Geng-Geng

Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman tak guna

Salam petang dari aku, sebelum memulakan entri, korang dah terjah blog kawan aku yang sorang ni?? bukanlah aku memaksa, cuma aku harap blogger blogger otai atau lama boleh beri sikit nasihat pada aku dan juga dia. Eh kenapa aku?? sebab aku pun budak baru. Eh sibuk pulak kan aku ni. Korang Klik SINI kalau nak ke blog dia ye.
sumber : carian google

Kembali pada tajuk, tadi sebelum aku balik, ada aku bersembang dengan geng geng otai kat ofis aku ni. Semua pun macam nak cerita pengalaman diorang yang dasyat-dasyat. Memang aku akui yang pengalaman diorang aku sendiri pun tak akan dapat dimana-mana. Sangat berharga gitu. Aku sangatlah setuju tapi bila dia cuba bandingkan dengan keadaan sekarang aku mula tak bersetuju. Bukan apa, mereka ni suka sangat mengupkan diri sendiri yang mana aku tak heran dan tak kisah sangat tentang perkara ni, yang paling aku geram bila dia cuba nak merendah-rendahkan orang sekarang(tidak seteruk seperti yang aku taipkan, sekadar menghangatkan cerita). Eh sape orang sekarang?? aku terasa sebab aku macam kunun kunun orang sekarang, keke. Tapi walaupun bengang dan marah aku diamkan je, sape la kita ni kan, budak hingusan je.Aku biarkan je ais menjadi air sehinggalah musim sejuk kembali, wah dah macam novel pulak. Cerita pasal novel.....haah melalut lagi.

Kembali pada cerita asal, dengan secara tetiba aku luahkan pendapat dan keadaan menjadi senyap sunyi dikala bulan mengambang. Apa yang aku kata sehinggakan mereka-mereka itu terdiam tanpa suara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi gelagat mereka. haha ayat tak boleh blah. Korang tau apa yang aku cakapkan. Meh aku ceritakan. Aku cakap pada diorang.......

"...pengalaman memang penting. Memang tak dinafikan tersangatlah penting. Cuma, korang punya pengalaman tu dah lama. Ada jugak yang boleh masuk arkib (ayat tambahan). Nak orang ikut tak ada masalah langsung cuma kena selaraskan dengan masa sekarang ni. Sekarang ni keadaan dah berbeza yang amat sebab itu kena selaraskan mengikut kehendak dan keperluan zaman ini.. Tak boleh rasanya nak orang ikut pengalaman yang kita ada sepuluh tahun dulu. Untuk rujukan memang tak ada masalah cuma nak buat sebijik tu memang tak ada lah.....bla bla bla..... "

Memang lah diorang terdiam sebab aku yang berenti bercakap...hahaha.

ps. maaf jika gaya penceritaan melampau, cuma menambah sedikit garam supaya lebih sedap.

5 comments:

La Majid said...

bukan main hujah ko yer..biasa lah org lama, lyn kan aje..

Danial Marzuki said...

keke bg menarik sikit entry ni, ...peace!

syuxer said...

fuh..ayat power ar bro cakap tuh.,

jadi maksud bro..pengalaman silam just boleh dijadikan rujukan tapi untuk sebijikan dia memang mustahil?begitu?

Danial Marzuki said...

-syuxer
Bkn xleh cuma kena sentiasa improve mengikut masa..br akan maju dan terus maju..

syuxer said...

oh camtuh..:)..tq fahamkan..

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com