Sebelum memulakan entri pagi ni, aku nak ucapkan selamat pagi pada semua dan terima kasih kepada semua yang menyokong aku dalam dunia blog ni, dan tak lupa juga pada para-para blogger otai dan femes yang memberi inspirasi dan tunjuk ajar selama aku berblog. Ok cukup dengan entri yang kunun-kunun menyayat hati semua orang. Kembali pada tajuk, sebenarnya dah lama aku memikirkan cuma semalam tengah mandi, terpikir isi-isi yang menarik untuk dikupas. Dalam pengalaman aku hidup sebagai seorang pekerja dan pelajar sebelum ni, banyak sangat aku dengar benda ni, kekadang tu menyakitkan telinga dan kekadang tu naik menyampah tengok gelagat orang macam ni. Mungkin tajuk agak kunfius dan skopnya terlalu besar, tak apa, aku sendiri pening untuk memikirkan tajuknya, tak apa, teruskan membaca dan insyaAllah korang semua boleh faham apa yang aku cuba sampaikan.
sumber:carian google
Bagi setuasi yang pertama. Pekerja tetap dan pekerja kontrak. Bagi aku dua-dua ni sama je, tak da sape yang besar dan tak ada sape yang kecik. Cthnya kat pejabat aku ni, aku selalu dengar, "sy ni pekerja kontrak, malas nak buat lebih-lebih dan memandai". Adehh kemonlah, semua sama je. Kalau pulak yang kontrak tu berada di kedudukan atas, apa salahnya hendak buat lebih-lebih atau hendak mengeluarkan arahan dan sebagainya. Tak kira kontrak atau tetap, kerja tetap kerja. Kalau anda berada di atas, sila jalankan tanggungjawab anda sebaiknya tanpa mengira status pekerjaan.
Bagi pelajar pulak. Ada juga yang aku dengar " ala malas lah nak bersaing dengan pelajar IPTA lain, aku ni pelajar IPTS je" . Tengok ni lagi sakit hati kan. Pelajar IPTS pun still ada sijil Dip/ Degree. Sama je, belum tentu lagi sape-sape yang belajar di IPTA akan berjaya dan diterima bekerja, begitu juga sebaliknya. Lagi satu keadaan, bilamana kita ni amek program kerjasama dengan IPTA, perlu ke nak rasa diri ni rendah ke sebagainya. Sebenarnya sama je kita ni suma, tak perlu nak meninggi diri ke pape.
5 comments:
yea tol tu...sokong sgt..
saya setuju bro..manusia memang sama je..yang bezanya sikap dorang..semua makan nasi kan..yang penting usaha..:)..
singgah lagi nak cakap saya klik pe yang patut dalam blog ni..heheh paham2 jela..:)
@pwincess
thanks sebab sokong...rajin2kan masuk sini ye..
@syuxer
thanks sebab dah tekan apa patut, keke
usaha memang penting, amal jgn lupa..
Post a Comment