Salam semua kawan-kawan, maaflah blog lame sudah tidak berupdate. Semua ini gara-gara kerja-kerja yang perlu di settle awal tahun. Haha kunun la sibuk padahal dok buat benda lain. Hari ini aku datang awal ke tempat kerja, so aku bolehlah update kejap blog buruk ni. Sebut pasal datang awal, semua kawan-kawan sepejabat semua pun tanya "peliknya, nape datang awal??" bagi aku tak pelik pun, sebab masa mula-mula kerja pun aku datang awa, keke. Bila dah lama kerja ,aku datang ngam2 je la, yela tak membazir masa. Kan masa itu emas. Bila ditanya soalan yang macam tu, senyuman je la pun yang dapat aku bagi, bukan apa, kang kalau aku nak explen, panjang pulak.
Kemain panjang lagi aku merepek pagi-pagi ni, padahal tak ada kena mengena pun dengan tajuk. Kawan-kawan yang menegur aku pagi tadi jangan lak terasa. Kembali kepada tajuk utama, apa yang aku menyampah?? mesti korang rasa apalah dim ni, pagi-pagi lagi sudah menyampah. Sebenarnya kejadian aku menyampah ni terjadi semalam, ingat semalam nak update, tapi tersibuk menguruskan benda lain, so bawak la ke hari ini. Semalam dalam jam 8 lebih macam tu, aku tengok(sepatutnya tengok dan dengar) berita kat tv. Dasyat jugak isu tu, pesawat tersasar dari landasan ketika mendarat. Kesian kepada sesiapa yang terlibat. Eh bukan pesawat tu tergelincir tu yang buat aku menyampah, tapi....ada la satu beliau ni, beliau terlibat secara tak langsung dengan kemalangan tu, maybe pesawat yang sepatutnya beliau naik dilewatkan or pape. Ada la seorang wartawan dari tv berbahasa melayu menemuramah beliau. Yang menyampahkan aku, bila wartawan tu intiview guna bahasa melayu dan dengan nada yang amat sopan tapi beliau jawab dalam bahasa omputih. Kenapa??? ke sebab beliau ni naik kapal terbang?? Adeh kalau anda tu fasih tak apa, ini nak cakap pun tersangkut-sangkut. Padahal beliau nak cakap bukan panjang pun ayatnya. Apa salahnya kalau guna bahasa melayu, boleh cakap lama-lama dan konfom-konfom boleh kuar tv lama. kan kan. Agak sombong apabila orang lain berbahasa melayu tapi kita pulak speaking dengan dia, padahal kita pun orang melayu.
Aku bukanlah hendak merendah-rendahkan beliau just ini pendapat peribadi aku, boleh dan tak salah berbahasa inggeris asalkan kena tempat dan keadaannya. Jangan pulak dikatakan sombong bila speaking tak kena tempatnya. Memang tak diragui cara yang paling berkesan untuk belajar bahasa inggeris ialah dengan cara kita pun speaking jugak, tapi kenalah kena pada tempat dan masanya. Betul tak??
ps : maaflah kalau entri aku ni membuat sesetengah pihak marah, aku sekadar ingin berkongsi pendapat dan ianya seratus peratus datang dari aku
3 comments:
bro dim : ai pun menyampah jugak...kenot go feder lansum..rasa nak marah je!!! adehhh~
p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "^_^ OH~ BaJu BaTEk ^_^"
2. New Entry "Japan Giveaway by Imaan09"
3. New Entry "Edit Photo Contest by Hajar"
poyos sunggoh manusia tersebut..heheh
B-M & mojamoja :
itulah manusia, banyak ragamnya..
Post a Comment