Hari ini sebenarnya aku malas nak pergi kerja, so pagi tadi lepas selesai semuanya, aku pun tidur dengan harapan tak akan terjaga pagi nanti dan membuatkan aku berfikir lagi sekali sama ada nak ke tempat kerja atau tidak. Last last aku terjaga terus siap-siap pergi kerja, sampai ofis pun ngam ngam je. Bukan sengaja aku tak nak pergi kerja tapi sejak akhir-akhir ni macam tak ada semangat pulak. Sebabnya aku tak pasti, jenuh juga mencari. Di sebabkan rasa tanggungjawab, aku gagahkan juga.
Lama atau baru bagi aku sama je. Mungkin sesetengah pihak ada mengatakan yang lagi lama lagi bagus dari yang baru dan ada juga yang mengatakan yang baru lagi bagus. Macam-macam sebenarnya pendapat orang. Itulah antara keistimewaan manusia dari makhluk-makhluk lain di muka bumi ni. Kita ada akal dan hati(emosi) yang sikit sebanyak mempengaruhi pendapat dan apa jua yang kita lontar dan lakukan.
Contohnya aku bagi contoh yang senang dan aku rasa semua pun ada pengalaman mengenainya. Kawan, memang aku akui jika kita telah lama kenal seseorang tu, mungkin kita lebih serasi dan memahaminya. Tapi ada juga kemungkinan bila kita kenal dengan kawan yang baru, keserasian dan kefahaman mungkin lebih baik. Betul tak?? ni aku cakap berdasarkan pendapat aku, jika salah atau silap di mana-mana, mohon betulkan aku ye.
Ok aku rasa sampai sini je kot idea yang dapat aku luahkan. Lama dan baru sebenarnya sama sahaja, saling memerlukan dan berkait rapat. Yang membezakannya, ialah diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan hidup kita.
1 comment:
Ai maintain sayang yg ade sekarang! But if ade yg baru, yg now akn jadi lama, betul x? mungkin juga akan jadi No 1 n yang baru tuh No 2...Rasanya akan sayang no2 lebey kot...Kah3
Post a Comment