Geng-Geng

Wednesday, January 19, 2011

Indahnya Ayoub

Salam semua kawan-kawan, maaflah jika aku menyepi seketika. Biasalah lumrah hidup orang bekerja. tanggungjawab kena di dahului. Seharian aku sibuk dan tak dapat nak mengadap pc untuk update blog. Dari pagi asyik bermain-main dalam fikiran untuk mengupdate blog, so bila sampai rumah malam ini, apa lagi teruslah tanpa berlengah mengadap pc.

Korang semua mesti pelikkan dengan tajuk entri ni. Tak ada pape sebenarnya. Korang ada tak layan cita ayoub kat tv3 pukul 10.30pm?? best tak?? Seronok tak?? kagum tak?? rasa nak jadi macam diri dia tak???
Bukan apa, aku sangatlah suka dengan cerita ini. Boleh dikatakan setiap episod pun tak terlepas. Tapi biasalah ada jugak satu dua episod yang terlepas sebab ada urusan. Secara overall, cerita ni agak perlahan tapi banyak masej yang diselitkan.Pelakon-pelakon dia sangatlah berlakun dengan jayanya. Akak-akak yang di ofis pun selalu juga menceritakan mengenai kisah cerita ni termasuk aku. Korang jangan ingat aku ni jenis yang suka sembang2 time keja, aku join sebab efek cerita ini la. Ayoub dalam cerita sangatlah baik dan beriman. Memang menjadi idaman setiap lelaki wanita. Yeke??? tapi itulah realiti, semua pun nak yang perfect2.

Yang paling penting, korang perasan or tahu tak yang cerita ni sebenarnya ada persamaan dengan kisah nabi Ayub a.s. Aku pun baru je tahu hasil dari perbincangan kedai kopi bersama otai-otai. Untuk mengukuhkan lagi pengethauan aku , sampai  je rumah , aku terus google mengenainya. Rupanya banyak je blog-blog yang menceritakan kisah-kisah nabi ni. Antaranya blog ni kisah-nabi-nabi.blogspot.com .and kalau korang nak baca entry dia mengenai Nabi Ayub a.s, klik SINI

 Harap apa yang aku kongsikan akan memberi manfaat kepada semua.Kalau salah atau ada pendapat lain, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen. Setakat ini aku belum lagi pernah makan orang, keke

ps : aku akan ke sungai pansun, Hulu Langat...tak sabar nk hilangkan tension(kunun)

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

2 comments:

Lelord said...

hehehhe baru jek tgk citer ni..

Danial Marzuki said...

hari ni terlepas lg coz br je balik dari kerja..

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com