, Perak
Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah Sini
5 comments:
he3, zaman2 skolah ni bila igt balik mmg seronok. Kalo boleh rasa mcm nk masuk balik. Tapi bebudak skolah rasa nk keja, kita yg keja nk merasa skolah balik, ha3...
bro dim : adehhh~ macam² kenangan yam kite sume ada...('',)
p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "-* aKTiViTi aHaD MaLaM iSNiN *-"
2. New Entry " HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY"
haha..nakal gak ek.. hehe.. akak setakat denda ..memang selalu kene lepas punyer.. haha..
dulu selalu 'fly' haha maklumler duk kt asrama tapi nasib baik tergerak hati nak balik awal..hah nasib baik tak kantoi.. member2 yang kene denda..
tp syok o duk asrama ni... macam2 benda kite try.. haha .. pandai cover tak kan kantoi punye.. haha
bb : memang pun, tp rsnya masa belajar lg seronok
B_M- memang time skolahlah kita kumpul byk2 memory
kak nana :memang best kalao dok asrama, mcm2 pun ada, sy pun pernah fly dulu sebab nk beli makanan...
huhuhu...nsb bek i bkn bdk yg mls wt kj skola...kekeke...tp sonok ble t'kenang blk wktu 2...rmi kwn2,n blja smbil tido2 hik2...
Post a Comment