Petang tadi hujan boleh dikatakan lebat beserta dengan dentuman guruh. Segala aktiviti aku tangguhkan dulu termasuk untuk update blog. Adeh alasan lagi, tak boleh bla betuk, dah pemalas tu, pemalas jugak. Kembali pada tajuk, korang pernah dengar tak kalau kita online time hujan kilat, ada kemungkinan kita boleh disambar petir. Yang ini aku sendiri tak pernah alami benda macam ni. Dulu masa aku kecik kecik, aku pernah dengar sendiri dari orang yang ada pengalaman tentang ni, tapi bukan sebab dia main internet tapi sebab dia pasang radio. Katanya benda ni terjadi sekelip mata, nasib masa 2 dia tak duduk dekat dengan radio. Masa 2, memang ada aku nampak kesan terbakar pada dinding. Itu satu hal, masa aku belajar dulu, aku ada dengar dari seorang teman, komputer dia pada masa 2 tengah online, terbakar di sambar. Ketika 2, dia bernasib baik tak berada dalam bilik 2. Habis jugak satu bilik terbakar, nasib tidak melarat hingga satu rumah.
Aku sendiri tak tau kesahihan cerita ni sebab aku tak tengok dengan mata sendiri . Apa yang aku sampaikan hanya dari pendengaran aku. Maaf jika apa yang aku cuba kongsikan ini salah, mungkin aku salah dengar atau sebagainya. Apa yang pasti, Aku cuma ingin kongsi apa yang patut.
Kesimpulannya, tak salah jika berhati hati. Manalah tau jika ada kebenaran. Bak kata orang, lebih baik mencegah dari mengubatinya. Betul ke? Boleh la kan,akhir kata sama samalah kita berhati hati.
Published with Blogger-droid v1.6.9
8 comments:
laptop susah sikit kot nak kena sambar.huhu.betol ke ni?hik hik
wooo..boar betik..
btul ke?? fuhh, mujur aku x kne.. slalu gk on9 time ujan.. kne beware la pas ni..
KL skrg sll ujan..tp aku tgk Dim semacam je active ber blog..x takt kene sambar ke?
~Rozuan Ismail
tp kalo pakai broadband, dia tarik signal internet tu...tp xtau la kot, baik hati2..
~Bunga
itulah, tapi better berhati2
~budak baik
boleh time hujan, kena jaga2 la...
~La Majid
mana ada active, sekadar memenuhi masa lapang je..
Post a Comment