Perkara ni aku sekarang dah boleh nak bezakan yang mana seronok dan yang mana tak seronok. Sebelum tu, aku rasa kedua-dua zaman ni ada pro n contra juga. Biasalah tu, tapi aku dah banyak sangat dengar budak yang masih lagi belajar, kata zaman belajar paling tak seronok dan tak sabar nak masuk ke alam pekerjaan. Memandangkan aku dah merasai duduk dan hidup dalam dua-dua zaman ni, aku nak luahkan sedikit pendapt aku la.
Bagi aku zaman belajar merupakan zaman yang paling best sekali. Sebab apa?? sebabnya kita cuma perlu risaukan tentang satu je iaitu pembelajaran, yang lain semuanya akan ada pembantu dan sebagainya. Lain pulak bagi yang sudah bekerja, macam-macam hal nak kena fikir, dengan hutang la, kerja la dan macam-macam lagi la. Dulu masa zaman sekolah, kalau harga minyak naik, memang tak ada nak risau pape pun, tapi sekarang, kemain risau lagi, takut-takut terganggu perbelanjaan harian.
Sedikit nasihat pada yang masih belajar, buat masa sekarang ni, korang just kosentret dengan belajar je sebanya ianya akan menjamin korang dimasa depan. Kalau korang selamanya dok sorang-sorang, memang tak ada masalah tapi dengan keadaan sekarang ni, kos sara hidup yang makin meningkat, aku rasa susah jugak. Kalau dulu, setakat belajar sampai Diploma pun dah boleh hidup selesa, tapi sekarang ni, dah ada degree pun belum tentu akan hidup senang dan selesa. Aku tak kata tanpa pelajaran korang tak leh berjaya, boleh tapi laluannya dan dugaannya lain, itu kes lain. Buat masa ni, tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, lupakan segala yang sia-sia dan buang masa, bila korang berjaya nanti, bukan korang je yang senang, keluarga korang pun akan senang jugak. Begitu jugak sebaliknya.
2 comments:
dulu time blajar sibuk nak habis cpt n keje.. skang dh keje rindu zmn study balik..betul lar tuh..huhuhu.. --'
dulu time belajar xpening ngn bayaran cam2 perkara..sekarang aduhhh pening donggg..
Post a Comment