Geng-Geng

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

Di kesempatan hari yang mulia ini, aku ucapkan salam aidilfitri pada semua yang membaca blog aku ni. Maafkan aku jika selama aku berblog aku ada tersalah kata, terkasar bahasa dan sebagainya.

Sunday, August 28, 2011

Bercinta

Sunyi je kuala lumpur ni, tapi bila keluar nak pergi shopping, jalan punyalah jem. Orang punyalah ramai sehinggakan nak pilih saiz baju pun susah. Semalam aku plan berbuka kat luar. Aku fikir tak perlulah nak tempah meja bagai, main redah je. Skali penuh , nasiblah ada tinggal 2 3 meja. Hasilnya, kami berbuka lambat skit dari orang lain tapi aku tetap bersyukur. Meja belakang kami tu, ada satu pasangan tu, tak bercakap dari sebelum buka sampai ke lepas buka. Lawak betul tengok diorang. Tapi itulah adat dalam bercinta. Kalau tak memang tak seronok. Alamak termengumpat lak. Pada pasangan tu, maaflah, saje wat contoh.

Rasanya, semua pun pernah bercinta. Tak kisahlah macam na keadaannya. Tapi itu membuatkan kita matang dan sebagainya. Teringat dari pertanyaan dari seorang teman yang cukup istimewa, cewahh. Soalan dia berbunyi begini, haha macam dasyat lak bunyinya. Rilex rilex tak da apa pun yang istimewa. Cuma hari ini aku nak berkongsi, mungkin juga jelaskn apa patut sebab tempoh hari aku cuma memberikan jawapan 'ya'...

'Bercinta lama lama ni bosan ke? '

Tengok soalan tu, nampak macam ringkaskan tapi sebenarnya ianya membawa maksud yang cukup mendalam pada yang bercinta. Tak perlu rasanya aku nak jelaskan satu satu.

Memang jawapan aku ya kalau bercinta lama lama. Tapi itu terpulang pada individu tu sendiri untuk tidak membosankan percintaan tu. Perlu ingat jangan sampai melakukan perkara perkara yang dilarang. Banyak caranya lagi selain melakukan perkara terlarang.

Salah satu cara mengelakkan dari bosan, janganlah bercinta lama lama. Terus je kawin, sebab bila sudah berkahwin, banyak lagi kebaikan akan muncul. Walaupun aku belum kawin, tapi dari pembacaan dan pengalaman aku dapat bercerita dan berkongsi, jika ada salah dan silap, tolong betulkan aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

Bercinta selepas kawin

Sedar tak sedar bulan ramadhan dah semakin hampir sampai ke penghujungnya. Minggu ni mood raya dah berkobar kobar, terutamanya kat pejabat aku. Hiasan memang terbaik, meriah. Makin dekat hati aku berasa sangat sayu. Mungkin kerana minggu ni suasana balik kampung meriah semacam. Kawan kawan aku ramai yang sudah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Aku, tahun ni raya pertama di kuala lumpur, mesti tak meriah nanti.

Intro aku kali ni agak panjang di sebabkan mood raya. Kembali pada tajuk, teringin pula rasanya nak bercinta selepas kawin, ala ala macam nora elina n seth tan. Berangan lak aku, idea ni aku dapat masa aku bersembang dengan kawan kawan aku tadi. Kalau ikutkan hati memang rasanya teringin nak merasa. Tapi ada lagi ke yang macam tu zaman skg ni?

Zaman sekarang ni, agak susah nk jumpa orang bercinta selepas kawin. Selalunya mesti bercinta dulu baru kawin, ada juga yang tak kawin kawin. Keke .

Sebut mengenai ini, ada juga kebaikan dan keburukannya. Contohnya, keburukannya, jika pasangan tu tidak serasi ke? Tak ngam ke? Kan susah macam tu. Sebab tu aku rasa sekarang ni, perkara perkara begini jarang kita dengar. Tapi jika sebaliknya, bayangkan betapa indahnya. Boleh pecah jantung n hati ni sebab terlalu bahagia.haha aku melawak je. Oklah aku masuk tdo dl, selamat menunaikan ibadah puasa. Rebut setiap peluang yang ada sebelum hari raya ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 19, 2011

Tersedar sudah!

Kejadian ini berlaku dalam minggu ni dan ianya membuatkan aku sangat-sangat marah pada mulanya. Setelah difikir panjang, untuk apa aku marah, kejadian telah pun berlaku dan akibatnya juga telah aku tanggung. Aisehman pagi-pagi lagi dah buat entri yang berbaur sedih, rileks rilek, raya dah dekat ni.

Kejadian apa yang aku maksudkan ini. Meh aku kongsikan dengan kalian, dan tuan empunya badan, jangan pula ko terasa, aku buat ni bukan untuk menjatuhkan ko, cuma aku nak nyatakan betapa kecewanya aku bila orang yang bernama "kawan" sanggup berbuat demikian. Aku rasa bila ko berada di tempat aku, aku pasti ko sudah melenting bagai tapi aku ada marah-marah ke ko?? tak ada kan, so rileks je ok.

Ada la 2 3 hari lepas, ada seorang ini membuat pengakuan yang sangat sangat membuat aku terkejut. Yela selama ni selalu je aku lepak bersama, bercerita bersama dan apa pun bersama. Korang tau dia cakap apa....

"Dim, selama ni aku yang buat cerita pasal ko, dan aku tak sangka pulak efek dia sampai macam tu sekali, nanti aku akan cuba betulkan balik apa yang boleh"

Tengok dasyatkan ayat tu. Bukan aku tak mahu ko betulkan tapi rasanya tak payahlah. Benda dah jadi tak boleh nak buat apa-apa. Ko buat tak tahu sudah, aku pun dah ok dah ni. Orang yang bengang dengan aku pasal cerita ko tu pun aku rasa dah tak berapa nak marah. Macam nilah, aku sebenarnya bukan senang nak marah orang, aku anggap apa yang ko buat tu hanya gurauan. Boleh macam tu? Jangan risau nanti raya ko mintak la maaf, insyaAllah aku akan maafkan. Tapi dengan syarat, kena belanja aku makan yang sedap-sedap, amacam?? keke

Entri ini aku update pagi-pagi sebab aku sampai ke ofis awal. Untuk mengelakkan aku dari tidak berbuat apa-apa, aku update dulu. Aik jangan tudoh aku macam-macam, aku masuk kerja jam 8, so sekarang baru 7 lebih. Masih boleh buat satu lagi entri selepas ini. Kepada yang semua yang membaca, Selamat berpuasa pada hari ke 19 bulan Ramadhan ni. Ingat jangan membazir di bulan mulia ni, yang penting sabar. Ianya asas dalam segala hal. ingat tu ye.

ps: maaf, anggap entri ini hanya gurauan dan rekaan. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Thursday, August 18, 2011

Semalam tak best!!

Semalam petang hujan turun dengan sangat lebat. Jalan di Kuala Lumpur ni memang jadi sesak yang amat. Palan aku dengan geng-geng terpaksa di ubah gara-gara jalan raya yang sebegitu. Tapi aku tak salahkan sesiapa, sebab kita cuma merancang, yang tentukan bukan kita, hanya DIA yang satu. Yang aku peliknya, sesetengah orang tak faham dengan benda ni, kalau boleh semuanya nak sempurna, kemonlah kita ni manusia cuma boleh merancang dan berusaha.

Tetiba teringat kisah lalu, adalah satu plan ni. Masa tu ada seorang ni plan aktiviti riadah untuk kawan-kawan, yang secara kebetulannya,kali kedua dia merancang dan buat. Memang semua orang pun teruja dengan keadaan ni, yela yang pertama kali hari itu, kejayaannya melebihi dari jangkaan. Tetapi dengan secara tidak sengaja, rancangan tersebut terpaksa di tukar sedikit atas sebab-sebab yang tidak dapat di elak. Yang kesiannya, si tukang rancang ini dipersalahkan, macam-macam semburan ditaburkan. Yang lagi menyakitkan hati, next event pun jadi double plan sebab yang kawan sorang tu tak percayakannya. Adehh macam-macamlah. Aku rasa tak perlu kot sampai macam tu sekali, padahal semua boleh di bawa berbincang.

Amboi tersasar pulak dari tajuk, tak apa itu hanya selingan. Kembali mengikut paksi, semalam geng-geng induksi aku buat plan untuk berbuka ramai-ramai. Plan tersebut jadi dengan jayanya walaupun ada beberapa orang terpaksa batalkan kehadiran di sebabkan ketidak izinan keadaan. Tak mengapalah, jemputan itu bukan atas sebab paksaan. Semalam banyak benda yang kami plan tidak menjadi membuatkan aku rasa sikit tak best tapi berbalik pada apa yang aku cakap kat baris atas, kena terima seadanya. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Jangan merungut tak tentu pasal, kepada geng yang hadir semalam, kita gembirakan semalam. So kepada yang tak dapat hadir semalam, ni hah aku tunjuk menu berbuka semalam, saje nak kasi korang jelez.
 Ayam Bakar
 Bawal Bakar
 Ayam penyet
 Kangkung goreng Penyet
 Ini menu aku bawal goreng penyet. Sangat garing wey, sedap hingga ke tulang terakhir
.

Wednesday, August 17, 2011

Lakonan semata

Hari ini aku datang ke pejabat macam terpaksa, malas memang dah tahap gaban. Kalau ikutkan hati memang nak je aku habiskan cuti yang masih ada ni. Bila difikirkan, rugi pula kalau habiskan cuti, manalah tahu nanti ada hal or nak pergi bercuti, boleh amek cuti lama-lama. Raya ni pun aku dah apply cuti, tapi aku amek 2 hari je, memandangkan public holiday kita dapat 3 hari then jatuh pula kat tengah-tengah, memang bernasib baik.
sumber:carian google
Walaupun hari ini aku datang dengan kemalasan yang agak dasyat berbanding hari hari lain, aku tetap buat-buat sibuk. Tak pernah rasanya sekusyuk ini buat kerja, hampir kesemua kerja aku berjaya habiskan tapi masa tetap tak berjalan dengan lajunya. Setiap sejam aku tengok jam besar kat dinding pejabat ni dengan harapan masa akan berlalu dengan pantasnya.

Belum pun tiba waktu lunch, semua orang pun dah tak ada kat tempat. Ada yang pergi tidur dan ada juga yang pergi membeli belah. Sekali tengok jalan ke KL, memang sesak terbaik. Almaklumlah cuti umumkan untuk sesetengah negeri. Bila lunch je, aku dah tahu nak buat apa, semua game pun aku dah try tapi aku tetap juga berlakun buat-buat sibuk. Bila sibuk, aku dah tak payah nak fikir benda remeh temeh lagi dah, tak adalah aku pening dan emo tak tentu pasal di bulan mulia ini.

Sebut pasal berlakun, aku rasa manusia dengan lakunan memang tak dapat nak lari. Semua orang pandai berlakun, sape yang kata dia tak pandai berlakun memang agak mustahil. Sebab apa aku kata begitu, cuba tengok kehidupan seharian kita, penuh dengan lakunan. Mungkin ada yang tak perasan tapi bila kita tengok balik apa kita buat sehari hari, kita akan perasan. Paling-paling pun sekali mesti pernah kita berlakun. Tak perlu aku nak sebutkan or bagi contoh sebab yang lebih mengetahui ialah diri kita. Memang aku akui, kadang-kadang lakonan dalam kehidupan memang sangat penting sebab mungkin kerana demi menjaga hubungan, or mungkin demi menjaga hati atau sebagainya. Contohnya bila kita tengok pelakun-pelakun berlakon, memang kita dapat rasakan yang apa yang dilakunkan benar. Begitu juga bila kita di alam nyata, cuma kita sahaja yang tak perasan.

Akhir kata dari aku, berlakun dalam kehidupan itu kadang-kadang penting demi menjaga dan mengawal keadaan. Tapi perlu ingat, jika lakunan itu kita lebih-lebihkan dan orang mengetahuinya, ianya akan jadi satu racun yang aku rasa sangat dasyat.

Tuesday, August 16, 2011

Gambar Kampungku

Disebabkan aku kekeringan idea dan tahap kesibukan aku yang teramat dasyat, wujudlah idea untuk update mengenai gambar je. Yang special mengenai gambar ni ialah gambar keindahan kat laman belakang kampung aku di Ipoh tu. Sape orang Ipoh mesti agak biasa dengan gambar ni. Jom tanpa membuangkan masa jom tengok, tapi jangan lak korang jelez. Aku tak ada niat pun sebenarnya nak buat korang jelez. Dan satu lagi, kalau ada yang tidak berpuas hati tu, bagitahu aku, kot-kot aku boleh berubah. Aku pun manusia biasa, tak lari dari kesilapan, tak payah rasanya nak cakap belakang-belakang. Eh apa ni, tetiba ter emo lak dalam entri, tak berkanaan betul. Padahal aku nak cerita pasal keindahan rumah atok aku di kampung. Dah jom tengok pic pic sekalian....
 
Rumah atok aku ni belakang Masji As-Saadah, Kampung dato Ahmad Said, Tambahan II, Manjoi.
 Dulu kawasan tu tempat Arwah Tok Wan cucuk tanak sayur2, tapi sekarang dah jadi hutan semak.
 
Ni dari laman belakang, siap boleh nampak bukit lagi.

Monday, August 15, 2011

Tenang

Alhamdulillah, sampai juga aku di ipoh ni. Semalam pun aku bertolak selepas aku hadiri majlis reunion dengan kawan kawan di vads dulu. Lebih kurang dalam kul 2 pagi macam itu aku bertolak. Boleh dikatakan tak tidur semalaman semalam. Drive semalam pun terpaksa berhenti dua tiga kali sebab tetido. Seronok juga pengalaman bersahur di leburaya, suasana tu yaxg susah nak dapat.

Lama juga aku tak balik kampung ni, banyak benda dah berubah. Jalan di kampung aku ni pun macam dah lain, pergi ke pekan pun aku boleh sesat. Tadi tengahari aku jejalan dekat sekolah aku tu, pun dah berubah. Tetiba rasa bangga yang amat tapi tak tahu sebab apa aku bangga. Gla.

Dalam banyak banyak perubahan tu, satu je yang masih belum berubah. Ketenangan. Memang rasa tenang yang amat sampai selalu je aku rasa nak tido. Keke Kesan dari itu, aku balik kampung ni, tak ada keja lain, tidur je. Kalau bukan bulan puasa, memang akan makan tidur je.

Di ipoh ni, memang kalau nk di bezakan dengan kampung kampung lain tu agak tak aci. Dekat sini dah macam bandar dah. Budak sekolah pun pergi sekolah naik motor, tak ada dah jalan kaki macam aku dulu. Walau apa pun perubahan, aku tetap rasa tenang. Seronok dapat pulang ke sini. Sesiapa belum pernah datang ke ipoh, jom meramaikan ipoh. Bukan takat suasana ae, makanan pun sedap. Oklah sampai sini saje dulu ye. selamat berbuka ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 13, 2011

Aku sunyi!

Petang petang ni dengan suasana yang aman di persekitaran kawasan rumah aku, di tambah dengan hujan renyai renyai membuatkan aku terasa sunyi. Selalunya bila aku terasa begini, aku akan kacau adik adik aku or kawan kawan aku. Tapi hari ini family aku balik kampung, tak boleh nak kacau sesiapa.

Aku ok je, pengalaman aku sebelum ni yang membiasakan. Dah terbiasa, mungkin ada yang mengata aku manja sebab masih tinggal dengan keluarga sekarang ni. Aku tak kisah sebab mereka itu bukannya tahu apa yang dah aku lalui suatu masa dulu. Lagipun mulut manusia bukan boleh ditutup, alamak maaflah agak kasar bunyinya. Aku sendiri pun kekadang terbabas juga, walaupun aku ni jenis suka bergurau, tapi tak adalah sampai nak menjatuhkan or memburukkan orang.

Terasa sunyi kekadang bagus untuk diri kita. Ianya membuatkan kita berfikir dimana kekurangan dan kesilapan kita. Hari biasa pun boleh kita berfikir begitu tapi jarang kita nampak. Bila kita bersendirian dan terasa sunyi, senang senang kita fikirkan.

Lepas berfikir, jangan pula kita buat tahu dan ulang lagi perkara yang sama. Sebaliknya cuba fikirkan jalan penyelesaianya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut buruk padahnya (betul ke pepatah aku ni?). Tapi aku percaya, setiap salah yang kita buat, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma mungkin penyelesaiannya bukan seperti yang kita harapkan. Dan ianya juga bergantung pada diri kita juga, sebab orang lain cuma boleh menasihat sahaja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 12, 2011

Membezakan orang

Salam jumaat pada semua

Hari ini aku bermula dengan sangat berjaya walaupun awal pagi tadi aku tertido dalam kereta hampir-hampir mengakibatkan aku lambat untuk masuk bekerja. Kenapa aku cakap berjaya, sebenarnya sebab proses untuk mengesahkan jawatan aku telah di uruskan, cuma tinggal dua tiga step sahaja lagi. Itu perkara lain, entri hari ini aku nak kongsikan lagi pendapat aku mengenai cara kita nak membezakan diri kita sendiri untuk terus berjaya. 

Korang semua mesti pernah dengar yang jika kita nak membezakan or membandingkan diri kita, cuba kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah supaya perasaaan bersyukur itu dapat di wujudkan. Contohnya jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, cuba kita bezakan dengan orang menaiki bas atau sebagainya. Yang kita dok sibuk dan bising-bising sebab jalan sesak, minyak mahal dan sebagainya. Kita perlu fikir, yang menaiki kenderaan awam tu lagi banyak dugaannya dari yang menaiki kereta. Sekurang-kurangnya kita tak perlu berjalan kaki or sebagainya. Di situ sebenarnya kita perlu bersyukur sebab mana ada benda yang senang tanpa dugaan dalam dunia ni. Lagi senang kita, lagi banyak dugaan yang kita akan terima cuma mungkin dugaan tu berbeza-beza.

Bagi aku kekadang tu tak salah kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya. Bukan sebab tidak bersyukur tapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Itu lebih kurang macam garis panduan cuma perlu betul caranya. Tak ada jalan singkat untuk terus berjaya.

Antara sifat yang aku rasa sangat tak perlu ialah bila membezakan diri dengan orang lain, bukan sebagai pembakar semangat tapi sekadar cemburu. Itu kita perlu elak sebabnya itulah asas kepada perkara-perkara yang tak elok. Oklah sekian sahaja dari aku tengah hari ini, kepada semua selamat hari jumaat dan selamat berhujung minggu. Dan pada yang lelaki, jangan lupa, solat jumaat jangan tak pergi. Jangan pula sibuk mengejar yang sunat sehinggakan melupakan yang wajib. Jom sama-sama mengingatkan diri sendiri.

Kepercayaan tu penting

Alhamdulillah, malam ni aku berjaya juga bersukan. Sengaja aku gagahkan juga untuk join mereka mereka main futsal. Bukan apa, sejak akhir akhir ni, aku kurang bersukan, kalau ada pun just main ping pong je. Berpeluh habis satu badan. Alamak intro termerepek pulak, tapi ada sikit kot kaitannya. Dalam futsal, kita kena saling percaya pada ahli pasukan kita, baru kita boleh main dengan jayanya.

Kepercayaan, apa sahaja yang kita buat perlu ada kepercayaan. Tapi sebenarnya susah untuk membuatkn orang percaya pada kita. Aku yakin, ramai yang sudah dengar akibat percaya pada orang, seseorang tu mudah di tipu, tersinggung, dan macam macam lagi. Ianya bukan berlaku di kalangan kenalan sahaja, di dalam keluarga juga ada. Macam kata aku dalam entri lepas, manusia ni pelbagai. Tapi itu semua mengindahkan perjalanan hidup kita.

Tak salah mempercayai orang cuma kena tahu caranya. Kena pastikan cara tu betul, ianya sangat penting. Jika tak, mungkin dengan hanya satu bisikan, habis semuanya musnah.

Sebelum mengakhirkan entri ni, aku nak cakap sikit, kepada yang mengenali aku, aku nak mohon seribu ke maafan di bulan mulia ni jika kepercayaan yang korang bagi pada aku, aku sia sia kan. Aku menyesal. Aku sedar dengan keadaan , cara dan perangai aku yang bising bising dan selalu tak serius, susah untuk letakkan kepercayaan pada aku. Aku terima seadanya. Dan jika ada yang mempercayai aku, terima kasih untuk itu, sangat aku hargainya.

Ps : gambar sekadar hiasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 11, 2011

Entri petang Khamis

sumber : carian google
" you are CONFIDENCE when you know that you're good, ARROGANCE is when you think others know you're good."
ps : kredit pada Yana Clyne aka adik aku.

Lama atau baru

Hari ini sebenarnya aku malas nak pergi kerja, so pagi tadi lepas selesai semuanya, aku pun tidur dengan harapan tak akan terjaga pagi nanti dan membuatkan aku berfikir lagi sekali sama ada nak ke tempat kerja atau tidak. Last last aku terjaga terus siap-siap pergi kerja, sampai ofis pun ngam ngam je. Bukan sengaja aku tak nak pergi kerja tapi sejak akhir-akhir ni macam tak ada semangat pulak. Sebabnya aku tak pasti, jenuh juga mencari. Di sebabkan rasa tanggungjawab, aku gagahkan juga.

Lama atau baru bagi aku sama je. Mungkin sesetengah pihak ada mengatakan yang lagi lama lagi bagus dari yang baru dan ada juga yang mengatakan yang baru lagi bagus. Macam-macam sebenarnya pendapat orang. Itulah antara keistimewaan manusia dari makhluk-makhluk lain di muka bumi ni. Kita ada akal dan hati(emosi) yang sikit sebanyak mempengaruhi pendapat dan apa jua yang kita lontar dan lakukan.

Contohnya aku bagi contoh yang senang dan aku rasa semua pun ada pengalaman mengenainya. Kawan, memang aku akui jika kita telah lama kenal seseorang tu, mungkin kita lebih serasi dan memahaminya. Tapi ada juga kemungkinan bila kita kenal dengan kawan yang baru, keserasian dan kefahaman mungkin lebih baik. Betul tak?? ni aku cakap berdasarkan pendapat aku, jika salah atau silap di mana-mana, mohon betulkan aku ye.

Ok aku rasa sampai sini je kot idea yang dapat aku luahkan. Lama dan baru sebenarnya sama sahaja, saling memerlukan dan berkait rapat. Yang membezakannya, ialah diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan hidup kita.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : Tq Nuffnang


Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Wordless Wednesday : Apakah


Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Tuesday, August 9, 2011

Dugaan bersama

Pertama kali rasanya update blog sebelum waktu berbuka. Entahlah mungkin rini aku sampai awal ke rumah dan tetiba ada idea. Alasan pulak lagi. Cerita ni aku dapat masa aku pergi tengok tapak projek pagi tadi, dan ianya datang dari bos aku. Bila di fikir fikir, baik aku kongsikan sahaja di blog ni. Bukanlah sebiji macam apa yang dia ceritakan pada aku tapi dari pemahaman aku.

Berbalik pada tajuk, dugaan bila bersama memang banyak terutama sebelum ke jinjang pelamin. Tak heran sekiranya ramai dan banyak yang kita dengar orang berpisah sebelum sampai ke jinjang pelamin. Lagi dekat kita nak bernikah, lagi banyak dugaan yang mendatang. Masa tu, hati mula berbelah bagi, pelbagai cerita mula bermain dalam pale.

Tapi semua tu boleh saje di elakkan. Terpulang pada diri kita sendiri. Cuba ingat balik kenangan bersama tak kira manis or pahit. Segala dugaan yang pernah dilalui bersama, dan selalu berdoa . Insyaallah semua akan ok. Memang tak dinafikan, bila kita bersama dengan seseorang, kita akan nampak yang orang lain lebih baik dari dia. Padahal belum tentu ada yang sebaik sedia ada. Ok sila hargai apa yang ada, sentiasa bersyukur dan berdoa ke arah yang lebih baik.

Selamat berbuka pada semua..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Entri pagi pagi

Salam dan selamat pagi kepada semua pembaca,

Alhamdulillah pagi-pagi lagi berita baik sudah kedengaran, walaupun tidaklah semewah atau sebanyak mana, tapi rezeki yang macam tu bukan senang nak bagi. Sekali lagi manusia memang aku tengok tak pernah nak bersyukur, bila bagi pun salah, bila tak bagi tak tahu lah. Salah orang memang selalunya nampak je tapi dia lupa, mereka-mereka juga manusia biasa. Dan aku pasti, bila orang yang tahu mengkomplen tu berada di tempat mereka-mereka itu, pasti ke mereka akan jadi lebih baik?? itu persoalannya yang perlu setiap orang tanya pada diri sendiri. Amboi pagi-pagi lagi aku dah merepek, aku bukanlah tuju pada sesiapa tapi siapa yang terasa tu, maafkanlah aku, aku sekadar meluahkan pendapat.
sumber:carian google
Kembali pada tajuk, sebenarnya pagi ini aku nak berterima kasih pada semua pembaca blog aku ni, tak kiralah yang tinggalkan jejak atau sebaliknya. Yang pertama sekali, ada yang mengatakan, entri aku yang semalam, SINI , kisah benar mengenai diri aku. Hmm bukan bermaksud salah, cuma ianya lebih kepada pengalaman aku. Mungkin ianya terjadi di sekeliling aku dan sebagainya. Aku cuma berkongsi. Kenapa aku berkata begini?? tidak ada pape sebenarnya, aku risau jika ada yang terasa dengan apa yang aku tulis. Biasalah kita hidup ini bermasyarakat, setiap individu ada hati dan perasaan. So kenalah jaga kan kan.

Yang keduanya, thanks pada yang sudi tinggalkan komen, aku tertarik pada komen Pn. Amylea Jolie dan En. Fariq fauzi di entri sebelum ini, SINI,. Memang benar kata-kata mereka. Aku setuju 100%. Di sini aku nak tekankan, apa yang aku maksudkan dengan mencari yang terbaik dalam terbaik. Memang kalau di lihat secara luaran, memang ianya bermaksud kita mencari yang terbaik, mungkin kearah perfect or sempurna. Tapi bila kita lihat secara dalaman, tersirat, ianya memberikan maksud yang agak berlainan. Ianya bergantung kepada setiap individu untuk menilai 'terbaik' itu bagaimana. Bagi aku terbaik bermaksud ianya cukup untuk menyempurnakan hidup aku. Mungkin aku sendiri banyak kekurangan tapi bila berpasangan, ianya akan menjadikan hidup aku lebih sempurna atau lengkap(dari pandangan aku). Bukan aku tak bersyukur, tapi berbalik pada kata-kata Incik Faridfauzi, kita dijadikan berpasang-pasangan. Dan ianya saling melengkapi. Itu yang aku cuba maksudkan dengan perkataan yang terbaik itu. 

ps: entri ini dibuat pagi tadi, tapi kena keluar bekerja, tak sempat nak post...keke selamat membaca.

Monday, August 8, 2011

Soal hati-percaya

Salam pagi dari aku. Satu entri dari aku ringkas sebelum bersiap sedia ke tempat kerja. Tengah dok taip entri, nyamuk pun menjalankan tugas dia dengan jayanya mengigit kaki aku, mungkin sebab nak aku tulis pasal dia dalam blog aku ni. Nah amek ko nyamuk!!

Ter merepek pulak, berkenaan dengan hati, memang aku sendiri bukanlah arif sangat tapi aku kongsikan jua apa yang pernah aku alami. Wah dasyat ayat pagi pagi ni. Dalam soal hati, kepercayaan tu sangat penting. Bagi aku, ia merupakan asas pada semua yang kita lakukan. Tanpa kepercayaan, ianya macam sia sia.

Apa yang aku nak kongsikan dalam entri ini ialah mengenai tanggapan salah dalam kehidupan kita berhubung kait dengan percaya. Kita tengok kes ini, jikamana seseorang lelaki telah bersama dengan pasangannya dalam tempoh masa yang agak lama, then tetiba hubungan tersebut tidak dapat di teruskan atas sebab tertentu. Dan seterusnya lelaki tersebut berkenalan dan berkenan dengan seseorang tapi dukacitanya wanita itu tidak dapat menerimanya atas alasan, takut jika pisang berbuah dua kali.Adeh ini yang aku maksudkan tanggapan salah tu, tak pasal pasal, kesiankan lelaki tu.

Bagi aku senang sahaja, kena selalu berfikiran positif. Perkara lepas yang berlaku, itu semua telah ditentukan dan ianya berlaku pasti ada hikmahnya. Aku selalu ingatkan kawan kawan, kita masih lagi boleh memilih selagi belum nikah. Bak kata orang memilih yang terbaik dalam terbaik, sebab bila nikah bukan nak kejap kejap tapi buat selamanya. Sebaik baiknya, jika kita dah bersama dengan seseorang tu, biarlah kita percaya sepenuh hati dan kekal hingga bila bila. Tapi kalau tidak berjodoh, perlu terima se adanya, jangan sampai bermusuh.

Ps : gambar sekadar hiasan...keke.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 7, 2011

Dugaan lebih banyak

Hari ni dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa, alhamdulillah. Sebenarnya sedar tak sedar je, dah seminggu. Itulah sekarang ni, masa terlalu sekejap berlalu. Jika tidak dihargai dengan jayanya, memang kita rugi, bukan senang nak dapatkan balik masa yang berlalu.

Dalam kita sibuk mengharungi masa, dugaan yang mendatang memang tak dapat di nafikan. Ada ke orang yang memang langsung tak ada dugaan? Rasanya macam tak logik pulak tapi siapa tahukan, itu semua terletak atas tanganNYA. Bak kata pepatah, lagi banyak dugaan yang kita lalui, makin dekat kita dengan kejayaan. Itu aku dapat dari seorang teman rapatku. Terima kasih padanya, dari aku mendengarnya, aku dah berpegang pada ayat itu. Bukan untuk apa, tapi untuk terus bersemangat menempuhi dugaan. Tapi perlu di ingat, setiap apa yang kita lakukan, perlu di sertakan dengan doa kepadaNYA, kita merancang, DIA yang menentukannya.

Bulan ni memang dugaannya lebih banyak dari biasa. Macam macam lagi yang akan kita tempuhi. Bagi aku, hari ni merupakan hari paling berdugaan. Yela hari cuti, masa rasa terlalu lambat. Biasanya jika hari kerja, kita tak sedar sebab sibuk bekerja. Sedar sedar je, hari dah petang. Jangan pula hari ni kita banyak habiskan masa dengan tido je, rugi nanti. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak berbuat apa apa tapi sebaliknya. Puasa bukan bermakna kita sepatutnya duduk diam je, cuba buat benda benda berfaedah. Oklah, setakat ini dulu dari aku, selamat mengharungi segala cabaran dan dugaan yang mendatang dengan jayanya.

Ps : pic sekadar hiasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 5, 2011

Khas untuk DIA

Mungkin sesiapa yang baca akan katakan aku jiwang. Sebenarnya jiwang bukanlah satu benda yang salah. Bagi aku, setiap orang perlu ada sikit sifat jiwang, baru meriah hidup ini. Tapi entry ini bukan jiwang pun, tajuk je kot.

Entri ni aku buat khas untuk si dia. Tak perlu rasanya aku nak nyatakan siapa dia, tapi cukuplah aku mengatakan yang dia ni cukup penting dalam hidup aku. Banyak masa dan dugaan yang aku tempuhi untuk mendekatinya, untuk memperoleh kepercayaannya, dan seterusnya macam macam lagi. Aku cakap begini bukan bermakna aku menyesal, tapi aku bangga dan bersyukur sebab aku berpeluang untuk buat semua tu. Orang lain aku rasa belum tentu lagi boleh begitu.

Kenapa dia amat penting buat aku?

Bagi aku, walaupun usia kami bersama tidak se otai orang lain, ianya tetap memberi satu perubahan dalam hidup aku. Dalam tempoh itu, banyak kenangan manis dan pahit aku tempuhi bersama. Kalau nak di bukukan, memang tak habis sampai bila bila. Apa sahaja yang aku buat, pasti ada dia bersama. Dia umpama ikan dalam akuarium aku. Eh jap betul ke? Macam lawak je. Tak apa, paham paham sendiri sudah.

Dia semangat untuk aku. Semangat untuk aku teruskan segala apa yang bakal aku tempuhi. Cukuplah buat masa ini, tetiba pulak blur.

Sebelum aku mengakhiri entri ni, aku nak dia tahu satu perkara. Apa sahaja yang aku buat, aku tak pernah mengharapkan pape balasan dari dia. Kehadiran dia dalam hidup aku sudah cukup untuk bergembira. Ok selamat bersahur ye.

Ps: jangan salah tafsir ye, takut ada gosip lak...haha perasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 4, 2011

Kawan baik

Selamat pagi semua

Ada ke yang dah bangun sahur? Mesti ada kan, aku biasanya makan sahur lewat sikit, maybe kul 4 lebih kot. Kan elok kita lewatkan bersahur dan cepatkn berbuka. Eh betul ke? Maaf kalau salah ye, tolong betulkn aku ye kalau salah.

Kawan, semua pun ada kan. Rasanya tanpa kawan hidup kita ni bagaikan kain putih tanpa corak. Mesti bosan yang amat. Dalam ramai ramai kawan tu, mesti ada yang rapat dan baik. Mungkin dialah tempat kita luahkan segalanya, mengadu domba dan sebagainya. Susah sebenarnya nak cari kawan baik yang betul betul boleh bertahan lama. Aku ada kenal ramai kawan yang ada kawan baik yang bertahan lama. Seronok je tengok diorang tu. Mungkin sebagai pendengar atau pemberi nasihat.

Serapat mana or seakrab mana sekalipun seseorang kawan baik tu, aku rasa itu mengikut definisi sendiri dan bukan orang lain. Apa orang lain nampak or kata tak penting sebenarnya, sebab mereka tak faham dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Biasalah manusia, semua pun ada mulut sendiri, biarlah mereka ber kata kata. Kekadang mungkin mereka bergurau atau sebagainya. Yang penting, kita dan kawan baik tu perlu saling percaya. Baru lah boleh bertahan sampai bila bila.

Macam aku, byk dah pengalaman. Ada manis dan ada juga yang pahit. Tapi itu semua dugaan dan kenangan buat aku. Biarlah aku simpan, dan mungkin juga satu hari aku akan ceritakan disini, sape tau kan. Buat masa sekarang, blog akulah kawan baik aku. Mungkin aku lebih selesa begitu. Aku boleh ceritakan apa sahaja, walaupun ianya tidak bernyawa, tapi sekurang kurang ia tempat luahan paling best. Tak banyak ragam, tak ada orang nak marah dan tak ada orang nak mengata. Bila bila masa pun aku boleh cari dia, siang malam. Kan macam tulah baru kawan baik, setiap masa pun ada. Oklah sampai sini sahaja dari aku buat masa ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerita pagi khamis


Alhamdulillah aku berjaya tempuhi sehari lagi. Semalam merupakan hari paling penat buat aku. Mana taknya, bulan bulan puasa ni pun aku ber ping pong, bukan apa, sukan memang tak leh nak lari dari aku. Aku minat yang amat sangat dengan sukan, bagilah sukan apa pun, suma pun aku main. Hasil dok main main, kul 10.30pm semalam aku dah masuk tidur. Ni pagi pagi buta aku dah terjaga. Apa lagi terus buka blog, semalam aku kurang berblog.

Sebut mengenai kurang berblog, bukan semalam je, rasanya sejak akhir2 ni pun sama. Lagi sekali aku terpaksa memberi alasan. Tak apa, tak payahlah bagi alasan bagai. Dulu blog ni lah tempat aku menghabiskan masa, tempat aku berkongsi cerita tapi sekarang aku dah makin lupakan dia.

Kesian dia. Memang berabuk habis aku biarkan. Maafkan aku ye. Nanti aku buatkn entri khas ye untuk blog kesayangan ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday : terbakar


Hari rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain (menerangkan) gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.

Tuesday, August 2, 2011

Kebakaran ...

Sebelum memulakan entri aku rasa aku nak ucapkan sekali lagi selamat berpuasa dan jangan lupa rebutlah segala peluang yang ada. Jangan pulak sibuk mengejar yang sunat sampaikan yang wajib lupa untuk di tunaikan ye. Hari ini aku bermula dengan sangat baik, harapan aku, biarlah ianya berlanjutan hingga ke akhir dan kalau boleh sehingga bila-bila pun.
sumber:carian google (sekadar hiasan)
Sebenarnya entri aku nak berkongsi mengenai wikipedia. Wah nampak macam educated gilakan, hahaha. Aku suka je baca apa-apa saje kat situ, ni ex.bos aku yang tunjuk ajarkan. Katanya bagus kalau rajin kesini, semua pun ada, lebih kurang macam kamus maya. Tengah dok godek-godek, aku jumpa artikel ni, terus post kat entri. Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah aku kongsi yang ini, nak lebih sila tengok dan godek-godek sendiri.

Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh jadi sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.

Kebakaran liar ialah mana-mana kebakaran tidak terkawal dalam tumbuh-tumbuhan mudah terbakar yang terjadi di kawasan desa atau belantara. Nama lain termasuklah kebakaran belukar, kebakaran semak, kebakaran hutan dan kebakaran rumput, dan boleh digunakan untuk fenomena serupa bergantung kepada jenis tumbuhan yang terbakar. Kebakaran liar berbeza dengan kebakaran lain dari segi saiznya yang besar, kepantasanya merebak daripada sumber asal, kebarangkaliannya mengubah arah tanpa dijangka, dan kebolehannya melompat luang seperti jalan, sungai dan langkau api. Kebakaran liar dicirikan mengikut punca penyalaan, sifat fizikal seperti laju penyebaran, bahan mudah terbakar yang wujud, dan kesan cuaca terhadap api.Kebakaran liar berlaku di setiap benua kecuali Antartika.
 
ps: aku tak tahu nk letak tajuk apa, maaf ye

Cerita lepas sahur

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kedua kita berpuasa. Aku sangat bersyukur hari ini aku masih sihat untuk menjalankan ibadah ini. Hari aku bersahur dengan lauk pauk yang simple. Bukannya tak ada lauk, tapi tak lalu nak makan. Punyalah banyak lauk pauk yang tersedia tapi yang disambar hanya telur goreng. Biasalah tu, pagi pagi memang agak susah nak makan berat berat.

Aku teringat waktu aku kecil dulu, masa tu aku di kampung, atuk aku selalu paksa aku makan sahur. Katanya, untuk memudahkan aku mengharungi dugaan sepanjang hari. Aku dulu memang tak suka nak bangun sahur, nanti mesti dah tak sempat nak tidur. Atuk punyalah sayang pada aku, sanggup bawakkan air milo kat tempat tidur, nak juga aku minum sikit. Katanya lagi, kalau tak mahu makan pun, minum air milo ni, sekurang kurangnya, ada tenaga nanti. Benda ni sampai sekarang pun aku amalkan, paling paling tak mahu makan pun, bangun minum air saje.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 1, 2011

Kenangan ramadhan

Salam petang ramadhan dari aku..

Alhandulillah, dah separuh hari aku berpuasa. Dugaan tu biasalah, hari pertama berpuasa. Macam-macam gelagat aku tengok hari ini, ada yang tersasul ajak pergi minum, ada juga yang sengaja-sengaja ajak. Tapi tak apa, itu semua gurauan untuk menceriakan suasana puasa. Aku lebih suka kalau kita berceria di waktu puasa ni dari kita dok lemah je memanjang, tak pun tido. Sekurang-kurangnya kita sebagai orang dewasa boleh tunjuk teladan yang puasa ni bukanlah susah mana.

Petang ni aku nak kongsi sikit kenakalan aku semasa kecik-kecik dulu. Yela waktu mula-mula nak belajar berpuasa. Banyak ragam, aku waktu kecik dulu tinggal bersama atuk di kampung. Memang meriah saje waktu berpuasa ni, memandangkan waktu tu, Ipoh masih lagi ada susasana kampung, keke.

Ingat lagi waktu aku kecil dulu, aku selalu curi minum air waktu siang hari. Tapi yang cerdiknya aku, aku bukan curi minum air paip ke, or air masak ke, tapi aku terus buat air sirap. Dulu rumah atuk aku, mak cik-makcik aku selalu bawak balik kordial bermacam perisa. Memang terbaik masa tu, aku selalu curi-curi minum air. Aku tak tahulah yang mereka semua perasan atau tidak sebab setahu aku tak ada sesiapa yang sedar. Waktu tengahari semua orang tidur.hahaha.

Itu satu hal, yang waktu berbuka pula ada ceritanya. Aku dulu ada juga berbuka di masjid. Biasalah rumah kat belakang masjid, memang semua orang masjid pun kenal. Aku selalunya memang antara muka yang amek bubur lambok terbanyak, keke. maaflah orang-orang kampung tapi aku dan family aku tak membazir, mesti habis punya. Yang nakalnya aku masa tu, aku lepas je kenyang berbuka, terus balik rumah. Solat terawih ke pape memang terus di lupai, keke nakal betul masa tu.
Memang tak boleh nak di lupakan kejadian-kejadian tu. nasib sekarnag aku sudah tidak begitu. Biasalah masa tu aku budak kampung biasa je, nakal-nakal lagi. maafkan aku jika ada terguris hati atau pape sekalipun. Selamat berpuasa.

Belajar mana pun sama je

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi semua umat islam di dunia. Aku harap hari ini akan lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Biasalah jika ada masalah sikit-sikit, sebagai manusia kita kena tabahkan hati mengharungi semua tu. Lagi banyak dugaan lagi banyak sebenarnya kejayaan yang menanti kita. 
sumber:carian google
Sebut mengenai kejayaan ni, sekarang ni aku dengar ramai lepasan SPM or matriks dapat offer untuk sambung belajar di IPT termasuk adik aku, Yana Cyne. Tahniah buat dia dan aku harap dia belajar betul-betul, jangan hampakan harapan keluarga. 

Berkenaan dengan sambung belajar ni, aku ada masalah sikit dengan satu isu ni. Aku rasa isu ni dari zaman aku belajar lagi aku dah dengar. Isu men "double" standardkan tempat belajar. Kununnya kalau belajar dengan tops universiti kat Malayasia ni, kunfum ko akan berjaya di masa akan datang. Alamak dasyat betul tanggapan yang macam tu. Ada pulak, kat tempat kerja aku ni, katanya, belajar dekat situ, patutlah slow je. Adehh kemonlah. 

Bagi aku, di mana kita belajar itu tidak penting, yang penting diri kita sendiri. Kalau kita betul-betul usaha, pasti akan ada hasilnya. Tak perlu rasanya nak membeza-bezakan. Sapa kata belajar tidak di tops universiti tak boleh berjaya? ramai je yang aku tengok boleh berjaya. kat pejabat aku ni, ramai je yang sudah berjaya bergelar jurutera, kira dasyatlah tu kan. So mulai hari ini, aku harap tidak ada isu ini lagi, belajar dimana bukan isunya, tapi kesungguhan seseorang itu yang menjadi ukuran.

Salam Ramadhan semua

Entri ringkas dari aku pagi ini....kepada semua umat islam terutama di Malaysia, aku ucapkan selamat berpuasa. Masa inilah masa kita untuk mengejar segala apa yang boleh, tingkatkan amalan dan hindarkan segala benda yang sia-sia. Kerapkan beroda supaya apa sahaja amalan kita di terima olehNYA.


Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com