Geng-Geng

Friday, May 27, 2011

Salam Jumaat

Hari aku bekerja macam biasa tapi lagi sekali aku rasa marah marah pagi pagi ni. Sebab apa?? biasalah perangai manusia. Ingatkan budak-budak kecik je pening nak uruskan, orang-orang tua lagi pening nak uruskan, semua keras kepala. Padahal bukan susah nak ikut arahan. Tapi dont wory sebab ianya tak akan ganggu mood aku yang tersangat ceria pagi ni. Aku balik dari bersarapan pagi ni, tepat jam 8.10 pagi aku dah memulakan kerja dengan sangat jayanya. Blog pun aku gagahkan untuk update. Korang nak tau sebab apa aku rasa tersangat hepi dan semangat untuk kerja rini?? Sebab bos besar on leave hari ni, pagi tadi aku bukak je email company, aku tengok ada email dari bos besar, katanya dia cuti. Memang tersenyum lebar sampai ke telinga jawabnya. Bukan apa, orang kata, kalau bos cuti, rugi kita cuti then bila bos kerja, barulah kita cuti. Tak terasalah sangat tekanan tu. Ooopss sori bos,itu orang cakap bukan saya cakap. Saya kalau bos cuti, time tulah peluang saya nak siapkan semua kerja yang tergendala. 

Kembali pada tajuk, hari ni hujan turun dengan lebatnya. Orang kata ni hujan rahmat. Kena selalu bersyukur dan berdoa kepadaNya. Hari kepada yang lelaki jangan lak lupa nak ke masjid, kalau boleh datang awal sikit, buat apa yang patut. Memang tak ada sape yang tau apa kita buat termasuk bos kita, tapi ingat yang kiri kanan kita tu, sentiasa ikut kita kemana saje pun. 
sumber : carian google

Sedikit perkongsian untuk semua. Aku pun dengar dari seorang teman jugak. Kredit pada beliau sebab sudi sampaikan pada aku. Ceritanya bermula begini.......

Ada seorang ni, dia telah terlewat untuk menyertai satu program amal membersihkan masjid. Apa yang dia nampak ketika itu, semua sedang sibuk menjalankan tugas dan amanah masing-masing. Sehinggakan dia terasa terasing namun disebabkan rasa tanggungjawab, dia gagah dan usahakan jugak mencari sesuatu. Dia tengok lantai masjid tu bersih je dan tiada sesiapa disitu, dia pun mengambil penyapu dan menyapu disitu. Yela dari tidak berbuat apa-apa baik dia usahakan juga walaupun lantai itu bersih atau sebagainya. Setelah habis menyapu keseluruhan lantai, rupa-rupanya masih ada lagi kekotoran disitu. Dia tersenyum keseorangan. Kesimpulan dalam cerita diatas, sebersih mana pun hati kita ni pasti akan ada juga kekotorannya. Tak perlu nak riak atau sebagainya, dan tak perlu juga nak perkatakan keburukan orang lain. Ok la selamat berfikir.

4 comments:

Jujurara said...

yap saya setuju dengan apa yg kwn abg dim ckp tuh..

Encik Suami said...

Baek cemana kita sekalipun..klu selalu diasak dgn manusia2 yg tak reti nak hormat orang serta selalu sakitkan hati kita..mau keluar jugak carut kita.
benar kata org..kesabaran paling penting,tapi sampai bila ye? asik kita jerk yg nak kene sabar.
boleh katakan tiap2 hari saya hadap kerenah rakan sepejabat yg bikin saya sakit hati..terutamanya yg otai2.konon dah senior sgt lah.tapi..buat keje tak ikut prosedur.pastue tindak tanduk mereka tue mengheret kita sekali dlm masalah yg mereka timbolkan.
tak suke sgt keadaan cenggini.

La Majid said...

sebelum nak cakap pasal org,tengok dulu diri kita..kalau org nk ck pasal kita..biarkan mereka..

A.s.t.i.n.a said...

dijemput hadir seantero blog nikah saya kat kuching 11 Jun... permintaan rasmi: sila klik attend walau sekiranya not attending... herher baiklah...


http://www.facebook.com/home.php#!/event.php?eid=212267882139695

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com