Geng-Geng

Tuesday, May 31, 2011

Terkantoi sudah

Ingat tak korang semua, entri aku sebelum ini bertajuk terjawab sudah. Sekarang ni aku buat entri terkantoi sudah. Dah macam runner dah aku, berlari kesana sini, tapi aku puas hati sebab apa yang buat tu dihargai. Bukan aku je yang suka bila dihargai, semua orang pun suka dihargai. Tambah tambah lagi bila kita dah berusaha keras yang amat sekeras batu kerikil. Hah kan aku dah merepek. 

Sebut pasal dihargai ni, aku petik sikit lah. Tak salah kot kalau nak bagi penghargaan pada sesiapa pun. Caranya terpulang pada diri sendiri dan jangan pulak nak kondem orang if orang tu buat penghargaan  pada sesiapa. Pasal isu follow memollow plak, dah ramai kot buat isu ni, tak payahlah aku nak ulas lagi. Rasanya dulu pun aku ada buat entri mengenai ni. Bagi aku senang, ikutlah pada sesiapa, setiap orang ada pendirian dan cara sendiri.Tak perlu lagi rasanya nak menuding jari yang kununnya orang tu macam nilah, orang tu macam tulah. Biarlah orang dengan cara orang, kita dengan cara kita. Yang penting kita janganlah berhenti berblog dan kalau boleh saling support each other supaya kita akan sama-sama naik as blogger and friend. Alamak terlebih sudah.
Gambar : hiasan semata. Tolong jangan gosipkan aku dengan pasu bunga lak ye. Ni depan rumah aku

Kembali pada tajuk, cerita pasal kantoi ni. Pagi tadi masa di ofis, aku ada masuk bilik bos aku. Eh macam sama je dengan cerita sebelum ni. Tak sama cuma secara kebetulan jalan cerita sama. Korang ingat aku jumpa bos sekali je ke sehari, banyak kali ok. Ooooppss, marah pulak., sori2 Ok kembali lagi sekali pada tajuk. Tengah sedap sedap bincang pasal kerja, bos tanya aku psal blog aku ni. Mula-mula aku peliklah, macam na dia boleh tau. Memang suspen jugaklah, tapi nasib dia ok je, siap bagi galakkan lagi. Terima kasih bos. Aku sebenarnya sangat berharap blog aku akan menjadi bacaan untuk setiap orang termasuk bos aku. Dan aku jugak akan terus berusaha sehingga mencapai tahap tu. Bukan duit atau kefemesan yang aku cari, tapi kepuasan berblog tu yang aku cari. Oklah sekian dulu ye.

Terjawab sudah.

Malam ni macam biasa aku on je blog terus terjah orang-orang yang ada tinggalkan komen. Kalau tak ada pun, aku baca blog sendiri je, keke. Selalunya aku akan jalan jalan kat blog kawan-kawan semua lepas aku update blog, tapi kalau tak ada idea, aku akan terus ke blog kawan-kawan. Pehh susahnya ayat ni untuk difahami. Tak apalah korang buat buatlah faham sudah.

Kembali pada tajuk asal, dah macam suspen je kan. Ok mehh sini aku ceritakan. Tadi masa kay ofis, aku ada perbincangan sikit dengan bos tingkat 15, then lepas habis semua tu, aku tersedar dan tertahu satu perkara. Seorang kawan yang memang aku kenal gtau satu benda yang memang memeranjatkan. Korang ingat tak entri aku sebelum ni mengenai entri pagi buta & Ron 95. Ada seorang yang komen tapi tak ada idea. Yang ada cuma dia tinggalkan nama sebagai budak tingkat 15. Akhirnya aku tau dah siapa dia sebenarnya.
 Korang nak tau ke?? Dia sebenarnya kawan blogger aku. Ni blog DIA. Dulu ada aku cerita pasal dia. Tak apa meh aku ceritakan sikit ye. Beliau ni antara cikgu aku masa mula-mula berblog dulu. Banyak jugak yang dia ajar dan beri tunjuk ajar. Dulu masa nak register nuffnang pun aku takut, sampaikan dia buat satu entry untuk aku rujuk. Terima kasih.

Ada aku tanya dia kenapa tak login blog untuk komen. Dengan selamba je dia kata, malas nak login. Tak apalah, janji nak jugak dia baca entry kat blog aku ni. Walaupun blog aku ni bukan blog retis or pape pun. Sebut pasal retis ni kan, aku belajar ayat ni bila aku join gath sahabat blogger. Diorang semua memang gila la. Memang best. keke. So lepas ni sape belum join, jomla try join skali dua, mesti akan gembira, selain tu boleh jugak tambah kawan dan korek rahsia kejyaan diorang semua.Ok sekian dari aku, blog islandofdim.blogspot.com.

Kejadian di LCCT

Pagi ni aku sarapan di LCCT sebelum memulakan tugas. Dasyat tak aku, korang mest ingat yang aku ni kayakan? Memang tak la, kayap tu ada la, harap korang semua doakan aku kaya cepat ye, amin. Tak pun korang ingat aku ni pramugara kan? Mentang mentang aku hensem. Apa korang ingat pramugara je ke yang hensem, orang keja gomen pun hensem tau. Tak caya? Korang tengok aku, hensemkan, aku keja gomen je kot. Dah setanding dengan pramugara2 kat airport ni.

Kenapa aku ada kat airport ni? Buat apa je kat sini? Sebenarnya aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Wah anak solehah gitu. Aku hantar mak aku, dia nak balik kampung. Ntahla ada kenduri kot kat sana. Tadi aku cabut kejap dari ofis, nampak tak antara kelebihan keja gomen ni. Bos jangan marah ye, kejap je saya kuar ni, jap lagi saya belikan nasi lemak dr sini, sedap woo.

Sebut pasal makanan, aku makan kat taste of asia. Punya la ramai org. Nak kata sedap tu, boleh la tahan. Tapi ayam dia rasa macam istant je pastu mahalnya. Keke sori ye Lcct. Ok nak g cek in. Bbye ye.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, May 30, 2011

Terharu dengan KSP

Petang ni lepas makan aku terus bw, memang dasyat-dasyat entri dari blogger sekarang. Sampaikan kalau tak baca paper pun dah boleh tahu isu semasa, ada kekadang tu, orang ramai tak tahu pun, tapi aku dah tau. Hebatkan, kagum betuk aku dengan entri korang semua ni.

Kembali pada tajuk, baru je kejap tadi join segmen Kirin Selama Perak ni, terus dah dapat kena review. Memang terharu betullah sehinggakan meleleh air mata membacanya. Yang paling tak tahan, dia telah pecahkan satu rahsia penting, keke. Tapi aku tak kisah pun, rilex sudah bukan teruk mana pun jadi seorang yang mengagungkan cinta, ye tak. Jiwang sudah aku petang-petang ni. Ok kembali kepada diri sebenar.

Thanks KSP...jasamu dikenang sehingga bila-bila. Nanti bila jumpa aku,....eh silap ko belanja aku ye. Kita tengok wayang sama-sama ke?? Lepas tu kita pergi jalan-jalan kat Tasek titwangsa ke?? main boling sama-sama ke??  <--------xpuas hati ko menang semalam.

Sumber : carian google

Gambar hanya sekadar hiasan ye. Aku bukan gay ye.

Review | Kirin Selama Perak

Segmen anjuran Abg KSP. Saje aku join, dia nak amek 20 terawal je. Aku tak kisah, kalau ada rezeki, ada la tu nanti.


Kenapa?? sebab Abg KSP buat segmen review, so aku kenalah join..boleh KSP?? Ok sebetulnya aku memang suka direview terutama oleh blogger retiss macam KSP.


PS : KSP gud luck untuk final exam ko nanti.

Sunday, May 29, 2011

Mini gath Sahabat Blogger

Aku baru je sampai rumah ni, penat betul bila sehari dah berjalan. Tadi sempat aku jenguk dan join mini gath. Macam biasa meriah gila, memang tak berenti je gelak. Tadi sempat gak aku jumpa skali lagi dengan blogger retis. Haha korang nak tau ke? Tggu la nant esok aku ceritakan semuanya. Rini terlalu penatlah. Banyak kejadian best aku tempuhi rini. Kalo boleh memang nak kongsi cepat cepat, tapi badan letih, kang banyak merepek. Ok la, aku masuk tido dulu, jumpa esok je.

Sebelum tu, tahniah pada FC Barcelona kerana terus cemerlang pada Man U, maybe kena training kuat lagi. Ada la 2 slek kat mana mana. Penyokong MU, jangan putus asa memberi sokongan.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Barcelona vs Man Utd

Semangat aku bangun pagi ni, siap kunci 2 jam lagi. Aku layan kat rumah je, malas nak kemana mana. Aku bangun bangun je, terus pergi goreng pape patut.

Dah jom layan bola dulu..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, May 28, 2011

Letih pulak..

Berabuk sudah blog aku ni. Bukan apa aku dipaksa untuk memilih diantara 2 perkara yang aku rasa penting buat aku. Dua dua pun dah melengkapkan hidup aku ni. Yang satu, banyak dugaan dan rintangan dah dilalui, kenangan memang tak payah nak cakap, terlalu banyak untuk di ungkapkn dan yang satu lagi, bukan saja sebagai hobi tapi semuanya. Setelah difikir panjang, aku buat keputusan untuk tidak memilih, biarlah masa menentukannya. Pendirian aku tak akan berubah walau apa pun jadi. Wah intro jiwang lak petang petang ni. Biasalah update blog smbil tengok hindustan. Ha tengok tu, mesti nak kata aku jambu la tu, nape lelaki tak leh tengok hindustan ke? Kemonlah fikir secara matang sikit ok.

Aktiviti apa aku buat petang sabtu ni sampai tajuk entri 'letih'. Ok meh aku ceritakan. Petang ni aku 'overhaul' habis bilik aku. Barang barang lama yang aku simpan dulu kunun kunun nak guna, sampai sekarang tak guna, habis aku buangkan. Habuk habuk yang bermastautin bawah katil n belakang almari semua hapuskan. 2 jam jugak aku habis untuk semua ni. Masa aku selongkar barang bawah katil, ada aku jumpa barang barang lama. Teringat balik masa zaman sekolah bila tengok piala dan meddle aku dulu(gambar). Aktive betul aku dulu, sekarang ni, semua pun sibuk. Biarlah benda 2 berlalu sebagai kenangan. Bak kata orang, yang dah lepas tu biarlah, fokus pada masa sekarang dan akan datang. Kita tak akan maju kalau asyik fikirkn perkara lama, yang paling penting, tingkatkn usaha untuk terus maju.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, May 27, 2011

Salam Jumaat

Hari aku bekerja macam biasa tapi lagi sekali aku rasa marah marah pagi pagi ni. Sebab apa?? biasalah perangai manusia. Ingatkan budak-budak kecik je pening nak uruskan, orang-orang tua lagi pening nak uruskan, semua keras kepala. Padahal bukan susah nak ikut arahan. Tapi dont wory sebab ianya tak akan ganggu mood aku yang tersangat ceria pagi ni. Aku balik dari bersarapan pagi ni, tepat jam 8.10 pagi aku dah memulakan kerja dengan sangat jayanya. Blog pun aku gagahkan untuk update. Korang nak tau sebab apa aku rasa tersangat hepi dan semangat untuk kerja rini?? Sebab bos besar on leave hari ni, pagi tadi aku bukak je email company, aku tengok ada email dari bos besar, katanya dia cuti. Memang tersenyum lebar sampai ke telinga jawabnya. Bukan apa, orang kata, kalau bos cuti, rugi kita cuti then bila bos kerja, barulah kita cuti. Tak terasalah sangat tekanan tu. Ooopss sori bos,itu orang cakap bukan saya cakap. Saya kalau bos cuti, time tulah peluang saya nak siapkan semua kerja yang tergendala. 

Kembali pada tajuk, hari ni hujan turun dengan lebatnya. Orang kata ni hujan rahmat. Kena selalu bersyukur dan berdoa kepadaNya. Hari kepada yang lelaki jangan lak lupa nak ke masjid, kalau boleh datang awal sikit, buat apa yang patut. Memang tak ada sape yang tau apa kita buat termasuk bos kita, tapi ingat yang kiri kanan kita tu, sentiasa ikut kita kemana saje pun. 
sumber : carian google

Sedikit perkongsian untuk semua. Aku pun dengar dari seorang teman jugak. Kredit pada beliau sebab sudi sampaikan pada aku. Ceritanya bermula begini.......

Ada seorang ni, dia telah terlewat untuk menyertai satu program amal membersihkan masjid. Apa yang dia nampak ketika itu, semua sedang sibuk menjalankan tugas dan amanah masing-masing. Sehinggakan dia terasa terasing namun disebabkan rasa tanggungjawab, dia gagah dan usahakan jugak mencari sesuatu. Dia tengok lantai masjid tu bersih je dan tiada sesiapa disitu, dia pun mengambil penyapu dan menyapu disitu. Yela dari tidak berbuat apa-apa baik dia usahakan juga walaupun lantai itu bersih atau sebagainya. Setelah habis menyapu keseluruhan lantai, rupa-rupanya masih ada lagi kekotoran disitu. Dia tersenyum keseorangan. Kesimpulan dalam cerita diatas, sebersih mana pun hati kita ni pasti akan ada juga kekotorannya. Tak perlu nak riak atau sebagainya, dan tak perlu juga nak perkatakan keburukan orang lain. Ok la selamat berfikir.

Thursday, May 26, 2011

Entry pagi buta & RON95

Hari aku bangun awal lagi sebab semalam aku tidur awal. Boleh dikatakan yang terawal dalam minggu ni. Lepas habis je cerita Nora Elena, aku terus stanby untuk tido. Sampaikan bapa aku nak belanja makan pun aku terlepas, tapi tak tau semalam jadi ke tak. Aku masuk ofis awal gila dengan harapan untuk menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya dengan mood yang amat baik. Then tetiba, aku dapat massage dari orang yang paling rapat dalam hidup aku, mungkin bagi aku ianya not a good story, terus rasa macam tak ada mood sangat tapi hidup tetap kena teruskan, kerja tetap kena siapkan. Harap-harap apa yang dikatakan hanyalah rekaan semata. Kembali pada entry asal, rini aku pakai baju batik kuning...haha. Sebelum ni aku malu-malu nak pakai baju kaler kuning ni. Yela kontra sangat, dah la aku ni gelap 'sikit', kang nampak sangat perbezaannya. haha 
 
Semalam aku ada dengar berita baik yang minyak Ron95 akan kekal harganya. Baru planning nak pergi kerja menggunakan kenderaan awam or beralih kepada naik motor je sebelum. Semalam baru dengar-dengar je, pagi ni aku baca surat khabar, lega rasanya sebab dah di kunfumkan. Buat masa sekarang ni, still boleh gagah untuk memandu ke pejabat. Untuk masa-masa akan datang, kita tengok dulu macam na. Harap-harap akan berlaku benda-benda baik lagi. Jom sama-sama kita doakan ye.

Wednesday, May 25, 2011

Hadiah buat ibu.

Korang mesti ingat aku lambat kan. Padahal hari ibu dah lama lepas. Masa orang buat entri ribu ribu pasal hari ibu, aku hilang kemana. Entah kenapa tetiba pagi ni aku baru terasa nak buat. ISh biarlah, sebenarnya ini entri suka suka. Memang tak ada kena mengena dengan ibu atau sebaliknya.

Nak dijadikan cerita, pagi ini, aku bersembang dengan akak kat sebelah tempat aku kerja ni. Aku cakap kat dia yang aku nak belikan hadiah ni pada ibu aku. Aku cakap dia mesti sedih tahap gaban sampai menitiskan air mata. Memang akan terharu tersangat-sangat. Tengah aku dok mengexplen dengan kusyuk dan tekun sampai air liur meleleh keluar dari mulut, kaka sebela tu terus potong percakapan aku (nampak sangat aku banyak cakapkan). Dia tanya aku........

Ko nak bagi apa kat mak ko??? 

Aku pun dengan pantas dan bangga tunjuk la pada dia apa yang aku nak bagi pada mak aku. Yela nak bagi hadiah mestilah bangga. Korang tau apa reaksi dia. Kemain dia gelak tengok hadiah aku. Aku pun pelik apa yang kelakarnya?? korang nak tau apa yang aku belikan untuk mak aku?? jom tengok bawah ni..
 Korang rasa macam na? sesuai ke buat hadiah?? aku baru je beli dari member aku tu, boleh tahan gak sedapnya. Katanya pisang gading. Korang nak ke?/ sila pm aku..haha berniaga lak.

Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman tak guna

Salam petang dari aku, sebelum memulakan entri, korang dah terjah blog kawan aku yang sorang ni?? bukanlah aku memaksa, cuma aku harap blogger blogger otai atau lama boleh beri sikit nasihat pada aku dan juga dia. Eh kenapa aku?? sebab aku pun budak baru. Eh sibuk pulak kan aku ni. Korang Klik SINI kalau nak ke blog dia ye.
sumber : carian google

Kembali pada tajuk, tadi sebelum aku balik, ada aku bersembang dengan geng geng otai kat ofis aku ni. Semua pun macam nak cerita pengalaman diorang yang dasyat-dasyat. Memang aku akui yang pengalaman diorang aku sendiri pun tak akan dapat dimana-mana. Sangat berharga gitu. Aku sangatlah setuju tapi bila dia cuba bandingkan dengan keadaan sekarang aku mula tak bersetuju. Bukan apa, mereka ni suka sangat mengupkan diri sendiri yang mana aku tak heran dan tak kisah sangat tentang perkara ni, yang paling aku geram bila dia cuba nak merendah-rendahkan orang sekarang(tidak seteruk seperti yang aku taipkan, sekadar menghangatkan cerita). Eh sape orang sekarang?? aku terasa sebab aku macam kunun kunun orang sekarang, keke. Tapi walaupun bengang dan marah aku diamkan je, sape la kita ni kan, budak hingusan je.Aku biarkan je ais menjadi air sehinggalah musim sejuk kembali, wah dah macam novel pulak. Cerita pasal novel.....haah melalut lagi.

Kembali pada cerita asal, dengan secara tetiba aku luahkan pendapat dan keadaan menjadi senyap sunyi dikala bulan mengambang. Apa yang aku kata sehinggakan mereka-mereka itu terdiam tanpa suara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi gelagat mereka. haha ayat tak boleh blah. Korang tau apa yang aku cakapkan. Meh aku ceritakan. Aku cakap pada diorang.......

"...pengalaman memang penting. Memang tak dinafikan tersangatlah penting. Cuma, korang punya pengalaman tu dah lama. Ada jugak yang boleh masuk arkib (ayat tambahan). Nak orang ikut tak ada masalah langsung cuma kena selaraskan dengan masa sekarang ni. Sekarang ni keadaan dah berbeza yang amat sebab itu kena selaraskan mengikut kehendak dan keperluan zaman ini.. Tak boleh rasanya nak orang ikut pengalaman yang kita ada sepuluh tahun dulu. Untuk rujukan memang tak ada masalah cuma nak buat sebijik tu memang tak ada lah.....bla bla bla..... "

Memang lah diorang terdiam sebab aku yang berenti bercakap...hahaha.

ps. maaf jika gaya penceritaan melampau, cuma menambah sedikit garam supaya lebih sedap.

Bolgger Baru..gigiepagar.blogspot.com

Salam kawan-kawan semua, entri kali ni aku buat khas untuk member aku ni. Saje aku buat sebab nak support beliau, walaupun aku ni still baru dan tak tahu pape. Nama blog beliau ialah gigiepagar.blogspot.com. Korang pergilah jenguk dia, blognya simple dan menarik. Kenapa gigiepagar?? itu korang kena tanya blog beliau sebab beliau je boleh jawabkan, tak pun korang terjah blog beliau. Ada beliau buatkan satu enry untuk jawab persoalan ni...ni sikit petikan dari entri beliau mengenai perkara ni 

" Nak lah tau kenapa namanya gigiepagar..begini ceritanya..Sejak dari sekolah rendah terbawak-bawak hingga aku masuk institut kawan-kawan aku memang kenal....."
Kata-kata dari beliau..."dah lama nak buat blog, tapi baru sekarang dapat buat blog".....sama macam ayat aku masa mula-mula join blogger ni. Ini header blog belaiu.


Kepada beliau, selamat maju jaya dalam dunia blog ni ye. Kalau dah femes femes macam retis, jangan lupa blog picisan ni ye..

SEGMEN | AKU DAN ALAT MUZIKKU


Sebut pasal alat musik ni, aku ni bukan pandai sangat sebenarnya. Dulu masa aku di sekolah menengah, aku minat main seruling. Kalau petang petang tu, memang aku akan duduk tepi tingkap dan tiupkan seruling aku tu. Aku pun tak tahu kenapa aku nak main alat musik tu, tapi bila aku dapat sampai satu lagu, memang sangat berpuas hati. Aku memang tak ada langsung belajar dari mana-mana institusi kecuali masa sekolah rendah. Setakat lagu senang-senang tu boleh lah kot. Masa sekolah menengah tu, ada la seorang brother ni, dia memang pandai main seruling. Banyak jugak lagu yang dia pandai main, yang peliknya, dia main ikut suka dia je. Not not (betul ke?) ke apa ke semua dia bantai je, mungkin ada sekali sekala kot dia tengok not-not tu. Aku lak memang langsung tak pandai naki baca not not music tu, aku pun bantai ikut suka je. Janji ada bunyi macam lagu yang aku cuba tiru tu. Yang paling banyak di tiru ialah lagu hindustan, memang feveret la. keke Bila dah besar ni, memang satu apa pun tak ingat, seruling tu pun dah tak tahu pergi mana.

Satu kejadian yang aku ingat sampai sekarang ni, masa aku duduk asrama. Waktu tu petang, semua orang boleh buat hal masing-masing. Aku pun tengah boring, aku amek seruling aku, aku tiupkan. Macam-macam lagu aku try, saja untuk suka-suka. Then tetiba warden asrama naik, menggelabah kejap aku menyorokkan seruling tu. Habis bawah katil orang aku sorokkan.Yela takut kena rampas. Aleh2 dia suruh aku mainkan seruling tu depan dia, rupanya dia cikgu seni. Kecut kejap la perut aku masa tu. Ok itu saje cerita dari aku, gambar aku dengan alat music aku, jap aku cari ye....enjoy...
 ni pic aku amek semalam, ni je yang tinggal tapi ni seruling murah. Syarat amek dengan aku kan, so aku dah amek alat music tu dengan tangan aku...haha

Monday, May 23, 2011

Juvana Tv3

Baru je lepas tengok juvana tadi. Boleh tahan jugak suspen and geram tengok perangai botak tu. Kalaulah betul betul terjadi kat dunia sebenar, memang terbaik dan menyeramkan. Kekadang 2, bila fikir best jugak kalo dapat masuk sekolah macam tu, banyak benda boleh belajar. Bukan aku kata suruh tiru macam diorang 2. Yang buruk jangan lak pergi tiru, nak tiru, tiru skil dan pelajarinya. Eh bukan skill pukul pukul orang, tapi skil nak teruskan hidup dalam rintangan yang macam tu. Ingat senang ke nak bawak diri? Susah 2 nak bawak diri dalam keadaan macam 2. Mana boleh buat ikut kepala sendiri je, kena gak pikir orang lain.

Cthnya masa aku duduk asrama dulu, banyak je kes buli buli ni, kena pukul pun ada. 2 semua sebab tak pandai bawak diri. Alamak banyak lak merepek, padahal nak wat entri pasal juvana.

Penutupnya, aku rasa filem dan drama melayu dah semakin meningkat, mungkin tak lama lagi, kita boleh pecah panggung setaraf dengan filem dan drama luar. Selain jalan cerita yang menarik dan herion2nya semakin cantik, aku rasa dah banyak masej yang dibawa bersama. Boleh buat kita berfikir di luar kotak.

Ps: dulu aku xsuka layan drama melayu sebb jalan cerita dah boleh agak tapi sekarang mantap. Majulah filem dan drama melayu. Terima kasih tv3 sebab siarkn drama juvana ni dan yang lain2.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, May 21, 2011

Online kena sambar petir?

Petang tadi hujan boleh dikatakan lebat beserta dengan dentuman guruh. Segala aktiviti aku tangguhkan dulu termasuk untuk update blog. Adeh alasan lagi, tak boleh bla betuk, dah pemalas tu, pemalas jugak. Kembali pada tajuk, korang pernah dengar tak kalau kita online time hujan kilat, ada kemungkinan kita boleh disambar petir. Yang ini aku sendiri tak pernah alami benda macam ni. Dulu masa aku kecik kecik, aku pernah dengar sendiri dari orang yang ada pengalaman tentang ni, tapi bukan sebab dia main internet tapi sebab dia pasang radio. Katanya benda ni terjadi sekelip mata, nasib masa 2 dia tak duduk dekat dengan radio. Masa 2, memang ada aku nampak kesan terbakar pada dinding. Itu satu hal, masa aku belajar dulu, aku ada dengar dari seorang teman, komputer dia pada masa 2 tengah online, terbakar di sambar. Ketika 2, dia bernasib baik tak berada dalam bilik 2. Habis jugak satu bilik terbakar, nasib tidak melarat hingga satu rumah.

Aku sendiri tak tau kesahihan cerita ni sebab aku tak tengok dengan mata sendiri . Apa yang aku sampaikan hanya dari pendengaran aku. Maaf jika apa yang aku cuba kongsikan ini salah, mungkin aku salah dengar atau sebagainya. Apa yang pasti, Aku cuma ingin kongsi apa yang patut.

Kesimpulannya, tak salah jika berhati hati. Manalah tau jika ada kebenaran. Bak kata orang, lebih baik mencegah dari mengubatinya. Betul ke? Boleh la kan,akhir kata sama samalah kita berhati hati.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, May 20, 2011

Sarang semut yang geli

Tadi selepas solat jumaat, aku jejalan kat google. Aku ni jenis yang suka tengok pasal serangga dan haiwan ciptaanNya. Memang unik gila, sambil tengok tu sambil kita berfikir tentang kebesaranNYa. Mula-mula aku just cari gambar lipas, sengaja aku cari sebab aku memang tak suka lipas. Aku ada pengalaman buruk dan ngeri dengan lipas ni. Sebut pasal lipas, korang nak baca tak entri aku pasal lipas ni, meh klik SINI dan kalau nak tau sikit-sikit pasal lipas ni, klik SINI .Kembali balik pada mengoogle gambar serangga ni, aku terjumpa satu lagi yang memang buat aku terpegun  iaitu sarang semut. Adehh memang geli. Bayangkan serangga kecil seperti semut boleh buat benda sehebat ini. Cakap banyak pun tak guna, jom layan pic - pic ni. Yang ni aku cari guna google je dengan kata kunci "sarang semut", sengaja nak share2.

 
 Yang ni dah macam bentuk paru-paru dah.

 Yang ni memang buat aku nak tengok dekat-dekat, sangat geli, adehh sape- sape tak leh tengok, jangan tengok ye.
 tengok tu, hebatkan semut2 ni.
Adehh yang ni sarang semut ke?? keke yang ni kek sarang semut la. Nanti pasni jangan pulak korang kunfius ye, kang ada tak pasal-pasal termakan sarang semut.

sumber : carian dalam google

Kawan baik berlainan jantina

Sengaja mengUPkan entri lama. tak pernah baca meh klik SINI
Korang ada kawan baik tak?? mesti ada kan. Yang berlainan jantina?? pun mesti ada kan.


sikit petikan dari entri sebelum ni....
 .....sebagai mukadimah cukuplah sekadar aku mengatakan yang hampir semua orang ada dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan baik, betul tak?? Teori ni aku dapat dari pengalaman hidup aku, tak rajin pun nak g kaji mana-mana statistik, keke. Persoalannya hari ini, jika ianya berlainan jantina, bagaimana pulak dengan rintangannya? .............
  

Apa lagi jom terjah entri aku tu, kepada yang dah baca tu, maaflah, sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan baru.Nantikan kemunculan entri terbaru aku, wah cakap macam artis lak kan.

Wednesday, May 18, 2011

Sesi Fotografi bersama...

Sesi fotografi bersama....

Talent : Khind standfan
Kameraman : Dim Benihana
Jentera : guna Htc pun boleh

Catatan:
Ni terjadi bila rumah aku blackout tadi. Hampir sejam gak dok dalam gelap. Entri ni ingat tadi nak publish tapi tertak ingat pulak sebab sibuk memastikan semua ok dan terkawal. Haha kunun.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Blackout pulak malam ni

Tengah sedap layan berita tv3, hujan turun dengan jayanya. Aku tak kisah sangat, tapi makin lama makin lebat sehinggakan guruh dan kilat pun menjadi jadi. Sebabkan aku ada pengalaman dalam hujan kilat yang teruk, aku ambil inisiatif untuk tidak mengonline diri sendiri demi keselamatan diri sendiri dan orang tersayang. Wah dah macam iklan pulak kan. Tengah dok syok layan berita sambil sambil memikirkn isi blog, kilat dengan tetiba mengaum dan menyebabkan kami bergelap. Masing masing mengeluarkan hanset untuk menerangkn diri.

Banyak sangat pulak aku merepek kan. Bila kena 2, masing masing pergi ke main suiz, cuba punya cuba, sorang pun tak berjaya. Last skali kami buat keputusan untuk call Tnb, 15454. Tak sampai setengah jam, diorang sampai. Sampai sampai terus check suma, katanya problem yang tnb boleh buat semua tak ada masalah. Dia kata ni masalah dengan wiring, kena contact wireman. Pening pale di buatnya. Mana nak cari wireman malam buta ni. Aku pun try mintak tolong dengan technician tnb 2, katanya dia boleh tolong, tapi kena charge, sebab ni diluar bidang tugas dia. Akhirnya semua selesai, terima kasih pada 2 brother 2. Aku boleh on9 dan tengok tv. Jom layan showdown 2011.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Fakta mengenai Lipas

Korang mesti ada terbaca dalam blog aku pasal lipas kan? tak pernah baca, tak apa rilex je. Korang klik SINI untuk baca mengenai entri lipas sebelum ni. Yang paling best kat entri sebelum ni, aku ada share satu gambar telur lipas, kot-kot sama ke macam telur lain. nak tau sila ke entri SINI .Korang mesti pelikkan, asal aku suka buat cerita pasal lipas ni. Sebenarnya aku memang geram betul dengan lipas ni, zaman kecik aku dulu, aku selalu diganggu oleh lipas ni. Biasalah duduk kampung memang banyak lipas. Terutama lipas terbang, memang menggeramkan betul.

Hari ini aku nak kongsi sikit lagi fakta mengenai serangga comel ni. Manalah tau kot-kot ada yang tak tahu lagi ke. 

1. Lipas sebenarnya telah wujud sejak zaman dinosour lagi.
2. Lipas boleh hidup tanpa makanan selama sebulan.
3. Lipas boleh hidup tanpa air selama 2 minggu
4. Lipas betina hanya mengawan sekali dan akan mengandung sepanjang hidup
5. Lipas boleh hidup sehingga 1 minggu tanpa kepala
6. Lipas boleh menahan nafas sehingga 40minit
7. Lipas boleh berlari sehingga 3 batu sejam

Jom tengok beberapa jenis lipas ni yang aku rasa senang jumpa kat Malaysia...aaa so comelkan??? 
Pic yang kat atas ni namanya American Cockroacches atau dalam masa melayunya lipas amareka. Wah lipas omputih ni...keke. Lipas ni boleh dikatakan yang terbesar dijumpai dalam rumah. Lipas ni yang selalu kacau aku dulu ni, siap boleh terbang-terbang. Mengikut sumber, lipas ni akan dapat sayap bila dia dah dewasa. Lipas ni akan makan apa saja yang dia nak, so berhati-hati ye. Rumah lipas ni kat tempat panas, gelap dan lembap. Hnmm kira lipas ni suka romantik la ye.
 Gambar yang kedua ni nampak cam menakutkan je kan, namanya brown- banded cockroach atau dalam bahasa melayunya...korang fikir sendiri ye. Dia dapat namanya dari corak kat badan dia tu. Yang ni lipas jantan akan ada sayap yang lagi besar berbanding yang betina Dia ni suka sorok telur dia kat dalam/ bawah perabut. Dia ni suka makan starchy food (berkanji), wah kemain memilihkan dia ni. Nylons stoking pun dia suka makan kadang-kadang. Patutlah berlubang banyak stoking aku...haha sian dia kena tuduh.Yang ni suka tinggal kat mana-mana pun, tak kisah pun dengan cahaya ke pape pun.
Yang ni kaler dia cerah sikit. Namanya German Cockroach atau dalam bahasa melayu lipas german. Jauh dia datangkan. Dia ni boleh jumpa kat mana-mana negara pun dalam dunia ni, sedara dia ramai. Lipas ni biasa jumpa kat US. Se ekor lipas ni boleh hidup dalam 100 ke 200 hari, kejap je kan. Sebab tu la dia banyak dalam dunia ni.Yang ni suka makan benda manis dan berperisa, dan ubat gigi pun dia suka jugak. Mesti gigi dia putih je kan.Dia suka tinggal kat tempat manusia minum dan makan.
Lipas yang terakhir ni, garang je rupanyakan. Kaler pun dah nampak garang. Namanya Oriental cockroach. Asal dari Africa.Yang ni sangat besar dan gelap kalau dibandingkan dengan yang lain. Rajin mengembara melalui longkang dan sistem pembentung. Suka tempat yang kotor dan sejuk, yang ni dikenali sebagai lipas paling kotor dan suka mengeluarkan bau yang busuk. Makan hampir kesemua sampah dan barang-barang organic.
sumber : pestworldforkids.org

Tuesday, May 17, 2011

Sayangnya..

Pc under maintainance...offline kejap.




Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, May 16, 2011

Harapan masih ada

Malam ni sambil sambil berblog, aku layan bola jap antara selangor n kelantan. Ini game semi final kedua. Harap akan ada game yang terbaik walaupun selangor ketinggalan dengan jaringan yang besar. Kena buktikan yang bola sepak malaysia juga semakin meningkat, kena tunjuk pada orang luar yang Malaysia boleh.

Aku sangat harap game malam ni akan berlangsung dengan jayanya. Jom layan dulu game ni, terpaksa lupakan drama juvana malam ni..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Surat berantai sesama blogger

Aku di tag oleh blogger syuxer dari blog syuxermelankola.blogspot.com. Terima kasih sebab dia tag aku, ingat jugak dia pada blog picisan ni. tak apa untuk tidak membuang masa, aku jalankan apa yang di tag oleh beliau pada aku. Eh sebelum tu, aku terangkan sikit macam na nak join surat berantai ni, mula-mula aku sendiri tak faham macam na lak join ni, langsung tak ada pape info, selepas dibaca beberapa kali, baru aku faham. Slow sikit aku petang-petang ni, biasalah pentium 4, nak upgrade, modal tak ada.

5 Tarikh penting
~hari jadi diri sendiri
~ road tag mati
~  hari cuti umum
~  gaji masuk
~ tarikh drama juvana minggu depan

5 perkara dibuat semalam
~ join gathering SB
~ dok dpn tv kot2 masuk tv sampai tgh malam
~ blogwalking sampai tertido
~ basuh n sidai baju, seluar dan lain-lain
~ tido

5 perkara yang korang gembira
~ dapat selesaikan semua hutang
~ dapat beli pc yang superb
~ dapat tengok juvana
~ kena tag oleh blogger terutama syuxer
~ dapat buat entri ribu-ribu

5 sebab jawab soalan
~kena tag
~ support kawan-kawan
~suka-suka
~ sebab nak buat entri
~ sebab ...sebab

5 kena tag blogger

Sekitar Gathering SB...

Seperti yang aku cakap semalam, Klik Sini, aku terjoin satu lagi gathering sahabat blogger. Semalam tak sempat nak 'kidnap' gambar dari geng-geng lain, so rini atas bantuan beberapa blogger, aku dapat kidnap gambar....
 Pic atas kredit pada Amer dari blog kopiolaici.blogspot.com

 Pic ni kredit pada blogger dari blog aishawhatever.blogspot.com.


Pic atas kredit pada Amer dari blog kopiolaici.blogspot.com. Bengang sikit gambar ni, asal muka aku tak nampak, nampak perut je, adehh perli ke apa ni???

Btw korang semua memang sporting. Thanks pada yang sudi join dan menganjur. Kalau ada lagi buat la, kalau xda hal, memang aku akan join. Ok lah nak pergi terjah blogger blogger lain, nak carik gambar ribu-ribu yang semalam tu.

Sunday, May 15, 2011

Blogger gathering

Selesai sudah gathering tadi. Gambar blum aku amek lagi pada sesiapa. Nant bila aku dah amek, aku akan tunjuk pada sesiapa yang tak pergi 2, kasi jelez skit la. Gila jahat kan, tak adalah, nak kongsi kongsi je.

Tahniah kepada penganjur dan sahabat blogger. Memang seronok dapat kenal semua 2, boleh tahan la diorg semua. Ada yang serius dan ada jugak yang gila gila. Asyik tergelak je aku dok sana.

Kalau ikutkn hati, nak je terjah semua blog yang ada tapi sebab ramai sangat. Dah tua tua ni, cepat je lupa, biasa la 2, so aku ingat 2 3 url blog je, jangan marah ye kawan kawan, nanti bila ada yang buat entri or list, akan ku terjah semuanya. Yang paling menarik, blogger Adybudika.com, dia buat shooting khas untuk wish birthday kt Baki Zainal, kami semua kemungkinan akan ada kt 8tv 2 tgh malam ni. Untuk orang yang jakun macam aku ni, memang beria la. Haha....

Ps : kredit pada semua...thanks pada yang sponser makanan..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU


Aku join lagi sekali segmen bro ben ni. Mula-mula memang macam malas, tapi aku lawan balik sebab kenangan masa belajar dulu, memang terbaik. Selamat Hari guru pada semua guru termasuk yang mengajar tusyen ye..

Sejarah aku bersekolah dulu.....
Tadika di IPOH (sori tak ingat nama tadika tu)  
Sekolah Rendah Manjoi, Ipoh, Perak...masa ni darjah 1 n 2,
Sekolah Rendah Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak....darjah 3 sehingga darjah 6
Sekolah Menengah Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh Perak....tingkatan 1 (tahun 1998)
Sekolah Menengah Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur....tingkatan 2 hingga tingkatan 4 (tahun 1999 -2001)
Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak...tingkatan 4 hingga tingkatan 5 (tahun 2001 - 2002)

Seterusnya aku menyambung pelajaran aku di Kolej IUCTT, tahun 2003 -2006 . Boleh tahan tempat tu, banyak gila kenangan kat situ. Di situ aku belajar macam hidup dengan duit sendiri dan sebagainya. Sekarang aku dah bekerja di JKR dan dalam planning untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, mungkin di UTM atau Uitm.

Banyak nama cikgu yang aku masih ingat tapi yang paling memberi efek pada aku ialah Mr.Robinson. Dia ni cikgu matematik aku masa di Sekolah Teknik dulu. Kelas matemarik kami dipisahkan mengikut markah PMR. Dia kalau dalam kelas pantang ada orang bersembang, menguap ke batuk ke pape pun. Kalau kita terbuat, ada la dendanya, mungkin kena berdiri ke? ketuk ketampi ke? macam-macam la. Pernah sekali tu, masa sukan sekolah, masa tu acara balapan, dia datang dekat aku untuk wihsgud luck, tp tetiba aku menguap. terus kena ketuk ketampi kt line permulaan tu. Aku pernah mintak tukar ke kelas lain, tapi dia tak bagi, siap datang jemput aku lagi. Banyak lagi sebenarnya tapi akhirnya, masa SPM aku dapat result yang terbaik. Masa amek result tu, sempat jugak jumpa dia untuk ucap terima kasih, dia just senyum je.

Kenangan sebagai seorang guru tu memang tak adalah, tp mengajar orang tu adalah. Mungkin aku memang tak ditakdirkan untuk jadi cikgu kot, sebab masa dulu aku selalu ajar orang matematik tapi aku ni jenis cepat marah. Kesian sape yang datang tanya aku tu. Tapi diorang semua dah faham, dan aku pun dah mintak maaf pada diorang. Itu saje kot dari aku hari. Bro ben, sudah siap ni..

Kawan baik yang berlainan jantina

Rasanya entri ni dah pernah ada kat blog ni kan??? ni lah pemikiran yang akan terkeluar bila baca tajuk entri ni. Sebenarnya memang sebelum ni aku dah buat dah entri ni, sengaja aku ulang, mungkin ramai lagi yang belum membaca. Ini petikan dari entri aku sebelum ni

'Hye semua, sebagai mukadimah cukuplah sekadar aku mengatakan yang hampir semua orang ada dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan baik, betul tak?? Teori ni aku dapat dari pengalaman hidup aku, tak rajin pun nak g kaji mana-mana statistik, keke. Persoalannya hari ini, jika ianya berlainan jantina, bagaimana pulak dengan rintangannya? Tak ke kalau terlalu rapat akan menimbulkan perasaan nanti?? Ataupun mungkin akan ada yang bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya?? mungkin ada juga yang berjaya, tapi mengikut firasat aku majoritinya akan ada yang menaruh perasaan(kalau tak betul sila betulkan ye)...............'

sumber:carian google

Nak baca seterusnya, klik SINI. Entri ini aku buat base on pengalaman aku hidup. Aku suka share pengalaman, mungkin pengalaman aku tak la sebanyak orang lain, tapi aku suka untuk berkongsi.

Semalaman tak berblog

Dasyat betulkan rasanya bila blog tak boleh nak masuk. Biasanya mesti kalau bukak internet mesti bukak blog tapi sejak 2 3 hari ni, tak boleh nak bukak. Memang tekanan perasan jadinya. Banyak je idea yang terlepas pandang (kunun). 

Sempena hari ini, aku nak berblog sekuat hati. Boleh ke korang rasa?? Mestilah boleh dah namanya blog aku. Tapikan aku perasan ada jugak 2 3 komen yang aku xdapat, padahal sebelum kejadian aku ada approvekan komen-komen tu. Then bila tengok hari ni, tak ada pulak komennya, sedihnya. Nape jadi macma ni?? dah la blog aku ni kurang orang datang komen, hilang pulak komen-komen tu.

Tak pa kita teruskan berblogwalking, nanti pmesti jumpa jalan penyelesaiannnya. Kepada semua selamat berblogging kembali, mulakan dengan bismillah...

Thursday, May 12, 2011

Lawak lawak

Sengaja nak share ngan korang, aku dapat email benda ni... Aku bila baca comic pendek ni, aku tersenyum sorang-sorang, korang aku tak pasti lagi try test la tengok. Sekurang-kurangnya boleh hilangkan stress...






Benci la bila dugaan macam ni

Aku benci bila dugaan macam ni datang. Memang aku tak akan update kalo sebelum-sebelum ini. Tapi hari ni aku nak lawan semua tu dan cuba jugak update walaupun entri entah pape. Mungkin akan pendek je kot entri hari ni. Mesti korang tertanya-tanya apa dugaannya kan?? tak apa meh aku ceritakan. Sebenarnya aku rasa tersangatlah malas hari ini. Memang rasa tak mau nak buat pape, kalau buat pun sebab terpaksa je.

Sebenarnya malas ni memang penyakit kronik kepada semua orang, aku pasti. Sampai sekarang tak ada ubatnya, merata aku cari tapi still tak jumpa. Korang ada cara ke?? ajar aku tolong...

Penyakit malas ni dia akan berjangkit-jangkit, sampai aku nak update blog pun tak da idea ni. Banyak lagi yang tak boleh jalan sebab malas. Setan pun satu hal, sibuk dok hasut jangan buat pape, jadi malas jugak. Cuba hasut or bagi idea untuk update blog ke, kan menarik, memang beribu la jawabnya entri dari aku.



Wednesday, May 11, 2011

Zaman belajar vs zaman bekerja

Perkara ni aku sekarang dah boleh nak bezakan yang mana seronok dan yang mana tak seronok. Sebelum tu, aku rasa kedua-dua zaman ni ada pro n contra juga. Biasalah tu, tapi aku dah banyak sangat dengar budak yang masih lagi belajar, kata zaman belajar paling tak seronok dan tak sabar nak masuk ke alam pekerjaan. Memandangkan aku dah merasai duduk dan hidup dalam dua-dua zaman ni, aku nak luahkan sedikit pendapt aku la.

Bagi aku zaman belajar merupakan zaman yang paling best sekali. Sebab apa?? sebabnya kita cuma perlu risaukan tentang satu je iaitu  pembelajaran, yang lain semuanya akan ada pembantu dan sebagainya. Lain pulak bagi yang sudah bekerja, macam-macam hal nak kena fikir, dengan hutang la, kerja la dan macam-macam lagi la. Dulu masa zaman sekolah, kalau harga minyak naik, memang tak ada nak risau pape pun, tapi sekarang, kemain risau lagi, takut-takut terganggu perbelanjaan harian.

Sedikit nasihat pada yang masih belajar, buat masa sekarang ni, korang just kosentret dengan belajar je sebanya ianya akan menjamin korang dimasa depan. Kalau korang selamanya dok sorang-sorang, memang tak ada masalah tapi dengan keadaan sekarang ni, kos sara hidup yang makin meningkat, aku rasa susah jugak. Kalau dulu, setakat belajar sampai Diploma pun dah boleh hidup selesa, tapi sekarang ni, dah ada degree pun belum tentu akan hidup senang dan selesa. Aku tak kata tanpa pelajaran korang tak leh berjaya, boleh tapi laluannya dan dugaannya lain, itu kes lain. Buat masa ni, tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, lupakan segala yang sia-sia dan buang masa, bila korang berjaya nanti, bukan korang je yang senang, keluarga korang pun akan senang jugak. Begitu jugak sebaliknya.

Terjah blog bertuah

Entri pertama aku untuk hari ini aku akan review blog yang bertuah. Aik bukan sebab aku ni dah bagus or pape, tapi sekali lagi untuk satu tujuan, berterima kasih pada blogger yang akan diceritakan dibawah ni. Apa sebab aku pilih dia dan bukan orang lain. Hah meh aku ceritakan, sebenarnya, dia ialah follower ke-2 untuk bloglist aku. Tak percaya, meh tengok gambar kat bawah ni.

 Pic ni aku print skrin dari bloglist aku. http://islandofdim2.blogspot.com/ . Tanpa buang masa, kita terjah blog beliau yang aku maksudkan, pic bawah ni gambaer header beliau.


Cantik tak tuan empunya header ni . Inilah header blog yang aku maksudkan. Nak terjah blog beliau, klik je header kat atas tu, tak pun klik SINI. Kaler pink gitu blog dia. Kalau ikutkan warna, nampak lembut je kan.Cantik je blog beliau ni. Tak mo la kata lebih-lebih, korang terjah lah sendiri.

Untuk menghangatkan lagi, meh tengok sikit petikan entri dari blog beliau..................

"menjadi seksaan bagiku karena terpaksa berpuasa menahan diri daripada berblogging berfacebooking bertwittering tp super ring tetap aku mkn pd waktu itu........."bacaan seterusnya klik SINI.

 Akhir dari aku, thanks ye Ain d cutest.....

Tuesday, May 10, 2011

Kerja oh kerja..

 

"Kerja kena pandai, bukan pandai kerja"






maksudnya....??? selamat berfikir

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com