Geng-Geng

Monday, May 9, 2011

Manchester United menang lagi....ish!

Alamak semalam punyala sibuk. Sampaikan 3 channel aku kena layan dan tak sanggup untuk lepaskan. Korang ada ke rasa macam or alami macam aku. Memang kalao boleh nak letak tiga tv depan mata tapi nanti kena marah lak dengan orang lain. Semalam aku layan mentor, layan arsenal dan layan game badminton yang melibatkan pasukan Malaysia. Memang kejap-kejap aku tukar channel, nasib semalam tak ada yang join aku tengok tv, kalau tak memang akan sakit hati. Mentor, dengan penyingkiran Aiman, kurang lagi protege lelaki dalam pertandingan tu. Tapi tak apa, aku yakin Aiman tu boleh cari makan kat luar ni, yela muka dia hensem kot, berstail lagi pulak tu. Yang badminton lak, memang ketiadaan Lin Dan dari China, laluan untuk emas kategori lelaki single seperti diramal. Yang beregu tu pun sama, diorang main memang smart la, kalau kalah pun tak apa, game diorang memang enjoy. Yang arsenal, memang tak di duga kalah dengan stoke.

Lepas je habis tu, terus aku ke game antara Manchester United dan Chelsea. Memang syiok la game tu, walaupun aku bukan peminat dua-dua team ni. Tapi aku enjoys tengok orang main bola. Sebenarnya aku nak Man U kalah, bukan sebab aku tak suka tema tu ke pape, aku just beranggapan kalau Man U kalah, memaang sengitlah EPL nanti, Betul tak??

Sebut pasal sukan bola ni, korang ingat bila tengok bola ni just for fun je ke? Sebenarnya ada juga maksud tersendiri. Banyak kalo betul-betul kita fikirkan. Tapi kat sini aku cuba sampaikan satu je. Harap korang boleh faham. Apa yang aku dapat tengok dalam team bola ni kita boleh samakan dengan keadaan kita diluar ni. Kerja atau belajar sama je. Cthnya kalau bekerja kita buat sorang-sorang, memang benda tu akan akhirnya berjaya disiapkan sama seperti kita main bola, kita gelicik dan bawak solo je, still boleh score dan menang tapi akibatnya kita akan keletihan atau menjadi tumpuan tadahan kasar dari pihak lawan. Cuba bayangkan kalau kita bermain secara berkumpulan, kita bukan saja boleh dapat perbezaan jaringan yang lebih besar, malah mungkin semua orang pun boleh berpeluang jaringkan gol dan mana tahu, mungkin boleh main hoki lak lepas tu.. Sama juga macam kita bila kita bekerja atau belajar. Ok Selamat berfikir ye.

1 comment:

Zie Madini said...

MU mmg rawk! booooo chelsea...hehe

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com