Geng-Geng

Wednesday, May 4, 2011

Yang manakah pilihan hati

Semalam aku tersaksikan satu kejadian yang memang aku tak suka. Aik ni bukan nak ngumpat atau mengata ye. Entri kali ni just nak ajak sama-sama berfikir. Wah ayat tak nak kalah. Tajuk atau topic ni aku terfikir masa aku mandi, keke. Tetiba je terfikir, tapi tak kan la aku nak update masa mandi lak kan. So tangguh punya tangguh, terus lupa. Petang ni baru teringat balik apa yang aku terfikir. Itupun dah lupa sikit-sikit. harap kawan-kawan semua boleh faham apa yang aku cuba sampaikan. 

A(bukan nama sebenar) belajar sampai ke menara gading, orangnya pun hensem, bila habis belajar dapat lak kerja dengan gaji ribu-ribu. Beli rumah dan kereta besar . Merata dunia pergi berjalan dan merantau, apatah lagi di Malaysia. Segala jenis gadget dimiliki. Kawan-kawan semuanya berstatus, bergaji tinggi dan rupanya semua menarik-menarik. Tapi satu je keburukan, kat rumah memang bersepah tahap gaban. Pemalas yang amat, kalau boleh semua pun nak orang yang buat. Katanya, dia dah berusaha cari duit banyak-banyak, kerja yang simple2 tu, biar orang lain lak buatt, xpun upah je orang buat.Adehh pelik. Di luar nampak dialah pilihan hati setiap orang tapi dirumah atau sebaliknya, dia je yang tahu betapa buruknya perangainya. Yang lagi menyakitkan hati, bila tengok orang, sibuk mengatakan yang orang tu pemalas la bagai. Dia je perfect.

Berlainan pulak dengan B(pun bukan nama sebenar), dia ni belajar tak tinggi mana, rupanya juga biasa-biasa saje. Kerja pulak, gaji ngam-ngam je sampai hujung bulan, kekadang tu belum sampai hujung bulan, dah kering kontang. Rumah pun sewa, tak pun dok flet je. Nak kata si B ni perfect memang tak lah, sebab mana ada orang yang perfect, tapi rumahnya kemas dan peribadinya juga boleh tahan., rajin dan peramah. Kalau boleh semua benda pun nak buat sendiri dan semuapun nak jimat.

Persoalannya, siapakah pilihan hati anda?? Mesti ramai akan pilih C (permbetulan, jenis B) sebab dia lebih bersahaja  tapi ada ke orang yang nak hidup susah? ada aku dengar kebahagiaan boleh dibeli dengan duit, yang tak ada duit tu tak bahagia ke?

Motif aku cerita ni. Jangan lupa diri walau dimana kita berada. Always ingat, setiap kejadian ada hikmahnya. Kita dikurniakan akal untuk berfikir, gunakan dengan betul. Kalau boleh biarlah kita cuba menjadi sempurna walaupun kita dicipta tidak ada satu pun yang sempurna. Jangan jadi macam A dan cuba berusaha untuk jadi lagi baik dari B.

5 comments:

ejulz said...

penah jugak jumpa mamat jenis A tu.. heHe

Danial Marzuki said...

@ejulz
sape tu?? ...

sya amran said...

jenis C tu jenis ape?

Danial Marzuki said...

@sya amran
silap lak, typing error, tu jenis B tu...keke

sya amran said...

hahaha...ingatkan ade kategori C...nak gak tau..jenis2 kategori C..ngeh3

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com